Ahad, 27 November 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


KELAYAKAN OLIMPIK : MALAYSIA VS BAHRAIN

Posted: 26 Nov 2011 07:57 PM PST


PENYOKONG MALAYSIA
Kelayakan Olimpik London 2012
Malaysia vs Bahrain
27 November : Ahad : 8.30 Malam
Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung di Astro Arena dan RTM

Pentas Anak Muda Dun Perupok

Posted: 26 Nov 2011 07:42 PM PST







PAS ditubuh bawa aspirasi hijrah Nabi

Posted: 26 Nov 2011 07:01 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar mengingati penghijrahan Nabi s.a.w. tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah.
"Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah," kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Jelasnya, Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta.
Justeru, jelasnya PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w.
"PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut.
"Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat," ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433H.
Berikut adalah perutusan penuh beliau.
Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriyyah 1433 kepada seluruh umat Islam khususnya para pendukung agama Allah SWT. Sambutan ini menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam yang dilihat semakin hari semakin dilupakan oleh umat Islam sendiri dek kerana terlalu mengagungkan kalendar barat berbanding kalendar sendiri.
Kalendar Islam diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjadi Khalifah yang kedua dengan menjadikan tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tahun pertama dalam Islam. Jelasnya, sambutan tahun baru ini adalah juga secara langsung menyambut ulang tahun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah.
Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar kita mengingati penghijrahan Nabi tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah. Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta.
Umat Islam hari ini hanya sekadar mengingati dan menyambut peristiwa Hijrah tetapi dalam masa yang sama negara yang mereka diami tidak mendaulatkan Islam yang menjadi sebab kepada Nabi berhijrah. Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada negara hanya tersimpan rapi dan menjadi dokumen sepi tanpa siapa yang mempeduli. Pemerintah yang mengaku dirinya Islam menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dengan menolak untuk menjadi hamba Allah yang menguatkuasakan undang-undangnya.
PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat.
Justeru, saya menyeru agar umat Islam tidak menjadi umpama seorang bapa yang menyambut kelahiran yang baru tetapi tidak mengetahui tanggungjawab dia yang sebenar terhadap bayi yang dianugerahkan kepadanya itu. Marilah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dengan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah.
Kita bukan sahaja dikehendaki untuk menyambut awal hijrah ini sebagai memperingati peristiwa ini sebagaimana kita memperingati tahun kelahiran kita. Tetapi menyambut peristiwa hijrah ini memberi makna bahawa kita mesti berusaha sedaya mungkin, hatta walaupun tersingkir daripada negara sendiri untuk kita berusaha supaya mendapat mencari sebuah tempat ataupun tanah subur yang boleh menyebarkan Islam melaluinya dan satu kawasan yang boleh memancar di dalamnya cahaya Islam.

PRU13: Berubah sempena 1433 Hijrah

Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST

BANDAR JENGKA, 27 Nov: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengajak semua rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1433.
Tuan Ibrahim menjelaskan, ini sesuai dengan semangat hijrah itu sendiri iaitu keluar daripada kegelapan yang penuh mungkar menuju sebuah negara berkebajikan dan adil sebagaimana diidam-idamkan oleh seluruh rakyat.
"Marilah kita sama-sama berusaha ke arah melakukan perubahan sehingga terbentuk negara yang di berkati oleh Allah SWT. Gagasan kita negara berkebajikan iaitu kerajaan beramanah, jujur dengan rakyat  dan negara serta bertanggungjawab dengan Allah.
"Inilah sebuah negara yang dicita-citakan oleh seluruh rakyat dengan kekayaan dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat, bukannya kekayaan berlegar di kalangan golongan tertentu semata-mata. Supaya di kalangan orang-orang kaya semata-mata.
"Oleh kerana itu kita harapkan satu perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 yang tidak lama lagi, supaya marilah bersama-sama seluruh umat Islam dan bukan Islam tanpa mengira bangsa dan warna kulit bergerak secara menyeluruh dalam keadaan negara yang diberkati oleh Allah negara yang beramanah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433.
Tuan Ibrahim menambah, beliau bagi pihak Penerangan PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Pahang mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah, mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan dalam Sirah dihayati dan diteladani.
Katanya lagi, hijrah tidak mungkin boleh berlaku tanpa adanya satu pengorbanan dan kegigihan semangat jihad dalam jiwa untuk keluar daripada kemelut yang sedang melanda dalam negara kita sama ada penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.
"Maka demi untuk mencapai cita-cita tersebut pejuang-pejuang Islam dan keadilan hendaklah istikamah dalam perjuangan, berkorban dan seterusnya bersabar dalam perjuangan yang panjang ini," jelasnya.

Bangkit anak muda, selamatkan negara

Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa seluruh anak muda mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai momentum untuk berubah ke arah masa depan negara lebih baik.

Katanya, hijrah Rasulullah itu juga adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah ke arah pembentukan sebuah 'baldatun toyyibah wa rabbun ghafur' iaitu menjadi sebuah negara yang baik, aman, sejahtera dan membangun dan mendapat keampunan tuhan.

"Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt," katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433.

Menurutnya lagi, sudah ketetapan Allah bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar.

Namun ujarnya, itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang di mana harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.

"Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang, kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat. 

"Sempena ulangtahun Hijrah ar-Rasul SAW kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan," tegasnya.

RM 10 ribu Johan Piala Tok Guru

Posted: 26 Nov 2011 06:58 PM PST

Datuk Abd Fattah memukul gong tanda perasmian kejohanan Piala Tok Guru 2011
MACHANG, – 26.Nov – Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru yang bermula di tahun 1991 sentiasa diperkasakan bagi memberi penghormatan kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mentadbir negeri ini lebih 20 tahun kini. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan ,Belia, Sukan dan NGO Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Sambutan yang begitu hebat dari anak muda di setiap pelusuk negeri turut mendapat sokongan padu dari dua pasukan jemputan iaitu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP Kel ) dan Akademi Bolasepak Darulnaim.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pelancaran Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru di Dewan Majlis Daerah Machang semalam.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Exco Penerangan Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat, Adun Kemuning Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, Ketua Pemuda PAS negeri Abdul Latiff Abd.Rahman, wakil dan pemain dari setiap parlimen.
"Kejohanan ini akan dipertingkatkan lagi penyertaan dan Insyaallah pada tahun 2012 kita akan mempelawa pasukan dari negeri lain untuk sama-sama memeriahkan kejohanan ini"ujar beliau.
Piala Tok Guru diserahkan kembali kepada penganjur kejohanan dan diterima oleh Datuk Abd.Fatah
Piala Tok Guru akan dijadikan satu piala yang berprestij di Kelantan dan melalui kejohanan ini, ramai bakat-bakat baru akan muncul dan tidak mustahil ada di antara mereka ini akan mewakili negeri ini satu hari nanti.
Bermula pada tahun ini juga hadiah kepada setiap pasukan yang menang akan ditambah iaitu Johan akan membawa pulang RM10 ribu, Naib Johan RM7 ribu, Ketiga Bersama RM4 ribu dan pada pasukan yang menyertai pertandingan dan bermain dengan penuh semangat kesukanan dan bersih akan disumbangkan RM2 ribu.
Wakil Parlimen menerima jersi dari Datuk Abd. Fattah
"Saya berharap pada tahun ini semangat sukan akan meningkat lagi dan tiada berlaku kekasaran semasa bermain kerana tujuan utama kita ialah menyatupadukan masyarakat dan meningkatkan sukan bolasepak negeri ini"ujar beliau lagi.
Kejohanan yang akan bermula 2 Disember ini dijangka akan berakhir pada 30hb.Disember bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan sendiri piala berprestij tersebut kepada johan pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Pengikut