Pakatan Rakyat |
Posted: 07 Dec 2011 03:25 PM PST [TMI] KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat "Datuk Paduka" sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno. Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik. Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan. Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS. "Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali," kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini. Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan. Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru. "Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin. Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu "berkahwin" sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan "sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu." Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran. "Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. "Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya," kata penulis akhbar itu. Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu. "Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim. "Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu," kata Zaini lagi. Akhbar Umno itu berkata "Faktor Dr Hasan amat penting sekali" kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. "Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam," katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan. "Malah PKR pun pening kepala dengan beliau," katanya. Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang. "Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor," katanya dalam tulisan kali ini. P/s: Demi maruah dan kesucian agama konon, mengapa MCA sedang menghina Islam dibiarkan begitu saja! Belum sentuh yang lain lagi. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: 07 Dec 2011 03:16 PM PST | Risalah dan Banner TMP Di Puncak Kinabalu? Posted: 07 Dec 2011 08:04 AM PST Mereka akan mengedarkan risalah mengenai tarikan pelancongan di Perak serta memasang banner TMP 2012 di puncak Kinabalu. Orang ramai sekitar Ipoh ni sendiri pun belum merasa tengok apa bendanya risalah tu sampai nak bawa ke puncak gunung tu.Siapakah yang berada atas puncak gunung itu? Orang Sabah kena manjat gunung kalau nak dapatkan risalah atau nak nengok banner TMP 2012.Tentunya orang Sabah tidak sebodoh itu! Ini semua projek haram jadah mengabehkan duit rakyat untuk makan angin ke luar negeri.Konon nak promosi pelancung dari luar negara! Ah Podah! Pelancung berebut-rebut datang kalau terdapat tarikan destinasi pelancungan di Perak ini. Apakah yang Hamidah Osman lakukan dalam menyediakan destinasi yang menarik untuk pelancung kunjungi selain Rumah Hantu Kellie, Kapal Korek di Tanjung Tualang, Zoo Taiping dan Tokong-tokong Budha dibeberapa gua batu kapur? Elok juga jika Hamidah jadikan Sekolah Agama Rakyat kat Taman Song Choon yang dia dan Zambri rasmikan sebelum siap dulu tu dijadikan destinasi TMP 2011 kerana kini ianya telah siap dan beroperasi lancar. | Najib Bersumpah Sampai 4 Kali - Rakyat Masih lagi Sangsi Kepadanya Posted: 06 Dec 2011 07:40 PM PST Pada Ogos 2008, Najib bersumpah dalam sebuah masjid bahawa dia tidak mengenali wanita Monggolia, Altantuya. Dan pada PAU yang baru lalu, PM Najib dengan sombong bodohnya mengaku dia telah empat kali bersumpah termasuk menjunjung Quran dan mempersendakan Anwar kerana tidak berani bersumpah. Begitu terdesak sekali Najib mahu menyakinkan rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya. Apakah dia fikir, dengan hanya bersumpah sebanyak itu di dalam masjid dan junjung Al-Quran sudah memadai untuk bersihkan nama dan membuktikan kebenaran anda? Apakah itu sudah cukup untuk menafikan Akuan Bersumpah Penyiasat Sendirian P. Balasubramaniam yang mendakwa Najib ada hubungan sulit dengan wanita itu? Pastikah Anwar akan terlepas dari tuduhan yang sedang dihadapinya kalau Anwar bersumpah ikut sebagaimana Najib lakukan? Ini semua adalah kerja bodoh.Biarlah Najib dan Rosmah saja buat kerja bodoh itu! Dalam kes perbicaraan liwat II, Najib dan Rosmah menyatakan tidak akan hadir kecuali jika mereka disapina.Tetapi apabila disapina oleh Anwar untuk hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan, mereka terkencing-kencing lalu minta mahkamah mengenepikan sepina tersebut. Memang dasar pembohong! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan