Rabu, 28 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Sukan Rakyat PAS Pensiangan meriah

Posted: 28 Dec 2011 06:03 PM PST

PENSIANGAN, 28 Dis: Majlis Sukan Rakyat PAS Pensianganberlangsung meriah dengan kehadiran hampir 300 penduduk sekitar DUN Sookmengambil bahagian dalam setiap acara yang dianjurkan.

YangDiPertuanya, Hisammuddin Sulaiman berkata, sambutan yang diberikan pendudukkampung sememangnya menyuntik semangat untuk lebih memahami dan merapatkanjurang antara pemimpin dan rakyat setempat.

"Sambutanyang diberikan oleh penduduk kampung agak baik.

"Dan,pihak kami berasa gembira dengan sambutan ini… mudah-mudahan kita akanmeneruskan lagi program-program santai sebegini. Secara tidak langsung, dapatmengeratkan hubungan rakyat dan pemimpin," jelasnya.

Terdahulu,Pemuda PAS bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kampung Batu Luguyan,Sook mengadakan sukan rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun ke 47 kampungtersebut yang dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Pensiangan, HisammuddinSulaiman.

"Banyakacara yang dianjurkan pada sambutan ulang tahun ini. Antara yang meriah ialahacara menyumpit." Katanya.

Selainitu, Sukan Rakyat turut diadakan di Kampung Lingkudau dengan sambutan yang turutmenggalakkan apabila pertandingan bola sepak Piala YDP Pensiangan dianjurkan tersebutdisertai golongan muda kampung berkenaan.

Tiada ulasan:

Pengikut