JOHAN : RM 5,000 BERSERTA PIALA IRINGAN NAIB JOHAN : RM 3,000 BERSERTA PIALA IRINGAN KETIGA : RM 1,000 BERSERTA PIALA IRINGAN 10 FINALIS : RM 500 BERSERTA PIALA IRINGAN
ZON TENGAH 13 Nov 9.00am - Dewan Seminar HEA, Menara UITM (SAAS) Shah Alam
ZON PANTAI TIMUR 19 Nov 9.00am - Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang
ZON BORNEO 20 Nov, 9.00am - Tkt 2, Agatis Room, Sabah Oriental Hotel, Lorong Kemajuan, Kota Kinabalu, Sabah
ZON SELATAN 25 Nov, 5.00pm - Persada Johor, Jln Abdullah Ibrahim, Johor Baharu
ZON UTARA 26 Nov, 9.00am - Dewan Cengal 2, Tkt 1, Sunway Hotel, seberang Jaya, Pulau Pinang
SEPARUH AKHIR 28 Nov, 9.00am - Dewan Seri Hendon, Tingkat 23, PWTC
Saringan Peringkat Zon juga akan menerima saguhati sebanyak RM200 berserta Piala Iringan. Manakala penonton berpeluang membawa pulang Telefon Bimbit dan Hamper. JANGAN LEPASKAN PELUANG!!! JOM KITA HADIR RAMAI2
Senarai Nama Peserta Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Klik di sini...
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang!
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat.
Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana.
Kerajaan pakatan pembangkang Selangor dipersoal kerana meletakkan anggota majlis daripada kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sambil mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri itu, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) berkata, ini kerana tindakan tersebut dilihat menimbulkan banyak keraguan termasuklah kemungkinan wujudnya campur tangan politik terhadap keputusan PBT dalam menetapkan sebut harga atau tender sesuatu projek pembangunan dan sebagainya.
"Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT.
"Akan tetapi, apa perlunya anggota majlis daripada wakil parti politik (DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT," katanya dalam soalan tambahan kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew mengenai wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran PBT di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata, dasar kerajaan negeri yang meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT itu juga dilihat seolah-olah satu bentuk ketidakpercayaan kerajaan negeri terhadap pegawai PBT dalam menjalankan tugas mereka.
Bagaimanapun, Ronnie berkata, langkah meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT adalah satu perkara biasa.
Beliau berkata, anggota majlis dalam jawatankuasa berkenaan hanyalah bertindak sebagai pemerhati selain mendakwa langkah sedemikian turut disambut baik oleh yang dipertua dan pegawai PBT. – Bernama
Apa motif wanita yang dikatakan DJ sebuah radio warna 'tomato' ni berbogel sememangnya kurang pasti. Mungkin dia 'kepanasan' agaknya hingga sanggup menanggalkan bajunya untuk tatapan lelaki.. ataupun mungkin dia mabuk sakan hingga lupa dunia dan akhirat! Allahualam...
Harap pihak berkenaan seperti SKMM akan menyiasat dan mengambil tindakan jika benar kejadian di sebuah stesyen radio Malaysia kerana tindakan ini semestinya terlalu bercanggah dengan etika moral.... Mungkin Linora Low atau RedFM patut tampil ke hadapan memberi penjelasan jika ini bukan dirinya, bukan berlaku di konti RedFM.
Pembetulan kesilapan dari informasi, gambar seorang gadis sedang berbogel di konti radio yang didakwa oleh kebanyakan blog sebagai Linora Low, DJ RedFM adalah satu kesilapan... identiti sebenar gadis itu adalah seorang artis lucah dari Filipina, Maui Taylor.
Pemuda dan Wanita UMNO menyifatkan tuduhan pihak pembangkang berhubung Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihan raya umum.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC) adalah tidak benar.
"Tuduhan yang dibuat ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar kerana tidak membawa apa-apa kebenaran di mana saya sendiri telah membuat penyelidikan yang dibuat melalui laman web dan temu ramah dengan pihak berkaitan.
"RM81.2 juta itu bukan sahaja bertujuan menghasilkan daging mentah tetapi juga untuk membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Katanya NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.
"Ia juga berperanan untuk memajukan operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan," katanya.
Manakala berhubung dengan dakwaaan tentang pemberian diskaun, anggota Parlimen Rembau itu berkata RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging.
"Ini termasuklah hypermarket besar di negara ini seperti Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran hotel-restaurant-catering'," katanya lagi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.
Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.
"Serangan ini merupa percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya. Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar," katanya.
Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya selepas merasmikan Pameran Raja'ah : Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara, di sini, hari ini.
"Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah…saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya.
"Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu," katanya
Sementara itu ketika ditanya mengenai persiapan kementeriannya dalam menghadapi banjir di seluruh negara, Menteri itu berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melipatgandakan persediaan dan perancangan dalam menghadapi situasi banjir.
JKM telah mengenal pasti pusat-pusat pemindahan banjir, merangka satu mekanisme bagi memastikan kelancaran pengagihan makanan dan bagaimana untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain dalam menghadapi banjir kelak, katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahrizat menasihati rakyat Malaysia agar menjaga dan tidak mengabaikan ibu bapa walaupun mereka sibuk bekerja mencari rezeki.
"Kementerian tidak mahu warga emas diabaikan dan tidak diberi perhatian akhirnya menjadi gelandangan (kutu rayau) dan pengemis jalanan dan sekiranya mereka tidak mampu menjaga orang tua mereka akibat kemiskinan, mereka perlu merujuk dan meminta bantuan dengan JKM," katanya.
Zarina Ann Julie yang pernah gemparkan Malaysia dengan gambar bogelnya dengan pakwe dulu kini kembali lagi dengan aksi panas di Majalah FHM Indonesia. Nampaknya Zarina tidak pernah serik untuk melakukan aksi-aksi berahi yang bakal mengugat keriernya. Terdahulu Zarina menyepikan diri setelah isu gambar pakai bikini di tepi kolam renang tersebar. Kini nama Zarina baru nak naik kembali, dah buat hal balik....
Apa nak jadi lah minah ni?
Gambar terdahulu, berahi di tepi kolam...
Gambar-gambar yang mengundang kontrolversi panas!!
Pelakon yang menyertai parti PAS Bob Lokman hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat Selangor pada 10 Oktober lalu.
Beliau memberi keterangan selepas pegawai JAIS berjaya mengesan lokasinya. Beliau dikatakan memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10 pagi.
Menurut Bob katanya perbicaraan akan berlangsung pada 14 Februari depan.
Sebelum ini dilaporkan jabatan berkenaan telah mendapat waran tangkap kerana Bob engan memberi kerjasama.
Beliau enggan menghadirkan diri selepas diarahkan oleh jabatan berkenaan memberi keterangan berhubung perkara tersebut.
Mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Beliau boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung isu National Feedlot Corporation yang mana terbahagi kepada dua, iaitu bahagian satu yang merangkumi kenyataan akhbar yang telah saya buat di parlimen dan juga respon serta jawapan Khairy kepada kenyataan YB Machang, yang terkandung dalam kenyataan beliau, di bahagian dua.
Bahagian 1: Kenyataan YB Rembau – National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional.
Bahagian 2: Jawapan Khairy yang terkandung di dalam kenyataan YB Machang bertajuk "Skandal Fidlot: Barisan Nasional Mengelak Dari Isu Penyelewengan Wang Rakyat"
Sila baca kenyataan penuh YB Khairy Jamaluddin di sini...
Negara mungkin rugi sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh 5 tahun akan dtg sekiranya jenayah siber tidak ditangani dgn baik - YB Dato Fadillah Yusof Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PIALA PERDANA MENTERI. ADA LAGI YANG BERANI? Mohd Nur Hidayat Bin Khaidir Osman Mohd Fauzi Bin Zulkifli Hafizzuddin Bin Ismail Azur binti Ibrahim Mohd Zul Rusdi B. Mohamad Ghazali Norhafis Nordin Nur Asyiqin binti Mohamed Aini Hasbullah bin Awang Chik Muhammad Iqram bin Zulkifli Ainol Azmi bin anuar Ismahalil BIN AB Hamid S. Gobi Krishnan Rahimie Abdul Rahim Ahmad Wafi bin sahedan Mohamad Suji Bilang Bin Mohd Nordin Wong Loke Suan Badrul Hisyam bin Ali Mohd Adeeb B Mohd Noordin Mohd Shukri bin Samsudin Amuutha Valli a/p Nadarajah Nurulazma Shafiqah BT Khairul Azhar Amerul Azry bin Abdul Aziz Muhamad Hamizi Bin Shaharudin Nadzirah Muktar Muhammad Aminuddin bin Dzali Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz Nazilah HJ Idris Mohd Zuhdi Zakaria Razie B. Nasarruddin Mohd Saffri bin Hashm Khairul Anuar bin Mohd Yusof Nor Shahida Abdul Halim Zairul Hisyam b. Zainal Mohd Saffri bin Hashim Syafiqah bt Mohamad Yusof Ahmad Shukri Bin Saidin Mohd Fadhuni Bin Abd Ghani Muhammad Najib bin Mohd Taib Ahmad Shukri Bin Saidin Mohd Fadhuni Bin Abd Ghani Madzalifah bin Abu Kasim Hakim hamzah Fairuz Bin Osman Sivaananthan Silvarass Rich Too Seng Shin Muhamad Faiz B. Muhamad Halil Anies Suzana Azhan Bt Ahamad Rozita binti Mohd Jaafar Azmi Bin Ismail Norzyah BT Sabri Muhamad Faiz B. Muhamad Halil Madzalifah bin Abu kasim Muhamad Fadzli BIN Yasin Norafandi b Jamaian Mohamad Isamuddin BIN Mohamad Isa Mohd Syes Mohamed Haziqah Nasirah Zol Bahari Mohd Fikri bin Mohd Jumat Jufazli Shi Ahmad Fandyi Sanizan BIN Jurup Khairulnizam Ryan Lasio Mahdir bin Bahar Norazmie Ramin Muhammad Faiz Bin Hashim Ahmad Faiza Bin Mansor Mohamad Khairulnizam Bakeri Muhammad Harith b. Ahmad Shater Khairul Anuar bin Che Ee Ainol Azmi bin Anuar Shameerul Abd Samad Mohamad Yusri bin Bakir Moohamad Faizal bin Abd Raub Zaihasri bin Jaafar Mohd Nurshaffiq Mohd Khairi Mohd Nur Hidayat bin Khadir Osman Mohd Syamsul bin Salleh Muhd Daniel bin Baharudin M. Ezzad Emir
LATEST UPDATES!!!!
BERIKUT ADALAH TARIKH DAN LOKASI PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI 2011
ZON TENGAH 13 Nov 9.00am - Dewan Seminar HEA, Menara UITM (SAAS) Shah Alam
ZON PANTAI TIMUR 19 Nov 9.00am - Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang
ZON BORNEO 20 Nov, 9.00am - Tkt 2, Agatis Room, Sabah Oriental Hotel, Lorong Kemajuan, Kota Kinabalu, Sabah
ZON SELATAN 25 Nov, 5.00pm - Persada Johor, Jln Abdullah Ibrahim, Johor Baharu
ZON UTARA 26 Nov, 9.00am - Dewan Cengal 2, Tkt 1, Sunway Hotel, seberang Jaya, Pulau Pinang
SEPARUH AKHIR 28 Nov, 9.00am - Dewan Seri Hendon, Tingkat 23, PWTC
Saringan Peringkat Zon juga akan menerima saguhati sebanyak RM200 berserta Piala Iringan. Manakala penonton berpeluang membawa pulang Telefon Bimbit dan Hamper. JANGAN LEPASKAN PELUANG!!! JOM KITA HADIR RAMAI2 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Share By Koi Kye Lee New Straits Times Thursday, Nov 10, 2011
SEPANG: Malaysia was given an "extraordinary honour" by the Saudi Arabian government when Datuk Seri Najib Razak was there to perform his haj. The prime minister said never in its history was Malaysia given such a recognition.
This was given further credence when the Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom had the honour of giving a speech at Mina Palace.
The minister's speech received praises from those present, Najib said.
He was also given an opportunity to speak to Saudi's King Abdullah Abdul Aziz Al-Saud who was in Riyadh. During his 25-minute telephone conversation with King Abdullah, the Saudi king expressed his full support to Najib's leadership in Malaysia.
The prime minister was also the first government leader to meet the new Saudi Arabian Crown Prince, Prince Naif Abdul Aziz, who is also the Saudi Arabian Deputy Prime Minister and Home Minister, in a meeting on Tuesday night.
"The meeting with him lasted half an hour and it showed that the Saudi government, especially King Abdullah, who is the custodian of the holy mosque and the overall Islamic leadership of the Saudi government looked highly upon Malaysia and our government," Najib said on his arrival at the Bunga Raya Complex at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yesterday.
He said the strong support from the Saudi government would only strengthen the Malaysian government's determination and spirit to continue with the struggle in showing that it was on the right track.
"Let us pray together for everything that we are doing today and also for our leadership to have the continued blessings from Allah."
Najib also expressed his gratitude and appreciation to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for running the country's administration smoothly during his absence.
"Also, thank you to those who are here today to greet the arrival of my wife and our entourage. Alhamdulilah, we have completed our pilgrimage and may Allah accept our prayers as 'haji mabrur'.
"We will continue with our struggle with spirit, strength, and faith so that we can ensure that our goals and ambitions will be achieved."
The prime minister and his entourage arrived at 3.25pm yesterday from Mecca after completing their pilgrimage. He was accompanied by his mother, Tun Rahah Mohamad Noah, and Najib's younger brother, Datuk Mohamed Nazim, as well as Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Najib and his entourage left for Medina, Saudi Arabia, to perform their pilgrimage on Oct 31. Present to welcome Najib's return were Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and his wife, Puan Sri Norainee Abdul Rahman
TPM saran BNM & DBP lakukan audit bahasa menerusi penarafan bintang bagi pastikan penggunaan bahasa kebangsaan di semua institusi kewangan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sham ketot menghasut rakyat agar membuat demonstrasi ganas di jalanan bagi merampas kerajaan. Mereka tahu mereka gagal merampas melalui demokrasi kerana rakyat tidak menyokong mereka. Ini buktinya.
Menurut laporan itu,pengeluaranpada tahun 2010adalahhanya3.289kepalalembuatau 41.1peratusdaripadasasaran.
TetapiMenteriPertanian danIndustri Asas TaniDatuk Seri Noh Omarberkatapada31 Oktoberbahawaprojek ituadalah satu kejayaandantelah menemuisasaran"sebagaijumlahbilanganlembuyangdibawa masuk ke dalamladangadalah8016antara2008dan 2010."
Beliaujuga telahberkatabahawaseparuh daripadageranRM13 jutadanRM115jutapinjamanlembut,dibayar balikpadaduaperatuskadar faedahlebih daripada 17tahun,telahtidakdikeluarkan kepadaNFC.
"Beliautelahmenjawabdengan panjang lebardan jelas.Sayagembirabahawakementerianakan terus memantaukejayaanprojek ini,"kataShahrizathari ini.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
WOI NFC...kenapa kau tak bentangkan saja laporan kewangan syarikat dan tataurus projek lembu Gemas kepada umum. Jangan kau main lawyer untuk sorok kegiatan keparat kau. Rakyat berhak tahu sebab korang guna duit rakyat! Itu projek lembu untuk rakyat...bukan untuk KEPARAT!
WOI SHAHRIZAT...kenapa kerabat kau tak bagi wartawan, media dan orang ramai masuk ke ladang lembu keluarga kau? Apa yang kau takut? Tunjukkan kepada rakyat bahawa projek yang kau kata (atau Noh yang kata) kononnya berjaya. Kasi BUKTI la jika benar tiada unsur KONSPIRASI (liwat lembu)!!
WOI PERDANA MENTERI (Paklah sebenarnya) DAN MENTERI PERTANIAN...macamana projek besar kerajaan boleh bagi pada kaum kerabat MENTERI KABINET in the first place?? Bukankah ini yang dinamakan conflict of interest??? Bukankah ini yang dipanggil Kronisme & Nepotisme tahap tertinggi (pinjam ayat Al-Juburi)????
WOI BARISAN NASIONAL...KORANG SEMUA NAK MENANG PILIHANRAYA KA ATAU MEMANG DAH NIAT NAK JADI PEMBANGKANG LEPAS PRU-13???
WOI PEMIMPIN MALAYSIA...ADAKAH KORANG MEMANG SPESIS BUTA, TULI, KAYU, BAHLOL?
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz mencabar Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri, Ronnie Liu menyiasat sendiri lambakan pusat snuker dan hiburan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Cabaran itu dibuat ekoran pertambahan operasi pusat snuker dan hiburan berbentuk karaoke dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan seolah-olah tiada sebarang pemeriksaan dan pemantauan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
"Sebagai contoh, di Kampung Melayu Sentosa, Semenyih, ada sebuah pusat karaoke yang dibuka di gerai yang dikawal selia MPK telah merisaukan masyarakat terutama ibu bapa apabila ramai remaja mengunjungi pusat itu yang beroperasi lebih masa.
"Saya sendiri telah membuat laporan kepada pihak MPkj tetapi tiada sebarang tindakan diambil," katanya ketika sesi pertanyaan mulut mengenai isu tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Tambahnya, paling membimbangkan ialah pertambahan pusat-pusat sedemikian dikatakan ada antaranya dijadikan pusat judi sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk setempat apabila ramai anak muda mengunjungi tempat berkenaan.
Sementara itu, Ronnie ketika menjawab soalan tersebut menafikan wujudnya lambakan pusat snuker dan di kawasan Semenyih. Sebaliknya, beliau menyatakan hanya terdapat empat buah pusat hiburan di kawasan DUN berkenaan yang mana satu daripadanya ialah pusat hiburan keluarga, pusat karaoke (1 buah) dan dua buah pub.
"Jabatan Penguatkuasaan MPK sentiasa membuat pemeriksaan serta tindakan undang-undang dan untuk rekod dari Januari hingga Oktober 2011, sebanyak lima pusat snuker telah dibanci dan tiga daripadanya tiada lesen," katanya.
Bagaimanapun, Johan ketika ditemui di luar dewan menyangkal angka pusat hiburan yang dikemukakan oleh Ronnie itu berjumlah empat buah di kawasan DUN Semenyih.
Beliau mendakwa, berdasarkan pemantau yang dibuat sebanyak 18 buah pusat hiburan dikenalpasti telah wujud di kawasan DUN berkenaan yang Johan semasa ditemui di lobi dewan menambah, berdasarkan pemantauannya, terdapat kira-kira 18 pusat hiburan di kawasan Semenyih yang tidak diketahui status lesennya sehingga ke hari ini.
Malah, beliau sebelum ini telah mengadakan ialog dengan pihak polis mengenai perkara itu bagaimanapun, pihak berkuasa itu tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
Ketua Pembangkang Selangor, YB Datuk Satim Diman berkata, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah retorik daripada Bajet 2009 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar pada 20 Oktober 2008, iaitu bajet pertama Kerajaan Pakatan Pembangkang yang menjadi landasan penting hala tuju pentadbiran Kerajaan Pakatan Pembangkang dan bajet-bajet berikutnya pada 2010, 2011 dan 2012.
"Dalam konteks ini, saya ingin memfokus kepada satu isu asas iaitu Manifesto PRU 12 dan penekanan ketiga-tiga bajet 2009 – 2011 untuk mewujudkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip urustadbir baik 'good governance' dengan izin. YAB Menteri Besar sendiri, dengan imej tokoh korporat tersohor negara, selalu menggembar-gemburkan pentadbiran berwibawa, telus, adil selaras dengan prinsip tadbir urusbaik.
Dalam Bajet 2009, YAB Menteri Besar telah mempersoalkan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional. Dalam menjadikan negeri Selangor Negeri Maju pada 2005, menuduh pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional tidak telus, ikhlas dan bertanggungjawab, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni, mengamalkan dasar penswastaan yang berat sebelah kepada syarikat-syarikat swasta dan tidak cekap dalam menguruskan perbelanjaan Kerajaan negeri," ujarnya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Sidang DUN Selangor pagi tadi.
Tambahnya, akhirnya selepas memerintah selama 3 tahun 7 bulan, cakap tak serupa bikin. Terdapat banyak kes-kes dan keputusan-keputusan YAB Menteri Besar sendiri boleh dipersoalkan tahap integriti dan kewibawaannya.
"Antaranya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di PKNS dan Yayasan Selangor. Penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pengurusan industri pasir oleh syarikat Kerajaan negeri – Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
Prestasi dan masalah pengurusan Universiti Industri Selangor (UNISEL). Penyelesaian pinjaman TALAM Corporation sebanyak RM391 million. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan, perlantikan dan peranan Pasukan Perunding dan Penasihat Kerajaan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan baru-baru ini isu kontroversial – pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor," ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang.
Tambahnya, rakyat Selangor masih menunggu dan menuntut janji-janji YAB Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu TALAM CORPORATION, Tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pengisytiharaan umum aset-aset ahli-ahli Exco serta laporan isu rakaman video di pejabat Menteri Besar yang telah luput tempoh dan sehingga sekarang tidak ada sebarang berita.
"Inikah contoh pemerintahan yang telus, ikhlas dan bertanggungjawab seperti yang selalu digembar-gemburkan. Kami cabar dan beri tempoh kepada YAB Menteri Besar untuk menuntut janji-jani tersebut sehingga akhir Disember tahun ini. Kalau gagal, Terb ukti YAB Menteri Besar seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan pembohong. Cakap tak serupa bikin," ujarnya lagi.
Shah Alam 10 Nov. - Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri yang meletakkan ahli majlis daripada wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ujarnya, tindakan tersebut dilihat menimbulkan banyak keraguan termasuklah kemungkinan wujudnya campur tangan politik terhadap keputusan PBT dalam menetapkan sebut harga atau tender sesuatu projek pembangunan dan sebagainya.
"Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT. Akan tetapi, apa perlunya Ahli Majlis daripada wakil parti politik (DAP, PKR dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT.
Apakah ini satu ketelusan yang diamalkan oleh kerajaan negeri," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu Tan Khiew (DAP-Pandamaran) mengenai kenapa wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran PBT di negeri ini.
Tambah Mohd. Isa, dasar kerajaan negeri yang meletakkan Ahli Majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT itu juga dilihat seolah-olah satu bentuk ketidakpercayaan kerajaan negeri terdapat para pegawai PBT dalam menjalankan tugas mereka.
Dalam PC oleh Nurul Izzah sebentar tadi Tian Chua telah memuat naik gambar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sedang merenung Nurul Izzah.
Sekali imbas tidak ada apa-apa tetapi dua kali tengok kita akan dapat lihat seperti ada sesuatu cuba ditunjukkan.
Adakah ia satu tindakan memalukan Saiffuddin Nasution oleh Tian Chua ?
Wallahu A'lam.
Sekadar satu pandangan. Dalam politik perebutan jawatan biasa terjadi dan sebagai Setiausaha Agung Saifuddin Nasution paling berkuasa dalam PKR sekarang ini selepas Presiden.
Sidang media di atas oleh Pakatan tersebut dibuat berhubung senarai pengundi yang didakwa meragukan.
Untuk makluman anda sebelum ini sebanyak 42,051 nama suda disiar oleh SPR (berita klik sini http://umno-online.com/ ) selama seminggu bermula 29 Oktober sehingga 3 November 2011 untuk disemak.
Berita seperti di bawah :
KUALA LUMPUR, 25 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini.
Menurut kenyataan SPR pada Selasa, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.
"Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan sebaliknya untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.
"Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya," menurut kenyataan itu.
Dalam tempoh yang sama, SPR akan turut mempamerkan senarai 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 bermula Julai hingga September lepas.
Menurut SPR, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dengan menyerahkan borang tersebut kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dipamerkan.
Bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih yang dipamerkan boleh dilakukan dengan menggunakan Borang C.
SPR menasihatkan mereka yang ingin membuat bantahan memastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu.
Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.
"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, telah bersara daripada angkatan tentera dan polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Bagi tempoh Julai hingga 15 Sept lepas, SPR mengeluarkan 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar setelah disahkan meninggal dunia.
Dalam tempoh berkenaan, SPR memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN.
Justeru itu tidak wajar jika isu senarai meragukan terus dibangkit oleh Pakatan jika mereka menggunakan senarai yang telah diedar oleh SPR di atas.
Kecualilah jika mereka ada niat lain untuk merosakkan reputasi SPR demi mengelakkan Pakatan menanggung malu jika kalah pada PRU akan datang.
Apa komen anda tentang isu ini ?
Anda mungkin ada pandangan lebih bernas !
Silakan tulis dalam kotak komen di bawah yang terbuka luas untuk diisi.
Sidang Media oleh Pakatan tentang isu nama pengundi yang diragui
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
PEKAN: Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata sebarang kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang muslim itu kepada murtad.
Beliau berkata, hubungan sejenis atau songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat. "Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Rahman mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara.
Beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku songsang, malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali.
"Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya," tambah beliau.
Abdul Rahman menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa menjaga anak-anak daripada terbabit dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah. -
Hanya setengah jam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berlangsung, Mohd. Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) dikenakan tindakan keluar dewan dan digantung daripada persidangan hari ini.
Speaker DUN, Teng Chang Khim memutuskan tindakan itu di bawah Peraturan 44 (2) Peraturan Tetap Dewan apabila Mohd. Isa tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok) mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus kepada para penjawat awam negeri.
Dalam sesi soalan lisan, Mohd. Isa mengemukakan soalan tambahan kepada Abdul Khalid yang juga Menteri Besar mengenai perkara itu, namun beliau dikatakan tidak menjawab soalan tersebut dan hanya menyatakan program MES membabitkan semua rakyat termasuk penjawat awam negeri.
Bagaimanapun, Mohd. Isa kemudiannya bangkit dan menyatakan Abdul Khalid tidak menjawab soalan tersebut tetapi Chang Khim sejurus selepas itu menyatakan kepada Mohd. Isa bahawa soalan tersebut telah dijawab oleh Abdul Khalid.
Namun, Mohd. Isa tetap dengan pendiriannya bahawa soalan tersebut tidak dijawab selain terus menuntut jawapan daripada Abdul Khalid sehingga menyebabkan Chang Khim pada pukul 10.30 pagi ini mengarahkankannya keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri sidang DUN pada hari ini.
Mohd. Isa ketika ditemui di luar dewan berkata, beliau kesal dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya kerana beliau hanya menuntut Abdul Khalid menjawab soalan tersebut.
Bagaimanapun katanya, Abdul Khalid tidak menjawab soalan berkenaan dan ia menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan program MES dan kesungguhan kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan taraf para penjawat di negeri ini.
"Saya hanya tanya kepada Ijok (Abdul Khalid) mengenai program MES kepada penjawat awam, dia tak jawab. Saya dianiaya dan dikatakan tidak menghormati beliau (Speaker).
"Ijok tidak menyatakan apakah programnya untuk penjawat awam, adakah beliau sama dengan DAP untuk buang kakitangan awam," katanya.
Sebahagian pembeli pangsapuri kos rendah menunjukkan surat penawaran pembelian rumah dan mendesak kerajaan campur tangan di Klang, semalam.
Seramai lebih 600 pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri ini terpaksa berputih mata apabila orang tengah bergelar 'Haji Mohd. Yatim' yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga kini.
Apa yang menyedihkan pembeli malang tersebut, pangsapuri kos rendah tersebut sudah siap tetapi sehingga kini proses penyerahan kunci kediaman tersebut gagal dilakukan.
Berdasarkan surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.
Seorang pembeli, Azlan Lam, 38, yang memilih pangsapuri Taman Harmoni Balakong berkata, pada awal 2009, dia telah membayar pendahuluan lima peratus berjumlah RM2,100 kepada orang tengah tersebut yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang Exco kerajaan negeri.
"Sepatutnya, selepas pembayaran lima peratus dibuat rumah tersebut perlu diserahkan kepada kami namun penyerahan ditunda beberapa kali atas alasan Exco kerajaan negeri pergi umrah dan sebagainya.
"Kami bersetuju membayar lima peratus tersebut kepada pihak tersebut kerana beliau mempunyai kunci unit-unit rumah yang dikatakan sebagai kuota politik dan kami dibawa melihat sendiri unit-unit tersebut sebagai bukti," katanya kepada pemberita di kawasan perumahan kos rendah Taman Botanic di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan wakil Gabungan Angkatan Pembela Anak Selangor (GAPAS) , Durrani Izam.
Azlan berkata, setelah beberapa kali penyerahan pangsapuri kos rendah tersebut ditunda dan Haji Mohd. Yatim pula gagal dihubungi, para pembeli mengambil tindakan bertemu sendiri dengan wakil Menteri Besar di pihak pejabat Menteri Besar di Shah Alam.
"Dalam pertemuan itu, wakil Menteri Besar mengakui kewujudan unit-unit pangsapuri kos rendah tersebut, namun jika para pembeli mahu memiliki kediaman itu mereka perlu memohon pinjaman daripada bank dan bukan membeli secara sewa beli.
"Sedangkan dengan pendapatan sebanyak RM1,500 bagaimana bank mahu meluluskan pinjaman kami, ada antara kami yang sudah lanjut usia sudah pasti permohonan tidak akan diluluskan.
Seorang lagi pembeli Hasbullah Ismail,40, berkata, dia pada mulanya langsung tidak meragui kesahihan transaksi jual-beli rumah tersebut kerana Haji Mohd. Yatim telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
"Apa yang kami persoalkan ialah wakil Menteri Besar menyatakan, jika kami mahukan rumah yang telah dibayar lima peratus tersebut kami perlu membuat pinjaman bank.
"Sedangkan, semasa kami ditawarkan unit rumah kos rendah tersebut, kami diminta membayar secara sewa beli tanpa faedah kerana sebagai golongan berpendapatan rendah kami tidak mampu membayar faedah bank yang tinggi," katanya.
Justeru katanya, para pembeli menggesa agar Menteri Besar campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang menghantui pembeli yang teraniaya kerana pihak yang terlibat mengutip wang lima peratus hampir RM1.37 juta dari lebih 600 pembeli jelas mewakili agensi Kerajaan PKR Selangor.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Permainan play safe saifuddin akan membuatkan dirinya terselamat dalam isu NFC, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan oleh saifuddin nasution dalam parlimen tampa membuat sebarang home work hanya akan menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan menjatuhkan image peniaga melayu.
Fitnah sudah menjadi permainan pkr dalam parlimen, kerana apa sahaja yang dikatakan dalam perlimen tidak boleh didakwa dimahkamah, maka dalam isu NFC ni saifuddin terselamat walaupun segala apa yang dia kata dalam parlimen tu, bohong belaka.
Yang bodoh adalah rafizi, dek kerana taksub dan cuba nak tonjolkan diri untuk jadi calon pilihanraya, dia lupa yang semalam para peguam yang mewakili NFC telah bersetuju untuk memfailkan saman terhadapnya. segala apa yang di katakan oleh rafizi masa sidang media yang dia buat semalam, telah di quot satu persatu oleh para peguam NFC, jelas banyak sangat fitnah, cerita merapu dan kesalahan fakta yang rafizi terima bulat-bulat dari saifuddin atau sumber dalaman mereka (kononnya nye la)
Maka, rafizi kau tunggu je la surat saman dari NFC, tak pasal-pasal je ko kena saman, yang selamat dalam hal ni ialah saifuddin. baca selanjutnya di blog GAP.
Tony pua kata barangan di kedai rakyat 1malaysia tak semurah seperti di pasaraya carrefour, pada aku tony pua memang bingai dan bodoh, harga kedai runcit nak di bandangkan dengan harga pasaraya...
Kenapa tony pua kata macam tu, pasal kedai rakyat 1malaysia di run oleh oleh peniaga islam iaitu kumpulan mydin, jadi modius operandi tony pua senang je, burukan perniagaan orang islam dan gembar-gemburkan bertapa murah dan berkualitinya pasaraya peniaga bukan islam, padahal sama je kualitinya.
Malah barangan yang di jual di carrefour tu ada juga yang mahal dari kedai kr1m, tony pua dan dua ekor lembu yang duduk di sebelahnya tu hanya memilih barang yang mahal di kedai kr1m dan memilih yang murah di carrefour, kenapa tony dan dua ekor lembu tu tak cari barang yang mahal di carrefour dan bandingkan.
Lagi satu kedai kr1m banyak jual produk-produk keluaran iks dari pengusaha melayu/bumiputra, maka jika tony dan dua ekor lembu tu burukan kedai kr1m, bila orang dah tak nak pergi berbelanja di kedai kr1m, susahla pengusaha iks nak cari makan, lalu mereka salahkan la pulak kerajaan kerana tak bantu pengusaha iks, tak ke sial namanye tu...
Pemimpin pembangkan mungkin tak sedar, malaysiakini membantu shahrizat menghadapi segala tomahan yang dilemparkan, cara penyampaian berita malaysiakini yang over kill membuatkan rakyat ingin juga mengetahui apa cerita di sebalik cerita, pemimpin pembangkang menyerang NFC dan shahrizat tampa beliau mampu mempertahankan diri, malaysiakini menjadi alat untuk mereka meneruskan serangan menggila itu, akhirnya terkantoi sudah.
Teringat kata guan eng, "kamu boleh serang saya, tapi jangan kacau anak dan keluarga saya" nah sekarang apa cerita...
Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.
Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.
Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.
Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.
"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.
Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.
Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual semalam.
Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.
Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.
Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.
Mungkin kita masih ingat ketika Anwar ditemuramah oleh Yahoo pada awal tahun ini, skrip yang sama :
Semasa temuramah dengan Yahoo sebelum ini..!!
Adakah PAS menerima apa yang dikatakan oleh Anwar Omegay ini?
11:53 Yahoo! Malaysia Editor: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - specific to them and not other minorities - if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo! Newsroom (Malaysia)
Thursday May 19, 2011 11:53 Yahoo! Malaysia Editor!
11:55 Anwar Ibrahim: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view...!!!
Sekali dua Anwar bolehlah menipu, kalau dah banyak kali macam ni..fikir-fikirkan lah...!!!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenyataan saya berhubung isu National Feedlot Corporation yang mana terbahagi kepada dua, iaitu bahagian satu yang merangkumi kenyataan akhbar yang telah saya buat di parlimen dan juga respon serta jawapan saya kepada kenyataan YB Machang, yang terkandung dalam kenyataan beliau, di bahagian dua.
Bahagian 1: Kenyataan YB Rembau – National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional
Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan bahawa projek tersebut adalah gagal.
Pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan tersebut bersifat liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihanraya dengan pertelagahan dalaman sesama umpama retak menunggu belah.
Terdapat beberapa kepincangan daripada tuduhan mereka yang mana bersifat melulu dan kejahilan yang sangat nyata: -
[1] Pembangkang menuduh bahawa pihak NFC mendapat tanah seluas 5,000 ekar secara percuma
Ini adalah satu kepalsuan kerana NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan.
[2] Dakwaan bahawa daging mentah keluaran NFC dijual kepada restoran Meatworks, Senor Santos dan Brawn yang beroperasi di Singapura.
Ia bukan sahaja tidak masuk akal bahkan mustahil kerana NFC beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang pengimportan daging mentah daripada Semenanjung Malaysia akibat kerisauan risiko penyakit kaki dan mulut (foot and mouth disease).
[3] Tuduhan bahawa projek fidlot tersebut gagal menepati sasaran asal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 60,000 ekor lembu setahun
Perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa "sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai."
Mengikut laporan yang sama, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai.
[4] Pembangkang menuduh Kerajaan berbohong apabila menyatakan bahawa tidak semua daripada jumlah pinjaman RM250 juta yang diberi telah dibayar bagi kegunaan NFC.
Pembangkang membuat tohmahan berasaskan kepada laporan penyata kewangan tahunan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, yang telah difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana telah menunjukkan hutang jangka panjang sejumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada pinjaman daripada Kerajaan sebanyak RM250,000,000 dan geran Kerajaan sejumlah RM6,082,518.
Dengan laporan tersebut, pembangkang mendakwa bahawa jumlah pinjaman tersebut telah disalurkan sepenuhnya untuk digunakan oleh NFC.
Ini adalah satu pembohongan dan kecuaian. Ini kerana mereka mengambil sikap untuk langsung mengabaikan laporan Ketua Audit Negara 2010, yang mana sedang hangat dijaja mereka, yanga mana laporan itu menyatakan jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.
Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman.
Jika laporan Ketua Audit Negara bagi kedudukan Disember 2010 menyatakan bahawa masih ada baki masakan pembangkang boleh terus mengatakan bahawa pada Disember 2009, kesemuanya telah disalurkan. Ini menunjukkan kecuaian dan sikap mereka mendiskriminasi dan memusingkan fakta untuk kepentingan politik.
Disamping itu, ingin dijelaskan bahawa sejurus selepas kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pinjaman sejumlah RM250 juta itu. Ia telah dimasukkan kedalam sebuah akaun khas di atas nama NFC namun dikawal selia dengan ketat oleh Kerajaan. Bagi tujuan sebarang pengeluaran, pihak NFC hendaklah membuat kertas kerja dan justifikasi untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal (Authorised Technical Commitee dibawah Jabatan Veterinar) yang telah ditubuhkan khas bagi mengawal selia dan menantau projek fidlot ini. Setelah Jawatankuasa Teknikal berpuas hati maka ia akan mengeluarkan kelulusan untuk pertimbangan Kementerian Kewangan, yang mana mempunyai keputusan akhir pengeluaran wang dari akaun khas tersebut.
Setelah kesemua proses itu meluluskan keperluan pengeluaran maka pihak Kerajaan, yang mana merupakan salah satu daripada penandatangan akaun bank tersebut, akan menandatangani pengeluaran dana yang dipohon.
Ia satu proses yang ketat.
Apa yang ingin diketengahkan adalah proses kawal selia dan pemantauan di mana pinjaman itu walaupun sudah diluluskan mesti melalui proses pengeluaran yang ketat. Yang kedua, tuduhan yang mana kesemua wang tersebut telah disalurkan untuk diguna NFC adalah satu penipuan dan menampakkan sikap pembangkang yang bukan sahaja mendiskriminasi bahkan sengaja mengenepikan laporan Ketua Audit Negara 2010 bila dirasakan tidak menguntungkan mereka.
Berdasarkan status terkini, jumlah pengeluaran terkumpul adalah sebanyak RM180.5 juta.
[5] Pengeluaran wang serta pemberian diskaun kepada syarikat sekutu
Pihak pembangkang mendedahkan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan juga memberikan diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutunya iaitu Real Food Company Sdn Bhd (RFC).
Perlu dijelaskan bahawa tujuan projek fidlot ini mempunyai pelbagai objektif sebagaiaman di bawah dan bukannya sekadar menghasilkan daging mentah:
a) Pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang, makmal dan sebagainya yang boleh menampung keperluan keseluruhan projek ini
b) Memenuhi konsep pembangunan PFN yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Integrator PFN meliputi rangkaian pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bekalan input secara bersepadu, serta membeli hasil peladang kontrak atau ladang satelit, sebagai integrator
c) Membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia
d) Menjanakan kapasiti membangunkan industri pedaging negara dari aspek penghasilan produk termasuk hasil hilirannya, membawa dan mengadaptasikan teknologi penghasilan ternakan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam system pengeluaran dan juga pemprosesan, dan melaksanakan pemindahan teknologi baru dalam pengeluaran ternakan rangkaian PFN.
Di dalam aspek ini, NLMC telah dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit. Pada masa yang sama ia juga berperanan untuk memaju operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Entrepreneur Development Program.
Ia adalah salah satu teras objektif projek ini iaitu bagi membina ekosistem industri fidlot.
Berhubung dakwaan tentang pemberian diskaun, RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging melalui RFC seperti hypermarket besar di negara, termasuk Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani seluruh negara, dan juga pasaran 'horeca' (hotel-restaurant-catering) dan syarikat-syarikat pengeluar makanan downstream seperti burger dan hotdog.
Jelas kini fuckatan semakin terdesak untuk mencari isu bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap kelemahan dan penyelewengan mereka.
Semua yang bersama BN ditohmah sebagai penyeleweng dan perompak harta rakyat. Sampaikan ada di kalangan penjawat awam sendiri yang termakan dengan dakyah seperti ini.
Tetapi pelik sungguh ya apabila umat Islam dimurtadkan, mereka diam seribu bahasa. Malah ada GAG ORDER lagi.
Malah ketika ura-ura CINA DAP untuk buang separuh Melayu yang kerja dengan Kerajaan juga cuba disenyapkan daripada pengetahuan umum.
Alih-alih timbul pula isu lembu sebagai fitnah terbaru mereka.
Sekarang ada tidak pengadu domba yang bercadang untuk minta ampun kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum muflis kena SAMAN?!!
Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee
'Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.'
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
"Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Bila masa akhbar Cina jadi media BN? Itulah taktik lapuk pembangkang. Semua benda disalahkan kepada pihak lawan. Dah ada bukti keratan akhbar ni pun nak salahkan BN lagi ke? Dalam kenyataan Tony Pua, dia merujuk kepada DAP atau Pakatan Rakyat?
1. TO ALL Bloggers/FB/Twitter/Portal/etc. Please mention about this. We must keep alive the issues of Hudud, Murtad, Sexsuality Merdeka and Reduction of Civil Servant. All these are headaches for the enemy, Pakatan Rakyat.
2. Anwar Ibrahim, is trying hard to overcome the components of Pakatan Rakyat from making Stupid Mistakes within Pakatan Rakyat.
3. We must not let these issues go away. We shud keep finding new ways raising these in Twitter, FB, and blogs.
4. Bravo so far. Keep it up. We are doing ok even if we started late.
Fitnah mengenai MB dari negeri BN ditangkap khalwat dimainkan oleh blogger pembangkang beberapa minggu yang lepas.
MyMassa ada tengok-tengokkan isu ini.
Alhamdulillah, kebenaran terbukti juga. MB yang difitnah akan ambil tindakan yang sewajarnya.
MB Saman Penulis Blog Fitnah KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu. Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya. Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya. - BERNAMA
Nak tau siapa blogger hebat pembangkang yang mainkan isu ini....
Dari blog inilah cerita mengenai MB ditangkap khalwat bermain di'pick up' oleh cybertrooper pembangkang kemudiannya diletakkan di Tranungkite Online.
Nampaknya cybertrooper pembangkang makin tak releven. Otai macam MSO pun boleh kantoi.
*Tahniah MB Terengganu. MyMassa berharap YAB PM juga ambil tindakan yang sama terhadap penfitnah beliau.
0Tuduhan-tuduhan pembangkang dapat kita jelaskan dengan statistik-statistik yang dikeluarkan oleh pihak luar yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang kompetitif di dunia. Tidak kira dalam apa bidang sekali pun.
Yang terbaru, Malaysia berjaya menduduki tangga ke 17 dari 110 negara dalam indeks kemakmuran yang dikeluarkan oleh Institut Legatum.
Moga informasi ini disebarluaskan supaya rakyat mengetahu fakta sebenar seterusnya menolak fitnah pembangkang.
Berita di atas seperti mengesahkan apa yang dibincangkan dalam video di bawah.
Video tersebut menonjolkan bagaimana peniaga-peniaga tamak menaikkan harga untuk menekan Kerajaan. Seperti biasa, yang turut meraih keuntungan adalah parti pembangkang yang menjaja bahawa Kerajaan tidak prihatin nasib rakyat.
Bila Kerajaan buat Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), pada mulanya ia ditentang keras oleh peniaga Cina kerana takut mereka akan rugi besar. Kemudian isu tersebut senyap seketika. Tiba-tiba hari ini pembangkang pula bersuara bagi pihak peniaga yang tamak yang tidak dapat mengaut keuntungan berlebihan akibat pembukaan KR1M.
Ini ke pejuang untuk kebajikan rakyat? Bila Kerajaan telah berbuat sesuatu mereka tetap mengkritik tanpa memberikan alternatif yang lebih baik.
*Ada ke bezakan harga KR1M dengan pasaraya besar. Ada ke pasaraya besar nak buka di luar bandar? KR1M sudah tentu akan diperluaskan ke kawasan luar bandar.
Gambar persetubuhan Anak Puntianak bersama Jembalang Tanah di atas disebarkan kepada umum kira-kira tiga tahun yang lalu. Adakah ini juga boleh dikatakan sebagai Seksualiti Merdeka: Queer Without Fear?!!
Bebas melakukan seks dengan sesiapa sahaja dan bangga pula lagi untuk merakamkannya sebagai kenang-kenangan. Mungkin kerana Anwar sendiri sebagai IDOLA Lagenda telah menggesa umum agar golongan pelaku ZINA dan maksiat seperti Anak Puntianak ini tidak dicemuh dan dihina. Malah diberikan ruang lagi sesama mereka untuk bertemu dan berbincang. HAHAHA!
Agaknya sebab itulah juga Zarina Ann ini masih lagi LIGAT walaupun setelah di ban beberapa kali oleh media tempatan!!! Taubat jauh sekali.
Jika kebenjotan moral seorang artis yang menjadi tumpuan masyarakat pun disokong oleh pemimpin, apalah agaknya hendak jadi dengan masa depan anak cucu kita kelak?!!
Yang pastinya, selain Anak Puntianak, rupanya banyak juga hantu di Malaysia ini yang gemar dirakam ketika beraksi ya!
Tak lama dulu Monaharan DAPig bising-bising pasai nak tukaq bendera Malaysia. Gambaq ni aku jumpa dalam simpanan seorang ahli DAP kawan baik aku di Penang. Terkezut aku bila tengok inilah bakal bendera baru Republik Rakyat Malaysia yang akan diperkenalkan oleh Fuckatan jika mereka dapat memerintah Malaysia
Alahai Raja Melayu depa nak buang
Islam depa dah tendang
Penjawat Awam depa plan nak kurang
Melayu depa dah tolak longkang
Apa lagi depa nak buat????????
Tercapailah cita-cita Nuar jadi Presiden Malaysia (PM) pertama Malaysia tu pun kalau Allah izinkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU = (Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir. Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229). Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
(ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = AKTIVITI LIWAT ADALAH HAK PERIBADI, KEBEBASAN INDIVIDU, HUMAN RIGHT, RAKYAT MALAYSIA MESTI MENGHORMATI HAK ASASI SEMUA ORANG.
(ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = KALIMAH ALLAH SWT HENDAKLAH BEBAS DIGUNAKAN SAMA ADA OLEH ORANG KRITIAN DAN DI DALAM GEREJA-GEREJA, MEREKA PUN BERHAK ATAS NAMA PLURALISME (TUHAN YANG SATU) (ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = NEGARA INI MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI YANG BEBAS, SESIAPA PUN BOLEH MENGAMALKAN APA YANG MEREKA HENDAK LAKUKAN, BERLARI SECARA BOGEL, BERJALAN SECARA BERBOGEL, ITU ADALAH HAK ASASI RAKYAT MALAYSIA.
(ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = SEKSUALITI MERDEKA HENDAKLAH DITERUSKAN, HORMATI HAK KAUM GAY LESBIAN DAN SEUMPAMANYA MELAKSANAKAN AKTIVITI MEREKA KERANA ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SENI, KATA ANWAR. (ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = MURTAD ADALAH HAK INDIVIDU SESEORANG UNTUK MENGAMALKAN APA AGAMA YANG MEREKA HENDAK AMALKAN. ANWAR IBRAHIM TIDAK MEMBANTAH TUNTUTAN IFC KEBEBASAN BERUGAMA HATTA MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM. (ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = SEKSUALITI MERDEKA HENDAKLAH DITERUSKAN, HORMATI HAK KAUM GAY LESBIAN DAN SEUMPAMANYA MELAKSANAKAN AKTIVITI MEREKA KERANA ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SENI, KATA ANWAR. (ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU) g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
ANWAR IBRAHIM SETUJU = INSTITUSI SULTAN YANG MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM ADALAH MENYUSAHKAN, TIDAK SESUAI LAGI, SEBALIKNYA SISTEM REPUBLIK MALAYSIA LEBIH SESUAI DENGAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA YANG PERTAMA.(ANWAR IBRAHIM TIDAK SETUJU)
Rumah dua tingkat pun masuk kategori golongan yang memerlukan?
Sekali pandang, MyMassa nampak ada yang tak kena dengan gambar ini.
Macam biasa, magik yang PKR buat. Sumbangan bagi dekat ahli parti tetapi warwarkan sebagai golongan yang memerlukan. Banyak lagi rakyat Selangor yang memerlukan bantuan Kerajaan Negeri. Ada yang sampai minta bantuan dari GEREJA DUMC! Yang peliknya, golongan yang mempunyai rumah dua tingkat jugak diberi pertolongan.
PKR tolong jangan buat lawak. Nak kencing rakyat pun agak-agak la.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan BrandLaureate Legendary Brand ICON Leadership Award 2011, di sini malam tadi. Turut menerima anugerah utama pada majlis anjuran BrandLaureate tersebut adalah Pengerusi Berjaya Corp., Tan Sri Vincent Tan (The BrandLaureate Man of the Year) dan Pengerusi K&N Kenanga Holdings Bhd., Datuk Noor Zakiah (The BrandLaureate Woman of the Year).
Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan berkata, terdapat ramai pemimpin yang hebat di dunia hari ini tetapi antara mereka yang layak digelar ikon adalah sedikit. ''Ikon bermaksud tahap tertinggi dalam sesuatu bidang, berani mengambil risiko dan mengubah budaya pemikiran untuk menjadi lebih baik.
''Sejarah telah membuktikan pemenang hari ini memiliki keunikan luar biasa dalam bidang masing-masing dan berada di kelas tersendiri,'' katanya di dalam ucapan pembukaan majlis penyampaian anugerah tersebut malam ini. Turut hadir pada malam tersebut adalah 37 pemenang lain dan dimeriahkan lebih 500 orang tetamu. Antara penerima anugerah kategori The BrandLaureate Premier adalah Pengerusi Top Glove Corp. Bhd., Tan Sri Lim Wee Chai dan Presiden Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow.
Sementara itu Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd., (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman telah dianugerahkan The BrandLaureate Most Eminent. Manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd., (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dianugerahkan the BrandLaureate Transformational Corporate Leader.
Turut memenangi anugerah yang sama adalah Pengarah Urusan Bank Islam Bhd., Datuk Seri Zukri Samat dan Pengarah Urusan Kumpulan, Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.
KUALA TERENGGANU 9 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah sebelum ini. Ahmad berkata, dua pemilik blog yang mengendalikan blog http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com telah memfitnah beliau sejak tiga bulan lalu.
"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga dan SME Bank di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Dalam laporan 4 Oktober lalu, pemilik blog guanopulok.blogspot.com mendakwa Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral. Ahmad menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri. Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.
Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila isu tersebut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga.
"Apa yang menyedihkan, ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, anak saya menangis ekoran fitnah itu kerana tidak tahan dengan kata-kata orang.
''Itu membuatkan saya tampil membuat laporan polis dan menyaman individu berkaitan,'' katanya. Beliau menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih. Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan berharap undang-undang sedia ada dipinda bagi memberikan hukuman lebih berat kepada mereka yang menyalahgunakan media baru.
Saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati-matian memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human Rights kononnya, tetapi anehnya saya tidak pernah pula mendengar golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. Mana hak mereka? Kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan dadah? (Sambung bacaan anda di sini).
Semalam ketika berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat Cina di Subang Jaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dijangka, sekali lagi memberi jaminan hudud bukan sebahagian daripada konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.
Jawapan itu adalah lebih kurang sama dengan apa yang dinyatakan Anwar bulan lalu selepas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri Kelantan tetap bertekad melaksanakan hudud kerana ia dituntut oleh Islam.
Malah kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz kini menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti sama ada hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan negara sekaligus mencemaskan DAP, parti komponennya dalam Pakatan Rakyat.
Pada bulan lalu juga, Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau secara peribadi, menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
Semalam, di depan pemimpin Cina pada majlis dialog di Subang Jaya itu, Anwar memilih untuk berdiam diri, dengan alasan media arus perdana akan memutarbelitkan jawapannya.
"Apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud," beliau dipetik berkata oleh Malaysiakini.
Apapun, jelas persoalan hudud tetap menjadi isu yang amat meresahkan masyarakat Cina dan penjelasan Anwar semalam tidak meredakan keresahan itu.
Malah jawapan Anwar yang berdolak dalih, bergantung kepada kaum mana yang berdialog dengan beliau, hanya mengusutkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya mengenai konsep permuafakatan Pakatan Rakyat.
Gugurkan agenda
Tidak keterlaluan merumuskan bahawa wujud segmen pengundi bukan Melayu yang tidak keberatan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dengan syarat gabungan pembangkang itu, khususnya Anwar, lebih tulus dan ikhlas bersabit isu hudud.
Jika mengikut Anwar, pelaksanaan hudud bukan dalam persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP, maka kenapa PAS enggan bersetuju untuk menggugurkan agenda hududnya sekalipun Pakatan menawan Putrajaya?
Jika PAS menghormati apa yang dipersetujui dalam dasar Pakatan itu, seperti yang diuar-uarkan oleh DAP dan Anwar, kenapa parti itu begitu agresif dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sehingga mencari ruang untuk melaksanakannya tanpa pindaan perlembagaan?
Fakta ini juga perlu diambil kira - walaupun Anwar menyatakan sokongan peribadi kepada hukum hudud apabila berdepan dengan masyarakat Islam, beliau tidak menyatakan secara rasmi sama ada PKR menolak atau menerima cadangan PAS.
Buat masa ini, PKR rasa selamat dengan berselindung di sebalik alasan hudud tiada dalam Buku Jingga atas dasar bersama Pakatan.
Persoalan yang berlegar di minda pengundi bukan Islam ialah, apa akan berlaku jika PAS menubuhkan kerajaan di beberapa negeri selepas PRU ke -13 dan mahu menegakkan undang-undang Islam?
Jadi minoriti
Apakah yang akan dilakukan oleh DAP dan PKR ketika itu, khususnya jika mereka menjadi minoriti dalam jumlah kerusi yang dimenangi?
Segala persoalan ini akan terungkai dengan mudah jika PAS dan PKR memberi penjelasan yang tuntas dan jelas serta meyakinkan mengenai pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.
Hanya DAP yang bingkas menyatakan pendiriannya secara jelas - bahawa ia menentang hukum hudud dalam apa bentuk sekali pun.
Namun suara tunggal itu tidak bermakna jika ia tidak didokong atau disahut oleh PAS dan PKR.
Sebaliknya perbedaan pendapat yang disalut dengan agenda politik kepartian masing-masing hanya menyerlahkan Pakatan sebagai satu permuafakatan yang rapuh dan bersifat sementara.
Seolah-olah ia hanya sebuah kerjasama politik untuk memenangi pilihanraya tetapi bukan sebuah wadah yang mempunyai hala tuju jelas bersabit isu-isu kepentingan bersama rakyat.
Apabila pilihan raya umum makin hampir, Anwar sudah tentu akan meningkatkan siri ceramah di kalangan bukan Islam dan Islam. Biarlah mesej yang dibawa oleh beliau khususnya bersabit hukum hudud adalah sama dan senada tanpa mengira latar belakang hadirin.
Hanya sifat ikhlas sebegitu akan menyumbang kepada kredibiliti Pakatan di mata pengundi.(Klik di sini)
Orang Johor begitu buruk pada pandangan mata para pemimpin pakatan.Kita dikejutkan dengan penghinaan oleh Lim Guan Eng apabila beliau memburukkan negeri Johor kononnya kadar jenayah yang tinggi.
Sehingga sekarang walau pun Lim Guan Eng terbukti membuat fitnah beliau masih tidak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor.
Setelah difitnah dengan kadar jenayah yang tinggi oleh Guan Eng,Seluruh rakyat Johor yang bekerja di Singapura sekarang ini sudah dianggap murtad oleh Bob Lokman .Bekas pelawak ini memberi tazkirah di PASTI,Sg Burong Balik Pulau selepas maghrib pada 9/10/11 dengan dihadiri oleh 50 orang khawarij PAS bersama PKR.
Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.
Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.
Bob Lokman berasakan dirinya terlebih suci hingga sewenang wenangnya menyerang umat Islam lain kerana berpendapat hanya PAS saja yang punyai islam yang tulen.
Terlalu banyak fakta bodoh dan fitnah yang kononnya dianggap sebagai tazkirah yang diperkatakan oleh Bob Lokman,tak perlu Pisau dedahkan kerana kita sendiri akan terasa bodoh apabila mendengar tazkirah beliau, Bob Lokman begitu angkuh dan berasa bangga kerana mengangkat dirinya sebagai pendakwah setelah mendapat "hidayah" untuk menyertai khawarij PAS.
Rakyat Johor! Baru ni DAP kata rakyat johor penyamun & penjenayah,sekarang PAS kata Anda dah jatuh murtad? Apa macam sekarang?
Pisau kata " nanti kita tengok apa dia nak jawap lepas ni"
Inilah yang dikatakan Malaysiakini liabiliti kepada pakatan , yang dikatakan sikap bacul baling batu sembunyi tangan,sebijik macam Lim Guan Eng lidah bercabang. Dari sebesar besar pemimpin sampailah kepada pencacai haprak memang semua kuat kencing.
Sudahlah putar belit,bohong dan fitnah,sedap sedap fitnah dan burukkan persepsi sekarang dia nak mintak maaf? Apa punya bangsat Malaysiakini !
Wartawan Salhan K Ahmad anjing kepada portal yahudi ini bukannya Pisau tak pernah jumpa,siap dah penah pegang leher masa di PRK Galas,time tu cuma tak tibai jer masa dia buat berita palsu di command center PRK Galas.
Artikel kat bawah adalah kencing Salhan yang menglembukan pembaca Malaysiakini
Terkini kenyataan Datuk Seri Syahrizat diputar belit. Ds Syarizat difitnah kononnya beliau berkata family 'berhak mendapat projek (deserves the project)'. Walhal kenyataan sebenar Dia . Dia kata 'family tak patut diserang (does not deserve to be attacked).
Pisau melihat malaysiakini sudah sampai ketahap kritikal kegampangannya apabila secara bobrok berkali kali putar belit kenyataan pemimpin.
Dalam mereka tidak menghalalkan serangan terhadap ahli keluarga pemimpin politik pakatan,namun asalkan bukan BN semuanya dihalalkan.
Sebagai liabiliti pakatan,malaysiakini dengan wartawan salhan k ahmad ternyata cuba bermain dengan fitnah. Wartawan anjing pakatan ini turut sama bersekongkol bersama portal berita pembohong putar belit fakta .Bukan saja orang politik menjadi mangsa,alim ulamak seperti mufti pun dibelit hinggakan membangkitkan persepsi yang buruk.
Malaysiakini berbohong lagi apabila mufti Perlis Dr Juanda menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji seperti yang disiarkan di Malaysiakini.
Dr Juanda cuma dihubungi oleh Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.
Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini amat bertentangan dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Juanda.
Mufti Perlis itu juga berharap agar Malaysiakini memperbetulkan kenyataannya yang telah diputarbelikan supaya mengelakkan persepsi buruk. - Sumber Sungai Rapat Online
Terkini kenyataan Datuk Seri Syahrizat diputar belit. Ds Syarizat difitnah kononnya beliau berkata family 'berhak mendapat projek (deserves the project)'. Walhal kenyataan sebenar Dia . Dia kata 'family tak patut diserang (does not deserve to be attacked). Inilah kebiasaan putar belit serangan jahat meloyakini, pembohongan mereka ternyata meremehkan minda rakyat,sebelum ini Mufti Perlis kenyataan beliau diputar belit,Ustaz Asri turut menjadi mangsa,apatah ramai lagi pemimpin menjadi mangsa serangan tanpa mengira fahaman politik sebab itulah portal sialan ini sudah dianggap liabiliti kepada pakatan haprak:klik sini
Isu NFC makin menarik,bohong fakta lembukan rakyat oleh pemimpin pakatan yang berotak lembu!
Pisau kata " ala bohong sikit sikit sudah la,malu woi kantoi"
Berpuluh kali kantoi berbohong.Portal malaysiakini bukan saja menjadi penghasut.pengfitnah malah turut sama menjadi alat propaganda politik jahat haprak pakatan.
Pembohongan Malaysiakini banyak didedahkan oleh para blogger pro bn. Tembelang dan temberang menyedarkan banyak pihak hingga blogger pakatan sendiri menyedari pembohongan dan spin yang kini sudah menjadi liabiliti kepada pakatan.
Terkini mufti Perlis turut dipermainkan apabila kenyataan beliau diputarbelitkan tentang kesempurnaan ibadah haji.Sebaliknya Malaysiakini terus mengfitnah Ds Najib yang baru saja selesai menunsiksn ibadah haji.
Inilah wajah yang dikatakan sebagai amoi@China Doll yang telah di"tala" macam palam pencucuh oleh seorang pemimpin pembangkang! Seorang pelajar yang berasal dari negeri China dan sedang menuntut disebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Hebat..hebat pemimpin pembangkang ini. Dengaq kata "anu" dia dah expired@tamat tempoh akibat sakit belakang, tapi bila " mangsa " dah didepan mata dua round pun boleh hilang sakit! Perghh..itulah penangan dok kerap pergi Siam la tuh..hahaha..!
Syabas diucapkan kepada pihak polis kerana cekap buat kerja. Akan tetapi kalau sudah jumpa dengan amoi@China Dollnya, yang tukang "tala"nya tu siapa pulak ya! Pihak polis pun pernah berkata, pandai-pandailah rakyat menilai sendiri.
Bukankah didalam video tersebut amoi ini dok berdua-dua sambil melakukan "tugasan"nya dengan dengan "seorang lelaki", rasa-rasanya rakyat mahu tahu dengan lebih jelas siapa sebenarnya "lelaki tersebut"!
Dedahkan lah siapa identiti lelaki tersebut kerana dia tidak mahu mengaku dia adalah "jaguh" didalam tayangan video itu walaupun rakyat sudah tahu dengan jelas siapakah gerangan orangnya!
Rakyat mahu " lelaki hebat " itu sendiri mengaku bahawa dia adalah "penala" dalam video tersebut..itupun kalau dia berani..!!! Jika tidak adalah lebih baik pihak polis sendiri mengistiharkan siapa sebenarnya " penala " hebat itu demi merungkai segala persoalan yang timbul! Senang cerita dan tak payah pening kepala!
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Kredibiliti Najib & Rosmah mesti dipunah-ranahkan. 2. Media Perdana mesti dipandang buruk & jahat. 3. Label rasuah dan kronisma mesti terus jadi sticker UMNO dan para pemimpinnya. 4. Transformasi kerajaan mesti diperlekehkan atau sekurang-kurangnya kelihatan gagal. 5. SPR mesti nampak bersekongkol membantu BN dan bakal menafikan kemenangan pakatan rakyat. 6. SPRM mesti dilabelkan sebagai agen penyelamat dan pelindung kepada pemimpin BN yang rasuah dan menjadi agen UMNO untuk memerangkap dan menyelongkar penyelewengan kerajaan pentadbiran di bawah pakatan. 7. Seluruh institusi penting kerajaan mesti dijejaskan kredibilitinya dan mesti dianggap sebagai alat UMNO untuk mengekalkan kuasa dan menghalang kebangkitan rakyat.
Semua gambaran 1-7 di atas mesti disebar dan diserap masuk ke pemikiran dan minda rakyat.
Jika misi ini dapat dijayakan secara berkesan, maka sebelah kaki pakatan sudah boleh dianggap berada di Putrajaya.
Keberkesanan perlaksanaan Doktrin 1-7 ini juga penting dalam usaha menepis dan melenyapkan kelemahan pakatan rakyat dari pemikiran dan minda rakyat. Antara kelemahan pakatan yang perlukan damage control segera ialah;
1. No. 1 standard la. Kerosakan beyond reasonable doubt kredibiliti ketua umum pakatan. 2. Kes murtad yang menggugat kesucian Islam dan sikap tegas Dr Hassan Ali. Isu ini juga turut membogelkan keikhlasan perjuangan PAS yang sering dikatakan suci. 3. Perjuangan songsang Ambiga yang boleh menjauhkan sokongan rakyat terhadap pakatan. 4. Krisis idealogi perjuangan yang semakin kronik dalam kepimpinan PAS. Ideologi Erdogan vs ideologi asal PAS. 5. Tanggungjawab mission impossible PAS dan pemimpin melayu PKR dalam mensucikan perjuangan DAP pada pandangan orang melayu. 6. Membendung tembelang DAP yang sedang berpura-pura untuk menjadi lebih Malaysian dari Malaysian dan lebih melayu dari melayu. 7. Banyak lagi. Tak larat tulis.
Jika damage control isu 1-7 ini dapat dilakukan dengan berkesan, sebelah lagi kaki pakatan akan dapat dijejakkan ke Putrajaya.
Maka negara Malaysia akan dapatlah diperintah oleh pakatan. Maka akan terjadilah sesuatu yang selama ini memang termasuk di dalam perkara mustahil, iaitu Air dan Minyak sudah boleh bercampur. Ia berlaku di Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak sedar tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini terutama sekali yang membabitkan penguasaan kartel-kartel pengimport makanan ke Malaysia.
Malaysia tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup di dalam negara dan terpaksa membeli makanan dari luar untuk menampung keperluan asasi itu.
Dan kalaupun mampu serta cukup untuk penghasilan dalam negeri, akan ada satu pihak yang menjadi kuasa pendesak untuk memastikan, negara memerlukan komoditi import dan merekalah penguasa import berkenaan menerusi penguasaan pasaran, pengedaran dan penetapan harga.
Para penyokong DAP yang cuba membangkitkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Cina, cuba mengungkit tentang penguasaan syarikat-syarikat Bumiputera dalam BERNAS walaupun banyak syarikat beras yang bernaung di bawah jenama BERNAS itu adalah syarikat bukan bumiputera.
DAP juga dikesan cuba membangkitkan persoalan tentang penguasaan syarikat Bumiputera yang membeli ladang padi di sebuah negara di Indochina. Begitu juga dengan cubaan sebuah lagi syarikat Bumiputera yang melabur di Asia Tengah dalam bidang perladangan bagi memastikan stok makanan kecemasan untuk Malaysia terjamin.
Bagaimanapun, DAP tidak pernah membangkitkan persoalan tentang penguasaan syarikat-syarikat bukan Bumiputera dalam penguasaan empayar makanan yang lain, contohnya pengimportan daging.
Sebahagian daripada pendana utama untuk pilihanraya, adalah bersumberkan kartel-kartel ini. Kartel-kartel ini menggunakan orang-orang politik bagi memastikan monopoli mereka tidak terjejas.
Tahukah anda, keseluruhan pengimport daging ke negara ini dikuasai oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan bukan Islam? Tahukah anda berapa nilai sebenar pengimportan daging halal ke negara ini? Dan tahukah anda bagaimana kartel-kartel ini memastikan penguasaaan empayar mereka tidak terjejas?
Malaysia secara amnya merupakan sebuah negara yang lengkap serba-serbi. Sebagai sebuah negara yang subur, mempunyai hujan yang mencukupi, cuaca yang baik dan mempunyai sumber yang lebih dari mencukupi, tidak seharusnya Malaysia menjadi pengimport makanan terbesar bagi rakyat yang berjumlah 27 juta orang.
Seringkali dipersalahkan tentang kepenggunaan tanah yang tidak cekap. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana pasaran telah 'ditutup' dan dihalang oleh kartel-kartel berkenaan untuk memastikan, mereka boleh terus mengimport dan mendominasi harga pasaran.
Pengusaha-pengusaha tempatan amat sukar menjual penghasilan mereka kerana hampir keseluruhan rangkaian pengedar, pemborong dan orang tengah enggan memberikan kerjasama dan tidak mahu memecahkan monopoli mereka selama ini.
Pernahkah terfikir, ketika puak-puak ini memperjuangkan peluang perniagaan yang seciput pada Bumiputera dan mempersoalkan bantuan atau soft loan yang diterima walaupun kelompok mereka sendiri sudah menerima kemudahan tersebut jauh lebih lama dan lebih besar dari kelompok bumiputera, mereka enggan membuka peluang monopoli yang telah mereka kuasai sekian lama
Dan untuk menjaga monopoli tersebut, mereka mempergunakan segala peluang, termasuklah ahli-ahli politik Melayu-Bumiputera bagi memutarbelitkan perkara sebenar.
1- Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata mereka menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) diatas alasan kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.
"Bagi saya tak ada (ruang) lah..Sekarang ini nampaknya orang macam saya dan TS Kadir tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)..(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah" – Ku Li
Bagi setengah pandangan orang Umno, termasuk pandangan penulis sendiri, Ku Li ini adalah sampah yang hanya menunggu tarikh pelupusan yang masih lagi tersimpan didalam Umno. Malah Amanah ialah NGO sampah-sampah buangan Umno.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Ku Li dan pengakuan beliau sendiri bahawa sampah-sampah seperti beliau tidak lagi ada ruang dan tempat bersuara didalam Umno. Siapa kah yang masih gemar pandangan beliau, malah suara beliau tidak lagi laku dan didengari. Beliau adalah dinasour yang pernah menjahanamkan Umno dan pengujudan Umno(Baru). Ramai yang masih ingat lagi keujudan dan berkecainya Parti Semangat 46. Bukannya silap Umno, tetapi memang beliau dibenci.
Ingat lagi skandal loan BMf? Lorrain Esme Osman baru sahaja meninggal dan tertanam bersama beliau segala rahsia Ku Li.
2- Ku Li seperti juga Anwar apabila memegang jawatan Menteri Kewangan telah menganggap mereka paling berkuasa didalam Malaysia dan tanpa segan silu dan terburu-buru hendak menjatuhkan Presiden Umno.
Bagi Ku Li beliau berkehendakan "kebebasan mutlak", seperti mana beliau bebas membuat sesuka hati seperti mengharamkan Umno. Beliau pernah nikmati kebebasan mutlak semasa zaman Tun Mahathir. Sebenarnya Ku Li kerinduan saat-saat manis beliau bebas dan sebebas-bebasnya nya di zaman Tun Mahathir.
3- Dengan apa yang beliau lakukan sekarang dengan menubuhkan NGO Amanah dan bercakap sana-sini mengkritik Umno dan Kerajaan, apa kah itu bukan kebebasan namanya.?
Apa kah pemimpin-pemimpin Umno yang kekadang terlebih bercakap menentang arus dan bercanggahan dengan Umno sekarang bukan kebebasan namanya? Contoh seperti Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.
Jika berkehendakan 'kebebasan mutlak', Ku Li boleh bercantum bersama PAS-PKR-DAP, mana lah tahu, kebebasan mutlak mungkin terdapat disana. Untung-untung Ku Li boleh mengantikan Anwar apabila beliau dipenjarakan. Pok Nick perlukan Ku Li. DAP perlukan kaldai baru. PKR akan hancur lebur berkecai.
Halatuju Ku Li tidak jelas dan beliau kesuntukan masa.
Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
KUALA LUMPUR, 9 Nov – Pemuda dan Wanita UMNO hari ini menyifatkan tuduhan pihak pembangkang berhubung Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihan raya umum.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC) adalah tidak benar.
"Tuduhan yang dibuat ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar kerana tidak membawa apa-apa kebenaran di mana saya sendiri telah membuat penyelidikan yang dibuat melalui laman web dan temu ramah dengan pihak berkaitan.
"RM81.2 juta itu bukan sahaja bertujuan menghasilkan daging mentah tetapi juga untuk membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Katanya NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.
"Ia juga berperanan untuk memajukan operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan," katanya.
Manakala berhubung dengan dakwaaan tentang pemberian diskaun, anggota Parlimen Rembau itu berkata RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging.
"Ini termasuklah hypermarket besar di negara ini seperti Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran hotel-restaurant-catering'," katanya lagi.
Kenyataan saya berhubung isu National Feedlot Corporation yang mana terbahagi kepada dua, iaitu bahagian satu yang merangkumi kenyataan akhbar yang telah saya buat di parlimen dan juga respon serta jawapan saya kepada kenyataan YB Machang, yang terkandung dalam kenyataan beliau, di bahagian dua.
Bahagian 1: Kenyataan YB Rembau – National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional
Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan bahawa projek tersebut adalah gagal.
Pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan tersebut bersifat liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihanraya dengan pertelagahan dalaman sesama umpama retak menunggu belah.
Terdapat beberapa kepincangan daripada tuduhan mereka yang mana bersifat melulu dan kejahilan yang sangat nyata: -
[1] Pembangkang menuduh bahawa pihak NFC mendapat tanah seluas 5,000 ekar secara percuma
Ini adalah satu kepalsuan kerana NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekarsecara pajakandaripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan.
[2] Dakwaan bahawa daging mentah keluaran NFC dijual kepada restoran Meatworks, Senor Santos dan Brawn yang beroperasi di Singapura.
Ia bukan sahaja tidak masuk akal bahkan mustahil kerana NFC beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang pengimportan daging mentah daripada Semenanjung Malaysia akibat kerisauan risiko penyakit kaki dan mulut (foot and mouth disease).
[3] Tuduhan bahawa projek fidlot tersebut gagal menepati sasaran asal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 60,000 ekor lembu setahun
Perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa"sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai."
Mengikut laporan yang sama, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai.
[4] Pembangkang menuduh Kerajaan berbohong apabila menyatakan bahawa tidak semua daripada jumlah pinjaman RM250 juta yang diberi telah dibayar bagi kegunaan NFC
Pembangkang membuat tohmahan berasaskan kepada laporan penyata kewangan tahunan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, yang telah difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana telah menunjukkan hutang jangka panjang sejumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada pinjaman daripada Kerajaan sebanyak RM250,000,000 dan geran Kerajaan sejumlah RM6,082,518.
Dengan laporan tersebut, pembangkang mendakwa bahawa jumlah pinjaman tersebut telah disalurkan sepenuhnya untuk digunakan oleh NFC.
Ini adalah satu pembohongan dan kecuaian. Ini kerana mereka mengambil sikap untuk langsung mengabaikan laporan Ketua Audit Negara 2010, yang mana sedang hangat dijaja mereka, yanga mana laporan itu menyatakan jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.
Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman.
Jika laporan Ketua Audit Negara bagi kedudukan Disember 2010 menyatakan bahawa masih ada baki masakan pembangkang boleh terus mengatakan bahawa pada Disember 2009, kesemuanya telah disalurkan. Ini menunjukkan kecuaian dan sikap mereka mendiskriminasi dan memusingkan fakta untuk kepentingan politik.
Disamping itu, ingin dijelaskan bahawa sejurus selepas kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pinjaman sejumlah RM250 juta itu. Ia telah dimasukkan kedalam sebuah akaun khas di atas nama NFC namun dikawal selia dengan ketat oleh Kerajaan. Bagi tujuan sebarang pengeluaran, pihak NFC hendaklah membuat kertas kerja dan justifikasi untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal (Authorised Technical Commitee dibawah Jabatan Veterinar) yang telah ditubuhkan khas bagi mengawal selia dan menantau projek fidlot ini. Setelah Jawatankuasa Teknikal berpuas hati maka ia akan mengeluarkan kelulusan untuk pertimbangan Kementerian Kewangan, yang mana mempunyai keputusan akhir pengeluaran wang dari akaun khas tersebut.
Setelah kesemua proses itu meluluskan keperluan pengeluaran maka pihak Kerajaan, yang mana merupakan salah satu daripada penandatangan akaun bank tersebut, akan menandatangani pengeluaran dana yang dipohon.
Ia satu proses yang ketat.
Apa yang ingin diketengahkan adalah proses kawal selia dan pemantauan di mana pinjaman itu walaupun sudah diluluskan mesti melalui proses pengeluaran yang ketat. Yang kedua, tuduhan yang mana kesemua wang tersebut telah disalurkan untuk diguna NFC adalah satu penipuan dan menampakkan sikap pembangkang yang bukan sahaja mendiskriminasi bahkan sengaja mengenepikan laporan Ketua Audit Negara 2010 bila dirasakan tidak menguntungkan mereka.
Berdasarkan status terkini, jumlah pengeluaran terkumpul adalah sebanyak RM180.5 juta.
[5] Pengeluaran wang serta pemberian diskaun kepada syarikat sekutu
Pihak pembangkang mendedahkan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan juga memberikan diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutunya iaitu Real Food Company Sdn Bhd (RFC).
Perlu dijelaskan bahawa tujuan projek fidlot ini mempunyai pelbagai objektif sebagaiaman di bawah dan bukannya sekadar menghasilkan daging mentah:
a)Pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang, makmal dan sebagainya yang boleh menampung keperluan keseluruhan projek ini
b)Memenuhi konsep pembangunan PFN yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Integrator PFN meliputi rangkaian pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bekalan input secara bersepadu, serta membeli hasil peladang kontrak atau ladang satelit, sebagai integrator
c)Membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia
d)Menjanakan kapasiti membangunkan industri pedaging negara dari aspek penghasilan produk termasuk hasil hilirannya, membawa dan mengadaptasikan teknologi penghasilan ternakan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam system pengeluaran dan juga pemprosesan, dan melaksanakan pemindahan teknologi baru dalam pengeluaran ternakan rangkaian PFN.
Di dalam aspek ini, NLMC telah dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit. Pada masa yang sama ia juga berperanan untuk memaju operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Entrepreneur Development Program.
Ia adalah salah satu teras objektif projek ini iaitu bagi membina ekosistem industri fidlot.
Berhubung dakwaan tentang pemberian diskaun, RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging melalui RFC seperti hypermarket besar di negara, termasuk Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani seluruh negara, dan juga pasaran 'horeca' (hotel-restaurant-catering) dan syarikat-syarikat pengeluar makanan downstream seperti burger dan hotdog.
[Nota: Dulu mereka menentang, hari ini dah flip-flop pula. Memang dasar hipokrit!]
Sinchew Daily News
m/s 28
7 November 2011 (Isnin)
Kementerian Pelajaran Degil
Penulis: Yan Yu
Pergerakan pertubuhan PIBG dalam facebook mendapat 75 ribu ibu bapa menyokong kekalkan PPSMI. Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran Muhyiddin Yassin berkata, jika dibandingkan dengan murid seramai 530 ribu orang, dengan bilangan 10 ribu buah sekolah termasuk guru-guru dan murid-murid, bilangan 75 ribu itu jika dibandingkan adalah terlalu kecil.
Makna di sini menunjukkan, kementerian pelajaran telah mengeluarkan arahan untuk mansuhkan polisi PPSMI yang telah dilaksanakan selama 9 tahun itu, adakah seramai 530 ribu murid dan guru-guru itu semua setuju? Adakah pihak kementerian pelajaran sudah membuat soal selidik terprincin, mendengar suara guru-guru dan murid-murid berkaitan pandangan mereka terhadap PPSMI?
Di peringkat sekolah rendah menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar sains dan matematik, dikartakan ia mudah difahami, tidak perlu dihuraikan lebih lanjut dari itu. Murid-murid boleh menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bahasa kebiasaan serta bahasa kemahiran mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu, bagi memperkukuhkan asas sains dan matematik mereka, memang secara amnya orang ramai tidak membantah.
Apabila melangkah ke sekolah menengah, sains dan matematik ditukar kepada bahasa kebangsaan? Murid sekolah rendah yang naik ke sekolah menengah akan bertanya: "selepas sekolah menengah masuk ke kolej dan universiti, bahasa penghantaran sains dan matematik menggunakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris?"
Cuba kita lihat pada tahun 80-an sekumpulan orang-orang yang berpengalaman belajar sains matematik menggunakan bahasa kebangsaan; "adakah kamu semua mendapat manfaatnya?" orang-orang yang tidak melanjutkan pelajaran ke Universiti, " langsung tidak mendapat sebarang manfaat dari pembalajaran itu."
Selepas tamat universiti ataupun kolej, dunia maklumat sains dan matematik, buku-buku pendidikan serta buku-buku rujukan semuanya dicetak dalam bahasa Inggeris, tangan kita boleh jadi lenguh menyelak muka surat-muka surat kamus. Buat laporan kerja-kerja kursus tesis menggunakan bahasa Inggeris, perbendaharaan kata dalam penggunaan bahasa sains dan matematik lintang pukang dan bercampur aduk, kita perlu tahu tatabahasa bahasa Melayu berkaitan sains dan matematik kebanyakannya diolah dari bahasa Inggeris! Susah untuk membentuk sebuah kerja kursus yang betul, jika menggunakan bahasa lisan untuk tujuan itu juga lebih menyusahkan kita.
Kementerian Pelajaran membuat keputusan secara degil, secara mudah heret pendidikan negara ini undur 30 tahun ke balakang, melawan arus balik kepada tahun 1980-an, di Abad ke-21 hari ini, harapan rakyat melihat pelajaran negara ini berpatah balik di kedudukan asal seperti dahulu, rakyat sudah tidak dapat bersabar lagi; kerana kementerian pelajaran mahu kita kembali ke zaman tahun 1980-an, kembali kepada asal dulu?
Jawapan dan teriakan oleh murid-murid sekolah rendah pun boleh memahaminya secara jelas isu itu, walaupun mata orang-orang dewasa tidak nampak dan tidak perasaan perkara itu berlaku, sebenarnya pihak mereka mahu gadaikan masa depan anak-anak secara terang-terangan, apa maksudnya semua itu?
Lama tak menulis, sibuk dan direhatkan. Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan terkawal dan baik, tambahan pula disertai oleh doa ikhlas dari para sahabat dari dekat dan jauh merintasi sempadan himalaya dan laut cina selatan.
UMNO tumPAS yang sangat popular dalam wall facebook waktu ini telah dapat melahirkan banyak ahli-ahli yang tidak berkepentingan diri, sama ada mereka itu ahli PAS, UMNO atau PKR dan juga yang tak 'reti' berparti, semuanya telah memberi sumbangan, kadang-kadang boleh menjejaskan ketenteraman seseorang terutamanya para pemimpin politik Kelantan.
Yang banyaknya, kritikan dan teguran dalam wall UMNO tumPAS telah mendatangkan hasil yang baik kepada rakyat, dengan adanya teguran yang berbunyi keras tapi membina telah banyak masaalah rakyat dapat diselesaikan, yang bertanggongjawab prihatin dengan teguran dan terus mengambil tindakan sehingga masaalah 'air car' pun dapat diselesaikan.
Begitu juga dalam menyelesaikan isu masyarakat dan hukum, baru-baru ini pada 5.11.2011 bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu, group UMNO tumPAS telah berjaya mengadakan 'BICARA HUDUD' yang mana pentas diisi oleh Mat Kamil Awang (MKA) sebagai pengerusi dan ahli penalnya ialah Dato' Mat Iraqi (Ulama), Dato' Dr. Mohd Fadhli, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Sdr Tarmizi seorang peguam muda.
Bicara Hudud dikira berjaya kerana rakyat Kelantan yang hadir bersepakat menerima hasrat dan niat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, yang tak setuju pula tidak melahirkan pendapat dan hujah diwaktu majlis bicara hudud dilangsungkan tapi terus pertikai dalam facebook kerana yang hendak melaksanakan Hukum Hudud bukannya dari UMNO. Ertinya mereka yang menyokong UMNO secara buta dan tuli saja tak sokong Hukum Hudud.
Yang ada sikit panas dalam wall facebook UMNO tumPAS minggu ini berkaitan dengan YB.Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, soal calun PRU 13 dalam PAS, Kota Bharu. Encik Zawawi Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan (hero subsidi baja) dalam isu 'wang mayang' dan calun BN Pasir Puteh serta 'Agah'nya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kisah pembahagian daging lembu di Bachok.
Semua isu tersebut hanya sekadar percambahan minda dan percerahan maklumat untuk dihayati oleh penyokong dan diambil tindakan oleh yang disasarkan. YB Wakaf Baru, Tumpat ternyata amat prihatin menyelesaikan kepayahan rakyat.
Kerajaan Pakatan Selangor, buat gimik lagi, kononnya akan melaksanakan gaji minimum bagi syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan negeri.
Semasa membentangkan Bajet 2012 negeri, Khalid turut mengumumkan, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM10 juta pada syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang kurang mapan kewangannya.
Namun pelkasanaan gaji minimum itu hanya berkuat kuasa tahun depan.
KEPUTUSAN PRU-12, terdapat 14 kerusi parlimen yang dimenangi samada oleh BN atau PR dengan maajoriti di bawah 500 termasuk PRK Hulu Selangor, kecuali Kuala Selangor, 826 undi.
Pihak mana kah yang berjaya merampas kerusi-kerusi tersebut? apa kah masih mampu dipertahankan oleh penyandang?
Kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti kecil
Kawasan yang dimenangi PR dengan majoriti kecil
Pada PRU-12, BN mendapat 140 kerusi parlimen berbanding PR 82. Walaupun berlakunya PRK selepas pilihanraya itu, namun komposisi kerusi tidak berubah. PR hanya kehilangan jumlah kerusi di dewan rakyat pada masa ini kerana wakil rakyat mereka, berubah menjadi wakil rakyat bebas, demiian juga berlaku pada BN, apabila komponen parti itu, SAPP menjadi bebas di parlimen.
Melihat kepada keputusan PRU-12 itu, semuanya boleh berlaku, samada 14 kerusi itu ditawan BN atau ditawan PR atau tetap tidak berubah.
Memandangkan kepada jumlah majoriti yang diperolehi, sudah tentu masing-masing pihak telah melakukan percaturan samada untuk mempertahankan atau merampas kerusi-kerusi tersebut.
Jika sekiranya, status quo bertahan, maka pada PRU-13, akan datang, nampaknya PR masih kempunan merampas Putrajaya.
Salam sejahtera! Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
1 ulasan:
Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
Catat Ulasan