Sabtu, 4 Februari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


waadat

Posted: 03 Feb 2012 01:05 PM PST

waadat


KITA adalah cicit UMNO

Posted: 03 Feb 2012 08:24 AM PST



Kalau lah bukan kerana 'kita' itu sering kita gunakansebagai gantinama, barangkali apabila berita mengenai parti KITA tersiar 2-3hari ini, ramai yang jenuh berfikir perkataan apakah itu!

Ok, Demang permudahkan intro yang berbelit di atas.

Sebenarnya KITA adalah rebranding kepada sebuah parti lainyang lebih awal ditubuhkan. Namanya AKIM. ditubuhkan pada 1994. Pernah dengar?

Ya. AKIM juga sebuah parti yang tenggelam timbul. Sesekalidia timbul dan selalunya tenggelam.

AKIM juga sebuah parti serpihan yang ditubuhkan berikutanperasaan tidak puas hati sebilangan pemimpin dan ahli PAS.

Demang tidak akan bertanya adakah anda pernah dengar namaPAS sebab itu soalan bodoh. Namun dalam sekian ramai yang setiap hari mendengar,membaca, dan melihat PAS, Demang percaya masih ramai yang tidak tahu bahawa PASjuga merupakan sebuah parti serpihan.

PAS ditubuhkan oleh sebilangan pemimpin dan ahli UMNO yanggagal memenangkan calon mereka dalam satu pemilihan parti.

Secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa UMNO melahirkanPAS dan PAS memberanakkan AKIM. Kemudian, daripada AKIM lahir lah KITA.

Itu sebabnya Demang katakan KITA adalah cucu kepada UMNOmanakala Zaid adalah...

Hmm lantak dia lah.


Plan Perpaduan Hasan Ali

Posted: 03 Feb 2012 04:06 AM PST

SHAH ALAM 2 Feb. - Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk 'tsunami' baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

''Dengan 'tsunami' itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas," katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

''Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

''Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu," jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

''Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama," katanya.

Demang masih memerhati. Masih berparut di hati bagaimana kami (blogger BPN) bertungkus lumus berusaha agar PAS dan UMNO bersatu namun PAS akhirnya menolak dengan alasan PAS tidak boleh lupa 'penipuan' UMNO 30 tahun lalu!

posted from Bloggeroid

GERAKAN sokong PKR

Posted: 02 Feb 2012 03:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Parti GERAKAN membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi pada pilihan raya umum. 

Timbalan Presidennya, Datuk Chang Ko Youn, berkata cadangan itu akan menyekat demokrasi dan tidak menggalakkan warga Malaysia yang menetap di luar negara daripada menyertai proses pilihan raya.

"Perlembagaan Persekutuan memperuntukan setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak menjadi pengundi dan oleh itu adalah tidak adil untuk mendiskriminasikan hak mengundi berdasarkan status membayar cukai.

"SPR perlu faham bahawa hak mengundi adalah sebahagian daripada hak kewarganegaraan dan ia tidak terikat dengan isu membayar cukai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Chang berkata, semua warga Malaysia yang menetap di luar negara perlu dibenarkan mengundi tanpa mengambil kira sama ada mereka membayar cukai atau sebaliknya. 

"Ini akan membolehkan rakyat Malaysia di luar negara menyertai pilihan raya bagi memastikan mereka terus terbabit dalam hal ehwal negara," jelasnya. 

Chang berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan keperluan mengadakan ujian mudah dikenakan kepada rakyat Malaysia di luar negara bagi membuktikan hubungan mereka terhadap negara sebelum dibenarkan mengundi. 

"Selagi mereka warga Malaysia, mereka perlu dibenarkan mengundi. Saya tidak nampak keperluan untuk mencontohi sistem di Amerika Syarikat atau Taiwan. Kita adalah negara berdaulat dan berdemokrasi...kita perlu menentukan peraturan sendiri," katanya. 

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sedang menentukan kriteria yang perlu diikuti untuk rakyat Malaysia yang bekerja dan menentap di luar negara sebelum dibenarkan mengundi. 

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, cadangan SPR itu adalah langkah kebelakang yang cukup ketara kepada demokrasi negara. 

Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR, Elizabeth Wong berkata, dengan menafikan hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk mengundi menunjukkan bahawa SPR mempunyai pandangan kabur mengenai proses demokratik. 

"Walaupun cadangan untuk membataskan kepada rakyat Malaysia di luar negara ketika ini, namum ia memcerminkan sikap SPR dalam soal pengundian -- iaitu keistimewaan dan bukan sebagai hak. 

"Ini menandakan trend bahaya dalam politik Malaysia. Di sebalik memperkasakan demokrasi dengan menjadikan lebih ramai rakyat sebagai sebahagian daripada proses dan mengembangkan pangkalan pengundi, SPR cuba berundur dan membawa kita ke zaman di mana hak mengundi hanya terbatas kepada kumpulan elit saja," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA 

Bagi Demang jika diungkit rakyat ada hak untuk mengundi maka perlu disebut bahawa negara juga berhak mengambil cukai.

Pengajaran daripada bantahan tersebut ialah dalam hal melibatkan kepentingan bersama maka kaum cina akan bersatu.

posted from Bloggeroid

Keris Pusaka Melayu

Posted: 03 Feb 2012 11:33 AM PST

Keris Pusaka Melayu


APA KATA @PAPAGOMO KELUARKAN VIDEO DAN MUBAHALAH BUKTIKAN BLOGGER UMNO-REFORM SEBAGAI TROJAN-HORSE !!! CC @NAJIBRAZAK

Posted: 03 Feb 2012 12:34 AM PST

asal http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/apa-kata-papagomo-keluarkan-video-dan.html

Dalam hukum agama jika seseorang ingin benarkan perkataan atau tulisannya perlu sertakan bukti.

Kes Saiful Bukhari sudah cukup menjadi bukti bagaimana kaedah sumpah dan dan cabaran mubahalah buktikan kebenaran dakwaannya.

Kerana beranilah Saiful Bukhari bersumpah seperti mana YAB PM empat kali bersumpah.

Banyak andaian dibuat bahawa Anuar Mohd Nor atau blogger Umno-Reform adalah trojan horse.

Atas dakwaan beliau tidak pernah menghentam Anwar Ibrahim.

Maka untuk menghentikan perkara ini maka elok jika mubahalah dilakukan dan video dikeluarkan.

Sudah tentu tuduhan ini tidak akan benar kerana jika anda orang yang bijak sudah tentu anda akan pergi mencari artikel tulisan beliau dan mempercayainya apabila semua tulisan Umno-Reform sudah dibaca.

Rasanya sudah pasti anda akan kembali ke sini dan menulis bahawa tuduhan Umno-Reform tidak menyerang Anwar Ibrahim adalah salah sama sekali.

Begitu juga anda akan dapati bahawa bukan setakat Anwar tetapi Azmin juga turut dikecam oleh beliau.

Bagi mengelakkan perkara ini berpanjangan kerana fitnah sangat berat sehingga disebut dalam Al Quran ia lebih dahsyat dari membunuh.

Jika video Datuk Johari Abdul boleh dikeluarkan mengapa video blogger Anuar Mohd Nor tidak boleh dikeluarkan sejak setahun lalu dicabar?

Kita berdoa siapa yang buat fitnah akan ditunjuk oleh Allah.

Sudah letih kita tengok politik blogger berlegar sesama kita sehingga ke peringkat mencurah pasir kepada orang yang tidak berdosa.

Menuduh Anuar trojan horse seperti menuduh SB dan MIO Malaysia sangat bodoh sehingga gagal mengesan kelicikan trojan horse Umno-Reform !!!

Kesian jika SB dan MIO diperlihat sangat bodoh seperti itu.

Apalagi ayuh Papaku Sayang keluarkan video Umno-Reform terlebih dahulu atau kita akan sedar bahawa ia propaganda murahan untuk memburukkan seorang insan bernama Anuar.

Baca jawapan balas Umno-Reform di sini

http://umno-reform2.com/front/

Baca juga http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/02/debat-salahuddin-hisham-vs-anuar-reform.html

KERIS ; PAPAGOMO CARI PUBLISITI MURAHAN DENGAN TEMBAK OTAI LAMA MACAM ANUAR MD NOR.DAH BANYAK KALI ORANG TERTIPU DENGAN DRAMA DIA CONTOH DIN PUDU RAYA DAN ADUN SELINSING.MENIPU SEKALI DUA LAMA LAMA ORANG AKAN SEDAR.JANGANLAH UMNO JADIKAN BLOGGER INI SEBAGAI PANGLIMA PERANG MEREKA.MUDARAT LEBIH BANYAKDARI MANFATNYA.HARAP KITA SEDAR PERKARA INI SEBELUM TERLAMBAT.
BOLEH JADI PAPAGOMO SENDIRI TROJAN HORSE MEROSAKKAN DARI DALAM DENGAN MENYERANG SESAMA SENDIRI.BLOGGER YANG SAYANG ALIF BA TA SUDAH TENTU TIDAK AKAN BOGELKAN KAWANNNYA.JANGAN KERANA WANG KITA BERGADUH.OUR FUTURE MORE IMPORTAN THAN OUR SURVIVAL.

PEJUANG BANGSA

Posted: 03 Feb 2012 11:30 AM PST

PEJUANG BANGSA


Guan Eng terkejut kena terjah Pemuda UMNO PP isu hapus tol !!

Posted: 03 Feb 2012 07:06 AM PST






Malu siot !!  .... Orang yang nak  berdebat pasal hapus  tol rupa-rupanya telah diiktiraf tidak  layak !!

Sebabnya dulu beliau  gatal mulut pi  janji mahu hapus tol 50sen Sg Nyior semasa PRU 12  ..hari ini ludahnya sudah pulang balik ke mukanya ...hahaha

Syabas Ir Shaik Hussein & Pemuda UMNO Penang.. kasi  hentam lagi  Ah Beng DAP kuat tipu ini ...

Kepada  Syed Mikael sebagai penganjur..hang sebenarnya  telah tersalah pilih panel untuk cakap tentang hapus tol....  kesian....

Jom lihat kereta mewahnya pemimpin PAS dibakor !!

Posted: 03 Feb 2012 05:53 AM PST



GPB simpati terhadap kejadian insiden kereta mewah BMW & Camry  pemimpin PAS Johor yang dibakar . Syukur semua ahli keluarga beliau selamat .

Tetapi   seperti dijangka , awal-awal lagi mereka menuduh ini perbuatan politik jahat  sebagai dalang kejadian .  .

Nampaknya politik Malaysia sudah melangkaui satu lagi tahap jijik. Selepas politik lucah, dubur dan seks dijaja ke sana ke mari bagi meraih sokongan rakyat kepada United Malays No Otak, kini politik gangster pula cuba digunakan.


Sebelum ini ceramah Asal Bukan Umno, ABU diserang oleh sekumpulan penyokong Umno, hari ini rumah pemimpin Parti Islam, PAS pula dibakar.


Politik apa yang mahu dibawa oleh mereka? Adakah ini cara mereka meraih sokongan rakyat? Apa propaganda yang dibawa oleh mereka kali ini? Sama-sama kita nantikan. MILO AUWW




Inilah otak karat juak-juak bangang PAS yang mana semua berlaku kepada mereka dituduhnya seteru politik mereka .   Ketika  Pejabat UMNO Kedah diugut bom baru-baru ini  , ada ke Dato Ahmad Bashah tuduh ini perbuatan khianat politik ?



**  hebat juga kereta orang besar PAS negeri .. kereta  BMW & Camry .. tapi  sayang  dok kutip derma lagi di  ceramah kat ahli yang berniaga pasar malam..haha

Guan Eng malu besar, kantoi lagi fitnah terhadap Dato Zainal !!

Posted: 03 Feb 2012 04:36 AM PST



"  Guan Eng kalau tak menipu rakyat sehari   memang tak senang la hidupnya" ...

Mungkin itu lah ungkapan sesuai untuk Ketua Regim DAP ini yang terbaru  telah menipu rakyat dengan melakukan fitnah terhadap  Kementerian Luar Bandar & Wilayah bahawa peruntukan bantuan untuk keluarga miskin sebanyak RM1.1 Juta dari kementerian berkenaan  pada tahun 2009 hanya diagih hanya  kepada 22 keluarga sahaja dan telah berlaku   unsur rasuah.

Sebenarnya angka 22 keluarga yang dilemparkan  Guan Eng di dalam akhbar cina Kwong Hua adalah satu tuduhan fitnah cukup besar . Angka sebenar keluarga miskin yang menerima adalah 990 buah keluarga meliputi pelbagai program menerusi MARA. Ini didedahkan sendiri  oleh Penasihat Kementerian Luar Bandar dan Wilayah iaitu Dato Zainal Abidin Osman hari ini .

Guan Eng tak tahu beza ke angka 22 dengan 990 ???

Macam ini ka seorang akauntan ?? Dasar penipu !!

Persoalannya , kenapa Guan Eng melontarkan fitnah di akhbar Cina  ? Adakah beliau mahu membangkitkan sentimen kebencian kauma Cina   terhadap kerajaan kononnya mengamalkan rasuah & salahurus tadbir dalam pemberian peruntukan ?

kredit kepada Anak Seberang 

Panas! Anwar mencari Dana PRU sampai ke Turki ?

Posted: 03 Feb 2012 02:58 AM PST


Kita ucap tahniah kepada Anwar yang sudahpun berangkat ke Turki malam semalam (bukan lari dan mencari suaka politik!); tetapi lebih kepada usaha saat akhir untuk mendapatkan bantuan dana PRU yang akan datang daripada beberapa pihak di Turki.

Kalau mengikut jadual yang ditunjukkan oleh Saifuddin kepada beberapa petugas Ibupejabat PKR malam semalam sewaktu di KLIA; kita nampak memang lawatan ini mempunyai tujuan yang sangat khusus.

Anwar dijadualkan bertemu beberapa pemain korporat di Turki dalam beberapa hari ini. Dengan berbekalkan beberapa info terkini mengenai tanah, kawasan, tawaran istimewa, kelebihan yang dimiliki oleh Selangor dan Pulau Pinang kepada usahawan Turki; Anwar juga akan berbincang mengenai kemungkinan Turki membantu PKR daripada sudut lain. Ada juga usaha untuk mewujudkan kerjasama politik jangka panjang antara AK Party dan Parti Keadilan daripada sudut pertukaran 'kakitangan' dan kepimpinan yang akan berlangsung untuk masa yang terdekat.

Beberapa orang kalangan pemimpin muda PKR akan dihantar ke Turki untuk belajar kaedah kempen dan modus operandi pilihanraya yang dibuat oleh AK Party. Anwar memang mahukan DASAR PANDANG KE TURKI sebagai agenda baru yang bakal dilaksanakan oleh PKR.

Yang kelakar, semalam sempat Azmin Ali menunjukkan 'metal detector' yang diberikan oleh seorang rakan Amerika kepada mereka. Tak mahu masalah di Patpong dan Bangkok berulang, nampaknya Saifuddin dan Azmin mengambil langkah yang sangat hati-hati. No more problems, tegas Azmin. Semua kakitangan yang ada di sekeliling tergelak. Boleh jadi bahan gurauan nampaknya Anwar sekarang ini.

Anwar juga akan bertemu beberapa tokoh politik. Ahmet Davotoglu memang menjadi pengikut setia Anwar sejak zaman di UIAM lagi.

Anwar juga akan bertemu dengan beberapa 'market analyst' di Turkey – bagi mencari kelemahan pembelian ACIBADEM oleh Khazanah baru-baru ini. Anwar sengaja ingin mencari kalau-kalau ada kelemahan yang dibuat oleh Khazanah dalam dealing tersebut.

