Sabtu, 16 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Jul 2011 03:14 PM PDT

'Polis bengis macam nak makan saya'

Posted: 16 Jul 2011 04:21 AM PDT

Jimadie Shah Othman

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

NONE"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Itulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike

Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangani gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepatu Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.

Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram

Posted: 16 Jul 2011 04:19 AM PDT

Susan Loone Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.

cynthia gabriel and unknown man ops scorpeneDi Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.

Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.

Majlis peguam mahu laporan RCI Teoh didedahkan

Posted: 16 Jul 2011 04:18 AM PDT

Saw Yee Fung Dua tahun telah berlalu sejak 16 Julai, tarikh pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dijumpai mati di selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh juga telah menyerahkan laporan muktamadnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.

NONESetakat ini, laporan itu belum diumumkan kepada orang ramai.

Menurut wakil Majlis Peguam, Edmund Bon, "jika menjelang masa tertentu laporan suruhanjaya tidak diumumkan, Majlis Peguam akan mendedahkan laporannya (pada RCI itu)".

Bon berkata demiian pada majlis memperingati ulang tahun kematian Teoh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam semalam.

"Selepas suruhanjaya diraja mendedahkan laporannya, kami (Majlis Peguam) akan mengeluarkan laporan kami, kemudian orang ramai boleh membandingkan kedua-dua laporan itu. Kami berharap kedua-dua laporan itu adalah konsisten," katanya.

"Berdasarkan beberapa laporan suruhanjaya sebelum ini, kami dapati laporannya agak bagus. Jadi kami berharap perkara yang sama untuk kes Teoh."

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk keluarga Teoh, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ahli parlimen Kepong Tan Seng Giaw, ADUN Teratai Jenice Lee dan ahli parlimen Subang R Sivarasa.

Lim: MP Sungai Siput Dr D Jeyakumar okay

Posted: 16 Jul 2011 04:15 AM PDT

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dalam keadaan baik meskipun telah ditahan lebih tiga minggu sekarang, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang setelah melawat aktivis Parti Sosialis Malaysia itu hari ini.

NONELim, bersama naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Subang Jaya dari PKR, R Sivarasa berjumpa dengan Jeyakumar selama 20 minit di Bukit Aman pagi ini.

"Beliau okay, di sebalik tahanan itu. Tetapi yang penting adalah hilangnya kebebasan dan tahanan yang tidak adil ini dan saya bercakap sebagai bekas tahanan ISA," kata Lim pada sidang media selepas lawatan itu.

Jeyakumar adalah antara enam ahli PSM yang ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam.

Selain dirinya, turut ditahan adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Lim berkata tahanan ke atas keenam-enam mereka itu sebagai ketidakadilan yang dahsyat kerana tiada justifikasi dalam penangkapan tersebut.

Beliau mengganggap penahanan itu sebagai cubaan untuk mecemarkan gerakan himpunan BERSIH 2.0.

NONE"Tuduhan sebagai penggerak BERSIH ialah satu ketidakadilan. 709 telah tunjukkan betapa bukan puluhan ribu penyokong BERSIH yang lakukan keganasan dan huru-hara tetapi pihak berkuasa polis," katanya.

Mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis

Posted: 16 Jul 2011 04:10 AM PDT

Salhan K Ahmad Seorang individu mengemukakan saman hari ini ke atas polis dan menteri dalam negeri atas dakwaan penahanan salah ke atasnya, dua minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan.

Plaintif berkenaan, Musafri Abdullah Azmi, 27, merupakan individu pertama yang ditahan polis sebelum perhimpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu.

Musafri menuntut supaya mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan itu dibuat secara tidak sah.

Mahkamah juga dituntut supaya mengeluarkan deklarasi bahawa polis serta responden berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka.

Penahanan itu didakwa tidak dibuat mengikut undang-undang kerana sebab penahanan itu tidak diberitahu kepadanya.

Selain itu, beliau turut meminta mahkamah supaya mengarahkan rampasan lapan helai baju-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH 2.0' itu diisytiharkan tidak sah.

Dua daripada responden yang dinamakan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob.

Dua lagi responden yang dinamakan ialah dua orang anggota polis yang dinamakan sebagai John Doe dan Insp Misbahun Hamdan.

John Doe merupakan antara empat orang anggota polis yang menahan beliau pada malam 26 Jun lalu.

Turut dituntut ialah gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Menurut afidavit yang dikemukakan, Musafri ditahan pada kira-kira jam 11.20 malam berkenaan ketika dalam perjalanan pulang daripada satu mesyuarat di Padang Jawa, Klang.

"Penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di kaca mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah."

Peguam, Zainal Said berkata tindakan saman pertama itu diharap akan menggalakkan individu lain yang turut ditahan polis berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 supaya tampil dan membuat tindakan sama.

Saman itu juga diharap akan menjadi panduan bagi menghadapi tindakan polis yang mungkin akan tetap menahan individu berpakaian baju-t BERSIH 2.0, katanya.

Bercakap kepada media di kompleks mahkamah Shah Alam hari ini, Zainal berkata polis tidak berhak untuk merampas pakaian berkenaan kerana dilindungi mengikut Fasal 13 perlembagaan -- hak individu untuk memiliki harta.

"Dia berhak untuk pakai apa saja baju," katanya lagi yang menambah, kebebasan individu berkenaan untuk berhimpun juga dijamin perlembagaan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin tertinggi PAS Selangor termasuk pesuruhjayanya Dr Abdul Rani Osman serta ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bersih: Juham Selangor fail saman pemula

Posted: 16 Jul 2011 04:09 AM PDT

Ismail Hashim
SHAH ALAM: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor semalam memfailkan saman pemula terhadap pihak polis yang menahan seorang Pemuda PAS pada 24 Jun lalu.

Menurut Pengarah Juham Selangor, Peguam Zainal Said, dalam saman pemula itu, mereka memohon mahkamah isytiharkan penangkapan Musfari Abdullah Azmi dari Padang Jawa, dekat sini sebagai tidak sah.

Juham juga memohon perampasan barang-barang milik Musafri iaitu 8 helai baju T-Shirt berwarna kuning bertulisan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil' adalah tidak sah dan hendaklah dikembalikan kepadanya.

Saman pemula itu telah dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya bahagian sivil, di sini petang semalam.

Turut hadir dalam sidang media di situ adalah AJK PAS Pusat selaku Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, Setiausaha PAS negeri, Peguam Mohd Khairudin Othman dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Zainal yang juga Exco Juham Pusat berkata, saman pemula ini adalah yang pertama di negara ini, dikemukakan secara rasmi kepada mahkamah dan berharap banyak lagi sama seumpama ini dapat dibuat oleh negeri-negeri lain.

