Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Konvoi bermotor ke majlis penutup Anak Muda Kelate dun P.Chondong petang tadi 11 mei 2012
- ROADTOUR DPPP KE KELANTAN
- DPPKM membuat laporan polis berkenaan artikel 'Nik aziz is father of kafir' di IPD Machang.
- Kejohanan Bola Sepak 8 Sebelah Dun Temangan
- Report polis DPPNK atas kebiadapanrahim noor terhadap TGNA
- Penyerahan Papan Carrom; NKP DPPKM
- Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu
- Penyokong PAS bakar poster Rahim Noor
- Jaga-jaga dengan pujukan Najib
Konvoi bermotor ke majlis penutup Anak Muda Kelate dun P.Chondong petang tadi 11 mei 2012 Posted: 11 May 2012 05:34 AM PDT |
Posted: 11 May 2012 05:33 AM PDT |
DPPKM membuat laporan polis berkenaan artikel 'Nik aziz is father of kafir' di IPD Machang. Posted: 11 May 2012 05:30 AM PDT |
Kejohanan Bola Sepak 8 Sebelah Dun Temangan Posted: 11 May 2012 05:28 AM PDT |
Report polis DPPNK atas kebiadapanrahim noor terhadap TGNA Posted: 11 May 2012 05:27 AM PDT |
Penyerahan Papan Carrom; NKP DPPKM Posted: 11 May 2012 05:25 AM PDT |
Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu Posted: 11 May 2012 05:23 AM PDT (Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri) KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini. Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz. Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar) Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian. Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu. Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean. Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya. "Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram. "Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan," katanya pada kuliahnya. Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998. Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini. "Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut," katanya. Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud. "Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang," ujarnya. Bukan Islam pun marah Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini. Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am. Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka. Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat. Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. |
Penyokong PAS bakar poster Rahim Noor Posted: 11 May 2012 05:22 AM PDT (Poster gambar Rahim dan akhbar NST di bakar di Tanah Merah) TANAH MERAH: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor kini berdepan dengan amukan rakyat Kelantan ekoran keengganannya memohon maaf dan menarik balik kenyataan menganggap Mursyidul Am PAS sebagai "bapa kafir". Sentimen kemarahan itu kini menular ke seluruh negara di mana pelbagai tampil mendesak polis menyiasat kenyataan bekas ketua polis terbabit. Tidak kurang juga di sini pagi tadi apabila ahli dan penyokong PAS bertindak membakar poster Rahim selepas selesai kuliah mingguan pagi Jumaat di perkarangan Pejabat PAS di Jalan Hospital. Acara membakar poster dikendalikan Pemuda PAS Tanah Merah. Hadir sama anggota jawatankuasa PAS kawasan, muslimat dan penghulu-penghulu Dun Bukit Panau. Sazwan Abdul Hamid yang mewakili Unit Amal Tanah Merah bertindak membakar poster berkenaan diikuti laungan takbir orang ramai yang hadir. Sazwan berkata, tindakan membakar poster Rahim diambil kerana sikapnya yang sombong enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataan menganggap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir". Katanya, amat wajar sekali tindakan saman difailkan di mahkamah secepat mungkin bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang pada masa akan datang. "Sama ada beliau mengaku atau tidak kenyataan yang dikeluarkan NST pada 8 Mei lalu perlu dijelaskan di mahkamah kerana tempoh 24 jam diberi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan tidak dihiraukan Rahim," katanya ketika ditemui selepas itu. Pada Rabu lepas laporan polis terhadap Rahim dibuat Mohd Darulhisham Kamaludin mewakili Pemuda PAS Tanah Merah. Hampir 100 pemuda PAS dan AMK hadir memberi sokongan. Turut hadir anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani. |
Jaga-jaga dengan pujukan Najib Posted: 11 May 2012 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada rakyat. Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini. Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar. Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat. Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu. Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya. Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah. Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara. "Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan. Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya. Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah. "Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu. "Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau. Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan? "Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan