Isnin, 11 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Ajijoi

Posted: 11 Jul 2011 03:43 PM PDT

Seniman berusia 76 tahun ini menjadi perhatian selepas melahirkan puisi berjudul "Unggun Bersih" pada majlis pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu , sekali gus membawa kepada soal siasat oleh pihak polis.

Puisi itu disusuli dengan "Peludah Warna" dan dua lagi bakal menyusul.

Samad (tengah, kemeja-T kuning) ketika berunding dengan pasukan polis di kawasan Stadium Merdeka, kelmarin. — Foto The Malaysian Insider

Melihat pada perkembangan sejak sebulan lalu, Ibrahim melihat Samad sebagai "ikon kepada mereka yang mencintai dan mereka yang melihat tentang kesedaran bru tuntutan semasa."

"Datuk Samad Said dilihat sebagai seorang seniman yang dikenali ramai, seorang yang rendah diri dan boleh diterima ramai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ibrahim juga melihat kemunculan Samad akan membawa kelainan kepada penonjolan khususnya di kalangan orang Melayu.

Malah beliau juga telah mengetepikan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh pihak pembangkang.

"Samad Said telah membuktikan bahawa Bersih 2.0 tidak ada agenda politik, yang didakwa bertujuan memecahbelahkan orang Melayu," katanya sambil menambah, kemunculan Samad menggambarkan keperluan pengisian semangat kemerdekaan dan membebaskan minda rakyat dihidupkan semula.

"Malah Samad Said juga telah menunjukkan bahawa mewujudkan perpaduan, kita tidak memerlukan faktor politik semata-mata, tidak semestinya pendekatan politik tetapi kreativiti sudah pun cukup," katanya.

Selepas lima dekad Samad dilihat mengembalikan peranan seniman dalam mengartikulasikan tentang keperluan kebebasan.

"Saya lihat ini gelombang baru selepas era sebelum merdeka. Pada akhir 1990-an, misalnya 1998, kita pernah menyaksikan Datuk Shahnon Ahmad, tetapi beliau terlibat dalam politik secara langsung dan mengkritik kepimpinan Dr Mahathir (Mohamad, perdana menteri ketika itu).

"Tetapi Datuk Samad menggunakan pendekatan berbeza, yang telah diterima semua pihak dan kaum," kata Ibrahim lagi yang turut mengakui bahawa Samad boleh menjadi "pesaing" kepada gagasan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gagasan 1 Malaysia cuba mengetengahkan aspek perpaduan dan integrasi kaum.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula melihat kemunculan Samad menunjukkan pihak berkuasa mengetepikan suara-suara bukan politik dalam pembangunan negara.

"Apa yang kita lihat hari ini adalah disebabkan kegagalan kerajaan meraihkan suara wakil masyarakat madani. Selain Samad, aktivis peguam dan sosial, kemunculan Marina, anak Tun Dr Mahathir antara satu contoh," kata tokoh agama muda progresif ini.

Asri yang seringkali menjadi perhatian kedua-dua kepimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meramalkan akan ada lebih ramai golongan yang bakal menjejak langkah Samad selepas ini.

"Saya meramalkan lebih ramai akan muncul jika kerajaan terus gagal meraihkan suara-suara macam ini," kata Asri lagi.

Satu mesej Twitter yang dipantau menunjukkan "anak Tun Mahathir kata tidak merasakan (suasan) tidak selamat dalam kehadiran Bersih. Orang ramai mengatakan helo, sangat berdisiplin dan bertamadun."

Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa sealiran dengan pandangan kedua-dua personaliti itu.

Kata Maszlee, "saya melihat kemunculan, kehadiran Datuk Samad Said sebagai satu perkembangan dalam arena politik tanah air."

"Saya melihat ini sebagai faktor ketiga, masyarakat madani mula menyaksikan peranan orang seni dan karyawan," kata beliau yang tidak terperanjat dengan perkembangan terbaru ini.

"Saya tidak terperanjat dengan kehadirannya kerana di Malaysia, dengan banyak ruang (suara dan kebebasan) ditutup, kita akan dapat melihat lebih ramai seniman akan muncul... macam dulu kita ada Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah," kata Maszlee.

Bagaimanapun Maszlee tidak melihat Samad sebagai ikon, sebaliknya pendukung "politik warga" — fenomena baru dalam politik negara ini.

Samad, nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

Selain anugerah Sasterawan Negara beliau juga dianugerahkan gelaran Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. Antara antologi puisinya ialah "Suara Dari Dinding Dewan" (2003), "Dirgahayu Dr Mahathir" dan "Rindu Ibu" (2004) serta "Ilham Di Tepi Tasik" (2006).

Sebelum perhimpunan Bersih 2.0, Samad juga pernah terlibat dalam Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Samad juga melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Pada 5 Julai, beliau bersama beberapa pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara berhubung perhimpunan tuntutan pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.

Setiausaha Agung Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) Hasni Abas juga melihat sebagai satu perkembangan baik selepas Sasterawan Negara selama ini "hanya menulis dalam menyuarakan pandangan beliau termasuk dalam PPSMI."

"Penyertaan beliau dalam isu semasa ini menunjukkan beliau mendapat respons positif daripada golongan muda dan pelbagai kaum," katanya.

"Datuk Samad sudah mula menerokai satu budaya bahawa golongan seniman bukan lagi golongan membisu yang disangkakan banyak pihak selama ini," kata Hasni.

Ketika ditanya ada kemungkinan Samad akan terlibat aktif dalam politik, Hasni menjelaskan, beliau tidak melihat kemungkinan itu.

Sebaliknya kata Hasni, "beliau tidak digunakan oleh mana-mana pihak. Beliau sertai sukarelawa. Beliau terlibat (dalam Bersih 2.0) dengan penuh sedar."

"Datuk Samad pernah memberitahu saya bahawa kebebasan di Malaysia sudah tidak diseimbang dengan pembangunan negara... saya melihat beliau seorang yang ada pendirian, akan mengatakan tidak jika tidak betul, tidak kira fahaman politik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 11 Jul 2011 03:41 PM PDT

Bersih 2.0 bukan pengacau. Buktinya puluhan ribu rakyat berjaya berhimpun menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0. Rakyat tetap menyokong perhimpunan pada 9 Julai lalu meskipun dikacau oleh polis dan dikongkong oleh media perdana milik penguasa Umno-BN. Polis telah melaksana strategi perang pencegahan terhadap rakyat yang cintakan pemulihan demokrasi negara. Tangkapan awal dibuat, sekatan jalan ditingkatkan. Sehingga 59 laluan masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Karenah polis telah mendaruratkan Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Saturday seven nine

Hakkatnya 'Saturday seven nine' telah mencatat sejarah kebangkitan rakyat menzahirkan kecintaan untuk bermesra dengan amalan pilihan raya bersih. Setara pula berlaku penglibatan polis memerangi baju kuning dengan cara merampas dan menangkap serta mereman penjual baju kuning Bersih 2.0. Tindakan yang tidak bertamadun, unlawful dan bersifat rimba. Maka, ia lambang kegerunan penguasa Umno-BN kerana mengontrol kementerian polis supaya jadi sedemikian.

Polis sudah dijadikan perisai menyekat serangan baju kuning. Sekali gus menyerlahkan kekencangan denyutan nadi pemimpin Umno-BN, khususnya Datuk Seri Mohd Najib selaku presiden parti yang memilihnya sebagai perdana menteri ke-6 Malaysia. Cukuplah. Layaknya Najib sebagai pemimpin Umno terakhir!

Pengongkong rakyat

Selain polis, media perdana milik penguasa Umno-BN sudah menjadi pengongkong minda rakyat. Minda rakyat dikepung, dikotakkan(boxed) melalui laporan fitnah, racau dan ampu melampau. Maka, media cetak dan elektronik, khususnya utusan, harian, peti gambar (televisyen) dan peti suara (radio)cukup cekap memfitnah, meracau dan mengampu sehingga Bersih 2.0 dicap sebagai pengacau dan kumpulan haram.

Kesannya, gabungan lebih 80 NGO yang sah bergabung 'kecintaan' untuk menuntut pihak kerajaan (Yang Di-pertuan Agong) melaksanakan lapan tuntutan sudah dianggap pertubuhan haram. Apakah haram, NGO (yang sah) bergabung cita rasa ke arah mencapai kebersihan pilihan raya?

Maka sukacita dinyatakan, kalimah 'haram' merupakan kalimah terdesak yang menggambarkan ketempangan demokrasi yang memenangkan pemimpin Umno-BN disebabkan undi pos, penipuan senarai pemilih, rasuah politik, penggunaan terlarang jentera kerajaan Pusat dan kempen media yang berat sebelah. Natijahnya kemenangan pilihan raya diraih Umno-BN selayaknya bertaraf 'haram' tetapi dihalalkan oleh kuasa dan kongkongan minda rakyat daripada memahami nilai-nilai kebersihan pilihan raya.

Sebagaimana diperjuangkan oleh Bersih 2.0 atas hasrat untuk demokrasi yang segak dan tampan, adalah ingin memperbaiki nilai pendemokrasian di Malaysia. Kesannya lebih daripada 65 peratus ahli perhimpunan Bersih 2.0 disertai anak muda Malaysia yang pelbagai kaum . Ia bukan 1Malaysia tetapi sepakat untuk demokrasi segak dan tampan!

Meskipun, rakyat dikongkong daripada menganggap Bersih 2.0 sebagai lambang penyatuan ke arah suatu amalan pilihan raya telus, bersih dan adil. Tidak kurang juga, polis dan media terus mengecap Bersih 2.0 sebagai pengacau, pertubuhan haram dan penyekat aktiviti ekonomi rakyat.

Natijahnya, tindakan polislah (menutup jalan, menangkap dan mengarah kedai-kedai ditutup pada hari 9 Julai) penyebab utama peniaga terkandas untuk masuk berniaga dan pembeli pula dihalang membeli belah. Sedangkan puluhan ribu (menurut Al-Jazeera, 100 ribu) ahli perhimpunan Bersih 2.0 yang hadir sepatutnya boleh berbelanja sakan dan mewah. Atas realiti ini, adakah boleh diterima akal apabila polis mengecap ahli perhimpunan sebagai pengacau kepada peniaga. Realitinya, tindakan polis yang menembak, menggempur dan menangkap ahli perhimpunan pencetus kekacauan sebenar.

Media asing lebih adil

Ketika melihat rakaman media asing Al-Jazeera tentang perhimpunan Bersih 2.0, ternyata kalimah mereka gunakan adalah realistik. Ahli perhimpunan disifatkan sebagai pembantah kepada perjalanan pilihan raya yang disaluti amalan tidak demokratik kerana undang-undang pilihan raya yang tidak adil. Lalu dianggapkan urusan perhimpunan sebagai saluran untuk menuntut Najib menggubal undang-undang pilihan raya yang adil.

Ia jauh berbeza dengan laporan media lokal yang terlampau negatif untuk Bersih 2.0, malah turut mengundang persepsi, betapa media tersebut kuat dikontrol oleh penguasa Umno-BN . Meskipun semua pengamal media boleh menyifatkan orientasi media itu sudah melanggar etika pemberitaan kerana sarat dengan kandungan kepalsuan, pembohongan dan pemfitnahan melampau.

Fakta palsu

Di antara nilai terlampau media lokal yang dikontrol penguasa Umno-BN ialah menyiar hal Bersih 2.0 pada 9 Julai berlapikkan ulasan atas fakta palsu, bohong dan fitnah. Misalnya akhbar berita harian telah menggunakan 'imej jadian' dengan mempamerkan lagak seorang pemuda seumpama pemuda Palestin sedang melontar batu ke arah polis Israel. Ia suatu ciptaan, bukan realiti tentang perhimpunan Bersih 2.0. Mana ada lagak pemuda sebegitu! Ia suatu teknik kepalsuan ala media Israel (Yahudi) yang bertujuan mencemarkan misi perhimpunan Bersih 2.0.

Media lokal itu juga turut mesra pembohongan apabila dikesan tela mengabaikan fakta sebenar tentang perhimpunan Bersih 2.0. Di antaranya meletakkan status Bersih 2.0 sebagai gagal. Lalu menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononnya ahli perhimpunan hanya sekitar lima/enam ribu sahaja. Sedangkan dalam lembaran akhbar sama turut mengesahkan lebih 1,600 telah ditangkap. Jika benar gagal, kenapa perlu tangkap sampai hampir dua ribu orang?
Demikian pula, pembohongan paling tidak berperikemanusiaan turut disiarkan melalui kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung pengakuan di sebalik kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad. Kematian itu dikatakan akibat sakit jantung, sedang ahli keluarganya mendakwa arwah tidak pernah mengidap sakit jantung. Apakah kepakaran polis telah mengambil alih kepakaran seorang doktor? Hanya media yang sewel seumpama media lokal tersebut sahaja yang mengiktiraf kenyataan polis sebagai benar!

Satu lagi, amatlah malang apabila media lokal tersebut sudah menjadi mata pedang yang membunuh watak akibat mainan fitnah yang dihamburkan kepada masyarakat. Ia berkaitan dengan laporan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicap sebagai petualang, penderhaka dan pengacau. Ia suatu fitnah besar. Maka lagak media lokal itu seumpama hakim yang pendek akal kerana mengecap Anwar dengan niat mematikan wataknya sebagai politikus yang berprinsip. Termasuklah juga menyiarkan pandangan yang anti Bersih 2.0, kononnya Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai seorang yang bijak telah digambarkan semacam watak yang pendek akal kerana boleh bersama-sama Datuk Ambiga menuntut lapan perkara ke arah pilihan raya yang adil!

Rumusannya, Bersih 2.0 semestinya dianggap berjaya mengembalikan semangat dan kesedaran rakyat tentang demokrasi. Ia turut mengimbau sejarah Bersih pada 10 November 2007. Momentum itu harus disegarkan untuk meluncur laju menghadapi pilihan raya umum ke-13. Justeru rakyat yang masihttp://www.blogger.com/img/blank.gifh keras hati kerana ingin kekalkan nilai kekotoran pilihan raya di Malaysia sewajarnya berubah. Berubahlah dan hayatilah misi pendemokrasian yang dibawa oleh Bersih 2.0. Pilihan raya bersih pastinya diberkati Allah SWT. Hanya individu yang beriman memiliki hati yang bersih. Hati yang bersih adalah kekuatan untuk Bersih 2.0 mencipta landskap politik baru pada pilihan raya umum ke-13.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/07/bersih-20-berjaya-polis-dan-media-gagal.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut