Rabu, 7 Disember 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda PAS Kelantan siap hadapi PRU 13

Posted: 06 Dec 2011 04:11 PM PST


KOTA BHARU, 6.Dis – Pemuda PAS Kelantan sedia gempur mana-mana kubu umno di negeri ini walaupun kebelakangan ini pelbagai isu dibawa oleh mereka namun ia tidak menggusarkan pemuda PAS negeri ini.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abd Rahman menjelaskan pelbagai program telah dijalankan di seluruh pelusuk negeri dan diadakan oleh pemuda peringkat kawasan dan dibantu oleh pemuda negeri.

Menurut Abdul Latiff lagi walaupun umno Kelantan menggunakan pendekatan berasaskan BN-Pilihan anak muda, namun ia dianggap sebagai retorik politik umno semata-mata dan ini menggambarkan pihak mereka sedar akan kekuatan golongan muda di negeri ini dalam PRU nanti.

Beliau ditemui media ketika mengadakan sidang akhbar berkenaan program "Maghri Pakat Ggateh D'Kuala Krai bertempat di Pejabat Urusetia Belia dan Sukan negeri yang mewakil exco sukan semalam.

Pemuda PAS Kelantan mengambil lima pendekatan bagi mendekati golongan muda iaitu mengadakan gotong royong di seluruh kawasan, mengadakan ziarah dan cakna masyarakat, Mesra di Kedai Kopi, Pentas Pemuda dan Bekwoh Anak Muda.

Melalui program ini, pemuda PAS negeri mendapat kerjasama sepenuhnya dari PAS Kawasan dan sehingga kini ia mendapat sokongan penuh dari kalangan pemuda.

Pemuda PAS di seluruh negeri juga telah bersiap sedia dan kini sudah ada beberapa kawasan membuka bilik gerakan serta Unit Peti Undi(UPU) dan ini menggambarkan kesungguhan pemuda PAS negeri untuk mempertahankan Kelantan.

Menyentuh soal pemilihan calon dari kalangan pemuda, Abdul Latiff berkata sememangnya setiap kali adanya PRU, beberapa nama dari kalangan pemuda negeri akan diangkat untuk penelitian pimpinan PAS negeri dan begitu juga dalam menghadapi PRU 13 ini, pihaknya juga telah mengemukakan senarai nama calon dari kalangan pemuda.

" Pemuda PAS telah menghantar senarai lengkap nama calon dari kalangan pimpinan Pemuda untuk dinilai oleh pimpinan dan kita sedia akur kepada apa-apa keputusan yang dibuat bagi persiapan PRU 13 nanti"ujar beliau.

Wacana Perdana

Posted: 06 Dec 2011 04:06 PM PST

Pemuda pastikan sejarah 2004 tidak berulang

Posted: 06 Dec 2011 04:05 PM PST

KOTA BHARU, 6 Dis: Pemuda PAS Kelantan bersiap sedia menggempur kubu Umno bagi memastikan sejarah pilihan raya umum 2004 tidak berulang semula.

Ketuanya Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sehingga kini sudah ada beberapa Pemuda kawasan membuka bilik gerakan sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Katanya, ia menggambarkan kesungguhan pemuda PAS mempertahankan Kelantan bagi mengelakkan peristiwa 2004 berulang kembali apabila Umno/BN mendapat lonjatan besar.

Ketika itu BN mendapat 21 kerusi Dun berbanding 24 PAS. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir BN mendapat tambahan satu lagi kerusi.

Abdul Latiff berkata, pelbagai program dijalankan Pemuda PAS negeri dengan dibantu pemuda kawasan mendapat sambutan begitu menggalakkan.

"Misalnya programk pemuda masuk kampung di Dun Bukit Bunga mendapat sambutan luar jangka apabila ramai anak muda datang mengebarkan bendera Bulan Purnama," katanya pada sidang akhbar program "Maghri Pakat Ggateh D'Kuala Krai di sini kelmarin.

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, Pemuda PAS Kelantan menggunakan lima pendekatan bagi mendekati golongan muda iaitu program gotong royong, ziarah dan cakna masyarakat, mesra kedai kopi, pentas Pemuda serta Bekwoh Anak Muda.

Kata beliau program tersebut mendapat sokongan padu anak-anak muda yang menggambarkan sokongan mereka tidak berubah kepada PAS dan Pakatan Rakyat seperti 2008.

Ditanya calon di kalangan pemuda, Abdul Latiff berkata, senarai nama sudah disiapkan untuk diangkat kepada Badan Perhubungan Negeri.

"Pemuda PAS tidak ketandusan calon yang berwibawa untuk diketengahkan. Bagaimanapun segala keputusan akan ditentukan pimpinan negeri dan pusat," ujar beliau.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, program "Maghri Pakat Ggateh" anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO akan diperluaskan ke jajahan Kuala Krai.

Beliau berkata, program itu meliputi tiga Dun akan diadakan 10 Dismber ini bermula di Padang Taman Chintawangsa berhampiran Tasik Krai.

Katanya penyertaan terbuka kepada orang ramai menggunakan pelbagai jenis basikal termasuk klasik, Fixie, Mountain Bike dan sebagainya.

"Kita akan mengayuh basikal sejauh 31 km dengan merentasi laluan berbukit melalui Jalan Batu Balai-Mengkebang-Simpang Tiga Sungai Pahi-Temalir-Belangga dan kembali ke TamanChintawangsa," katanya.

Ceramah Anak Muda

Posted: 06 Dec 2011 04:04 PM PST

Nik Aziz bertanding tamparan buat Umno Kelantan

Posted: 06 Dec 2011 04:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk terus bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Kenyataan YAB Tuan Guru ini telah menjadi satu 'tamparan' kepada Umno Kelantan yang mengharapkan supaya Tuan Guru mengundur diri daripada arena politik," ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, Pemuda PAS negeri turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru di atas kesediaan beliau untuk terus meminpin PAS Kelantan di dalam menghadapi Umno Kelantan.

Sesungguhnya, tegas beliau semangat dan iltizam Tuan Guru akan menjadi azimat dan kekuatan kepada seluruh jentera parti di semua peringkat untuk mempastikan Umno dan Barisan Nasional terus tumbang di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Katanya, pihaknya juga membidas perwakilan Umno di dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang menyamakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lama memerintah.

"Untuk makluman kepada seluruh ahli Umno dan Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah diminta oleh seluruh rakyat untuk berhenti bukan sekadar terlalu lama memerintah tetapi memerintah dengan penuh kezaliman, penipuan dan mengutamakan ahli keluarga semata-mata berbanding Tuan Guru memerintah penuh dengan rasa tawadduk dan rendah diri kepada Allah sehingga rakyat cukup sayang dan cintakan pemerintahan Tuan Guru," jelasnya.

Sememangnya, kata beliau Umno Kelantan kini semakin berasa tertekan dengan keputusan Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu untuk terus bertanding di dalam pilihan raya kerana 'aura' Tuan Guru belum dapat ditandingi oleh mana-mana pimpinan Umno Kelantan.

Dengan itu juga, ujarnya hasrat Umno Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS akan menjadi 'angan-angan yang tidak berkesudahan'.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga mendoakan semoga YAB Tuan Guru akan terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin PAS Kelantan menumbangkan Umno Kelantan secara total di dalam pilihanraya umum yang akan datang dan terus memimpin rakyat Kelantan dengan pemerintahan yang berasaskan Islam," ujarnya lagi.

Gerhana: Najib ugut minda rakyat

Posted: 06 Dec 2011 04:03 PM PST

KUALA LUMNPUR, 6 Dis: Negara terus dilanda 'gerhana' dan rakyat akan berada dalam kegelapan seperti sekarang jika masih terus memilih BN dalam PRU ke-13 nanti.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melahirkan kekesalan di atas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke 13.

"Bagi DPP Malaysia, kenyataan ini berunsur ugutan terhadap rakyat Malaysia agar jangan mengundi selain Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Hasrakahdaily.

Katanya, DPP Malaysia beranggapan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi amaran terhadap rakyat Malaysia.

Tambahnya, Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda.

Bagi DPP Malaysia, ujarnya mungkin PM telah terlupa bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan pernah mentadbir Perak.

Katanya lagi, tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami 'gerhana' seperti yang didakwa beliau.

Malah, jelasnya prestasi kerajaan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional.

Menurutnya, dalam masa yang singkat kerajaan Selangor berjaya buktikan kemampuan mereka dengan mendapat keuntungan RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun, manakala Pulau Pinang berjaya menempatkan diri sebagai negeri terbaik dari sudut pengurusan kewangan.

Kedah pula, ujarnya berjaya mengurangkan defisit hutang yang ditanggung bertahun-tahun lamanya dan kini sedang pesat membangun di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak manakala Kelantan pula berjaya mengekalkan prestasi sebagai negeri yang bebas dari rasuah meskipun telah memerintah selama 20 tahun disamping terus cemerlang dengan kejayaan-kejayaan yang diraih.

Sebaliknya, kata beliau era kepimpinan Najib merupakan zaman paling hitam dalam sejarah negara.
"Indeks Presepsi Rasuah mencatat kemerosotan untuk tiga tahun berturut-turut, berlakunya ketirisan serta penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, serta pelbagai skandal pemimpin besar negara seperti Projek Feedlot dan kondominium mewah, pemborosan projek besar negara dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau menambah, DPP Malaysia turut kesal kerana PM mempersoalkan adakah maruah Islam dan orang Melayu terbela jika Pakatan Rakyat memerintah.

Justeru, ujar Riduan PM sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri dan melihat kepada kepemimpinannya, adakah beliau sendiri membela orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Sedangkan, ujarnya nasib Kampung Baru yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu turut tergadai di bawah kepimpinannya, hukum Islam tidak dilaksanakan malah menjadi bahan cemuhan seperti yang berlaku dalam forum terbaru anjuran MCA,mengapa pula Najib tidak perlu menaruh prasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut