Ahad, 27 November 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Ketua Umno TAK LAYAK jadi CALON, majotitinya TERLIBAT RASUAH?

Posted: 27 Nov 2011 03:28 PM PST


Siapakah yang sebenarnya layak jadi calon Umno pada Pilihanraya akan datang? Ini yang menjadi persoalan kerana kriteria pemilihan calon berubah mengikut tempat.Ada ketua bahagian bertanya kenapa dia tak layak jadi calon sedangkan dia popular di bahagian dan dia pun ada kelulusan.Populariti seseorang ketua bahagian amat subjektif.Ada yang popular kerana wang. Mereka menang jawatan kerana membeli undi para perwakilan. Justeru itu populariti seperti ini tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya.

Sebaliknya jika mereka menang kerana mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu, orang seperti ini boleh menang bila dipilih sebagai calon.Memang susah untuk menetapkan calon dalam Umno kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon. Masing-masing mahu menjadi calon kerana mereka tahu ianya adalah batu loncatan untuk menjadi kaya raya mendapat pangkat dan segala kemewahan dunia. Jika tidak masakan ramai yang berebut-rebut. Mereka tidak merasakan ianya amanah besar yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat nanti. Ianya bukan keistimewaan kerana setiap perkara yang kita lakukan akan dipersoal oleh Allah. 

Contohnya kalau kita buat rumah besar dari mana wang itu diperolehi, kalau kita beli cincin RM24juta dari mana duit sebanyak itu kita dapat, kalau kita beli barang kemas berharga RM172,000 dari mana kita 'cekau' duit itu. Kalau kita beli beg tangan berjenama berharga ratusan ribu dari mana kita 'songlap' duit itu.Sebab itu dalam PAS pemilihan calon dibuat dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat samada calon itu boleh menang malah latarbelakang, akhlaq, pegangan agama, track record dan sebagainya dilihat dengan teliti. Majlis Syura Ulama pernah menolak calon-calon yang dikemukakan oleh parti kerana sebab-sebab tertentu. Antara yang pernah ditolak ialah salah seorang Wakil Rakyat yang melompat selepas PRU 12 lalu.Dalam Umno memang susah untuk mencari calon yang bersih......sebab kebanyakkan tidak bersih 

sumber : mutaligat.blogspot.com

Tiada pemimpin bukan Melayu bercita-cita jadi PM

Posted: 27 Nov 2011 03:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

"Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.

"Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan.

Tegasnya, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu tetapi Umno yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Menruutnya, dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan.

Selain itu, katatanya kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.
"Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka," katanya.

Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.
Dalam politik pula, ujarnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, semua menteri besar dan ketua menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang.

Tambahnya, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.

Oleh itu, ujarnya ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

Tiada ulasan:

Pengikut