Khamis, 8 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Beginilah nasib rakyat di bawah BN di Johor

Posted: 08 Dec 2011 12:46 AM PST

8 Tahun Minta Jalan Diturap Tak Dilayan
Aduan Rakyat , 7 Dis 2011 - Kampung Melayu Raya, Sagil adalah sebuah kampung yang terletak didalam daerah Ledang, Negeri Johor. Kampung ini didalam Mukim Tangkak. ADUN kawasan adalah seorang Exco negeri yang menjadi wakil kepada kami melalui DUN Gambir.

Jalan berlopak dikampung ini khususnya di Jalan Mujiran amat teruk, keadaan akan menjadi lebih teruk apabila musim hujan, masalah ini telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian dan akhbar tersebut ada menulis bahawa ADUN tersebut berkata Jalan Mujiran ini kurang penduduk dan tak perlu dilakukan apa-apa.

Yang menjadi persoalan saya kenapa kampung yang bersebelahan kampung ini dalam DUN yang sama dapat jalan berturap, minta pihak yang berkenaan tolong jelaskan.

By: Ibrahim
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/8-tahun-minta-jalan-diturap-tak-dilayan

Exco Johor kemalangan, warga Indonesia terbunuh

JOHOR BAHARU 15 April 2009 - Anggota Exco kerajaan Johor, M. Asojan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang lelaki Indonesia hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm


PELANTIKAN ASOJAN DIPERTIKAI
Tarikh : 17-03-2008

KUALA LUMPUR : Calon MIC bagi jawatan Exco Kerajaan Johor mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin akar umbi tatkala parti itu masih belum pulih sepenuhnya daripada dilema kehilangan 18 daripada 28 kerusi yang ditanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan selaku Ahli Exco bukan saja memberi kejutan di kalangan pucuk pimpinan MIC Johor, malah dipersoalkan pada peringkat pusat. Difahamkan, beberapa kumpulan dalam MIC Johor dan pucuk pimpinan tertinggi parti melobi supaya jawatan itu diberi kepada ADUN Permas, M Munusamy, 59, yang juga Setiausaha MIC negeri. (M.7)

http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=121507

Beginilah nasib rakyat di bawah BN di Sabah

Posted: 08 Dec 2011 12:45 AM PST



Projek Putatan Platinum Apartmen, Kota Kinabalu
Aduan Rakyat, 8 Dis 2011 - Alasan yang diberikan SPNB bahawa kelewatan projek ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah berlainan daripada sumber yang saya perolehi iaitu kerana pembayaran yang tertangguh daripada pihak SPNB.

Semestinya ia menyukarkan kontraktor sekiranya tiada pusingan modal setelah kerja yang mereka telah laksanakan tidak mendapat bayaran.(common-senselah).

Tempoh siap yang dijanjikan sepatutnya bulan Ogos 2011 terpaksa dilanjutkan lagi sehingga tahun depan iaitu bulan September 2012 memakan masa selama setahun.

Bagi pekerja bawahan seperti saya dengan hidup di bandaraya Kota Kinabalu yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi adalah merugikan kerana sepatutnya saya membayar untuk tinggal dirumah sendiri bukannya tinggal di rumah sewa.

Bayangkanlah saya terpaksa membayar sewa rumah selama setahun kerana sebaiknya saya membayar untuk rumah sendiri.

Untuk melaksanakan sesuatu projek perlulah ada perancangan yang cukup rapi daripada Pemaju kerana jika ianya dilaksanakan mengikut masa yang dijanjikan mereka akan mendapat pujian begitu juga sebaliknya.

Bagi pihak SPNB yang berada diatas tanggungjawab mesti dipikul dan sekiranya anda GAGAL adalah baik berundur secara terhormat dan bagi laluan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menerajui SPNB.

Projek ini merangkumi 1,000 unit sekiranya didarapkan seorang seunit sejumlah 5,000 orang merasa tertekan dan sakit hati kerana kelewatan ini.

Sesuatu perlu dilakukan sebelum Pilihanraya ke-13 ini dan tentunya syarikat yang mewakili kerajaan menjadi penanda aras kepada pemilihan akan datang kerana syarikat tuan melambangkan kemampuan kerajaan di mata masyarakat.

Saya berharap (bukan hanya saya tetapi semua pembeli) sesuatu yang drastik dapat dilakukan dalam masa terdekat ini dan kami akan sentiasa memantau keadaan ini samada ia berubah atau tidak.

Anda tidak akan merasai sukarnya apa yang kami hadapi sekarang melainkan anda berada di pihak kami dan merasainya sendiri!

Sekian terima kasih.

By: kb

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/projek-putatan-platinum-apartmen-kota-kinabalu

Blog projek perumahan terbengkalai seluruh Malaysia di http://terbengkalai.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Pengikut