Sabtu, 4 Februari 2012

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Antara Briged Amal dan Briged Sukarelawan?

Posted: 03 Feb 2012 07:33 AM PST

Menjelang 4 tahun PR memerintah Selangor, pelbagai pembahuruan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor khusus hasil negeri dikembalikan semula kepada rakyat seperti TAWAS, air percuma, duit anak masuk universiti, Usia Warga Emas dan sebagainya.


Selain daripada itu dibawah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan iaitu YB Dr Halimah Ali telah banyak melancarkan program SPIES. Di bawah program ini ribuan rakyat Selangor telah menghadiri program tersebut. Lepasan daripada program ini mereka tidak dilepaskam begitu sahaja malahan mereka mempunyai Alumni sendiri iaitu di bawah Briged Amal. Pelbagai program tutun padang mereka telah sertai bagi melahirkan generasi insan yang sayangkan masyarkat tanpa mengharapkan sebarang balasan.




Hari ini PM bercadang-cadang ingin menubuhkan Briged Sukarelawan bagi lepasan PLKN. Selepas penubuhan PLKN ini semenjak 2002 baru PM terfikir ingin menggerakkan belia tersebut kepada masyarakat. Adakah PM baru sedar tenaga belia aset kepada negara atau ingin menggunakan mereka atas kepentingan BN? Diharapkan anak-anak muda boleh berfikir secara waras dengan apa yang dilakukan oleh BN selepas 50 tahun memerintah Malaysia

Tiada ulasan:

Pengikut