Ahad, 18 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 18 Dec 2011 03:56 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HIMPUN TUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK ~ BEBAS LAKAR SEJARAH BARU !

Posted: 17 Dec 2011 05:40 AM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 17 Dec 2011 11:29 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Banyak cara UMNO/BN/SPR nak menang PRU secara tipu

Posted: 17 Dec 2011 08:50 PM PST

Sejak dari zaman Perikatan lagi UMNO telah memenangi cara tipu, ugut, rasuah dan salahguna-kuasa.

Takkan tak sedar dizaman itu bila tiba-tiba di kampong-kampong yang kuat pembangkang, kad-kad pengenalan diambil untuk kononnya memperoseskan permohonan tanah atau untuk mendapatkan bantuan subsidi. Tanpa kad pengenalan sudah tentu tidak dapat mengundi.

Takkan tak sedar bahawa UMNO/BN kata undi itu tidak rahsia, dan sesiapa yang undi Pembangkang, anak-anak mereka takkan dapat biasiswa, mereka takkan dapat bantuan dan subsidi.

Takkan tak ingat bahawa UMNO/BN akan berikan kain batik, kain pelaikat, dan duit tunai untuk undi UMNO/BN, takkan tak ingat mereka kata bahawa kalau tak undi UMNO/BN, permohonan tanah tak akan diluluskan.

Kalau undi Pembangkang nanti kena tangkap, Pembangkang itu komunis, kalau undi mereka bererti kita mahukan komunis memerintah Malaysia.

Perkara kecil-kecil begini cukup menakutkan orang kampong; dan sehingga kini, ugut seperti akan dipecat sebagai peneroka Felda masih lagi berkesan dan masih lagi digunakan oleh ketua-ketua UMNO dan pengurus-pengurus rancangan (yang tidak faham apakah tugas mereka sebagai pengurus rancangan).

Alhamdulillah, orang bandar berkedudukan jauh lebih cerdik dari orang UMNO, nanti orang UMNO hanya ditertawakan sahaja kalau cuba gunakan ugutan sebegitu.

Malangnya orang Melayu bandar ramai yang tak berdaftar sebagai pengundi. Mereka mahukan perubahan tetapi ramai yang tak berdaftar sebagai pengundi.

Begitu juga dikalangan anak-anak muda. Mereka tak mahu campur tentang politik, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi.

Anak-anak muda ini mahukan perubahan, tetapi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi, maka terlepaslah peluang bagi mereka untuk menjadi agen perubahan walaupun semasa pilihanraya mereka bekerja bersungguh-sungguh menyokong pembangkang, tetapi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi.

Penipuan zaman sekarang lagi sofistikated. Berlaku penipuan daftar pengundi sehingga "Balai Polis" pun ada nombor kad pengenalan dan boleh membuang undi. Apa dah jadi Malaysia ni.

Ada warga asing yang baru datang ke Negara ini sudah boleh memiliki kad pengenalan, dan dengan ada kad pengenalan boleh pula menjadi pengundi. Malaysia ini menjadi model dan contoh terbaik kepada Negara-Negara ala-diktatur yang nak tonjol diri sebagai demokrasi.

Peralihan tempat dan daerah mengundi. Tiba-tiba seorang pengundi yang dikenali pembangkang mendapati namanya sudah tiada dari daftar pemilih, rupa-rupanya sudah dipindahkan ke Sabah dari Kuala Krau.

Dah tentu dia tidak boleh mengundi, takkan nak naik kapal terbang, kena bergopoh cari tiket penerbangan, dan naik pesawat untuk mengundi di Sabah, tak munasabah!

Di PRU Kecil Hulu Selangor dulu, tiba-tiba pengundi-pengundi yang lazimnya mengundi di Batang Kalai tiba-tiba mendapati undi mereka sudah dipindahkan ke Selayang, nyaya betul!

Ada penambahan undi yang tidak munasabah. Rumah emak YB Azmin di Gombak tiba-tiba dipenuhi oleh pengundi-pengundi baru, bukan semua orang Melayu, tetapi ada Cina dan India; entah bila pulak Si Azmin ini ada adik beradik Cina dan India memiliki alamat yang sama di rumah emak beliau!

Di Selangor ada penambahan undi yang melampau-lampau dan sesetengahnya tidak ada alamat, ibarat kata Suhaimi Bin Said dengan nombor kad pengenalan tetapi hanya diberikan Tingkat 12 Gombak. Hantu apa yang duduk di tingkat 12 sedangkan bangunan tinggi pun tidak ada disana.

Inilah jenis dan cara-caranya UMNO/BN mahu menang dengan apa cara sekali pun, prinsip-prinsip demokrasi sudah ditolak tepi.

Ada penipuan sebelum mengundi, semasa mengundi dan selepas mengundi. UMNO/BN hanya mau menang tanpa mengira samada caranya bertentangan dengan demokrasi atau tidak; maka menangnya UMNO/BN didalam Pilihanraya tak jauh beza dengan apa yang dimenangi oleh Mubarak di Mesir dan Al-Assad di Syria.

Maka di Malaysia ini, peti undi bukanlah sebenarnya mencerminkan demokrasi yang lohor!

Ikan Patin masak tempoyak..

Posted: 17 Dec 2011 06:44 PM PST



Rakan-rakan daripada pimpinan PKR DUN Palong akan turut hadir ke Majlis Ceramah PKR Kuala Krau pada malam ini. Dan pesanan yang tidak dapat tidak mesti ditunaikan adalah: "Kak Hendon, kami mahu makan masakan ikan patin masak tempoyak," kata Salam Ketua PKR Ranting Felda Palong 9 yang akan mengetuai rakan-rakannya dari Palong ke Kuala Krau malam ini.

Insya Allah, Kak Hendon sudah tempah beberapa ekor ikan patin, dan jam 11.00 pagi ini dia dan rakan-rakan wanita PKR Kuala Krau akan memasak di Pejabat PKR Kuala Krau.

"Saya akan sediakan untuk 50 orang, dan sesiapa yang datang dari jauh boleh join makan," kata Kak Hendon.

Sesiapa nak rasa ikan patin masak tempoyak datanglah ke Majlis Ceramah di Kuala Krau malam ni dan jamuan makan malam bermula jam 7.00 malam.

Selamat merasa masakan ikan patin masak tempoyak dan selamat mendengar ceramah. Tenaga penceramah yang akan hadir adalah YB Elizabeth Wong, YB Hee Loy San, Rebin Birham, Ginie Lim dan Haji Suhaimi Said.

PKR RANTING FELDA JENGKA 24 DIRASMIKAN..

Posted: 17 Dec 2011 06:26 PM PST



Bertempat di perkarangan Rumah Sdr Ramli Lin, Felda Jengka 24, Jerantut, Pahang, telah berlangsung penubuhan PKR Ranting dengan dirasmikan oleh Sdr Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Parti Keadilan Negeri Pahang pada 17hb Disember 2011.

Didalam ucapan aluannya Sdr Ramli Lin memberitahu bahawa ramai anak-anak muda Felda Jengka 24 telah bosan dengan UMNO yang langsung tidak memberikan apa-apa jaminan untuk masa hadapan mereka.

"Mereka telah menemui saya dan meminta saya menubuhkan Ranting PKR di kawasan Rancangan itu." ujar Ramli.

"Maka pada hari ini 90% daripada anggota-anggota PKR disini adalah terdiri daripada anak muda. Sesetengah daripada mereka adalah anak-anak kepada ibu-bapa yang totok UMNO, dan mereka mahukan perubahan."

Dua minggu lepas saya telah hadir ke rumah Ramli dan bersama seorang rakannya bernama Sabri, kami telah berbincang untuk penubuhan Ranting PKR disana.

Saya nyatakan bahawa jika keanggotaan tidak mencukupi 30 orang, penduduk disitu bolehlah menubuhkan satu jawatankuasa penaja dan apabila mencukupi 30 orang atau lebih barulah dirasmikan sebuah ranting.

Kami tetapkan 17hb Disember 2011 jam 3.30 petang untuk penubuhan itu.

Hari ini apabila saya sampai ke rumah Ramli beliau menyatakan ada 38 orang anggota untuk penubuhan Ranting disini.

Tetapi semasa Majlis sedang berlangsung seramai 6 orang lagi dari kalangan anak-anak muda mengisi borang menjadikan keanggotaan PKR Ranting Felda Jengka 24 seramai 44 orang; saya nasihatkan anggota-anggota supaya dalam tempoh terdekat ini, setiap anggota cuba mendapatkan seorang anggota baru untuk menjadikan keanggotaan keseluruhannya seramai 88 orang didalam tempoh satu bulan akan datang. Cabaran ini diterima oleh anggota-anggota baru yang sedang sangat bersemangat itu.

Felda Jengka 24 adalah kubu kuat UMNO yang selama ini sukar ditembusi. Dan ini adalah permulaan yang baik.

Ranting PKR Felda Jengka 24 dirasmikan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang.

Hadir di Majlis itu adalah Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut, Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Negeri Pahang, anggota-anggota pimpinan PKR Jerantut dan Kuala Krau.

Anwar Ibrahim

Posted: 17 Dec 2011 07:18 PM PST

Anwar Ibrahim


Student March To Umno HQ For Academic Freedom

Posted: 17 Dec 2011 04:48 AM PST

Malaysiakini

About 500 protestors, mostly students, marched to Umno’s headquarters in Kuala Lumpur today in a lively protest demanding greater academic freedom.

The protest coincided with a roundtable discussion on the University and University Colleges Act (UUCA) that the protestors say has “killed student activism in Malaysia”.

The initial group of roughly 200 set off from Masjid Jamek in the heart of Kuala Lumpur at 2pm and reached the Umno headquarters at Putra World Trade Centre (PWTC) two hours later.

Along the way, the marchers chanted slogans and the procession gathered steam as their numbers swelled.

The peaceful demonstration, organised by the Reclaim Academic Freedom Movement (Bebas) student coalition, succeeded in handing a memorandum listing their demands to Deputy Higher Education Minister Saifuddin Abdullah and Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah.

The marchers also spread the word on their demands to onlookers through distributing leaflets, and a speech during a brief stop outside Sogo shopping complex.

“We are university students who can think, not secondary school students under the government’s control.

"We have the ability to manage our own affairs,” Bebas chairperson Muhammad Safwan Anang told curious shoppers through a loud-hailer.

They called for the abolition of the UUCA, the Educational Institutions (Discipline) Act and the Private Educational Institutions Act, because they “violate human rights especially that of university students”.

In addition, they demanded greater freedom of expression for both academics and their students, freedom for students to participate in politics, and autonomy for students to manage campus elections and club activities.

Saifuddin: Students showed maturity

Upon receiving the memorandum outside Umno’s headquarters, Saifuddin (below, speaking) congratulated the students for “showing their maturity by marching peacefully” and promised their opinions would be heard.

“Even if there is not much I can do, I guarantee that we will listen to you carefully,” said Saifuddin, who chaired the roundtable discussion on UUCA earlier today.

Meanwhile, the students also stopped outside Suhakam's office en route to PWTC.

There they handed Muhammad Sha’ani the memorandum, and an impromptu Speaker’s Corner on the sidewalk where disgruntled students took turns to voice their grouses.

Muhammad Sha’ani said he would study the memorandum and forward their concerns to the relevant authorities.

“I hope Suhakam will look into the matter, and prepare an alternative Bill to replace the UUCA,” said Batu MP Tian Chua (right, in white), who was present at the protest.

He said he hopes that changes to the Act would be done through public consultation, unlike the Public Assembly Bill that was passed in Parliament only a week after it was first tabled.

In contrast to Bebas’ earlier protest at KL Sentral on Thursday that saw the protestors arrested within minutes, about a dozen police officers under ASP W Karthik helped the protestors navigate through the busy traffic and did not interfere with the protest.

Undang – Undang Menindas: Profesional IT Juga Tidak Terlepas Dalam Keghairahan BN

Posted: 17 Dec 2011 03:44 AM PST

Malaysia Chronicle

Malaysia bukanlah lagi sebuah Negara yang bebas dan merdeka. Ia mungkin menyerupai sebuah Negara yang merdeka, tapi rakyatnya adalah hamba kepada kerajaan yang suka menggubal undang-undang yang mempunyai kepentingan yang jahat.

Bulan yang sudah, kita melihat bill perhimpunan aman 2011 diluluskan dan Rang Undang-Undang Pengkomputeran 2011 didrafkan. Secara perbandingan, bill yang digubal untuk melindungi mangsa dera mengambil masa 6 tahun untuk diluluskan oleh parlimen. Kenapakah bill yang baik ditunda dan bill yang bersifat jahat dipercepatkan kelulusannya?

Akan lucu apabila mendengar apabila perdana menteri Najib Razak memuji progress yang dicapai oleh Talent Corp, agensi nasional yang didirikan bagi memujuk pakar-pakar Malaysia supaya kembali ke tanah air untuk melabur dan bekerja demi membangunkan Malaysia. Sama ada dia bodoh ataupun mereka yang bodoh untuk tidak mahu mempercayai dia dan kembali.

Sememangnya ada motif jahat disebalik layanan yang diberi untuk jenis-jenis bill yang diluluskan di parlimen. Dan apabila kerajaan UMNO-BN rasa tergugat, banyak lagi undang-undang yang akan diluluskan sebelum pilihanraya umum ke 13 tahun depan.

Tidak cekap serta keliru

Sepantas kilat apabila bill perhimpunan aman 2011 diluluskan, ia sudah menampakkan hasil. Hasilnya itu, kekeliruan diantara pelbagai kementerian dalam melaksanakannya. Nampaknya, kerajaan sememangnya pandai dalam meluluskan undang-undang tapi gagal dalam melaksanakannya.

Kekecohan yang berasal dari kekeliruan dalam isu penyanyi karol yang perlukan permit membuktikan lemahnya bill perhimpuanan aman 2011 yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Najib Razak. Dia sendiri telah memuji bahawa bill itu merupakan sesuatu yang revolusi dan langkah yang besar.

Kesilapan terletak pada terma berhimpun dengan pergerakan. Sekumpulan orang yang ramai apabila berhimpun untuk sesuatu yang sama dan pergerakan boleh disamakan dengan sekumpulan besar rakyat Cina yang membeli-belah dan menjadikan Bukit Bintang sesak juga boleh dikatakan mengugat ketenteraman awam dan mengugat hak setiap pembeli yang lain.

Betapa undang-undang ini amat mengelirukan. Bagaimana pula dengan perarakan orang mati? Dan lupakan tentang mengadakan perarakan yang meraikan sesuatu di Malaysia. Semua ini boleh diterjemahkan dengan salah oleh undang-undang yang lemah ini, yang sememangnya disengajakan oleh UMNO-BN untuk menyekat kebebasan dan hak rakyat.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh perlembagaan

Tidakkah ini bertentangan dengan artkel yang ada didalam perlembagaan persekutuan.

Artikel 5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

Artikel 8. (1) Semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Artikel 10. (1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4)-(a) setiap rakyat adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran; (a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya , perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan –keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan kesalahan;

Bagaimana BN melanggar undang-undang

Apabila pihak polis menyekat penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu, mereka melanggar Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. Para pemprotes mempunyai hak sebagai rakyat.

Dan bila kerajaan menggunakan Akta Perhimpuan Aman 2011 untuk rakyat yang menentang, mereka bercanggah dengan Artikel 5 (1) yang menyekat kebebasan individu yang ada pada setiap rakyat.

Tetapi keanehan undang-undang ini adalah ianya menentang Perkara 10. Kerajaan telah menggunakan mekanisma undang-undang untuk menyekat hak kebebasan bercakap dan bersuara, yang mana semua rakyat Malaysia mempunyai hak. Bagi kerajaan yang tidak berprinsip, ini adalah ‘langkah bijak’, tetapi ia hanya menunjukkan betapa ia tidak sesuai dan menyimpang BN daripada menjadi kerajaan untuk Malaysia yang moden hari ini.

Jika Najib tertanya tanya mengapa, selepas membelanjakan berjuta-juta untuk Perhubungan Awam, dan meluluskan undang-undang yang menindas, membunyikan hak, dia masih kehilangan populariti, maka ini adalah jawapannya. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Mereka tahu undang-undang untuk melindungi orang awam adalah satu perkara, tetapi ia benar-benar berniat jahat untuk menyekat semua bentuk kebebasan yang perlu dibayar supaya dijamin kewarganegaraan.

Udang di sebalik batu dan apakah pendapat Bill Gates?

Rang Undang-Undang Pengkomputeran 2011 (CPA11) adalah lebih kabur dan samar-samar sifatnya. Bagi rang undang-undang yang mengawal profesional IT, perkataan undang-undang adalah terlalu luas dan tidak spesifik kepada kemudaratan. Sekali lagi, ia bertujuan untuk memberikan Umno-BN jalan dan budi bicara penuh untuk memutuskan apa yang betul dan apa yang salah, ikut keadaan dan sesuka hati.

Pada dasarnya, CPA11 memberi peruntukan bagi penubuhan Lembaga Pengkomputeran Profesional Malaysia dan untuk mendaftarkan pengamal pengkomputeran, profesional pengkomputeran, tuan punya hak mutlak, perkongsian dan badan-badan korporat yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran.

Apakah yang menimbulkan idea untuk mereka mendaftar dan mengawal selia profesional pengkomputeran di bawah lembaga penilaian menjadi tanda tanya. Jika diluluskan, Rang Undang-Undang ini akan menjadi yang pertama di dunia yang memaksa profesional pengkomputeran untu berdaftar, dinilai dan disahkan oleh lembaga profesional yang dibenarkan untuk menjalankan perdagangan mereka dalam projek-projek IT yang dianggap Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) .

CPA11 mentakrifkan CNII sebagai ” aset-aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara yang ketidakupayaan atau kemusnahan mereka akan mempunyai kesan yang amat buruk kepada kekuatan ekonomi Negara atau imej Negara atau pertahanan dan keselamatan Negara dan Keupayaan Kerajaan untuk berfungsi atau Kesihatan Awam dan keselamatan. ”

Dalam dunia yang saling berhubung di mana IT menjadi tulang belakang kepada mana-mana negara, definisi CNII secara praktikalnya merangkumi semua tatacara kerja- IT! Lebih buruk lagi, CPA11 pada asasnya akan membezakan antara orang-orang yang mempunyai kelayakan profesional dari orang-orang yang tidak.

Orang-orang seperti Mark Zuckenberg dan Bill Gates tidak akan mampu untuk menjalankan kerja-kerja pembaharuan mereka untuk apa-apa projek IT di Malaysia, kerana mereka tidak mempunyai ijazah untuk ditunjukkan. Pintar atau bodoh – biarlan rakyat yang membuat keputusan!

Cara tidak langsung untuk mengawal selia e-media

alternatif ?

Terdapat juga spekulasi bahawa CPA11 adalah perlindungan bagi BN untuk mengetatkan kawalan ke atas media dalam internet dan pembangkang, dengan menggunakan skop yang diluar jangkaan dan bicara undang-undang untuk menyekat media alternatif. Pada kadar ini, tidak lama lagi penulis-penulis blog mungkin terpaksa mendaftar dan mendapatkan kelulusan sebelum mereka boleh meletakkan laman blog di alam maya.

Tetapi masalah yang lebih mendalam berkaitan CPA11 adalah ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 8 (2) menyatakan bahawa: Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

CPA11, dalam mewujudkan jurang di kalangan profesional IT di Malaysia berdasarkan kelayakan mereka, kelak akan mencipta diskriminasi. Pakar komputer tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka, mahupun perniagaan atau kepakaran. Ini memusnahkan semangat Perkara 8 (2). Sekali lagi, mekanisme undang-undang digunakan untuk menyekat dan mengambil hak perlembagaan warganegara.

Tergesa-gesa

Perbuatan meluluskan pelbagai rang undang-undang baru dengan tiba-tiba memang membimbangkan. Sepanjang bulan sejak pengumuman Hari Malaysia oleh Najib Tun Razak bahawa ISA akan dibatalkan dan Ordinan Darurat dikeluarkan, satu persatu undang-undang pula ke Parlimen untuk diluluskan. Mengapa tergesa-gesa untuk meluluskan undang-undang melalui Dewan Rendah?

Terdapat jawapan yang mudah bagi persoalan ini. Undang-undang yang diluluskan pada kadar yang membimbangkan dimana kerajaan UMNO / BN masih boleh berdiri. Ia tidak akan begitu mudah selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini adalah langkah keselamatan, yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk memastikan bahawa apabila mereka kehilangan majoriti di Parlimen, ia akan menjadi sukar bagi kerajaan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan mereka.

Pada zaman di mana kurang undang-undang diperlukan, Malaysia adalah tergesa-gesa untuk mengadakan lebih banyak dan supaya terus membelenggu hati dan minda rakyat. Tidak hairanlah, negara di ambang roboh dengan sistem yang telah terbukti untuk menjadi busuk perlu ditendang keluar dan permulaan yang baru akan bermula.

Satu-satunya cara untuk menghalang diri mereka daripada jatuh ke dalam lurah diktator jahat ialah bagi rakyat Malaysia untuk menegakkan hak mereka sendiri dan jangan sekali-kali membiarkan diri mereka jadi boneka ahli politik. Rakyat adalah tuan, bukan kerajaan dan ini adalah perkara pertama yang rakyat Malaysia mesti tetapkan benar jika mereka tidak terus terjerumus ke dalam usus kebankrapan dan azab sosial.

Mengekonomikan Rakyat: RM500 Diberikan, RM250 juta Dilembukan

Posted: 16 Dec 2011 11:46 PM PST

Merdeka Review
Ooi Heng

Legasi gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 terserlah apabila bumi Malaysia menyaksikan tiga perhimpunan massa penuh bermakna pada tahun 2007 – perarakan peguam, HINDRAF dan BERSIH – sehingga membawa kepada tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12).

Impak gerakan massa yang bermula ekoran penganiayaan secara melampau terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri oleh seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat diri, keluarga dan UMNO-putra semasa krisis kewangan melanda Asia masih terasa hari ini khususnya apabila perhimpunan BERSIH 2.0 mengambil bentuk gerakan massa sebagai kesinambungan semangat rakyat berhimpun demi sesuatu agenda yang membawa kemajuan kepada masyarakat dan bumi Malaysia.

Dengan kata lain, gerakan Reformasi berkembang menjangkaui penganiayaan seorang insan dan memuncak sebagai gerakan massa yang mahukan perubahan dan pembaharuan secara dasar bumi Malaysia.

Makna lebih penting yang dikongsi bersama oleh gerakan Reformasi dan BERSIH 2.0 ialah perubahan mendalam yang melibatkan agenda merentasi kepentingan kaum dan manifestasi hak asasi manusia khususnya hak berhimpun, berorganisasi dan bersuara sejajar dengan semangat zaman (zeitgeist).

Semangat zaman ialah senjata paling kuat yang berada dalam genggaman tangan rakyat jelata apabila berlaku penindasan atau ketidakadilan sosial.  Sejarah tamadun manusia banyak memaparkan pemberontakan rakyat jelata yang tertekan.  Dunia hari ini juga menyaksikan insiden-insiden seumpama khususnya kerana penindasan pemerintah bersifat kuku besi dan menyeleweng wang rakyat atau kegagalan elit berkepentingan dalam menguruskan ekonomi negara.  Daripada gerakan rakyat mengguling pemerintah korup yang bermula di Tunisia dan Mesir kepada gerakan “Occupy Wall Street” yang bermula di Amerika Syarikat dan menular ke merata tempat di bumi ini, hak asasi manusia kini terjelma dalam bentuk gerakan massa yang tidak terhad kepada tuntutan politik.

Sesungguhnya, tuntutan ekonomi melalui gerakan massa sedang berkembang dalam konteks di mana kehidupan rakyat jelata semakin perit dalam banyak negara ketika krisis ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memberi kesan negatif kepada negara lain termasuk Malaysia.  Dr.Y?lmaz Akyüz, bekas Ketua Ahli Ekonomi dan Pengarah, Bahagian Globalisasi dan Strategi Pembangunan di UNCTAD, dalam recana “The Global Economic Crisis and Asian Developing Countries: Impact, Policy Response and Medium-Term Prospects” menunjukkan bahawa, semenjak krisis kewangan Asia 1997/98, ekonomi Malaysia biarpun mengalami pertumbuhan tetapi pertumbuhan sebenar tidak mampu mencecah paras pertumbuhan sebelum krisis tersebut.

Menurut Dr.Y?lmaz Akyüz, purata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Malaysia sepanjang tahun 1991-2000 ialah 7.1%, lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 3.1%, tetapi purata KDNK sepanjang tahun 2002-2007 ialah 5.9%, biarpun lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 4.4%, masih jauh lebih rendah berbanding purata KDNK sebelum krisis.  Kemudian, Malaysia telah berdepan dengan krisis ekonomi sedunia 2008/09 dan ketidaktentuan yang besar dalam tempoh setengah tahun akan datang, apakah sebuah parti pemerintah yang begitu ghairah dengan kerja melembukan kekayaan negara mampu mengurus ekonomi negara secara berhemat tanpa perlu membebankan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang?

Ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada eksport.  Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia bukan sahaja harus berwaspada kepada perkembangan dasar dan situasi ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah, malahan perkembangan dasar dan situasi ekonomi negara utama dalam rantau ini khususnya China juga mempengaruhi perkembangan ekonomi negara kita.  Lebih rumit lagi, apabila eksport sebuah negara melibatkan import produk perantaraan sebuah negara lain yang digunakan oleh negara tersebut untuk aktiviti eksportnya; eksport negara tersebut yang terjejas juga akan memberi kesan negatif kepada negara dari mana produk perantaraan diimport.  Kitaran perdagangan dunia dan serantau bakal berubah apabila dasar ekonomi sesebuah negara berubah.

Hakikat hari ini ialah, sedangkan negara besar seperti China yang mempunyai populasi dalam jumlah bilion berhadapan dengan tekanan ketidaktentuan ekonomi yang besar meskipun pasaran domestiknya dianggap besar, ini kan Malaysia, sebuah negara kecil dengan populasi dalam jumlah jutaan.  Apabila eksport menjadi terlalu lemah sehingga merencatkan pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan pekerjaan khususnya pengangguran pekerja asing, kalau bukan pinjaman dan defisit yang semakin tinggi risikonya (yakni di luar landasan tatakelola hutang dan defisit berhemat), apakah kerajaan yang melembukan kekayaan negara dapat mempertahankan pertumbuhan ekonomi dalam kadar 5-6% seperti yang diuar-uarkan oleh si Menteri Kewangan bangsawan?

Krisis ekonomi hari ini juga mengambil pelbagai bentuk sama ada melibatkan kerumitan sektor kewangan, tatakelola hutang awam, gelumbung hartanah (property bubble) dan sebagainya.  Sebab itu, setiap krisis ekonomi besar lazimnya memperlihatkan tuntutan rakyat ekoran tekanan hidup yang besar dan juga terserlahnya masalah struktur yang dikaburkan pada keadaan biasa.

Malahan, dalam konteks menjelang PRU13, parti pemerintah yang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat mengorak langkah bukan untuk melakukan perubahan secara dasar, meningkatkan produkviti dan memajukan ekonomi negara tetapi memberikan wang kepada golongan tertentu, yang terkini RM500 untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000.  Yang tidak berkelayakan mesti tidak gembira, yang berkelayakan jangan pula membiarkan diri berada dalam keadaan gembira yang terlalu lama.  Hal ini kerana kita sebagai rakyat negara ini tidak terlepas daripada pembayaran balik pada masa depan, khususnya apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan selepas PRU13.  Tanpa pelaksanaan GST untuk mengambil balik wang rakyat yang kini diberikan kepada rakyat selepas PRU13, bagaimana sebuah kerajaan yang berada dalam defisit 14 tahun berturut-turut dan hutang awam mencecah 53% dapat bertahan lama?  Lebih malang lagi, demi RM500 yang cukup sedikit berbanding dengan RM250 juta yang dilembukan, kita terpaksa menanggung beban yang lebih besar selepas PRU 13.

Apabila ditinjau dengan lebih lanjut, biarpun negara tidak berhadapan dengan krisis ekonomi, tamadun manusia memperlihatkan tuntutan masyarakat yang mahukan kemajuan.  Konsep kebebasan dan keadilan menjadi penting dan cukup fundamental dalam konteks ini.  Apabila dibicarakan isu hak asasi manusia, kita tidak memandang ringan keperluan pemeliharaan ketenteraan awam, tetapi konteksnya biar tidak tersimpang hanya kerana kita hendak membezakan diri daripada tamadun masyarakat yang lain.

Dalam mana-mana tamadun, pemerintahnya cuba mengaburkan isu hak asasi manusia dan mengaitkannya dengan isu ketenteraman awam, padahal yang dipentingkan oleh pemerintah ialah soal kelangsungan kuasa yang diperolehinya.  Meninjau balik Malaysia, ini kan parti yang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat terbesar pasca 8 Mac 2008.  Akan dilakukan segala yang kotor dan segala yang masih mampu mengaburkan mata rakyat terbanyak demi kelangsungan hayat, kuasa dan seterusnya mencari kesempatan melembukan wang rakyat untuk kepentingan diri.

Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Oon Jaafar pernah memimpin gerakan massa untuk menentang Malayan Union.  Kini anak seorang Perdana Menteri yang juga seorang bangsawan cuba menutup ruang rakyat jelata berhimpun dan bersuara hanya kerana ketakutan.  Takut kepada ulangan gerakan yang kita saksikan di Mesir atau BERSIH 3.0 maka dilembukan hak berhimpun dengan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 yang kononnya untuk memelihara ketenteraman awam.  Takut kerana dituduh bersekongkol dalam kes Fitnah II maka dimatikan kemungkinan gerakan Reformasi II dengan pendekatan preemptory yang tidak demokratik.

Legasi gerakan Reformasi dapat diteliti dalam pelbagai dimensi.  Tuntutan politik hanyalah sebahagian daripadanya.  Apabila ditinjau kembali sejarah pembangunan Malaysia, pembangunan teknologi maklumat khususnya yang berkaitan dengan perkembangan Internet didorong kuat oleh gerakan Reformasi.  Kalau perkembangan Internet di negara lain menyaksikan faktor ekonomi memainkan peranan utama, di bumi Malaysia, anehnya, faktor politik dan sosial yang mengangkat pembangunan masyarakat bermaklumat.  Gerakan Reformasi telah menyumbang kepada perkembangan pesat Internet, sehingga hari ini, Malaysia berdiri teguh sebagai salah satu negara yang mempunyai bilangan pengguna Facebook yang paling ramai dengan perkembangan yang dinamik.

Tetapi ketakutan menular dalam hati sanubari elit UMNO yang mendominasi Kerajaan Barisan Nasional (BN).  Ini bukanlah UMNO yang Oon Jaafar kenali apabila beliau memimpin gerakan menentang Malayan Union.  Ini UMNO yang mampu mengorbankan hak rakyat berhimpun dan bersuara dengan RUU Perhimpunan Aman dan RUU Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 kerana ketakutan.  Tidak cukup sekadar melembukan hak rakyat berhimpun, dikorbankan juga kebajikan rakyat terbanyak apabila pembangunan masyarakat bermaklumat dijadikan kepunyaan segelintir konglomerat sekali gus mematikan legasi gerakan Reformasi.

Tidak apa gerakan yang membebaskan rakyat terbanyak daripada kekaburan dan kebutaan maklumat dimatikan.  Yang penting kelangsungan hayat, kuasa dan kepentingan elit politik dan UMNO-putra dapat dipertahankan.  Namanya juga indah: Kononnya UMNO demi ketenteraman awam!  Kononnya UMNO demi maruah Melayu!     

Tetapi apa hakikatnya?  Digadaikan maruah rakyat terbanyak, khususnya Melayu yang tergolong dalam kategori 60% berpendapatan rendah dan mahukan kemajuan termasuk pembelajaran Internet tanpa dikuasai golongan kepentingan golongan tertentu.  Dengan wujudnya RUU Perhimpunan Aman yang menghalang gerakan yang bertentangan dengan kepentingan UMNO dan UMNO-putra, biarpun Melayu dilembukan peluang untuk mempelajari segala ilmu teknologi maklumat selaras dengan konsep merakyatkan ekonomi, jangan berharap untuk berhimpun demi kemajuan Melayu bermaruah!  Kerana UMNO-putra mengekonomikan rakyat bukan merakyatkan ekonomi, sementara UMNO mewakili kepentingan UMNO-putra, bukan kepentingan Melayu bermaruah.  Bukan juga semangat perjuangan UMNO yang asal.

Menangani Masalah Kemiskinan Bandar Dan Ketidakseimbangan Sosio-Ekonomi Nasional

Posted: 16 Dec 2011 06:43 PM PST

Merdeka Review

Azrul Azwar

Seperti kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia telah mengalami proses urbanisasi pesat, salah satu faktor yang banyak membantu melayakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan pertengahan atas (upper middle-income) pada hari ini.  Ini adalah kerana di kawasan bandarlah selalunya aliran pengetahuan, ilham, bakat, pelaburan dan sebagainya berada pada tahap paling optimum bagi sesebuah negara, suatu pra-syarat penting bagi mencetus innovasi, kreativiti dan semangat keusahawanan sekaligus membantu memacu pertumbuhan ekonomi.

Dianggarkan lebih kurang 72.2% rakyat Malaysia menetap di kawasan bandar pada 2010 dan nisbah ini dijangka mencecah 76% menjelang tahun 2015 berdasarkan satu unjuran yang dibuat oleh United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).  Menurut unjuran PBB juga, penduduk bandar dijangka tumbuh pada kadar 2.4% secara purata di antara 2010 dan 2015, jauh lebih pesat berbanding 1.5% yang diunjurkan bagi pertumbuhan purata populasi Malaysia.

Sebenarnya, pembentukkan “urban agglomerations” atau kelompok-kelompok bandar adalah penting dan selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi maju, berpendapatan tinggi kerana salingkait yang tinggi di antara kepesatan proses urbanisasi dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi, produktiviti, kemewahan dan kemajuan secara keseluruhan.  Maka, tidaklah menghairankan apabila “Greater Kuala Lumpur” atau Lembah Kelang yakni Kuala Lumpur dan bandar-bandar satelit di sekitarnya telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 12 National Key Economic Areas (NKEAs) di bawah “New Economic Model” atau Model Ekonomi Baru kerana ia dianggarkan menyumbang hampir satu pertiga kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Tahap urbanisasi di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut:

•Negeri, dari serendah 35% sehingga 90% bagi negeri maju seperti Selangor
•Kumpulan etnik di mana majoriti kesemua kumpulan etnik berada di kawasan bandar kecuali Bumiputera lain (other Bumiputera)

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita mengejar pembangunan bandar sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan, kita sering terlepas pandang kesan-kesan sampingan akibat proses urbanisasi yang tidak terkawal.  Tanpa suatu pelan induk atau rangka kerja jangka panjang yang holistik, kepesatan proses urbanisasi tanpa kawal bakal mengundang pelbagai permasalahan terutamanya berkaitan sosio-ekonomi seperti migrasi luar bandar ke bandar dan kebanjiran pekerja warga asing untuk mencari peluang pekerjaan yang mengakibatkan meningkatnya kepadatan penduduk bandar dan kemunculan kawasan setinggan atau penempatan daif, sekaligus memberi tekanan kepada prasarana-prasarana awam, pasaran buruh, pasaran barangan dan perkhidmatan terutamanya bagi keperluan utama, bekalan perumahan, alam sekitar dan sebagainya di kawasan bandar.

Fenomena seperti ini mengakibatkan kenaikan harga yang mendadak dan persaingan melampau di kawasan bandar sehingga terbentuknya suatu situasi “inequality” atau ketidaksamaan di kalangan penduduk bandar dalam pelbagai segi terutamanya peluang pekerjaan, pendapatan dan pengumpulan kekayaan, selanjutnya melebarkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin di bandar.

Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya warga kota merasakan bahawa perangkaan inflasi rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik tidak mencerminkan gambaran sebenar betapa hebatnya kenaikan kos sara hidup sejak separuh tahun kedua 2009 akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutamanya berkaitan dengan makanan, tenaga, perumahan, pendidikan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.  Sebagai contoh, menurut Indeks Kos Sara Hidup terkini yang diterbitkan oleh Economist Intelligence Unit(EIU), kedudukan Kuala Lumpur di kalangan bandaraya termahal di dunia naik 15 anak tangga ke tempat 86 pada akhir Jun 2011 berbanding tahap 101 dua tahun yang lalu.  Kajian setiap dua tahun ini yang menjadikan New York sebagai penanda aras membandingkan 400 harga individu bagi lebih 160 barangan atau perkhidmatan, menunjukkan bahawa Tokyo merupakan bandaraya termahal manakala bandaraya termurah adalah Karachi.

Berdasarkan data tahun 2009, kategori 40% isirumah terbawah (bottom 40%) yang berpendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan (berbanding pendapatan kasar bulanan purata sebanyak RM4,025 bagi seluruh Malaysia iaitu RM4,705 di bandar dan RM2,545 di luar bandar) terdiri daripada 2.4 juta isirumah yang mana:

•1.8% dalam golongan miskin tegar (yakni isirumah yang berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM440 secara purata bagi seluruh Malaysia)
•7.6% dalam golongan miskin relatif (yakni isirumah yang berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM800 secara purata bagi seluruh Malaysia)
•90.6% dalam golongan berpendapatan rendah

Pada tahun 2009, lebih kurang 51.4% daripada 40% isirumah terbawah tinggal di kawasan bandar yang mana 59.1% adalah di kalangan Bumiputera, 29.2% masyarakat Cina dan 11.4% kaum India.  Memandangkan bahawa jumlah warga bandar di kalangan 40% isirumah terbawah adalah lebih besar daripada di kawasan luar bandar (48.6%), semua pihak yang berkenaan sama ada di peringkat Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan perlu duduk semeja dan bekerjasama untuk menggariskan suatu kerangka ekonomi spesifik yang mementingkan pembangunan saksama dan inklusif untuk merapatkan jurang di antara kaya dan miskin bandar serta menangani isu kemiskinan bandar kerana kehidupan golongan miskin bandar adalah jauh lebih mencabar berbanding golongan miskin luar bandar. Sebagai contoh, jika golongan miskin luar bandar masih berpeluang mencari makan dengan memancing atau bercucuk tanam sendiri, peluang sebegini hampir tidak wujud bagi golongan miskin bandar.

Menurut Jabatan Statistik, isirumah bandar di Malaysia memerlukan sekitar RM2,500 sebulan secara purata untuk cukup membiayai kos sara hidup berdasarkan harga pada tahun 2010.

Berikut adalah antara beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan penglibatan golongan miskin bandar dalam ekonomi dan menaikkan pendapatan kasar purata golongan 40% isirumah terbawah melebihi RM2,500 sebulan supaya cukup untuk menampung kos sara hidup bagi isirumah bandar:

• Memastikan akses kepada pendidikan hingga ke peringkat tertinggi bagi anak-anak golongan miskin bandar memandangkan hubungkait terbalik di antara kemiskinan dan pencapaian akademik.
• Menyediakan peluang kepada pendidikan seumur hidup, latihan dan penambahbaikan kemahiran bagi golongan miskin bandar untuk meningkatkan keupayaan dan daya tarikan mereka supaya mudah mencari peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.
• Menyediakan program perumahan mampu milik yang berkualiti di kawasan bandar di lokasi yang tidak terlalu jauh daripada nukleus aktiviti ekonomi; dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang murah, cekap, mudah akses, mampan dari segi alam sekitar, selamat dan boleh diharap; skim pembiayaan pembelian berdasarkan syarat-syarat munasabah yang tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di bandar pada kemudian hari kelak terutamanya bagi pembeli rumah buat pertama kali; keprihatinan kepada warga emas, golongan kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya atau yang mempunyai keperluan khas, ibu tunggal dan sebagainya.
• Memupuk minat keusahawanan di kalangan 40% isirumah terbawah di kawasan bandar untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan terutamanya berasaskan kemahiran sebagai satu cara menambah pendapatan melalui:

i. kemudahan untuk memulakan perniagaan dengan menyemak semula keperluan perlesenan yang membebankan oleh pelbagai pihak berwajib atau agensi kerajaan

ii. pelbagai insentif percukaian dan bukan cukai khusus bagi syarikat-mikro atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bandar

iii. program latihan teknikal dan keusahawanan merangkumi semua aspek perniagaan seperti pengurusan kewangan, pengurusan operasi, teknik jualan dan pemasaran,
dan sebagainya

iv. program pembiayaan mikro atau skim permodalan lain yang direkayasa khusus untuk memudahkan pengumpulan modal permulaan atau sebagai modal kerja bagi perniagaan milik golongan miskin dan sederhana bandar

v. inisiatif-inisiatif lain seperti mentor-mentee, syarikat induk dan sebagainya

Ketidakseragaman atau kepelbagaian kumpulan di kalangan 40% isirumah terbawah merentasi kaum, agama dan beberapa aspek latar belakang lain di bandar memerlukan pendekatan yang berbeza dalam usaha kita menangani isu “inequality” atau ketidaksamaan.  Dalam usaha menangani masalah kemiskinan bandar dan mempertingkatkan mobiliti sosial ini, apa yang penting adalah kita berikan mereka joran untuk memancing ikan dan bukannya ikan semata-mata.  Maka, untuk mencapai cita-cita menjadi negara maju, berpendapatan tinggi yang inklusif dan menitikberatkan keadilan sosial sejagat, kita memerlukan suatu pelan tindakan bagi “affirmative action” atau tindakan afirmatif yang mampan dan menyeluruh.

Berbincang mengenai tindakan afirmatif atau diskriminasi positif (positive discrimination) di Malaysia, kita tidak boleh lari daripada berdebat tentang New Economic Policy (NEP) atau Dasar Ekonomi Baru (DEB), diperkenalkan oleh Barisan Nasional sebagai polisi tindak balas selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan strategi serampang dua mata, yakni “mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi, seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi dan aktiviti ekonomi ke arah mengukuhkan perpaduan negara".

Persoalannya, di manakah silap kita sekiranya meskipun sudah 40 tahun tindakan afirmatif tajaan Barisan Nasional ini dilaksanakan sejak 1971 dalam pelbagai nama dan bentuk, bermula dengan DEB (1971-1990), diikuti oleh National Development Policy atau Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan National Vision Policy atau Dasar Visi Nasional (2001-2010), kaum Bumiputera masih gagal mencapai sasaran pegangan ekuiti korporat sekurang-kurangnya sebanyak 30%.  Sedarkah kita sebenarnya pegangan ekuiti oleh pelabur asing yang melonjak kepada 37.9% daripada milikan saham keseluruhan pada tahun 2008 (2006: 30.1%) merupakan antara penyebab utama pegangan saham Bumiputera kekal rendah pada paras 21.9% (2006:19.4%) sedangkan pegangan saham bukan Bumiputera telah merosot kepada 36.7% (2006: 43.9%)?

Sebenarnya, obsesi kerajaan Barisan Nasional pada nombor ajaib 30% dalam pegangan saham Bumiputera sebagai “ultimate target” menyebabkan kita lupa dan leka sebenarnya terdapat banyak isu kemiskinan, ketidaksamaan dan ketidakseimbangan lain yang lebih mendesak dan perlu diatasi segera seperti yang berikut:

• Jurang pendapatan mutlak antara “quintile” isirumah terbawah dan teratas telah melebar hampir 93% dalam masa 20 tahun kepada RM8,000 pada 2009 berbanding RM4,150 pada 1989 berdasarkan paras harga 2009.

• Penambahbaikan yang kecil dalam masa 20 tahun kepada pekali Gini, satu kayu ukur ketidaksamaan, kepada 0.473 pada 2009 berbanding 0.482 pada 1989 bagi Malaysia secara keseluruhan.  Malah, jika dibandingkan dengan paras 0.471 pada tahun 2007, ketidaksamaan bertambah teruk di Malaysia.

• Kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia meningkat ke paras 3.8% pada 2009 berbanding 3.6% pada 2007, jauh daripada sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan untuk turun ke paras 2.8%. Malah, kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera lain (bukan Melayu) juga meningkat mendadak ke paras 17% pada tahun 2009 berbanding 14% pada 2007.

• Jumlah isirumah hidup dalam kemiskinan (di bawah paras pendapatan garis kemiskinan) meningkat 8.7% kepada 228,000 pada 2009 berbanding 210,000 pada 2007.

Fokus yang berlebihan Barisan Nasional terhadap agenda mengurangkan ketidaksamaan antara kumpulan etnik (inter-ethnic groups) telah mengakibatkan jurang yang semakin melebar di kalangan suatu kumpulan etnik (intra-ethnic groups) itu sendiri.  Semakin jelas hari ini bahawa belenggu kemiskinan, kesempitan hidup dan ketidaksaksamaan dalam peluang dirasai oleh semua kaum dan lapisan masyarakat di Malaysia meskipun 73% di kalangan 40% isirumah terbawah merupakan kaum Bumiputera berdasarkan pada statistik bagi tahun 2009.

Untuk memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan perkongsian pembangunan ekonomi yang lebih saksama ke arah keterangkuman dan keadilan sosial untuk semua tanpa menjejaskan daya saing negara di peringkat global, sudah tiba masanya Malaysia beralih kepada polisi tindakan afirmatif mesra pasaran yang baharu, berdasarkan keperluan dan meritokrasi, bukannya kaum untuk memperbetulkan ketidaksamaan secara keseluruhan dengan menyasarkan beberapa kumpulan spesifik di kalangan 40% isirumah terbawah seperti berikut:

• Orang Asal di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya kumpulan etnik minoriti.
• Pekerja estet atau mereka yang tinggal di kawasan ladang kelapa sawit atau getah, kebanyakkannya terdiri daripada kaum India.
• Peneroka Felda yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu.
• Petani, peladang dan nelayan persendirian di luar bandar yang diwakili oleh hampir kesemua kumpulan etnik di Malaysia.
• “Urban settlers” atau peneroka bandar yang meliputi hampir kesemua kaum terutamanya masyarakat Melayu, Cina dan India.
• Penduduk di perkampungan baharu Cina, kebanyakannya kaum Tionghua.

*Azrul Azwar ialah ahli Lawyers For Liberty (LFL).

Malaysia -The Widening Income Gap

Posted: 16 Dec 2011 06:17 PM PST




‘Kamu Boleh Hina Anwar di Malaysia, Tidak Di Dunia’

Posted: 16 Dec 2011 05:07 PM PST

Harakah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

"Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

"Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima," katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

"Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

"Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah," katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

"Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

"Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?" soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

"Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti  iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

"Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia," katanya merujuk kepada Umno.

Saat Saya Mengenali Anwar, Dan Kenapa Dia Perlu Di Sokong – Part II.

Posted: 16 Dec 2011 02:19 PM PST

Saya Ahmad bin Kasim, kini Ahli Parlimen bagi Kawasan Kuala Kedah mewakili Parti Keadilan Rayat (Keadilan) mula mengenali DSAI sejak zaman menuntut di UPM sekitar tahun 80an. Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan ABIM, maka nama DSAI telah menjadi sinonim dengan gerakan ini. Seingat saya tidak pernah terlepas kami membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI samada dalam usrah, tamrin atau perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model "political experiment" dalam kerajaan pada ketika itu.
 
Kadang-kadang serangan dari sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika DSAI dalam kerajaan, menjadikan tekanan minda  yang sangat sukar untuk dipertahankan segala pendirian atau tindakan beliau semasa dalam kerajaan. Biasanya orang-orang ABIM yang menjadi 'punching beg' oleh sahabat PAS. Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang 'significant' atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau.  Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat  menyertai kerajaan adalah betul.
 
Beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 98, ketika belum ada pokok yang bergoyang dari tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. Saya menerima panggilan dari pimpinan kanan ABIM pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah ISA. Saya binggung, amat binggung, kusut pemikiran, kaku pergerakan,  mana mungkin seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri akan di tangkap di bawah ISA. Saya diminta untuk memaklumkan pada Dato' Ust Fadzil Noor (Presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan ABIM Kedah. Ini arahan ABIM Pusat, suara itu mengarahkan saya. Demikian watak ABIM dalam isu berkaitan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.
 
Tanpa melengah masa, saya yang dalam perjalanan satu urusan membuat pusingan U, untuk bertemu dengan Ust Nia'mat Yusof bersama dengan seorang rakan pimpinan ABIM. Hanya air mata sahaja yang membasai pipi Ust Niamat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ust Fadzil Noor tidak berhasil kerana ia berada di Kuala Lumpur. Plan tindakan seterusnya adalah menunggu ketibaan Ust Fadzil Noor di Lapangan Terbang Kepala Batas. Saya yang menjadi pemandu dan Ust Niamat Yusof dan Ust Fadzil Noor menjadi penumbang mulia saya pada malam itu. Perbincangan hanya dalam kereta, arahan Ust Fadzil Noor saya akur, hampir sejam saya hanya memutar-mutar kereta saya sekitar Bandar Alor Setar, sambil membincangkan maklumat yang di terima siang tadi. Saya nampak Ust Fadzil membisu terlalu lama, saya tidak tahu samada itu 'stye' dia, atau dia memikirkan sesuatu untuk memberikan reaksi pada kami berdua. Saya tak berani menyampok walau sepatah, apatah lagi kedua-dua mereka adalah guru yang sering membimbing saya secara langsung.
 
Akhrnya dia bersuara " Mat kita kena siap sedia, Dr Mahathir pasti akan menangkap Anwar", kenyataan itu menyebabkan sendi lutut saya semakin longgar. Saya mengharapkan jawapan yang positif dari Ust Fadzil supaya boleh melegakan perasaan saya namun beliau memberikan jawapan sejujurnya. Perbincangan kami sekitar watak Dr Mahathir dan watak Anwar. Pesan Ust Fadzil pada kami berdua, kita mesti pertahankan Anwar dengan apa cara sekali pun.  Selepas itu saya hanya mendengar perbincangan tertutup di buat banyak kali dengan Ust Fadzil dan Anwar dihadiri ramai kenalan ABIM pusat.
 
Segala-galanya berubah, menjelang 1998, saat gemilang nama beliau yang gah dipersada dunia, menjadi Menteri Kewangan terbaik buat Malaysia diakui seantaro dunia , kemahuan untuk melakukan islah (perubahan) dalam pentadbiran kerajaan, pelbagai dasar-dasar yang pro Islam khususnya dalam sistem perbankkan, dan dasar serta program yang mesra rakyat, selangkah menuju puncak kuasa, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Dia dipecat dari jawatan dan disingkirkan dari tampok kuasa dan parti secara sadis dan amat memilukan.
 
Kami menjadikan rangkaian ABIM untuk meneruskan perjuangan yang dirintis oleh DSAI. Hajat DSAI untuk mengempur kubu kuat Dr Mahathir  di Kedah disampaikan melalui Sdr Saufudin Nasution kepada saya  untuk mencari tempat samada di Baling atau Kubang Pasu. Selepas berkubu lama di rumah beliau di Damansara Utama. tidak ada siapa yang berani memberikan tempat pada Anwar pada ketika itu. Namun saya tekad DSAI mesti dibawa ke Kedah. Hanya Pondok Ust Niamat di Derang, Pokok Sena yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang berani menawarkan premis buat beliau. Keputusan itu saya buat sendiri tanpa merujuk kepada Ust Niamat, kerana saya tahu Ust Niamat pasti akan setuju. Belum pernah saya mengendalikan majlis yang sebesar itu dalam sejarah umur saya. Kehadiran mencecah puluhan ribu orang dalam tempat yang sangat terhad.  
 
Istiqamah memperjuangkan nasib DSAI oleh Ust Fadzil Noor pada saya amat luar biasa, walaupun pada saat awal beliau di kecam oleh pimpinan PAS di banyak peringkat, namun jawapan politik Ust Fadzil menyebabkan pandangan negatif pada Anwar Ibrahim berjaya di redakan, pada ketika itu. Saya tumpang bersyarah atas kapasiti sebagai Yang Dipertua ABIM Kedah , jawatan rasmi pada masa  itu di pentas-pentas parti politik. Sifat ABIM yang 'non-partisan' sukar dibezakan bila bersyarah mengenai nasib rakyat dan apa yang menimpa DSAI.
 
Semasa DSAI dalam penjara, pelbagai versi yang kami terima, sumber-sumber dalaman dan luaran menyebabkan perjuangan kini semakin manis. Penjara bukan segala-galanya. DSAI mengajar kita untuk berjuang walau dari dalam tembok besi. Semasa beliau dalam penjara, sempat saya menghadiahkan sebuah buku yang telah saya khatam bacaannya ' Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyyun' oleh Sheikh Said Hawwa. Sebuah buku dari syarah kitab Hikam (Sheikh Ibnu Atil'llah As-Sakandari) yang saya tekuni membaca dan merasai kelazatan ilmunya. Saya hanya mampu menghantar pada DSAI yang berada di dalam penjara Sg. Buluh pada ketika itu dengan sedikit surat kiriman dari seorang adik kepada abangnya yang sedang menghadapi kesulitan di penjara. Hanya tawakal kepada Allah moga buku itu dapat sampai ketangan beliau.
 
Menghadiahkan buku itu adalah nazar saya, apabila saya habis membaca maka saya akan menghadiahkan kitab tersebut padanya. Alhamdulilllah, walaupun beliau tak mengenali saya dengan dekat, namun hajat dan hasrat saya termakbul juga akhirnya.  Beliau membalas surat saya dengan mengungkapkan cacatan perjuangan bersama-sama rakan-rakan ABIM Kedah. Nama-nama Ust Niamat, Sheikh Azmi, Cikgu Ibrahim, Ust Azizan Hamid diungkapkan dengan sorotan perjuangan mesti diteruskan walau dimana kita ditempatkan.
 
Reformasi politik yang diketengahkan oleh Anwar  sebelum beliau terhumban dalam penjara, digenggam kemas. Pilhanraya 1999 adalah cacatan manis apabila Ust Fadzil Noor Berjaya di bawa ke Parlimen sekaligus menjadi Ketua Pembangkang. Ramai pimpinan ABIM yang dihantar untuk bertanding atas tiket PAS termasuk Ust Nia'mat Yusof yang bertanding di DUN Tanjung Seri. Dato Sheikh Azmi Hj Ahmad bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu. Saya terlibat secara langsung dalam rundingan , mencadangkan nama-nama ABIM bersama pimpinan ABIM Pusat di rumah Ust Fadzil Noor.
 
Ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional, oleh kerana Dato' Sheikh Azmi menjadi pimpinan kanan di pusat dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kedah , selepas meletakkan jawatan 24 jam dari jawatan Ketua Hakim Syare' Malaysia, kerana tidak setuju dengan pentadbiran Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim. Saya menjadi 'budak suruhan' Sheikh Azmi. Beberapa penubuhan Bahagian Keadilan di Kedah , saya terlibat dengan aktif dan agresifnya. Meminta rakan-rakan ABIM memegang jawatan atau menganggotai Jawatankuasa penaja, atau menjadi ahli parti. Saya sendiri menjadi ahli di Bahagian Langkawi.    
 
Tahun 2008, ketika DSAI akan memimpin pilihanraya yang beliau tidak boleh bertanding, beberapa nama sahabat, dan pimpinan ABIM di ketengahkan. Saya turut di pinang pada ketika itu, Namun jawatan saya dalam pertubuhan menyebabkan keputusan perlu dirujuk pada Majlis Syura Negeri. Walaupun telah ada rundingan yang telah berlaku dengan DSAI untuk bertanding pada ketika itu. Namun keputusan Majlis Syura Negeri menolak cadangan saya. Saya terpaksa membuat rayuan pada Pimpinan Pusat yang lebih atas (Macam mahkamah rayuan pula), Alhamdulillah permohonan saya diterima, Pimpinan pusat merestui hasrat saya dan akan memaklumkan pada pimpinan Kedah untuk membantu saya sedaya mungkin.
 
Kini setelah bergelar ahli parlimen dan ahli majlis pimpinan pusat parti, saya berkesempatan mendampingi DSAI secara lebih dekat. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada beliau. Jauh pemikiran beliau dalam semua bab termasuk agama, politik, pentadbiran, kewangan, falsafah, siasah syare'yah, hubungan antarabangsa, bahasa, komunikasi, kebudayaan dan lain-lain. Menjadikan saya insan kerdil disisinya. Apa yang saya milik hanyalah kudrat tulang empat kerat bagi membantu beliau sedaya mungkin. Kita masih berhutang pada Anwar Ibrahim, demikian kata-kata Dato' Dr Siddiq Fadhil pada satu majis anjuran ABIM. Pada saya menjadi ahli parlimen pun belum terbayar hutangnya yang telah  mengagaskan perjuangan dan fikrah murni Islam yang sedang kita nikmati ini.
 
Berhadapan dengan kes fitnah liwat siri I dan II, serta fitnah jahat video sex, sedikitpun tidak menggugat kepercayaan, penghormatan saya pada DSAI. Saya amat yakin berdasarkan tarbiyyah dalam perjuangan ABIM yang di asaskan oleh beliau bersama rakan-rakan pimpinan, bahawa hakikat perjuangan mesti menempuh mehnah, ujian dan cubaan. Kitab Ust Mustaffa Mashyur mengenai 'Tribulasi Perjuangan' yang dijadikan teks usrah dahulu  masih relevan kini. Allah swt akan menempatkan kita pada posisi yang sesuai dengan tahap keimanan kita kepada Allah swt. Prinsip agama  yang saya pegang menolak bulat-bulat fitnah jahat pada beliau. 
 
Pada Allah juga saya berserah, padaNya juga saya mohon kekuatan, ketabahan, kesabaran untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku pada 9 Januari 2012 nanti. Di hadapan kita ada bahtera negara Malaysia yang perlu dikemudi dengan keperibadian unggul, pemikiran tinggi, akhlaq yang terpuji, kegigihan usaha, keyakinan diri  dan memiliki integriti serta sejumlah ciri-ciri kepimpinan yang tiada tolok bandingnya untuk membawa Malaysia kemercu kejayaan. Siapa lagi yang perlu kita sokong dan kita tolong, kalau bukan insan itu bernama Anwar bin Ibrahim.
 
Catatan sanubari :
 
 Ahmad bin Kasim,
(Ahli Parlimen Kuala Kedah)
.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang Dan Kedah  

Posted: 16 Dec 2011 04:46 AM PST

DEMI RAKYAT

18 Disember 2011 (Ahad)

 

Program 1) Pulau Pinang

11.00 pagi – Ucaptama Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang

Lokasi: Evergreen Laurel Hotel, Gurney Drive, Pulau Pinang

 

Program 2) Kedah

1.30 – 2.30 ptg –  Ucapan di Pameran Koleksi Pedang Dan Seni Silat

Lokasi: Dewan Naza, Gurun, Kedah

 

Program 3) Pulau Pinang

4.00 ptg – Hi-Tea Dan Perasmian Ranting Bandar Tasik Mutiara

Lokasi: Bandar Tasik Mutiara, Simpang 4, Nibong Tebal

 

Program 4) Kedah

5.00 – 7.00 ptg – Majlis Penerangan Isu Semasa

Lokasi: Dewan Kattu Raja, Paya Besar, Lunas, Kedah

Penceramah:

1.    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.    YB S. Manikumar

3.    YBhg N. Surendran

 

Program 5) Kedah

7.00 – 11.00 malam –  Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi: Dataran Tokong Cina, Lunas, Kedah

Penceramah:

1.    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.    YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

3.    YB Tian Chua

4.    YB Fauziah Salleh

5.    YB S. Manikumar

6.    YBhg N. Surendran

 

Program 6) Pulau Pinang

8.00 – 12.00  malam – Rapat Rakyat Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Lokasi: Padang Awam, Taman Senangan, Teluk Air Tawar, Butterworth

Penceramah:

1.    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.    YB Lim Kit Siang

3.    YAB Lim Guan Eng

4.    YBhg Mat Sabu

5.    YB Azmin Ali

6.    YB Dato' Mansor Othman

7.    YB Dato' Salleh Man

8.    YB P. Ramasamy

9.    YB Chow Kon Yow

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 17 Dec 2011 01:50 PM PST

PKR PENGKALAN HULU


TADAHAN AIR PENGKALAN HULU TERJEJAS, Jika dibenarkan pembalakan di Gunung Lang.

Posted: 17 Dec 2011 01:10 AM PST

Perkembangan terkini di kawasan Pengkalan Hulu yang melibatkan kerja-kerja pembalakan di Gunung Lang dan Bukit Sejuk boleh menjejaskan kestabilan pusat tadahan air di kawasan tersebut. Terutama Gunung Lang adalah sumber bekalan air bersih untuk kawasan Pengkalan Hulu. Jika aktiviti pembalakan di biarkan atau dibenarkan, ia pasti menjejaskan alam sekitar dan akibatnya sungai-sungai di kawasan ini akan tercemar. Sumber bekalan air akan terjejas, tidak bersih dan untuk tempoh jangka panjang air sungai akan menjadi kering dan tidak akan berfungsi untuk bekalan air di Pengkalan Hulu.

Masyarakat setempat Kg Kuak Hulu telah berkerjasama membantah sebarang keputusan untuk aktiviti balak di kawasan ini. Untuk jangka masa panjang sekiranya kawasan tadahan air ini di ganggu dan tercemar, kawasan Pengkalan Hulu terpaksa bergantung kepada sumber bekalan air dari Betong Thailand.

Oleh kerana kawasan Pengkalan Hulu ini berada di kawasan berbukit-bukau, tedapat juga pusat tadahan hujan di bukit berhampiran Klian Intan dan Kg Pahit tetapi kedudukannya lebih rendah daripada Pekan Pengkalan Hulu yang berhampiran dengan Gunung Lang, maka sumber air tidak dapat disalirkan ke kawasan yang lebih tinggi. Jika mahu dilakukan ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak ekonomik.

Saya Lee Sing Long aktivis masyarakat Pengkalan Hulu, selaku bekas calon kawasan ini menyeru sokongan daripada masyarakat seluruh Pengkalan Hulu untuk membantah sebarang usaha dari pihak berkuasa untuk membenarkan kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut. Kita merayu agar kerajaan membatalkan lesen pembalakan di kawasan ini dengan segera.


Daripada : Bekas Calon Pengkalan Hulu (2008) Lee Sing Long

Tiada ulasan:

Pengikut