Pakatan Rakyat |
Posted: 28 Sep 2011 04:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tentang hukum hudud ialah, kesemua ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti akan meletak jawatan jika undang-undang jenayah Islam itu dipaksa menjadi sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Pendirian itu dibuat sebagai tanda kepimpinan DAP bertanggungjawab sepenuhnya dengan prinsip perjuangannya yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Tetapi yang dilaporkan oleh The Star pula ialah kononnya Guan Eng mengugut untuk meletak jawatan dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, dan ini telah mencetuskan kecaman dan kritikan pihak kawan dan lawan terhadap DAP. Menurut Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, apa yang sebenarnya dikatakan oleh Guan Eng adalah, jika hukum hudud dimasukkan dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga Pakatan Rakyat, semua ahli CEC DAP akan melepaskan jawatan mereka dalam parti. "Ia tidak bererti DAP ugut untuk keluar dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak timbul soal DAP akan meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya. Dalam surat terbukanya hari ini kepada The Star yang telah menyiarkan dua versi berita yang sama, beliau berkata akhbar harian yang dikuasai MCA itu pada mulanya telah menyiarkan berita yang tepat pada 25 September 2011. Bagaimana pun, katanya, versi berita yang sama pada 26 September 2011 telah diubah dan dipalsukan menjadi kononnya Guan Eng telah mengugut untuk meletak jawatan daripada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat jika hudud dijadikan sebahagian daripada Dasar Bersama atau Buku Jingga. Beliau menuntut supaya The Star menjelaskan bagaimana berita yang sama boleh diubah sebegitu rupa, dan mengapa berita yang tepat ditukar menjadi berita palsu. Isu hukum hudud yang sering menimbulkan kontroversi telah dibangkitkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar PAS Kelantan supaya melaksanakannya segera, walau pun bekas Perdana Menteri itu sendiri yang penghalang terbesar sewaktu berkuasa dahulu. Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Mahathir, Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengingatkan semua pihak bahawa perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak ada dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Karpal turut meminta semua pihak yang terlibat supaya berbincang dengan lebih mendalam di kalangan kepimpinan Pakatan. Lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia serta media kawalan BN termasuk TV3 telah memutarbelitkan isu untuk memburukkan Pakatan, walau pun UMNO sendiri telah menolak sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud. Semalam, setiausaha agung parti-parti komponen Pakatan serta wakil mereka telah bermesyuarat dan mendapati laporan media kawalan UMNO dan BN adalah bohong, dan tidak timbul isu DAP keluar dari Pakatan. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang hadir di mesyuarat itu menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat saling menghormati pendirian dan perbezaan ideologi parti masing-masing, dan kerana itu berpegang kepada Dasar Bersama. "Sekarang Tun Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada UMNO untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham UMNO sebenarnya tak nak hukum hudud. "Apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang sudah lama, ia pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga. Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat," jelasnya. – Roketkini.com |
Posted: 28 Sep 2011 04:16 PM PDT KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang dengan tangan-tangan generasi media baru, anak-anak muda 'facebook', 'twitter' dan 'blogger'. Beliau berkata 80 peratus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional kerana mereka mendapat maklumat "fist hand" yang hanya dihujung jari mereka. "Mereka ini mendapat maklumat 'fist hand' dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional. "Ingat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang," ujarnya dalam program Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, Ahad 25 September. Dalam pada itu, menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat. Amalan Umno dan BN itu, katanya, umpama kempen pada tahun-tahun 60-an, menggunakan akhbar Utusan yang sama. Menurutnya, rakyat di negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN. "Rakyat telah berubah tetapi pemerintah (BN) belum lagi berubah. Dia (Umno) masih berkempen ala tahun 60-an. "Kajian yang dibuat orang tionghua (Cina) 80 peratus tidak mengundi Barisan Nasional (BN). Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada pembangkang Pakatan Rakyat," jelasnya. Oleh itu, kata Mohamad kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar. Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel lain iaitu Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Hasan Hasbullah sebagai moderatornya. SABAK BERNAM : Seramai 82 penduduk sekitar kawasan Sungai Besar di sini menerima surat hak milik tanah (notis 5A) yang diserahkan kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau dalam Program Khas Mesra Rakyat di Sabak Bernam hari ini. Rata-rata yang menerima notis 5A adalah waris kepada peneroka tanah yang selama ini menanti lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Penyerahan ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janjinya untuk memberikan hak milik tanah kepada rakyat. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, penerima notis 5A diingatkan agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain. Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan sijil ASB kepada 45 orang penduduk setempat. Pemerhatian TV Selangor melihat penerima kelihatan gembira dengan pemberian notis 5A oleh kerajaan negeri. Dalam majlis itu juga, rakyat berpeluang berdialog dan menyuarakan pandangan mereka secara terus kepada Menteri Besar. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan