Selasa, 5 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biaqpila

Posted: 05 Jul 2011 03:04 PM PDT

KOMENTAR : Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan- kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong Bersih 2.0.

Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

"Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah
Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik"

Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur Perhimpunan Bersih, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.

Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas : biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.

Sayugia diingati Bersih telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.

Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan Bersih.

Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.

Apabila rundingan antara SPR dan Bersih gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh Bersih.

Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.

Perkasa dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan Bersih hanya untuk mencetuskan ketegangan.

Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca Khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur Bersih sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta Bersih 2.0.

Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0.

Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo Bersih. Lebih 200 orang ditahan dan Pejabat seketariat Bersih di serbu dan ratusan baju T dirampas.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan Bersih disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput
Dr D.Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi Bersih.

Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?

Apakah yang dilakukan oleh Bersih sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?

Adakah Bersih melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.

Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Bersih, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong Bersih 2,0.

Fitnah disebarkan menerusi Khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan "patriot-patriot" lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.

Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur Bersih 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.

Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur Bersih 2.0?

Harus diingati, Bersih 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan.

Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.

Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S. Ambiga, nama-nama seperti Marina Chin Abdullah, Marina Mahathirdan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.

Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.

Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.

Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak Bersih 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.

Namun beliau memilih jalan mudah untuk "melepaskan" segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.

Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.

"Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara," itu antara teras titah Tuanku Mizan.

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu :

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah"

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan hari ini adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur Bersih 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Tun Razak.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 05 Jul 2011 03:03 PM PDT

Antara Alasan Halang BERSIH - Pemuda PAS Dakwa Temui 10 Ribu Pengundi Hantu di Selangor

Posted: 05 Jul 2011 06:26 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu  bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 lapor FMT

Timbalan Ketua Pemudanya,  Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka didaftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.

"Melalui semakan oleh para petugas, kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

"Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.

"Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini dihantar ke DUN atau Parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN," katanya.


Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0  dan tuntutan Bersih  untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.

Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM  melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.

Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil  tindakan undang-undang.

"Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu," katanya.

P/s: Inilah "benda" yang mahu dipertahankan oleh PERKASA dan UMCO hingga ke titisan darah terakhir. Inilah nyawa/tali hayat mereka dalam PRU 13!

Lelaki Buta Beristeri Dua, Anak Lapan Rogol Anak Kandung Hingga Menagndung!

Posted: 05 Jul 2011 05:16 AM PDT

Saya petik:

[Mstar] KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut buta berusia 47 tahun meminta Mahkamah Sesyen di sini meringankan hukuman ke atasnya setelah dia mengaku bersalah merogol anak perempuannya sendiri selama empat tahun dengan alasan dia tidak begitu arif tentang undang-undang.

Kata-katanya itu telah menyebabkan hakim Emelia Kaswati Mohd Khalid membidasnya semula dengan berkata; "Mana ada undang-undang yang membenarkan seorang ayah mengadakan hubungan seksual dengan anak perempuannya sendiri."

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dengan 10 kali sebatan.

Anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu kini sedang sarat mengandung tujuh bulan akibat daripada perbuatannya.

"Apa juga hukuman yang bakal dikenakan ke atas kamu tidak akan mengembalikan semula kehormatan diri anak kamu.

"Saya juga tidak dapat bayangkan apakah masa depan anak yang bakal dilahirkan oleh anak kamu nanti. Adakah dia anak kamu? atau cucu kamu? Malah saya tidak dapat bayangkan betapa kelamnya masa depan mereka berdua," tegas Emelia Kaswati.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas anak perempuannya itu di sebuah bilik di rumah mereka di Jalan San Peng, antara tahun 2007 hingga 24 Jun tahun ini.

Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

Menurut kertas fakta, lelaki buta berkenaan telah melakukan perbuatan sumbang itu sejak tahun 2007 dan pada tahun ini sahaja dia telah merogol anaknya itu sebanyak tiga kali.

Anak perempuannya itu tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana takut dan tidak mahu ibunya yang juga buta mengetahuinya.

Bagaimanapun perkara ini terbongkar apabila ibunya mula menyoal kenapa dia ingin menghindari peperiksaan dan ketika itulah dia memberitahu ibunya mengenai apa yang terjadi.

Lelaki buta itu mempunyai dua orang isteri yang juga buta dan lapan orang anak yang berusia di antara 22 tahun hingga 10 bulan.


P/s: Gila seks!

Banduan Menderita kerana Tidak Dibekalkan Bahan Pornografi

Posted: 05 Jul 2011 03:45 AM PDT

Seorang tahanan penjara di Michigan menyatakan bahawa dia menjadi mangsa kekejaman dan hukuman luar biasa kerana dinafikan hak untuk mendapatkan bahan pornografi.

Dalam tuntutan kepada mahkamah, Kylie Richards yang berusia 21 tahun mendakwa haknya diingkari di Penjara Daerah Macomb. Richards keengganan pihak penjara memenuhi haknya untuk menikmati bahan erotik menyebabkan kehidupannya menjadi teruk dan mendorongnya menderita secara seksual. 

Jabatan Pemulihan Michigan memberitahu The Detroit News bahawa penjara membenarkan sesetengah bahan pornografi walaupun ia diharamkan. Persatuan Kebebasan Awam Amerika berkata, penjara mempunyai pelbagai pengecualian.

Richards didakwa atas kesalahan merompak bank selepas polis mengekori kesan tapak kaki hingga ke apartmennya dari lokasi rompakan bank Januari lalu di Fraser, di utara Detroit.

P/s: Macam-macam!

Alamak, Dia Mahu Berbogel Lagi!!!

Posted: 05 Jul 2011 02:12 AM PDT

Menurut Agensi, model terkenal Paraguay, Larissa Riquelme berjanji untuk berbogel jika pasukan kebangsaan negaranya menang pertandingan bola sepak Copa America. 

Jelitawan berusia 26 tahun itu dilaporkan sedia beraksi tanpa seurat benang di padang jika Paraguay menjulang piala itu manakala laporan lain mendakwa beliau akan berlari bogel di jalan raya ibu kota Asuncion. 

"Jika Paraguay menang Copa America, saya akan beraksi bogel di padang," katanya sambil memandang ke aras stadium Brigadier General Estanislao Lopez sebelum perlawanan Paraguay menentang Ecuador.

Model Amerika Selatan itu membuat janji yang sama ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi Paraguay disingkirkan juara kejohanan iaitu Sepanyol pada peringkat suku akhir.

Meskipun demikian, Larissa menunaikan janjinya dengan berbogel dalam aksi majalah dewasa selepas pertandingan Piala Dunia itu.

Kali ini, Larissa akan berharap pasukan bimbingan Gerrardo Martino dapat mengulangi kejayaan 1999 apabila menang 3-0 ke atas Brazil sebagai tuan rumah.


Paraguay berada dalam Kumpulan B bersama Brazil, Venezuela dan Ecuador. Dalam perlawanan pertama, Paraguay hanya mampu seri 0-0 dengan Ecuador.

Juara bertahan, Brazil juga diikat seri tanpa jaringan oleh Venezuela. Paraguay akan menghadapi Venezuela, Sabtu depan.

Negara yang menjadi tuan rumah pertandingan, Argentina dilanda cuaca sejuk di bawah kosong Celsius ketika benua Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk.

Tetapi, Larissa berusaha bersungguh-sungguh untuk 'memanaskan' suasana sebelum perlawanan Paraguay dan Ecuador dengan melayan peminat yang mahu bergambar bersama selain menandatangani autograf di stadium.

Model itu yang memakai baju tebal sekali sekala menari menunjukkan baju kebangsaan yang dipakainya.

"Saya rasa kami akan memberi persembahan baik di Copa," ramal Larissa yang mengaku akan mengikuti semua perlawanan Paraguay. 
 

INFO


  • Larissa Mabel Riquelme Frutos atau Larissa Riquelme dilahirkan pada 2 Februari 1985)

  • Mempunyai kerjaya sebagai aktres di Asuncion serta model yang paling tinggi mendapat bayaran di Paraguay

  • Selepas menawarkan diri untuk berbogel dalam Piala Dunia 2010, akhbar Marca menggelarnya 'Teman Wanita pilihan di Piala Dunia'.

  • Agong Tidak Halang BERSIH 2.0, Berdemo di Stadium, Datang Beramai-ramai!

    Posted: 05 Jul 2011 12:42 AM PDT


    Saya petik:

    [MK] Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

    Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

    Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

    Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

    Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

    Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

    Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

    Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.


    P/s: Poinnya, DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong tidak halang BERSIH! Baginda iktiraf BERSIH! Tidak mungkin baginda mahu bertemu dengan wakil BERSIH jika kempen ini haram atau diresapi komunis dan kuasa asing!  Tampaknya tindakan Berahim Ali mahu menghalang BERSIH bertemu dengan Agong gagal. Mereka tahu implikasi BERSIH bertemu dengan Agong. Hasilnya, BERSIH menerima cadangan agar  perhimpunan aman diadakan di stadium.

     Sesetengah orang UMCO/PERKASA tentu "menyumpah" bos mereka yang terlepas cakap dengan menawarkan pilihan perhimpunan BERSIH di stadium sebelum ini!!!

    Apa lagi alasan PERKOSA dan Pemuda UMCO mahu mengacau BERSIH 2.0? Biarpaun begitu, mereka berkemungkinan besar akan tetap menghalang/menganggu BERSIH kerana perhimpunan  itu adalah penentu hayat BN dalam PRU 13!!!

    Apa taktik seterusnya?

    Salut Sasterawan Negara: 4 Sasterawan Gesa Polis Bebaskan Tahanan BERSIH 2.0

    Posted: 04 Jul 2011 11:03 PM PDT

    Saya petik:

    [MK] Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

    Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

    "Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

    Mereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam. Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya di bawah ordinan darurat.

    Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said  yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

    "Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

    "Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.


    Tuntut kebebasan berkata, berkarya

    Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

    "Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

    Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

    Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

    Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

    Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

    Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara 

     P/s: Salut! Pening UMCO!

    Ibu Bapa Paksa Anak Buat Laporan Polis Selepas "Ditebuk Tupai Junior"

    Posted: 04 Jul 2011 09:30 PM PDT

    Saya petik:

    [HM] HULU SELANGOR: Berang selepas mendapat tahu anak gadis melakukan hubungan seks dengan teman lelaki, seorang ibu memaksa anaknya membuat laporan polis, kelmarin.

    Sebelum itu, si ibu terdengar perbualan telefon antara anak gadisnya berusia 16 tahun dengan rakannya.


    Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu terkejut apabila mendengar pengakuan anaknya mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.

    "Si ibu memarahi anak gadisnya itu dan memaksanya menceritakan apa yang berlaku.


    "Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu akur dan menceritakan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama," katanya.


    Beliau berkata, ibu mangsa yang marah dengan perbuatan lelaki terbabit menceritakan kejadian itu kepada jiran sebelum mereka mencarinya.

    "Lelaki itu ditemui di rumah keluarganya, namun keluarga remaja terbabit menghalang mereka untuk membawa remaja lelaki itu ke balai polis.


    "Bagaimanapun, selepas penjelasan diberikan remaja lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

    "Bertindak atas laporan suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan.

     P/s: BERSIH, BERSIH juga, anak jangan diabaikan. Jangan apabila kelapa sudah ditebuk tupai baru kemaruk mahu mengambil tindakan!

    Peragut Jatuh atas Najis Kerbau

    Posted: 04 Jul 2011 08:45 PM PDT

    Saya petik:

    [HM] ALOR GAJAH: Seorang peragut bernasib malang apabila diberkas dalam keadaan seluruh badannya bersalut najis kerbau di kawasan berpaya selepas meragut beg tangan seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki berusia 20-an itu diberkas sepasukan polis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), tidak lama selepas mangsa yang diragut membuat laporan.

    Malah, tindakan lelaki terbabit bersama dua rakannya masih bebas seolah-olah mengundang padah apabila melakukan kegiatan itu berhampiran balai polis.

    Mangsa, Nor Azma Sarif, 19, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya Nor Laila Mohd Nor, 22, dalam perjalanan untuk menaiki bas dari Masjid Tanah ke asrama mereka di Kuala Sungai Baru.


    "Saya duduk di kerusi berhampiran tangga, manakala rakan duduk berasingan dan apabila sampai berhampiran Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, ada penumpang menekan loceng untuk turun.

     P/s: Elok sangat!

    Semakin TERDESAK: Penemuan Senjata Tajam dan Bahan Letupan Dikaitkan dengan BERSIH 2.0!

    Posted: 04 Jul 2011 07:03 PM PDT

    Saya petik:


    Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai

    [BH] KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini. 

    Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

    Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

    Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

    Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

    "Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

    Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

    Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

    Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

    Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi 'Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.'

    Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

    Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu. 

    P/s: BERSIH disabotaj! Tuduhan yang dilemparkan ini sangat-sangat berniat jahat. Penggunaan kata "dipercayai" dalam kenyataan polis itu memberikan implikasi kepada nama baik BERSIH. Apa justifikasi polis mengaitkan penemuan senjata dan bahan letupan itu dengan BERSIH? Hanya kerana ada baju BERSIH bersama-sama senjata atau bom itu? Siapalah yang bangang letak baju BERSIH sekali dengan bahan letupan dan senjata? Siapalah yang bangang bunuh orang kemudian letak ICnya di tepi mayat?? Penemuan itu boleh jadi angkara orang yang mahu mensabotaj BERSIH! Boleh juga angkara...


    [Sadis&Tragis] Mayat Nurrahayu Ditemui Dikerat & Dibakar di Tanah Perkuburan Hindu

    Posted: 04 Jul 2011 06:15 PM PDT

    Saya petik:

    [HM] Johor Bharu: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.

    Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu.

    Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.

    "Ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk membuat pengecaman mayat selepas dihubungi polis, kami bukan saja bimbang, malah sebak mengenangkan nasib Ayu.

    "Saya yakin mayat yang ditemui itu milik Ayu berdasarkan keadaan fizikalnya selain penyepit rambut bercorak bunga yang gemar dipakainya dijumpai di tempat kejadian," katanya.

    Juliana berkata, dia tidak sangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya adalah Ayu di mana pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis bertubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

    Gambar: UJI...bapa Ayu, Qomarodin Bajuri (berkopiah) hadir di HSA untuk ujian DNA.

    Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

    "Sebelum kejadian, Ayu yang tinggal bersama saya di Taman Universiti di Skudai, berkelakuan pelik apabila menggosok baju sekolah dan mencuci kasut seolah-olah beria-ia hendak ke sekolah.

    "Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertindak kejam membunuh Ayu," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram.

    "Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin.

    "Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa.

    "Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.

    Pada 2 Julai lalu, akhbar ini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hilang di satu tapak pembinaan di pekan Seri Alam, 14 Jun lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya. Nurrahayu pada mulanya menjerit meminta teman lelakinya mengambilnya semula tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit.

    Ketika mendedahkan perkara itu, kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, berkata teman lelaki adiknya itu tidak mengendahkan rayuan Ayu supaya mengambilnya semula selepas meninggalkannya berhampiran tapak pembinaan.

    "Teman lelaki adik menurunkannya di depan pondok pengawal keselamatan tapak pembinaan terbabit," katanya. 

    P/s: Sadis dan tragis!

    [Video] Laman Web Antarabangsa Senarai Jaringan Aidil Zafuan antara 10 Jaringan Tercantik Mingguan (Undi Sekarang)

    Posted: 04 Jul 2011 05:30 PM PDT

    Jaringan gol Mohd Aidil Zafuan semasa perlawanan Malaysia-Taiwan telah tersenarai antara 10 jaringan tercantik mingguan oleh laman sesawang 101greatgoals. Setakat ini jaringan itu berada di tempat ke-8 terbaik.

    1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011)
    7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011)
    9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011) (pictured)

    Tiada ulasan:

    Pengikut