Antara wakil-wakil syarikat yang akan bertemu Anwar: Enka Insaat (Construction) dan Akbank (Perbankan). Menarik juga permainan Anwar ini.

Kalau menurut anggaran awal Ibupejabat PKR; dana awal sebanyak RM55 juta akan dapat banyak membantu usaha kemenangan pilihanraya. Kalau Anwar berjaya, nilai Anwar di kalangan Pakatan Rakyat akan meningkat berkali ganda. Salah satu BUKTI bahawa Anwar dapat memimpin dengan baik adalah kemampuan mencari sumber kewangan.

Kalau mengikut list panjang usahawan Turki yang bakal Anwar temui – komitmen RM15 juta sekurang-kurangnya memang boleh diusahakan.

Yang pelik, ada 'bullet point' – 'American friends' di dalam jadual Anwar. Siapa dia 'American friends' ini? Di mana mereka berjumpa? Atas sebab apa?

Sebelum meninggalkan rakan-rakan di KLIA – Azmin sempat bergurau, 'this is last we're going as opposition….next time, we are part of PM's Office'. Terburai gelak.....

Sumber: Gelagat Anwar

Luahan hati anak muda penyokong IMR yang wajib dibaca !!

Posted: 02 Feb 2012 11:25 PM PST







GPB teruja dengan komen anak muda yang tidak berparti tetapi kini merupakan  penyokong kuat IMR melalui JATI dipelopori Dr Hassan Ali .  


Semangat keberanian yang harus ada pada setiap anak muda Melayu pendokong IMR ..






1.Jiwa kami kosong,jiwa kami lembut, kami jauh tersesat kerana dunia.


2.Kami memerlukan IMR..IMR adalah jalan untuk kami bahagia dunia dan akhirat.


3.Siapa boleh bantu kami??PAS adalah parti check and balance kerajaan UMNO ketika dahulu dari aspek agama dan kerohanian.


4.sekarang macam mana???adakah mereka didalam PAS lebih sesat dari UMNO???


5.Biarlah UMNO memerintah.Kita hidupkan Jati dengan teras IMR dan pilihkan imej dan dasar PAS.Biarlah PAS tidak duduk dalam pakatan, biarlah PAS tidak perintah negara asalkan jangan jiwa kami kosong.asalakan jangan kami jauh dari IMR tanpa ada check and balance seperti ketika zaman kegemilangan pembangkang PAS.


6.Melalui JATi dengan teras IMR pulihkan PAS sebagai parti tonggak Agama Islam,melayu dan Raja.


7.Kuatkan saf dan naikan martabat.apabila kuat kita demand UNDI antara UMNO dengan PAS memerintah negara tak kira siapa harus bertunjangkan IMR..


8.Kami tidak mahu generasi kami terus kosong hingga kiamat kerana kecelaruan politik sehingga agama islam,melayu dan raja di pinggirkan tidak kira UMNO mahupun PAS.


9.PKR dan DAP memang terang boleh menghancurkan negara hanya kerana mengejar tampuk kuasa pemerintahan.ini bahaya bagi kita yang beragama islam dan berbangsa melayu.


10.IMR..IMR..IMR..jangan biarkan seluruh umat jiwa kosong..semakin jauh semakin liberal..


11.Aku rasa inilah yang ramai mencari---suntikan emosi bagi kembalikan kita kejalan yang lebih diredai Allah.


12.Sehingga setakat ini dan yang terkini hanya sebahagian UMNO,sebahagian PAS dan mungkin gerakan JATI ini akan dapat memulihkan imej Islam,melayu dan Raja..


13.kembalilah..tidak kira UMNO,PAS dan sebahagian PKR mengerakkan JATI demi IMR..buanglah ketaksuban POLITIK demi IMR untuk generasi akan datang.


14.UMNO juga kini dilihat terpaksa mengikut rentak PKR sehingga boleh membawa kita semakin jauh dan kosong.PAS tidak lagi mampu menjadi check and balance untuk kerajaan dalam aspek kerohanian dan Islam,melayu dan raja..PKR mengheret lagi jauh dan sesat..


15.bantulah kami dan percaya ramai yang memerlukan pengisian kedalam JIWA.kami benar-benar kosong dan kecewa dengan situasi politik kini yang menejaskan keharmonian agama,bangsa dan nagara.


16.kami yang sentiasa menyokong perkara yang baik demi IMR dan membanteras gejala kerosakan.Kami yang berkecuali,diatas pagar, mungkin pejuang-pejuang dasar-dasar Islam didalam PAS, dasar-dasar bangsa didalam UMNO dan keadilan didalam PKR amat memerlukan jalan tengah menyalakan api obor kebangkitan institusi Agama,Bangsa dan Negara demi untuk tidak terus tersesat jauh sehingga kami mati kelak atau kimat tiba.


17.sesungguhnya kami amat takut, sesunguhnya dari riak muka Dr.Hassan ali adalah ketakutan dibalik keberanian..semunya demi IMR..mungkin pengorbanan nyawa,maruah,penghinaaan boleh menjadi galang gantinya.


18.Mohon pada Allah semoga ini dijauhkan dan dipermudahkan demi Agamanya, bangsanya dan tampuk pemerintahanya.


19.Doakanlah..


anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

Anwar warning " Kepala Bapak Hang " kepada Mufti Perak & Fathul Bari !

Posted: 02 Feb 2012 06:00 PM PST



Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerca kembali Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda dengan kata-kata sinis, 'Apa hang bangang sangat ni'.. 'Kepala Bapak Hang' apabila mereka berdua menegurnya berkaitan dengan ucapannya di BBC News, 12 Jan.

"(Anwar berkata soalan wartawan kepadanya adalah) 'awak telah difitnah berulang kali mengenai liwat..apakah awak akan pinda undang-undang atau batalkan undang-undang kalau awak jadi Perdana Menteri.

"Saya jawab..kita umat Islam dan saya percaya majoriti bukan Islam..terima institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan..dan saya tidak pernah minta maaf..itu keyakinan kita..itu apa maknanya..maknanya tak terima lah..apa hang bangang sangat ni..apa hal..

"Kemudian saya sambung..bagaimana dengan undang-undang sekarang..377B..yang kenakan saya, yang fitnah, yang khianat..yang pergi siasat ke bilik-bilik orang..reka..bagi DNA la..(air) mani la..apa semua..saya kata undang-undang sekarang ini..yang ada dibuat undang-undang di Malaysia..bukan undang-undang Islam..undang-undang ini saya kata..usang..jumud..mesti dipinda..

"Tafsirnya panggil ustaz tua sorang, ustaz muda sorang..'eh tak patut..tak patut Anwar kata begini..saya minta dia beristifar dan bertaubat'..Kepala bapak hang..", kata Anwar dalam program Mesra Rakyat Bersama Rakyat, di Dengkil, Selangor, 27 Jan.

KLIK DI SINI SETERUSNYA 

Tsunami penyatuan Melayu bakal ranapkan Pakatan tawan Putrajaya !

Posted: 02 Feb 2012 04:34 PM PST



Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk 'tsunami' baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

''Dengan 'tsunami' itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas," katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.

Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

''Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

''Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu," jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

''Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama," katanya.

DIMENSI

Posted: 03 Feb 2012 11:29 AM PST

DIMENSI


Blogger Prihatin: Adik Mohd Nor Fitri hilang..

Posted: 02 Feb 2012 10:30 PM PST

Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.



sumber: papagomo


kepada anda di luar sana, sesiapa yang mungkin ternampak atau terserempak dengan adik ni tolong la bawa dia ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi kakak saudaranya seperti no yang tertera. sama2 la kita  berusaha dan berdoa agar adik Mohd Nor di jumpai dan di lindungi allah s.w.t...aminnn

Omegay: HIMPUN - pasrael malu nak selamatkan akidah tapi makin berani nak sanggah >:]

Posted: 02 Feb 2012 07:00 PM PST


boleh ke pas buat perhimpunan selamatkan akidah macam ni?..boleh memang boleh..tapi kene mintak izin dari deeayypig dan si peliwat dulu lerr. kalau perhimpunan haram plak camne?..."ahhhh tak payah mintak izin tak payah mohon permit!..kita larung jek!..kita follow ambigau bulat2" kehkehkehkeh

p/s: selamat menyambut maulidur rasul!

Omegay: Fuziah tak perasan dia adalah tikus makmal parti gay!

Posted: 02 Feb 2012 04:30 PM PST

Fuziah Salleh hari ini mendakwa, persetujuan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap kontroversi Lynas Corporation, berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan bakal menjadikan penduduk Kuantan sebagai "tikus makmal".


sebelum ni si mak lampir II ni cuba menakut2kan pelabur luar apabila mendakwa projek lynas tak selamat. tapi apabila lynas di berikan lesen sementara (TOL) untuk memulakan operasi, mak lampir II dah cemas!. kini beliau menuduh lynas menjadikan penduduk2 sekitar sebagai 'lab rat' atau tikus makmal.

dek kerana dah kehabisan modal nak spin, terpakse ler mak lampir II saiko dengan menakut2kan penduduk setempat seolah2 mereka akan di timpa bencana. selama ni mak lampir II ni di tugaskan oleh anuwar untuk terus 'harass' (kacau) projek lynas sehingga gagal.

sejak IAEA mengiktiraf akan tahap keselamatan projek lynas, mak lampir II masih tak dapat terima kenyataan dan masih terus memburuk2kan projek tersebut.

anuwar tau jika lynas dan projek2 berimpak tinggi lain berjaya membawa kemakmuran kepada rakyat maka jahanam ler cita2 dia nak tawan putrajaya. ini juga di sebabkan pihak pakatan tak mampu membawa pelabur mahupun membawa apa2 hasil yang boleh di banggakan. sebaliknya mereka hanye tau membawa kehancuran terhadap negara dengan mensabotaj dan pengkhianatan.

usaha mak lampir untuk menjahanamkan projek lynas semakin tak menjadi. sekarang sape yang jadi tikus makmal? kehkehkehkeh >:D

WARISAN@PAHANG

Posted: 03 Feb 2012 09:17 AM PST

WARISAN@PAHANG


Hadi Bakal Hai Hai Bye Bye....

Posted: 03 Feb 2012 02:12 AM PST



Desas desus Haji Hadi tidak mahu bertanding menggemparkan negara terutama kepada pengalisis politik di kedai-kedai kopi. Ada yang kata elok sangat beliau berhenti kerana beri peluang kepada muka baru. Ada yang kata beliau mahu berhenti kerana selama ini beliau hanya jadi boneka PAS sahaja tetapi yang lebih berkuasa adalah Nik Ajis. Ada yang kata itu semua adalah sandiwara Haji Hadi yang mahu test power atau menguji pasaran dan mahu melihat respon pemimpin dan pengikutnya sahaja.

Sebelum ini ada yang melambung-lambung Haji Hadi terlalu tinggi dan menganggap beliau yang layak menjadi Perdana Menteri berbanding dengan DSAI yang dicop rakyat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai masalah moral. Barang kali lambungan terlalu tinggi menyebabkan Haji Hadi gayat dan tidak mahu rakyat dan pengikutnya menaruh harapan yang terlalu tinggi.

Dalam satu keadaan ada yang minta Haji Hadi jangan berhenti kononnya beliau adalah aset PAS tapi dalam masa yang sama berkata jika mahu berhenti, ada ramai lagi calon yang layak menggantikan Haji Hadi.

Apa-apa pun keputusan Haji Hadi, beliau tetap akan dicop sebagai insan yang merosakkan PAS kerana menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Inilah akibatnya kalau menjadi parti yang mengikut telunjuk parti lain. Usia pun sudah meningkat, eloklah Haji Hadi berehat dan bertaubat.

Tiada ulasan:

Pengikut