Khamis, 20 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


'Agih bantuan RM500 bawa dalam guni'

Posted: 19 Oct 2011 11:55 PM PDT


'Agih bantuan RM500 bawa dalam guni'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Okt 2011 : PAS bimbang pengagihan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 seperti diumum Perdana Menteri dalam Bajet 2012, bersifat 'kronisme dan akan berlaku ketirisan'.

Bercakap sewaktu membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkata, sesuatu yang amat sukar bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Ia kerana LHDN tidak mempunyai rekod pendapatan isi rumah untuk rakyat yang tidak layak membayar cukai, dan pada masa yang sama sangat ramai yang layak menerima bayaran tersebut.

"Kalau 40 peratus dari rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, tentulah yang layak menerima bayaran RM500 ini seperti disebut dalam ucapan Perdana Menteri, adalah 53 peratus dari rakyat Malaysia, ini jumlah sangat besar.

"Jelas, pengagihan oleh LHDN ini akan menjadi satu mimpi ngeri kepada pegawai dan kakitangan LHDN," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Pembayaran itu akan dibuat bermula Januari 2012 yang akan dilaksanakan oleh LHDN sebagai agensi utama.

Agensi lain turut terlibat adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia.

LHDN juga difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, Pakatan Rakyat akan memerhati mekanisma penyampaian bayaran tersebut dan akan memberitahu kepada rakyat jika ia mirip kepada kronisme dan berlaku penyelewengan.

"Yang Dipertua, lebih mudah untuk mengagihkan wang ini sekiranya ahli parlimen BN diberi wang cash, dibawa dalam guni dan pergi setiap kampung.

"Untuk setiap dua orang, seorang layak kerana 50 peratus rakyat layak dapat. Baru kita dapat namakan bajet Santa Claus," sindirnya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6074-agih-bantuan-rm500-bawa-dalam-guni


Projek rumah JP Perdana yang terbengkalai

Posted: 19 Oct 2011 11:55 PM PDT

Projek rumah JP Perdana yang terbengkalai
Aduan Rakyat
20 Okt 2011

Saya ada membeli rumah teres dua tingkat di JP Perdana , Johor Bahru pada tahun 2005. Pemaju perumahan tersebut Oxbridge Height Sdn Bhd sepatutnya menyiapkan perumahan tersebut pada tahun 2008. Namun sehingga sekarang kami rumah tersebut belum siap dibina.

Pemaju meminta kami menandatangani surat perjanjian baru dengan syarat kami tidak menuntut apa-apa bayaran pampasan.Sehingga sekarang saya tidak menandatangani sebarang surat perjanjian dengan pemaju tersebut.

Saya telah pun berhenti membuat pembayaran dengan bank kerana merasakan projek ini telah terbelengkalai dan sekiranya saya terus membuat bayaran semakin banyak wang yang direleasekan bank dan sekiranya rumah ini tidak siap saya yang terpaksa menanggung hutang .

Disamping menyewa rumah terpaksa pula mengeluarkan wang membayar wang rumah yang belum tentu dapat lagi.

Sekarang saya pula menghadapi tekanan di mana pihak bank menuntut pembayaran bulanan yang kian tertunggak . Saya buntu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut . Saya mohon ade pihak yang dapat menolong memberi nasihat bagaimana harus saya menyelesaikannya.

Sebagai pembeli saya rasa mempunyai hak kerana seharusnya rumah tersebut telah benar2 siap barulah kita sebagai pembeli mula membuat pembayaran bank.

Pemaju tidak langsung berminat mengambil tahu masalah kita sebalik menyatakan ini adalah urusan saya dan bank dan mereka tidak terlibat.

Saya mohon bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.

By: Nur Nilam

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-rumah-jp-perdana-yang-terbengkalai

Bajet 2012, lepasan Matrikulasi terus teraniaya, tertipu

Posted: 19 Oct 2011 11:29 PM PDT



Apalah malang sungguh nasib pelajar Melayu yang lulus cemerlang di Matrikulasi dan Asasi Sains tetapi tidak mendapat tempat di IPTA. Mana pergi jaguh-jaguh pembela Melayu di kalangan pemimpin Melayu? Adakah pelajar asing makin ramai diterima IPTA kerana mereka boleh beri pulangan lumayan melalui yuran yang tinggi?

Tolong baca artikel PELAJAR MELAYU TERUS TERTINDAS, PEMIMPIN PULA SIBUK BERPOLITIK di http://amkns.blogspot.com/2011/09/pelajar-asing-diutamakan-pelajar-melayu.html

Tangani segera masalah lulusan matrikulasi elak lebih ramai tercicir ke IPTA

Berita Harian 20 Okt 2011

BERITA eksklusif muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan mengenai kehampaan pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), walaupun mencapai kelayakan yang diperlukan.

Menurut laporan itu, 28 peratus daripada pelajar lepasan matrikulasi yang mencapai kelayakan minimum tidak mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA. Ini bermakna hampir 12,000 pelajar yang kebanyakannya daripada aliran sains dan sebelum ini mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada dalam keadaan terumbang-ambing menantikan nasib selanjutnya. Sekilas pandang, masalah ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang tidak harus berlaku.

Persoalan yang timbul, apakah pihak bertanggungjawab terhadap pengambilan pelajar matrikulasi dan pengambilan pelajar ke IPTA tidak terlebih dulu menyelaraskan pengambilan pelajar agar tidak timbul soal limpahan pelajar ini.

Timbul persoalan kenapa selepas setahun setengah mengikuti pengajian pada peringkat matrikulasi, baru pelajar ini mendapati mereka tidak mempunyai tempat di IPTA?

Kita yakin kedua-dua kementerian terbabit dalam isu ini, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah duduk semeja dan membincangkan soal penyelarasan pengambilan masing-masing. Namun pihak terbabit tidak pernah menjanjikan setiap pelajar yang lulus akan mendapat tempat untuk mengikuti kursus pilihan mereka di IPTA.

Kita juga tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi demi masa depan pelajar terbabit khususnya Melayu, kedua-dua kementerian wajar menangani masalah ini dengan segera bagi mengelak lebih ramai pelajar Melayu tercicir peluang meneruskan pengajian ke IPTA.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_TanganisegeramasalahlulusanmatrikulasielaklebihramaitercicirkeIPTA/Article

Bajet 2012, Pengetua Sekolah Agama Kerajaan Tercicir

Posted: 19 Oct 2011 11:27 PM PDT



Semak semula gaji Pengetua SABK - KAMI Pengetua-pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) memohon pihak Kementerian Pelajaran menyemak semua kedudukan kami.

Kami kini berada di Gred DG 41 (Gaji akhir RM5,226.00) dan ada yang DG 29 (Gaji akhir RM3,441.00) kemungkinan pihak Menteri Pelajaran tidak dimaklumkan kedudukan gred kami sebagai pengetua.

Kami mendaftar dengan Kementerian Pelajaran pada tahun 2006 dan 2007. Kami semua telah diberi taklimat oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran tentang status kami.

Bagaimanapun kami merayu kepada Menteri Pelajaran untuk menyemak semula kedudukan kami. Kami tidak mendesak, tetapi baru-baru ini Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2012, kami merasakan patut diberi Gred 48 ataupun imbuhan yang sama dengan Gred DG 48 (Gaji akhir RM6,325.00).

Lagi sekali kami merayu mohon Menteri Pelajaran dapat mempertimbangkan rayuan kami yang tertindas dengan sebab tugas harian.

RAKYAT DIDAHULUKAN
Utusan Malaysia 20 Okt 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Kerajaan BN roboh gerai dan nak roboh surau di N.Sembilan

Posted: 19 Oct 2011 09:35 PM PDT



Gerai diroboh tanpa notis - Seorang peniaga, di sini kerugian kira-kira RM4,000 apabila gerai miliknya dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, awal pagi semalam. Perkara itu hanya disedari pemiliknya, Faridah Osman, 40-an sejurus tiba di kawasan berkenaan pada awal pagi.

Faridah terus memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya, Halijah Md Rof, 70 tahun yang menetap di kawasan berhampiran gerai miliknya.

Halijah berkata, Faridah mula berniaga di kawasan lapang di Batu 17 1/2 Jalan Seremban sekitar Ramadan lalu.

Menurutnya, mula-mula Faridah berniaga lemang semasa Ramadan dan dari situ dia terus berminat untuk berniaga secara sepenuh masa.

"Selepas itu, dia berjumpa dengan ketua kampung, jawatankuasa surau dan wakil rakyat di kawasan ini untuk meminta pandangan serta kebenaran.

"Dia mendapat sokongan penuh daripada wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di kawasan ini. Malah, penduduk di sini juga senang dengan tindakannya yang mahu berniaga," katanya.

Halijah berkata, kini Faridah menjual nasi lemak dan kuih-muih.

"Faridah membelanjakan hampir RM4,000 untuk mendirikan gerai secara kekal," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Apa yang dikesalkan oleh Halijah dan Faridah adalah pihak Majlis Daerah Jelebu tidak memberi kebenaran untuk Faridah berniaga di kawasan itu kerana tanah berkenaan adalah hak milik kerajaan selain berhampiran dengan jalan persekutuan.

Halijah berkata, Faridah tidak pernah menerima apa-apa notis berhubung kerja-kerja merobohkan gerai berkenaan yang masih belum siap dibina sepenuhnya.

"Saya hairan mengapa ramai peniaga yang berniaga di tepi jalan malah di kawasan berbahaya seperti di selekoh dibenarkan berniaga.

"Sedangkan lokasi gerai ini jauh dari jalan raya dan pelanggan juga tidak akan meletakkan kenderaan di jalan raya kerana boleh meletakkannya di kawasan pekarangan surau ini," katanya.

Menurutnya, Faridah adalah orang tempatan dan bukan orang luar.

"Mengapa pihak MDJ tidak boleh bertolak ansur dengan kami? Malah Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan juga pernah memaklumkan kepada saya bahawa SURAU DI BELAKANG GERAI INI JUGA AKAN DIPINDAHKAN KERANA DIBINA DI ATAS TANAH KERAJAAN.

"Padahal surau ini adalah usaha arwah suami saya, Jamaluddin Abdul Rahman. ARWAH SUAMI SAYA BERSAMA DUA LAGI RAKANNYA YANG BERUSAHA MENDAPATKAN SURAU INI KERANA PERMINTAAN PENDUDUK DAN SEKARANG HENDAK DIROBOHKAN JUGA," katanya.

Katanya, Faridah mempunyai tiga anak yang masih bersekolah. Anak yang sulung menuntut di tingkatan tiga di sebuah sekolah di Terengganu.

"Manakala anak kedua dan ketiga masing-masing berada di tahun enam dan tiga di sebuah sekolah di daerah ini.

"Suami Faridah adalah seorang kakitangan Felcra di Negeri Pahang. Selain anak, Faridah turut menanggung bapanya yang kini sakit tua," katanya.

Sinar Harian
20 Okt 2011

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9653874.asp

Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Oct 2011 04:58 PM PDT

Serta Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

Dapatkan maklumat semasa di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Tiada ulasan:

Pengikut