Jumaat, 7 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 06 Oct 2011 09:58 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Lawatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Posted: 06 Oct 2011 09:09 PM PDT

Lawatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Lawatan pertama DYMM SPBYDP Agong ke Selangor selepas Pakatan Rakyat mentadbir negeri.

Majlis makn malam sempena lawatan Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Alam Shah, Bandar Di Raja Kelang.

Dari kanan: YB Dr Halimah Exco Pendidikan, YB Rodziah Exco Kebajikan & Hal Ehwal Wanita, YB Haniza Timbalan Speaker, YB Elizabeth Wong Exco Pelancongan, Cik Faekah SU Politik YAB Dato’ Menteri Besar


Homework Room bagi anak-anak di Tmn Dato’ Harun

Posted: 06 Oct 2011 09:01 PM PDT

Homework Room bagi anak-anak di Tmn Dato' Harun

Pembukaan sebuah Homework Room bagi anak-anak yang tinggal di kawasan Tmn Dato’ Harun adalah bagi memberi keselesaan menghabiskan kerja sekolah.
Memandangkan rumah-rumah lama di Tmn Dato’ Harun yang ruangnya agak kecil, anak-anak perlukan ruang yang sesuai untuk buat kerja-kerja sekolah.
Homework Room diselia oleh seorang penyelia dan dibuka setiap Isnin ke Jumaat pada jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Sabtu & Ahad dibuka pada 10.00 pagi sehingga 2.30 petang.


Anwar Ibrahim

Posted: 06 Oct 2011 07:48 PM PDT

Anwar Ibrahim


Malaysia Judge Quashes PM Subpoena in Anwar Trial

Posted: 05 Oct 2011 11:14 PM PDT

Channel News Asia

A judge on Thursday quashed subpoenas ordering Malaysian Prime Minister Najib Razak and his wife to testify in the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim.

The ruling by High Court Judge Zabidin Mohamed Diah removes the prospect of a sensational court appearance by Najib and his wife Rosmah Mansor, whom Anwar says are behind what he calls bogus charges.

Anwar, 64, is charged with sodomising a young male aide in June 2008, but he denies the allegations and says they were cooked up with Najib’s involvement in an attempt to cripple the opposition’s chances in coming elections.

Najib has admitted meeting Anwar’s accuser Mohamad Saiful Bukhari Azlan two days before the alleged sodomy, but both he and Rosmah deny any connection to the case.

Sodomy is illegal in Muslim-majority Malaysia and punishable by up to 20 years in prison.

The defence says Najib’s meeting with Saiful indicates the premier’s involvement and called for the couple to testify.

Zabidin issued the subpoenas last month but he ruled in favour of an application by the couple to strike them out, saying the defence failed to show their involvement.

“Hence, I allow the applications and order the trial to continue,” he told a packed courtroom in the capital Kuala Lumpur.

Anwar expressed disappointment with the ruling, saying the couple “were clearly involved”.

“Our position is that this was planned. Now he (Najib) should come and deny it,” Anwar told reporters.

Anwar was deputy prime minister and in line for the premiership when he was ousted in 1998 in a bitter falling-out with then prime minister Mahathir Mohamad.

Anwar was subsequently arrested and convicted on sodomy and corruption charges widely seen as politically motivated. The sodomy conviction was overturned and Anwar was freed in 2004.

He led an opposition alliance to historic gains against the long-ruling Barisan Nasional coalition in 2008 polls, and the new sodomy accusation emerged shortly afterwards.

Najib is required to call new elections by early 2013 but is widely expected to call them within months.

Pakar: Anwar Masih Mengalami Sakit Belakang

Posted: 05 Oct 2011 11:11 PM PDT

Malaysiakini

Pakar tulang belakang Belanda, Dr Thomas Hoogland yang telah melakukan pembedahan pada belakang Anwar pada tahun 2004, telah dipanggil sebagai saksi.

Dr Hoogland memberitahu mahkamah bahawa beliau telah melakukan 14,000 pembedahan tulang belakang.

Beliau telah menulis lima buah buku mengenai pembedahan tulang belakang. Beliau adalah ahli Persatuan Orthapaedik Jerman.

Hoogland kemudiannya menerangkan mengenai bahagian lumbar tulang belakang dan fungsinya.

Beliau menjelaskan bahawa cakera yang tergelincir menyebabkan kesakitan di belakang. Ia boleh menyebabkan banyak masalah, terutama apabila berdiri.

Hoogland menggunakan imej komputer yang dipasang pada skrin putih untuk menjelaskannya dari kandang saksi.

Beliau menjelaskan bahawa stepnosis adalah merupakan penyempitan terusan di tulang belakang.

NONE10.17am: Hoogland (kiri) berkata beliau bertemu dengan Anwar pada bulan April 2001, ketika Anwar berada di penjara di bawah pengawasan polis.

Dia bertemu dengannya sekali lagi pada September 2004, selepas Anwar dibebaskan.

Menurutnya, Anwar tiba di Klinik Alpha di Munich, Jerman dan membuat keputusan untuk menjalani pembedahan.”

10:19am: Saksi itu berkata beliau menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberikan Anwar satu salinan laporan itu atas permintaannya.

10:21am: Katanya, Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang memberi kesan kepada kali dan tangan pesakit.

“Secara khususnya, pada kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher.”

Hoogland berkata beliau telah bertemu dengan Anwar pada 4 September 2004, dan Anwar mengadu dipukul ketika dalam tahanan polis enam tahun sebelumnya.
10:24am: Saksi itu berkata semakin lama saraf terganggu, semakin besar kemungkinan ia akan menyebabkan kehilangan fungsi berikutnya.

10:30am: Anwar mempunyai masalah membongkok ke hadapan dan dengan pergerakan tulang belakang.

NONE10:32am: Hoogland berkata berdasarkan pada sistem itu, beliau membuat diagnosis lateral stonosis, yang akan mengecilkan saluran tulang belakang.

10:36am: Menurutnya, Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September hingga 27 September 2004.

“Tidak ada komplikasi.”

10:43am: Anwar, bagaimanapun, kesakitan pada sebelah kiri.

10:43am: Hoogland ditanya sama ada masalah itu akan berulang, di mana beliau menjawab kadar berulang adalah 5 hingga 20 peratus.

“Mengenai sclerosis, ianya adalah 15 peratus.”

10:47am: Hoogland berkata, kemerosotan tulang bukanlah satu proses semula jadi, tetapi ia adalah perkara biasa.

10:50am: laporan perubatan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti. Hoogland menerangkan mengenai pembedahan yang dilakukan ke atas Anwar pada 6 September 2004.

10:56am: laporan pembedahan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti.

11:00am: Hoogland berkata cakera lumbar keempat dan kelima Anwar telah sembuh, tidak seperti sebelum ini pada tahun 2001.

11:02am: Peguam Sankara meminta untuk rihat sekejab dan hakim membenarkannya.

11:45am: Perbicaraan disambung.

11:46am: Hoogland berkata, tiga bulan selepas pembedahan, Anwar pergi sekali lagi ke kliniknya di Munich pada bulan Februari 2005.

NONESaksi itu berkata pada 7 Februari, beliau melakukan pemeriksaan dan ia menunjukkan bahawa Anwar masih sekali sekala mengalami sakit belakang.

11.50am: Katanya, terdapat peningkatan yang ketara dalam keadaan Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak berubah selepas beliau keluar dari hospital pada 24 September 2004.

“Otot belakang adalah penting untuk mengawal pergerakan belakang.”

11:54am: Hoogland berkata, beliau telah merawat ramai pesakit Islam dari negara-negara Timur Tengah, dan solat selalunya menjadi isu.

“Saya menasihatkan Anwar untuk solat, dengan melakukannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan.

“Anda boleh bengkok ke hadapan dengan cepat tetapi apabila anda kembali, lakukannya dengan sangat perlahan-lahan (bergerak kembali tegak dan berdiri).”

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 06 Oct 2011 11:15 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru Amerika diagungkan, guru Malaysia bangsat ke wahai TPM?

Posted: 06 Oct 2011 01:03 AM PDT



Begitu ramai bakal guru Bahasa Inggeris, bakal guru lepasan KPLI sekarang ini menganggur, Muhyiddin dengan bijaknya nak ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat. Memang betullah kata Muhyiddin , Malaysia pernah dijajah, dan mungkin terus dijajah agaknya. Hebat sangat ke guru Amerika tu, hinggakan ramai anak bangsa kita dibiarkan menganggur?

Kita di Malaysia ni belajar American English atau English English?

Apa guna tanya rakyat untuk input Belanjawan 2012, sedangkan masalah bakal guru yang dah lulus KPLI dan TESL ini dibiarkan menganggur?

Mana PERKASA dalam isu ini, atau PERKASA hanya jagoan Ampangan?

Kisah beratus bakal guru Bahasa Inggeris TESL masih menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/ramainya-bakal-guru-menganggur.html

Kisah begitu ramai bakal guru KPLI 2010 menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Kisah Muhyiddin nak ambil 370 guru negara asing ajar Bahasa Inggeris di http://amkns.blogspot.com/2010/10/370-guru-pengajar-asing-muhyiddin.html

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan. "Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini.
http://www.bharian.com.my/articles/300gurupakarBahasaInggerisdibawamasuk_Muhyiddin/Article/

Ramainya bakal guru menganggur, Muhyiddin tidur ke?

Posted: 05 Oct 2011 09:05 PM PDT



SAYA mewakili beratus pelajar TESL tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami. Lebih setengah tahun kami menganggur. Bayangkan, guru menganggur sebegini lama? Ia belum pernah terjadi. Enam tahun kami belajar dalam bidang ini dan ini yang kami terima.

Pengangguran beramai-ramai. Apabila kami hubungi KPM, mereka tak tahu nak jawab apa. Kononnya sebelum 10 Oktober kami akan ditempatkan di sekolah. Tapi semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong cakap tidak tahu bila?

Pihak KPM perlu fikir, ada di antara kami yang merupakan anak sulung atau anak tunggal dan keluarga bukan dari golongan senang. Malahan ada juga ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan rawatan.

Mereka mahu cepat ditempatkan di sekolah-sekolah supaya nanti boleh buat pinjaman untuk menampung kos rawatan.

Kami sukar mendapat kerja kerana majikan mahukan pekerja yang boleh bekerja dalam jangka masa yang lama sedangkan kami tidak tahu selama mana kami boleh bekerja kerana terikat dengan kontrak KPM dan akan dipanggil bila-bila masa sahaja.

Dan sekiranya kami tidak bekerja dengan KPM, kami perlu membayar sebanyak RM130,000 untuk membatalkan kontrak. Ini tidak masuk akal kerana kami dibiarkan sebegini lama dan tidak boleh bekerja.

Diharapkan luahan perasaan kami ini dapat disiarkan dan mendapat perhatian pihak KPM.

GURU TERANIAYA
Guru-guru Bahasa Inggeris tertekan setahun menganggur
6 Okt 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Jangan lupa baca artikel Kementerian Pelajaran tunggang langgang, TPM sibuk politik di http://amkns.blogspot.com/2011/09/kementerian-pelajaran-tunggang-langgang.html

Juga Kerajaan tak de duit ke, bakal guru ramai menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Tiada ulasan:

Pengikut