Ahad, 15 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 15 Jan 2012 03:20 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


RASHID, HUSAM DEDAH MISTERI DAKWAT KEKAL PRU 12

Posted: 14 Jan 2012 06:49 AM PST




KOTA BHARU, Jan 13:
Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, "Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?" yang diadakan di sini malam tadi.
(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)

Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

"Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

"Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah," kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, "Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?"

Rashid pula membalas, "SPR tak ada kuasa." Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

"Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal," terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

"Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali," sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, "Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi."

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

"Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam," kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

"Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong," selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

"Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

"SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas," kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

"Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya)."

Anwar Ibrahim

Posted: 14 Jan 2012 07:35 PM PST

Anwar Ibrahim


Rakyat Mahu Malaysia Tanpa UMNO

Posted: 13 Jan 2012 11:25 PM PST

Harakah

ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.

"Justeru itu, rakyat mahu 'Malaysia Tanpa Umno'," ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

"Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.

"Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa," jelasnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.

Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.

Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.

"Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala," katanya lagi.

Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.

"Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno," ujarnya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.

"Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat," katanya.

Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.

Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

"Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang," katanya.

Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.

Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.

Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.

"Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam," katanya.

Jangkaan Pilihan Raya Mengejut, PR Tuntut Kerajaan Bersih

Posted: 13 Jan 2012 11:18 PM PST

The Malaysian Insider

ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) yang memulakan konvensyen kebangsaannya hari ini di bersedia untuk menghapuskan Malaysia dari rasuah dan pembaziran sebaik sahaja pakatan pembangkang menguasai Putrjaya.
Dengan sumber pilihan raya akan diadakan tahun ini, pemimpin-pemimpin PKR mengetengahkan masa untuk mereka mengalami perubahan dalam ucapan pembukaan mereka di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Mereka mendakwa dengan bukti-bukti penyelewengan kerajaan dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan keadaan hutang negara yang terus meningkat, kerajaan telah lama menyalahgunakan kuasa mereka.

"Negara ini kotor untuk 53, 54 tahun. Ini ialah risiko besar Pakatan Rakyat," Naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberitahu sekumpulan 2,000 para perwakilan pembangkang dan penyokong-penyokong mereka.

"Kita perlu bekerja bersama-sama dan menghapuskan BN dalam pilihan raya umum berikutnya membersihkan negara kami yan tercinta."

Timbalan presiden PAS, Mohd Sabu berkata BN akan terus untuk mengalirkan kekayaan negara jika terus berkuasa dan menegaskan bahawa satu undi untuk PR ialah satu undi untuk satu masa depan lebih baik.

"Slogan mereka ialah 'BN menang, rakyat senang', tetapi kami mengatakan 'BN menang, muflis Malaysia,'" katanya.

Tetapi Mohamad, dikenali umum sebagai Mat Sabu, menyampaikan peringatan dengan menunjukkan yang kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menjadi kenyataan jika parti komponen pakatan pembangkang bekerja berganding bahu dan berpaksikan landasan bersama-sama.

"Kami yakin kami boleh mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 jika kami bersatu," katanya.

Menggunakan pembebasan mengejut Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sebagai batu loncatan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata walaupun ketua pembangkang sekarang bebas daripada tuduhan liwat, orang ramai belum bebas.

"901 adalah satu sumber inspirasi untuk orang ramai menolak Umno  dan kami akan menolak mereka dalam pilihan raya berikutnya," katanya.

Konvensyen, PR ketiga, dijangka untuk fokus pada empat dasar utama untuk menarik lebiih ramai pengundi, dalam persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 14 Jan 2012 12:17 PM PST

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


PKR Sabah rejoices in the acquittal of DSAI

Posted: 14 Jan 2012 07:16 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 9 — PKR SABAH rejoiced in the the High Court decision today in the acquittal of Datuk Seri Anwar Ibrahim for the charge of sodomising his former male aide Mohd Saiful Bukhari Azlan. This was disclosed by Dr Roland Chia Ming Shen – PKR Supreme Council member cum PKR Sabah Secretary who attended the court hearing with PKR Sabah & PKR Sarawak State Leaders.

Judge Mohd Zabidin Mohd Diah ruled that the prosecution had not done enough to prove Anwar had committed sodomy against Saiful."The court could not rule 100 per cent that the DNA samples were not compromised. Without that, the court is reluctant to convict the accused based on the evidence of SP1. "Therefore the accused is acquitted," he ruled to shouts of joy from Anwar's supporters and family.Anwar's family wept with joy as they all rushed to him.The public gallery inside the packed courtroom bursts into shouts of "Allahuakbar!"

According to Dr Roland Chia , this result proves that the SODOMY charges back in 1988 by the judiciary is flawed. The SODOMY 2 proves that the entire exercise was a political set-up to stop Dato Seri Anwar from contesting and leading.

The only way to reform the judiciary is for Pakatan Rakyat to takeover the federal government by winning the 13th General Election.The High Court's decision this time, ahead of the 13th general election, will likely give a boost to Pakatan Rakyat (PR) pact's plans to take over Putrajaya. Dr Roland Chia said in a statement.

Picture shows Yb Baru Bian – PKR Sarawak Chairman, Ahmad Thamrin Jaini – PKR Sabah Chairman, Dr Roland Chia – PKR Sabah Secretary, Datuk Dr Tan Yew Kee – PKR Supreme Council Member, Pn Bernadette Wong – PKR Wanita supreme council member outside rejoicing at the Jalan Duta –Federal Courts

PKR Sabah cried foul on cancellation of MAS International Flights to Sabah.

Posted: 14 Jan 2012 07:13 AM PST

roland3

PKR Supreme Council Member cum PKR Sabah Secretary Dr. Roland Chia cried foul over the decision of MAS to suspend four international flights into Sabah from early next year.

PKR Sabah has received many complains over the last 24hours over this drastic decision especially from the tourism and service industry. This is a double blow to the recent announcements of cancellation of MAS flights from KL-Sandakan-KL which is already hurting the tourism and palm oil industry in Sandakan. Many players from the Tourism industry in Sabah have already lodged their displeasure on these announcements.

Sabah which is internationally famous for her ecotourism required all the air connectivity to sustain this industry which indirectly creates employment and economic spin offs to the local community in Sabah. Such cancellation will not augur well with leaping out Sabah out from the second poorest state in Malaysia. The tourism industry is the main export in terms of service oriented industry in Sabah.

The cancellation of flights from Osaka, Japan and Seoul Korea will also hamper the growth of golf tourism industry in Sabah which is directly linked to MICE - Meeting, Incentives, Conferences and Events groups. The MICE programme is a multimillion dollar service export oriented for Sabah.

We urged the Deputy Minister of Transport who is a Sabahan and the authorities concern to seriously look into these matters. Sabahans oil and gas has been piped away with only 5% royalty back to Sabah, the last thing we want is to see our income generated from tourism in Sabah to be siphoned away too. Please do not kill the golden goose that lays the golden eggs. This will not be a good Christmas gift to the people of Sabah.

PKR Sabah condemns flip-flop decision on disruption and resumption of BOEING aircrafts servicing Kota Kinabalu- Sabah.

Posted: 14 Jan 2012 07:10 AM PST

roland3

Since the announcement by the BN government on the merger between MAS and AIRASIA back in August 2011, flight services to Sabah have been severely affected.

The victims are obviously our Sabahans , business investors and tourists who wished to trade and visit the state of Sabah especially those travelling to Sandakan. Dr Roland Chia – PKR Supreme Council Member and PKR Sabah Secretary disclosed today.

The recent 48-hour flip-flop decision on the discontinuation of the BOEING aircraft to service Kota Kinabalu/Sandakan routes does not augur well with the community in Sandakan. On 4th December 2011, it was reported that MAS will discontinue using the Boeing aircraft . This was followed by a U-turn 48 hours later on the 6th December 2011 on the resumption of the BOEING services to Sandakan.

Sandakan being the second largest town in Sabah – not only suffers from daily disruptions – NOW suffers from flights disruption. Sandakan can be prideful of having several VVIP that hails from that town and whose constituencies that some Ybs represent - i.e The present Tuan Yang Terutama – Governor of Sabah, the present Chief Minister of Sabah, the present Sabah MCA Liason Chief, the President of LDP who is also the MP for Sandakan, yet despite of their representation in Sabah, this flip-flop decisions happened. This shows that the BN government has no respect for their own Sabah BN leaders.

To further add salt into injury, the present Federal Deputy Minister of Transport Ministry is a Sabahan and the MCA Sabah Chief who has direct communication with the Minister of Transport – who is also the National MCA Secretary General.

PKR Sabah received many complaints from the travel & business industry with regards to these flip flop decisions, this does not augur well with noble intention of turning Sandakan into a educational hub , a tourism hub –where the Sepilok –Orang Utan sanctuary is sited and also the Research centre and the headquarters of the Department of Sabah Forestry. This does not augur well with the slogan Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan. What the parties are concerned is the saving of RM1 Billion Ringgit to their own pockets at the expense of the Rakyat of Sandakan,Sabah. (http://www.theedgemalaysia.com/highlights/190989-mas-airasia-merger-potential-rm1b-synergy.html)

MD Penampang mempunyai Penyata Pendapatan Defisit yang terbesar di Sabah. Laporan yang baru dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara Tahun 2010 – dari segi Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah amat mengerikan.

Posted: 14 Jan 2012 07:08 AM PST

mdpenampang-791x1024

Dr Roland Chia – Ahli MPP merangkap Setiausaha MPN PKR Sabah berkata yang merujuk secara spesifik kepada Majlis Daerah Penampang.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010, Majlis Daerah Penampang adalah satu-satunya di antara 20 majlis daerah di Sabah yang mempunyai deficit yang terbesar iaitu sebanyak RM6.15 juta. Hasil cukai dan pendapatan yang diterima adalah RM18.17 juta manakala perbelajaan adalah RM24.32 juta.

Biarpun MDPenampang mencatat pengutan hasil yang tinggi, iaitu tahun 2008 –RM8.82 juta dan tahun 2009 – RM10.10 juta, namun kos perbelanjaannya amat tinggi. Perbelanjaan begitu tinggi adalah semacam tabiat BN –UMNO yang memboroskan wang –duit hasil titik peluh rakyat.

Majlis Daerah Penampang yang diwakili oleh tokoh BN yang tertinggi iaitu Presiden Parti UPKO – Tan Sri Bernard Dompok – Ahli Parlimen P174 –Penampang, ADUN N20 – Moyog – Datuk Donald Mojuntin – Penolong Menteri kewangan Negeri Sabah, dan ADUN N19- Kapayan Pengerusi Perhubungan MCA Sabah– Datuk Edward Khoo – Pembantu menteri kepada ketua Menteri Sabah harus member penjelasan tentang deficit yang langsung tidak munasabah sekali.

Masalah perkhidmatan MDP masih membelenggu rakyat yang tinggal di Penampang- seperti rumput setinggi manusia yang langsung tidak dipotong, keadaan parit & longkang yang tidak diperbaiki sehingga menyebabkan penyakit aedes membiak secara besar-besaran – contohnya apa yang berlaku di Tmn Delima, Kapayan Penampang. Tiang-tiang lampu di jalanraya besar – kebiasaan tidak berfungsi menagkibatkan kemalangan selalu berlaku. Dan yang terkini, banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Kg Nossob, kapayan Penampang dimana kaedah pencegahhan lansung tidak dijalankan sehingga mangsa kejadian tanah runtuh terpaksa menanggung kos membina balik semula rumahnya.

3 Dec Press Conference with Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 14 Jan 2012 06:59 AM PST

Main issue put forward is RCI needed for Perennial Illegal Immigrants & ICs . Those who had gone through proper process should be upheld while those who got ICs due to corruption and abuse of powers -should be revoked.  he urged all parties to work together and unite to fight against the tyrannical, corrupted regime who had rule Malaysia for the last 48 years. In attendance are all state leaders including State Chairman Ahmad Thamrin Jaini, Deputy Chairman, Jonathan Yasin, Secretary - Dr Roland Chia.

Ceramah Kelompok dengan Masyarakat di Tmn Delima, Kapayan, Penampang.

Posted: 14 Jan 2012 06:31 AM PST

PKR slammed authorities over complaints falling to deaf ears - resulted in fire in Kg Ganang.

Posted: 14 Jan 2012 06:28 AM PST

The frequent fire outbreak in year end does not augur well with the year end season holidays. Victims are made to suffer from total lost of properties. Close to 100 homes were lost in Tanjung Aru last week and now two homes were gutted in Kapayan.

Dr Roland Chia – PKR Sabah secretary revealed this while visiting and presented aid to the victim and his family whose house in Kg Ganang , Kapayan was totally lost& damaged yesterday after the fire gutted the house. The incident was thought to have happened at 730am on Thursday morning. Thank God no lives were lost.

Fail to Plan – is Plan to Fail. There should be preventive measures done instead of reactionary measures. This is to avoid any lost of lives and lost of home. Now the victim has to raise funds to rebuild his home whose meagre salary could just make ends meet for himself and the family.

According to the victims and families of the two homes, they are still in trauma and shock over what has happened to their homes. They have been complaining to the authorities concerning dangerous live wires from the power sources outside their homes for almost 3 months. Occasionally, there were sparks occurred but their complaints ended up in deaf ears. Now they have to put up in the nearby balairaya for refuge and shelter. Nearby villagers gave an account whereby the BOMBA had to rely on longkang/drain water to put off the fire as there was no proper fire hydrants installed in the kampongs.

Dr Roland Chia urged the authorities concern to start surveying potential areas that are prone to fire outbreaks and implement preventive measure immediately.

Malam Setiakawan & Ceramah Kelompok bersama Masyarakat di Taman Delima, Kapayan, Penampang.

Posted: 14 Jan 2012 06:23 AM PST

Tiada ulasan:

Pengikut