Selasa, 22 November 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN

Posted: 22 Nov 2011 06:57 AM PST


AMPANG 22 Nov: Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah berkata, wujud usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Kongres Nasional KEADILAN yang dianjurkan di Johor 25 hingga 27 November ini.

Ini kerana katanya, beberapa minggu lalu, petugas parti dihalang memasang banner berkaitan kongres di sekitar kawasan Pulai Spring Resort, tempat kongres itu bakal berlangsung.

"Wujud pihak tertentu' yang seolah bertujuan mahu menggagalkan kongres KEADILAN yang berlangsung di Johor kali ini.

"Walaupun beberapa hari lalu kita dibenarkan juga memasang banner, namun kita kesal tindakan 'pihak tertentu' itu," katanya ketika ditemui pada Forum 'GST dan Inflasi' yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Selain itu, katanya pihak yang dilantik menguruskan pentas 'turut ditekan pihak tertentu'.

Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini memberi jaminan tidak akan ada sebarang gangguan terhadap penganjuran kongres berkenaan.

Oleh itu, beliau berharap insiden seperti itu adalah yang terakhir dan tidak lagi berlaku selepas ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bermula Khamis hingga hujung minggu ini, pimpinan KEADILAN bermula dari peringkat Ahli Majlis Pimpinan Pusat akan mengadakan jelajah penerangan di setiap pelosok negeri itu.

Jelajah anjuran KEADILAN Johor itu antara gerak kerja berterusan untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Sepanjang jelajah itu, kita berharap setiap peringkat lapisan masyarakat memanfaatkannya dengan mendengar sendiri penerangan isu secara langsung dari pimpinan parti.

"Pastinya, ceramah dan penerangan yang turut diminta rakyat ini tidak akan disiarkan media arus perdana kerana Umno-BN kian gusar dengan usaha Pakatan Rakyat yang mahu menakluk kubu kuat Umno itu," tegasnya.

Pertikai keputusan tidak bubar DUN, AMK selar Pemuda MCA

Posted: 22 Nov 2011 06:54 AM PST

PETALING JAYA 22 Nov: Angkatan Muda KEADILAN menyelar kenyataan Ketua Pemuda MCA yang mempertikai keputusan kerajaan Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Ia berikutan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim sebelum ini yang menegaskan DUN di Selangor hanya akan dibubar selepas Jun 2012.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Datuk Dr Wee Ka Siong tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan keputusan tersebut kerana MCA dan BN adalah pembangkang di Selangor.

"Mengikut perlembagaan, bubar DUN adalah kuasa mutlak Menteri Besar atau Ketua Menteri di sesebuah negeri dan cadangan Tan Sri Khalid itu sah.

"Maka tindakan Ka Siong mempertikainya sesuatu yang lucu dan dia mungkin lupa Selangor sudah empat tahun ditadbir Pakatan Rakyat," katanya selepas mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat di pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, wakil Pemuda Dap, Zairil Khir Johari dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat lain.

Menurut Shamsul, cadangan Khalid itu sesuatu yang baik kerana sekurang-kurangnya memberi bayangan bilakah tarikh pilihan raya negeri akan diadakan.

Berbanding pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini enggan memberi tarikh sebenar bilakah Parlimen dibubarkan.

"Pemuda Pakatan Rakyat menyambut baik langkah Tan Sri Khalid agar DUN Selangor hanya akan dibubar selepas Jun kerana ia baik untuk rakyat.

"Sebab dengan pengumuman itu, maka pelbagai dasar kerajaan negeri termasuk yang baru dibentang dalam belanjawan negeri baru-baru ini dapat dilaksana dalam tempoh munasabah," tegasnya.

Sementara itu, timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, di negara maju, tarikh pilihan raya sudah pun diketahui lima tahun sebelum dibubarkan

Tiada ulasan:

Pengikut