Menurutnya, saman itu tertakluk Dalam Perkara 5, 9, 10, dan 13 Perlembagaan Persekutuan, Dalam Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah termasuk Dalam Perkara Penahanan Pemohon pada 24 Jun.2011 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor dan Dalam Perkara perampasan 8 (Lapan) helai T-Shirt berwarna kuning bertulisan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil'.

Juham dalam saman mereka menamakan: 1. John Doe sebagai orang yang menangkap, 2. Inspektor Misbahudin Haji Hamdan (I/16615), 3.ACP Zahedi Ayob sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam dan 4. Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

Zainal berkata, Juham juga memohon deklarasi bahawa responden-responden telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk, kos; dan lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

"Juham juga mengemukakan alasan-alasan bagi permohonan kerana pemohon telah ditahan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 11:20 malam dalam perjalanan balik ke rumah beliau daripada mesyuarat sukan rakyat di Pejabat JKK Padang Jawa, Klang, Selangor, pemohon tidak diberitahu tentang alasan mengapa beliau ditahan.

"Penahanan oleh anggota polis terhadap Pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang, begitu juga perampasan barang-barang milik Pemohon juga tidak sah di sisi undang-undang dan penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah," tegas saman itu.

Saman Pemula ini juga disokong oleh afidavit Musfari yang turut difailkan bersama.

Sementara itu, Musafridi dalam afidavit menyatakan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 10.00 malam, beliau telah menghadiri satu mesyuarat di balai JKKK Padang Jawa bagi membincangkan tentang sukan rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

"Selepas mesyuarat berakhir dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah didatangi dan ditahan oleh empat (4) orang yang memakai pakaian biasa dengan sebuah kereta Waja dan memperkenalkan diri mereka polis dari IPD Shah Alam tanpa menyatakan nama mereka. Bersama-sama saya ketika itu adalah beberapa orang kawan saya yang juga selesai pulang dari mesyuarat tersebut.

"Sebuah kereta peronda polis datang ke tempat kejadian dan anggota-anggota polis tersebut telah mengarahkan pula saya memasuki kereta Waja.Selepas itu kereta peronda polis dan Waja tersebut bergerak ke IPD Shah Alam sambil siren kereta peronda dibunyikan setelah mula bertolak dari tempat kejadian dan menyebabkan orang ramai terkejut.

"Saya berasa amat malu, seolah-olah seperti seorang penjenayah dan imej baik saya telah jatuh di mata masyarakat setempat.

"Semasa sesi soalsiasat tersebut, saya telah bertanyakan Responden Kedua mengenai nama anggota yang menangkap saya dan di atas kesalahan atau alasan apa saya ditangkap, tetapi beliau enggan memberikan sebarang jawapan," jelasnya.

Musafri berkata dalam afidavit, beliau telah dilepaskan pada pukul 1.49 pagi setelah ditahan selama lebih kurang 2 jam 30 minit.

Pada 29 Jun.2011, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk melaporkan kejadian penahanan dan rampasan tersebut. .

Beliau sekali lagi bertanyakan pegawai polis di kaunter mengenai butiran nama Responden Pertama (pegawai yang membuat tangkapan) tetapi pegawai berkenaan enggan memberitahu nama-nama mereka.

Musafri menyatakan sesungguhnya, setelah dinasihati oleh peguamcaranya dan mempercayainya bahawa penahanan ke atas beliau adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan dirinya.

Undi awal: SPR perlu beri penjelasan

Posted: 16 Jul 2011 04:08 AM PDT

Suhaizan Kaiat

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membuat beberapa perubahan dalam perlaksanaan pilihanraya akan datang. Antaranya adalah pengundian awal(Advance Voting) dan pengesahan secara biometrik bagi setiap pengundi. Dewan Pemuda PAS Pusat merasakan perlu SPR menjelaskan kepada rakyat Malaysia beberapa persoalan di bawah ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pernah membuat kenyataan media pada 26 Mei 2010 bahawa SPR bersedia melaksanakan pengundian awal pada Julai 2011. Setakat ini rakyat belum nampak pindaan-pindaan dibuat di Parlimen berhubung dengan perlaksanaan pengundian awal. Persolannya, bilakah tarikh sebenar SPR bersedia melaksanakan proses pengundian awal dan pengesahan kad pengenalan secara biometrik?

Apakah status sebenar mereka yang dibenarkan membuat pengundian awal? Apakah mereka berstatus pengundi awam atau pengundi pos ?

Jika status mereka adalah pengundi awam :-

Persoalannya, bilakah nama mereka yang sedang tersenarai sebagai pengundi pos akan dikeluarkan daripada pengundi pos?

Jika status mereka adalah pengundi pos :-

Persoalannya, pengerusi SPR pernah menyatakan bahawa pengundian awal adalah seperti pengundi awam di mana mereka tidak perlu mengisi borang 2. Sedangkan dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003 dinyatakan dengan jelas setiap pengundi pos perlu mengisi borang 2. Persoalannya, bilakah tarikh SPR akan membuat pindaan terhadap pengunaan borang 2 dalam seksyen 7(2), 8(b), 15(2), 15(3),15(5), 15(6), 15(7), 15(8), 15(9), 15(10) dan 16 dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003?

SPR tidak akan menghapuskan undi pos sepenuhnya kerana terdapat mereka yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian seperti anggota tentera di medan perang. Setelah perlaksanaan pengundian awal, selain daripada anggota tentera di medan perang, siapakah lagi mereka yang dibenarkan menjadi pengundi pos sebenar?

Pelajar yang berada di luar negara contohnya Mesir mempunyai lebih 7,000 orang pelajar bukan dalam bidang yang kritikal dan mereka boleh mengundi di kedutaan masing-masing. Apa rasionalnya pelajar di luar negara mengundi sebagai pengundi pos? Kenapakah mereka tidak dibenarkan mengundi di kedutaan masing-masing sebagai pengundi awam ?

Kakitangan SPR boleh memohon untuk menjadi pengundi pos selepas penamaan calon dibuat. Permohonan mereka sebagai pengundi pos akan diluluskan sedangkan nama mereka tidak sempat dibatalkan oleh SPR sebagai pengundi awam dalam daftar pemilih yang diserah kepada calon pada hari penamaan calon. Persoalannya, bukankah terdapat dua nama iaitu sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi awam bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya" ?

Kemungkinan besar terdapat masalah untuk mengesan kad pengenalan seseorang pemilih menggunakan biometrik, contohnya cip kad pengenalan pemilih rosak atau kad pengenalan hilang(hanya membawa kad pengenalan sementara) atau terdapat pemilih yang enggan melalui proses pengesahan biometrik. Dalam Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap warganegara berumur 21 tahun layak mengundi dan tidak dinyatakan mereka perlu melalui proses biometrik. Persolannya, di manakah hak SPR menghalang seseorang pemilih mengundi jika kad pengenalan seseorang pemilih tidak dapat disahkan oleh sistem biometrik ?

