Pakatan Rakyat |
Posted: 03 Oct 2011 04:18 PM PDT | Pakatan bentang Belanjawan Sejahtera hari ini Posted: 03 Oct 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pakatan Rakyat akan melancarkan Belanjawan 2012 versinya dengan nama Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 esok (hari ini). Belanjawan itu akan dibentangkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1 tengahari esok (hari ini). Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat. | SAPA NAK MERASA HIDUP DI TAHUN 2080, SILA KE KLINIK KESIHATAN AMPANG Posted: 03 Oct 2011 05:33 AM PDT | Pendedahan Guru: Umno perkuda Kementerian Pendidikan untuk 'cuci otak' Posted: 02 Oct 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Regim Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi 'mencuci otak' guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat.
Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya. | Zainah Anwar (Sister in Islam) Hina Hudud !!! Posted: 02 Oct 2011 06:00 PM PDT Zainah Anwar, pengasas SIS Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia. * Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol. *Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya. *Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan. *Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol. *Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam. Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.... Bloglist Malaysia |
Posted: 03 Oct 2011 04:12 PM PDT [KD] LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan. "Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah," kata Cynthia. Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu. "Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan. "Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu. "Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara," tambah beliau. Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes. Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham. Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara. Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok. "Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan