Rabu, 4 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Aminuddin Harun

Posted: 04 Jan 2012 07:46 AM PST

Aminuddin Harun


Ceramah Isu NFC 12 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:09 AM PST


CERAMAH PENERANGAN
Bersama : Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Md Akin
Tarikh : 12 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Seremban

Semua dijemput hadir


Suara Sri Andalas

Posted: 03 Jan 2012 11:29 PM PST

Suara Sri Andalas


Majlis Peguam: Himpunan 901 Dibenarkan Perlembagaan

Posted: 03 Jan 2012 11:26 PM PST

SHAH ALAM, 3 JANUARI : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

"Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan," ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

"Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini," tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia," katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap 'Double Standard' pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

"Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?," soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

"Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

"Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku," ujar Lim lagi.


Sumber: Selangorkini

Kenapa Keputusan Perbicaraan Anwar Penting Untuk Setiap Rakyat Malaysia

Posted: 03 Jan 2012 06:37 PM PST

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah  dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.

Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari,  gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
 

Lawan kepada rejim Umno adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini Umno cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.

Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu  amat penting untuk setiap rakyat Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini.

Di keluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN


3 Januari 2011

Kerajaan Negeri Selangor Adakan M.O.U Dengan Persatuan Mahasiswa UiTM

Posted: 02 Jan 2012 11:00 PM PST

Shah Alam, 3 Januari 2012 - Kerajaan Selangor telah mengadakan persefahaman M.O.U dengan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independan  (KAMI) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi membolehkan Kerajaan Negeri membantu secara aktif aktiviti-aktiviti akademik, sosial  dan kemasyarakat dengan warga siswa UiTM kampus utama Shah Alam.

Upacara  disempurnakan oleh Khalid Mohd Ismath, Timbalan Presiden KAMI dan YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Ujar Dr. Xavier lagi, ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.

Ia merupakan pembuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan Kerajaan Negeri di masa-masa yang akan datang.

Sebelum ini  Kerajaan Negeri melalui beberapa orang EXCO negeri turut memberikan bantuan kepada beberapa buah  universiti  lain.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 03 Jan 2012 11:01 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Sayangi Selangor, tolak Umno BN

Posted: 03 Jan 2012 12:03 AM PST


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Rakyat Selangor mesti bangkit menolak Umno BN untuk kesejahteraan rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas pembangkang Selangor, Umno BN selesai mengadakan Karnival Sayangi Selangor pada 28 hingga 31 Disember lalu dengan harapan untuk memberi motivasi kepada mereka untuk merampas itu.

Katanya, pemimpin Umno BN menyedari betapa peritnya menjadi pembangkang dan banyak lubuk emas sudah terkambus, maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk merampas kembali Selangor

menurutnya, walaupun beberapa isu yang diputar di Selangor untuk menarik perhatian rakyat supaya menyebelahi Umno BN, namun masih lagi gagal.

"Dilemanya pembangkang di Selangor masih memainkan skrip lama dan pengarahnya otak sudah tamat tempoh," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, isu perkauman dan agama diputar dengan melalui televisyen dan media perdana masih tidak mampu merubah pemetaan politik di Selangor.

Ini, katanya kerana rakyat yang celik maklumat anggap itu berita yang layak dibakul sampah sahaja.

"Nekad BN, Selangor mesti dirampas kembali dengan apa cara sekali pun. Banyak program Kementerian dicurahkan ke Selangor, seolah-olah negeri Selangor satu-satu negeri di Malaysia," ujarnya.

Katanya, pemimpin BN menganggap tidak ada makna Kerajaan Pusat diperintah oleh BN, kalau mereka masih menjadi pembangkang di negeri Selangor di dalam pilihan raya akan datang.

Maklumlah, katanya hampir 40% penyumbang ekonomi Malaysia datang daripada negeri Selangor.

"Insya Allah, oleh kerana BN menumpukan di Selangor, maka Putrajaya pula akan ditawan oleh PR, ibarat untung segantang rugi seguni," ujarnya lagi.

Justeru, katanya rakyat Selangor pula memang sayang kepada negeri mereka dan mesti bangkit menolak BN.

Beliau mengambil contoh hasil pasir Selangor meningkat sejak PR memerintah Selangor, tahun 2005 (BN) RM 3.54 Juta, tahun 2006 (BN) RM 4.37 Juta, tahun 2007 (BN) RM 4.39 Juta, tahun 2008 ( PR) RM 8.17 Juta, tahun 2009 ( PR) RM 13.76 Juta tahun 2010-sehingga JUN ( PR ) RM 15.3 Juta.

Katanya, ketika pemimpin Umno, Datuk Seri Khir Toyo disabitkan rasuah dan dijatuh hukuman satu tahun penjara oleh mahkamah, maka kerajaan PR Selangor menunjukkan kesungguhan dengan memperuntukkan RM12 juta dalam bajet 2012 untuk memerangi rasuah.

"Asas inilah rakyat sayangi Selangor mereka tidak akan biarkan pemimpin rasuah dan parti rasuah berkuasa kembali di Selangor," ujarnya lagi.


Sumber: Harakahdaily

Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni

Posted: 03 Jan 2012 12:02 AM PST


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di sisi yang lain pula, Mahfuz mempersoalkan, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

Kerajaan yang cerdik, kata Mahfuz , tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan.

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

"Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu.

"Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau.

Mengambilkira bencana yang akan menimpa mereka dengan tindakan sebodoh itu, Mahfuz menyeru rakyat segera merebut apa sahaja peluang yang ada untuk menghentikan penganiayaan ke atas mereka dengan perbelanjaan bodoh harta mereka itu.

Jumaat lalu, Seorang tauke teksi Datuk Shamsubahrain Ismail yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika siasatan ke atas NFC dijalankan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu.

Shamsubahrain dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran kononnya untuk mendapatkan khidmat penasihat.

Mohamad Salleh ialah suami Shahrizat.


Sumber: HarakahDaily

Lagi tamparan kepada MCLM berhubung artikel RPK

Posted: 02 Jan 2012 11:40 PM PST


Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri.

Semua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu.

"Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia," kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya.

Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).


Sumber: Malaysiakini

Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman

Posted: 02 Jan 2012 11:30 PM PST


Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.

"Mereka belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.


Sumber: Malaysiakini

Keputusan liwat II: 100,000 berhimpun 9 Jan ini

Posted: 02 Jan 2012 11:00 PM PST


Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.

Bincang dalam Majlis Presiden Pakatan

Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini.

Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP.

"Saya (juga) akan berbincang (perkara ini) dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini dan taklimat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap "tidak ada masalah" akan timbul pada perhimpunan 9 Januari ini.

Bahkan, beliau berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan dan keadaan pada hari tersebut.

"Kalau polis Arab Saudi boleh mengawal tiga juta jemaah haji, takkan PDRM tak boleh... Jadi tak ada masalah, kita protes secara aman.

"Saya nasihatkan (rakyat) jangan bawa senjata tajam," katanya sambil mengerahkan semua kawasan PAS di Selangor menghantar "seramai mungkin" anggota pada perhimpunan tersebut.

'Tangan ghaib'

Ditanya pemberita tindakan PKR jika Anwar didapati bersalah dan dihumban ke penjara tanpa diikat jamin, Azmin berkata beliau tidak mahu prejudis dengan apa yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut.

Katanya, jika sistem perundangan telus dan tiada 'tangan ghaib' daripada pihak eksekutif, beliau yakin Anwar akan dibebaskan pada 9 Januari ini.

Diasak wartawan mengenai kemungkinan Anwar dihumban ke penjara, Azmin berkata segala perancangan dan strategi yang telah disusun parti akan diteruskan sama ada ketua umum PKR itu didapati bersalah ataupun dibebaskan.

"Apa yang kita susun, kita akan teruskan sama ada beliau dibebaskan atau dijatuhkan hukuman, dengan jaminan atau tidak.

"Ia bukannya bermusim, tetapi perlu diteruskan hingga pilihan raya umum ke-13... Jangan buat hipotesis sama ia berlaku atau tidak.

"Tetapi bagi saya, beliau tidak bersalah, perlu dilepaskan dan (ramai) rakyat telah meneropong tentang kes ini," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Haramkan arak di Kulim: Cubaan sabotaj Kedah?

Posted: 02 Jan 2012 10:30 PM PST


Keputusan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan jualan minuman keras mulai Jun tahun ini mungkin satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah, kata seorang wakil rakyat PKR hari ini.

Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (kanan), keputusan itu dibuat semata-mata oleh pejabat daerah itu tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri Kedah.

Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun.

"Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka.

"Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim.

Akhbar the Star hari ini melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah berkenaan telah menerima surat bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun.

Menurut akhbar milik MCA itu, kira-kira 100 penjual arak dijangka terjejas dengan arahan baru yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu.

Adalah difahamkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulim tahun lalu.


Sumber: Malaysiakini

Bekas sarjan TUDM mohon campur tangan Agong

Posted: 02 Jan 2012 09:30 PM PST


Seorang sarjan tentera yang telah bersara bercadang untuk menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda untuk mendapatkan keadilan setelah mendakwa Jabatan Peguam Negara menolak 17 laporan polis yang dibuatnya ke atas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Faizzal Jinong Abdullah, 47, dan keluarganya telah menulis surat berkenaan dan dalam proses menyerahkannya kepada istana.

Pada Julai 2010, Malaysiakini melaporkan Faizzal mendakwa bahawa beberapa pegawai TUDM telah "menderanya" kerana mendedahkan penipuan yang melibatkan kecurian elektrik di kuarters di Kuching, di mana beliau ditempatkan.

Di rumahnya, sekarang di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Faizzal berkata Pejabat Peguam Negara memberi maklum balas kepada aduannya dalam surat bertarikh 22 Disember lalu, dengan menyatakan bahawa semua laporan polis itu "tidak berasas".

"Saya hilang kepercayaan dalam sistem undang-undang negara ini, seolah-olah ini sebuah negara Islam yang tidak bertamadun dan tanpa undang-undang," katanya.

"Apa yang pasti sekarang ialah (sistem) undang-undang di Malaysia mengamalkan pilih kasih dan boleh dibeli atau dijual dengan wang dan kuasa untuk menafikan kita yang menjadi mangsa."

Surat jawapan berhubung laporan polis yang dibuatnya ditandatangani oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Tun Abd Majid Tun Hamzah yang berkata Pejabat Peguam Negara telah mengkaji laporan mengenai kes yang dikemukakan oleh Jabatan Undang-Undang Sarawak.

"... dan mendapati bahawa dakwaan-dakwaan tersebut, termasuk bahawa anda dan keluarga anda dianiaya, diancam dan diugut akan dicederakan pada 22 Dis, 2008, adalah tidak berasas," kata Tun Abd Majid.


Sumber: Malaysiakini

Penulis blog Umno dilaporkan sertai DAP

Posted: 02 Jan 2012 08:30 PM PST


Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Ariff Sabri dipercayai meninggalkan Umno berikutan artikel terbaru menerusi laman blognya yang berjudul "Hutang Umno pada budi orang Melayu" yang membidas parti itu.

"Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal.

"Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno," tulisnya.

Menurut Ariff Sabri, Umno menjadikan orang Melayu peminta sedekah kepada parti itu dan bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.

"Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.

"Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini kepada orang Melayu," katanya.

Berita kedua-dua pemimpin veteran Umno menyertai DAP itu juga disiarkan di FreeMalaysiaToday yang mana Ariff Sabri adalahseorang kolumnis di portal berita itu dan juga akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan Online.

Malah, beliau juga dilapor memberitahu FMT bahawa beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno.
"Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas.

"Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

"Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini," kata Ariff Sabri dipetik FMT.

Bekas wakil rakyat Umno itu juga menegaskan yang penyertaannya dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

"Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir," katanya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Polis diingatkan tak ulang insiden 'mata lebam'

Posted: 02 Jan 2012 08:00 PM PST


Polis diingatkan supaya tidak mengulangi insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kecederaan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim.

Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss (bawah) merujuk kepada kenyataan polis Perak kelmarin bahawa mahasiswa tercedera bukan akibat terlanggar pintu kaca sebuah klinik dan bukannya akibat kekerasan pasukan keselamatan.

"Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri. Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri," katanya.

"Kami berharap pihak polis jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan perbuatannya sendiri dan akhirnya apabila
terbongkar barulah rakyat sedar sebenarnya perbuatan pihak polis sendiri."

Dalam perhimpunan Ahad lalu, mahasiswa yang tercedera Muhammad Safwan Anang mendakwa beliau dipukul anggota polis sehingga terpaksa dikejarkan dan bermalam di hospital.

Dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang salinannya diberikan pada media, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya berharap tiada unsur 'menipu' dalam insiden di hari tahun baru itu.

Pemuda PAS juga mendesak agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan ekoran penafian polis tersebut dan meminta agar Suruhanjaya Asasi Manusia (SUHAKAM) turut dilibatkan di dalamnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadual akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur awal petang ini.


Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Posted: 03 Jan 2012 08:24 PM PST

Anwar Ibrahim


Sidang media: Pendedahan Lanjut Mengenai NFC Rabu 4 Januari 2012, 12 T.hari Ibupejabat KEADILAN

Posted: 03 Jan 2012 06:15 PM PST

Dimaklumkan bahawa KEADILAN akan mengadakan satu sidang media untuk menjawab isu-isu terkini mengenai NFC, seperti berikut:

Tarikh : 4 Januari 2012 (Rabu)
Masa : 12 tengahari
Tempat : Ibupejabat KEADILAN

Rakaman Sidang Media Pakatan Rakyat

Posted: 03 Jan 2012 05:36 PM PST


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pendedahan Seorang Ikon Palsu: RPK Akan Pulang!

Posted: 03 Jan 2012 04:43 AM PST

Malaysia Chronicle
Oleh Mathias Gomes Dan Stan Lee

Akhirnya, Raja Petra Kamarudin sudah mendapat tiket beliau untuk kembali ke tahan air! Kita fikir, berapa lamakah anda boleh dibung negara dan berpura-pura untuk berjuang untuk demokrasi di Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom? Kita semua ada perut untuk diisi.

Saya masih ingat lagi pendedahan yang dibuat oleh RPK melalui Malaysia Today yang membuatkan orang seperti saya memulaukan Barisan Nasional dan menginginkan Malaysia yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak tanpa kerajaan yang dipimpin UMNO. RPK yang membuatkan kita ketagih dengan blog, dia membuat kita meng-emel pendedahannya kepada rakan-rakan kita dan yang paling penting, dia telah mengembalikan minat kita kepada penulisan. Memang benar, saya tidak pernah menulis untuk topik politik sehinggalah saya menjadi peminat RPK dan tagged beliau.

Setiap pagi saya akan mulakan dengan Malaysia Today kemudian barulah saya membaca surat khabar lain. Dia juga telah menyebabkan saya memulaukan New Straits Time yang saya sudah pun baca selama 10 tahun dan saya hanylah membaca berita domestik dan antarabangsa secara online. Memang saya dapat berjimat wang dan kini hampir 5 tahun saya tidak membeli suratkhabar mainstream. Jumlah orang yang saya telah yakinkan untuk tidak membeli suratkhabar juga semakin meningkat. Tidak syak lgi RPK telah memberikan kepada kita sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti. Dia juga sering merujuk kepada manuskrip, undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu kelihatan seolah-olah dialah pakar dalam undang-undang terhandal di negara.

Kali pertama rakyat Malaysia dapat akses untuk hentam UMNO!

RPK telah membuat kita melihat perkara dari perspektif beliau tetapi kutukannya terhadap Umno lah yang menjadi perkara utama. Terutamanya kes pembunuhan Altantuya dan penglibatan Rosmah Mansor begitu juga dengan akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat peribadi P Balasubramaniam. Dengan pendedahan kejahatan Najib dan Rosmah, beliau telah pun di angkat menjadi wira. Ia juga menunjukkan untuk pertama kali, betapa teruknya imej Najib dan Rosmah.

Dengan pendedahan RPK, Umno dan BN dilihat tidak lebih daripada penyangak murahan. Kita juga menjadi obses dan menginginkan berakhirnya rejim jahat ini. Akhirnya kita makan, tidur dan bernafas politik Malaysia menentang BN. Sememangnya hampir semua yang dia katakana mengenai Umno dan BN adalah benar ataupun menjadi kenyataan walaupun Menteri dalam negeri, Hishamuddin mengatakan bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia Today hanyalah 40% fakta.

Kemuncaknya adalah pada pilihanraya 2008, di mana RPK membuat ceramah di Kampong Raja Uda dan ia pasti akan diingati untuk satu jangkamasa yang lama bersama dengan penceramah lain, Kit Siang dan Anwar Ibrahim dan ceramah mereka yang mengutuk UMNO terutama yang ada di Selangor telah membuatkan semua terkedu. Mungkin inilah yang cuba dicipta Umno menggunakan RPK- tetapi pastinya dalam mode yang bertentangan.

Tetapi, mampukan RPK mempengaruhi rakyat Selangor bahawa Anwar itu jahat dan Najib itu wira? Sangat menyedihkan yang kehidupan RPK sudak berputar sebegitu. Dia seharusnya menjadi orang yang disanjung bukanlah alat UMNO.

2008, penangkapan dan buang negara

Keputusan pilihan raya 2008 adalah titik paling tinggi buat RPK. Pembankang mengambil 5 negeri termasuk Selangor yang merupakan harta paling berharga mereka. IA juga telah menurunkan jumlah wakil BN dalam Parlimen untuk BN. Saya tidak pasti dengan anda tetapi dia telah membuatkan kami bekerja keras ketika itu. Saya dan rakan-rakan berkempen menentang Samy Vellu di Sungai Siput.Kami benar-benar mahu Samy kalah pada ketika itu jadi kami telah berbelanja RM7 ribu untuk kempen di sana termasuk menghantar sms kepada ramai orang yang tidak dikenali.

Kemudian, beliau ditangkap dibawah ISA dan perbicaraan dijangka berlaku. Beliau menjadi wira kami dan beliau juga mmepunyai pembaca blog dan peminat yang berjumlah lebih daripada 50 000. Saya masih ingat ketika kami membawa lilin di seluruh bandar termasuk yang paling puopular di Amcorp Mall di mana kami bersama isetri beliau Marina. Kami juga berdiri di luar mahkamah untuk berjam-jam lamanya untuk perbicaraan dan kami tidak pedulikan panas ataupun penat. Ada juga diantara kami yang ditangkap tetapi kami tidak peduli. Kami bersama RPK yang telah menunjukkan kepada kami Malaysia yang lebih baik.

Kemudian, dia melarikan diri di luar negara. Kami juga gembira untuk dia dan mengharapkan yang terbaik untuk dia dan Marina, kerana sekurang-kurangnya dia masih boleh menulis di luar negara dengan aman dan selamat. Kami juga menangis mengenangkan anaknya yang di tangkap dan dipukul dan kami rasakan ia adalah pembalasan dendam dari pihak Umno kepadanya. Kami doakan keselamatan dia dan anaknya sehinggalah pada hari dia memberi temuramah pertama dengan The STAR.

Kejutan The STAR

Kami rasakan bahawa dia telah mengecewakan kami dalam temuramah tersebut. Bagaimana setelah sekian lama mengutuk Rosmah dia dengan tiba-tiba menjadi jinak dan mengutarakan sokongan kepada Rosmah dan Najib dalam temuramah itu. Pada ketika itu, pembaca blognya sudah merasa syak. Pembaca terus memulaukan dia. Dia sudah menjadi orang suruhan. Sungguhpun begitu, ada yang masih belum berputus asa terhadap dia kerana sedar mungkin dia dipaksa berbuat demikian.

Ayah yang mana akan membenarkan anaknya di sakiti kerana dia dan kerjanya? Kami syak mereka yang bekuasa sedang mengambil langka-langkah ekstrim untuk menjinakkannya. Mungkin ada betulnya. Anaknya kemudian dibebaskan tidak lama selepas temuramah itu. Kini saya ingin beranya kepad RPK mengenai hubungannya dengan Anwar- sememangnya selama ini hubungan itu kadang-kadang panas, kadangkala sejuk dengan Anwar dan juga parti Keadilan. RPK masuk dan keluar parti itu bila saja dia mahu.

Sedari mula, memang dia tidak begitu suka kepada Anwar dan orang keadilan. Ini kerana mereka berasal dari Umno. Disebabkan ini, RPK merasakan mereka sudah biasa dengan rasuah dan sikap berat sebelah. Semasa dalam Umno, Anwar sering cari pasal dengan orang India. Orang India tidak digemari oleh Anwar.

Semasa era Reformasi, ramai yang bersimpati dengan Wan Azizah, kemudian Nurul Izzah dan barulah Anwar tetapi, menerusi Kempen Bebaskan Anwar oleh RPK, dia telah menjadikan kita percaya kepada Anwar semula.

Putaran terakhir?

Rakanku RPK, hari ini kamu telah memilih untuk menghentam Anwar. Kami tidak kisah kerana itu pandangan kamu atau apa yang kamu rasa salah dahulu sudah menjadi betul sekarang. Untuk kamu, kami sudahpun menerima Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang benar Anwar bukanlah malaikat dan samalah juga dengan Najib dan Rosmah kesayangan kamu itu.

Anwar seorang yang berkarisma dan oleh sebab itulah beliau dapat menjadi penghubung kepada perikatan Pakatan dan mengaharungi rintangan yang dilemparkan Umno dan BN. Walau macam mana benci pun kamu kepada Anwar, Anwar tetap menjadi katalis kepada Pakatan- satu-satunya pambangkang yang boleh melawan BN.

Kami rakyat Malaysia perlukan Pakatan untuk mengimbangi BN. Pakatan telah mendapat kekuatan selama 3 tahun ini. Memang ada kelemahan. Mungkin betul atau tidak menurut RPK bahawa Pakatan tidak akan menang PRU 13. Kami tidak kisah itu semua. Kami cuma mahu menghentikan 54 tahun penyalahgunaan kuasa Umno dan BN.

Tidak kisahlah apa yang kamu mahu katakan, tidak lama lagi kita aka nada pembangkang dalam kerajaan dan mereka sudah pun matang pada waktu itu. Kamu katakana bahawa kita akan kehilangan Selangor, tetapi saya yakin ini tidak akan berlaku.

Apapun pandangan anda terhadap Anwar, kami tidak kisah. Walaupun Anwar telah liwat Saiful atau melanggan pelacur Thai itu, kami tidak kisah. Itu adalah masalah peribadi sehinggalah ia dibuktikan benar. Kami hanya kisahkan Pakatan dan Anwar adalah katalis mereka.

Pakatan lebih kuat daripada kamu dan blogger Umno juga lebih baik daripada kamu

Jika Anwar tidak penting mengapa Najib bayar kamu begitu banyak atau berusaha gigih untuk dapatkan kamu bercakap dipihaknya? Mengapa masih peduli untuk hentam Anwar? Apa yang bagus sangat mengenai Anwar jika dia tidak bagus?

Dan, amat menyedihkan walaupun temuramah sensasi dalam suratkhabar Melayu, saya tidak yakin ramai rakyat akan lupa dengan skandal NFC dan kekejaman polis terhadap pelajar UPSI dan protes Adam Adli dan juga keputusan kes Liwat II pada 9 Januari. Keputusannya akan sama. Rakyat akan membenci Umno kerana Najib dan Rosmah. Akhirnya, bukan Anwar yang kalah disebabkan temuramah kamu itu. Kamu sendirilah yang kalah dan kalah teruk.

Tidak RPK. Hari ini kamu telah membeli kebebasan kamu dan akan kembali tidak lama lagi. Saya rasa ada udang disebalik batu dalam kes kamu dan saya rasa kamu tidak benar-benar percaya dengan apa yang kamu cakapkan bahawa kamu tidak kisah kepada pengkritik kamu seperti saya.

Yang sedihnya, mereka yang seperti Big Dog Zakhir Mohamad, Rocky's Bru Ahhrrudin Attan dan Parapu Kari atau Papagomo adalah jauh lebih baik daripada kamu kini. Sekurang-kurangnya mereka kekal dengan pendirian mereka.

Saya ucapkan selamat maju jaya untuk kamu dan selamat tinggal kepada kamu dan Malaysia Today.

Muslihat UMNO-BN Tidak Akan Menggelincirkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat Dari Perjuangan Melaksanakan Perubahan.

Posted: 02 Jan 2012 09:42 PM PST

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato' Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta.  Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process."

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum    ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato' Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

———————————————————————————

—PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE CIRCULATION—

3RD JANUARY 2012

UMNO-BN conspiracy will not derail the agenda for change

The Reformasi of 1998 represented the people's anger and dissatisfaction against the tyranny and oppression of UMNO under the leadership of Dr Mahathir. Faced with the financial crisis of 1997, Dr Mahathir's administration started to turn against the people, betraying their trust and attempted to bulldoze a series of measures calculated to channel the rakyat's money in order to bail out and salvage the financial empires of the corporate elite, their families and cronies. The stumbling block to these efforts was Dato' Seri Anwar Ibrahim. An elaborate scheme was hatched to have him removed and the rest is history. Dato' Seri Anwar was condemned to prison on trumped-up charges by UMNO.

After six years, he was acquitted and released. With KEADILAN and the cooperation of PAS and the DAP we gained the momentous victory of March 2008. History was created. The cooperation and goodwill of the Pakatan Rakyat members grew from strength to strength unified by the common aspiration of establishing a Mighty Malaysia.

When it dawned on them the people are with the Pakatan Rakyat, UMNO began to work on another conspiracy which was essentially a rehash of the old one. The upshot was that once again, DSAI became subjected to a vicious campaign of lies, slander and character assassination. In this regard, the verdict on 9th January 2012 will be of great significance not just because it will directly impact Dato' Seri Anwar and his family but it will have a bearing on the course of our history and the fates of the people of Malaysia.

These charges are politically motivated and malicious. The UMNO-BN leadership are hell bent on preventing Dato' Seri Anwar Ibrahim from becoming the next Prime Minister.  They believe that their plot will divide the people and ruin the chances of Pakatan Rakyat getting victory in the coming  13th general elections. But they are wrong. This insidious conspiracy will not derail the Pakatan Rakyat's plan and our resolve to form the next Federal Government.

UMNO be warned: you may plot and you may scheme but you shall never weaken our resolve to tear down the walls of oppression and tyranny.  Pakatan Rakyat has unanimously decided that Dato' Seri Anwar Ibrahim will be the 7th Prime Minister.

Whatever may be outcome of 9th January the leadership of KEADILAN together with the Pakatan Rakyat and the people of Malaysia will not shirk from the duty entrusted to lead the nation to a better future.

I therefore pledge that the leadership of KEADILAN will forge ahead to champion to the people's agenda. The question of leadership is determined via the process of consensus within the party. Since its establishment, the party leadership has been an "evolutionary process," and not a revolutionary process."

We shall remain steadfast in this noble cause and it is our responsibility to carry out all the policies, strategies and agenda enshrined in the Malaysian Economic Agenda, PR Common Policy and the Orange Book.

I call on the people of Malaysia to remain focussed on the objective to bring reform and change for this great nation of ours. Exercise your democratic rights to vote conscientiously in the coming general elections. This will be a victory for the people, for justice and for freedom and democracy. Such a victory will augur well for harmony, peace and prosperity for the entire nation.

God willing, together with the leadership and the people, I will be present to show my support for Dato' Seri Anwar on the 9thJanuary 2012.

Mohamed Azmin Ali

Deputy President

Parti Keadilan Rakyat

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 03 Jan 2012 01:36 PM PST

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Anwar Bebas 901 Reformasi

Posted: 03 Jan 2012 02:25 AM PST

Free Anwar Campaign BEBAS ANWAR 901

Posted: 03 Jan 2012 02:24 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 03 Jan 2012 12:10 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Khairy memalukan orang Rembau, selayaknya jadi tukang gunting

Posted: 03 Jan 2012 12:27 AM PST



Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Pemuda Umno bukan peringkat cawangan tapi peringkat kebangsaan yang menjadi Ahli Parlimen yang mewakili Rembau tidak ada jawatan dalam kabinet baik sebagai Timbalan Menteri apatah lagi Menteri.

Segala harapan tinggi menggunung orang Rembau khususnya atok-atok dan uwan-uwan yang mengundi Khairy dulu semasa 2008 dengan harapan adanya projek Hospital Rembau, Landasan Kapal Terbang Rembau, UiTM Rembau, Masjid Pedas Tengah dan macam-macam janji lagi, kini umpama angan-angan Mat Jenin.

Apakah Khairy diberi tugas sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia dan Ahli Parlimen Rembau hanya untuk menggunting rambut di bawah ini ?

Monday, January 02 @ 21:10:42 CST

Moh Gunting Rambut……Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau menggunting rambut salah seorang kanak-kanak yang menyertai Program Kembali Ke Sekolah, Moh! Gunting Rambut, di Balai Raya Taman Desa Dahlia, Ahad pagi

http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=10935

Keadilan Bahagian Tampin

Posted: 03 Jan 2012 11:17 AM PST

Keadilan Bahagian Tampin


Posted: 03 Jan 2012 12:27 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 03 Jan 2012 10:01 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Tengok nii..Waris Hanya Dapat "Set Pinggan Mangkuk"

Posted: 14 Sep 2011 09:15 AM PDT

Nasib baik Mat Sabu letupkan kisah Bukit Kepong nii..kalau tidak,sampai jadi rangka la waris anggota polis Bukit Kepong tak akan dapat satu sen pun daripada kerajaan UmnoBN yang tak pandang pun sebelah mata wira-wira ini,kecuali sekarang..apabila kerajaan UmnoBn Haprak ini terdesak untuk menggunakan waris-waris anggota polis Bukit Kepong untuk dijadikan bahan kepentingan politik hampass mereka.

Sumber: http://karatijau.blogspot.com/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 03 Jan 2012 09:46 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


陈家兴:纳吉治国成绩不及格,口号治国幻想宣告破灭

Posted: 02 Jan 2012 08:56 PM PST

人民公正党霹雳州副秘书陈家兴表示,首相纳吉今年治国成绩单再次不及格,新首相效应及口号治国幻想正式宣告破灭。 他表示,在2011年进入倒数的时刻,首相纳吉依然没有兑现多项承诺,除了其诚信度破产以外,首相朝三暮四的政治手段,已经显示根本没有意愿落实改革议程。 陈家兴也是人民公正党打巴区部副主席,他认为,首相肃贪无力之余且大胆包庇失职者,导致国内贪污滥权作风横行,每年爆出多项涉及高职者的贪污丑闻,但是肃贪行动只听楼梯响不见人下来。 "相反地人民必须为国阵的『劫贫济富』行为埋单,从日常生活的水电费、出门七件事、到削减各项人民津贴,人民衣食住行举步维艰。" 他是在日前于打巴多个原住民村派发圣诞节赠品后发表文告表示。其他出席者包括霹雳州财政拿督叶逸堂医生、行动党原住民局主任峇东尼、打巴区部委员沙末、阿兹曼等党要。 "308政治海啸让人民重夺撰写国家历史的主动权,而第十三届大选将是撰写两线制历史的关键时刻,改朝换代就只差这一步。" 他表示,人民必须在适当的时刻释放反对的讯息,让执政单位贪桩枉法、罔顾百姓的做法不能得逞,致力挽救国家和下一代的未来。

Tiada ulasan:

Pengikut