DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI |
100 keluarga terima bantuan Deepavali Posted: 20 Oct 2011 06:11 AM PDT GURUN : Seramai 100 keluarga dari kalangan masyarakat India di sekitar Gurun menerima bantuan sempena Deepavali yang disumbangkan oleh Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Jerai. Bantuan berupa hamper barangan keperluan harian itu disampaikan oleh ketua pemudanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai dan turut ditemani timbalan pengerusi DHPP, Yanapapasagam a/l Kuppasamy. Firdaus dalam ucapannya berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan golongan yang kurang berkemampuan membuat persiapan untuk merayakan pesta cahaya itu. "Setiap tahun kami akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu golongan kurang berkemampuan di kalangan masyarakat India di sini untuk sama-sama bergembira menyambut perayaan Deepavali. "Kita buktikan slogan 'PAS FOR ALL' bukanlah sekadar laungan dan kita tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan keturunan dalam penyaluran bantuan khususnya kepada mereka yang memerlukan," katanya. Menurut Firdaus, langkah yang diambil pihaknya itu adalah sebahagian dari usaha dan pendekatan PAS dalam menguatkan perpaduan antara kaum serta mengukuhkan integrasi antara kaum pada masa depan. Ujar beliau lagi, tidak ada satu kaum pun yang akan tersisih dalam proses penyaluran bantuan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh parti untuk semua itu. |
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan