Selasa, 11 Oktober 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 10 Oct 2011 01:14 PM PDT

THE FLYING KICK


Test

Posted: 10 Oct 2011 01:14 PM PDT

ANAK PEMIMPIN TERKENAL UMNO BUAT PERANGAI LAGI!

Posted: 10 Oct 2011 10:46 AM PDT

FAEKAH HUSSIN DAN SHUHAIMI SHAFIE MAIN GELENTEL GULI AJERLAH... TAK PAYAH NAK MEMBOHONG!!!

Posted: 10 Oct 2011 08:33 AM PDT

HU PANG CHOW DISERANG, KEBODOHAN PEMUDA PAS KELANTAN TERSERLAH!!!

Posted: 10 Oct 2011 07:30 AM PDT

GAGAL TANGANI KES ROGOL, KERAJAAN KEDAH RUNTUHKAN JAMBATAN PENDUDUK KAMPUNG!!!

Posted: 10 Oct 2011 06:15 AM PDT

4 REMAJA LELAKI ROGOL PELAJAR PEREMPUAN BERGILIR-GILIR DI KEDAH!!!

Posted: 10 Oct 2011 04:30 AM PDT

BETUL KE ANAK KHALID SAMAD LAYAK SEBAGAI ASNAF ZAKAT?

Posted: 10 Oct 2011 03:00 AM PDT

ISU VIDEO SEKS ANWAR TERBARU.... ISYARAT THREESOME SUDAH DIBERI!!!

Posted: 10 Oct 2011 01:34 AM PDT

AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MEMANG MUNAFIK!!!

Posted: 10 Oct 2011 12:30 AM PDT

DAP TAK PUAS HATI DENGAN TITAH SULTAN SELANGOR!!!

Posted: 09 Oct 2011 11:01 PM PDT

Duke of UMNO

Posted: 10 Oct 2011 01:11 PM PDT

Duke of UMNO


Amboiii..!!! Seksinya Bung Anwar Pakai Bathrobe...

Posted: 09 Oct 2011 11:36 PM PDT


Cakap banyak tak nak laaaa...korang tengok sendiri...ni baru sikit...khabarnya ada lagiiii...!!! Heheheheeeee....

Rajahmas

Posted: 10 Oct 2011 12:01 PM PDT

Rajahmas


Panas! Video di Bangkok dan satu gambar dalam negara...

Posted: 09 Oct 2011 07:54 PM PDT



Buat juak-juak PKR.. Cara-cara ambil berkat kehebatan anugerah tuhan.....

PEJUANG BANGSA

Posted: 10 Oct 2011 11:12 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Skandal SPICE : Syarikat Kroni untung RM 1 Billion , rakyat P.Pinang rugi RM 480 juta !!

Posted: 10 Oct 2011 08:30 AM PDT



Skandal sPice satu projek yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian lebih 480juta dengan mengunakan konsep CAT,cara CAT menjarah wang dan tanah kerajaan Pulau Pinang begitu sistematik dengan hanya MPPP bermodalkan 50juta ,kerajaan negeri mendapat kerugian 480juta. klik sini , sini dan sini.

Pisau akan ceritakan serba sedikit dari mana Lim Guan Eng mendapat idea untuk membina sPICE. Dikhabarkan idea ini bertitik tolak apabila GuanEng mengadakan perbincangan sulit dengan Lim Kuan Yew melalui menantu beliau Ho Chin. Perbincangan ini berlaku bersama Ho Chin ketika lawatan beliau ke Pulau Pinang tidak lama dahulu. Idea membina sPICE adalah untuk membina satu pusat konvensyen seperti Suntec Singapura .



Kenapa Skandal sPICE menyebabkan kerajaan negeri rugi dengan jumlah yang amat besar,bayangkan sudahlah MPPP mengeluarkan modal 50juta sebaliknya bertambah kerugian 430juta.Perjanjian berat sebelah ini membabitkan Eco Meridean yang menandatangani perjanjian untuk membina sPICE dengan bermodalkan 200juta,MPPP hanya mengeluarkan 50juta.

Tahukah anda,apabila bangunan itu siap,Eco Meridien akan menguruskan sPICE selama 30 tahun sebelum menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri. Dalam masa yang sama syarikat ini dapat sebidang tanah untuk membina perumahan.

Mengenai 1500 unit rumah yang kononnya untuk membina rumah kos rendah,Sebenarnya didalam perjanjian Eco Meridien dan MPPP klausa 4.3(b) menyatakan " "there shall be no development charges, built up area control or selling price control imposed by MPPP on any such additional density utilized." .

Justeru pihak syarikat bebas untuk meletakkan harga atau jenis rumah yang mereka mahukan. Syarikat ini seolah olah diberi sekeping cheque kosong ,sebagai ahli perniagaan sudah tentu mereka akan membuat perumahan mewah untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.Secara logiknya adakah Eco Meridien melabut lebih 200 juta hanya untuk meraih keuntungan dengan membina rumah murah?
Dalam perjanjian itu pihak kerajaan negeri atau MPPP tidak ada kuasa untuk menetapkan harga rumah.

Berdasarkan analisis kos keseluruhan projek adalah RM110 juta ,bukan 50 juta seperti yang di umumkan oleh MPPP dan Kerajaan negeri.Ini termasuk kehilangan hasil untuk pengecualian caj pembangunan, penilaian, cukai tanah dan premium tanah tanpa sebarang kos untuk perumahan kos rendah. Kerajaan negeri dan MPPP gagal untuk mempertimbangkan ini sebagai hasil kehilangan pendapatan.

MPPP mendakwa mereka melepaskan taksiran dan cukai tanah dari Pusat Konvensyen Spice , stadium tertutup, pusat akuatik dan tempat letak kereta kerana bangunan-bangunan ini adalah kepunyaan MPPP, sebaliknya pemaju diberi hak mengutip hasil dan sewa dan tidak ada perjanjian perkongsian keuntungan antara pemaju dan MPPP.Dalam masa yang sama MPPP tidak pula melepaskan cukai taksiran bagi kedai-kedai runcit. Jadi mengapa 2 keputusan yang berbeza?

Pemaju akan mendapat manfaat lebih daripada RM1 bilion daripada penjualan 1500 unit tambahan, 450 unit kos rendah, sewa dari kedai runcit, stadium tertutup, pusat akuatik, pusat konvensyen, tempat letak kereta dan pengecualian cukai dalam semua bentuk caj dan yuran.Sedangkan kos pemaju untuk projek Spice hanya RM200juta.

Klausa perjanjian perkara 4A.1 menyatakan bahawa pemaju boleh menjual setiap unit kos rendah pada harga minimun-RM72.5ribu. Bayangkan pihak pemaju tidak mengeluarkan sebarang kos tanah, jadi kos pembinaan setiap unit rumah kos rendah pada harga semasa tidak lebih daripada RM50 ribu seunit.Keuntungan berganda! Tetapi itu pun jika pemaju sanggup menjual dengan harga serendah itu.

Di bawah Perkara 6.2 Perjanjian, pemaju mengenakan caj RM68.2 juta untuk membaiki dan membaik pulih pusat akuatik, stadium tertutup dan kerja-kerja sampingan. Skop kerja hanya meliputi kerja pembersihan, mengecat dan membaik pulih , ia tidak membabitkan kerja pembinaan semula atau meruntuhkan banggunan.Caj RM68juta adalah satu kos yang tidak munasabah, sedangkan kos menanam cerucuk dan membina pusat sPICE hanyalah RM148juta.

Tahukah anda,MPPP menggunakan alasan kononnya dengan hanya bermodalkan 50juta mereka akan mendapat banggunan bernila 200juta yang hanya mereka akan dapat selepas 30 tahun?

Apakah akan terjadi selepas 30 tahun setelah banggunan tersebut diserahkan kepada MPPP?Sedangkan banggunan PISA terpaksa dibaik pulih menelan belanja 68 juta,apatah lagi dengan banggunan yang berumur 30 tahun,200 juta untuk kos baik pulih pada 30 tahun kemudian?

