Jumaat, 6 Januari 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


UMNO Melaka Terdesak

Posted: 06 Jan 2012 07:27 AM PST

Kerajan Melaka milik kerajaan Barisan Nasional

Duit parti dikongsi dengan duit kerajaan negeri?

UMNO Melaka semakin terdesak. Kali ini mereka menggunakan jentera wanita untuk mengadakan bacaan Surah Yasin di surau dengan mengagihkan kalendar 2012 seperti yang tertera di atas. Pemberian kalendar ini tidak menjadi masalah dan persoalan yang ingin dirungkaikan di sini adalah tindakan UMNO menjadikan kerajaan negeri Melaka itu kerajaan Barisan Nasional.

Adakah pihak kerajaan Barisan Nasional tidak dapat membezakan sebuah kerajaan dengan parti? Walaupun dibaca Surah Yasin pada tiap-tiap malam Jumaat, hati tetap masih menolak Islam. Apakah formula yang sesuai agar pemimpin Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk membezakan apa itu parti dan kerajaan? Adakah mereka pura-pura bodoh ataupun memang tidak cerdik dan tidak tahu membezakan parti dan kerajaan?

UMNO jangan ingat bahawa Melaka ini milik UMNO secara total. Ini kerana kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka bukan 100% milik UMNO/BN sebaliknya mempunyai 5 kerusi DAP. UMNO/BN tidak boleh mengatakan mereka kuat selagi ia tidak perintah 100% dan Ketua Menteri Melaka pernah berkata mahukan Melaka sifar pembangkang.

Dua hari yang lepas juga Barisan Nasional yang diketua UMNO telah mengadakan ceramah di Taman Sin Hoe untuk mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Tindakan seperti itu sudah sinonim dengan UMNO yang suka mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Mereka merasakan tidak kuat walaupun mempunyai siaran TV yang sentiasa memaparkan berita milik mereka.


Jentera pihak berkuasa tempatan telah dipergunakan untuk memastikan ceramah milik UMNO/BN berjalan seperti biasa. Pihak berkuasa tempatan yang terlibat itu ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah ditugaskan ditempat ceramah UMNO/BN manakala ditempat ceramah Pakatan Rakyat pula mereka memegang buku saman.



Apakah motif yang tidak masuk akal ini? Adakah pihak berkuasa tempatan di Melaka bekerja 25 jam sehinggakan malam pun mahu di saman kenderaan yang diletakkan ditepi jalan. Atau adakah mungkin kerana pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pekerja sehinggakan melakukan operasi sehingga tempat ceramah?

Bukan itu sahaja, pihak majlis bagaikan mengganti pihak polis untuk menjaga keselamatan pada malam ceramah tersebut. Semenjak bila pula pihak berkuasa tempatan mengambil alih tugas pihak polis dan kebenaran mana pula tiba-tiba pihak berkuasa tempatan berselera menjalankan tugasan di malam hari?

Mungkin jangka hayat UMNO/BN akan berakhir pada tahun ini. Mereka dikatakan menggunakan jentera kerajaan dengan sepenuhnya bagi memastikan mereka terus berkuasa. Berjayakah mereka memindahkan mahasiswa untuk mengundi di parlimen Bukit Katil seperti yang didedahkan oleh blogger kijang59?

Tiada ulasan:

Pengikut