Pakatan Rakyat |
Posted: 04 Jan 2012 04:03 PM PST RoketKini Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang merupakan seorang bekas tokoh korporat. Sebagai ahli politik, beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Ijok di Selangor. Beliau telah meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Mazir Ibrahim untuk berkongsi pandangan tentang kejayaan kerajaan negeri Rakyat Pakatan Selangor serta isu-isu politik semasa. Boleh ceritakan sedikit latar belakang Tan Sri dalam politik? Saya datang dari latar belakang yang mana saya mengurus dan memimpin syarikat besar. Terdapat lebih dari 20,000 orang pekerja yang bekerja di bawah saya. Saya datang dari syarikat korporat yang mengawal dan mengurus dengan jayanya hal-ehwal kewangan. Apa yang saya boleh katakan ialah, saya tidak ada apa yang digelar sebagai waktu munasabah dalam menyesuaikan diri dalam arena politik. Saya sertai PKR pada 2006, saya aktif dalam politik selama dua tahun sehingga dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi, pasukan kerja terbentuk secara bersama. Ia bukan seperti apabila anda berada dalam sebuah pasukan yang sedia ada dan kemudian bergerak menjadi sebuah organisasi. Itulah gambarannya. Bagaimana dengan cabaran sebagai Menteri Besar ? Apabila menjadi Menteri Besar, saya rasa seperti semua orang bercakap, "Kau dalam neraka sebab semua orang akan pastikan dan berharap kau akan gagal." Saya hargai jika diletakkan begitu (neraka), tetapi saya juga tidak mahu mewujudkan sebuah neraka lain. Malah, (bekas Timbalan Presiden PKR Senator) Dr Syed Husin Ali pernah berkata, "Saya ingatkan kamu Khalid, ramai kawan-kawan yang tidak sukakan anda, ia seakan melawan roh parti. Yang terbaik kita boleh buat ialah 'potong tangan mereka'." Tetapi berapa banyak (tangan) perlu saya potong dan berapa banyak pula tangan yang tidak patut saya potong? (ketawa) Jadi akhirnya datang kepada kesimpulan bahawa, saya cuma ada dua pilihan sama ada mencari orang untuk saya cantas atau meneruskan program-program yang saya mahu lakukan untuk rakyat Selangor. Yang mana satu lebih yang penting? Jawapan saya ialah program-program untuk rakyat. Jadi apa pula strategi saya? Bagaimana saya menggunakan sumber-sumber negeri untuk diterjemahkan kepada rakyat? Jadi, untuk menjadi pemimpin, perlu ada visi. Saya sangat tertarik dan suka untuk melakukan perkara-perkara sebegini. Saya bukan hanya bercakap, tetapi saya buat kerja. Saya fikir, selepas tiga, empat tahun (memerintah dan mentadbir) saya tahu ramai yang berada bersama saya. Dan, sudah tentu ada juga yang tidak bersama saya, tetapi apabila lebih 70 peratus bersama saya, itu boleh diletakkan diri saya sebagai berjayalah. Malah, ketika 'zaman kegemilangan UMNO-BN' mereka pun tak dapat 50 peratus sokongan dari penjawat awam. Sesetengah dari mereka tidur ketika bekerja. (ketawa) Jadi itulah sebabnya saya tidak terlampau reaktif kerana saya cuma lebih reaktif kepada kejayaan program-program sahaja. [c] Bagaimana Tan Sri menterjemahkan usaha menjadi satu kejayaan ? Pertama kali saya melangkah masuk pejabat, saya akan bertanya tentang 'akaun negeri' maksudnya balance sheet, sama ada ada keuntungan atau pun kerugian. Di sini, apa yang saya maksudkan ialah saya mencari kekuatan akaun negeri dan menyoal berapa banyak duit dan dana yang kita ada. Dan sudah tentu, kakitangan awam negeri, yang sudah punya pengalaman, tahu ia adalah satu perkara yang mudah, jadi jawapan mereka ialah, "Ya, kita ada lebih RM400 juta duit dalam tangan." Tetapi mereka tidak sedar saya melihat bukan dari jumlah wang tersebut tetapi pulangan duit itu. Jadi saya tanya pula apakah kadar yang kita dapat untuk bulan itu? Soalan itu meletakkan mereka dalam keadaan tidak selesa dan ganjil kerana mereka tidak fikir itu adalah perkara penting. Jadi saya lihat sendiri akaun dan pulangan wang itu dan mengarahkan mereka untuk mengirim ucapan salam saya kepada pegawai bank yang mengambil wang kita. "Apa ini? Ada yang tak kena dengan MB ni, utus salam kepada orang lain (pegawai bank)," mereka tertanya-tanya. Bagaimana pun, mereka mengambil saranan saya dan setelah berjumpa dengan pegawai bank itu, selang dua hari kemudian, pegawai awam ini berjumpa saya dan berkata, "Ya, mereka sambut salam MB, dan mereka juga menaikkan kadar kepada dua peratus." Jadi ini apa maksudnya? Ini bermaksud dengan kadar dua peratus setahun dari RM400 juta, kami telah meningkatkan pulangan faedah sebanyak RM8 juta. Secara langsung ia bermaksud, cabaran kepada saya adalah memastikan bahawa saya dapat mengenal pasti sumber-sumber negeri dan terjemahkan untuk memberi keuntungan kepada rakyat Selangor. Dari itu, saya atur satu perancangan menjadi objektif kerajaan negeri kepada apa yang dipanggil Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Apa pandangan Tan Sri tentang prestasi Exco dan Adun Pakatan Rakyat? Pandangan terhadap mereka sudah tentu perlu diakui bahawa sebahagian daripada mereka adalah baru dalam hal-hal sebegini. Kita perlu bersama-sama dengan mereka. Tetapi secara keseluruhan, yang bernasib baiknya ialah, mereka telah ada pengalaman mengendalikan program. MES (program Merakyatkan Ekonomi Selangor) berjaya apabila mereka meluangkan sepenuh masa dan jiwa kepada rakyat. Itulah yang telah dan perlu diterapkan lagi dalam diri. Yang keduanya, saya rasa sesetengahnya mempunyai bakat terutamanya dalam berorganisasi, menyelesaikan masalah rakyat, menghargai birokrasi. Maka, ini menunjukkan mereka juga bagus dan pandai berbanding UMNO-BN. Bagaimana pula peranan dan kerjasama penjawat awam negeri ? Tidak, soalan yang sepatutnya ialah bagaimana penjawat awam respon kepada usaha saya. Soalan ini penting kerana ia bukan seperti bermain bola dengan membawa pengadil sendiri, bawa doktor sendiri dan sebagainya, bukan seperti itu. Perkara ini ialah, anda datang keseorangan sementara semua orang sudah berada di tempat masing-masing. Bagaimana saya menyesuaikan diri? Saya rasa, saya lebih bertuah berbanding rakan-rakan politik yang lain kerana pernah bekerja bersama penjawat awam, saya faham tentang sesuatu kebiasaan, saya tahu bagaimana mereka menyesuaikan diri. Mereka perlu diberi jaminan berbanding diberi cabaran. Jika anda mencabar mereka, mereka akan menjadi lebih reaktif berbanding untuk menyokong anda. Bagaimana dengan prestasi ekonomi negeri? Saya fikir kita telah berjaya mengubah minda rakyat bahawa mereka kini sedar sumber ekonomi negeri Selangor adalah untuk mereka. Kemudian kita terjemahkan sumber-sumber itu kepada program yang dipanggil Hasil Negeri Untuk Rakyat. Saya fikir lebih 20 atau 40 tahun yang lalu, anda tidak mendengar jenis kenyataan sebegitu, walau pun terdapat kenyataan seperti 1Malaysia dan lain-lain. Tetapi ia tidak pernah benar-benar diterjemahkan menjadi sesuatu yang real. Tetapi kini kerajaan Selangor tidak seperti itu. Maka dengan penilaian dan kapasiti saya, saya berjaya tingkatkan hasil negeri dan saya terjemahkannya dalam bentuk dividen buat rakyat. Saya rasa kami telah melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya kerana mereka tidak melihat dari sudut itu, mereka hanya melihat "Ya, kita bagi ikut permintaan," tetapi tidak melihat kepada kesan mikro dan mengapa mereka melakukannya. Bagaimana dengan ekonomi Selangor dan ekonomi Malaysia dari kaca mata Tan Sri? Sudah tentu ekonomi Selangor sangat berhubung kait dengan ekonomi Malaysia. Malah, ekonomi Selangor merupakan gambaran kepada ekonomi Malaysia kerana Selangor menyumbangkan tidak kurang daripada 25 peratus dari ekonomi Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Selangor memberi sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi Malaysia. Malaysia ini menjalankan dasar ekonomi terbuka maka, Selangor juga menjalankan dasar yang sama. Maknanya kebanyakan urus niaga yang kita lakukan ini ada hubungkaitnya dengan negara luar. Lebih 70 peratus daripada apa yang kita hasilkan ke luar (eksport) yang bermakna domestik kita tidak bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dalam negeri, tetapi ekonomi dunia. Berdasarkan pergolakan ekonomi dunia seperti di Eropah yang masih berjuang menyelesaikan masalah mereka, Amerika Syarikat pula punya masalah sendiri. [b] Gambaran cerah yang dapat dilihat adalah dari rantau Asia seperti China, India dan sebagainya. Tetapi kita boleh lagi berkata yang kita berada di dalam rantau yang betul dan masih selamat, Asean dan Asia. Walau pun begitu, kita tidaklah benar-benar dalam kedudukan yang sangat selesa. Oleh itu, bolehlah saya katakan perkara yang baik berlaku sekarang dalam susunan untuk ekonomi bertahan dalam tempoh sangat tidak selesa. Maka itu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kita telah meningkatkan aktiviti-aktiviti domestik yang pastinya selaras seperti apa yang kita perlukan, memajukan (boosting) Lembah Klang. Kita telah pun berada di situ. Itulah sebabnya BN tidak tidur lena. Ekonomi Selangor akan melonjak dengan pelbagai program dan urus niaga yang akan dilakukan. Negeri-negeri di bawah UMNO akan berhadapan masalah, tetapi Selangor tidak akan berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti itu. Program pencegahan rasuah (dalam Geran Selangorku ada program pembasmian rasuah dan penyelewengan ), setakat ini bagaimana responnya? (Ketawa) Everybody is scared now! Sekarang saya cuba untuk melaksanakan satu persatu dahulu. Sekarang kita sudah ada dana untuk diterjemahkan seperti contohnya Transparency International. Mereka akan menilai cara untuk melakukan tender dan boleh mengenal pasti sama ada berlaku rasuah atau tidak. Mereka juga memerlukan penyelidikan tertentu. Saya akan menggunakan wang itu untuk diberikan kepada mereka. Terdapat sebuah lagi yang mahu sertai tetapi itu saya perlu baca dan mengkaji dahulu. Tetapi yang lain-lain pula, cuma bermain sembunyi-sembunyi sebab saya rasa ia adalah kerana budaya Malaysia sendiri, akan ada yang berkata, "Si polan itu rasuah, si polan ini pun rasuah." Tetapi apabila ditanya kembali kenapa berkata begitu, mereka akan cakap, "Tak tahu tetapi saya tahu si polan itu rasuah." Jadi, kami mahu mengubah budaya sebegini. Dalam masa sama, whistle blower (pendedah penyelwengan) juga penting, tetapi anda perlu ingat bahawa mereka juga ada liabiliti. You blow the whistle you may loose the job. (Anda dedahkan sesuatu anda mungkin hilang kerja). Oleh kerana itu kita perlukan insurans, dan itulah sebabnya saya masukkan sekali (insurans). Bagaimana hubungan dengan Istana Selangor? Berhubung isu dengan Sultan, anda perlu patuh, isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti patuh kepada raja-raja dan kedudukan istimewa Melayu. Ia telah termaktub di situ melainkan jika kita mahu mempersoalkannya, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan Perlembagaan. Ya, terdapat orang-orang di dalam istana yang mahu kita menguatkuasakannya, tetapi secara keseluruhan ia kembali kepada tahap asal yang telah ditubuhkan (berdasarkan Perlembagaan). Isu gereja Damansara, kita boleh dikatakan ia berjaya diselesaikan secara profesional. Tidak ada lagi spekulasi. Jika anda fikir kejadian itu memang berlaku, laporkan. Anda tidak boleh cuma membayangkan dan kemudian mengatakan, "Ya kejadian itu memang berlaku." Di akhir kelak, salah satu kriteria yang paling penting untuk kejayaan Pakatan ialah dapat bekerja semula sebagai satu pasukan yang kukuh. Inilah isu yang lebih penting. Saya yakin yang kita memang boleh sebab kita berjuang kerana tujuan yang lebih besar. Dan ia sentiasa merangsang minda dan keazaman kita. Bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ? Saya perlu sebut di sini setelah tiga tahun, kita boleh melihat masyarakat telah merasakan bahawa mereka berada dalam situasi yang lebih baik sekarang. Betapa selesanya berbanding 2008, saya sendiri sedikit terkejut. Rakyat sudah mengenali kita dengan lebih dekat. Sebelum ini mereka kenal kita dengan meneka, tetapi sekarang mereka kenal kita kerana mereka betul-betul kenal kita. Kita adalah sebahagian dari mereka. Malah, ketika saya masuk ke kawasan Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan lain-lain itu. Masyarakat di sana baik-baik saja. Mereka banyak bercerita tentang 'kejahatan' kami yang ditulis melalui Utusan. Tetapi saya fikir secara keseluruhannya, kami telah mendekati rapat masyarakat dan kami sekurang-kurangnya tidaklah seburuk 2008. Kami lakukan pelbagai program untuk rakyat, yang diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan negeri Selangor selama lima tahun. Untuk itu kami telah membuat dan sentiasa merangka plan. Kalau tahun ini ada pilihan raya dalam dua atau tiga bulan pertama, bagaimana saya sempat terjemahkan belanjawan itu kepada rakyat Selangor? Sebab itu saya katakan dahulu, kalau Kerajaan Persekutuan hendak mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun 2012, baru kita akan mempertimbangkannya. Tetapi jika mereka hendak adakan pada Januari, Februari, Mac, kita tidak akan pertimbangkan. Apa risiko perbezaan pembubaran DUN dan Parlimen? Hujah saya ialah, saya mahu membuktikan kepada rakyat tanpa mengira apa yang Kerajaan Persekutuan buat. Saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat sebaik mungkin yang setakat yang saya fikir saya mampu lakukan. Gambarkan begini, (pilihan raya) cuma ada dua kesan iaitu sama ada kita kalah atau menang. Jika kita menang, jelas bahawa usaha kita mendapat sambutan rakyat. Jika kita kalah, kita masih ada peluang lagi pada pilihan raya seteusnya (PRU14). Kita perlu lawan kembali sehingga menang. – Roketkini.com Full content generated by Get Full RSS. | |||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Jan 2012 03:54 PM PST | Posted: 04 Jan 2012 03:37 PM PST
SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas lima juta pil jenis syabu seberat 903 kilogram (kg) yang jika diproses semula mampu menghasilkan sebanyak 18 juta pil baru bernilai RM630 juta, pada 31 Disember lalu. Menurut Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Zainul Abidin Taib, rampasan terbesar itu dilakukan di susur keluar tol Bukit Tagar, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara dari Klang, pukul 8.30 malam. "Kejayaan itu diperoleh melalui penahanan sebuah van dan sebuah kereta Mitsubishi Triton di susur keluar tol lebuh raya berkenaan. Penahanan itu membawa kepada penangkapan dua lelaki tempatan dan masing-masing seorang warga Taiwan dan Singapura. "Hasil pemeriksaan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati van tersebut membawa 50 buah kotak mengandungi 5,000 botol berisi pil-pil syabu berkenaan. "Kesemua pil yang disyaki syabu seberat 903.2 kilogram itu bernilai kira-kira RM15 juta tetapi boleh diproses semula dan dijual pada harga RM35 sebiji," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini. Zainul Abidin memberitahu, pihaknya juga berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 10.2 kg. syabu dianggarkan bernilai RM2.5 juta yang disorok di dalam bagasi penumpang di KLIA pada 1 Januari lalu, pukul 8.45 pagi. "Kes tersebut diperolehi melalui penahanan tiga lelaki berusia 20-an yang baru tiba dari Istanbul, Turki oleh pegawai pemeriksaan penumpang. Seorang warga Maghribi dan dua lagi warga Afghanistan. "Hasil pemeriksaan mendapati setiap bagasi penumpang mengandungi ketulan serbuk putih seberat 3.4 kg. yang disorokkan dalam sebuah ruang khas dengan ditutupi pelapik keras," katanya. Katanya, ketiga-tiga suspek juga cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menukar bagasi masing-masing bagi mengelak daripada dikesan. Sehubungan itu, beliau berkata, kesemua suspek berkenaan ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. | Kekecohan di UPSI - PERKASA Bantah Keras Mahasiswa Berdemo. Posted: 04 Jan 2012 03:35 PM PST Radhi Razak KUALA LUMPUR - PERKASA membantah keras tindakan Kumpulan Pro Mahasiswa yang melakukan demonstrasi pada malam Tahun Baru 2012 di perk arangan luar UPSI baru-baru ini. Sambil menceritakan pengalaman beliau menyertai demonstrasi Mahasiswa pada era 70an, beliau menjelaskan terbukti bahawa pelbagai kesan Negatif bakal berlaku jika pihak Mahasiswa berterusan menganjurkan perhimpunan berbentuk desakan keras terhadap Kerajaan. Mengakui terhadap beberapa penambahbaikan yang perlu diperhalusi pihak Kementerian Pengajian Tinggi, PERKASA meminta agar golongan Mahasiswa di Negara ini tidak terpengaruh dengan asakan dan hasutan beberapa Kumpulan kecil untuk menyertai sebarang Perhimpunan sedemikian. Beliau berkata sebarang tuntutan terhadap pihak Kerajaan hendaklah menggunakan saluran yang betul dan lebih tertib yang mencerminkan seorang yang terpelajar. Ibrahim Ali mendesak Mahasiswa yang ada sebarang niat untuk menganjurkan demonstrasi seperti yang berlaku sebelum ini agar tidak meneruskan niat untuk menyambung pengajian di Universiti.
Sebelum ini, satu perhimpunan yang turut dianjurkan bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berlangsung di perkarangan UPSI Tanjung Malim yang menuntut agar kebebasan suara Mahasiswa dan mendesak Kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Namun Perhimpunan yang juga disertai Adam Adli itu berhadapan dengan satu pergelutan apabila pihak polis bertindak mengarahkan kesemua yang terlibat bersurai sehinggakan didakwa berlaku kecederaan oleh salah seorang Mahasiswa bernama Safuan Anang. Seramai lebih kurang 17 mahasiswa ditahan bagi membantu siasatan pada ketika itu. | Tahan Azmin Ali Segera - PERKASA. Posted: 04 Jan 2012 03:32 PM PST shahril shaid
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Laman Portal The Malaysian Insider dimana beliau mahu 100 ribu orang berkumpul di mahkamah jalan duta pada 9 Januari ini. Beliau menjelaskan bahawa kenyataan Azmin itu berbaur hasutan dimana memanggil rakyat untuk berhimpun secara haram. Syed juga turut menambah,beliau berasa bimbang dengan kenyataan Azmin Ali itu boleh menganggu dan menggugat keamanan disamping kesejahteraan Negara. Demi keselamatan orang ramai,Beliau menggesa supaya pihak polis tidak berkompromi dengan mana mana pihak termasuk Azmin Ali sendiri. PERKASA turut mahu polis menahan segera Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana cuba "menghasut" rakyat untuk menyertai perhimpunan haram pada 9 Januari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. | Posted: 04 Jan 2012 03:26 PM PST KOTA BHARU: Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini. Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak. "Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan," katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya. Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56. Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini. | 68 bekas peneroka Felcra tuntut pampasan Posted: 04 Jan 2012 04:43 AM PST
| Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah Posted: 04 Jan 2012 04:40 AM PST
| Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar Posted: 04 Jan 2012 04:38 AM PST KUALA LUMPUR- NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini. Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. "Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya. Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram. Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih. Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium. Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini. Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.Harakahdaily | 4 ahli KPF tarik balik saman pemula halang mesyuarat agung Posted: 04 Jan 2012 04:36 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUANTAN- Empat ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini menarik balik saman pemula bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF diadakan esok. Keputusan itu dibuat Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Maran setelah mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat itu telah dibatalkan. Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamarnya menasihatkan keempat-empat mereka berbuat demikian selepas peguam KPF, J. Doshi menyatakan bahawa mesyuarat agung tersebut telah dibatalkan oleh KPF. Peguam plaintif, Mohd Harris Abdullah berkata Mariana selain itu memaklumkan bahawa kuasa yang dituntut plaintif iaitu mesyuarat berkenaan juga tidak wujud. Bagaimanapun, katanya, sekiranya pihak Felda akan meneruskan Mesyuarat Agung KPF pada masa akan datang, pihaknya akan memfailkan injunksi sekali lagi untuk menghalangnya. Pada 23 Disember lalu, empat ahli KPF berkenaan memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF diadakan esok.- BERNAMA | Najib gagal atasi bekalan air UMP Pekan Posted: 04 Jan 2012 04:34 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan. "Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah," kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini. Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP. Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat. Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air. "Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan. "Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah? "Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik," katanya. Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera. "Seiring dengan slogan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' yang sering beliau laungkan, maka mahasiswa mohon untuk laungan tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera oleh beliau," katanya. beliau berkata, isu bekalan air yang bermasalah itu bukan hanya membelenggu dalam kalangan mahasiswa sahaja namun di peringkat rakyat setempat juga sengsara dengan kekurangan keperluan asas tersebut.-Harakahdaily | Pelajar mendakwa polis paksa mereka bohong setelah meleraikan protes dengan zalim Posted: 04 Jan 2012 04:29 AM PST Dalam keadaan rakyat Malaysia marah pada polis, mereka telah menggunakan kekerasan dalam meleraikan protes yang menyaksikan 17 orang pelajar ditahan dan dua lagi dipukul dengan teruk malah salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan koma. Khabarnya polis juga telah cuba menyembunyikan kebenaran disebalik keganasan yang telah menyebabkan mereka yang ditahan untuk membuat kenyataan bahawa kecederaan yang dialami adalah disebabkan terjatuh dan bukan dipukul. Ini memberi lebih tekanan kepada kerajaan pimpinan Najib Razak. Ini bukanlah pertama kali PM Malaysia telah tersilap langkah dalam menangani kes sensitif seperti ini. Semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, Najib telah menjadi perhatian dalam dan luar Negara akibat menangani prostes aman dengan zalim. "Ini membuktikan perlunya kerajaan pada Akta Perhimpunan Aman. Selepas perhimpunan 9 Julai, Najib takut pada sebarang protes yang menunjukkan penentangan terhadap kepimpinan beliau, oleh itu Rang Undang-Undang bagi mengetatkan kawalan perhimpunan aman, sememangnya sudah dijangka, anehnya nama akta ini sepatutnya memberi lebih banyak kebebasan berhimpun secara aman," Naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle. Satu lagi perhimpunan "haram"
Walaupun telah banyak berjanji, Najib serta parti Umnonya telah mengetatkan kawalan terlebih dahulu sebelum pilihan raya umum yang mungkin diadakan di Malaysia dan berkemungkinan besar menyaksikan perubahan drastik yang pertama dalam kerajaan sejak 5 dekad yang lalu. Akhbar arus perdana yang dikawal oleh kerajaan telah melabel pelajar sebagai melakukan "perhimpunan haram", manakala Ketua Polis Perak Mohd Shukri Dahlan menafikan dakwaan bahawa dua pelajar cedera selepas diserang oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Shukri berkata, kecederaan yang dialami dua pelajar adalah disebabkan mereka dipijak dan bukanlah dipukul seperti yang didakwa. "Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU yang bertugas tetapi hanya anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Tanjung Malim," katanya pada sidang akhbar pada hari Ahad. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada malam Tahun Baru. Ia diadakan untuk membantah Akta Kolej Universiti 1971, yang melarang pelajar daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik, dan juga untuk membantah tindakan tatatertib UPSI terhadap pemimpin pelajar Adam Adli kerana menurunkan bendera wajah Najib untuk meluahkan rasa tidak puas hati pelajar kepada AUKU. Akta Perhimpunan Aman lebih teruk dari kuku besi
Sementara itu, mengulangi dakwaan serangan terhadap pelajar adalah tidak benar dan berusur fitnah, Shukri menegaskan polis pada mulaannya telah cuba menasihati kumpulan itu dan memberikan mereka 30 minit untuk bersurai tetapi pelajar tidak mempedulikan nasihat itu dan menjadi lebih agresif pula. "Mereka kemudian mara dan terus berbaring di jalan raya untuk mengganggu lalu lintas. Polis terpaksa bertindak untuk memastikan keselamatan awam tetapi ia tetap dijalankan mengikut peraturan. Mereka kemudian berlari ke klinik yang berdekatan dan menyebabkan kerosakan kepada premis. Polis menahan 17 orang pelajar, "kata Shukri, Dengan memanggil perhimpunan itu sebagai haram dan SMM sebagai sebuah persatuan yang tidak sah. Berdasarkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, yang digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Najib walaupun bantahan terhadapnya meluas, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi rakyat untuk berhimpun atas apa jua sebab tanpa memohon permit polis. Rang Undang-Undang ini juga memperuntukkan hukuman yang berat bertujuan untuk mengelakkan perhimpunan daripada berlaku. Semua pelajar, berusia antara 19 dan 24 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27 (5) Akta Polis. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis tetapi siasatan akan tetap dijalankan terhadap mereka. "Ini menekankan kenapa Undang-Undang Perhimpunan mesti dimansuhkan seperti ISA. Ia sebenarnya adalah alat untuk merampas hak rakyat dengan mengenakan hukuman berat pula," selar Jui Meng. Deklarasi palsu- jatuh, bukan dipukul
Sementara itu, pelajar-pelajar yang memprotes menyelar polis kerana memutar belit "kebenaran" dan mendakwa perhimpunan mereka sebagai ganas apabila polislah yang sebenarnya menimbulkan kekeliruan dan yang mula memukul mereka tanpa sebab. Salah seorag daripada 17 pelajar yang ditangkap berkata beliau telah diminta untuk menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa dia mengalami kecederaan akibat dari terjatuh. Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), berkata bahawa beliau telah diminta untuk menandatangani dokumen itu selepas seorang jurugambar polis mengambil gambar-gambar dia di hospital. Beliau telah melaporkan perkara itu kepada Presiden SMM Ahmad Syukri Abdul Razab dan peguam hak asasi manusia N Surendran. "Setelah mengambil gambar, anggota polis meminta Safwan untuk menandatangani borang yang menyatakan bahawa, 'Mangsa jatuh semasa kejadian'," Surendran, yang juga naib presiden PKR, memberitahu pemberita.Malaysia Chronicle | Kebodohan Najib: 'Datuk Fix-it' dijadikan kambing hitam keluarga Sharizat Posted: 04 Jan 2012 04:21 AM PST Mendakwa Shamsubahrin Ismail juga dikenali sebagai 'Datuk Fix-it' dengan menipu Salleh Ismail, bos NFC yang juga suami kepada menteri Sharizat Jalil adalah penghinaan kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia. Terutama sekali jumlah yuran konsultasi Shamsuharin yang mencapai RM 1.76 juta berbanding RM250 juta kemudahan kredit dari kerajaan yang telah diberikan kepada Salleh dan anak-anaknya yang telah diselewengkan. Yang sebenarnya menjadi isu adalah kegagalan projek lembu NFC yang telah mencetuskan kemarahan rakyat dan meminta siasatan sepenuhnya dijalankan. Sharizat bukanlah menteri yang menyerlah dan mempunyai personality yang akan meragukan untuk dibiarkan begitu sahaja. Sharizat sepatutnya lebih arif tetapi dia tidak belajar dari kesilapan atau sememangnya dia sudah tidak ada jalan keluar selain dari meletak jawatan yang nampaknya bukanlah sesuatu yang mahu dilakukan. Salleh dan seluruh keluarganya, termasuk mereka yang memberi projek itu kepada mereka telah didakwa korupsi di tahap tinggi dan bukan orang yang telah menipunya. Ini merupakan kes tersalah ambil tindakan keatas orang. Tidak hairanlah apabila nampaknya si Shamsubahrin tersenyum ke stesen polis, kemudian ke mahkamah dimana rakyat Malaysia akan menyaksikan dirinya dipenjarakan buat masa yang singkat. Akhirnya, dia akan menuntut haknya di bank nanti setelah selesai semuanya. Najib, sebahagian daripada konspirasi untuk mengalihkan perhatian
Bagaimana Perdana Menteri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO boleh menganggap rakyat itu bodoh? Nyanyukkah dia? Mungkin juga ya, kerana telah menghadapi pelbagai tekanan dari dalam dan luar UMNO. Tapi, ini masih bukanlah alasannya untuk tidak memberi arahan yang betul kepada pihak SPRM dan juga polis. Jawapan yang paling logik bagi sandiwara ini ialah untuk memberi Sharizat lembaran baru kerana skandal NFC adalah sesuatu yang agak rumit dan para pemimpin UMNO sedang bergelut dalam merebut kuasa. Bagi pemimpin UMNO yang sama spesis Sharizat, ini adalah sesuatu yang agak buruk. Tapi bagi mereka seperti Raja Nong Chik, yang khabarnya diberi lampu hijau dari NAjib untuk mencabar Sharizat di kerusi Lembah Pantai yang sedang disandang oleh Nurul Izzah, timbalan presidan PKR dan juga anak kepada ketua pambangkang, Anwar Ibrahim. Seorang lagi broker kuasa UMNO, Mahathir Mohammad boleh menggunakan skandal ini untuk menjatuhkan Najib tetapi dalam pada itu boleh juga terus menghancurkan parti. Najib juga boleh menggunakan episod NFC ini untuk memberi amaran kepada semua supaya jangan berani mencabarnya. Dia boleh menggunakan kuasanya untuk mengenepikan semua kritikan yang mengejeknya sebagai lembu cucuk hidung oleh isterinya Rosmah Mansur, dengan membongkar juga skandal NFC ini. Tapi sedihnya, Najib dan UMNO sedang mengambil masa yang lama agar strategi lain boleh diambil dan melenyapkan isu skandal dan rasuah NFC diri sendiri sebelum PRU ke 13 nanti. Buat rakyat pula, sudah dihidu permainan Najib yang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar; penyelewengan wang rakyat oleh keluarga Sharizat untuk membeli harta dan kediaman mewah yang tiada kena mengena dengan perladangan. Walau apa pun, Pakatan Rakyat akan menggunakan isu ini ke atas UMNO dan lebih banyak lagi perbuatan keji akan dibongkar seperti Scorpene dan pembunuhan Altantuya dan kegagalan UMNO dalam mengambil tindakan yang sepatutnya dan membiarkan mereka yang bersalah terlepas begitu sahaja. Ahli parti cuma mampu menyaksikan pemimpin bergelut merebut kuasa
Malangnya, apabila pemimpin atasan didapati menyalahguna kuasa, dan korup, ahli UMNO Cuma mampu memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka ini. Mereka mungkin juga akan melupakan semua ini dan membiarkan ianya terkubur begitu sahaja seperti apa yang sering berlaku sebelum ini. Ada di pemerhati politik percaya yang kali ini, tidak semua ahli yang akan bersetuju untuk membiarkan pemimpin tertinggi cuba mendiamkan sahaja. Kebanyakkan mereka akan dijangka menggunakan isu ini sebagai jalan untuk menaikkan karier politik sendiri seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan apa tidaknya? Mereka tak akan kehilangan apa-apa pun. Jadi, bila ramai ahli UMNO melihat musibah Sharizat dan NFC ini sebagai cara untuk menaikkan diri sendiri, cara Najib menggunakan Shamsubahrin sebagai kambing hitam untuk menyelesaikan dakwaan ke atas Sharizat hanya akan menangguhkan kesannya nanti. Pergelutan dalam UMNO tidak dapat dibendung lagi kerana ianya semakin memuncak. Menikam dari belakang dan merancang kejatuhan yang lain adalah budaya UMNO dan saling tidak percaya sudah menular didalam parti yang terbesar di dalam Malaysia. Sememangnya, pergelutan dalaman sudah semakin sengit hampirnya PRU ke 13 ini. Cerita sudah semakin menjadi-jadi dan sekutu berubah dalam sekelip mata. Jadi, mendakwa Shamsubahrin adalah satu tindakan yang bodoh untuk menarik perhatian rakyat, mencerminkan tekanan yang tinggi dan terdesaknya Najib sekarang. Najib sudah tidak tahu apa nak dibuat dalam kes Sharizat dan skandal ini telah memberi tekanan pula pada PRU ke-13 dari segi cara pengundi menilai kepimpinannya sehinggakan kepada senarai calon boleh menang yang akan membolehkan dia terus memegang kuasa. Kesannya benar-benar menakutkan bagi mereka yang berada dalam Umno. NFC tidak boleh menjadi batu nisan akhir untuk Umno tetapi ia pasti akan memikirkan sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada terkuburnya UMNO nanti yang dulunya sebuah parti makmur tetapi kini sudah merundum dan dicemari rasuah.Malaysia Chronicle | Skandal NFC: Keadilan desak suami Shahrizat didakwa Posted: 04 Jan 2012 04:13 AM PST Saya merujuk kepada tindakan pihak berkuasa mendakwa Shamsubahrin Ismail pada 30 Disember lalu atas tuduhan menipu Mohamad Salleh Ismail sejumlah RM1.755 juta. Pihak KEADILAN boleh mengesahkan melalui maklumat yang diperolehi setakat ini bahawa wang RM1.755 juta itu dibayar oleh Mohamad Salleh Ismail bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC. Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh Ismail. Tugasan Shamsubahrin Ismail (gambar kiri, berbaju biru) adalah menjadi orang tengah yang menyampaikan wang tersebut kepada pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM. Merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Bahagian IV Perkara 16 dan 17, kesalahan rasuah berlaku apabila: "Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain: (a) Secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi; atau selainnya oleh sebab: (A) Mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi; sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau (B) Mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi; sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat" Undang-undang SPRM secara jelas menunjukkan dalam kes ini, Salleh Ismail MELALUI Shamsubahrin Ismail telah cuba merasuah pegawai penyiasat SPRM dan PDRM di dalam kes NFC berdasarkan perkara-perkara berikut: 1) Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta 2) Mohamad Salleh Ismail bersetuju dengan cadangan Shamsubahrin Ismail untuk memujuk pegawai-pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan Saya merasa kesal kerana pihak berkuasa masih terus mahu melindungi Mohamad Salleh Ismail dan keluarga menteri kanan walaupun secara jelas beliau terbabit dalam cubaan rasuah untuk menutup penyelewengan yang lebih besar di dalam NFC. Sebaliknya, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Shamsubahrin Ismail atas tuduhan cuba menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM. Tindakan Mohamad Salleh Ismail mengambil jalan cuba merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM juga menggambarkan bahawa prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar. Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cuba membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan yang ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak SPRM supaya dengan segera memulakan siasatan ke atas Mohamad Salleh Ismail dan pengurusan NFC atas cubaan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM bagi tujuan mempengaruhi siasatan ke atas skandal NFC. *Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Keadilan. | Zamil: Peguam PKR gila publisiti Posted: 04 Jan 2012 04:10 AM PST Sebaliknya, kes kecederaan membabitkan pegawai polis tidak diendahkan. PETALING JAYA: Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim, mendakwa peguam PKR gila publiti kerana hanya berminat dengan kes tertentu yang menguntungkan parti itu. Sebaliknya, kes kecederaan membabitkan pegawai polis tidak diendahkan, dakwa Zamil. Beliau merujuk kes seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Yan, Kedah ditetak ketika menjalankan tugas baru-baru ini. Isu mahasiswa "Mana dia pemimpin atau peguam PKR? Sehingga hari tidak ada seorang peguam parti itu melawat mangsa tersebut. "Peguam PKR ini gila publisiti, mereka sangat gemar dengan isu mahasiswa dan isu tindakan polis. "Jika pihak polis bertindak sesuatu, mereka bertindak cepat. Padahal umum mengetahui mereka ini kerap ingkar arahan atau tetap berhimpun tapi akan perlihatkan pihak polis kejam jika pihak polis buat halangan. "Ada saja sidang media dibuat untuk hal ini tapi langsung sepi apabila pihak polis ditimpa musibah tertentu," katanya. Zamil berkata, kalau PKR hendak membela, jangan memilih bulu tetapi hendaklah membela semua kerana polis juga anggota masyarakat. Bagaimanapun, kata jika isu itu tidak menguntungkan mereka, tiada tindakan yang dibuat. | Bebas Anwar 901: Shahrizat, Najib boleh ikut serta Posted: 04 Jan 2012 04:06 AM PST Jika polis jalankan tanggungjawab dengan penuh disiplin maka tidak akan timbul sebarang masalah, kata Jenice Lee. SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor mempelawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyertai perhimpunan kempen 'Bebaskan Anwar 901′ di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini. "Tidak terkecuali kita juga menjemput (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan ini. Shahrizat dan Najib juga ada hak untuk berhimpun," kata Setiausaha Publisiti DAP Jenice Lee Ying Ha dengan nada agak sinis. Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Teratai berkata demikian berikutan kenyataan Shahrizat semalam yang berkata perhimpunan itu sebagai tidak wajar diadakan kerana akan menimbulkan kekecohan semata-mata. Shahrizat juga mendakwa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram dan boleh mengancam keselamatan orang awam. "Jika polis jalankan tanggungjawab dengan penuh disiplin maka tidak akan timbul sebarang masalah," kata Jenice Lee pada sidang media Pakatan di sini hari ini. Ujar beliau, "lihatlah pada Himpunan Bersih 9 Julai dan kes pelajar di Perak bukan para demonstran yang membuat kecoh tetapi ada individu tertentu yang membuat kecoh. Kita banyak pengalaman mengenai hal provokasi ini." Turut hadir Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafie dan Ketua Penerangan PAS Saari Sungib. Kebangkitan rakyat "Perhimpunan ini sesuatu yang spontan. Kebangkitan rakyat tentang kes Anwar. Belum pun diadakan perhimpunan, polis dah keluar kenyataan kata jangan datang maka kami tak nampak ia akan diluluskan," kata beliau yang juga Adun Seri Muda. Menyentuh mengenai persiapan perhimpunan, Shuhaimi berkata terdapat empat kawasan untuk mereka berkumpul nanti tetapi beliau enggan mengulas lanjut mengenainya. Sementara itu, Saari menjelaskan bahawa ahli-ahli PAS enggan menyertai Himpunan Sejuta Umat tahun lalu kerana perkara itu telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, menganggap Himpunan Sejuta Umat sebagai agenda Umno bertujuan untuk mencetus permusuhan di antara kaum, kata beliau yang juga Adun Hulu Kelang. | Noh Omar dinasihat tumpu pada tugas Posted: 04 Jan 2012 04:02 AM PST Beliau perlu teliti perkara mengenai salah laku di kementerian beliau. Dengan masalah baja, padinya...itu patut diberi tumpuan, kata Shuhaimi Shafie. SHAH ALAM: Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menasihati Datuk Seri Noh Omar agar menumpukan tugas sebagai menteri dan jawatannya dalam parti daripada terus mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Shuhaimi mendakwa wujud seorang tokoh korporat berusia 40-an yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diuar -uarkan menjadi orang nombor dua selepas Najib untuk menerajui Barisan Nasional (BN) Selangor. Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor. "Noh Omar perlu teliti perkara mengenai salah laku di kementerian beliau. Dengan masalah baja, padinya…itu patut diberi tumpuan. "Beliau (Noh Omar) yang sebelum ini dikatakan bakal Menteri Besar Selangor perlu tumpu kerja beliau sebagai Ketua Perhubungan BN Selangor memandangkan wujud ura-ura seorang tokoh korporat yang rapat dengan Najib bakal menggantikan beliau," dakwa Shuhaimi. Noh dalam ucapannya ketika Karnival Sayangi Selangor baru-baru ini mengkritik negeri itu sebagai kotor. Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Muda berkata Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri. Shuhaimi walau bagaimanapun menafikan tuduhan Noh sambil menyifatkan rakyat Selangor tahu pengambil alihan proses sampah daripada Alam Flora. "Tuduhan Noh berunsur sabotaj sebab mereka dapat kontrak pembersihan di kalangan orang Umno. Kenyataan beliau (Noh) menggambarkan kerajaan negeri tidak cekap dalam urusan tersebut. "Apa yang diucapkan selama ini melibatkan sebahagian kecil kontraktor. Tindakan segelintir kontraktor ini dikesan menghentikan kerja- kerja mengutip sampah di beberapa kawasan. Unsur sabotaj ini dirancang Umno Selangor untuk pastikan aduan itu adalah benar," dakwa beliau. | Polis terima 475 laporan bantah Perhimpunan 901 Posted: 04 Jan 2012 04:00 AM PST Antara lain, laporan diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO), peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam. PETALING JAYA: Kira-kira 475 laporan daripada pelbagai pihak diterima polis bagi membantah Perhimpunan 901 yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya hari ini mengesahkan sehingga pukul dua petang tadi, pihaknya telah menerima jumlah laporan tersebut yang dibuat diseluruh negara. Difahamkan ini termasuklah laporan daripada badan bukan kerajaan (NGO), peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam yang membantah tindakan penyokong Pakatan Rakyat mengadakan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan mensasarkan 100,000 orang hadir memenuhi perkarangan mahkamah pada Isnin depan. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam dilaporkan berkata, tindakan menghasut orang ramai hadir ke mahkamah dengan menggantung kain rentang dan media sosial boleh menggugat ketenteraman awam selain menghina pentadbiran sistem keadilan negara. Pandangan sama turut diutarakan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh selain menasihati penulis blog yang menggerakkan kempen ini supaya menghentikan rancangan mereka dengan serta-merta. "Pada hari tersebut, sesiapa yang terlibat atau menyertai mana-mana pihak untuk meneruskan juga perhimpunan ini, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya. | SPR: Apa lagi pembangkang hendak? Posted: 04 Jan 2012 03:53 AM PST FREE MALAYSIA TODAY Datuk Wan Ahmad Omar berkata SPR kini berusaha ke arah menambah baik proses pilihan raya dan untuk itu, sedang bekerjasama dengan PAC. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini meminta pembangkang supaya bersabar dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses pilihan raya. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR kini berusaha ke arah menambah baik proses pilihan raya dan untuk itu, sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Parlimen Berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PAC). "Penggunaan dakwat kekal adalah untuk mengelak pengundian dua kali, penyediaan daftar pemilih pula adalah untuk membersihkan daftar pemilih dan kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membolehkan kita mendapatkan senarai daftar pemilih yang sah. "Dan pengundian pos pula yang dikendalikan SPR, adalah telus di mana ia turut diperhatikan oleh ejen calon-calon. Apa lagi yang dia (pembangkang) hendak? Apa yang kita janji kita akan tunaikan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa meskipun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, ia masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus. Abdul Hadi dilapor berkata pilihan raya yang adil memerlukan perubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal, malah daripada segi daftar pemilih, kebebasan media, undi pos dan pengurusan pilihan raya yang cekap. Mengenai cadangan untuk memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal kepada jururawat, doktor dan wartawan, Wan Ahmad berkata ia masih di peringkat kajian. "Kita perlu menimbang pelbagai faktor serta kemampuan SPR. Tetapi kita akan mencari jalan supaya pada masa-masa akan datang, akan ada cara yang terbaik untuk kemudahan mereka yang tidak boleh mengundi ketika hari pengundian kerana bertugas. Kita tidak boleh nafikan hak mereka," katanya. Cadangan itu adalah antara 10 syor yang dibuat selepas jawatankuasa Parlimen itu mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu. Bernama | Kenaikan kos KLIA2: DAP mahu tindakan diambil Posted: 04 Jan 2012 12:33 AM PST Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu tindakan diambil terhadap pengurus-pengurus Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kerana didakwanya gagal mendedahkan maklumat penting tentang tapak KLIA2 sehingga menyebabkan kos projek itu melambung. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua berkata perkara itu tidak dinyatakan semasa pembentangan MAHB kepada jawatankuasa pemandu kerajaan dalam satu mesyuarat pada bulan April 2008. Pua mendakwa, terdapat rujukan khusus terhadap pemindahan tapak dari KLIA Utara ke KLIA Barat, tetapi tiada sebab yang baik diberikan mengapa tapak itu dipindahkan. Menurutnya lagi, dalam pembentangan pada 15 April 2008, tidak disentuh mengenai sebab-sebab yang dinyatakan dalam pelan induk (1992 KLIA) mengapa KLIA Barat tidak sesuai. Pada tahun 2007, MAHB memberitahu pegawai-pegawai kerajaan bahawa tapak barat - di mana ia membina KLIA2 hari ini - adalah tidak sesuai kerana ia merupakan tanah liat marin tepu dengan tindihan tanah gambut marin yang lemah kapasiti menanggung beban.Tahun lalu, Pua membangkitkan bahawa keperluan untuk menangani keadaan tanah tersebut, telah menyumbang kepada sebahagian besar peningkatan RM2.2 bilion kos projek itu, serta kelewatan dalam pembinaannya. | Posted: 04 Jan 2012 12:31 AM PST
Potongan gaji itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Namun, ia masih dipercayai gaji tertinggi bagi mana-mana ketua kerajaan yang dipilih di dunia - lebih empat kali ganda Barack Obama, yang berpendapatan SG$400,000 (RM1.3 juta) tahun sebagai presiden Amerika Syarikat. Manakala gaji presiden Singapura juga akan dipotong 51 peratus kepada SG$1.54 juta (RM3.8 juta). Potongan akan retroaktif untuk tempoh lima tahun kerajaan semasa bermula pada 21 Mei, 2011 dan garis panduan baru tambatan akan membayar kepada kesejahteraan rakyat Singapura biasa. Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang membawa Singapura mencapai kemerdekaan daripada Malaysia pada tahun 1965 dan memerintah Hanya sistem kontroversi pilihan raya di sebahagian besar daripada 87 kerusi parlimen secara berkelompok dan bukan individu - yang dilihat sebagai memihak kepada PAP - telah menghadkan kemenangan pembangkang kepada enam kerusi. Ketika beliau mengangkat sumpah untuk penggal lima tahun yang baru dua minggu selepas pilihan raya tersebut, dasar pertama yang diumumkan oleh Lee ialah untuk mengkaji semula gaji para -menteri. AFP | Panel Suhakam lawat Tung Shin tapi belum puas hati Posted: 04 Jan 2012 12:25 AM PST Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini masih belum mendapat gambaran tepat berhubung tindakan polis menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu selepas melawat lokasi kontroversi Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur Lawatan yang diketuai timbalan pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee hari ini antara lainnya untuk menyiasat dakwaan bahawa polis telah menembak gas pemedih mata dan juga meriam air ke arah peserta yang berlindung di hospital berkenaan. Antara tumpuan siasatan lapangan hari ini ialah dua kawasan lereng bukit di sekitar hospital berkenaan yang didakwa telah menjadi sasaran tembakan gas polis. Panel siasatan berkenaan, termasuk dua wakil polis Bukit Aman pada mulanya meneliti kawasan lereng di kawasan tenggara kompleks berkenaan yang menempatkan bangunan baru Hospital Bersalin Cina. Khaw ketika memeriksa kawasan itu berkata, bukit curam dengan tembok setinggi lebih enam kaki itu "tidak mungkin" menjadi sasaran kerana sukar untuk dinaiki oleh peserta demonstrasi. Khaw bagaimanapun kelihatan lebih berpuas hati ketika melihat satu lagi kawasan lereng di bahagian barat daya kompleks hospital tersebut – yang menempatkan satu kawasan parkir. Keadaan kawasan itu juga konsisten dengan kenyataan yang diberikan pengarah komunikasi korporat Kementerian Kesihatan, Zailani Hashim, kata Khaw lagi. Zailani memberitahu ahli panel, tembakan kanister gas pemedih mata anggota polis dari bahagian bawah bukit berkenaan jatuh di kawasan lereng berkenaan yang terletak di luar kawasan hospital. Hanya asap gas berkenaan yang dibawa angin dan masuk ke kawasan hospital tersebut, katanya lagi kepada anggota panel berkenaan pagi ini. Selain lereng bukit berkenaan, panel siasatan berkenaan turut melawat sekitar lorong kecil di bahagian bawah bukit berkenaan di Jalan Pudu Lama – yang didakwa sebagai lokasi polis berkenaan melepaskan tembakan tersebut. Khaw dalam perbincangannya dengan dua lagi anggota panel – Detta Samen dan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid turut memutuskan bahawa mereka perlu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan polis berkenaan daripada seorang lagi saksi dalam inkuiri petang ini. Saksi berkenaan, ASP Ahmad Halimi Hamidi merupakan ketua operasi polis dalam menangani perhimpunan di sekitar kawasan Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu ketika perhimpunan berkenaan itu. | 'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis, SPRM' Posted: 04 Jan 2012 12:23 AM PST Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan. Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC. Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh. Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah". Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh. Menurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut. Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut. "Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut: "Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta. "Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini. Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak. Sebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya. "Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya.Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar". "Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya. Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah. | Anwar Mahukan TV-SPR Untuk Pastikan Pilihanraya Adil Posted: 04 Jan 2012 12:15 AM PST Oleh Raudhatul Jannah Jalidar PETALING JAYA : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata layanan media arus perdana terhadap parti pembangkang jauh daripada memuaskan dan menjadi penghalang kepada proses pilihanraya yang telus dan adil. "Media kita masih dikongkong oleh Umno-Barisan Nasional, memang tidak munasabah untuk dibicarakan soal demokrasi…tanpa ada media bebas," kata beliau. Anwar berkata PSC akan didesak untuk memastikan media arus perdana memberikan ruang dan layanan adil kepada pembangkang pada PRU 13, khususnya kepada calon-calon yang akan bertanding. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ketetapan untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelak kes pengundi membuang undi dua kali harus disusuli dengan perubahan lain. Pakatan Rakyat mahu Suruhanjaya Pilihanraya diberi kuasa untuk mengendalikan sebuah rangkaian telivisyen bagi memastikan liputan yang adil bagi pembangkang pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. Anwar berkata gagasan pembangkang akan membuat saranan itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihranraya Parlimen (PSC) secepat mungkin. "Kita juga telah mengusulkan supaya ada satu "channel" khas yang dikendalikan oleh SPR sendiri supaya seluruh isu dan berita (dilaporkan) secara bebas dan telus," tambah beliau selepas mesyuarat pimpinan tertinggi dua kali harus disusuli dengan pembaharuan-pembaharuan lain. "Masih juga ada ruang-ruang yang menjadikan pilihanraya tidak telus, contohnya daftar pemilih, kebebasan media (dan) undi pos. Ini perlu untuk menjamin perubahan yang bersungguh-sungguh, jika tidak maka tidak adalah jaminan bahawa pilihanraya dapat dilangsungkan dengan adil," kata Hadi. Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kes liwatnya Isnin depan, Anwar yakin sebarang keputusan hakim tidak akan menjejaskan Pakatan Rakyat. "Ini kerana Pakatan Rakyat, kita pimpin dan putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan. Kita cukup bersedia," kata beliau. Dalam pada itu Anwar berkata, Konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah pada 14 Januari depan akan memperincikan isu-isu semasa seperti kos sara hidup yang semakin meningkat, Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta penyenaraian Feldal Global Ventures. | Taib Tarik Balik Saman Fitnah Ke Atas Malaysiakini Posted: 04 Jan 2012 12:14 AM PST Kuala Lumpur - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah yang difailkannya ke atas Malaysiakini lima tahun lalu selepas mencapai penyelesaian luar mahkamah hari ini. Penyelesaian itu membabitkan pengakuan Malaysiakini bahawa Biro Percukaian Serantau Tokyo telah menarik balik dakwaan bahawa sogokan dibuat oleh syarikat-syarikat perkapalan Jepun kepada syarikat pesisir Hong Kong, Regent Star, yang dikatakan ada kaitan dengan keluarga Taib. "Malaysiakini menerbitkan artikel berkenaan semata-mata berdasarkan laporan berita beberapa media Jepun yang telah diterbitkan pada ketika itu," kata peguam Fahri Azzat yang mewakili portal berita itu dan membacakannya di mahkamah hari ini. "Kami akui bahawa artikel-artikel itu menyebabkan rasa malu dan kesusahan kepada plaintif dan menjejaskan reputasi beliau. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan kepadanya akibat perkara itu. "Sejajar dengan permohonan maaf ini, kami akan menyiarkan berita bahawa Biro Percukaian Serantau Tokyo telah memutuskan bahawa wang yang dibayar oleh syarikat-syarikat perkapalan Jepun itu adalah pembayaran yang sah." Taib menarik balik samannya tanpa sebarang tuntutan ganti rugi atau kos daripada Malaysiakini selepas kenyataan itu dibacakan secara terbuka di mahkamah. Hakim Datuk Rozilah Yop, yang mendengar kes itu, merekodkan penyelesaian berkenaan dengan tidak membuat sebarang perintah untuk kos. Beliau juga membatalkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini. Selain, Fahri, Malaysiakini juga diwakili peguam K Shanmuga manakala Robert Lazar bertindak bagi pihak Taib. Penasihat undang-undang Sarawak JC Foong, yang juga hadir di mahkamah, berkata beliau bertindak sebagai peguam pemerhati kerajaan negeri Sarawak.Malaysiakini | Kontrak Lounge Suit : Nga Disiasat Panel Disiplin DAP Posted: 04 Jan 2012 12:12 AM PST KUALA LUMPUR : Pucuk pimpinan DAP telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu untuk menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming ketika beliau memegang jawatan ahli exco kerjaan negeri semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur malam tadi, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Kok Wai pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata seorang ketua cawangan DAP di Perak telah membuat aduan bahawa Nga telah melanggar disiplin parti. Selain itu, seorang penulis blog pro-Umno turut menuduh Nga yang juga ahli parlimen Taiping telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh menganugerahkan kontrak untuk pakaian lounge suit kepada firma menjahit yang dimiliki oleh isterinya, pada tahun 2008. Nga adalah exco yang bertanggungjawab menjaga kerajaan tempatan. Beliau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog berkenaan. Pada mesyuarat malam semlam, Nga, yang juga penolong bendahari kebangsaan DAP, tidak hadir walaupun dilaporkan sebelum ini bahawa beliau akan hadir untuk menjelaskan dakwaan terhadapnya itu. "Jawatankuasa tatatertib menerima aduan rasmi mengenai perkara ini dan oleh itu siasatan ke atas Nga perlu dijalankan. Beliau tidak perlu memberi penjelasan kepada jawatankuasa pusat," kata Tan sambil menambah bahawa Nga akan disoal semasa siasatan dijalankan. Beliau berharap siasatan dalam diselesaikan pada minggu depan. | Mahkamah Arah Mesyuarat Koperasi Felda Esok Di Tunda Posted: 04 Jan 2012 12:10 AM PST KUANTAN : Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini meluluskan perintah injunksi untuk menunda Mesyuarat Agong Tahunan Luar Biasa Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) esok yang akan memutuskan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Permohonan untuk injunksi itu dipohon oleh empat ahli koperasi berkenaan, Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad and Rakiah Sulong. Selain injunksi untuk melarang mesyuarat itu berlansung, mereka juga memohon untuk menghalang KPF daripada melunaskan asetnya di dalam Felda Holdings. Presiden FGVH Datuk Sabri Ahmad sebelum ini berkata rancangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia tetap akan dilakukan pada April 2012. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan