Isnin, 14 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 14 May 2012 07:11 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


GELOMBANG KUNING VS GELOMBANG MERAH

Posted: 14 May 2012 01:23 AM PDT

Rakyat dapat menilai pentadbiran UMNO/BN 54 tahun dengan 5 tahun di bawah Pakatan Rakyat. Reformasi dalam pentadbiran jelas menunjukkan kekuatan 'political will' untuk membantu rakyat secara ikhlas.

Ini adalah momentum yang menggusarkan UMN/BN dalam berdepan dengan kebangkitan kesedaran rakyat. Apatah lagi BERSIH 3.0 jelas menunjukkan penolakkan UMNO/BN oleh rakyat majmuk. Gelombang Merah UMNO tidak menunjukkan perpaduan dan kesepakatan rakyat berbilang kaum menyokong DS Najib.

Pakatan Rakyat mendapat dukungan rakyat berbilang kaum. Kekuatan ini tidak dipunyai oleh BN dan UMNO. Gelombang Merah tidak dapat menandingi Gelombang Kuning Rakyat yang begitu asli kebangkitannya berbanding Gelombang Merah UMNO secara keseorangan tanpa di 'backup' oleh MCA dan MIC. Gelombang Merah UMNO hanya di 'backup' oleh 2000 buah bas yang dibayar tambangnya oleh pemuka-pemuka UMNO. Maka UMNO tidak terlawan dengan jerit perih rakyat bersusah payah tanpa bayar secara ikhlas hadir berjuang akan hak mereka menuntut pilihanraya bersih dan adil.

UMNO dihidangkan dengan persembahan artis tetapi rakyat dihidangkan dengan aksi samseng beberapa polis yang tertekan dengan arahan Pak Menteri. Rakyat menilai akan ini. Mereka UMNO berhimpun untuk berhibur, rakyat & BERSIH 3.0 berhimpun demi perjuangan masa depan anak cucu bagi memastikan pilihanraya bersih dan adil.

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 14 May 2012 03:11 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 13 May 2012 07:06 PM PDT

Anwar Ibrahim


Demo Bantah Tol : 5 minit tol percuma di Batu Tiga

Posted: 13 May 2012 04:48 AM PDT

Malaysiakini

Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.

Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit.

Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.

Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.

“Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu.

“Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya,” katanya.

Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Selain membawa kain rentang bertulis ‘Hapuskan tol baru betul’ dan ‘Hapuskan tol demi rakyat’, mereka melaungkan “Hidup Rakyat”, “Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol”, dan “Hapuskan tol”.

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan ‘Hapuskan tol demi rakyat’ kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.

Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai “paling mengarut dalam negara.”

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.

Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

“Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?,” soalnya.

Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka

Posted: 12 May 2012 10:25 PM PDT

Dari JalanTelawi.com
Oleh Najwan Halimi

Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.

Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.

(i)

Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.

Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut.

Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.

Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.

Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!

Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.

Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya. Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!

Hidup Melayu!

(ii)

Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.

Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.

Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.

Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!

Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.

Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.

Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.

Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.

Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.

(iii)

Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.

Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!

Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.

Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.

Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam.  Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.

Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.

Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan 'Ketuanan Melayu' dan 'Hidup Melayu' dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.

Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.

(iv)

Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.

Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.

Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.

Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.

Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti.

Panel Menyiasat Insiden Keganasan Bersih Perlu Bebas Dan Adil, Gesa Suhakam

Posted: 12 May 2012 07:24 PM PDT

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah "berhati-hati" dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata.

Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa.

"Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya," beliau ujar.

Tambahnya lagi, Suhakam akan terus mengkaji aduan dan pengemukakan daripada pelbagai pihak dan laporan media berkaitan dengan insiden yang berlaku pada hari itu.

"Suhakam benar-benar menyedari  mandatnya untuk menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan sedang meneliti aduan-aduan yang telah diterima daripada orang awam mengenai persitiwa tersebut sebelum membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya yang sesuai."

Dalam hasil siasatan Suhakam ke atas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, Suhakam mendapati pihak polis menggunakan taktik yang "tidak sesuai" untuk  menghalau kumpulan perusuh Bersih 2.0 dengan menggunakan gas pemedih mata tanpa sebarang jalan keluar.

Suhakam juga mendapati beberapa organisasi media arus perdana gagal untuk melapor secara adil pandangan Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai Bersih 2.0, dan juga menjejaskan keselamatannya dengan menerbitkan maklumat peribadinya.

Hari ini, ketua setiausaha DAP Lim Guan Eng telah mencadangkan Suhakam menyertai panel bebas itu untuk menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0.

Semalam, Majlis Peguam berkata bahawa panel bebas itu tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang dan pendirian Tan Sri Hanif Omar terhadap Bersih tidak melayakannya untuk mengetuai siasatan itu.

Bersih juga berpendapat kumpulan itu akan berat sebelah dan diibaratkan sebagai pasukan petugas sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan akan melantik panel bebas yang "kredibel, berpengalaman, dan dihormati" untuk menyiasat keganasan polis terhadap peserta dan wartawan sewaktu insiden Bersih di Dataran Merdeka.

Tambah Najib, rakyat boleh melihat perkembangan siasatan tersebut bagi menyiasat kebenaran dakwaan keganasan terhadap wartawan, media tempatan dan antarabangsa ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu berlangsung.

Enam media dan kira-kira 12 jurugambar termasuk media asing dikatakan telah diserang pihak polis ketika kekacauan di dataran bersejarah terbabit, selepas polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh yang menceroboh ke kawasan dataran.

Media antarabangsa dan tempatan mula mengkritik pentadbiran Najib menggunakan kekerasan terhadap kumpulan itu, yang menurut mereka hanya menjalankan tugas.

BULETIN RAKYAT

Posted: 13 May 2012 11:25 AM PDT

BULETIN RAKYAT


ROSMAH TERUS BERTEKATEKI!!

Posted: 13 May 2012 10:53 AM PDT


Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei  ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
Jadi Parlimen mungkin dibubarkan selepas 25 Mei iaitu selepas Najib balik dari London. Ternyata Najib hanya mengacah ahli Umno Jumaat lepas dengan reaksinya seolah-olah mahu membubarkan Parlimen hari ini. 

PRU13 MAKIN JELAS....

Posted: 12 May 2012 06:40 PM PDT




SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. 
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun. 

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 13 May 2012 09:02 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Chegubard: Masalah Utama Rakyat Adalah Rompakan Harta Kekayaan Negara

Posted: 13 May 2012 03:48 AM PDT

Anwar Ibrahim: Najib, Dengar Abang Kamu Cakap, Nak Jadi Pemimpin Negara Ini, Cakap Benar

Posted: 13 May 2012 03:36 AM PDT

LAGI TRAGEDI ULANG TAHUN UMNO!!! 2 terbunuh, 3 parah apabila bas angkut ahli UMNO bertembung dengan lori di Gerik

Posted: 13 May 2012 03:19 AM PDT


Sepasang suami isteri terbunuh manakala 17 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Km 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Bahrum berkata, pemandu lori, Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, yang berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Menurut Abdul Manab, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik, bertembung dengan lori yang dipandu Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Lenggong.

Katanya, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas, Azmi Abdul Rahman, 48, dua penumpang iaitu Norliza Che Moh, 40, dan Fadilah Mahmud, 43 dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Seramai 14 lagi penumpang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

Mereka adalah antara 38 ahli Wanita UMNO Bahagian Gerik yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Pengikut