DIALOG RAKYAT Posted: 13 Dec 2011 04:11 PM PST [unable to retrieve full-text content] Bacaan Al-Quran bergema di SJK Cina Posted: 13 Dec 2011 04:37 AM PST FREE MALAYSIA TODAY
SJK(C) Chung Hua Pujut adalah satu-satunya sekolah aliran Cina di Miri yang melaksanakan program jQAF.
MIRI: Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bergema memenuhi ruang dewan terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) Chung Hua Pujut baru-baru ini. Di atas sebuah astaka mini, empat pelajar Islam Tahun Enam sekolah itu khusyuk memperdengarkan bacaan mereka dengar lancar pada sebuah majlis khatam al-Quran. Biarpun berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, majlis ini tetap unik dan meriah khususnya buat keempat-empat pelajar yang terlibat ekoran latar belakang keluarga mereka yang kesemuanya bukanlah terdiri daripada anak berdarah Melayu tulen. Bacaan yang diperdengarkan oleh Mohamad Naim Kasri, Shaqeem Valinton, Hijazida Hamdan dan Jhony Mohamad Ali pada hari itu mengesahkan satu lagi pencapaian buat Ali Sagir, guru pendidikan Islam yang mereka kenali sejak pertama kali menjejakkan kaki di sekolah itu enam tahun lepas. Mesra dengan panggilan Ustaz Ali, guru agama yang berasal dari Pahang itu bangga dengan pencapaian anak didiknya menamatkan pengajian al-Quran mereka sebelum menamatkan pendidikan di sekolah itu. "Sebenarnya jumlah pelajar Islam Tahun Enam di sini memang sedikit. Biarpun jumlah mereka sedikit, hasrat kami ialah untuk memastikan mereka dapat membaca Al-Quran dengan baik sebelum tamat persekolahan mereka," katanya kepada Bernama. "Ibu bapa mereka pun beria-ia benar meminta saya mengadakan majlis Khatam Al-Quran di sekolah sebagai tanda pencapaian anak-anak mereka. Jadi kami buat majlis ini dengan kerjasama ibu bapa mereka," katanya.
Program jQAF Ali berkata, SJK(C) Chung Hua Pujut adalah satu-satunya sekolah aliran Cina di Miri yang melaksanakan program jQAF, iaitu program yang bertujuan untuk memperkasa pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Bermula dengan hanya beliau seorang di sekolah itu sebagai guru khusus dalam pendidikan Islam, sekolah itu kini mempunyai dua lagi tenaga pengajar bagi membantunya melaksanakan program j-QAF di sana. Tidak seperti di sekolah kebangsaan di mana kekerapan waktu yang diperuntuk untuk pendidikan Islam adalah enam kali seminggu, Ali berkata di SJK(C) Chung Hua Pujut ia sebanyak empat kali. Kekerapan ini tidak menjadi penghalang kepada Ali untuk menjalankan tugasnya dan sering kali beliau secara sukarela mengadakan kelas mengaji untuk pelajarnya berikutan permintaan daripada ibu bapa mereka. "Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa pelajar ini juga amat saya hargai kerana mereka amat prihatin untuk memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran agama biarpun berada di sekolah aliran Cina," katanya.
Sokongan pentadbir sekolah Ali menyifatkan sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbiran SJK(C) Chung Hua Pujut, khususnya guru besarnya, Chuo Kwong Ung serta guru-guru lain telah membolehkannya menjalankan amanah sebagai guru agama sekolah itu dengan baik. "Mereka amat terbuka setiap kali kami menyuarakan saranan dan sudah sekian lama berada di sekolah ini, saya merasakan kepentingan terhadap pendidikan Islam untuk pelajar-pelajar tidak pernah dipinggirkan," katanya yang telah berkhidmat lebih 10 tahun di sekolah itu. Seorang lagi tenaga pengajar program itu, Nor Akmal Mohamad Zain berkata beliau mengajar di sekolah itu sejak Februari dan selepas hampir 10 bulan merasakannya sebagai satu pengalaman yang menarik. Anak kelahiran Kelantan ini, yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ilmu wahyu, pada mulanya agak terkejut menerima arahan untuk ditempatkan di sekolah aliran Cina. Di mana bumi dipijak "Daripada sejumlah 50 orang pelatih kursus program jQAF ini, saya seorang sahaja yang dihantar untuk mengajar di sekolah aliran Cina dan saya pula tidak ada asas langsung dalam Bahasa Cina," katanya mengingati semula waktu beliau menerima arahan mengajar di sekolah itu. Bagaimanapun, segala kerungsingan yang dirasakan sewaktu mula menjejak kaki ke sekolah itu hilang apabila beliau tidak mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru itu. Menurut Nor Akmal, pelatih di bawah program j-QAF ini akan dihantar ke sekolah dahulu untuk menimba pengalaman praktikal dan semasa cuti sekolah mereka akan kembali untuk berkursus di institut pendidikan guru. Katanya tempoh latihan beliau akan berlangsung selama 18 bulan sebagai satu daripada syarat untuk diserapkan sebagai guru siswazah terlatih dalam bidang agama. "Kalau ditakdirkan juga untuk terus mengajar di sini (selepas tamat latihan), saya tidak ada masalah dan suasananya pun agak baik juga," katanya. Bernama | Anak mahu Dzulkifli kekal Pengarah Urusan Felda Posted: 13 Dec 2011 04:36 AM PST "Ini proses penyingkiran seseorang yang dilihat tidak mengikut telunjuk. Adalah menyedihkan seorang Pengarah Urusan diperlakukan begitu hina," kata Mazlan Aliman.
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menghantar memorandum menyatakan sokongan supaya Datuk Dzulkifli Wahab dikekalkan jawatannya sebagai Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Memorandum setebal lapan muka surat itu diserahkan Pengerusi Anak Mazlan Aliman kepada pegawai tertinggi Felda Mohammad Ibrahim. Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, beliau difahamkan Dzulkifli kini sedang bercuti di New Zealand selepas diarahkan bercuti oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. Katanya, Dzulkifli sepatutnya 'direhatkan' selama enam hingga sembilan bulan bagi mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan untuk meningkatkan lagi prestasi beliau dalam Program Transformasi Felda bermula 25 November lalu. Namun Dzulkifli didapati telah bercuti 14 hari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan Isa melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 November lalu. "Ini proses penyingkiran kepada seseorang yang dilihat tidak mengikut telunjuknya. Adalah menyedihkan seorang Pengarah Urusan diperlakukan begitu hina. "Tiada etika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23,000 kakitangan," tegas Mazlan dalam memorandum itu. Mazlan mendakwa, semua ini berpunca apabila Dzulkifli tidak mampu bekerjasama bagi merealisasikan impian Isa untuk melihat Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) tersenarai dalam Bursa Malaysia. Katanya, Dzulkifli sedar yang Felda akan mengalami defisit sehingga RM1.5 bilion setahun jika saham dijual, lalu mempersoalkan bagimana cara untuk memperoleh pendapatan untuk membiayai kakitangan dan peneroka.
Projek gali kubur
"Ini projek gali kubur untuk kuburkan warga Felda. Kita takkan benarkan petualang ini nak jahamkan institusi tertua sebelum merdeka yang dibina dengan airmata, keringat dan perjuangan warga Felda serta peneroka," katanya yang menyifatkan Dzulkifli seorang pegawai Felda yang telah berkhidmat selama 30 tahun dengan penuh taat. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya selepas ini akan menghantar memorandum pula kepada Najib pada 20 Disember depan. Katanya, beliau tidak ada pilihan melainkan memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tergempar (EGM) Koperasi Felda (KPF) daripada diadakan pada 5 Januari depan jika Najib masih mahu mempertahankan Isa. "Segala-galanya berada ditangan Perdana Menteri. Kalau beliau tegas maka keadaan akan kembali sedia kala, kalau tidak ia akan jadi isu besar," katanya. Sementara itu, kira-kira 50 peneroka Felda mengadakan demonstrasi dihadapan ibu pejabat Felda di sini mendesak supaya Isa meletakkan jawatan. Demonstrasi kira-kira setengah jam itu antaranya melaungkan "Undur Isa", "Halau Isa" sambil memegang sepanduk "selamatkan Felda dari pengkhianat". | Kita nafi sokong BN di K’tan Posted: 13 Dec 2011 04:29 AM PST "Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah (calon Menteri Besar) yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang," kata presiden Zaid Ibrahim.
SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau menyokong Barisan Nasional (BN) menang di negeri Kelantan. Sebaliknya beliau hanya menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon terbaik BN untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. "Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang. Saya kata kalau BN menang. Lagipun BN adalah pembangkang di Kelantan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Wacana Sinar bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini. Hadir menjadi panel termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kita untuk menyertai Pakatan, beliau berkata parti itu belum bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sementara itu, menurut Abu Hassan berdasarkan data kajian yang dilakukan mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa. "Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar. 'Tapi sokongan ke atas Tuan Guru terlalu tinggi berbanding Husam dan Mustapa," katanya ketika ditanya mengenai desakan Umno agar Nik Aziz tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang. | Masyarakat bukan Islam Kelantan tak gentar hudud Posted: 13 Dec 2011 04:27 AM PST Nigel Aw
Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka. Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan. Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan. Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu. Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah. "Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya. Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku. "Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi. Ditanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau. Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang. "Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat. Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan. "Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi. | Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap Posted: 13 Dec 2011 04:23 AM PST MALAYSIA KINI
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah. Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya. Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara. "Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka. Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib. Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud. Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia. | Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong ke-14 Posted: 13 Dec 2011 04:19 AM PST MALAYSIA KINI
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Ketibaan Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.
Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.
Baginda berdua kemudian berangkat ke Dataran Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Okt lalu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini.
Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975.
Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama. Sambutan
Di Kuala Lumpur, keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah di Dataran Parlimen di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut keberangkatan tiba baginda berdua.
Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Leftenan Nor Azizan Yahaya.
Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.
Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan disusuli dengan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku. Lafaz sumpah
Baginda berdua kemudian menerima menghadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Abdul Halim kemudiannya melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957. Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu. Pengisytiharan
Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini:
"Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja:
Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.
Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebelas." Senarai Agong
Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong: 1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama) Ditabal: 2 Sept 1957 Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960 2) Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah Mangkat: 1 Sept 1960 Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua) Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman) 3) Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail Mangkat: 16 April 2000 Ditabal: 4 Jan 1961 Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965 (Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun) 4) Sultan Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Mangkat: 20 Sept 1979 Ditabal: 21 Sept 1965 Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970 5) Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Ditabal: 20 Feb 1971 Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975
6) Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Mangkat: 29 Mac 1979 Ditabal: 28 Feb 1976 Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979 7) Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ditabal: 10 Julai 1980 Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984 8) Sultan Pahang Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat : 23 Jan 2010 Ditabal: 15 Nov 1984 Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989 9) Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah Ditabal: 18 Sept, 1989 Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994 10) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Mangkat : 27 Dis 2008 Ditabal: 22 Sept, 1994 Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999 11) Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11) Ditabal: 23 Sept 1999 Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001 12) Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Ditabal: 25 April 2002 Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006 13) Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ditabal: 26 April 2007 Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011 14) Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali) Ditabal: Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011- Bernama | Suami isteri dakwa diganggu polis tanpa asas Posted: 13 Dec 2011 04:15 AM PST S Pathmawathy
Sepasang suami isteri mendakwa mereka diganggu selepas ditahan oleh pihak polis dan disaman kerana disyaki mengedar dadah. Ejen insurans Lim Hen Sek, 26, dan isterinya Ang Ling Zher, 25, mendakwa dua anggota polis, yang hanya dikenali sebagai "Yusuf" dan "Faizal" mengkasari mereka tanpa sebarang asas. Pada aduannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Lim berkata beliau mula dicaci dan diberi layanan buruk apabila dia mula mencatatkan nombor pengenalan polis berkenaan. Kedua-dua pasangan itu bersama dua lagi rakan dalam perjalanan ke rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras pada 3 Disember lalu selepas membeli-belah di The Curve. Pada kira-kira jam 8.15 malam, polis memberikan isyarat kepada kenderaan mereka supaya berhenti. "Seorang anggota polis yang bernama Yusuf mengarahkan saya keluar dari tempat duduk pemandu dan secara tiba-tiba bertanya, 'Pernahkah awak melanggar undang-undang?' Saya hairan dengan soalan itu dan hanya mendiamkan diri. "Yusuf kemudian meminta MyKad dan lesen memandu saya. Ketika dia memeriksa dokumen saya, seorang lagi pegawai polis, bernama Faizal, menghampiri rakan saya Ee Chin Chuan, yang duduk bersebelahan saya dan meminta kad pengenalannya," kata Lim. Menurutnya, anggota polis itu kemudiannya memeriksa kereta mereka tetapi tidak menjumpai apa-apa barangan yang dilarang dan mula menjalankan pemeriksaan badan ke atas Ee. Katanya, rakannya kemudian diminta mengosongkan poketnya dan anggota polis menjumpai beberapa keping gambar pekerja asing yang disimpan oleh Ee untuk tujuan pendaftaran permit kerja mereka. | Kuala Lumpur lumpuh akibat banjir kilat Posted: 13 Dec 2011 04:13 AM PST MALAYSIA KINI
Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.
Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971. Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.
"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.
[Baca berita penuh]
| ANAK berdemo, tuntut pengarah Felda dikekalkan Posted: 13 Dec 2011 04:11 AM PST Salhan K Ahmad
Sekumpulan 50 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini berhimpun di hadapan ibu pejabat lembaga berkenaan untuk menuntut supaya pengarah besarnya, Datuk Zulkifli Wahab dikekalkan jawatannya.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang mengetuai kumpulan itu berkata, "penyingkiran" Zulkifli merupakan satu penghinaan kepada ketua eksekutif berkenaan. Mazlan mendakwa, penyingkiran itu dibuat berdasarkan syor daripada pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad kepada perdana menteri supaya Zulkifli mengambil cuti untuk belajar.
Beliau turut mengedarkan salinan dokumen didakwa surat Isa kepada perdana menteri bertarikh 21 November berhubung syor berkenaan.
"Sesungguhnya ini adalah proses penyingkiran kepada seseorang yang dilihat tidak mengikut telunjuk (Isa). Adalah menyedihkan seorang pengarah besar diperlaku begitu hina," kata Mazlan lagi dalam memorandumnya. Jelasnya, Zulkifli disingkirkan kerana tidak bekerjasama dengan Isa dalam usaha untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum berkenaan kepada seorang pegawai kanan Felda, Mazlan mendakwa, Zulkifli telah menyatakan pendirian menentang tindakan "gali kubur warga Felda" melalui penyenaraian itu. Zulkifli berbuat demikian dalam satu mesyuarat lembaga Felda sebelum ini, kata Mazlan ketika ditanya wartawan. Mengulas lanjut, beliau berkata penyenaraian itu akan menyebabkan pendapatan peneroka berkurangan sehingga 80 peratus daripada apa yang diunjurkan pada tahun lalu.
Jelasnya, penyenaraian berkenaan akan memberi keistimewaan kepada FGHV – antaranya pajakan tanah Felda seluas lebih 360,000 hektar dan juga hak mutlak ke atas tanaman, hasil jual beli dan juga insentif kerajaan.
"Maknanya kuasa (FGHV) sangat besar sehingga menelan (hak peneroka)," kata Mazlan lagi.
Mazlan juga berkata, sebab itulah juga keputusan untuk melantik Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dibuat oleh satu mesyuarat lembaga Felda pada 25 Ogos lalu, yang tidak dihadiri Zulkifli.
Mesyuarat tersebut dipanggil "secara tergesa-gesa" oleh Isa sendiri dan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga tidak keluar daripada mesyuarat apabila pelantikan berkenaan dibincangkan, dakwa Mazlan.
Mazlan mendakwa, tindakan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Selain melaungkan slogan "halau Isa" dan "hidup peneroka", kumpulan peneroka dan aktivis yang berhimpun selama lebih setengah jam di hadapan ibu pejabat Felda, Jalan Perumahan Gurney itu turut membawa sepanduk bertulis "Allah selamatkan Felda dan warganya daripada golongan pengkhianat." | Keterangan Anwar dari kandang tertuduh 'diserang' Posted: 13 Dec 2011 04:07 AM PST Aidila Razak
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar, hari ini menggunakan keputusan ketua pembangkang itu untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya. Dalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin berkata keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian. Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya. Yusof berkata hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya". Katanya, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu. | Pengundi hantu' akan tentukan keputusan PRU-13 Posted: 13 Dec 2011 04:03 AM PST Kuek Ser Kuang Keng
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh 'pengundi hantu'. "Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat. "Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan," katanya pada wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang berjudul 'PRU-13: Undi siapa jadi penentu' di Shah Alam, hari ini. Lim, yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika 'pengundi hantu' itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak. "Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajiaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen)," katanya. Selain Lim, anggota lain pada panel lima anggota hari ini adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah. | Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam Posted: 12 Dec 2011 04:03 PM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "cap jari" perdana menteri ada di banyak peringkat kes. Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik. Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku. Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain. "Adalah jelas cap jari Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka," kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini. Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini. Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar. "Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini? "Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?" kata Sankara. Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu. Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa. "Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya," katanya lagi. Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela. Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan. "Jika perdana menteri dan Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka? "Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum," katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini. Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan. Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu. Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah. Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. | Usaha singkir bos Felda, demo esok Posted: 12 Dec 2011 03:59 PM PST Jimadie Shah Othman
Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK). NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu. "Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun. "Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman. Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran. Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan. Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu. Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli. Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar. "Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan. Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil.
Pemuda PAS anggap keruhkan keadaan
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS menyelar arahan bercuti itu atas alasan ia tidak kena pada tempatnya memandangkan keadaan Felda yang didakwa amat kritikal dan memerlukan komitmen pengarah besarnya. "Pemuda PAS berpendapat, konflik peringkat tertinggi dalaman Felda amat kronik dan memerlukan penyelesaian segera. Arahan bercuti ini seolah-olah membenarkan wujudnya konflik dalaman yang semakin kuat melanda," kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Al Hiss. Dalam kenyataannya lewat petang ini, Raja Ahmad mendakwa wujud budaya cantas mencantas akibat oleh pihak tertentu yang tidak senang terhadap Dzulkifli. "Sepatutnya kes ini diselesaikan secara baik dan berhikmah, bukannya secara politik.
"Mencutikan Datuk Dzulkifli Wahab dari tugasnya akan mengeruhkan keadaan kerana mungkin ada pihak lain pula mengambil kesempatan pula 'membalas dendam' bagi pihak beliau," tambahnya.
| DAP: Bil Pengkomputeran sekat kebebasan bersuara Posted: 12 Dec 2011 03:52 PM PST MALAYSIA KINI DAP hari ini memberi amaran bahawa rang undang-undang Pengkomputeran Profesional 2011 (CPB) yang dicadangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat.
CPB adalah usaha kementerian untuk mengawal selia semua 'perkhidmatan pengkomputeran' yang dibekalkan oleh entiti atau individu yang berkaitan dengan klasifikasi 'infrastruktur maklumat kritikal kebangsaan' atau CNNI, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.
Dalam kenyataan medianya, hari ini, Pua berkata rang undang-undang itu mentakrifkan 'perkhidmatan pengkomputeran' sebagai mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk 'pelan, arkitek, reka bentuk, membuat, membangun, melaksana, menggunakan dan mengurus teknologi sistem maklumat'.
"Berdasarkan kepada definisi ini, skop perkhidmatan itu akan meliputi apa-apa dari membina laman web kepada pembinaan pelayan (server) komputer hingga reka bentuk dan pembangunan mana-mana produk komputer - sama ada perisian atau perkakasan.
"Malah, penubuhan blog dan portal berita, atau pun menggunakan akaun Facebook dan Twitter juga boleh diklasifikasikan sebagai dilindungi mengikut 'perkhidmatan pengkomputeran'," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Sebaliknya, CNNI kata Pua, ditakrifkan sebagai 'aset-aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara sehingga ketidakupayaan atau kemusnahan mereka akan mempunyai kesan amat buruk kepada ekonomi dan imej negara, termasuk kepada pertahanan dan keamanan negara atau keupayaan kerajaan untuk berfungsi atau menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam '. | Liwat II: Semak semula kredibiliti Saiful kata Karpal Posted: 12 Dec 2011 03:45 PM PST MALAYSIA KINI
Penggulungan hujah perbicaraan liwat II yang bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan penguambela utama Karpal Singh berkata, keterangan yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kandang tertuduh boleh diterima mahkamah.
Katanya, pihak pembelaan juga turut bergantung kepada keterangan saksi lain termasuk dua pakar dari Australia.
Selain itu, pihak pembelaan juga mahu mahkamah mengketepikan keterangan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana ia bukan saksi yang kredibel.
Menurut Karpal, ketika disoal balas oleh peguam, Saiful mengakui mempunyai peluang untuk melarikan diri, namun tidak berbuat demikian seperti dinyatakannya sebelum ini.
Soalan: Apa berlaku daripada bilik tidur, ada peluang untuk meninggalkan daripada tempat itu? You had the opportunity to unlatch the door and rushed out?
Jawapan: Selepas kejadian?
S: Ya?
J: Ada.
S: Ada peluang, bukan?
J: Ada.
S: Tapi tidak menggunakan peluang itu?
J: Semasa itu, tidak.
Dalam pada itu, Karpal turut berhujah kredibiliti pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid iaitu individu pertama yang melakukan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful tidak pernah dicabar oleh pendakwaan.
Dalam laporan perubatan Dr Mohd Osman dinyatakan bahawa objek plastik dimasukkan dalam dubur Mohd Saiful. Berikut keterangan balas sebelum ini.
S: Sepanjang ingatan kamu, adakah dia menggunakan apa-apa peralatan ketika memeriksa?
J: Ada. Beliau ada memasukkan sesuatu. Namun semasa beliau sedang memasukkan benda tersebut saya terus berterus-terang kepada beliau bahawa sebenarnya saya telah diliwat dan mahu menjalankan pemeriksaan
S: Bila kamu beritahu apa yang berlaku, apa yang doktor itu buat?
J: Doktor tersebut terus memberhentikan pemeriksaan dan menyuruh saya pakai seluar.
S: Kemudian kamu beritahu doktor ini ada memeriksa kamu. Sebelum kamu beritahu yang kamu telah diperlakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ada dia beritahu apa yang dia lihat dan sebagainya atau yang dia tidak lihatkah apa dia kata hasil pemeriksaanya masa itu?
J: Semasa pemeriksaan baru dijalankan dia nak masukkan saya tak tahu apa tu saya terus berterus terang dengan beliau yang saya telah diperlakukan sedemikian. Jadi beliau terus berhenti.
S: Sebelum 28?
J: Ada
S: Oleh siapa?
J: Oleh doktor di Pusrawi, tapi itu pun tak full pemeriksaan"
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. [Ikuti laporan langsung] Sementara itu, Bernama melaporkan pihak pembelaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini. Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan. Beliau berkata pada akhir kes pembelaan, mahkamah mestilah mempertimbangkan sama ada kes terhadap tertuduh (Anwar) itu telah dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. "Dalam penghujahan, pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan," kata Karpal. Beliau memberikan hujah pada akhir kes pembelaan Anwar, 64, yang menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Karpal berkata daripada keterangan saksi pembelaan, pakar bedah Ortopaedik Dr Thomas Hoogland dengan jayanya "meruntuhkan" keterangan Mohd Saiful berkaitan kemampuan tertuduh (Anwar) untuk melakukan aksi liwat seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful. Beliau berkata Dr Hoogland dalam keterangannya berkata adalah tidak mungkin seorang lelaki dalam umur itu boleh melakukan aksi seks seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful. "Adalah menarik bahawa Saksi Pendakwaan pertama (SP1) (Mohd Saiful) ketika disoal balas menyatakan bahawa "pada hari tersebut, beliau (Anwar) melakukannya dengan laju dan rakus," kata beliau. Karpal berhujah bahawa keterangan Dr Hoogland, keterangan Mohd Saiful, dengan itu, dalam perkara ini SP1 tidak boleh dipercayai dan memusnahkan pertuduhan terhadap Anwar. Beliau juga berkata keterangan mengenai tingkah laku Mohd Saiful, sebelum dan selepas dakwaaan liwat itu, tidak boleh dipercayai. "Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) yang bertindak seperti sebutir bom yang patuh dengan arahan tertuduh walaupun banyak peluang untuknya keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Beliau memilih tidak berbuat demikian," kata Karpal. Karpal berhujah bahawa tidak ada keterangan bahawa pintu ke bilik tidur itu dikunci dan Mohd Saiful boleh berlari keluar dari bilik itu ke ruang tamu. Beliau juga boleh meminta tolong dan bantuan daripada penghuni yang tinggal di unit bertentangan kondominium itu dan membuat aduan kepada mereka, kata Karpal. "Sebaliknya, beliau (Mohd Saiful) berkata beliau menerima perlawaan tertuduh (Anwar) ke ruang makan," kata Karpal. Karpal juga berkata kredibiliti Mohd Saiful terus terhakis kerana beliau (Mohd Saiful) lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu. Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Mohd Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah. Sambil memberikan beberapa undang-undang kes, Karpal berkata kenyataan dari kandang oleh Anwar apabila beliau dipanggil untuk membela diri, boleh diambilkira sebagai memberikan keterangan. Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. | UMNO MENILAI ISLAM DENGAN MELIHAT JUMLAH BERAPA BANYAK MASJID? Posted: 12 Dec 2011 03:39 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS
MAKA, Umno pun terkejut apabila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja di Bumi Serambi Mekah tersebut sepanjang lebih 20 tahun PAS berkuasa. Mengapa Umno terkejut? Ini adalah kerana di dalam kepala otak pemimpin Umno adalah Islam itu masjid, banyak masjid maka hebatlah Islam itu. Memetik kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di dalam Malaysiakini, beliau tidak terkejut dengan pengakuan pemimpin Pas Kelantan bahawa kerajaan negeri itu hanya membina sebuah masjid sejak 20 tahun memerintah Kelantan. Beliau berkata elaun pegawai masjid pula yang diberi kerajaan PAS di beberapa negeri yang ditadbirnya bukan sahaja tidak cukup untuk membeli minyak motosikal malah ia menggambarkan peranan golongan mengembangkan syiar Islam itu amat rendah. Itulah yang ada pada kepala otak pemimpin Umno. Mereka fikir dengan hanya duit sahaja boleh meningkat syiar Islam, dengan hanya mendirikan masjid yang baru sahaja akan boleh meningkatkan syiar Islam. Sebab itulah Umno selalu main modal duit sahaja untuk menarik sokongan rakyat kepada parti sekular berkenaan. Umno juga mahu tonjolkan bahawa parti itu kuat Islamnya dengan mendirikan banyak masjid yang indah-indah yang kontrak membina masjid berkenaan dapat kepada puak mereka. Itulah perangai Umno.
Ingin kita beritahu puak yang sokong `lembu dalam kondo' ini, bahawasanya tujuan PAS untuk memerintah bukan untuk membuat masjid. PAS wujud bukan untuk memperbanyakkan masjid. PAS wujud kerana ingin menegakkan Islam yang dasarnya Al-Quran dan Hadith. Di dalam Al-Quran, diperintah mendirikan Solat, bukannya mendirikan masjid. Namun, apabila Solat itu didirikan, secara automatik masjid diwujudkan. Jika masjid sememangnya sudah wujud, perlu apa dibuat masjid merata-rata?
Adakah kerana ingin tunjuk hebat, maka PAS terpaksa robohkan masjid yang ada dan bina yang baru? Itu bukan cara PAS, itu cara Umno. PAS akan mengekalkan masjid yang ada dengan menambahbaikkan jika perlu serta paling penting masjid itu di amarahkan, bukan dijadikan sebagai pamiran seperti di Putrajaya mahu pun seperti masjid kristal di Terengganu./ wfauzdin.blogspot.com | Tun M: PRU diramal awal tahun depan Posted: 12 Dec 2011 03:35 PM PST KL TODAY.COM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin berkata Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya. "Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang. Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata, pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013. "Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula. Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka. "Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini," katanya. Ditanya sama ada kes mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berperanan dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Dalam apa cara sekalipun, beliau akan menjalankan peranannya." Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata ketika Anwar didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada kaum Melayu. "Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun Umno kalah bannyak kerusi," katanya. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai daripada penyokong kuat Anwar dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya, termasuk Dr Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi percaya dengan apa yang diperkatakannya. Mereka yang meninggalkan Anwar kini menyerangnya kembali dan mengutuknya. "Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan," katanya. | Aduhai Rais Bin Yatim Posted: 12 Dec 2011 03:25 PM PST MSO
Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang Asli di suatu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam memberi sokongan kepada BN. Saya tidak tahu macam mana persepsi orang ramai terhadap gesaan atau cadangan Rais itu. Tetapi bagi saya ia agak memeranjatkan.
Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka.
Kalaupun benar Rais hendak bodek Orang Asli supaya terus menyokong BN, tetapi takkanlah sampai suruh orang Melayu tiru macam Orang Asli. Di sini bukan maksud saya hendak memperendah-rendahkan keupayaan Orang Asli tetapi apakah tidak ada perbuatan dan sifat-sifat kaum lain yang boleh dibuat perbandingan.
Saya faham dan saya tahu bukan semua Orang Asli menyokong BN. Ini menunjukkan Orang Asli juga sudah pandai membilang dan menghitung menilai baik dan buruk kerajaan UBN. Tetapi apabila Rais membuat cadangan itu dia telah meletakkan orang Melayu jauh lebih rendah tahap pemikiran siasahnya dari Orang Asli. Harapnya hanya orang Melayu Umno sajalah.
Kalaulah menteri Malaysia (UBN) berpandangan macam Rais Yatim itu "bedigul" sungguhlah rakyat negara ini. Rais harus mengkaji nilai ataupun macam mana kesetiaan Orang Asli kepada UBN itu. Beliau kena faham dan mengerti akan nilai sokongan itu. Tahap pemikiran dan kehidupan Orang Asli secara umumnya.
Kalaulah nilai sokongan yang Orang Asli berikan kepada UBN yang dikehendaki Rais itu juga dilakukan oleh Orang Melayu, maka sahlah orang Melayu boleh diperkotak katik dengan apa-apa saja mengikut kehendak kerajaan UBN. Lagaknya ini orang Melayu tak ubah seperti anjing pemburu saja ikut 'dipetuk'. Apakah tahap itu yang Rais mahukan?
Kalaupun hendak menarik sokongan kepada UBN berilah idea yang lebih bernas dan bermutu berwawasan dan berjiwa besar. Fikir dan renunglah apakah idea itu sesuai yang boleh memberi semangat dan bukan merendahkan martabat diri sendiri dengan meminta meniru Orang Asli.
Benarlah seperti mana dikatakan Rais Yatim ini seorang anti tesis bukan saja sanggup membakar jambatan besi dan membina jambatan emas walaupun emas itu diambil dari lombong orang lain tetapi lebih dari itu. Rais bukan saja sanggup menjilat semula ludahnya tetapi dia juga sanggup terus bercakap dalam keadaan mulut berbaut kohong.
Saya tidak tahu macam mana pemikiran dan tanggapan orang lain apabila mendengar nasihat menteri radio itu tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang memalukan. | POLITIK MATANG PAS!!! Lenturkan ketegangan penyakit Sawan Babi UMNO Posted: 12 Dec 2011 03:20 PM PST PASPB
Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan.
Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.
Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR.
Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu.
Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan.
Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.
Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT.
Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.
Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu.
Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah.
Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.
'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.
Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum.
Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais.
Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.
Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.
Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard. Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara.
Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka.
Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.
Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.
Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata.
Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.
Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya.
Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi.
Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar.
Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.
Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu.
Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.
Chegu'Bard sedang menyampai ceramah Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini
Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan