Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Majlis Perasmian Karnival Bertani Satu Ibadah peringkat Jajahan Machang di Padang Majlis Daerah Machang
- Keratan Akhbar Sinar Harian ; 15/5/12
- penyerahan bendera kpd wakil pmda Bt 31 sambil minum2 n santai brsm ank muda
- Zakat dan royalti mampu selesaikan isu kebajikan
- Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?
- Kafir: Mohon maaf atau tindakan lebih keras
Posted: 14 May 2012 11:42 PM PDT |
Keratan Akhbar Sinar Harian ; 15/5/12 Posted: 14 May 2012 05:22 PM PDT |
penyerahan bendera kpd wakil pmda Bt 31 sambil minum2 n santai brsm ank muda Posted: 14 May 2012 04:57 PM PDT |
Zakat dan royalti mampu selesaikan isu kebajikan Posted: 14 May 2012 04:56 PM PDT (Husam dan pemimpin persatuan di majlis perasmian) KOTA BHARU: Pembayaran royalti petroleum pada kerajaan Kelantan di samping perbelanjaan yang tidak boros oleh pemimpin di setiap negeri terutama di negeri pengeluar minyak, akan menyelesaikan masaalah kebajikan rakyat yang tidak pernah selesai. Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerana Kerajaan Pusat menggelapkan bayaran royalti kerajaan Kelantan, kebajikan rakyat tidak boleh diatasi sebaik mungkin kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang besar. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Majlis Persatuan Kebajikan Semenanjung Malaysia Ke-61, di sebuah hotel di sini tengahari tadi. Husam juga turut mempersoalkan bayaran zakat dengan cukai kesemuanya dibayar untuk tujuan kebajikan. "Cuma yang berbeza zakat pembayarannya mesti meliputi lapan kumpulan sasar yang telah ditentukan oleh syarak,"ujarnya lagi. Menurut Husam lagi, dengan hasil keuntungan Petronas setahun mencecah RM80 billion, sudah tentu bayaran zakatnya sebanyak RM2 juta. Tambahnya, dengan wang zakat tersebut kerajaan mampu menyalurkan sumbangan kepada rakyat miskin di seluruh negeri melalui pelbagai peruntukkan sama ada pembinaan rumah, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi. Husam seterusnya menambah kata, jika ia berlaku, isu kemiskinan, masaalah ekonomi di kalangan rakyat, kenaikan harga barang dengan sendirinya secara automatik dapat diatasi. "Tetapi malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya wang zakat dari Petronas tidak dikeluarkan, royalti untuk kerajaan Kelantan juga tidak dibayar dan negeri-negeri pengeluar minyak juga tidak membantu rakyat yang miskin sepenuhnya,"ujarnya. Tegasnya, apabila pentadbiran berlandaskan Islam, segala kekusutan akan terlerai dengan mudah termasuk bukan Islam yang turut bernaung di bawah negeri-negeri berkenaan. Sehubungan itu, beliau memberitahu kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM54 juta kepada wasi Takaful Kifaalah setelah pencarumnya meninggal dunia sejak ianya diperkenalkan tahun 2007. Sambungnya, bantuan RM1,500 setiap keluarga yang dinamakan ke atas wasi masing-masing telah dapat menyelesaikan masaalah pengurusan jenazah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah. Husam berkata demikian dipercayai menjawab persoalan yang dibangkitkan Yang Dipertua majlis berkenaan, Datuk Mastika Junaidah Husin, yang meminta pendapat bagaimana untuk mencari dana yang besar untuk membantu masyarakat khususnya warga emas yang dhaif. Junaidah berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena mesyuarat agong majlis tersebut. Katanya, dengan dana yang begitu berkurangan, ditambah pula kepeluang masyarakat yang semakin meningkat di seluruh negara, menyebabkan bantuan pihaknya untuk golongan itu terbantut. "Sekiranya sebelum ini majlis tersebut mendapat dana yang besar dari Loteri Kebajikan Masyarakat, namun selepas ianya dimansuhkan kerana bertentangan dengan syariat, dana semakin berkurangan. "Jadi kita perlu pandangan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan semula peruntukkan untuk membantu golongan yang amat memerlukan ini tanpa mengharapkan pihak lain,"ujarnya. Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua MPKSM Kelantan, Datuk Ismail Hassan, lain-lain pimpinan MPKSM peringkat pusat dan negeri. |
Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi? Posted: 14 May 2012 04:55 PM PDT [Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite. Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi. "Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang. "Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau. Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik. "Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu. "Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur. "Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan. "Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi. Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. |
Kafir: Mohon maaf atau tindakan lebih keras Posted: 14 May 2012 04:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pihak New Straits Times Press kerana telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Nik Aziz is father of kafir. "Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti. Selain itu, beliau juga merupakan pemerintah rakyat Kelantan. "Artikel-artikel seperti ini hanya mendorong kemarahan daripada rakyat Kelantan khususnya dan amnya semua rakyat Malaysia yang menyokong Tok Guru," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan (gambar) pada sidang media di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad pagi tadi. Justeru, beliau menasihatkan kepada semua wartawan dan media untuk menjaga etika kewartawanan dan penulisan satu-satu berita agar tidak mencetuskan isu-isu seperti itu hanya kerana untuk melariskan jualan akhbar sahaja. "Kita mahu NSTP atau mana-mana media untuk menjaga etika kewartawanan mahupun penulisan berita agar tidak timbul isu-isu seperti ini yang hanya akan melahirkan ketidakpercayaan rakyat Malaysia pada media sebab tidak profesional, tiada kualiti dan integriti," ujar beliau. Beliau juga mengingatkan agar NST dapat memohon maaf dan menarik semula artikel terbabit dalam tempoh 24 jam. "Oleh itu, kami mendesak agar NST memohon maaf di atas penyiaran berita tersebut dalam tempoh 24 jam selepas memorandum ini diserahkan. "Sekiranya ia tidak dilakukan maka kami akan mengambil tindakan yang lebih keras selepas ini," tegasnya. Turut menyertai beliau ialah timbalannya, Nik Mohamad Abduh, Setiausaha, Khairul Faizi dan Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Rombongan itu disambut baik oleh pihak NST dan memorandum tersebut telah diterima oleh Wan Abdillah Wan Nawi selaku Ketua Bahagian Pemasaran Korporat yang mewakili Abdul Jalil Hamid, iaitu Ketua Kumpulan Editor News Straits Times Press (M) Berhad. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan