Ahad, 18 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Khairy Jamaluddin

Posted: 18 Dec 2011 01:54 AM PST

Khairy Jamaluddin


PEMUDA UMNO KECAM INSIDEN PENURUNAN BENDERA GAMBAR PRESIDEN UMNO

Posted: 17 Dec 2011 04:00 PM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap dan melampau oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) petang semalam yang telah menurunkan bendera yang memamparkan gambar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, dan menggantikannya dengan bendera himpunan mereka.

Razlan's

Posted: 17 Dec 2011 11:59 PM PST

Razlan's


Mahasiswa Berlagak Matang!

Posted: 17 Dec 2011 08:26 AM PST

Sakit hati melihat perbuatan 100 orang Mahasiswa yang kononya berjuang untuk kebebasan mereka. Pada masa yang sama pergi menurunkan Bender DS Najib yang berada di PWTC.

Ini satu tindakan yang amat bodoh dan dangkal, saya percaya budak yang menurunkan bendera ini seorang yang berhati busuk dan seorang yang berperangai kurang ajar, bukan kurang ajar kepada masyarkat tetapi sudah tentu kurang ajar kepada keluarga mereka.

Amat memalukan keluarga dan nama baik Universiri yang beliau wakili. !

Kalau para Mahasiswa yang lain boleh diam meliahat nama kamu dicemarkan oleh budak yang kurang akal ini, bermaksudnya kamu juga sama seperti beliau yang menghalalkan pernuatan beliau.

Umur baru setahun jagung nak bicara pasal kebabasan! umur baru setahun jagung nak bicara pasal pentakbiran Negara!

Buku mana kamu berlajar? berapa banyak buku kamu dah habis baca? dari mana kamu dapat Ilmu. ukur dan cermin lah diri kamu dulu sebelum mempertikaikan tindakan Kerajaan Malaysia!

kepada Mahasiswa yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau, seharusnya kamu keluar dan membuat kenyataan, bukan peluk tubuh dan melihat kamu di wakili oleh budak yang kurang akal ini!

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

Posted: 17 Dec 2011 03:45 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Kecik kan PEHA?

Posted: 17 Dec 2011 01:22 AM PST

gambar hiasan... definately tis is not me..wakakaka...


  • Memang susah nak turunkan..susah lagi nak kecilkan bahagian badan terutamanya tang PEHA... me too. im having the same problem..
  • Di samping pemakaian PRemium Beautiful selama 8 jam sehari (ini wajib u olss.. bagi pembentukan badan yang lebih menarik), Perlu juga usaha yang gigih dan dedikasi...untuk melenyapkan bahagian yang extra tu..
  • tapi tadi aku surf kat internet..aku terjumpa lah entry yang sangat menarik " kecilkan peha dalam masa sebulan" .
  • Jom baca.. saja je wa nak share ngan u ols lat luar sana, mana tau boleh dapat peha bentuk baru.. ngeeeh....



GOOD LUCK n ENJOY!!!!!!




psstt ...pssttt:

" sapa nak korset premium beautiful bolehlah call/ sms me at 0196304072" jangan lengah2 untuk cantik......


d-E-M-a-M

Posted: 16 Dec 2011 07:17 PM PST



semalam kan, masa dalam waktu lepas maghrib..tetiba badan aku rasa seram sejuk..
aishh.. aku rsa macam nak demam je ni..cepat2 aku amik baju panas aku.. sarungkan..
takut ler sbb aku ada 8hr lagi nak hbs pantang..
(jangan buat hal....)
then aku lepak depan tv, sambil berborak dengan mak itam aku. Pastu baru aku makan panadol activfast 2 biji. hafiy terpaksa tidur dengan bibik, but baby Hasif aku insist untuk tido dengan aku.. x yahlah mak n abah susah2    nak adjust pembaringan sebab ada baby tengah2..ngeee...

alhamdulillah, hari ni aku sihat dah.. cuma batuk ada sikit lagi...n bila batuk tu yang sakit kat tempat aku operate tuh...(ngeri...)

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 17 Dec 2011 11:51 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


DAULAT TUANKU

Posted: 17 Dec 2011 08:29 AM PST

Assalamualaikum ..

Apa khabar anda semua. Terima kasih saya ucapkan kerana anda masih setia membaca catatan saya di laman blog ini. Saya tahu, ramai yang ternanti-nantikan posting terbaharu saya di laman ini. Namun sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak terlalu terluang untuk menulis dalam keadaan begitu kerap.

Alhamdulillah, sambutan keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah telah diadakan dengan jayanya.

Saya yang berpeluang menyertai upacara yang penuh istiadat itu sebenarnya sangat terharu dengan sambutan seluruh rakyat di sepanjang laluan Lapangan Terbangan Sultan Mahmud, Telaga Batin menuju ke Istana Maziah, di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.

Baginda sebagai Raja yang sangat penyanyang dan prihatin terhadap kepentingan serta kesejahteraan rakyat sudah tentu diraikan oleh rakyat. Rata-rata saya melihat, rakyat sangat teruja untuk menyambut keberangkatan balik baginda berdua selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai Yang Dipertuan Agong selama lima tahun.

Tuanku sebagai payung negara dan rakyat tidak mungkin akan terpisah.

Dan, di sepanjang pemerintahan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong, baginda telah memainkan peranan penting dalam membantu bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bukan sahaja sedang giat menuju status negara maju menjelang tahun 2020 tetapi juga berada dalam suasana sejahtera dan terpelihara daripada sebarang anasir yang tidak sepatutnya.

Kami mendoakan Allah melanjutkan usia tuanku berdua untuk terus memerintah Terengganu ke arah yang lebih maju dan terbilang.

Patik-patik sekalian, sentiasa bersama Tuanku.

Tiada ulasan:

Pengikut