Lim Guan Eng langsung tidak berani menjawap segala persoalan yang timbul,sebaliknya hanya menyerahkan kepada YB Chow Kon Yeow dan Hajjah Patahiyah YDP MPPP.Inilah hasil daripada CAT Lim Guan Eng. Kerugian kepada kerajaan negeri lebih 480juta,keuntungan kepada pemaju mencecah 1 billion.

sumber : PISAU.NET

Bukti DAP berkuasa di Perak jika Pakatan menang , tetap mahu Nizar Menteri Besar !

Posted: 10 Oct 2011 07:00 AM PDT




Peluang calon PKR ataupun DAP menjadi Menteri Besar Perak kini nampak macam tertutup rapat.Ini adalah ekoran dari keputusan DAP berkehendakkan mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin diberi peluang mengekalkan kedudukannya jika pakatan pembangkang menang semula negeri itu dalam pilihanraya umum ke13.

DAP Perak yang mahu menunjukan kuasa "veto" dalam hal-hal perlantikan Menteri Besar Perak telah mendapat "endorsement" dari DAP Pusat.

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengesahkan kepada media bahawa parti itu dalam mesyuarat hari ini (Ahad) menyokong penuh perlantikan Nizar jika pembangkang berjaya memerintah semula Perak.

Keputusan DAP ini agak memeranjatkan umum kerana ia dilihat sebagai strategi parti itu awal-awal lagi bertindak menghalang calon-calon PKR ataupun calon-calon lain dalam PAS dipilih ke jawatan tersebut.

Langkah DAP ini dilihat sebagai cuba menyekat PAS mengemukakan calon lain selain dari Nizar ke jawatan MB. PAS sendiri setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

PKR juga dikatakan mempunyai calon sendiri jika PR muncul sebagai pemenang dalam pilihanraya kelak. Namun PKR juga seperti PAS masih membisu kerana tidak mahu menjejaskan persiapan menghadapi pilihanraya ini.

Juga timbul tandatanya apakah ia petanda DAP tidak akan letak calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kali ini.

Siapa tahu ia juga salah satu strategi DAP untuk memancing undi orang Melayu negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang menerusi pengumuman berkenaan.

Walaupun Nizar dilihat calon favorite DAP banyak isu-isu dilihat boleh menghalang perlantikannya.

Salah satu isu yang penting ialah sama ada pihak lstana boleh memberikan "lampu hijau" kerana sewaktu menjadi Menteri Besar Perak dulu, Nizar dilihat banyak menimbulkan kontroversi dengan pihak lstana.

Bagi pemerhati politik, isu sembah derhaka yang dilafazkan Nizar kemuncak dari krisis "MB Perak" tempoh hari masih sukar dipadam dari pemikiran umum khususnya mereka yang rapat dengan lstana.

Seperti umum ketahui masyarakat Melayu di negeri ini tidak suka seorang Menteri Besar mengeluarkan kata-kata bersifat "derhaka" serta bersikap membelakangkan lstana.

Kemudian Nizar juga berdepan isu-isu seperti isu Ancak dan isu nyala lilin ketika DAP mengadakan upacara memperingati kematian Teoh Beng Hock tempoh hari. Nizar dilihat turut sama hadir dengan memegang lilin yang kemudian perkara ini diulas Mufti Perak serta pihak PAS pusat sendiri.

Bagi kebanyakan ahli-ahli PAS khususnya di peringkat pusat, imej Nizar sedikit tercemar dan dilihat sebagai liability kepada perjuangan PAS di negeri ini dan juga diperingkat kebangsaan.

Jika desas desus ini ada kebenaran maka PAS secara diam-diam dikatakan seperti sudah ada calon lain sebagai Menteri Besar jika parti itu berkuasa semula, namun hal ini masih menjadi rahsia sehinggalah keputusan pilihanraya ke13 diketahui kelak.

Nizar dilihat bukanlah calon utama pilihan PAS kali ini berbanding tahun 2008.

Pemerhati politik juga berpendapat Nizar menjadi pilihan DAP adalah kerana Nizar dilihat jarang membantah kehendak DAP meskipun dalam banyak hal, hala tuju Nizar ketika itu merugikan PAS.

Malah apa yang dibimbangkan ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi ialah dakwaan bahawa Nizar ialah boneka DAP seperti sukar diketepikan dengan pengumuman Guan Eng ini.

Untuk rekod Nizar ialah Menteri Besar ke10 setelah pembangkang berjaya mencipta kemenangan dalam pilihanraya umum 2008 sebelum tiga ADUN mereka keluar meninggalkan PR menjadi calon bebas yang menyokong BN.

Nizar terpaksa dipilih jadi Menteri Besar kerana calon PKR yang mempunyai lebih kerusi dari PAS waktu itu didapati tidak mempunyai kriteria ' layak'.

DAP pula tidak mempunyai calon Melayu ketika itu.

Ekoran dari tindakan tiga adun bebas ini, kerajaan pakatan pembangkang tumbang lalu digantikan dengan kerajaan BN.Menurut Guan Eng semua pimpinan tertinggi parti berkenaan juga telah menyuarakan persetujuan untuk menyokong Nizar bagi menjawat jawatan berkenaan setelah memikirkan kesesuaian calon sedia ada.

Dalam konteks ini DAP Perak juga berjanji untuk memberi sokongan penuh kepada Nizar. "Kita sentiasa sokong Nizar sebagai Menteri Besar kerana beliau adalah calon yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut.

"Yang penting bagi kita adalah untuk terus berjuang membela nasib rakyat di negeri ini," katanya. AGENDADAILY 

PANAS ! Anwar selamatkan Khalid Gagap dari ditendang jawatan MB Selangor ,

Posted: 10 Oct 2011 05:00 AM PDT




Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

Tambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com, terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

AntaraPos.com diasaskan sekumpulan bekas editor TVSelangor yang juga bekas kakitangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated.

Laman web itu juga mendakwa Anwar Ibrahim akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, lapor laman web itu lagi, Wan Azizah enggan berbuat demikian, menyebabkan timbul keresahan di kalangan wakil rakyat yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.


Komen GPB :  

Nasib baik la ada Anwar selamatkan Khalid Ibrahim dari ditendang dari jawatan MB Selangor.  GILA KUASA betul Adun2 Pakatan ini nak jadi menter i besar ..

ISU DUMC : Sultan Selangor tersinggung pihak pertikai tindakan JAIS

Posted: 10 Oct 2011 02:20 AM PDT




Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS.

Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.

Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.

Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.

Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor

Video Anwar di syurga dunia Thailand, bukti tak sakit belakang ?

Posted: 09 Oct 2011 08:27 PM PDT






Anwar kantoi lagi… kalau Dr Hoogland cakap anak guamnya sudah tak berupaya melakukan seks , habis itu sapa dalam video terbaru memaparkan di syorga dunia Bangkok ni ?


Video diatas ini menurut dari blog papa gomo merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am


Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkokdan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm.


Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.


Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk 'aktiviti-aktiviti' tertentu dan 'tugas-tugas rasmi' tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang


Adakah Anwar akan nafikan beliau tidak ke Bangkok pada hari dan jam berkenaan ? Harus diingatkan nama Anwar tercatat dalam penerbangan berkenaan serta juga pemeriksaan di aiport.

GPB nak tengok adakah Joe Bedul nak cakap pelakon mirip Anwar yang sama dengan China Doll balun pelacur Siam ni ? .haha

Kalau orang tanya GPB la , awat blogger pro UMNO seperti Papa Gomo suka mainkan isu seks pemimpin pembangkang terutama Anwar Ibrahim …

Jawapannya mudah saja ,itu pemimpin mereka memang suka perbuatan haram tu ! …

19 jam pun cukup untuk Anwar melampiaskan nafsunya di syorga dunia Bangkok …haha

Jom tengok projek kayakan kroni Guan Eng , rugikan rakyat P.Pinang !

Posted: 09 Oct 2011 06:36 PM PDT



Lepas wang ehsan RM 100 , kerajaan DAP ambil kredit program BOT Kerajaan Pusat

Posted: 09 Oct 2011 05:14 PM PDT


Ini sekali tengok macam dalam akhbar arus perdana , tetapi sebenarnya berita dari risalah  propaganda Buletin Mutiara terbitan Unit Komunikasi Kerajaan regim DAP terbaru diedarkan ke setiap rumah termasuk rumab GPB . 

Bila tengok tajuk , tentu rakyat akan terpengaruh  kerajaan BN dulu jahat kerana sembunyikan  bantuan program BOT kepada warga emas yang layak .  GPB ingatkan jangan mudah  percaya kepada propaganda puak-puak chauvinis DAP ini . 

GPB ingin tanya  program Bantuan  Orang Tua yang diberikan RM 300 kepada warga emas yang layak ini sapa  buat  ?? 

Jawapannya adalah hasil usaha  Kerajaan BN sejak dulu lagi  dan diperuntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM)  . Ia  bukannya duit kerajaan negeri DAP yang baru 4 tahun perintah . Ini FAKTA !

Apa kejadahnya pulak Exco  Phee Boon Poh DAP ini menuduh kerajaan BN sebelum sembunyikan pasal program  BOT ini ??   Ini program BOT duit dari kerajaan  bapak  Guan Eng ka ?? 

Sudah la ambil kredit  program JKM  kerajaan Pusat yang beri RM 300 sebulan  , lepas itu muka tak malu pulak tuduh kerajaan BN dulu sembunyikan dari rakyat .  Mungkin Exco DAP ini akui bahawa RM 100 setahun tak cukup untuk warga emas berbanding RM 300 sebulan oleh kerajaan Pusat. 

Pepatah  ada menyatakan   " LEMBU PUNYA SUSU , SAPI DAPAT NAMA " 

Dulu Wang ehsan  RM 100 setahun , kini wang program  BOT  RM 300 sebulan DAP nak sapu  !



***  Dalam buletin Mutiara , setelah hampir  4 tahun perintah , kerajaan regim DAP masih lagi  buat perbandingan dgn kerajaan BN dulu . Ini membuktikan mereka  tak buat kerja  !!   Di Kedah awat tak ada perbandingan dulu dan sekarang seperti PP ??

Pandangan ustazSAID

Posted: 10 Oct 2011 09:43 AM PDT

Pandangan ustazSAID


Bajet 2012: Terima Kasih PM Najib...suara belia!

Posted: 10 Oct 2011 04:47 AM PDT

Terima kasih PM Najib...

Syukur Alhamdulilah, belum terlambat rasanya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan khususnya PM Najib di atas bajet 2012, yang cukup menggembirakan kepada seluruh lapisan masyarakat. Seluruh rakyat mendapat nikmat daripada bajet kali ini, terutama rakyat bawahan. Bajet yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Cuma mungkin yang tidak gembira dengan bajet kali ini tentulah pihak pembangkang. Pembangkang hampir check-mate dengan pembentangan bajet kali ini. Bagaimana lagi pembangkang hendak menidakkan nikmat bajet ini? 

Selaku pemimpin belia di peringkat pedalaman, bajet kali ini sesungguhnya mencakupi apa yang diharapkan oleh belia. Keprihatinan kerajaan dalam membantu belia dalam pembentangan bajet ini amat mengembirakan belia. Mewakili belia di luar bandar, sokongan kerajaan dengan peruntukan yang begitu banyak untuk belia menggerakkan aktiviti sangat dialu-alukan, dan diucapkan terima kasih.

Namun begitu, satu perkara yang wajar diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan terutama di negeri Sabah ialah hambatan bagi persatuan belia di negeri Sabah untuk mendapatkan bantuan daripada agensi persekutuan seperti Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan. Alasan diberikan ialah pihak berkuasa negeri Sabah tidak menerima Pendaftar Pertubuhan Belia ( ROY ). Akibat hambatan ini, persatuan belia menjadi mangsa tidak mendapat bantuan kewangan untuk menggerakkan persatuan.

Diharapkan apa yang diumumkan oleh PM Najib akan turut dinikmati oleh belia di Sabah, khususnya persatuan belia. Walaupun, pihak kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan, sentiasa membantu persatuan belia, namun alangkah eloknya jika persatuan belia mendapat bantuan daripada dua sumber - negeri dan persekutuan. 

Semoga keprihatinan PM Najib melalui pembentangan bajet kali ini akan lebih menyedarkan para belia bahawa sebenarnya kerajaan tidak pernah mengabaikan belia. Diharapkan sokongan para belia kepada PM Najib akan berterusan dan diterjemahkan di peti undi pada PRU13 nanti!

Tiada ulasan:

Pengikut