SPR menjelaskan bahawa pengunaan dakwat kekal atau indelible ink bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia. Sedangkan pengunaan dakwat kekal bukannya untuk menghalang seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Persoalannya di manakah pengunaan dakwat kekal yang bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia ?

SPR telah pernah membelanjakan lebih kurang RM3 juta untuk membeli dakwat kekal sebelum pilihanraya ke-12 malangnya telah dibatalkan di saat akhir. SPR telah terbukti membazirkan wang rakyat untuk membeli sesuatu yang tidak boleh digunakan dalam pilihanraya. Persoalannya, sudahkan SPR membuat kajian keberkesanan perlaksanaan sistem pengesahan menggunakan biometrik? Berapakah kos yang diperlukan oleh SPR untuk membeli segala peralatan, menyediakan kakitangan mahir dan lain-lain yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem biometrik? Sudahkah kerajaan meluluskan peruntukan perbelanjaan tersebut ? Apakah mekanisma SPR untuk mengelakkan kesesakan di pusat pengundian setelah perlaksanaan biometrik ?

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menyatakan bahawa pihak SPR akan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu berbangkit. Dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini 15hb Julai 2011, Datuk Wan Ahmad juga menuduh pembangkang memanipulasi dengan menyatakan "Selama ini, apabila SPR beri penjelasan isu berbangkit, sebagai contoh tuntutan Bersih, pembangkang akan manipulasi isu, diputarbelitkan dan dicampur aduk dengan andaian-andaian tanpa bukti " . Dewan Pemuda PAS mencabar Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar untuk berdialog secara terbuka dengan pemuda PAS berhubung dengan isu-isu berbangkit.

SUHAIZAN BIN KAIAT

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.

Kekalkan jati diri Malaysia, kuningkan Bukit Jalil

Posted: 16 Jul 2011 04:08 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan bola sepak mengekalkan jati diri Malaysia dalam mana-mana perlawanan dengan pasukan luar.

Justeru, naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, komentar Ketua Jurulatih Pasukan Harimau Malaysia, Datuk Rajagopal terhadap sokongan rakyat Malaysia kepada pasukan kebangsaan perlulah diambil kira.

"Tidak dapat disangkalkan bahawa pasukan-pasukan favourite seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Real Madrid dan banyak lagi kelab antarabangsa mempunyai peminat tegarnya tersendiri di Malaysia," katanya kepada Harakahdaily.

Namun, katanya DPPM berharap para penyokong kelab-kelab antarabangsa itu tidak mengabaikan juga sokongan kepada pasukan kebangsaan yang akan beraksi hari ini dan akan datang.

Tambahnya, DPPM kesal apabila media elektronik dan cetak negara memberikan publisiti yang sangat melampau terhadap pasukan-pasukan antarabangsa sedangkan berita dan laporan pasukan kebangsaan dilihat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

"DPPM berharap dalam sukan bolasepak ini, rakyat Malaysia janganlah sehingga lupa akan jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan kepada kelab bola sepak antarabangsa kesukaan mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, tidak dapat dinafikan kehebatan aksi dan permainan pemain-pemain antarabangsa itu sangat mengangumkan.

Justeru, kata beliau DPPM berharap agar kehadiran mereka di tanah air kita dijadikan motivasi dan visi baru rakyat Malaysia dalam menanamkan semangat kesukanan dan harapan kepada pasukan bola sepak negara.

Tambahnya, DPPM juga berharap dengan aksi-aksi pasukan kebangsaan bersama pasukan kelab antarabangsa, mutu sukan dan pengurusanya akan dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Rakyat juga, ujarnya kena terus memberikan sokongan kepada industri bola sepak negara yang dilihat sedang berkembang meningkat sejak akhir-akhir ini.

"Ayuh kita kuningkan Stadium Bukit Jalil petang ini, kuningkan padang Stadium Bukit Jalil dengan jersi Kuning Harimau Malaya," ujarnya.

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak

Posted: 16 Jul 2011 04:05 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Risalah lucah ditabur di masjid, sekolah

Posted: 16 Jul 2011 04:02 AM PDT

Harakahdaily

LENGGONG: PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.

Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.

Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.

"Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas kebalai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi.

Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu.

"Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini."

Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah.

PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0

Posted: 16 Jul 2011 03:58 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen "Ramadhan Bulan Bersih" sebagai meneruskan momentum himpunan Bersih 2.0 yang telah berjaya diadakan 9 Julai lau.

Kempen itu sebagai usaha penerangan ke seluruh negara berhubung tuntutan ke arah sistem pilihan raya yang bersih dan adil, yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan yang akan tiba bulan hadapan.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pihaknya akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri sejurus bermulanya Ramadhan bagi memberikan penerangan mengenai Bersih 2.0.

Siri jelajah itu akan diteruskan dengan kempen balik kampung sempena Aidilfitri yang turut menjurus kepada penerangan mengenai Bersih 2.0.

"Pemuda PAS terdiri daripada jawatankuasa harian akan menjalankan roadshow ke seluruh negara Ramadhan ini bermula di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan seterusnya Perak.

"Manakala untuk negeri Pantai Timur, kami akan turun sempena sambutan Aidilfitri nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Katanya juga, Ramadhan dipilih untuk "Bulan Bersih" selaras dengan kemuliaan bulan itu yang menuntut manusia khususnya umat Islam membersihkan hati dan akhlak.

"Kempen kita merangkumi ceramah dan edaran pelbagai risalah mengenai Bersih agar semua maklumat sampai kepada rakyat," katanya.

Selain itu, DPP juga katanya tetap berpendirian bahawa segala rampasan barangan Bersih 2.0 adalah tidak sah dan menuntut segala barangan yang dirampas dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Khidmat Guaman

Sementara itu, beliau mengecam tindakan membuang seorang pelajar sebuah universiti di Mesir, Firdaus Mazlan yang mengajurkan perhimpunan Bersih 2.0 di sana.

Tegasnya, ruang demokrasi yang bebas harus juga diberikan kepada mahasiswa.

"Tindakan buang universiti suatu yang keterlaluan kerana pelajar ini hanya tinggal dua minggu lagi untuk menamatkan pelajaran," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan menyediakan khidmat guaman melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham).

"Pihak keluarga boleh menghubungi pengarah Juham untuk tindakan undang-undang dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah boleh berbuat demikian," katanya.

Rais mahu kaji motif sertai perhimpunan 9 Julai

Posted: 16 Jul 2011 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai lalu.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.

"Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian.

"Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat," katanya dipetik Bernama Online.

Rais berkata kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya.

"Misalnya pada 9 Julai lalu, sedemikian ramai mereka yang terlibat tidak tahu kenapa mereka berada di Kuala Lumpur, mereka kata diberi sedikit imbuhan dan bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai, kami pun datang, kami dapat imbuhan, jadi kami pun mengambil bahagian," katanya.

Rais berkata pendirian sebegitu sebenarnya merugikan semua pihak dan perkara itu harus dan hanya boleh dijawab oleh mereka yang merencana dan menyokong perhimpunan 9 Julai.

"Bukan kerajaan tidak mengiktiraf hak kita untuk berkumpul tetapi cuma setiap individu harus tahu apa sebab mereka datang dan membuat sesuatu tindakan sama ada untuk perjuangan atau untuk tujuan tertentu pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais mengingatkan orang Melayu supaya tidak terkeliru dengan perkara yang berlaku pada perhimpunan haram itu kerana apa yang terjadi sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang tidak sanggup melihat kejayaan masyarakat 1Malaysia malah menganggapnya sebagai satu ancaman terhadap kelangsungan politik mereka.

Rais berkata sebagai orang yang telah lama berjuang di dalam politik dan kemasyarakatan, beliau tidak mahu melihat ada orang yang bertepuk tangan melihat Melayu sesama Melayu bergaduh sedangkan perkara itu tidak membawa sebarang keuntungan.

"Sampai mana kita hendak bergelut, bergaduh di politik jalanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Dataran Merdeka atau di stadium, apa yang kita nak capai.

"Orang Melayu khasnya, saya ingin memberi pandangan, kita jangan lagi bermuslihat atas perkara-perkara yang berlaku pada 9 Julai lepas, tak ada untungnya bagi kita," katanya.

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Baharuddin

Posted: 16 Jul 2011 03:52 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR – Polis mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin Ahmad, 56, di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid.

Pagi tadi, keluarga Baharuddin yang diwakili oleh abangnya Major (R) Kassim Ahmad dan anaknya Azhar Kassim menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta agar diadakan siasatan segera.

PKR pula diwakili oleh anggota Majlis Pimpinan Pusatnya Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden N Surendran manakala Lawyers for Liberty pula diwakili Eric Paulsen dan Renuka T Bala dan Warga Aman diwakili oleh Pengerusinya Rajaretinam serta Lee Khai Loon dari Youth for Change.

Dalam memorandum itu mereka menuntut agar kesemua pegawai polis termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang menyelia operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes tersebut.

Selain itu mereka juga mahu siasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindung mana-mana pihak dijalankan dengan segera dan laporan penuh hasil penyiasatan diumumkan kepada orang awam.

Selain mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua pegawai polis yang terbabit, memorandum itu juga mahu Ketua Polis Negara dengan segera meminta maaf dengan keluarga Allahyarham Baharuddin dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalah guna kuasa dan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat.

Perut rakyat tak kenyang hanya dengan slogan 1Malaysia

Posted: 16 Jul 2011 03:49 AM PDT

Oleh Muhammad Zir


Seperti demam slogan "Wawasan 2020" dan "Islam Hadhari" suatu ketika dahulu, keghairahan jenama 1Malaysia kini semakin menjadi-jadi, kadang-kadang lucu dan tak masuk akal.Yang pedih, walau pun banyak antaranya slogan kosong, ia memakan belanja besar wang rakyat untuk promosi slogan-slogan tersebut.

Sekarang timbul pula Menu 1Malaysia.

Atas nama rasminya – Program Menu Rakyat 1Malaysia – kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), ia bertujuan menyediakan pakej sarapan dan makan tengahari yang murah.

Program itu telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.

Pakej makanan itu bertujuan menjimatkan perbelanjaan makanan yang dijual dengan harga RM2 bagi pakej sarapan dengan sekeping roti canai dan segelas teh tarik manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh 'O' ais berharga RM4.

Harga-harga berkenaan lebih kurang sama dengan kebanyakan gerai-gerai di kawasan-kawasan Bandar sekitar Kuala Lumpur.

Kita menyanjung tinggi usaha kerajaan ini dalam membantu meringankan beban kenaikkan harga barangan terutamanya makanan setelah kerajaan memotong subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga bahan keperluan termasuk minyak dan gas.

Namun di sebalik usaha yang nampak seperti murni ini, ada sesuatu yang tidak kena dan seolah-olah menyimpang dari matlamatnya.

Hakikatnya, kita semua berdepan dengan dua perkara penting, iaitu harga barang naik tetapi gaji dan upah tidak naik. Isu sebenarnya bukan menu yang ada lauk apa, atau sayur apa.

Selagi gaji dan pendapatan keluarga tersekat di takuk lama dan tidak naik-naik sejak lama, selagi itu tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan mencengkam keluarga.

Isu yang masih belum terjawab adalah, kenaikan harga barang semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan bebanan dari gaji yang rendah.

Ini permasalahan ekonomi yang tidak mungkin boleh ditangani dengan pakej 'menu' makanan. Menyeragamkan menu tersebut adalah sama dengan menyeragamkan cita rasa, kehendak dan kemampuan kita. Ini tidak masuk akal sama sekali.

Malah, kalau diletakkan harga RM1 untuk sarapan atau RM3 untuk makan tengah hari sekali pun, timbul pula masalah "isi" menu berkenaan, iaitu sama ada ia berkualiti, seimbang dan berkhasiat.

Jangan permainkan harga dan kualiti makanan semata-mata mahu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap masalah rakyat. Tolonglah jangan perbodohkan rakyat lagi.

Malah ia ibarat pemerintahan komunis yang mahukan rakyatnya bekerja dengan uniform yang sama, gaji yang sama dan makanan yang sama. Selalunya DAP yang anti-komunis dituduh komunis, sedangkan kerajaan UMNO-BN yang lebih komunis caranya melayan rakyat.

Yang rakyat mahu ialah kuasa membeli dan memilih. Justeru, fokuskan kepada masalah cukai, inflasi, kenaikan harga barang dan pertumbuhan peluang pekerjaan dan kadar upahnya.

Lebih buruk daripada jenaka Pak Pandir, kerajaan UMNO-BN menunjukkan betapa "bijak" pemerintahan mereka dengan cara memotong subsidi barang keperluan, kemudian baru sedar rakyat tertekan dek kenaikan harga barang, dan selepas itu mahu kononnya membantu rakyat dengan "menu" 1Malaysia.

Kalau alasan kerajaan menarik balik subsidi ialah kerana mahu menjimatkan perbelanjaan, bukankah peruntukan tambahan untuk menjayakan "menu" ini bererti kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang lagi?

Bukankah lebih baik jika kerajaan tidak memotong subsidi barangan keperluan rakyat? Bukanlah lebih mudah jika kerajaan membenarkan kenaikan gaji di semua sektor untuk membolehkan rakyat mengurangkan tekanan inflasi?

Program Menu Rakyat 1Malaysia hanyalah slogan. Perut dan tubuh badan rakyat tidak akan kenyang dan sihat hanya dengan berslogan!

Berapa Najib dan bekas PM habiskan wang Petronas?

Posted: 16 Jul 2011 03:41 AM PDT

WARTA UTARA

KUALA LUMPUR : Isu perbelanjaan wang Petronas oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan bekas-bekas Perdana Menteri telah dibangkitkan di Dewan Negara baru-baru ini.Senator Dr Syed Hussin Ali (KeADILan) dalam ucapan penangguhannya di Dewan Negara membangkitkan persoalan tentang jumlah wang Petronas yang dibelanjakan setiap Perdana Menteri sebelum ini.

Meurut Dr Syed Hussin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2010 menyatakan, penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan wang Petronas jauh lebih tinggi daripada beliau walaupun hanya menjadi Perdana Menteri kira-kira lima tahun.

"Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tahun lalu bahawa jumlah yang dibelanjakan oleh mantan PM selepasnya Tun Abdullah Badawi, dalam masa kira-kira lima tahun memerintah, adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang beliau sendiri belanjakan dalam tempoh lebih 22 tahun beliau berkuasa," katanya.

Dalam soalannya, Syed Hussin bertanyakan jumlah sebenar wang Petronas yang sudah dibelanjakan setiap PM sejak Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan PM terkini, Najib Razak.

Sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga kewangan berakhir pada 31 Mac 2007, badan itu mencatat keuntungan sebanyak RM560 bilion, ujarnya.

Daripada jumlah itu katanya, Petronas membayar kerajaan Malaysia sebanyak RM357.8 bilion (atau 62.8 peratus) dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen.

Sementara, sebanyak RM170.8 bilion (atau 30 peratus) digunakan untuk pelaburan semula dan RM41.4 bilion (atau 7.2 peratus) merupakan peruntukan bagi pemegang saham minoriti.

Baru-baru ini, Petronas mengumumkan keutungan hampir RM100 bilion tahun lalu dan menyerahkan kira-kira RM30 bilion kepada Kerajaan.

Dalam masa yang sama, Syed Husin turut bertanya golongan manakah yang mendapat kuntungan besar daripada keuntungan Petronas.

Mengikut Penyata Tahunan 2010, Petronas menanggung subsidi bekalan gas sebanyak RM18.9 bilion.

Sejak harga ditentukan yang berkuatkuasa pada Mei 1997, Petronas menanggung subsidi sebanyak RM116.4 bilion untuk subsidi gas, kata Syed Husin.

"Sila terangkan siapa dan dari golongan manakah yang mendapat faedah daripada subsidi ini," soal Syed Husin.

REJIM KINI BERDEPAN DENGAN PARA DOKTOR YANG BUKAN DIUPAH

Posted: 16 Jul 2011 03:36 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

Nampaknya rejim semakin hilang arah setelah mereka melakukan dosa besar terhadap rakyat yang mahu menuntut keadilan. Bagaimana rejim yang berperangai Yahudi ini mahu menjawab kepada waris dan keturunan Almarhum Baharudin yang terkorban semasa berjuang menuntut keadilan di negara ini?

Bagi menutup dosa-dosa mereka, rejim ini mengunakan media haprak yang menjadi tali barut mereka untuk menipu rakyat dengan berita seolah-olah rejim ini teramatlah baik kepada rakyat jelata. Maka timbullah cerita makanan sedap, lazat sehingga mencapai RM 25 seorang untuk tahanan di lokap setelah mereka disembur, dan ada yang dipijak, disepak dan dimaki hamun. Kita tidak pertikaikan duit makan itu datang dari poket mereka atau duit rakyat walaupun mereka mengungkitnya saban hari. Apa yang kita tahu rakyat datang puluhan ribu ke Ibu Kota bukan untuk menyembah dan melutut di tangan rejim meminta makanan yang lazat itu.

Hari ini, para doktor pula mula merasa bosan dan meluat dengan perangai rejim yang tidak berubah. Kenyataan di atas sudah cukup membayangkan bahawa tidak semua doktor boleh dibeli hati dan perasaan mereka. Seramai 11 orang doktor tersebut hanyalah sebahagian yang mewakili ribuan doktor yang tidak bodoh untuk menyokong kezaliman rejim. Kerjaya doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia bahkan binatang juga. Apakah mungkin ada doktor yang sanggup melihat manusia dizalimi? Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit bilangan doktor yang boleh melanggar etika dan menjual prinsip kemanusiaan mereka.

Saya tetap yakin, sebagai bekas tentera saya mempunyai ramai teman yang masih berkhidmat di dalam tentera. Mereka kesemuanya melihat perkembangan yang berlaku sekarang serta memerhatikan sejauh mana rejim mahu mempamirkan kekuatan dan kekuasaannya. Benar, tentera tidak boleh berpolitik dan berpihak, tetapi mereka juga manusia yang mempunyai akal dan fikiran serta peri kemanusiaan bukan seperti `anjing upahan'.

wfauzdin.blogspot.com

Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) ke 2 di Langkawi

Posted: 16 Jul 2011 03:32 AM PDT

Oleh al_madd

Seramai 138 peserta dari 21 negara hadir bagi menyertai Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) kali ke 2.

Tema konvensyen kali ini adalah "Tuntutan Perubahan dan Pemulihan Demokrasi".

Antara peserta yang hadir adalah dari Algeria seramai 40 peserta, Mesir (20), Indonesia (18), Palestin (8), Jordan (6), Sudan (6), Magribi (6), Iraq (7), Bahrain (2), Somalia (2), Kuwait (2), Pakistan (1), Thailand (3), Iran (1), Yemen (2), Tajikistan (1), Republic Chad (1), Ahli Jawatankusa Muntada (6) dan Malaysia (6).

Setibanya peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mereka disambut mesra oleh sekreteriat program untuk dibawa ke Hotel Meritus.

Pada malam tersebut diadakan majlis makan malam bersama Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk meraikan peserta-peserta tersebut.

Di majlis tersebut peserta ditayangkan dengan video pencapaian Kerajaan Negeri Kedah yang terkini.

Keesokannya iaitu sehari sebelum Konvensyen bermula, peserta-peserta dibawa ke melawat ke sekitar Pulau Langkawi antaranya di kawasan Kilim Cast Geoforest Park Langkawi, Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Wacthing, menaiki Cabel Car ke Gunung Machincang.

Selepas solat zohor, peserta di bawa ke MARDI Langkawi untuk menikmati buah-buahan tempatan antaranya buah rambutan, durian, nenas, dan kelapa.

Dalam majlis jamuan tersebut jelas kelihatan kemesraan antara Ustaz Azizan dengan peserta-peserta apabila mereka tidak melepaskan peluang tersebut untuk bergambar bersama beliau.

Pada hari kedua pula, konvensyen dimulakan dengan ucaptama oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Persiapan Konvensyen, Ustaz Nasruddin Mat Isa, diikuti dengan ucapan Ustaz Azizan Abdul Razak dan Presiden IFIP, Dr Abdul Majid Munasoroh.

Konvensyen pada hari tersebut membincangkan tajuk Masa Depan Isu Palestin Berdasarkan Perspektif Reformasi Perubahan.

Di sebelah malam pula, diadakan majlis makan malam ditepi pantai dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan syair daripada peserta dan urusetia program.

Manakala pada hari ketiga pula, program diteruskan untuk membincangkan pelbagai tajuk antaranya adalah Menghadapi Bahaya Proses 'Mengyahudikan' Al-Quds dan Membantu Ahli-Ahli Parlimen Al-Quds.

Disebelah malam diadakan majlis penutup serta perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.

Jawatankuasa baru IFIP 2011 adalah Husain Mohamad Ibrahim dari Mesir dilantik sebagai Presiden, Nasir Assoni' dari Kuwait dilantik sebagai Timbalan Presiden 1, Abdul Qodir A'maroh dari Moroco sebagai Timbalan Presiden 2 dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dari Malaysia dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa yang baru.

Para peserta melahirkan rasa gembira dengan layanan serta perkhidmatan yang diberikan dan mereka turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama urusetia program.

Pemuda PAS Mohon Penjelasan SPR

Posted: 16 Jul 2011 03:30 AM PDT

Oleh Suhaizan Kaiat
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membuat beberapa perubahan dalam perlaksanaan pilihanraya akan datang. Antaranya adalah pengundian awal(Advance Voting) dan pengesahan secara biometrik bagi setiap pengundi. Dewan Pemuda PAS Pusat merasakan perlu SPR menjelaskan kepada rakyat Malaysia beberapa persoalan di bawah ini.

1. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pernah membuat kenyataan media pada 26 Mei 2010 bahawa SPR bersedia melaksanakan pengundian awal pada Julai 2011. Setakat ini rakyat belum nampak pindaan-pindaan dibuat di Parlimen berhubung dengan perlaksanaan pengundian awal. Persolannya, bilakah tarikh sebenar SPR bersedia melaksanakan proses pengundian awal dan pengesahan kad pengenalan secara biometrik?

2. Apakah status sebenar mereka yang dibenarkan membuat pengundian awal? Apakah mereka berstatus pengundi awam atau pengundi pos ?

a). Jika status mereka adalah pengundi awam :-

Persoalannya, bilakah nama mereka yang sedang tersenarai sebagai pengundi pos akan dikeluarkan daripada pengundi pos?

b). Jika status mereka adalah pengundi pos :-

Persoalannya, pengerusi SPR pernah menyatakan bahawa pengundian awal adalah seperti pengundi awam di mana mereka tidak perlu mengisi borang 2. Sedangkan dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003 dinyatakan dengan jelas setiap pengundi pos perlu mengisi borang 2. Persoalannya, bilakah tarikh SPR akan membuat pindaan terhadap pengunaan borang 2 dalam seksyen 7(2), 8(b), 15(2), 15(3),15(5), 15(6), 15(7), 15(8), 15(9), 15(10) dan 16 dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003?

3. SPR tidak akan menghapuskan undi pos sepenuhnya kerana terdapat mereka yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian seperti anggota tentera di medan perang. Setelah perlaksanaan pengundian awal, selain daripada anggota tentera di medan perang, siapakah lagi mereka yang dibenarkan menjadi pengundi pos sebenar?

4.Pelajar yang berada di luar negara contohnya Mesir mempunyai lebih 7,000 orang pelajar bukan dalam bidang yang kritikal dan mereka boleh mengundi di kedutaan masing-masing. Apa rasionalnya pelajar di luar negara mengundi sebagai pengundi pos? Kenapakah mereka tidak dibenarkan mengundi di kedutaan masing-masing sebagai pengundi awam ?

5. Kakitangan SPR boleh memohon untuk menjadi pengundi pos selepas penamaan calon dibuat. Permohonan mereka sebagai pengundi pos akan diluluskan sedangkan nama mereka tidak sempat dibatalkan oleh SPR sebagai pengundi awam dalam daftar pemilih yang diserah kepada calon pada hari penamaan calon. Persoalannya, bukankah terdapat dua nama iaitu sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi awam bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya" ?

6. Kemungkinan besar terdapat masalah untuk mengesan kad pengenalan seseorang pemilih menggunakan biometrik, contohnya cip kad pengenalan pemilih rosak atau kad pengenalan hilang(hanya membawa kad pengenalan sementara) atau terdapat pemilih yang enggan melalui proses pengesahan biometrik. Dalam Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap warganegara berumur 21 tahun layak mengundi dan tidak dinyatakan mereka perlu melalui proses biometrik. Persolannya, di manakah hak SPR menghalang seseorang pemilih mengundi jika kad pengenalan seseorang pemilih tidak dapat disahkan oleh sistem biometrik ?

7. SPR menjelaskan bahawa pengunaan dakwat kekal atau indelible ink bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia. Sedangkan pengunaan dakwat kekal bukannya untuk menghalang seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Persoalannya di manakah pengunaan dakwat kekal yang bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia ?

8. SPR telah pernah membelanjakan lebih kurang RM3 juta untuk membeli dakwat kekal sebelum pilihanraya ke-12 malangnya telah dibatalkan di saat akhir. SPR telah terbukti membazirkan wang rakyat untuk membeli sesuatu yang tidak boleh digunakan dalam pilihanraya. Persoalannya, sudahkan SPR membuat kajian keberkesanan perlaksanaan sistem pengesahan menggunakan biometrik? Berapakah kos yang diperlukan oleh SPR untuk membeli segala peralatan, menyediakan kakitangan mahir dan lain-lain yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem biometrik? Sudahkah kerajaan meluluskan peruntukan perbelanjaan tersebut ? Apakah mekanisma SPR untuk mengelakkan kesesakan di pusat pengundian setelah perlaksanaan biometrik ?

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menyatakan bahawa pihak SPR akan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu berbangkit. Dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini 15hb Julai 2011, Datuk Wan Ahmad juga menuduh pembangkang memanipulasi dengan menyatakan "Selama ini, apabila SPR beri penjelasan isu berbangkit, sebagai contoh tuntutan Bersih, pembangkang akan manipulasi isu, diputarbelitkan dan dicampur aduk dengan andaian-andaian tanpa bukti " . Dewan Pemuda PAS mencabar Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar untuk berdialog secara terbuka dengan pemuda PAS berhubung dengan isu-isu berbangkit.

SUHAIZAN BIN KAIAT

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.

'Digelar gila kunyah kaca'

Posted: 16 Jul 2011 03:24 AM PDT

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid


YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.

YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.

BATU teras gunung.

BATU teras gunung.

BUKIT BERUNTUNG: "Kami pernah digelar orang gila dan pengamal ilmu sesat kerana makan kaca," katanya pemandu treler, Johari Mohamad yang boleh mengunyah serpihan kaca tanpa mencederakan diri.

Selain Johari, 37, isterinya, Halimatussadiah Ghazali, 32, dan beberapa rakannya berkemampuan mengunyah serpihan kaca sama ada daripada lampu kalimantang atau cermin dihancurkan umpama menikmati kacang.

Johari berkata, dia boleh mengunyah kaca apabila memegang batu dipanggil 'teras gunung' yang didakwanya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.

"Tapi perkara ini berlaku kerana kuasa Allah, bukan dari keyakinan terhadap batu itu, namun perkara begini menjadikan saya dan rakan yang mempunyai 'teras gunung' dipandang pelik segelintir orang.

"Batu ini ada keindahan dan manfaat tersendiri kepada orang yang mengetahuinya tetapi keyakinan mengenai itu tetap datang daripada Allah," katanya.

Penduduk Bingkor rayu rondaan polis

Posted: 16 Jul 2011 03:23 AM PDT

Oleh : Rozie Jumat

Keningau : Penduduk di kawasan Pekan Bingkor disini merayu pihak berkuasa mengujudkan sebuah pondok polis di kawasan tersebut selain melakukan rondaan yang lebih kerap. Ini berikutan kebimbangan penduduk di sekitar kawasan pekan itu terhadap pelbagai kes yang tidak diingini kerap berlaku.

Wakil penduduk, Jailin Lian berkata , baru-baru ini satu cubaan menculik dua pelajar sekolah rendah di Bingkor ketika pelajar itu pulang berjalan kaki ke rumah.

"Anak kami dipujuk masuk ke dalam kereta oleh seorang yang tidak dikenali, namun mujurlah ada orang dewasa yang melihat kejadian itu dan penculik itu melarikan diri," kata Jailin,mewakili orang awam yang bimbang dengan kejadian itu dari berlaku lagi.

Katanya, keadaan di Pekan Bingkor juga kini tidak berapa selamat.

"Seorang peniaga sabtu lalu dirompak oleh lelaki bermotorsikal yang kami percaya sudah lama mengintip dan merancang," kata Jailin.

Bahkan katanya , pada awal pagi rabu ketika seorang peniaga di Pekan Bingkor sedang membersihkan kedainya , tanpa disedarinya beg yang berisi barang berharga telah dilarikan oleh pencuri.

"Kami meminta Polis membuat rondaan yang kerap kerana keadaan di Bingkor masa kini sangat membimbangkan orang awam dan peniaga selain menempatkan Balai Bergerak ,"katanya.

Bahkan kata Jailin beliau juga kerap menerima aduan dari orang ramai tentang kelibat orang yang tidak dikenali cuba mempengaruhi pejalan kaki untuk 'berkawan' atau 'mahu minta ditemani' dalam keadaan yang mencurigakan.

"Pekan Bingkor bukan lagi seperti yang dulu bebas dari kelakuan jenayah, kini kes kes jenayah makin menjadi jadi berlaku disini," ujarnya. Sebelum ini pun kata Jailin banyak kejadian kecurian berlaku tetapi peniaga dan penduduk masih bersabar.

"Oleh itu kami merayu kepada pihak keselamatan agar membina sebuah pondok polis disini bagi mengembalikan keamanan dan keselamatan disini," tambah Jailin.

Beliau turut memberi nasihat kepada ibubapa agar memberi nasihat kepada anak-anak mereka agar tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

"Kejadian cubaan menculik adalah perkara terbaru yang cukup mencabar kepada penduduk di sekitar Bingkor, hinggakan ada ibubapa yang bimbang menghantar anak mereka ke sekolah," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan para penculik atau orang orang yang berkecenderungan untuk melakukan jenayah menggangap kawasan luar Bandar tempat yang sesuai untuk melakukan perbuatan terkutuk mereka memandangkan kawasan luar Bandar jauh dari pusat Bandar dan Balai Polis.

"Palis-palis jika mereka ini menculik untuk tujuan penyeludupan manusia atau mencabul, "ujarnya yang juga Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Bingkor.

Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain

Posted: 16 Jul 2011 12:18 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

SHAH ALAM— Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa "tidak sah."

Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.

Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu.

Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula.

Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil.

Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.

Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor.

Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya.

"Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula.

Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama.

"Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami," katanya.

Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.

Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu.

Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pasca-Bersih 2.0: SPR jangan hanya jelas, tapi dengar idea rakyat

Posted: 16 Jul 2011 12:17 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya hanya memberi penjelasan kepada rakyat tetapi juga perlu mendengar pandangan orang ramai mengenai sistem pilihan raya negara termasuk pembaharuan diperlukan ekoran perhimpunan 9 Julai lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau mengalu-alukan langkah SPR yang mahu mengadakan program turun padang untuk berjumpa terus dengan rakyat menerusi sesi penerangan, tetapi ia harus bersifat interaktif.

"Saya mengalu-alukan kesediaan SPR untuk meningkatkan penerangan tentang fungsinya termasuk berjumpa terus dengan rakyat dan saya harap SPR akan menggunakan komunikasi dua hala iaitu interaktif seperti menggunakan media baru iaitu blog, Facebook dan Twitter.

"Juga (SPR) jangan hanya menerangkan tetapi mesti juga mendengar idea, pandangan rakyat tentang kerja-kerja SPR," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjadi sasaran Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ekoran kelemahan yang agensi itu sendiri.

Kata beliau, SPR sedar kelemahan agensi itu adalah dari aspek komunikasi sehingga menyebabkan rakyat keliru atau tidak tahu mengenai langkah penambahbaikan yang dilakukan.

Ahli Parlimen Temerloh ini juga berharap SPR, yang berusia lebih lima dekad, tidak bersifat defensif sebaliknya lebih terbuka dalam menjelaskan sesuatu perkara termasuk dalam isu Bersih 2.0.

"Saya harap penerangan SPR tidak bersifat defensif, mempertahankan apa yang difikirkan baik oleh SPR sahaja.

"Sebaliknya, ia juga perlu bersifat akomodatif, sedia ambil kira, guna pakai idea dan menerima cadangan bernas dari rakyat kerana apa yang penting, bukannya kerja SPR tapi adalah sistem pilihan raya yang terbaik untuk negara," kata wakil rakyat ini yang memperlihatkan sikap terbuka di sebalik isu perhimpunan 9 Julai, tetapi berhadapan dengan serangan kumpulan pro-Umno.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata beliau juga menyifatkan langkah SPR yang mahu mengadakan rundingan sebagai positif, selaras dengan Pemuda Umno yang bersedia berbincang dengan Bersih 2.0.

"Langkah positif ini untuk menghidupkan perbincangan politik yang progresif demi mematangkan amalan demokrasi kita," katanya.

Sebelum ini, Pemuda Umno membuat tawaran untuk berdebat dengan Bersih 2.0 yang diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan dan ia disambut baik.

Ambiga menyifatkan tawaran Pemuda Umno sebagai satu cara yang sihat untuk membawa tuntutan Bersih 2.0 ke depan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0, Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.

Saifuddin berkata SPR harus mengadakan dialog dengan Bersih 2.0 dan memberikan alasan-alasan munasabah mengapa tuntutan Bersih 2.0 tidak boleh dilaksanakan.

Jelasnya, apa yang paling penting adalah kedua-dua pihak dapat berdialog secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang dibincangkan.

"(SPR) patut memberikan jawapan berdasarkan fakta dan penghujahan yang bernas... kalau ada yang melibatkan perkara di luar bidang kuasa tidak bermakna ia tidak boleh dibincangkan.

"Bincangkan dulu perkara itu, bukan oleh kerana di luar bidang kuasa terus tidak berbincang. Setelah berbincang jika perkara itu perlu dibawa ke atas, maka SPR perlu bertindak proaktif dan bawa ia ke atas atau aturkan supaya ia dibawa ke atas atau pihak yang berkenaan.

"Ini soal mematangkan demokrasi melalui sistem pilihan raya yang terbaik," katanya.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, memperbaiki undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam dan menghentikan rasuah serta mengatasi politik kotor.

Pasca-Bersih: Polis tubuh dua pasukan siasat insiden Hospital Tung Shin

Posted: 16 Jul 2011 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR — Polis menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat dakwaan 11 doktor Hospital Tung Shin di sini bahawa gas pemedih mata dilepaskan dalam kawasan hospital itu ketika pihak berkuasa menangani perhimpunan 9 Julai lalu.

Satu pasukan khas akan menyiasat dakwaan doktor-doktor manakala satu lagi pasukan akan menyiasat secara menyeluruh kejadian itu.

"Kita (polis) akan menyiasat dahulu perkara yang berlaku termasuk mengambil keterangan daripada doktor, saksi dan petugas-petugas (polis) yang terlibat pada masa itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dipetik laporan Bernama Online hari ini.

Isnin lepas, Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku ketika perhimpunan 9 Julai.

Bagaimanapun 11 doktor mendakwa sebaliknya.

Ku berkata polis juga akan memantau tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil termasuk gesaan Presidennya Datuk S. Ambiga supaya penyokongnya memakai kemeja-T kuning pada setiap Sabtu.

Dalam satu kenyataan Rabu lalu, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina, Sabtu lalu.

Seramai 11 doktor menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Menteri Kesihatan yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu.

Ekoran kenyataan mereka, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin.

Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno

Posted: 15 Jul 2011 04:57 PM PDT

Regina Lee Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.

NONE"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.

"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.

bersih rally petaling street 090711Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama "seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu."

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

"Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

"Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya," katanya.

NONEMalah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan.

"Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

"Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini," katanya.

Mat Sabu selamat jalani pembedahan

Posted: 15 Jul 2011 04:51 PM PDT

Abdul Rahim Sabri
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini.

NONE"Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Sekarang dia dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 5 petang tadi," katanya.

Setakat ini Mohamad belum menerima pelawat, tambahnya.

Menurut Normah juga, Mohamad akan bermalam di hospital itu selama tiga hari sebelum dibenarkan mendaftar keluar.

Sebagai isteri, Normah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan polis yang didakwa mencederakan Mohamad.

"Saya tidak boleh menerima kejadian macam ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas orang yang berbuat zalim," katanya lagi.

Biaqpila

Posted: 16 Jul 2011 03:09 PM PDT

Isu Scopene : Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh Lebih Besar, Dakwa Suaram

Posted: 16 Jul 2011 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 JULAI : Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebelum ini, syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris.
Komisyen lumayan itu disifatkan oleh pembangkang sebagai pendapatan "atas angin" untuk Perimekar hanya kerana hubungan Abdul Razak dan Najib yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan.

Abdul Razak dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2005. Beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan Altantuya namun dilepaskan daripada tuduhan itu. Dua anggota polis disabit membunuh bekas model itu pada tahun 2007.

Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar.

"Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini," tambah beliau.

Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: MALAYSIA vs LIVERPOOL

Posted: 16 Jul 2011 02:30 AM PDT

Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari

Posted: 15 Jul 2011 09:00 PM PDT


Ambillah iktibar dari cerita ini. [Dipetik dari majalah BICARA keluaran bulan Julai] Kisah berikut adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku di sebuah perkampungan nelayan di Sabah dan bukan lah satu cerita rekaan yang sengaja diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan pembaca. Semoga kisah ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita.

Allah akan membalas setiap apa pekerjaan yang kita lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan mahupun haiwan. Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap perbuatan kita akan dibalas.

Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya. Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya 'pondan'. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu. Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati. Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena. Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Terus beliau menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu. Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu. Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa berlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika. Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan - rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuat. Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu. Nordin berdayung dengan gelojohnya. Nafasnya turun naik bersama syaitan yang bersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk. Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari, gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk. Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar. Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untuk menangkap ikan pari betina yang lebih besar agar 'kenikmatan' akan bertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya. Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu namun ditahannya hingga ke rumah. Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin. Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah dengan itu semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa. Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran di tepi rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan. Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu. Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah. Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramli sempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran. Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak. Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan. Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu. Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti menguji setiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya yang tiada bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih. Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya. Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini. Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali. Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu. Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah. Begitulah betapa Tuhan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti dalam firmanNya yang bermaksud "Jauhkan dirimu dari zina kerana zina itu kebinasaan ".

sumber:Caca Marba

idahsalam

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK

Posted: 15 Jul 2011 06:00 PM PDT

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

NONEMereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).

NONEMereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Diiringi Rosmah

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.

najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabethNajib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.

Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.

Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rasuah Sorpene bakal didedah peguam Perancis 21, 22 Julai

Posted: 15 Jul 2011 03:00 PM PDT

Skandal pembelian kapal selam Scorpene bakal didedahkan secara langsung kepada rakyat Malaysia oleh peguam Perancis yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram) 21 dan 22 Julai depan.

Menurut Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dalam sidang medianya hari ini, pendedahan berkenaan rasuah pembelian kapal selam berkenaan akan diberitahu sendiri oleh peguam yang dilantiknya, William Bourdon.

"Beliau akan mendedahkan kes berkenaan dan mungkin ada melibatkan orang-orang penting negara," kata Cynthia. Kehadiran peguam itu sempena Ops Scorpene yang dilancar Suaram bagi memungut dana membiayai perbicaraan skandal itu di Mahkamah Perancis.

"Majlis makan malam kempen Ops Scorpene itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 21 Julai ini di Sunshine Square, Bayan Lepas bermula jam 8 hingga 11 malam dan makan malam kedua akan bermula pada jam sama di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada 22 Julai ini," ujarnya.- KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Pengikut