Pakatan Rakyat |
Posted: 13 Jul 2011 03:29 PM PDT Angkatan Belia Islam Malaysia, Abim, menunjukkan lagi sikap politik apabila mengajak kedua-dua pihak Bersih 2.0 dan Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, berbincang dengan serius mengenai tuntutan-tuntutan gabungan pertubuhan menuntut pemulihan proses pilihan raya itu. Presiden kumpulan Islam itu, Dr Mohamad Razak Idris dilapor berkata kedua-dua pihak Bersih dan SPR perlu menyahut seruan Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk berunding menyelesaikan isu tersebut. Kenyataan terbuka Abim menyusul perhimpunan Bersih kedua pada hujung minggu lalu secara efektifnya ialah satu bentuk sokongan kepada tuntutan-tuntutan Bersih, yang menerima peranan penting Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan pertubuhan Islam itu. Kenyataan Abim itu ialah gesaan lanjut agar tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 diberi perhatian serius oleh SPR dan kerajaan. Tindakan Abim itu juga dilihat selaras dengan sentimen ramai semasa yang kritikal terhadap pemerintah, pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang dikemukakan sesetengah pihak sebagai sedang bersaing satu lawan satu dengan Anwar dalam politik. Abim, sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bersifat politik kepartian kini lebih cenderung ke arah Pakatan Rakyat, sebahagian besarnya disebabkan sokongan dan hubungan rapat pertubuhan itu dengan Anwar, ketua Parti Keadilan Rakyat yang juga bekas presiden Abim. Pendirian berhubung Bersih ini walau bagaimanapun bukan yang pertama yang memperlihatkan sikap politik pertubuhan itu. Abim mengekalkan pandangan yang sebehagian besarnya sehaluan dengan gabungan pembangkang dalam pelbagai isu. Kenyataan terbaharu Abim ini menggerakkan lagi momentum penentangan terhadap Barisan Nasional selepas berakhir perhimpunan Sabtu 9 Julai lalu. PR dilihat mahu mengekalkan momentum sokongan terhadapnya sehingga menghampiri Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan dalam tempoh kurang dua tahun. Penggal semasa selepas Pilihan Raya Umum ke-12 belum mencapai empat tahun, tetapi pemerintah dijangka mengadakan pilihan raya umum awal untuk memperolehi mandat baharu sekiranya sokongan dilihat mencukupi dan selamat untuk BN. Ekoran kejayaan Bersih kedua yang dilihat berjaya mengingkari perintah kerajaan dan menghimpunkan ribuan penyokong di Kuala Lumpur walaupun disekat hebat, Najib dijangka melewatkan lagi tarikh pilihan raya akan datang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 13 Jul 2011 03:24 PM PDT | Pemuda PAS WP: Pengajaran berharga dari BERSIH 2.0 Posted: 13 Jul 2011 06:43 AM PDT Himpunan BERSIH 2.0 berjaya juga dilaksanakan pada 9 Julai 2011 yang lalu. Tarikh 9 Julai 2011 pasti akan terpahat dalam sejarah, kerana rakyat dari segenap pelusuk tanahair berani keluar menyatakan pendirian mereka. Meskipun diancam, diugut, disekat dan ditangkap, rakyat sedikitpun tidak gentar dengan pelbagai halangan ini. Puluhan ribu, bahkan sesetengah penganalisis meletakkan angka ratusan ribu rakyat membanjiri ibu kota untuk bersama-sama berhimpun dalam himpunan BERSIH 2.0. Terlalu banyak pengajaran yang berharga yang boleh dicatatkan hasil dari Himpunan ini. 1. Himpunan BERSIH 2.0 berjaya diadakan dalam suasana aman dan tenang. Ratusan ribu rakyat berhimpun tanpa ada sedikitpun insiden kekerasan dilakukan. Sebaliknya peserta himpunan pula yang dikasari, dipukul, ditangkap, dicederakan, disembur dengan air kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata, sehingga ada yang meninggal dunia. Kerajaan gagal memburukkan imej Himpunan BERSIH 2.0 sebagai ganas dan melampau kerana tidak ada sedikit pun harta benda awam yang musnah dirosakkan oleh para demontran. Ini membuktikan juga bahawa himpunan yang diadakan tidak membawa impak dan implikasi buruk kepada negara, jauh sekali boleh memudaratkan kemananan negara. 2. Meskipun pelbagai sekatan dan tangkapan dibuat, rakyat tetap hadir ke himpunan ini. Difahamkan ada juga yang ditangkap di sekitar ibu kota ketika sedang bersarapan pagi walaupun tanpa memakai baju kuning! Sekatan jalan raya hampir di semua jalan pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di negeri-negeri namun PDRM dan kerajaan gagal menyekat arus kebangkitan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Tanpa baju kuning yang diharamkan, rakyat tetap hadir ke Kuala Lumpur. 3. Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 diibaratkan sebagai zon perang. Hampir semua kedai ditutup. Masjid-masjid dikunci dari dimarahkan. Pasaraya-pasaraya besar juga diarahkan tutup. Perkhidmatan awam dihentikan atau dilencongkan. Jalan-jalan utama ditutup. Keadaan panik seperti ini sengaja dicipta oleh PDRM dan kerajaan Malaysia bagi menggambarkan himpunan BERSIH sebagai membahayakan orang ramai terutama peniaga. Sebaliknya ada peniaga kecil yang meneruskan perniagaan, mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Dalam keadaan demikian, tidak ada kedai yang dipecah masuk, dicuri atau dirompak. Tidak ada vandalisme dilaporkan dilakukan oleh para demonstran. Ramai peniaga yang rugi hanya kerana mereka menutup perniagaan, bukan kepada mereka yang meneruskan perniagaan pada hari tersebut. Jalan-jalan raya masih elok dan boleh dilalui selepas himpunan ini, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sehari sebelumnya. 4. Walaupun BERSIH diisytiharkan haram oleh kerajaan Malaysia, ramai yang masih menyertai himpunan ini. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa dan warna kulit. Ini membuktikan bahawa BERSIH adalah perjuangan yang didokong oleh rakyat. Rakyat masih mengiktiraf BERSIH walaupun kerajaan menganggapnya haram. Jika tidak mana mungkin rakyat sanggup merisikokan diri mereka hanya untuk hadir dalam perhimpunan ini. 5. Ini juga bermakna rakyat melihat isu pilihanraya yang tempang dan pincang sebagai isu yang serius. Kerajaan perlu melihat isu ini dan selesaikan sesegera mungkin. Rakyat tidak selesa melihat segala macam penyelewengan yang berlaku terutama dalam pengendalian urusan pilihanraya. SPR pula tidak boleh berdalih lagi dengan menolak 8 tuntutan BERSIH 2.0. Pengajaran penting buat SPR adalah - SPR perlu berubah, dari menjadi "budak suruhan" BN, ia perlu bebas dan berintigeriti. Jika tidak, rakyat sendiri akan mengubah SPR. 6. Institusi kerajaan adalah amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pemimpin negara yang mengetuai pelbagai institusi dan agensi kerajaan perlu menunaikan amanah rakyat ini. Barulah ia dihargai dan disanjungi. Hari ini, agensi kerajaan tidak berada di landasannya. Mengambil contoh bagaimana PDRM diperkudakan sedemikian rupa, sehingga bertindak di luar kewarasan akal kemanusiaan hanya kerana melayan ketakutan memuncak pemimpin BN. Warga emas dikasari, wanita diheret dan digari, rakyat yang tidak bersalah turut menjadi mangsa ditangkap dimana-mana, dan ramai yang dibelasah sesuka hati, ibarat penjenayah paling dikehendaki. SPR pula "diarahkan" bertindak sebagai perkakas untuk memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Dengan daftar pemilih yang sangat dicurigai, undi pos sebagai senjata akhir memenangkan pihak pemerintah, penggunaan media keterlaluan oleh kerajaan, menjadikan SPR badan yang berada di bawah telunjuk pemimpin UMNO-BN. Begitu juga dengan pelbagai agensi lain yang dikerah untuk berkempen setiap kali pilihanraya kecil atau umum berlangsung. 7. Himpunan BERSIH 2.0 menyaksikan siri keganasan yang disengsarakan buat pemimpin rakyat. Begitulah namanya perjuangan. Cedera, sakit, kematian, ditangkap, dipukul, diburu dan lain-lain adalah saksi hebatnya perjuangan menegakkan keadilan. Perjuangan ini juga perlu dibayar dengan pengorbanan yang tidak ternilai harganya kerana kebebasan dan keadilan yang didambakan bukan boleh diperolehi dengan percuma. Percayalah, penderitaan rakyat ini pasti akan berakhir dengan kemenangan bermakna, hasil perjuangan yang sama-sama kita didokongi. *Kenyataan media oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. | Suhakam adakan inkuiri tanah Orang Asli Posted: 13 Jul 2011 06:40 AM PDT Norsyafinas Ahmad Sukri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan meneruskan siri konsultasi dan pengambilan penghujahan awam mengenai hak tanah Orang Asli di lima lagi negeri bermula 15 Julai depan. Menurut Setiausaha Suhakam Hashimah Nik Jaafar, inkuiri tersebut bertujuan mengkaji punca sebenar masalah yang berkaitan hak tanah adat secara keseluruhannya dari segi pandangan hak asasi manusia. Di akhir inkuiri, tambahnya, Suhakam akan mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah tersebut. Dalam tempoh dua minggu, sesi tersebut akan berlangsung di banyak tempat di Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor. Menurut Hashimah lagi, sesi lapan jam bermula 8.30 pagi itu dijadual dihadiri Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dan Pesuruhjaya Datuk Khaw Lake Tee. | Jerebu: Satu kawasan catat bacaan IPU tak sihat Posted: 13 Jul 2011 06:38 AM PDT Kawasan Jalan Tasek, Ipoh, Perak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan IPU 136 sehingga jam 11 pagi ini. Selain itu, sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana sehingga jam 11 pagi tadi berbanding 33 kawasan pada pukul 7 pagi tadi. Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh di Perak, Seri Manjung dan Kuala Selangor antara kawasan yang mencatat IPU sederhana masing-masing 99, 94 dan 84, selain Balok Baru, Kuantan (74), Pelabuhan Klang (72) dan Petaling Jaya (67). Rekod itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya untuk bacaan sehingga pukul 11 pagi. Pulau Pinang yang dilanda jerebu minggu lalu, dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia, mencatatkan bacaan sederhana iaitu 59 di Seberang Jaya 2 dan 53 di Perai, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) mencapai kualiti udara baik (44). Selain USM, 17 kawasan lagi turut mencapai kualiti udara baik iaitu Sri Aman dan Langkawi (27), Alor Setar (30), Larkin Lama (31), Tawau (32), Sandakan (35), Muar (37), Bandaraya Melaka dan Kangar (38), Pasir Gudang (39), ILP Miri (40), Keningau dan Kota Kinabalu (41), Kota Tinggi (43), Limbang (44), Miri (46) dan Kapit (50). Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). | Liwat II: Anwar saksi pembelaan pertama Posted: 13 Jul 2011 06:36 AM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya. Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini. Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya. Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini. Semasa kes itu disebut hari ini, Anwar diwakili peguam Karpal Singh manakala Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, mengetuai pasukan pendakwaan. Di luar mahkamah, seorang lagi peguam Anwar, SN Nair, memberitahu pemberita bahawa mengikut Kanun Acara Jenayah, tertuduh adalah saksi pertama yang akan memberi keterangan dalam kes pembelaan. Katanya pasukan pembelaan berharap untuk menyoal 25 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum perbicaraan bermula. Setakat ini mereka telah menemubual lima saksi terdiri bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar, bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Mohd Osman Abdul Hamid, adik perempuan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur dikenali Dr Daniel, dan pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz Yusof. Nair berkata beliau akan mengemukakan permohonan minggu ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pihak pendakwaan membawa saksi-saksi ke mahkamah untuk ditemubual. Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar supaya membela diri selepas mendapati bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Pihak pendakwaan telah menawarkan 71 saksi tetapi pasukan pembelaan hanya mahu menyoal 25 daripada mereka. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. | Belum ada syarikat 'penyelamat' hospital Posted: 13 Jul 2011 06:35 AM PDT Hazlan Zakaria Usaha mencari kontraktor baru bagi 'menyelamatkan' pembinaan Hospital Shah Alam terus buntu dengan kali ini Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bersependapat dengan kontraktor pilihan masing-masing. Bulan lalu, kementerian berkenaan menolak cadangan JKR bagi melantik sebuah syarikat tempatan Gadang Engineering (M) Sdn Bhd bagi menerusi projek yang terbelangkai itu. Gadang adalah kontraktor utama kerajaan dan telah membida projek awam bernilai RM2 bilion pada tahun lalu sahaja. "Permohonan JKR bagi melantik Gadang ... tidak diluluskan. Pendirian Kementerian Kewangan sebelum ini kekal," kata kementerian itu dalam sepucuk surat bertarikh 17 Jun yang sesalinannya diperolehi oleh Malaysiakini. Surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kementerian berhubung permohonan JKR bertarikh 2 Jun itu. Sebelum ini, kementerian juga menolak permohonan syarikat lain pilihan JKR selepas mengadakan tender semula. Pada surat bertarikh 17 Jun, kementerian meminta proses tender tertutup diulang semula dan dimasukkan nama dua lagi syarikat yang dibenarkan untuk membida. Dua syarikat itu adalah - GMH Healthcare Sdn Bhd dan Frontier Structure Sdn Bhd - mereka adalah subkontractor asal projek ini sebelum masalah pembayaran menyebabkan pembinaan hospital itu tersekat. Kontraktor utama bagi projek terbelangkai ini adalah Sunshine Fleet Sdn Bhd. Namun syarikat itu gagal menyelesaikan kerja-kerja binaan setelah menghadapi masalah membayar subkontraktornya. Ini menyebabkan kontrak Sunshine Fleet ditamatkan. | Keputusan Khir Toyo bela diri atau bebas - 8 Ogos Posted: 13 Jul 2011 06:28 AM PDT Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 8 Ogos depan untuk membuat keputusan sama ada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, perlu membela diri atau dibebaskan berhubung tuduhan melakukan rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan yang masing-masing diketuai Abdul Wahab Mohamad dan M Athimulan selesai mengemukakan hujah masing-masing pada akhir kes pendakwaan hari ini. Abdul Wahab, dalam hujahnya memberitahu mahkamah saksi utama dalam kes itu, Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai. Beliau menyangkal kenyataan peguam bela yang mewakili Dr Mohamad Khir, Athimulan, bahawa keterangan Shamsuddin di mahkamah tidak boleh dipercayai sebab beliau (Shamsuddin) sendiri pernah memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa beliau ada memberikan kenyataan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu. "Pihak pendakwaan berpendapat mahkamah hanya boleh menilai keterangan yang dikemukakan Shamsuddin di mahkamah dan tiada asas untuk mengambil kira percakapan bertulisnya kepada SPRM kerana ia bukanlah sebahagian dari keterangan pendakwaan ataupun pembelaan," katanya. Semasa perbicaraan kes pada 16 Jun lalu, Shamsuddin selaku saksi pendakwaan kedua memberitahu mahkamah bahawa beliau memberi tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada SPRM berhubung kes itu pada 2009 dan 7 Jun lalu atas desakan Dr Mohamad Khir. Shamsuddin berkata, desakan itu berlaku selepas beliau dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan dan "saya menerima banyak desakan daripada Mohamad Khir untuk tidak melibatkan diri beliau." Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007. Mengulas lanjut, Abdul Wahab berkata isu kebolehpercayaan keterangan Shamsuddin di mahkamah tidak timbul kerana beliau sendiri mengesahkan apa yang disebut dalam mahkamah adalah perkara sebenarnya. "Mungkin terdapat percanggahan antara keterangan yang dimaksudkan (oleh pembelaan), namun kredibiliti Shamsuddin tidaklah secara automatik terjejas dan harus ditolak begitu sahaja oleh mahkamah. "Dalam konteks ini, 'best evidence rule' terpakai iaitu keterangan lisan saksi pendakwaan kedua (Shamsuddin) di mahkamah dan bukannya percakapan kepada SPRM yang tidak pun dirujuk kepada Shamsuddin ketika bicara," katanya. Sebelum itu, Athimulan dalam hujahannya berkata kredibiliti Shamsuddin terjejas kerana memberi keterangan yang berbeza di mahkamah dan SPRM sebelum pertuduhan bersubahat terhadap beliau (Shamsuddin) dalam kes itu ditarik balik. "Sejauh manakah kita boleh bergantung kepada keterangan Shamsuddin? Adakah beliau saksi yang boleh dipercayai? Adalah tidak selamat untuk bergantung kepada keterangan Shamsuddin (dalam kes itu)," katanya. Beliau berhujah sebagai seorang yang mengaku membuat kenyataan palsu di hadapan pihak berkuasa, Shamsuddin sudah melakukan sumpah bohong berdasarkan Seksyen 191 dan 193 Kanun Keseksaan dan beliau bukanlah saksi yang boleh dipercayai. Sementara itu, Abdul Wahab berhujah intipati kesalahan dalam kes Dr Mohamad Khir berjaya dibuktikan melalui keterangan Shamsuddin yang disokong dengan keterangan lisan dan dokumen. Beliau berkata, keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa pembayaran RM3.5 juta oleh Dr Mohamad Khir untuk memperolehi tanah dan rumah tersebut adalah terlalu tidak mencukupi berbanding dengan harga yang dibayar oleh Shamsuddin iaitu RM6.5 juta untuk membeli hartanah tersebut daripada pemilik asalnya, Saiful Aznir Shahabudin. "Keterangan juga menunjukkan OKT (Orang Kena Tuduh) mempunyai pengetahuan bahawa harga yang dibayarnya jauh lebih rendah atau tidak munasabah dari yang sepatutnya," katanya. Abdul Wahab juga berkata, berdasarkan keterangan Shamsuddin, tidak wujud langsung persefahaman atas dasar 'willing buyer' antara Shamsuddin dan Dr Mohamad Khir ketika transaksi penjualan rumah itu dibuat. "Shamsuddin menyatakan yang beliau pada awalnya ingin menjual pada harga RM5 hingga 5.5 juta namun OKT meminta kepada harga RM3.5 juta. "Beliau tiada pilihan setelah berunding dengan isterinya bersetuju dengan harga ini memandangkan beliau mempunyai urusan niaga khususnya dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) yang dipengerusikan Dr Khir masa itu," katanya. | 'Kes Noorfadilla lonjakan untuk kesetaraan jantina' Posted: 13 Jul 2011 06:18 AM PDT Keputusan mahkamah bahawa tindakan kerajaan menolak permohonan wanita mengandung Norfadilla Ahmad Saikin sebagai guru sandaran sebagai tidak berperlembagaan disifatkan sebagai lonjakan besar ke arah kesetaraan jantina. Menurut Kumpulan Bertindak Bersama untuk Kesetaraan Jantina (JAG), mahkamah buat pertama kalinya mengakui bahawa Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan harus dibaca bersama-sama. "Apa yang dianggap sebagai 'diskriminasi terhadap wanita' dan ' diskriminasi jantina' tidak pernah diputuskan sehinggalah kes Noorfadilla," kata gabungan enam NGO wanita di seluruh negara itu. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf semalam memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan Norfadilla (kiri) menjadi guru kerana beliau mengandung tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal. Hakim berkata Kementerian Pendidikan dan kerajaan tertakluk kepada Cedaw dan perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Norfadilla, 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan tidak menerimanya sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula. Dalam kenyataan hari ini, JAG menyifatkan keputusan mahkamah semalam menghantar isyarat jelas dan tegas bahawa penarikan kerja disebabkan kehamilan merupakan satu bentuk diskriminasi jantina dan bertentangan dengan perlembagaan. "Undang-undang yang jelas kini, wanita mempunyai hak untuk bekerja apabila mereka mengandung," katanya. JAG dianggotai All Women's Action Society (AWAM), Perak Women for Women (PWW), Sabah Women Action Resource Group (SAWO), Sisters In Islam (SIS), Women's Aid Organisation (WAO) dan Women's Centre For Change, Pulau Pinang (WCC). | 3 ADUN DAP Melaka digantung 6 bulan Posted: 13 Jul 2011 05:59 AM PDT Tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka digantung daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berkuatkuasa hari ini. Mereka ialah Ketua Pembangkang Goh Leong San (Kesidang), Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Banda Hilir). Speaker DUN Melaka Datuk Othman Mohamad berkata, penggantungan mereka mengikut Fasa 34(6) kerana gagal mematuhi peraturan dewan dan tidak patuh kepada arahan speaker ketika dewan bersidang semalam. Menurutnya, keputusan menggantung tiga wakil DAP itu mendapat sokongan sebulat suara daripada 23 wakil BN selepas usul dikemukakan ketua whip, Datuk Yaakob Md Amin. "Kekecohan bermula semasa dewan menyambung persidangan pada hari semalam dan sebaik usul tergempar BN berhubung perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu diumumkan manakala usul DAP mengenai perjudian bukan bagi kaum Cina ditolak. "Keputusan Speaker menyebabkan Poay Tiong bangun membacakan usulnya sehingga menyebabkan kekecohan antara wakil BN dan pembangkang. "Kedegilan mereka mematuhi arahan Speaker supaya keluar dewan juga telah menyebabkan persidangan terpaksa ditangguh selama 15 minit. "Namun, mereka bersama Adun Kota Laksamana Betty Chew Gek Cheng dan Lim Jak Wong (Bachang) terus ingkar tidak berganjak apabila tempoh 15 minit itu tamat sekali gus memaksa Speaker menangguh persidangan," katanya. Bagaimanapun, menurut Othman, sebagai tanda prihatin, Jawatankuasa Hak Asasi Dewan memutuskan elaun mereka sebagai ADUN masih lagi berjalan. Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, keputusan penggantungan itu adalah pertama kali berlaku pada sidang DUN Melaka dan ketegasan adalah perlu untuk memberi pengajaran kepada ADUN terlibat. Katanya, tindakan itu sebagai peringatan ahli dewan supaya mereka mesti menghormati prosedur proses persidangan dewan secara tertib. "Kita telah terpilih untuk membawa suara rakyat jelata membincang perkara-perkara mengikut undang-undang demokrasi dan mereka mestilah profesional?" katanya. | 'Kedah haramkan pusat hiburan semasa Ramadan' Posted: 13 Jul 2011 05:51 AM PDT Kerajaan Kedah pimpinan PAS mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu mengentikan operasinya pada Ramadan ini. Menurut harian berbahasa Cina Guang Ming, kerajaan negeri mengeluarkan arahan bertulis kepada semua pejabat daerah memaklumkan perkara itu. MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam. Ketua biro profesional muda MCA Chua Tee Yong berkata, pengharaman itu melibatkan 13 jenis pusat hiburan, termasuk panggung wayang, pusat snuker dan permainan video, karaoke, bowling dan pub. Bagaimanapun, The Star, memetik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) sebagai berkata, kafe siber, bowling dan pusat snuker tidak termasuk dalam larangan itu. Azizan juga dilaporkan berkata, persembahan langsung penyanyi di bar, hotel, restoran, kedai makan dan tempat yang mudah diaskes oleh orang awam tidak dibenarkan. Dilaporkan semua kedai makan Cina yang menyediakan makanan untuk pelanggan antarabangsa dibenarkan beroperasi seprti biasa, termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut. | Dr. Rajiee Hadi: Bersihkan Laman Ini Posted: 13 Jul 2011 05:47 AM PDT
| Pemuda P Pinang sedia sertai lagi himpunan Bersih Posted: 13 Jul 2011 05:45 AM PDT
| PAS sifatkan pengerusi SPR angkuh Posted: 13 Jul 2011 05:44 AM PDT
| Parti Saadat sokong Bersih, bantah tindakan polis Posted: 13 Jul 2011 05:43 AM PDT
| Bersih 2.0 bukti rakyat Malaysia akrab Posted: 13 Jul 2011 05:40 AM PDT
| Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk Posted: 13 Jul 2011 05:38 AM PDT
| Bersih: 4 dibebas selepas 5 hari ditahan Posted: 13 Jul 2011 05:35 AM PDT
| Guan Eng minta IGP benar MP lawat Jayakumar di IJN Posted: 13 Jul 2011 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR — Lim Guan Eng meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membenarkan ahli-ahli Parlimen melawat Dr. Michael Jayakumar yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). Jayakumar bersama lima pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, sejak ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan Sabtu lalu. Dalam suratnya kepada Ismail semalam, Setiausaha Agung DAP (gambar) itu berkata, sembilan orang Ahli Parlimen dan seorang Senator telah dilarang melawat Jayakumar, yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput. "Oleh yang demikian, saya pohon jasa baik dan keprihatinan Tan Sri (Ismail) untuk memberi kebenaran kepada kami membuat lawatan tersebut sebagai tanda keprihatinan kami kepada beliau yang terlantar di IJN," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. | BN perlu guna komunikasi politik lebih baik, kata Saifuddin Abdullah Posted: 13 Jul 2011 05:27 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan komunikasi politik yang lebih baik sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat ekoran Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu. Ini kerana jelas beliau, perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan disokong Pakatan Rakyat akan meninggalkan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata, beliau (gambar) secara tegas tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 dan lapan tuntutan yang dikemukakan namun kesal dengan kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu. "Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih serta pihak-pihak lain... ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar. "Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai, oleh itu saya mahu supaya kita meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini. "BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini kerana sedikit sebanyak perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau yang sejak minggu lalu diserang di laman Twitter dan blogger pro-Umno menegaskan, sama sekali tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 seperti mana yang didakwa. Malah tegas Saifuddin, sekiranya perhimpunan itu mendapat permit, beliau juga tidak akan menyertainya kerana tidak menyokong lapan tuntutan Bersih. Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. "Seperti dalam Twitter dan Facebook, saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru politik baru yang terdiri daripada empat perkara iaitu integriti politik, kerangka pentadbiran baru, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif. "Justeru saya faham apa yang dibawa oleh Bersih... 'faham' tidak sama dengan 'sokong', kalau pun saya setuju dengan satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong," kata Saifuddin. Tambah wakil rakyat BN ini, beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Bersih itu kerana ia "perhimpunan haram." "Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi tetapi ia mesti diadakan dengan cara yang sesuai. "Pada saya antara cara yang sesuai ialah seperti yang dicadangkan Suhakam, sekiranya kita menggunakan cadangan Suhakam ada kemungkinan perhimpunan Bersih itu dapat diadakan dengan permit polis dan aman," kata Saifuiddin sambil menambah, beliau hanya menyokong perhimpunan dibuat secara aman. Suhakam sebelum ini berkata bahawa rakyat Malaysia berhak berhimpun secara aman seperti yang terkandung dalam Perkasa 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkasa 20 (1) Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Himpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah satu perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara bagi memohon transformasi pilihan raya yang perlu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagaimanapun Putrajaya melalui Kementerian Dalam Negeri menyifatkan ia sebagai perhimpunan haram yang boleh menggugat keselamatan negara. Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu. | Saksi: Sarbaini buat pengakuan kerana takut tidur di lokap Posted: 13 Jul 2011 05:26 AM PDT TERKINI Oleh Melissa Chi KUALA LUMPUR– Seorang penolong kanan Kastam memberitahu mahkamah koroner bahawa Allahayrham Ahmad Sarbaini Mohamed pernah mengaku ada menerima sogokan sebab takut akan "tidur di lokap." Ahmad Maher Abdul Jalil, 51, memberitahu bahawa Sarbaini berkhidmat di bawah penyeliaan beliau sejak Ogos lalu. "Saya ada bertemu dengan dia (Sarbaini) pada 4 April dan telah diberitahu mengenai pengakuan menerima rasuah dan keadaan di dalam lokap," katanya lagi. "Apabila saya bertanya mengenai dia membuat pengakuan, dia berkata dia mengaku kerana takut tikur di lokap," kata beliau hari ini. Menurut Maher, Sarbaini ada memberitahu bahawa lokap terlalu sesak dan bilik air pula tidak begitu selesa. "Saya memberitahu dia bahawa satu kesilapan apabila membuat pengakuan bagi perkara yang dia tidak dilakukan. "Tetapi, pada 5 April dia berkata 'berani buat berani tanggung' dalam konteks pengakuan, dan bukannya rasuah," kata beliau. Maher juga berkata Sarbaini pernah mengatakan ada mengambil rasuah RM30 tetapi jumlahnya tidak sepadan dengan jawatan yang disandang. Sarbaini ada membuat pengakuan menerima antara RM50 dan RM100 sebulan daripada pegawai Schenker Logistics (Malaysia) Sdn Bhd, Wan Zainal Abidin Wan Zaki dan juga antara RM30 dan RM200 sebulan daripada pegawai Top Mark Freight & Shipping Sdn Bhd yang dikenali sebagai Ah Seng. Dalam pada itu saksi ke-20, Azman Jusoh, 45, penolong pengarah Kastam yang merupakan rakan sepermainan tenis Sarbaini juga menyokong keterangan Maher. "Apabila saya pergi ke pejabat dia untuk bermain tenis pada 1 April, saya diberitahu oleh kawan-kawannya bahawa dia telah dibawa ke SPRM untuk disoal siasat. "Pada keesokan hari, dia memanggil saya untuk bermain tenis pada Ahad, 3 Apri," katanya. Pada masa itu, Sarbaini memberitahunya pengalaman berada di lokap. "Dia memberitahu saya bahawa dia telah dihina oleh pegawai-pegawai SPRM dan dia tidak layan untuk mengenakan pakaian Kastam," kata Azman lagi. Kemudian Sarbaini dibawa ke balai polis Bukit Jalil. Azman berkata Sarbaini ada menghubunginya pada 4 April dan memaklumkan bahawa dia berada di pejabat SPRM tetapi tidak bertanya mengapa. "Dia kelihatan letih ketika itu," katanya. Azman bertemu dengan Sarbaini pada 5 April di gelanggang tenis pada pukul 6.15 petang dan mendapati Allahyarham kelihatan normal. Pada pukul 5.30 pagi 6 April, Azman berkata Sarbaini ada menghubunginya dan mahu pergi ke pejabatnya. Katanya panggilan itu kali pertama Sarbaini menghubunginya awal pagi. "Dia ada memberitahu saya bahawa dia mahu pergi semula ke SPRM untuk mengubah pengakuan tetapi tidak memberitahu saya butiran. Dia kelihatan risau apabila dia berkata dia mahu mengubah pengakuannya kerana bimbang akan ditahan semula," kata Azman lagi. Dalam pada itu, pegawai siasatan SPRM Penguasa Abdul Ghani Ali pula mengakui ada menelefon anak Allahyarham bernama Syahril untuk memberi maklum balas mengenai dua buku simpanan milik anak Allahyarham. Katanya, ketika perjumpaan bersama isteri Allahyarham, Maziah Manap pada 28 April lalu di Pejabat Kastam Lapangan Terbang Subang, isteri arwah ada memaklumkan beliau mengenai dua buku akaun anaknya yang tidak dipulangkan semula. "Saya telefon untuk beritahu bahawa setelah dicari dan berdasarkan akuan sita dua buku akaun Nuri anak arwah yang dimaklumkan isterinya pada 28 April, tiada (tidak disita). "Pada 29 April, saya tidak ada nombor isterinya, tetapi berdasarkan rakaman percakapan ada nombor telefon dan saya hubungi untuk beritahu perkara tersebut. "Bila dihubungi nombor itu, pemilik talian maklumkan dia anak arwah dan berada di Pulau Pinang. Saya kata OKlah dan letak," katanya saksi ke-18 inkues kematian Sarbaini. Maziah dalam keterangannya pada hari pertama inkues memaklumkan bahawa Ghani ada mengatakan "bukan saya, orang saya" dan mendakwa ia menunjukkan Ghani tahu sesuatu. Bagaimanapun Ghani menafikan kenyataan itu dan nyatakan pada mahkamah bahawa Maziah bertanya padanya sama ada Allahyarham ada berjumpa Ghani pada hari kejadian. "Saya kata bukan saya, pegawai saya, kerana arwah berjumpa Sheikh Niza pada hari tersebut. "Saya tidak pernah sebut 'orang saya' tetapi saya sebut 'pegawai saya' kerana saya sendiri pegawai biasa," katanya ketika menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Mohamad Abazafree Abbas. | Saman Ambiga: Bantahan Taib Mahmud didengar 3 Ogos Posted: 13 Jul 2011 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Ogos untuk mendengar bantahan awal Ketua Menteri Sarawak terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan pengerusi pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.O Datuk S Ambiga untuk mencabar notis tidak membenarkannya memasuki Sarawak pada pilihan raya negeri lepas. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pihak dalam kamarnya hari ini. Menurut laporan Bernama Online, peguam James Khong yang mewakili Ambiga, memberitahu pemberita bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan dalam permohonannya bahawa beliau bukan pihak berkuasa negeri untuk dinamakan dalam permohonan semakan kehakiman itu. Khong berkata Ketua Menteri Sarawak itu juga menyatakan perkara pokok itu tidak boleh disemak mengikut Akta Imigresen. Pada 23 Mei lalu, Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Pengarah Imigresen Sarawak dan Taib sebagai responden. Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi mewakili Jabatan Imigresen manakala Penasihat Undang-undang Negeri Sarawak Datuk J.C.Fong mewakili Taib. Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Ambiga memohon untuk membatalkan notis larangan memasuki Sarawak bertarikh 15 April yang dikeluarkan pengarah imigresen Sarawak. Ambiga juga memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan para responden membenarkannya memasuki Sarawak. Beliau memohon ganti rugi dan kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Ambiga dilarang memasuki negeri itu sepanjang tempoh kempen selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu. | Dr Asri: 'Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja' Posted: 13 Jul 2011 05:16 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah. Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka. "Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif. Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. "Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau. Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat." "Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan. Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar. "Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. "Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya," katanya. Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia. Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. "Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya. "Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri." Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah. Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas." Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat. "Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? "Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu," katanya. | 10 pertubuhan Cina desak China Press mohon maaf Posted: 12 Jul 2011 10:36 PM PDT Pemuda Persatuan Cina mengecam China Press berikutan liputan berita perhimpunan aman BERSIH 2.0, yang disiarkan pada malam 9 Julai dan pagi 10 Julai. Cara liputan bukan sahaja secara seriusnya memutarbelitkan kebenaran, tetapi juga mengelirukan pembaca ketika memahami tuntutan sebenar BERSIH 2.0. Pada 9 Julai, China Press telah menemuramah beberapa kanak-kanak sekolah yang berumur antara 6 hingga 18 tahun, yang mencungkil kecurigaan sama ada kanak-kanak ini diperalatkan. Mereka ditemuramah seolah-olah dirancang oleh pihak atasan, dan tajuk berita ditulis sebagai "Orang dewasa, jangan bergaduh lagi!". Tuntutan demokrasi rakyat telah dilaporkan seolah-olah "perbalahan antara dua pihak". Kami percaya bahawa pandangan dan pemikiran kanak-kanak belum lagi matang, maka memetik mereka untuk melaporkan berita "tuntutan rakyat terhadap pilihan raya yang bersih dan adil" dalam bentuk "pertelagahan dua kem" adalah tidak sesuai. Ini bukan sahaja bertentangan dengan etika profesional media, bahkan memperalatkan kanak-kanak untuk mencapai tujuan merangsang bilangan pembaca. Pada 9 Julai, "China Press Evening News" halaman depan bertajuk "Di manakah keamanan yang dijanjikan? Kekecohan di Kuala Lumpur, ribuan orang ditangkap" dan memaparkan gambar pihak polis menembak gas pemedih dan konfrontasi peserta dengan polis sebagai berita muka hadapan. Malah, semua orang yang menghadiri perhimpunan itu boleh menjadi saksi bahawa perhimpunan adalah aman. Rakyat yang berhimpun tidak memberi masalah, dan juga menunjukkan mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Kami percaya bahawa "China Press" melaporkan berita secara provokatif, bukan sahaja mengabaikan kebenaran, tetapi hilang tanggungjawab sosial media mereka. Kami menyeru bahawa "China Press" memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kesilapan mereka, serta lebih bertanggungjawab, membuat liputan media yang profesional dan mementingkan kebenaran. *Kenyataan daripada Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH), sebagai pelopor. 1. Bahagian Belia Persatuan Hopo K.L & SEL | Teresa Kok kepada Hishammuddin: Tarik balik keputusan mengharamkan bahan cetak "BERSIH" Posted: 12 Jul 2011 10:35 PM PDT Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan yang bodoh dengan mengisytiharkan objek yang mempunyai perkataan "BERSIH" dan berwarna kuning adalah haram, di mana polis diarah mengambil tindakan terhadap mereka yang mengguna pakai bahan "BERSIH" tersebut. Tindakan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tersebut telah menjadikan kerajaan BN sebagai bahan lawak orang ramai di dalam dan luar negara. Selain itu, tindakan keganasan dan penangkapan PDRM sebelum dan pada hari Perhimpunan BERSIH tersebut juga telah menjatuhkan imej Perdana Menteri dan PDRM di seluruh dunia. Mengikut laporan akhbar, sehingga 8 Julai 2011, PDRM telah menahan seramai 198 orang dan menyoal-siasat seramai 25 orang berkaitan dengan BERSIH. Pada tarikh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 pula, PDRM telah menyerang orang yang berhimpun secara aman dengan gas pemedih mata dan meriam air, dan menangkap 1,667 orang di pusat bandar Kuala Lumpur. Lebih mengecewakan lagi, PDRM masih lagi menyalahgunakan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 untuk menahan enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia. Ordinan Darurat yang seharusnya digunakan untuk penjenayah sahaja telahpun digunakan ke atas aktivis yang tidak terbabit dalam aktiviti jenayah sekarang. Memandangkan Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 telah pun selesai, saya ingin menggesa Hishammuddin dan PDRM untuk membatalkan larangan tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Perhimpunan BERSIH 2.0 telah pun berakhir dengan aman, damai dan tidak ada merosakkan sebarang harta benda seperti apa yang diura-urakan oleh pihak polis sebelum itu. Sebaliknya, golongan yang mencederakan para peserta adalah anggota PDRM sendiri. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang disertai oleh 50,000 orang yang bersuara lantang untuk menyokong kelapan-lapan tuntutan gabungan BERSIH telah menunjukkan kempen yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tersebut telahpun berjaya. Di sini saya ingin menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan ahli kabinet agar menghormati tuntutan dan kehendak rakyat, dan mengadakan pembaharuan politik dengan menunaikan kelapan-lapan tuntutan BERSIH tersebut. Tibalah masa bagi kerajaan BN untuk menghormati hak asasi manusia, termasuk memberi lebih kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti apa yang dipraktikkan di banyak negara di dunia. *Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim (gambar kanan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, & Perdagangan Negeri Selangor. | Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS Posted: 12 Jul 2011 10:31 PM PDT ... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan. Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar. Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit! Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan. Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian. "BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu. Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya. Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian! Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung! Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian. Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya. Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini. Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!" Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan.... Matlamat sama.. Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!" Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan. Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan. Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. *Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih. | Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan Posted: 12 Jul 2011 10:27 PM PDT Ditulis oleh Radzi Razak KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut dibawa untuk sebutan hari ini. Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya. Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini. 6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu. Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Bagaimanapun, peguambela Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh dan Sankara Nair menegaskan pihaknya akan membuat permohonan bagi menemubual dan mendapat senarai saksi yang dipanggil pada perbicaraan akan datang. "Perbicaraan ditetapkan pada 8 hingga 26 Ogos depan, tetapi kami akan buat permohonan untuk menebual saksi, " kata Karpal kepada media lobi kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini. Anwar menyatakan kekecewaanya kerana masih tidak diberi peluang itu walaupun sering dituduh kerajaan cuba melambatkan kes. "Kita nak sediakan pembelaan kita tapi mereka masih tak beri saksi," kata beliau. Laporan penuh menyusul... |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan