Selasa, 11 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 11 Oct 2011 04:04 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 10 Oct 2011 11:13 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR tubuh ranting baru di Kg Chandan, Jalan Krau 1, Raub

Posted: 10 Oct 2011 03:56 PM PDT

Penduduk Kg Chandan menikmati makanan yang dimasak khas oleh Kak Zainon
Inilah kali pertama Biro Masyarakat Orang Asal PKR membuat lawatan kerja secara rasmi ke Kg Chandan, dan sesetengah penduduk masih "malu-malu" berhadapan kamera.
Kehadiran kanak-kanak begitu nyata sekali, secara keseluruhannya hampir 100 orang kanak-kanak yang hadir.
Mereka seronok dengan program seperti ini dan mereka nyatakan bahawa inilah kali pertama mana-mana parti politik yang melawat kampong mereka secara bersantai. UMNO hanya hadir semasa Pilihanraya untuk mendapatkan undi.


Saya sampai di rumah Abang Ali (Ali Wahid) dan Kak Ainon di Kg Ulu Gali, Raub jam 2.45 petang dan saya minta izin untuk menunaikan solat dahulu walaupun Kak Ainon sudah menyediakan makanan, cukup enak masakan lemak ikan dan terung telunjuk.

Siti Zainab Zainuddin, Ketua Penerangan Wanita PKR Pahang telah pun berada di rumah Abang Ali manakala Pn Kamsiah dan Haris Abdullah sudah pun bertolak ke Kg Chandan dari Raub.

Setelah menjamah makanan dengan cukup berselera dengan dua kali bertambah, kami meninggalkan rumah Abang Ali dengan dua buah kereta.

Kami sampai di Kg Chandan jam lebih kurang 3.30 petang. Penduduk kampong yang sudah diberitahu terlebih awal oleh Abang Ali sudahpun berkumpul di kampong itu.

Bedu, ketua kepada penduduk di kampong itu menyatakan bahawa orang lelaki hanya boleh datang pada jam 5.00 petang kerana mereka masih belum pulang dari tempat kerja, maka kehadiran di sana dipenuhi oleh kaum wanita dan lebih kurang 10 orang lelaki dewasa sahaja, manakala hampir 100 orang kanak-kanak.

Saya diminta berucap dan didalam ucapan ringkas saya itu sempat saya menerangkan masalah yang dihadapi oleh Orang Asal di Negeri Pahang khususnya berhubung dengan masalah yang mereka hadapi mengenai tanah mereka.

Orang Asal juga berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar dengan pendapatan yang kecil dan berhadapan dengan masalah kurang diberikan perhatian oleh kerajaan dibidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi.

Tanah-tanah yang dahulunya menjadi kawasan mereka dan didiami oleh nenek moyang mereka kini sudah dibuka menjadi ladang-ladang milik syarikat-syarikat besar dan juga ladang-ladang yang dibuka oleh anak-anak syarikat kerajaan.

Rezab Orang Asal di Negeri Pahang semuanya sudah dibatalkan dan dikawasan-kawasan itu kini diwujudkan Rezab Perhilitan untuk penjagaan binatang-binatang. Orang Asal yang didapati menceroboh kawasan-kawasan Rezab Perhilitan ini akan ditangkap dan didakwa di Mahkamah.

Kini sudah terdapat ramai dari kalangan Orang Asal yang sudah ditangkap dan didakwa di Mahkamah seperti Mahkamah Magistrate Jerantut, Temerloh dan Rompin kerana kesalahan menceroboh kawasan hutan Rezab Perhilitan dan memiliki daging-daging dari buruan hutan.

Parti Keadilan Rakyat bersama-sama dengan NGO-NGO orang Asal kini sedang memperjuangkan supaya Tanah komunal bagi Orang Asal diwartakan dan menjadi kesalahan jenayah yang berat bagi mana-mana pihak lain menceroboh kawasan yang diwartakan itu, dan didalam kawasan yang diwartakan itu Orang Asal boleh memohon geran tanah untuk keperluan mereka.

Saya menerangkan bahawa berlaku perbezaan yang nyata diantara pentadbiran Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan negeri-negeri yang ditadbirkan oleh Barisan Nasional, kerana di Selangor penduduk-penduduk Orang Asal sudah mulai menerima geran-geran tanah dan kini Kerajaan Selangor mulai pula melindungi tanah Orang Asal dengan suatu Ordinan yang baru agar tanah mereka tidak lagi dapat diceroboh oleh mana-mana pihak.

Saya juga memaparkan masalah yang dihadapi oleh beberapa buah kampong Orang Asal di Rompin.

Di Kg Ganu umpamanya tidak ada bekalan air bersih dan elektrik, dan jalan ke kampong itu adalah jalan tanah yang begitu buruk. Di kampong itu, penduduknya menggunakan air paya untuk mandi, minum dan memasak dan membasuh pakaian sedangkan disitu juga tempat kerbau membuang najis.

Di Kg Kemomoi pula kanak-kanak tidak boleh bersekolah kerana sekolah yang terdekat adalah lebih kurang 40 kilometer dari kampong mereka sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa kemudahan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan mereka berhadapan dengan pendapatan yang sangat kecil.

Di Kg Bakar Sampah pula ada beberapa famili Orang Asal terpaksa berebut-rebut sisa-sisa makanan dan pakaian yang sudah dibuang apabila lori-lori sampah membuang sampah di kampong itu.

Inilah nasib Orang Asal dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.

Setelah berbincang dengan penduduk Kg Chandan, mereka sangat bergembira kerana wujudnya sebuah parti politik di Negara ini (PKR) yang memperjuangkan nasib mereka dan mereka mahu berjuang bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat.

Mereka putuskan untuk menubuhkan Ranting Parti Keadilan Rakyat di kampong mereka dan mereka telah tetapkan tarikh penubuhannya pada hari Isnin minggu depan iaitu pada 17hb Oktober 2011 jam 5.00 petang.

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 10 Oct 2011 09:11 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Tapak Pasar Malam dinaiktaraf

Posted: 10 Oct 2011 09:15 AM PDT

Tapak Pasar Malam dinaiktaraf

Pihak Majlis Bandaraya PJ telah menaiktaraf serta menyeragamkan syarat-syarat berniaga di pasar-pasar malam.

Semua peniag-peniaga diberikan lesen serta perlu menggunakan khemah yang dibekalkan oleh MBPJ.


Tempoh pajakan dilanjutkan dengan RM1,000

Posted: 10 Oct 2011 08:04 AM PDT

Tempoh pajakan dilanjutkan dengan RM1,000

ADUN Tmn Medan membuka kaunter pembayaran yuran pajakan di Kompleks Rakan Muda Arena, Petaling Jaya. Ia bagi memudahkan penduduk PJ membuat pertanyaan serta bayaran pajakan yang dilancarkan Jun lepas.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Jun 2011 mengumumkan'Skim Pemilikan Kediaman Persendirian' yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid , skim yang berkuatkuasa hari pada 1 Jun 2011 adalah hasil kajian bersama pejabat tanah dan galian, pejabat daerah, dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijangka dapat melengkapkan Skim Pemberian Geran yang bermula sejak tahun lepas.

Kajian dibuat setelah Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ramai rakyat Selangor dapat menikmati sepenuhnya skim pemberian geran kerana tidak mampu membayar premium.

"Melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000. Mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindahmilik, dipajak atau digadai.

Skim ini juga memberi peluang kepada mereka yang membayar premium penuh dalam tempoh enam (6) bulan daripada tempoh notis dikeluarkan untuk diberikan diskaun sebanyak 30% secara automatik," katanya.

Tambah Abdul Khalid , skim ini boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah. Bagaimanapun pindahmilik melalui mahkamah, turunmilik dan perwarisan adalah dibenarkan.

Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik kediaman persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil.

Inisiatif ini adalah satu reformasi oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi menyelesaikan masalah rakyat dalam pemilikan hartanah. Ini adalah kali pertama sebuah kerajaan negeri di Malaysia memperkenalkan skim mudah bayar demi menggalakkan pemilikan harta persendirian.


Anwar Ibrahim

Posted: 10 Oct 2011 07:30 PM PDT

Anwar Ibrahim


Pakatan Mahu Bawa Isu Kg Baru Kepada Agong

Posted: 10 Oct 2011 05:16 PM PDT

Malaysiakini

Walaupun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar isu berkaitan akta berkenaan diketengahkan untuk perhatian Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melengahkan perkenan baginda kerana perkara itu “menyentuh isu kepentingan penduduk Melayu”.

“Dia (kerajaan) lulus, dia boleh lulus. Sekarang ia masih di peringkat Dewan Negara (sebelum digazetkan). Kemudian (perlu) perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berbincang dengan Salahudin Ayub, boleh jadi perkara ini akan diketengahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor untuk melengahkan (supaya) tidak mengeluarkan kelulusan.

“Ini kerana (ia) menyentuh isu (kepentingan dan masa depan orang) Melayu dan penduduk Melayu (di situ),” katanya dalam majlis penerangan “Selamatkan Kampung Baru” malam tadi.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu, tidak menyatakan bila Pakatan Rakyat yang diterajuinya akan berbuat demikian.

Menyifatkan cadangan itu sebagai “saluran sementara”, Anwar berkata apa yang lebih penting tindakan itu dibuat bagi memastikan akta tersebut “tidak sempat dilaksanakan dengan sepenuhnya”.

“Kita nak beritahu bahawa rakyat ada pilihan,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh kira-kira 500 penduduk Kampung Baru yang hadir pada majlis tersebut.

Turut bersama adalah tiga ahli parlimen Pakatan iaitu Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Tian Chua (Batu) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak).

Gagal sekat

Rabu lalu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila ia diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Dalam ucapannya lagi, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik draf undang-undang tersebut yang dibentangkan sebelum ini.

“(Kerajaan) kena dengar pendapat rakyat (terlebih dahulu). Kena tengok dari segi undang-undang dan apa implikasinya (kepada rakyat)

“(Kehendak rakyat) mesti difahami, sebelum buat sesuatu,” katanya sambil menambah tidak perlu “kuasa mutlak” diberikan menteri untuk membangunkan di kawasan itu

Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya akan datang, pihaknya akan “membatalkan” undang-undang baru tersebut.

Mengimbau sejarah pembangunan di Kampung Baru, bekas timbalan perdana menteri itu menceritakan jasa bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris membantu membangunkan ekonomi orang Melayu.

Anwar menegaskan sepatutnya pemimpin Umno mencontohi Harun yang berusaha menolong orang Melayu, seperti memberi bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada penduduk di situ, yang mana ketika itu Kuala Lumpur berada di bawah Selangor.

MB diminta bantu

Beliau yang juga penasihat ekonomi negeri itu turut mencadangkan kepada Khalid supaya segera membantu penduduk Kampung Baru melalui anak-anak syarikat, berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar.

Anwar berharap perbincangan antara anak-anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor dapat diadakan demi kepentingan penduduk selewat-lewatnya sebelum solat Jumaat.

Beliau mengulas syor Khalid yang berucap sebelum itu, berhubung komitmen kerajaan Selangor untuk memberi “sokongan profesional” kepada penduduk Kampung Baru.

Sementara itu, Salahudin pula menempelak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahtaraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang disifatkan sebagai ‘sombong’.

Ini kerana dakwanya, menteri itu tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang untuk mencelah membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Memanglah mengikut peraturan mesyuarat, nak bagi jalan atau tidak itu hak menteri kepada kita (untuk) membahaskan rang undang-undang itu.

“Memang hak dia, kita tidak menafikan hak dia. Tetapi rang undang-undang yang menentukan masa depan orang Kampung Baru, yang dia adalah menteri wilayah persekutuan,” katanya.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, Khalid berkata beliau bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bertindak di bawah pejabat menteri besar dengan kerjasama antaranya PKNS dan Perbadanan Negeri Selangor Berhad untuk membantu membangunkan Kampung Baru.

Beliau turut mengumumkan seorang wakil kerajaan negeri yang kini sebagai adalah lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diarahkan memantau sebarang keputusan dewan tersebut berhubung pembangunan di situ.

“Beberapa rakan profesional dari kumpulan peguam menolong jawatankuasa ini untuk memahami dan merancang. Kumpulan perancang yang akan memberi idea perancangan (pembangunan) dan projek analisis,” katanya.

Khalid berkata jawatankuasa itu akan bertindang bermula hari ini (Selasa) atau lusa.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kampung Baru mempunyai hubungan sejarah dengan negeri itu melalui Malay Agriculture Settlement Act yang dibuat semasa kampung itu berada dalam Selangor.

“(Oleh itu) akta tersebut sebagai asas untuk menggembleng pemilik tanah (mengenai) apa yang mereka perlu lakukan dalam usaha pembangunan di Kampung Baru dan masyarakat di situ.

“Daripada pemahaman saya, undang-undang yang dikemukakan sekarang mesti dibaca dengan undang-undang yang sudah ada. Antara undang-undang itu adalah Malay Agriculture Settlement (MAS) Act… Itu asasnya.

“Sebab itu saya rasa ada peluang untuk kita menggunakan akta MAS sebagai asas untuk kita mencari jalan pembangunan yang boleh diterima oleh masyarakat di Kampung Baru,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Peruntukan Ad Hoc Tanpa Dasar Adil Cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012

Posted: 10 Oct 2011 05:09 PM PDT

Merdeka Review

Oleh KPRU

DEFISIT BERLARUTAN SELAMA 15 TAHUN

Peruntukan Belanjawan Najib 2012 sebanyak RM232.8 bilion memperlihatkan peningkatan sebanyak 9% berbanding dengan peruntukan pada tahun 2011.  Daripada jumlah tersebut, 78% atau RM181.6 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan 22% atau RM51.2 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion dan defisit Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK atau RM45.9 bilion.  Hal ini juga bermaksud, tahun 2012 merupakan tahun ke-15 Kerajaan Persekutuan mengalami defisit secara berterusan semenjak tahun 1998.

Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan dan Laporan Bank Negara Malaysia

Jelas, tumpuan Belanjawan Najib 2012 ialah PRU Ke-13, bukan masalah ekonomi khususnya bagaimana negara berdepan dengan ekonomi dunia yang tidak menentu dan risiko defisit 15 tahun berturut-turut.  Pakej Rangsangan Khas dengan jumlah projek bernilai RM6 bilion bukan sahaja tidak dibekalkan butiran, malah impaknya untuk merangsangkan ekonomi negara juga tidak meyakinkan.

Ekonomi dunia memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.  Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi dunia lemah dan disemak semula kepada 4 peratus pada tahun 2012, unjuran pertumbuhan ekonomi negara sekitar 5 hingga 6% bukan sahaja terlalu optimistik dan tidak meyakinkan, malah tidak bertanggungjawab. Pertimbangan PRU Ke-13 dan sifat short-sighted Belanjawan 2012 dilihat hanya mampu menjana pertumbuhan kurang daripada 4% pada tahun 2012.

Sesungguhnya, ramai penganalisa ekonomi berpendapat angka Kerajaan Persekutuan berhubung KDNK dan defisit adalah terlalu optimistik dan tidak meyakinkan.

Apabila diimbas kembali rekod displin fiskal khususnya bagi tiga tahun yang lepas Kerajaan Najib cenderung membentangkan sebuah Belanjawan Tahunan dengan kadar defisit yang lebih rendah, kemudian mengemukakan belanjawan tambahan pada masa depan yang bakal menyaksikan peningkatan perbelanjaan.

Jadual-jadual di bawah membuktikan kecenderungan yang dimaksudkan:


Kekurangan Dana dan Isu Pembiayaan

Menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Kerajaan BN dijangka mengumpul sebanyak RM88 bilion (berbanding RM58 bilion tahun lalu) melalui Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) bagi tujuan membiayai defisit belanjawan dan bon yang matang <1>.

MARC menjangkakan defisit belanjawan tahun 2011 berada pada paras RM45.5 bilion manakala MGS/GII yang matang pada tahun ini adalah bernilai RM45 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai keperluan pembiayaan berjumlah RM90.5 bilion.

Terbitan MGS telah mencecah RM66.5 bilion ataupun 74% daripada sasaran terbitan bagi tahun 2011. Menurut HSBC Global Research, dana asing berjumlah RM62 bilion telah dilabur di dalam pasaran MGS pada enam bulan pertama tahun 2011.<2>

Kini dengan pengumuman defisit sebanyak RM43.021 bilion bagi tahun 2012, isu pembiayaan sebenar yang bakal dihadapi Kerajaan Persekutuan menjadi persoalan penting.  Sejauh mana perangkaan sebuah Belanjawan Negara yang tidak berhemat bakal meninggalkan tanggungan berat kepada generasi muda pada masa depan?

GOLONGAN BERPENDAPATAN MENENGAH JUGA BERDEPAN DENGAN BEBAN HIDUP YANG BERAT

Golongan berpendapatan menengah yang bukan pelabur atau peniaga besar tidak layak mendapat “handout” RM500 kerana jumlah pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan fakta bahawa biasanya lebih daripada seorang ahli keluarga perlu bekerja. Namun mereka juga berdepan dengan beban hidup yang berat.

Golongan berpendapatan menengah yang juga merupakan pembayar cukai tidak mendapat sebarang bantuan bermakna untuk meringankan beban hidup.  Kadar caruman KWSP sebanyak 11% tidak diturunkan daripada 11% kepada 8%. Kadar cukai pendapatan individu juga tidak diturunkan. (sila lihat jadual di bawah) <3> Ekoran itu, golongan ketua isi rumah berpendapatan menengah berdepan dengan tekanan inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan boleh guna tidak bertambah.

MASALAH PERUNTUKAN AD HOC TANPA DASAR ADIL

Dasar Transformasi Nasional (DTN) lebih merupakan kumpulan siri projek yang memperlihatkan peruntukan secara rampang dan ad hoc melalui Belanjawan Najib meskipun DTN mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.  Sesungguhnya, perancangan dasar negara bukan sahaja memerlukan pemahaman masalah, desakan dan tuntutan rakyat tetapi juga pendekatan dan penyelesaian masalah secara dasar.

Dalam peruntukan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan, meskipun demi tujuan meraih undi untuk PRU Ke-13, Najib terpaksa memberikan peruntukan kepada semua jenis sekolah tanpa mengira jenis aliran, tetapi peruntukan secara mendatar (egalitarian) tanpa mengira nisbah peruntukan terhadap bilangan sekolah bakal menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikannya.

Pengiraan peruntukan RM1 bilion tersebut berdasarkan nisbah apabila dibandingkan dengan peruntukan Belanjawan Najib tanpa mengira nisbah memberikan scenario keadilan social yang berbeza dan memperlihatkan perbezaan antara peruntukan secara dasar dengan peruntukan secara ad hoc.

STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH TANPA MENGIRA NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA AD HOC)

STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA DASAR)

Pengagihan semula pendapatan negara apabila dilakukan secara dasar dapat menjamin pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Contoh pengiraan di atas menunjukkan bahawa, sekolah kebangsaan sewajarnya diberikan peruntukan sebanyak RM758.54 juta dan bukannya RM500 juta. Peruntukan ad hoc dan dasar tidak adil BN selama ini telah mengakibatkan peruntukan yang cacat dilaksanakan demi meraih undi menjelang PRU Ke-13.

Menyentuh pendidikan manusiawi, tidak cukup sekadar memansuhkan bayaran bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. Isu yang lebih penting ialah bagaimana beban bag murid sekolah yang berat dapat diberikan perhatian khusus dan isu penerbitan buku teks membabitkan kemelut antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn. Bhd. Harus diberikan penjelasan secara menyeluruh oleh kementerian dan agensi berkaitan kerana kemelut ini melibatkan persoalan dasar.

SUBSIDI KORPORAT KEKAL

Subsidi korporat kekal. Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak berniat hendak menstruktur semula dasar subsidi supaya subsidi korporat dijuruskan ke arah pengukuhan jaringan keselamatan social berlandaskan ekonomi manusiawi dan bukannya ke arah pengukuhan politik naungan berlandaskan ekonomi kronisme.

Berdasarkan laporan The Edge Financial Daily bertarikh 25 April 2011, keuntungan bersih Tenaga Nasional Berhad (TNB) susut 37% (RM630.3 million)  pada  2QFY011, berbanding tahun lepas sebanyak RM1 bilion.

Selepas pengumuman peningkatan kos tenaga, terdapat pendedahan bahawa Petronas terpaksa menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP, dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP tetapi Kerajaan BN sebelum ini telah memotongkan subsidi kepada rakyat dalam barangan keperluan.

1.http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/23/business/8324459&sec=business#13165856481881&if_height=619

2.http://www.thesundaily.my/news/131225

3. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/7/business/9647201&sec=business

4. http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/File/BukuPerangkaan10/BAB_2.pdf

5. Laman Web Kementerian Pelajaran, < Perangkaan Pendidikan Malaysia 2010 >  membekalkan statistic pelbagai jenis sekolah rendah tetapi tidak merangkumi Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA. KPRU Andaikan Pendidikan Khas merangkumi kedua-dua Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA sekadar untuk tujuan pengiraan. Seperkara lagi ialah Sekolah Independen Cina telah diabaikan dalam peruntukan Kerajaan BN.

Baca: Bahagian kedua

*Tulisan ini ditulis khas untuk MerdekaReview atas permintaan.

**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

MAKSUD TERSIRAT KONSEP KEBAJIKAN NAJIB: “YOU HELP ME, I HELP YOU!”

Sesungguhnya, perangkaan Belanjawan Najib-BN membawa kepada suatu konsep penting apabila kita membicarakan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang adil – konsep kebajikan.

Belanjawan Najib-BN 2012 boleh dikatakan sebagai belanjawan satu kali (one-off), berdasarkan 'goodies' kepada pelbagai lapisan masyarakat, daripada sekolah swasta, sekolah awam, pelbagai jenis sekolah rendah, keluarga yang mempunyai anak, wanita, sehingga  pesara dan kakitangan awam.  Najib berkata ini adalah konsep negara kebajikan. Nampaknya, beliau tidak tahu maksud sebenar negara kebajikan. Ia juga boleh dikatakan sebagai hiprokasi konsep negara kebajikan yang cuba dimanipulasikan oleh Kerajaan Najib-UMNO apabila berdepan konsep negara berkebajikan PAS.

Hakikatnya ialah, Malaysia masih jauh daripada memperlihatkan sebuah negara kebajikan/berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan yang short-sighted dan hanya mementingkan kepentingan diri. Apakah dengan pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan, Najib cuba mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan? Jika dilihat dari kaca mata PAS, pemahaman seumpama menzahirkan kecetekkan minda Kerajaan Najib-UMNO. Sedangkan maksud tersirat masih adalah konsep “you help me, i help you“, yang dipopularkan oleh Najib semasa Pilihan Raya Kecil Sibu, Sarawak.

Apa itu negara berkebajikan? Negara Berkebajikan<1> didefinisikan sebagai; “Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat terbanyak.

Konsep negara berkebajikan menjangkaui pemahaman biasa terhadap konsep kebajikan yang sekadar melihat kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan material kepada rakyatnya tanpa mempersoalkan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dari segi dasar serta aspek kerohaniannya.

Negara Berkebajikan <2> dikatakan sebagai lebih berteraskan sistem pemerintahan kerajaan Islam sewaktu zaman pemerintahan Nabi Yusuf sehingga ke pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Negara Bekerbajikan bermakna kerajaan mambantu rakyat mencapai pembangunan insaniah yang sekata supaya semua golongan rakyat boleh mencapai pembangunan mengikut keperluan masing-masing.

Negara berkebajikan mengambil peranan kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat dan juga penting dalam melindungi dan memajukan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat.”<3> Ia adalah berdasarkan prinsip-prinsip kesamarataan peluang, pengagihan kekayaan yang saksama,dan tanggungjawab awam bagi orang-orang yang tidak dapat memanfaatkan peruntukan minimum untuk kehidupan yang baik. istilah umum boleh meliputi pelbagai bentuk organisasi ekonomi dan sosial.

Dalam konsep Negara Kebajikan yang dirangsangkan oleh PAS, adalah melalui sprite agama Islam, merangsangkan moral dan nilai keinsanan kepada masyarakat, dan juga kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.<4>

PERBEZAAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2012 DENGAN BAJET NAJIB 2012

Pebezaan signifikan antara Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 dan Belanjawan Kerajaan Najib-BN 2012 ialah perbezaan dari segi pendekatan yakni titik permulaan merangka belanjawan masing-masing.

Titik permulaan bagi Pakatan Rakyat ialah reformasi dan pembaharuan pada peringkat dasar dan undang-undang sejajar dengan tuntutan zaman kini dan hukum negara, manakala titik permulaan bagi Barisan Nasional (BN) ialah peruntukan ad hoc tanpa perubahan dasar.

Political Reform Secara Dasar Pakatan Rakyat dan Pengumuman Najib

Perdana Menteri Najib Razak ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 Sept 2011 hanya mengumumkan pemansuhan permohonan permit penerbitan setiap tahun tetapi dikekalkan permohonan permit penerbitan dan kuasa mutlak Menteri menggantung atau memberhentikan permit sesebuah penerbitan. Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 menyatakan secara jelas pendirian untuk membubarkan sama sekali keperluan memohon lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran secara administratif.

Begitu juga, Kerajaan BN telah mendominasi penubuhan Majlis Media dan cuba mengetepikan portal berita atas talian seperti Malaysiakini daripada penyertaan mereka dalam Majlis Media lantas berdepan dengan bantahan wartawan. Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 juga menyatakan secara jelas pendirian untuk membiarkan dunia kewartawanan yang mengendalikan penubuhan Majlis Media tanpa didominasi dengan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Maka bermulalah perbezaan secara dasar antara pentadbiran dan mentaliti Kerajaan BN berbanding dengan pimpinan ke depan dan harapan baharu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Perbezaan seumpaman terserlah dalam pelbagai aspek hukum negara khususnya yang berkait rapat dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang darurat. Najib yang terdesak untuk membuat pengumuman pemansuhan ISA terus menyatakan pendirian jelas Kerajaan BN bahawa dua akta baharu akan digubal berlandaskan semangat Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan.  Pakatan Rakyat secara jelas menyatakan bahawa pembaharuan institusi yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kelak tidak akan meneruskan aspek perundangan yang bercanggah dengan hukum negara (rule of law) seperti tahanan tanpa bicara sama ada 60 hari atau 30 hari. Sejarah Malaysia menunjukkan secara jelas peruntukan seumpama sering disalah guna oleh sesetengah pemimpin negara atas bubi cara dan ketamakan kuasa individu (rule by law).

Pelaksanaan Dasar Kebajikan Sistemik Jangka Panjang Berbanding Preskripsi Penawar Sakit Jangka Pendek

Belanjawan 2012 Barisan Nasional (BN) dibintangi pemberian insentif berbentuk 'handout' seperti pemberian wang tunai, baucar, diskaun dan sebagainya, serta penyuntikan wang ke dalam macam-macam dana atau program yang canggih namanya. Contoh-contoh 'handout' yang dikatakan bersifat kebajikan dalam belanjawan BN 2012 termasuk pemberian RM500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah secara 'one-off', bantuan kepada kanak-kanak miskin sebanyak RM100 sebulan dalam program KAR1SMA, dan diskaun 50% tambang LRT dan monorel bagi warga emas.

Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat pula dicirikan oleh pelaksanaan dan hala tuju dasar yang mengutamakan keperluan (needs). Sebagai contoh, pelaksanaan dasar gaji minima RM1,100 merentas semua sektor adalah antara inisiatif yang paling menonjol dalam Belanjawan Pakatan Rakyat. Pemindaan Akta Persaingan dan penghapusan subsidi korporat juga merupakan tindakan-tindakan di peringkat dasar yang bertujuan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan asas.

Selain itu, pemberian RM1,000 secara 'one-off' kepada suri rumah yang layak, bayaran tambahan kepada isi rumah miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550, dan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas berpendapatan rendah merupakan beberapa langkah 'handout' yang dicadang.

Pemberian wang tunai dan pinjaman wang sering dilihat sebagai penawar sakit jangka pendek yang tidak dapat menjamin kesejahteraan masa depan rakyat jikalau dasar dan undang-undang yang sedia ada tidak dapat membela nasib golongan pekerja dan golongan yang memerlukan.

Inisiatif-inisiatif kebajikan yang terdapat di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat lebih menekankan penghasilan kesan jangka panjang dan penciptaan suasana kebajikan yang berkekalan berlandaskan kesinambungan dasar yang dicadangkan dalam Agenda Ekonomi Malaysia dan Buku Jingga manakala tawaran-tawaran yang diberi dalam Belanjawan 2012 BN adalah umpama preskripsi penawar sakit yang memberi kelegaan jangka pendek.

Isi rumah Berpendapatan Rendah

Pakatan Rakyat Barisan Nasional
  • Gaji minima sebanyak RM1,100 dikuatkuasa serta merta.
  • Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak.
  • Pemberian RM1,000 secara one-off kepada suri rumah yang layak.
  • Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550.
  • Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
  • Pemberian RM500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah secara one-off.
  • Bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan bagi 2012.
  • Bantuan kepada kanak-kanak miskin sebanyak RM100 sebulan bagi 2012.

Warga Emas

Pakatan Rakyat
Barisan Nasional
  • Bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak.
  • Warga emas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kerajaan mulai 2012.
  • Warga emas diberi diskaun 50% tambang LRT dan monorel.

Penjawat Awam

Pakatan Rakyat
Barisan Nasional
  • Kenaikkan gaji ekoran dasar gaji minima
  • Inisiatif Kecemerlangan Perkhidmatan Awam (CSEI) yang bertujuan menambah baik kepuasan kerja dan melaksanakan skim saraan, ganjaran dan kenaikan pangkat bagi pekerja yang cemerlang.
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji diberi pada Disember 2011 dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara.
  • Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  • 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
  • Umur persaraan wajib sektor awam dilanjutkan kepada 60 tahun daripada 58 tahun.

Subsidi Barangan Asas

Pakatan Rakyat Barisan Nasional
  • Peruntukan subsidi bagi barangan aras sebanyak RM22 bilion.
  • Peruntukan subsidi bagi barangan aras sebanyak RM33.2 bilion.

Lain-Lain

Pakatan Rakyat Barisan Nasional
  • Subsidi pertanian yang disalurkan terus kepada pengusaha kecil.
  • Elaun kepada orang kurang upaya (OKU) dari RM150 hingga RM300 sebulan bagi 2012.

Transformasi Projek Mega: Projek Mega Berwajah Boros

Walaupun Kerajaan BN dalam pengumuman Belanjawan 2012 cuba mengelakkan diri daripada tuduhan bahawa ia sering mengutamakan projek mega, anggapan bahawa Belanjawan 2012 BN adalah bebas daripada projek mega adalah salah sama sekali. Dua perkembangan dapat dikesan dalam Belanjawan 2012 BN, iaitu:

i. Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 Kementerian Kewangan Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB) sedang menyiapkan reka bentuk projek Warisan Merdeka. Projek bernilai RM5 bilion ini akan bermula tahun depan meskipun terdapat bantahan kuat.

ii. Projek KLIFD bernilai RM26 bilion, projek pembangunan lima wilayah koridor bernilai hampir RM1 bilion (RM978 juta), dan projek Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-10 bernilai RM98.4 bilion. Projek-projek yang terlibat termasuk, pembinaan lebuh raya persisiran pantai Johor Bahru-Nusa Jaya, projek pelancongan warisan Taiping, projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru, projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuh Raya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak, Lebuhraya Central Spine, pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau, dan pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi.

iii. Projek mega telah “ditransformasikan” daripada projek infrastruktur di kawasan bandar yang amat menarik perhatian kepada projek infrastruktur di kawasan luar bandar yang tidak begitu menonjol. Antaranya, satu Pakej Rangsangan Khas RM6 bilion yang dibiayai melalui Privat Financing Initiative (PFI) diwujud bagi pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, menaik taraf hospital, rancangan tebatan banjir, menaik taraf infrastruktur khas luar bandar, dan pembinaan perumahan rakyat. Peruntukan RM5 bilion juga disediakan bagi pembangunan infrastruktur asas luar bandar. Satu Program Lonjakan Mega Luar Bandar juga akan dilaksanakan dengan peruntukan RM110 juta.

Selain itu, pembangunan semula Pulau Langkawi yang melibatkan peruntukan RM 420 juta ringgit juga boleh dikatakan sebagai projek mega.

Projek Mega yang Diteruskan Projek Mega Baru Berwajah Boros
  • Warisan Merdeka
  • Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD)
  • Pembangunan lima wilayah koridor
  • Projek infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Ke-10
  • Pembangunan infrastruktur luar bandar
  • Pakej Rangsangan Khas bagi menaik taraf infrastruktur khas luar bandar
  • Program Lonjakan Mega Luar Bandar

Yang Miskin Diberi Gula-Gula, Yang Maha Kaya Diberi Mesin Gula-Gula

Seperti mana yang disebut sebelum ini, Belanjawan 2012 BN adalah penuh dengan pemberian 'handout', terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi seperti apa yang telah dibangkitkan, inisiatif sebegini hanya memberi kesan jangka pendek. Selain penawar sakit, satu lagi analogi bagi inisiatif sebegini adalah gula-gula yang berperisa manis dan menyenorokkan tetapi dihabiskan dengan cepat.

Pemberian gula-gula memang akan dialu-alukan, tetapi persoalannya, bukan haruskah mereka menerima lebih banyak daripada setakat gula-gula sahaja, sedangkan syarikat-syarikat besar dan pelabur-pelabur yang kaya modal diberi mesin gula-gula?

Para pelabur diberi insentif dari segi pengecualian cukai dan duti setem selama sekurang-kurangnya beberapa tahun. Sebagai contoh, pemaju hartanah di KLIFD akan menikmati pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun, pengusaha francais akan menikmati potongan cukai ke atas fi francais, dan pengusaha hotel baru empat dan lima bintang (hotel mewah) akan diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus serta elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun.

Selain itu, syarikat-syarikat besar seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) diberi subsidi bernilai berjuta-juta sehingga berbilion-bilion ringgit <5>.

Perbezaan antara insentif yang diberi kepada golongan berpendapatan rendah dan insentif yang diberi kepada golongan pelabur dan pengusaha adalah, insentif bagi pelabur dan pengusaha adalah lebih sistemik kerana ia melibatkan sistem cukai yang memang akan wujud selalu.

Syarikat-syarikat besar, para pelabur dan pengusaha kaya modal ini umpamanya diberi mesin gula-gula yang membolehkan mereka menghasilkan gula-gula sendiri berkali-kali, manakala golongan miskin diberi beberapa biji gula-gula untuk sekali sahaja. Golongan yang kaya modal diperkasakan tetapi golongan miskin hanya setakat ditenangkan. Justeru, Belanjawan 2012 BN kayakan lagi orang yang kaya raya dan sebenarnya melemahkan orang yang miskin. (Bahagian kedua, tamat)

1. http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan–tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

2. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/negara-berkebajikan-different-from-welfare-state-says-hadi/

3. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/639266/welfare-state

4. http://www.malaysiakini.com/news/166316

5. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ipp-subsidies-under-review/

Baca: Bahagian pertama

*Tulisan ini ditulis khas untuk MerdekaReview atas permintaan.

**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kerajaan Negeri Hormati Titah DYMM Sultan Selangor

Posted: 10 Oct 2011 03:48 AM PDT

Kenyataan Akhbar
10 Oktober 2011

Kerajaan Negeri menghormati titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama yang telah diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Kerajaan Negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya.

Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung.
 
Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini. Sebaliknya isu ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan JAIS serta pengumpulan bukti.
 
Justeru, Kerajaan Negeri akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk memperkasakan Standard Operating Procedure (SOP) di JAIS agar jabatan itu dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

Jawatan kuasa khas ini akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka ini akan diumumkan kelak.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Belanjawan 2012 Dibentang Tanpa Laporan Ketua Audit Negara

Posted: 10 Oct 2011 01:52 AM PDT

KeadilanDaily

Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.

"Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan.

"Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan laporan Ketua Audit Negara itu?" soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.

Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang PakatanRakyat 4 Oktober lalu.

Potongan dan kajian semula  itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan yang tidak tepat.

"Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

"Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012," kata Anwar.

Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa ekonomi tempatan dan dunia.

Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

"Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada Petronas," kata Anwar

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Program Selamatkan Kampung Baru,Isnin,10 Oktober,2011

Posted: 10 Oct 2011 01:22 AM PDT

Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat akan bersama-sama penduduk Kampung Baru Kuala Lumpur malam ini.Berikut adalah butirannya:

Masa:8.30mlm
Tempat: Dewan Kelab Sultan Sulaiman,Kg.Baru,Kuala Lumpur

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pakatan Rakyat Syorkan Jumlah Dividen Petronas Dikurang Kepada RM26 Bilion Sahaja

Posted: 10 Oct 2011 01:04 AM PDT

TVSelangor

Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion.

Kerjaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional mengenakan bayaran dividen sebanyak RM30 billion daripada Petronas. Pakatan di dalam bajet alternatifnya mengenakan bayaran dividen sebanyak RM26 billion.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini lebih kecil dan akan mengajar kerajaan berjimat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara.

Tambahnya ia juga memberi keupayaan Petronas melabur balik ke dalam operasinya dan menjamin pendapatan negara pada jangka panjang.

Ini kerana bila pelaburan luar berkurangan, pendapatan pelaburan Petronas amat terjejas kerana bergantung kepada keupayaan dalam negara semata-mata.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berucap dalam membahas belanjawaan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Dalam ucapan yang sama Anwar mempersoalkan ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara (A-G) yang sepatutnya dikeluarkan di Dewan Rakyat sebelum pembentangan bajet.

Menurut Anwar adalah pelik apabila membahaskan pembentangan bajet hari ini tanpa laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa tindakan itu mungkin taktik kerajaan bagi mencegah ah-ahli Parlimen daripada membahaskan isi kandungan laporan Ketua Audit Negara tu.

Laporan Ketua Aduidt Negara melaporkan audit dalaman jabatan-jabatan kerajaan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 09 Oct 2011 08:59 PM PDT

MUKADIMAH

Tan Sri Yang Di Pertua

  • Izinkan saya merujuk kepada pembentangan "Bajet 2012" oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.

  • Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat.

  • Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus.

  • Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.
  • Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut , "Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice." (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud Keadilan tersebut. m/s 82)
  • Makanya saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, usaha-usaha Reformasi Politik dan Institusi yang digarap Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Antaranya adalah:
  • Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
  • Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
  • Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;
  • Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen;
  • Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
  • Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.
  • Suka saya mengingatkan Dewan bahawa sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi negara tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh reformasi politik yang menyeluruh.
  • Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah – bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat. Kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan.
  • Kita tidak mahu belanjawan yang baru dibentangkan minggu lepas, pada hari Jumaat 7hb Oktober lalu seumpama yang dikritik al Quran, ayat 7, Surah al Ma'un:

[Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan(kepada orang yang berhak mendapatnya)]

Tan Sri Yang Di Pertua

  • Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung pada 4hb Oktober 2011, 4 hari sebelum pembentangan belanjawan kerajaan memberi kesempatan kepada rakyat untuk menilai.
  • Mustahak untuk saya tegaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 pastinya mengambil pendekatan reformasi dasar untuk mengubah struktur ekonomi dan membaiki kepincangan sistem manakala belanjawan Barisan Nasional ternyata  mengekalkan beberapa program baru yang dikitar semula tanpa kesediaan merombak struktur usang.

BAB 1: BELANJAWAN YANG TIADA WIBAWA

  • Perdana Menteri senang sekali memilih jalan yang paling beliau mahir dan gemari iaitu sekadar usaha penjenamaan semula dan kitar semula. YAB Perdana Menteri kitar semula pelbagai program yang telah gagal, janji yang tidak terlaksana tetapi diberi nama baru dengan pelbagai program penjenamaan semula itu melibatkan perbelanjaan yang besar.
  • Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.
  • Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012.
  • Unjuran pertumbuhan pada 5% – 6% bagi tahun 2012 perlu dibidas keras kerana ianya ternyata terlalu tinggi sedangkan analisa dari sumber-sumber lain menunjukkan pertumbuhan yang lebih rendah.
  • Berikut adalah unjuran pertumbuhan terpilih yang dibuat bagi tahun 2011 dan 2012:
  • Bank Dunia – 4.8% bagi tahun 2011 dan 5.7% bagi tahun 2012;
  • MIER – 5.2% bagi tahun 2011 dan 5.5% bagi tahun 2012;
  • RHB – 4.3% bagi tahun 2011 dan 4.5% bagi tahun 2012
  • Kesemua unjuran ini dibuat sebelum IMF memotong unjuran pertumbuhan dunia kepada 4% pada pertengahan September baru-baru ini; yang bermakna angka-angka terkini sudah tentu lebih rendah dari paras 5% bagi tahun 2011 dan 2012.
  • Unjuran yang lebih mutakhir dibuat oleh Bank Pembangunan Asia di dalam "Asian Development Outlook 2011" yang diterbitkan pada pertengahan September, mengambil kira risiko ketidaktentuan ekonomi global akibat krisis hutang yang dialami Amerika Syarikat dan Eropah serta kesan lanjutan dari peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun.
  • Bank Pembangunan Asia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2011 sekadar 4.8% dan hanya menokok kepada 5.1% dalam tahun 2012; jauh berbeza dari angka yang terlalu optimistik yang digunakan Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012 iaitu pertumbuhan di antara 5% hingga 5.5% bagi tahun 2011 dan kekal pada 5% hingga 6% bagi tahun 2012.
  • Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi dari PETRONAS.
  • Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai langsung (tidak termasuk cukai petroluem) oleh kerajaan adalah 9.6% di antara tahun 2008 hingga 2011. Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai tidak langsung bagi tempoh yang sama adalah lebih rendah, hanyalah sekitar 5.6%[1].
  • Pada kadar pertumbuhan sebegini, anggaran kami menunjukkan jumlah pendapatan RM186.9 bilion hanya boleh dicapai sekiranya kerajaan meneruskan amalan mengenakan dividen tinggi sekitar RM30 bilion setiap tahun dari PETRONAS, sedangkan amalan tidak bertanggungjawab ini akan melemahkan keupayaan PETRONAS melabur semula keuntungannya untuk mencari rizab baru minyak dan gas di seluruh dunia.
  • Sebab itu, Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan lagi jumlah dividen yang dibayar oleh PETRONAS bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion sahaja, seperti yang termaktub di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Jumlah yang lebih kecil ini akan mengajar kerajaan berjimat cermat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara.
  • Apa kesannya apabila kerajaan menggunakan unjuran-unjuran pertumbuhan ekonomi dan jumlah pendapatan yang terlalu optimistik dan tidak realistik?
  • Pertamanya, ia akan memburukkan lagi keadaan defisit negara kerana dakwaan Perdana Menteri bahawa belanjawan 2012 akan membawa defisit ke paras 4.7% dari KDNK adalah tidak benar, selain tidak mengambil kira kecenderongan Barisan Nasional berbelanja lebih dan menyeludup peruntukan baru melalui belanjawan tambahan di pertengahan tahun.
  • Keduanya, ia mengenepikan keperluan mendesak untuk mengamalkan disiplin fiskal dan pendekatan berbelanja wang rakyat dengan berhemah, pada kala ia sangat penting demi menjamin kelangsungan kewangan dan pertumbuhan sihat ekonomi negara.
  • Namun, kerajaan Umno-Barisan Nasional jangan sangka rakyat mudah tertipu dengan hamburan data-data yang digunakan. Angka yang dipersembahkan kononnya untuk memberi gambaran bahawa keadaan defisit dan hutang dalam keadaan terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat Barisan Nasional membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun.
  • Tabiat seperti itu menzahirkan niat sebenar pentadbiran ini untuk membelanjakan dana awam sewenang-wenangnya, seperti yang berlaku pada tahun 2010 dan 2011.
  • Saya ingin mengambil masa yang pendek untuk memperincikan analisa peruntukan yang dibuat Perdana Menteri bagi belanjawan 2012. Di bawah Barisan Nasional, 78% dari keseluruhan peruntukan belanjawan 2012 digunakan bagi tujuan menguruskan perjalanan kerajaan; suatu jumlah yang sangat tinggi dan mengalihkan sumber kewangan negara dari bidang-bidang ekonomi yang mempunyai kesan gandaan. Jumlah ini juga terus meningkat saban tahun dan jika tidak dibendung, peruntukan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial akan semakin mengecil di masa –masa akan datang.
  • 11 kementerian-kementerian utama diperuntukkan wang yang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan adalah lebih kecil. Saya ingin mempersoalkan apakah tiada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengekang perbelanjaan operasi kementerian-kementerian yang semakin tidak terkawal ini?
  • Contoh-contoh terpilih yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
  • Walaupun Perdana Menteri mengurangkan peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM2.98 bilion, jumlah ini nampaknya diagihkan pula kepada beliau sendiri  melalui Kementerian Kewangan yang peruntukan pembangunannya melonjak 208%.
  • Malah, perbelanjaan operasi di kedua-dua kementerian yang dipimpin Perdana Menteri akan melonjak sebanyak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan; bertentangan dengan desakan rakyat agar Perdana Menteri mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam.
  • Perbelanjaan operasi di Kementerian Kerja Raya akan melonjak sebanyak 29%, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 61% dan Kementerian Dalam Negeri sebanyak 25%. Peningkatan kos ini adalah sangat besar dan menimbulkan tanda tanya apakah ini peruntukan projek-projek kecil dan segera bagi menenangkan tuntutan kontraktor-kontraktor yang rapat dengan kerajaan di akar umbi?
  • Dewan juga perlu memberi perhatian kepada potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran. Perbelanjaan operasi akan dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong sebanyak 28%.
  • Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai pula melalui potongan peruntukan yang lain. Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan-peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi.

Tan Sri Yang diPertua,

  • Di sebaliknya Pakatan Rakyat mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4% hingga 4.5% bagi tahun 2011 dan 2012. Jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 diunjurkan mencecah RM181.3 bilion. Berdasarkan angka-angka ini, sasaran defisit 4.4% bagi tahun 2012 adalah realistik dan mempunyai kesan besar kepada usaha negara mengekang hutang.
  • Justeru saya mencadangkan pada hari ini supaya Dewan meletakkan syarat sekiranya pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kurang dari 5.5% dan suku pertama 2012 kurang dari 6%, maka Dewan akan bersidang semula untuk memotong belanjawan RM232.8 bilion yang dibentangkan pada 7 Oktober dan diunjurkan ke angka RM220 bilion seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

BAB 2: ASAS EKONOMI YANG MASIH RAPUH DALAM SUASANA EKONOMI GLOBAL TIDAK MENENTU

  • Perdana Menteri juga mewar-warkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011. Malangnya, beliau hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini.
  • Hakikatnya, prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan 6 kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah.
  • Saya merujuk perhatian dewan kepada laporan "FDI Global Outlook Report" yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011 sebagai rujukan yang lebih menyeluruh untuk menggambarkan prestasi pelaburan asing Malaysia.
  • Rujuk mukasurat 14 yang menyenaraikan perbandingan destinasi pelaburan terbaik di rantau Asia Pasifik bagi tahun 2010:
  • Senarai 5 negara teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah Cina, India, Singapura, Australia dan Thailand. Malaysia tidak termasuk di dalam senarai.
  • Senarai 5 negara teratas mendapat pelaburan berdasarkan jumlah pelaburan diketuai oleh China, India, Australia, Vietnam dan Singapura. Malaysia juga tidak termasuk di dalam senarai. Malah, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.
  • Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia.
  • Jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.
  • Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara.
  • Sebab itu juga agaknya, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing.
  • Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia.
  • Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997.
  • Menurut laporan itu lagi, saya petik: ".. paras terendah 31.9% pada tahun 1997 didorong oleh pemulihan ekonomi negara yang pantas, pelaksanaan dasar fiskal berhemat serta pengurusan hutang yang berkesan. Ini telah membolehkan Malaysia mencatat lebihan fiskal di antara tahun 1993 dan 1997.."

  • Laporan ini dikeluarkan oleh kementerian yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, oleh itu wajarlah Perdana Menteri mengambil iktibar tentang peri pentingnya kaedah pengurusan hutang yang berkesan dalam menjamin kelangsungan kewangan negara.

  • Belanjawan 2012 malangnya dijangka akan mengabaikan beberapa garis panduan jumlah hutang yang digunapakai oleh negara selama ini.
  • Pertamanya, jumlah hutang negara akan terus meningkat. Jumlah terbitan hutang dalam tahun 2010 adalah RM64.7 bilion sementara jumlah hutang yang akan matang dalam tahun 2011 telah mencecah RM44.5 bilion, berbanding RM23.4 bilion tahun sebelumnya.
  • Kedua, pertambahan hutang negara yang mendadak ini bermakna jumlah peruntukan belanjawan setiap tahun yang digunakan untuk membayar faedah dan perkhidmatan hutang akan semakin menghampiri had panduan nisbah bayaran khidmat hutang kepada KDNK pada kadar purata 3.5% yang digunapakai selama ini.
  • Bagi tahun 2012, peruntukan bayaran khidmat hutang telah melonjak kepada RM20.5 bilion berbanding hanya RM12.8 bilion dalam tahun 2008. Kos hutang ini akan bernisbah sebanyak 2.3% berbanding KDNK dan pada kadar pertambahan hutang sebegini rupa, garis had nisbah 3.5% dari KDNK ini bakal dilepasi dalam tempoh masa 5 tahun akan datang.

Tan Sri Yang diPertua,

  • Perdana Menteri juga menyandarkan angka pertumbuhan 5% – 6% bagi tahun 2012 kepada perbelanjaan rakyat yang kononnya akan merancakkan penggunaan domestik (domestic consumption).
  • Walaupun perbelanjaan domestik adalah penting untuk menampung pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana global yang tidak menentu, sandaran kepada perbelanjaan rakyat untuk meransang pertumbuhan ekonomi perlu lebih realistik mengambil kira faktor harga barang meningkat dan gaji rakyat yang tersekat di takuk lama.
  • Sebab itu Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengambil keputusan memperkenalkan kembali cukai dan eksais ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, alat kosmetik, celana dalam dan lain-lain kerana ia tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak sedangkan kos pelepasan cukainya ditanggung oleh kerajaan.
  • Makanya, kita wajar perihatin dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang terbeban dengan jumlah hutang yang membimbangkan. Pada akhir tahun 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Nisbah jumlah hutang isi rumah kepada KDNK ini telah meningkat dua kali ganda semasa saya menjawat Menteri Kewangan iaitu 33% dalam tahun 1997, kepada 77% apabila Perdana Menteri mengemudi Kementerian Kewangan di akhir tahun 2010.
  • Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah.
  • Lantaran itu, rata-rata rakyat Malaysia masih berada dalam keadaan yang daif. Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan. 40% dari rakyat Malaysia tinggal di dalam isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang dari RM1,500. Tiga perempat dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh Umno-Barisan Nasional.
  • Kekayaan negara pula dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya. 50% kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20% terkaya, sedangkan golongan 40% terbawah tadi yang rata-ratanya Melayu/Bumiputra tidak ubah seperti melukut di tepi gantang yang hanya mendapat 15% dari kekayaan dan pendapatan yang dijana.
  • Manakala itu masih wujud fenomena ketidakseimbangan di antara keperluan tenaga mahir dan tuntutan industri, serta pergantungan kepada pekerja asing yang memberi kesan yang bukan sedikit kepada pasaran kerja. Ini menyebabkan aliran wang tunai keluar negara sebanyak RM22 bilion setahun sekaligus masih menjadi persoalan ekonomi mendesak yang perlukan penyelesaian segera.
  • Sebaliknya, Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri mengelak sepenuhnya dari menjawab persoalan kerangka asas ekonomi seperti yang saya perincikan tadi.
  • Ada perbezaan yang besar di antara perubahan dasar yang membawa impak ekonomi yang berkekalan dengan membaiki kerangka dan sistem ekonomi, berbanding dengan pengumuman-pengumuman pemberian peruntukan dan hadiah wang tunai bagi satu tahun sahaja seperti yang dibuat Perdana Menteri.
  • Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat mengambil pendekatan dasar untuk membaiki kerangka ekonomi negara.
  • Di antara tawaran Pakatan Rakyat yang sangat penting untuk membaiki struktur ekonomi negara adalah untuk memastikan dasar gaji minima terlaksana. Apa yang sangat ditakutkan kepada dasar gaji minima, sedangkan kajian Bank Dunia menunjukkan kadar RM1,100 seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat mampu ditanggung oleh majikan dan ekonomi. Perdana Menteri seolah-olah lebih mengutamakan lobi taukeh-taukeh besar dan kroni mahakaya daripada keperluan jutaan rakyat yang sangat mengharapkan satu anjakan gaji yang menyeluruh meliputi semua 12 juta tenaga kerja di negara ini, bukannya gula-gula yang hanya memikat pekerja sektor awam tetapi mengenepikan kebajika 90% tenaga kerja yang lain.
  • Oleh kerana pendekatan Belanjawan 2012 kerajaan Umno-Barisan Nasional adalah penjenamaan semula yang pastinya akan melibatkan banyak peruntukan pengiklanan dan perunding, Dewan berhak tahu secara teperinci berapa yang telah diperuntukkan kepada firma-firma asing dan tempatan bagi tujuan pengiklanan dan putar belit (spin). Berapa juga jumlah kontrak bagi tujuan ini yang telah ditandatangani?

BAB 3: PENJENAMAAN SEMULA PROJEK DAN DASAR GAGAL

  • Telah pun saya tegaskan program-program yang diumumkan oleh Perdana Menteri merupakan ulangan program-program yang telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, akan tetapi tidak berjaya membawa sebarang hasil ataupun gagal dilaksanakan.
  • Sedangkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk membiayai program-program yang gagal mencapai matlamat itu. Kini, sekali lagi rakyat berdepan dengan beban kewangan untuk melaksanakan program-program yang gagal ini.
  • Tiga contoh terbaik yang boleh saya huraikan, pertamanya, pengumuman-pengumuman yang melibatkan usaha menjamin kelangsungan bekalan makanan dengan memajukan sektor pertanian. Kedua, naiktaraf infrastruktur dan jaringan bekalan air dan elektrik luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak dan ketiga, pengumuman yang menyentuh usaha mewujudkan rumah mampu milik kepada rakyat.
  • Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk mengekang impot makanan dan menjamin food sovereignty (kedaulatan negara melalui bekalan makanan yang terjamin) sejak 10 tahun yang lepas. Selain menjadi teras utama RMK8, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion sepanjang RMK9 untuk mencapai hasrat ini selain dari meletakkan pengurangan sasaran impot makanan kepada RM14.3 bilion sahaja menjelang akhir 2010.
  • Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet Perdana Menteri. Soalan ini yang saya bangkitkan sejak tahun lepas tidak pernah dijawab oleh Perdana Menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab. Peruntukan sedemikian rupa jumlahnya sama dengan potongan subsidi gula yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
  • Selain itu apakah nasib Terminal Agrobisnes Nasional yang tidak digunapakai dan kini menjadi projek gajah putih? Puluhan jutaan ringgit dibelanjakan tetapi objektif penggunaannya tidak pernah tercapai, kini dijenamakan kembali oleh Perdana Menteri di dalam belanjawan terkini beliau.
  • Manakala kegagalan tersebut belumpun dijawab, tiba-tiba kerajaan berhasrat melancarkan satu lagi dasar iaitu Dasar Agro Makanan Kebangsaan, kononnya untuk merangka hala tuju industri makanan dan menjamin bekalan makanan. Bukankah semuanya sudah pun diputuskan dalam RMK8 hingga RMK10 dan dasar-dasar yang lain. Saya harus mengingatkan dewan bahawa yang tergelincir bukannya dasar tetapi matlamat akibat penyelewengan, rasuah dan tiadanya tata kelola yang baik.
  • Belanjawan 2012 mengulangi kembali janji-janji dalam belanjawan yang lepas, RMK8 hinggalah RMK9; cuma kini dijenamakan semula. Kalau dulu dipanggil TEMAN (Terminal Agrobisnes Nasional), kini mahu dijenamakan pula sebagai Pusat Transformasi Desa. Kalau dulu tabungnya dipanggil Tabung Jaminan Makanan, kini tabung kononnya turut melibatkan Dana Pengkomersilan Pertanian.
  • Walaupun berpuluh bilion telah dibelanjakan sejak tahun 2000 untuk mengurangkan import makanan, ia terus melonjak akibat kegagalan dasar dan projek yang lebih bermotifkan penyelewengan wang rakyat, bukannya demi kepentingan negara.
  • Bank Negara Malaysia di dalam perangkaan perdagangan luar negeri Disember 2010 menyatakan bahawa import makanan telah mencecah RM30 bilion.
  • Statistik ini turut disokong oleh jawapan kepada pertanyaan di dalam dewan, bahawa import makanan telah meningkat dari RM17.7 bilion dalam tahun 2005 kepada RM26.7 bilion dalam tahun 2009 pada kadar pertumbuhan 10.2% setiap tahun, membuktikan kegagalan 10 tahun berturut-turut dasar dan pelaksanaan program di bawah Umno-Barisan Nasional yang kini dijelmakan kembali oleh Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012.

Tan Sri Yang diPertua,

  • Kita sudah bertukar 3 Perdana Menteri tetapi kita masih bercakap perkara yang sama. Kemahiran yang mereka ada hanyalah menjelmakan dan menjenama semula dasar lama yang gagal. Barangkali ini semua merupakan nasihat perunding asing yang mahal-mahal belaka.
  • Begitu juga dengan soal membangunkan prasarana desa dan di Sabah serta Sarawak.
  • Misalnya baru-baru ini Perdana Menteri mengakui bahawa prasarana perbekalan air di kawasan-kawasan FELDA sudah berusia 50 tahun dan sangat daif. Maknanya selepas beratus-ratus dasar digarap, pelbagai janji ditaburkan kepada warga FELDA, hakikatnya masyarakat FELDA belum mempunyai system perbekalan air yang sempurna. Masalah ini turut berlaku di Sabah dan Sarawak.
  • Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri mengumumkan seolah-olah perkara-perkara ini adalah keprihatinan baru demi membantu rakyat, sedangkan sewajarnya adalah untuk memohon ampun dan maaf kepada rakyat kerana terlewat 50 tahun menjaga keperluan asas mereka.
  • Nasib yang sama juga menimpa projek menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Barisan Nasional gagal menyediakan perumahan mampu milik sedangkan pelbagai agensi telah dipertanggungjawabkan selama ini. Berbilion ringgit wang rakyat telah diperuntukkan saban tahun dan disalurkan kepada kontraktor dan syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional, tetapi memiliki rumah mampu milik seolah-olah mimpi ngeri buat rakyat Malaysia.
  • Syarikat Perumahan Negara Berhad ditubuhkan sebagai agensi kerajaan membantu menyediakan perumahan rakyat. Kini, Perdana Menteri menubuhkan pula agensi baru yang dikenal sebagai PR1MA kononnya sebagai agensi tunggal untuk membangunkan rumah-rumah mampu milik di tanah-tanah nilai perdana kerajaan seperti Sungai Buloh, Sungai Besi dan kawasan-kawasan sekitar MRT/LRT.
  • Pengumuman ini memunculkan dua keraguan. Pertama, bukankah fungsi itu bertindih dan serupa dengan SPNB? Kenapa perlu ditubuhkan agensi baru yang akan menelan belanja pentadbiran yang baru untuk menjalankan tugas yang sama?
  • Kedua, kenapa PR1MA diberikan tugasan lumayan membangunkan rumah mampu milik di tanah milik kerajaan yang paling bernilai? Apakah PR1MA juga akan menjadi pemaju tidak ubah seperti SPNB, seterusnya melibatkan peruntukan ratusan juta dari wang rakyat dan kerjasama swasta?
  • Oleh itu, Dewan wajar menegur Perdana Menteri dan seluruh kabinetnya yang giat menubuhkan unit-unit baru dan pelbagai inisiatif pengiklanan baru seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2012, kerana ini membebankan rakyat.
  • Izinkan saya menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada pengumuman menubuhkan Yayasan Inovasi Malaysia. Yayasan tersebut diwujudkan dan dibarisi oleh golongan mahakaya seperti Tan Sri Lim Khok Thay, individu yang dekat dengan Perdana Menteri seperti Rohana Tan Sri Mahmood dan ahli-ahli politik Barisan Nasional untuk mengendalikan program-program invoasi kelolaan Kementerian Sains Teknologi.
  • Kita tertanya-tanya berapakah kos pentadbiran yayasan-yayasan seperti YIM ini? Daripada peruntukan ratusan juta untuk program-program promosi ini, berapa yang diberikan kepada YIM untuk menganjurkan beberapa seminar antarabangsa?
  • Projek sebeginilah yang merugikan rakyat dan menelan belanja yang besar tanpa manfaat kepada rakyat.
  • Apa yang merisaukan beberapa pendekatan Perdana Menteri telah terbukti gagal manakala inisiatif tersebut terkait dengan kepentingan awam. Beliau mengumumkan pelbagai insentif cukai yang lumayan kepada golongan niagawan terutamanya bagi projek-projek kesayangan dan berkepentingan kepada beliau seperti Kuala Lumpur International Financial District (Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur)
  • Belanjawan 2012 menjanjikan pelepasan cukai kepada pemaju hartanah di KLIFD sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun. Kita boleh mencongak berapa jumlah cukai yang akan dilepaskan begitu sahaja kepada kroni-kroni yang mengusahakan projek mewah ini.
  • Pengumuman awal menyebut keseluruhan projek hartanah itu bakal menelan belanja RM26 bilion. Kalau kadar keuntungan kasarnya adalah sekitar 20% iaitu kadar biasa projek-projek hartanah mewah, maka keuntungan kasar yang sepatutnya dikenakan cukai adalah RM5.2 bilion. Pada kadar cukai korporat 25%, ini bermakna sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat akan bolos ke tangan kroni.
  • Tidak cukupkan tanah Sungai Besi yang paling berharga milik rakyat itu diserahkan kepada 1MDB yang dikawal oleh individu yang rapat dengan Perdana Menteri? Siapa yang sering dikaitkan dengan pembangunan KLIFD ini kalau bukan Jo Thaek Low.  Kalau dikaji projek mega KLIFD ini, ternyata ia tidak memanfaatkan rakyat terbanyak dan memberi keuntungan yang lebih kepada:
  • Perunding – luar negara atau yang dekat dengan pemerintah, termasuklah CIMB yang selalu terbabit di dalam urusan-urusan besar kewangan negara
  • Pembinaan – pastinya dianugerahkan kepada mereka yang dekat dengan pemerintah.
  • Bekalan – sebahagian besar peralatan dan bahan akan diimport dari luar negara seperti kebiasaan pembinaan mercu tanda megah di bawah Umno-Barisan Nasional atau dianugerahkan kepada syarikat kroni
  • Tenaga pembinaan – rata-ratanya akan menggunapakai buruh asing
  • Tenaga kerja di KLIFD kelak – sebahagian besar terdiri dari juru analisa kewangan antarabangsa dan hanya sedikit rakyat Malaysia yang berpeluang bekerja di situ
  • Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat mengesyorkan kepada Dewan supaya Perdana Menteri memberi jaminan-jaminan berikut:
  • Hentikan insentif berlebihan yang menyebabkan kutipan cukai berkurangan termasuk insentif kepada KLIFD, sebelum kerajaan berniat melaksanakan GST;
  • Perdana Menteri perlu umumkan kepada rakyat dan dewan bila GST akan dilaksanakan supaya rakyat dapat mengundi berdasarkan rancangan pelaksanaan GST pada PRU13;

Dan

  • Dewan perlu menghentikan sikap jelik yang menghina rakyat; menyalahkan bayaran subsidi semata-mata, sedangkan insentif-insentif yang melampau turut melibatkan banyak ketirisan kepada wang negara dan pendapatan yang berkurangan
  • Sekiranya diberi peluang untuk mentadbir negara, Pakatan Rakyat beriltizam memastikan mana-mana perjanjian atau insentif yang tidak telus dan membelakangkan kepentingan rakyat akan dirujuk kepada Suruhanjaya Perjanjian Awam, yang akan ditubuhkan demi untuk menilai semula segala perjanjian ini.

BAB 4: KRONI DIDAHULUKAN, PROJEK DIUTAMAKAN

Tan Sri Yang diPertua

  • Belanjawan 2012 menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan. Tidak ada tanda-tanda ketagihan ini akan reda, kerana pelbagai pengumuman yang dibuat jelas akan menguntungkan pihak-pihak berkepentingan semata-mata.
  • Saya ingin merakamkan kekesalan kepada dewan kerana cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang merupakan mercu tanda dan harta rakyat yang sensitif langsung tidak dibahaskan terlebih dahulu di dewan ini, sebelum dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam belanjawan.
  • Saya bukanlah menentang sebarang usaha untuk mengembangkan saiz pasaran saham dan menarik pelabur asing ke Bursa Malaysia, tetapi persoalan yang membabitkan institusi Melayu/Bumiputra dan harta rakyat yang dibina oleh 3 generasi rakyat Malaysia ini perlukan perdebatan ikhlas dan ilmiah di dewan ini terlebih dahulu.
  • Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan Felda kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, sekiranya penyenaraian ini tidak disertakan dengan tata kelola yang baik, pengurusan yang telus dan bebas dari campur tangan politik dan diperkuatkan dengan segala langkah mengelakkan manipulasi pasaran dan spekulasi.
  • Harga pasaran saham MAS telah susut sehinggakan harga semasanya hanyalah sekitar 37% berbanding harganya sekitar tahun 1993 hingga 1995. Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat kali ganda berbanding AirAsia, harga sahamnya turun naik dan sekarang ini hanyalah 50% dari harga saham AirAsia.
  • Kita perlu berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa Felda, maka keputusan sebesar itu sewajarnya dibahaskan di dewan ini agar prasyarat berhubung kemantapan pengurusan, amalan tata kelola baik yang ketat dan nilai tambah dapat diambil kira.
  • Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para perantara (broker) dan penasihat termasuklah CIMB yang rapat dengan Perdana Menteri.
  • Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan projek-projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak melibatkan perbelanjaan RM700 juta.
  • Saya memberi ingatan supaya projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bertata kelola termasuklah dengan memastikan ia menggunakan bidaan terbuka, supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta, maknanya perkongsiannya begini: untung dikaut oleh swasta, kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat.
  • Saya juga kesal dengan cara Perdana Menter yang tidak segan silu mengumumkan projek-projek yang bermasalah kerana diberikan kepada krono seolah-olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat. Peruntukan projek pembangunan dibawah RMK10 bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 bilion contohnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap dan telah pun menelan belanja yang tinggi, akibat pembabitan pihak-pihak yang berkepentingan sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka.
  • Akhir sekali, saya wajar menyentuh mengenai peruntukan RM40 juta untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia.
  • Saya tidak begitu mempersoalkan tindakan kerajaan mahu memberi bantuan melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit. Saya juga tidak mahu mempersoalkan cara Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysia beliau, asalkan rakyat mendapat manfaat.
  • Namun, kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu Mydin yang dipilih untuk mendapat bantuan subsidi terus ini, sedangkan pembinaan lebih banyak kedai sebegini akan mematikan kedai-kedai runcit rakyat terbanyak di seluruh Malaysia?
  • Apakah kerajaan tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang maju dan berdaya saing di setiap daerah yang ingin dibantu, agar bantuan tersebut akan memberi lebih manfaat kepada lebih ramai pengusaha kedai runcit, bukannya membantu melebarkan sayap pengusaha sebuah pasaraya besar yang akan mematikan pengusaha kecil di kampung-kampung? Sudahlah selama ini mereka terpaksa bersaing dengan pasaraya besar, kini kedai runcit pun mahu dibolot dan diberi bantuan terus oleh kerajaan.
  • Sebab itu saya memohon dewan menerima hakikat bahawa belanjawan 2012 ini tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan billion akan dibelanjakan semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat.

BAB 5: ANJAKAN STRUKTUR EKONOMI

Tan Sri Yang diPertua

  • Dewan yang mulia seharusnya sedar pengumuman-pengumuman yang terkandung dalam Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri adalah gula-gula yang membebankan rakyat tetapi tidak menghasilkan sebarang anjakan perubahan kepada struktur ekonomi negara.
  • Pengumuman kenaikan gaji dan bonus kepada kakitangan awam adalah tidak berasaskan kepada sebarang pendekatan ekonomi, berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat melalui pengenalan gaji minima yang akan memanfaatkan kesemua tenaga kerja di negara ini.
  • Sebab itu kerajaan tidak boleh memandang remeh kemarahan pekerja sektor swasta yang merasakan mereka diketepikan semata-mata kerana kerajaan ingin memikat undi dari penjawat awam.
  • Begitu juga dengan pelepasan cukai berkaitan teksi yang membabitkan jumlah maksima bantuan sebanyak RM7,560 setahun. Perdana Menteri boleh berpura-pura berbangga dengan bantuan itu, tetapi jangan lupa rintihan sebenar pemandu teksi dibebankan sejumlah RM21,000 setahun kerana bayaran kepada pemegang konsesi. Bantuan RM7,560 setahun itu pun hanyalah kepada mereka yang memilih untuk menukar kenderaan teksi, tetapi bagi sebahagian besar pemandu teksi mereka masih perlu membayar yuran yang mencekik darah kepada pemegang konsesi lesen teksi, sebahagiannya terdiri dari Yang Berhormat di dalam dewan ini.
  • Perdana Menteri menyenaraikan beberapa subsidi makanan yang diberikan kepada rakyat seolah-olah ia diberikan ehsan kerajaan. Janganlah kita lupa bahawa amanah mentadbir wang rakyat itu datangnya dari rakyat dan ia boleh ditarik balik bila-bila masa, seperti kerajaan sewenang-wenangnya menarik subsidi sehingga menaikkan harga barangan.
  • Kerajaan berbangga dengan subsidi gula 20 sen setiap kilogram yang diberikan kepada rakyat, tetapi buat-buat lupa bahawa kerajaan jugalah yang menaikkan harga gula sehinga ia 60% lebih mahal sekarang berbanding sebelum Perdana Menteri mengambil alih kuasa.
  • Perdana Menteri nampaknya cukup berbangga dengan bayaran-bayaran yang diumumkan seperti bantuan persekolahan, bonus kepada bekas perajurit dan lain-lain. Saya nasihatkan supaya Perdana Menteri jangan senyum terlalu lama kerana rakyat tahu bahawa bayaran itu hanyalah bayaran sekali sahaja dalam tahun 2012 yang tidak berkekalan dan berbentuk gula-gula. Jika mereka termakan gula-gula tersebut, selepas pilihanraya kelak rakyat terpaksa memulangkan kembali bayaran-bayaran tersebut melalui cukai barangan dan perkhidmatan yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
  • Namun saya yakin rakyat boleh menilai perkara-perkara ini, kerana mereka juga sedar bahawa bayaran yang besar diberikan kepada golongan yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional termasuk bayaran sejumlah RM3,000 kepada bekas petugas KEMAS dan JASA yang lebih tinggi daripada bentuk-bentuk bantuan lain.

Tan Sri Yang diPertua,

  • Belanjawan yang bertanggungjawab mesti menetapkan dasar-dasar yang akan mengubah struktur ekonomi dan membolehkan anjakan, bukannya pengumuman pemberian hadiah satu tahun sahaja.
  • Perbandingan dengan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 akan menunjukkan bagaimana belanjawan kami menumpukan usaha kembali kepada kerangka dasar serta berusaha menyelesaikan masalah asas:
  • Pengenalan gaji minima untuk melonjakkan paras gaji pekerja seterusnya membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup
  • Menghapuskan monopoli dan merombak struktur harga barang-barang komoditi dan kepenggunaan (termasuklah monopoli BERNAS, AP dan lain-lain) untuk menghapuskan herotan harga dan menurunkan harga secara drastik
  • Memperuntukkan subsidi secara berpatutan kepada rakyat dengan mengalihkan peruntukan yang digunapakai oleh sektor korporat dan monopoli sebelum ini
  • Memberi penekanan kepada latihan teknikal dan vokasional termasuk melalui universiti teknikal untuk menyediakan graduan dan tenaga kerja yang berpadanan dengan kehendak industri
  • Peruntukan RM6.9 bilion sebagai pakej bantuan terus (direct assistance package) untuk golongan sasaran
  • Agihan sumber antara pusat dan negeri yang lebih adil mengikut pindaan capitation grant

BAB 7: PENUTUP

  • Rakyat akan menilai janji-janji yang terkandung di dalam Belanjawan 2012 dan Perdana Menteri mempunyai masa yang suntuk sebelum keadaan ekonomi global makin tidak menentu.
  • Sewajarnya Perdana Menteri menunaikan janji-janji terdahulu sebelum cuba menambah janji-janji baru ini, bermula dengan janji reformasi pilihanraya dan pemansuhan ISA yang perlu disegerakan.
  • Saya juga mengingatkan dewan supaya kita insaf bahawa reformasi ekonomi yang berkekalan adalah mustahil tanpa iltizam untuk merubah pendekatan politik dan pentadbiran yang diamalkan pemerintah sekarang. Tidak ada reformasi ekonomi tanpa reformasi politik yang menyeluruh.
  • Jika Perdana Menteri gagal melaksanakan harapan dan tuntutan-tuntutan rakyat ini, nescaya segala usaha menjelmakan dan menjenamakan semula dasar dan program-program yang gagal tidak akan berjaya meredakan hasrat rakyat yang mahukan perubahan.

  • Dengan ingatan itu kepada diri saya dan seluruh dewan, saya sudahi dengan wassalam.

[1] Analisis pertumbuhan kutipan cukai oleh Kerajaan Malaysia – Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

BULETIN RAKYAT

Posted: 10 Oct 2011 12:02 PM PDT

BULETIN RAKYAT


SEKITAR BUKIT BERUNTUNG/BUKIT SENTOSA~ 8 OKT 2011 SABTU !!!!!

Posted: 09 Oct 2011 08:59 PM PDT

 FESTIVAL JALANAN HULU SELANGOR, BUKIT BERUNTUNG
JOM SHOPPING BERSAMA WARGAEMAS DI TESCO BKT BERUNTUNG 
@8 OKT 2011 SABTU 

PECUTAN AKHIR SPM DI PERPUSTAKAAN NEGERI SHAH ALAM ~ TAHNIAH PESERTA PTRS DUN BATANG KALI

Posted: 09 Oct 2011 08:18 PM PDT


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 10 Oct 2011 11:17 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tutup saja Jabatan Audit Negara, bazir duit rakyat je

Posted: 10 Oct 2011 02:38 AM PDT



Dah bulan Oktober 2011, masih belum keluar lagi Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 untuk Persekutuan dan semua negei di Malaysia. Kalau macam ni baik tutup sajalah Jabatan Audit Negara ni, ada, macam tak ada. Ke ada sebab lain laporan tersebut belum dikeluarkan untuk tatapan umum?

Apa ke tidaknya banyak pendedahan dilaporkan semasa Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009. Antaranya Bangunan Majlis Agama Islam Melaka yang terjual kepada taukeh Cina seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

Belanjawan 2012 dibentang tanpa laporan Ketua Audit Negara – Anwar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.

"Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan.

"Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan laporan Ketua Audit Negara itu?" soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.

Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang PakatanRakyat 4 Oktober lalu.

Potongan dan kajian semula itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan yang tidak tepat.

"Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

"Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012," kata Anwar.

Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa ekonomi tempatan dan dunia.

Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

"Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada Petronas," kata Anwar

http://www.keadilandaily.com/belanjawan-2012-dibentang-tanpa-laporan-ketua-audit-negara-anwar/

BN bina jambatan bahaya untuk penduduk di Johor

Posted: 09 Oct 2011 09:37 PM PDT

10 Okt 2011 - Salam, saya mewakili penduduk Kg.Tembioh, Kota Tinggi Johor ingin membuat aduan tentang pembinaan jambatan yang sedang dijalankan amat membahayakan para pengguna terutamanya bagi yang berkenderaan kerana jambatan tersebut merupakan laluan utama untuk keluar masuk kampung kami.

Kami dapati tiada pemantauan daripada pihak berkuasa terutama Majlis Daerah Kota Tinggi atau jabatan lain yang berkaitan dengan proses pembinaan jambatan tersebut terutama tahap keselamatan pengguna jambatan tersebut.

Pembinaan jambatan tersebut memakan masa yang terlalu lama hampir setahun lebih dan pekerjanya hanya 5 hingga 6 orang sahaja sedangkan kos pembinaan tersebut hampir jutaan ringgit.

Kami kecewa kerana jambatan yang sedang dibina seolah-olah tiada perubahan dan makin merbahayakan kerana jambatan tersebut dibina terlalu tinggi dan serta sehala dan amat menyukarkan sekiranya pertembungan yang mahu naik dan turun.

Untuk pengetahuan pihak tuan, banyak berlaku kenderaan yang hampir terbabas masuk ke dalam sungai kerana tiada penghadang, alat sensor, dan mendapan tanah yang makin kritikal apabila tiba musim hujan.

Selain itu, kami dapati pihak kontraktor hanya menambak tanah merah melebihi daripada batu dan tiba sahaja musim hujan, tanah tersebut akan menjadi mendap dan hampir terbolos dan mereka hanya meletakkan sekeping papan besi sahaja. Sudah pasti papan tersebut licin dan mudah tergelincir.

Besar harapan kami kepada pihak berkenaan terutama Menteri Besar Johor, dan Ahli Parlimen Bahagian Kota Tinggi agar dapat membantu menyelesaikan masalah kami (warga emas,belia,pelajar sekolah) kerana sebelum ini aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenaan terutama Majlis Daerah Kota Tinggi tetapi hingga kini tiada maklum balas atau sebarang tindakan.

By: norazlinda http://www.aduanrakyat.com.my/pembinaan-jambatan-yang-merbahaya

Treler 'tersangkut' di Jambatan Sungai Tembioh



ORANG ramai melihat keadaan treler yang terperlus rodanya di lantai jambatan kayu Sungai Tembioh, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI 21 Dis. 2010 - Jambatan kayu yang uzur merentangi Sungai Tembioh di sini hampir runtuh apabila sebuah treler yang membawa muatan berat 'tersangkut' semasa melaluinya semalam.

Semasa kejadian, treler tersebut membawa batang cerucuk konkrit dan akibatnya, roda kenderaan itu 'terperosok' di lantai jambatan yang reput.

Ini menyebabkan treler tersebut menghalang kenderaan lain daripada melaluinya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati struktur tiang kayu jambatan selebar empat meter itu telah uzur dan reput serta berisiko jika kenderaan berat melaluinya.

Kampung Tembioh yang terletak di pinggir bandar ini mempunyai 300 penduduk dan jambatan berkenaan merupakan satu-satunya laluan penghubung bagi penduduk untuk keluar masuk.

Menurut penduduk, jambatan kayu itu pada asalnya dibina oleh pengusaha sebuah kilang papan yang beroperasi di kampung berkenaan pada tahun 1960-an, namun kilang itu telah berpindah ke Jalan Mawai di sini sejak dua tahun lalu.

Pemandu treler, Shahrin Abdul Rahman, 48, memberitahu, dia diminta untuk menghantar cerucuk konkrit berkenaan untuk memudahkan kerja menanam cerucuk tapak jambatan baru di situ.

"Ketika memandu atas jambatan itu, treler itu menyenget ke kiri, saya turun untuk menyiasat dan mendapati kesemua 12 batang cerucuk itu telah terjatuh ke Sungai Tembioh yang menghubungi Sungai Johor di sini sebaik roda kiri treler itu termasuk ke lantai kayu jambatan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff yang meninjau keadaan jambatan itu bersama ahli Majlis Daerah Kota Tinggi berkata, jambatan itu akan digantikan dengan sebuah jambatan konkrit selebar 11.9 meter yang dibina dengan kos RM1.7 juta Oktober lalu dan jangka siap Mei tahun depan.

Asiah berkata, sebelum ini terdapat satu papan tanda pemberitahuan kenderaan yang melebihi lima tan tidak dibenarkan melalui jambatan itu.

"Usaha mengalihkan treler itu dan kerja membaiki lantai jambatan sedang dijalankan bagi membolehkan penduduk meneruskan urusan harian mereka," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

Berita sedih ribuan bakal guru dalam Bajet 2012

Posted: 09 Oct 2011 09:16 PM PDT



Nampaknya tiada berita gembira untuk ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011. Yang ada berita baik hanyalah guru sedia ada , boleh kerja sampai umur 60 tahun. Nasib kaulah ribuan bakal guru, tunggulah Bajet 2013 atau PRU-13 nanti.

Berita sebelum ini ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html

GURU KECEWA MENANTI 'POSTING'
October 10th, 2011

Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang pengajaran bhs inggeris sbg bhs kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang penempatan kami di sekolah. Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI.

Hal ini amatlah memberi tekanan kepada kami. persoalannya, setelah belajar selama 4 tahun di dalam bidang ini, adakah kami akhirnya hanya akan menjadi graduan menganggur? Menghabiskan masa kami bertahun2 untuk belajar, sayangnya kami tidak dapat mempraktikkan apa yang kami pelajari dahulu di tempat yang sepatutnya.

Perkara ini juga memberi tekanan kepada kami kerana kami perlu membayar wang pinjaman yang kami gunakan ketika belajar dahulu. Walaupun masih belum bekerja, tetapi, kesemua kami yang telah mendapat surat daripada PTPTN yang meminta kami menjelaskan pinjaman kami. Masalahnya, bagaimana kami mampu membayar pinjaman sebanyak RM26,000 tersebut sekiranya kami masih belum bekerja seperti sekarang ini? Sekiranya kami ingin bekerja di tempat lain, ini juga menyukarkan kami kerana kami tidak tau bila kami akan di panggil posting dan pihak majikan tidak menerima pekerja yang bekerja dengan tempoh yang tidak tetap begitu.

Adalah tidak adil pada kami apabila golongan lepasan KPLI dan GSST, yang hanya mempunyai sedikit asas dalam bidang perguruan ini mendapat tempat terlebih dahulu sedangkan kami yang bertungkus lumus belajar segala aspek perguruan dengan sebetulnya, DIKETEPIKAN sewenangnya. Adakah golongan lepasan KPLI dan GSST diberi peluang untuk mendapat penempatan terlebih dahulu kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding kami? Jika begitu, BERILAH kami peluang menimba pengalaman seperti mereka. TENTUKAN PENEMPATAN KAMI KE SEKOLAH SECEPAT MUNGKIN!

Diharap luahan ini dapat disiarkan dan saya memohon kepada pihak yang berwajib supaya mengambil PERHATIAN sepenuhnya tentang perkara ini.

GURU KECEWA MENANTI POSTING.

By: misscik
http://www.aduanrakyat.com.my/guru-kecewa-menanti-posting

Rakyat tak ada tanah, tak dapat Rumah Mesra Rakyat

Posted: 09 Oct 2011 07:11 PM PDT



Bajet 2012 memperuntukan pembinaan 10,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM) . Di Malaysia ada 222 Parlimen dan 576 DUN, bermakna secara purata setiap Parlimen hanya akan dapat 45 buah RMM atau purata setiap DUN hanya akan dapat 17 RMM saja.

Helo brader, setiap DUN ada berapa kampung , ada berapa ketua kampung, berapa Pengerusi JKKK? 17 buah RMM nak direbutkan untuk setiap kampung dalam DUN, akhirnya siapa yang dapat? Yang dapat Rumah Mesra Rakyat ini mereka yang ada tanah, rakyat miskin papa kedana yang tak ada tanah, minta maaflah ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

Pekerja kilang yang gaji bawah RM 1,500 yang tak ada tanah pun, minta maaflah ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

Petikan Bajet 2012 - Selain itu, Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah lebih selesa. Di bawah program ini, mereka yang mempunyai tanah persendirian dan tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, boleh mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah sendiri. SPNB akan diberikan peruntukan tambahan untuk membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. Kos rumah yang berharga 65 ribu ringgit ini, akan dijual dengan harga 45 ribu ringgit sahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, Kerajaan akan memberi subsidi sejumlah 20 ribu ringgit. Sebanyak 200 juta ringgit akan diperuntukkan untuk program ini.

********
Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
- MEMPUNYAI TANAH / TAPAK YANG BERSESUAIAN DAN TIADA SEKATAN / CAGARAN KE ATASNYA.
- Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
- Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
http://www.spnb.com.my/

Bajet 2012, mana janji Hospital Rembau sejak 2008

Posted: 09 Oct 2011 06:40 PM PDT



Nampaknya orang Rembau melopong lagi. Pembinaan Hospital Rembau yang dijanjikan semasa Pilihanraya Umum ke 12 , Mac 2008 hanya tinggal janji serta batu asas yang jelas kelihatan dari jalan utama Seremban - Rembau. Yang dapat hospital ialah di Kuala Krai di Kelantan, bukannya di Rembau, Negeri Sembilan.

Hantam sajalah Labu ! Apo nak buek, dah Melayu mudah lupo.

15 Oktober 2011, Muhyiddin akan jelajah Negeri Sembilan, tak tahulah samada dia akan melawat Batu Asas Hospital Rembau.

Baca dan tengok sendiri asas Hospital Rembau yang didirikan oleh Kerajaan BN semasa PRU ke 12 tahun 2008 yang lalu di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Petikan Bajet 2012 - Bagi tahun 2012, sektor perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan 15 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus dan 1.8 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Ini melibatkan antaranya pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya.

Tiada ulasan:

Pengikut