Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Jan 2012 04:56 PM PST Memandangkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan bahawa beliau kembali. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata walaupun Shahrizat sepatutnya berbuat demikian secara sukarela memandangkan siasatan polis ke atas kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), beliau percaya bahawa beliau ditekan untuk berbuat demikian. "Tiada siapa yang percaya Shahrizat akan kembali ke kabinet atau Parlimen selepas tamat cuti tiga minggunya yang berakhir pada 3 Februari ini," katanya. Menurut Lim, ini disebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan bercuti Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah sesuatu yang tepat. "Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi," kata Najib dipetik berkata di akhbar-akhbar hari ini. Ini, kata Lim, bermakna bahawa Shahrizat berjaya menghalang siasatan dijalankan ke atas peranannya yang didakwa dalam skandal tersebut yang tercetus berikutan pendedahannnya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tahun lalu. Sementara itu, Lim juga menggesa kerajaan menubuhkan siasatan awam berhubung skandal NFC yang juga perlu merangkumi peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pertanian semasa kejadian itu dan Datuk Seri Noh Omar selaku menteri pertanian dan asas tani sekarang. Lim berkata bahawa pembekuan aset NFC sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tidak mencukupi tanpa siasatan penuh dijalankan. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 15 Jan 2012 04:55 PM PST Bersungguh-sunguh Hasan Akidah cuba meletakan dirinya sebagai manusia paling suci dalam perjuangan Islamnya dengan berkata "Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan. Sebenarnya, tindak laku Hasan Akidah itu sendirilah yang patut dikira drastik. Tetapi beliau cuba pula menyalahkan orang lain dan memilih Anwar Ibrahim untuk dipersalahkan bila PAS memutuskan untuk memecat beliau.Terkini beliau berkata , perjuangannya di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.Semua orang salah, dia seorang sahaja yang botol! Ya, ini-lah kerja seorang pejuang Islam bernama Hasan Akidah - Menghasut orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan 901 untuk menyokong Anwar dan menganggapnya sebagai membuang masa. Sikap menghasut ini selari dengan sikap PERKASA dan pencacai Umno yang turut membantah perhimpunan tersebut.Waima Presiden PAS sendiri telah buat kenyataan untuk turut hadir.Bukankah lebih baik kalau Hasan Akidah tutup mulut busuknya itu? Sekiranya benar Hasan Akidah seorang pejuang Islam yang sejati, beliau patut menerima hakikat bahawa hanya Allah yang tahu sama ada kes liwat yang sebenarnya yang berlaku di antara Anwar dan Saiful kerana tiada saksi mata sama sekali. Tentunya Hasan Akidah menyedari bahawa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) merupakan kesalahan jenayah qazaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan. Cara pembuktiannya hanya satu : hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu.Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan. Apakah Hasan Akidah mahu ikut bersekongkol dengan penabur fitnah yang keji begini? Bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah. Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan qazaf (menuduh liwat dan zina) tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara'. Kalau sungguh Hasan Akidah yakin kebobrokan Anwar, kenapa tidak cuba berusaha membantu supaya kes Qazaf Saiful dapat dibicarakan di Mahkamah Syariah? |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan