Isnin, 14 Mei 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


‘Ayuh anak muda, gerakkan langkah ke Putrajaya’

Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT


TEMERLOH, 13 Mei: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyeru golongan muda bangkit menumbangkan kerajaan yang telah memerintah lebih 54 tahun dan menukarnya dengan  pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang ini.


Tegasnya, sejarah kebangkitan sesebuah bangsa di dunia digerakkan oleh golongan muda kerana memiliki kudrat dan semangat yang kental.

"Setelah 54 tahun kita dicengkam hanya satu parti, sudah sampailah masanya kita kena bangun dan ini adalah tugasan anak muda. Kebetulan pula inilah waktunya yang paling sesuai untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya.

"Ayuh anak muda, gerakkan langkah kita ke Putrajaya. Anak mudalah mesti bangkit kerana yang berpuisi ini hanya sorang tua berusia 66 tahun," katanya dalam majlis Santai Seni Anak Muda Bersama Sasterawan Negara di Esplanade Sungai Pahang di sini petang tadi.

Dalam majlis berkenaan Pak Samad membacakan tiga buah puisi ciptaannya iaitu "Unggun Bersih", "Gebeng Yang Luka" dan "Melelong Rimba" sambil disambut tepukan gemuruh dan laungan takbir tidak henti-henti oleh kira-kira 500 orang pemuda serta pemudi tempatan.

Sebelum itu 10 orang pemuda diberi kesempatan membaca puisi dan menyanyikan lagu patriotik sambil diiringi petikan gitar akustik.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Temerloh Haji Jusoh Darus, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Ketua PKR Cabang Temerloh Ahmad Nizam Hamid.

Mengenai demokrasi, Pak Samad berkata demokrasi yang ada merupakan demokrasi yang telah cacat akibat terlalu lama dibiarkan berada di puncak singgahsana sehingga kebebasan dan hak hanya menjadi mainan pemerintah.

Pak Samad yang juga Pengerusi Bersama Himpunan Bersih 3.0, berkata perhimpunan di Kuala Lumpur itu telah mencapai sasarannya apabila berjaya disertai kira-kira 300,000 orang 28 April lalu dan melahirkan rasa bangga kerana lebih 80 peratus adalah anak muda.

Beliau yang dalam rangka program bersama anak muda di Parlimen Maran dan Temerloh mengingatkan, agar terus menyalakan semangat Bersih dan berharap akan ada Bersih 4.0 kerana tuntutan 8 perkara pembaikan PRU belum dilayan.

"Selamat berhimpun lagi, jika hanya bahasa itu yang difahami pemerintah," katanya.

Bohong puak hina Islam kata pelihara Islam

Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Mei: Pembohong besar jika pemimpin yang menghina Islam mendakwa pihaknya yang memelihara kesucian Islam, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) cuba memberikan gambaran bahawa Umno yang diketuainyalah yang memelihara kesucian Islam dan apabila Islam diasak beliau mendakwa pula kononnya Umnolah yang pertahankan.

"Dakwaan itu adalah antara dakyah dan bohong terbesar Presiden Umno itu," kata beliau.

Najib, katanya, mungkin sudah lupa penghinaannya terhadap Allah, Islam dan umatnya tetapi umat Islam yang mematuhi Allah tidak lupa penghinaannya itu.

Salahuddin berkata, sukar untuk dilupakan kenyataan Najib yang mendakwa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Najib menyatakan demikian kepada wartawan pada 20 April 1983.

"Kenyataan itu bukan sahaja menghina undang-undang Islam malah menghina Islam dan Allah s.w.t. yang mencipta undang-undang Islam," tegas Salahuddin.

Pada 20 April 1992, Najib juga menyatakan, "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kepada Salahuddin, kenyataan Najib itu sekaligus memperlihatkan sikap permusuhannya terhadap undang-undang Islam.

"Memusuhi undang-undang Islam samalah seperti memusuhi Islam dan Allah yang hanya mengiktiraf Islam sebagai satu-satunya cara hidup di sisi-Nya," tegas beliau.

Hudud: Malaysian Insider didesak buat pembetulan

Posted: 13 May 2012 04:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mei: "Kami mendesak agar pihak Malaysian Insider membuat pembetulan di atas pemberitaan yang salah dari segi etika kewartawanan itu," tegas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider hari ini, 13 Mei 2012 dengan tajuk Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal's view.

"Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menafikan kandungan berita bahawa "PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has maintained that Pakatan Rakyat (PR) would implement hudud for Muslims if it comes to federal power, saying today..."," jelasnya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau menegaskan lagi, Presiden PAS tidak pernah menyebut intipati petikan berita berkenaan semasa sidang media hari ini atau di waktu yang lain sebelum ini.

Oleh itu, katanya persoalan pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah kerajaan persekutuan adalah tidak berbangkit sama sekali.

"Pihak media diingatkan supaya tidak menguji kesabaran kami dengan terus menerus memuatkan berita bohong yang diulang siar dengan niat untuk menjalankan agenda buruk pihak tertentu," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut