Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Nov 2011 03:33 PM PST | Posted: 21 Nov 2011 10:22 PM PST Saya petik: [SH] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki lembut, Faizal (bukan nama sebenar) berhadapan saat paling perit dan aib dalam hidupnya apabila cuba diliwat sekumpulan lapan lelaki di banglo milik kerajaan sebuah negeri di sini, kira-kira jam 4 pagi Sabtu lalu. Bukan itu sahaja, adik angkat Faizal, Ecah (bukan nama sebenar), seorang gadis berusia 20 tahun juga cuba dirogol kumpulan berkenaan. "Kami dikurung kira-kira 10 jam dalam bilik rumah itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, semalam. Menurut Faizal, dia pergi ke rumah itu setelah diajak seorang kenalannya yang dikenali sebagai Miji, dipercayai ahli keluarga penjaga rumah rasmi itu. "Apabila tiba di sana, kami diajak melepak dalam sebuah bilik. Di situ, kami dipaksa mengambil dadah jenis syabu. Bersama Miji ketika itu ada tujuh lelaki lain dan kami diugut akan dicederakan jika tidak ikut arahan mereka," katanya. Ketika itulah kata Faizal, dia dan Ecah diraba dan digomol oleh kumpulan lelaki itu. "Kami cuba melawan meskipun dalam keadaan khayal kerana dipaksa ambil dadah," katanya. Faizal berkata, dia mengugut kumpulan itu, akan buat laporan polis jika mereka terus berkelakuan tidak senonoh terhadap dirinya dan adik angkatnya. "Mereka keluar dari bilik itu dan mengurung kami, tidak memberikan kami makanan melainkan hanya secawan air. Saya juga ada terdengar kata-kata, mereka nak bawa kami ke Sungai Buloh dan kurung kami di sebuah rumah di sana," katanya Namun kata Faizal, apa yang dirancang kumpulan dipercayai berusia antara 25 hingga 30 tahun itu tidak jadi kenyataan. "Kami dibebaskan setelah penjaga rumah itu datang kira-kira jam 5 petang," katanya. Dia dan adik angkatnya kemudian ditinggalkan di Bukit Bintang di sini. Telefon bimbitnya dirampas. Mereka kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira jam 1 pagi. P/s: Geli!!!! | Ingat Salim Parlan? Akhirnya, Dia Mengaku BERKHALWAT Posted: 21 Nov 2011 06:30 PM PST Saya petik: [HM] GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu. Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.
Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.
Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.
Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah. P/s: Bukankah mereka sebelum ini sudah mengaku berkahwin, tetapi belum mendaftarkan perkahwinan itu? | Awas, Gadis Nyaris Maut Tercekit Siput Sedut! Posted: 21 Nov 2011 05:45 PM PST Saya petik: [HM] ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya. Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma. Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37. "Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit. "Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya. "Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat," katanya di sini, semalam. | Awas, Wanita Koma Selepas Warna Rambut Posted: 21 Nov 2011 04:57 PM PST Saya petik: [HM] LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup. Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia produk L'Oreal Preference yang dipakainya itu.
Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99 peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa Julie. Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah.
P/s: Sila ingat jenama produk yang dikatakan punca wanita itu koma!!! |
Posted: 22 Nov 2011 03:30 PM PST | Posted: 21 Nov 2011 11:00 PM PST KUALA LUMPUR 68 Nov. – Perdana Menteri Pulau Pisang hari ini melancarkan slogan baru Beruk Negara (BN) khusus untuk menarik sokongan golongan haiwan kepada parti itu iaitu 'BN Pilihan Orang Utan.' Ketua Pemuda LEMBUMNO berkata, Perdana Menteri Pulau Pisang yang juga Pengerusi BN dan Presiden LEMBUMNO melancarkan slogan itu selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri LEMBUMNO 2011 di Pusat Dagangan Lembu Fidlot Dunia, di sini. Ketua Pemuda berkata, slogan itu akan digunakan oleh sayap dan ekor LEMBUMNO untuk menggerakkan jentera pilihan raya umum selain menarik undi golongan haiwan lain selain dari lembu fidlot sedia ada. - Utuseks | Posted: 21 Nov 2011 08:00 PM PST LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga."Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu."Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat," katanya.Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan."Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan."Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula," katanya.Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.SH Published with Blogger-droid v1.7.4 | VIDEO JARINGAN FINAL SUKAN SEA 2011 Posted: 21 Nov 2011 05:00 PM PST Gol separuh masa pertama Indonesia (1) Malaysia (1) Tendangan penalti Gol kemenangan Malaysia KEPUTUSAN PENUH KUALA LUMPUR, 21 Nov - Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut. Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima. Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan