Selasa, 5 Julai 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Himpunan BERSIH di 1Stadium setiap negeri 1Malaysia

Posted: 05 Jul 2011 01:03 AM PDT



Adakah perlu Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di setiap stadium utama di setiap negeri? Kalau di Negeri Sembilan apa kata kita buat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban sekiranya tanggal 9 Julai 2011 nanti diisytiharkan perintah berkurung di Kuala Lumpur. Kepada penyokong Perhimpunan BERSIH , nantikan perkembangan terkini dari dari laman web alternatif seperti Harakahdaily, Malaysiakini dan lain-lain.

Kuarters Guru, Projek Gajah Putih kebanggaan UMNO

Posted: 04 Jul 2011 07:59 PM PDT



Nampaknya kuarters guru 1Malaysia ini semacam projek Gajah Putih kebanggaan Muhyiddin dan kerajaan Umno/Barisan Nasional. Yang penting ada projek buat kuartes guru. Samada kuarters tersebut terbiar, tidak berpenghuni apa mereka kisah. Begitu banyak projek perumahan terbengkalai 1Malaysia, kini 8,812 kuarters guru tidak berpenghuni. Tak apa, lalaikan rakyat dengan ancaman BERSIH.

Blog projek Gajah Putih di http://gajahputihn9.blogspot.com

Blog Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com


Baca DERITA DUA GURU WANITA BUJANG MENDIAMI KUARTERS GURU DI FELDA PALONG , NEGERI SEMBILAN. Klik pada keratan akhbar di atas.





8,812 UNIT KUARTERS GURU MASIH KOSONG
Sinar Harian 5 Julai 2011

KUALA LUMPUR - Sejumlah 8,812 unit kuarters guru masih kosong dan tidak diduduki berikutan pelbagai faktor, termasuk kekangan peruntukan untuk menaik taraf kuarters berkenaan, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, antara faktor lain ialah lokasi kurang sesuai, bayaran elaun Imbuhan Tetap Perumahan (IPT) serta elaun Sara Hidup (COLA), pemotongan keseluruhan ITP dan 50 peratus COLA bagi yang menduduki kuarters serta keadaan fizikal yang tidak diselenggara.

"Terdapat juga berlaku pengurangan pelajar di satu-satu sekolah, menyebabkan bilangan guru-guru di sekolah terbabit berkurangan, akibatnya berlaku kekosongan unit kuarters guru," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

"Setakat ini kekosongan kuarters guru berjumlah 8,812 dan bukannya 3,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Sekiranya peruntukan dapat diberikan oleh Kementerian Kewangan, sebahagian besar pusat latihan akan diubah suai untuk kegunaan pendidikan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9260846.asp

Lima kuarters guru terbiar di Gemas, kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2011/06/lima-kuarters-guru-terbiar.html

MASALAH Kuarters Institusi Pendidikan (KIP)
Berita Harian 12/05/2011

MASALAH Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) usang dan tidak diselenggara seperti dilaporkan akhbar ini sejak tiga hari lalu sebenarnya bukan isu baru.

Pemilihan lokasi strategik perlu diambil kira sebelum Kementerian Pelajaran membina KIP kerana hasil tinjauan Berita Harian di lima negeri membuktikan kuarters yang tidak dihuni itu jauh daripada kemudahan asas seperti kedai dan Pusat Kesihatan. Penulis yang membuat tinjauan ke tiga lokasi KIP, termasuk di FELDA Palong, Gemas, Negeri Sembilan boleh memahami mengapa kuarters yang dilihat menyeramkan itu enggan dihuni warga pendidik.

Pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyelenggara KIP juga perlu prihatin dengan setiap masalah dan kekurangan di kawasan dipertanggungjawabkan supaya guru tidak berasa dianaktirikan, selain terpaksa mengeluarkan kos baik pulih sendiri.

Keadaan sekitar yang sangat menyeramkan dan menyakitkan mata memandang kerana tidak menggambarkan langsung kawasan penempatan warga pendidik dengan semak-samun menjalar, tiada papan tanda serta tahap keselamatan mendukacitakan.
kerajaan kerana terpaksa kerugian jutaan ringgit apabila kuarters disediakan terpaksa dibiarkan kosong.
http://www.bharian.com.my/articles/Analisis_KIPkawasanbandar_strategiksentiasajadirebutan/Article/

Sila BERSIHkan polis yang zalim di N.Sembilan

Posted: 04 Jul 2011 04:41 PM PDT



Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka kata rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH mengancam keselamatan negara, rupanya ada polis yang tak BERSIH bertindak zalim sesama saudara.

PATAH KAKI
Harian Metro, 5 Julai 2011

SEREMBAN: Seorang wanita berusia 50 tahun patah kaki kiri akibat diterajang abang iparnya yang juga seorang anggota polis dalam satu kejadian di Ulu Beranang, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Rozinor Hussein berkata, dia sedang bekerja di sebuah resort di kawasan itu sebelum didatangi anggota polis itu yang tiba-tiba naik angin.

"Lelaki itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Rakyat Ulu Beranang, di sini, semalam.

Ibu kepada enam orang anak itu mendakwa sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka disebabkan perangai lelaki terbabit yang suka 'membawa mulut' kepada penduduk kampung.

"Namun, saya tidak sangka dia (anggota polis) sanggup bertindak menampar pipi dan menendang kaki saya hingga patah.

"Saya turut diherdik dengan perkataan kasar. Pelbagai perkataan hina dilemparkan, malah saya dipanggil 'si miskin' dan banyak lagi," katanya.

Katanya, selepas memukulnya, anggota polis itu beredar dari tempat kejadian sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Broga dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahkaki/Article/index_html

Tiada ulasan:

Pengikut