Jumaat, 11 Mei 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 11 May 2012 03:07 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:07 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


16,000 Peguam Sokong Keganasan Polis

Posted: 11 May 2012 09:03 AM PDT

oleh :Ahmad Fadli KC
Malaysiakini- Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi.

"Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat.

Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut.

Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka.

"Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya.

Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.

"Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim.

Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. End.

Al-Husseyn - Tajuk buat gempaq ajerr!

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 11 May 2012 01:40 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:40 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


PENEROKA DAN SAHAM FV

Posted: 10 May 2012 05:13 PM PDT

Cerita saham Feda Ventrure masih kelabu walaupun Najib dah umum durian runtuh yang berfasa-fasa itu. Ha ha. Tak tahu berapa lot saham FV yang diperuntukkan kepada peneroka. Tak dinyatakan boleh dibeli dengan tunai atau dengan wang pinjaman Bank? Pakai sign borang pinjaman sahaja. Tak tahu berapa jumlah pinjaman yang diminta. 

Pegawai Felda gagal menerangkannya. Media pun tak ada info jelas untuk mewar-warkannya. Dok heboh secara umum sahaja - ada peruntukkan saham. Berapa saham tak tahu. Macamlah dapat saham free. 

Peneroka diarah membuka akaun bank. 2 akaun bank pulak tu. Ha ha. Akaun sedia ada tak boleh pakai. Keliru oh keliru.

Nampak sangat isu penyenaraian FV ini dibuat secara gopoh gapah dan tidak jelas cara tawarannya kepada peneroka. Yang jelas, peneroka dapat bonus tunai RM 15,000.00. Itu sahaja.  Bab tawaran saham FV tak jelas sungguh. Yang untung orang awam biasa, mohon ke MITI, sebagai pelabur bumiputera.  Ramai dah berangan untung jika saham naik. Ada kata RM 1.00. Ada kata RM 5.00. Jangan tak naik sudahlah. Siapakah yang kaya di sebalik tawaran saham FV ini. Yang pasti ialah orang yang ada modal besar. Jika duit secuit sahaja, lupakan bab saham ini. Baik jual  Tongkat Ali.  Tentu ada yang naik. Woooooo.

Tiada ulasan:

Pengikut