Rabu, 20 Julai 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


HIMPUNAN ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN

Posted: 19 Jul 2011 11:51 PM PDT


Ceramah Umum Di Paloh Rawa

Posted: 19 Jul 2011 05:12 PM PDT






Kelcheff dapat sambutan menggalakkan

Posted: 19 Jul 2011 05:10 PM PDT

KOTA BHARU, 19 Julai: Festival masakan antarbangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan.
Sejak dirasmi 14 Julai lalu sehingga hari ini dianggar hampir 40,000 pengunjung mengunjungi festival tersebut yang diadakan bersebelahan Bazar Tok Guru.
Selain itu di lokasi berhampiran turut diadakan pameran tamadun Islam yang bertajuk 'Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian' bertempat di Dewan Jubli Perak dan Gelanggang Seni.
Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah termasuk pedang para sahabat baginda Rasulullah saw dipamerkan. Selain itu peralatan astronomi di zaman awal tamadun manusia.
Pegawai Komunikasi Korporat Kelcheff, Abdullah Suhaimi Mat Yassin berkata, festival makanan antarabangsa itu mendapat sambutan orang ramai termasuk pelancong asing.
"Dinggarkan kira-kira 2,000 orang berada di tapak pesta pada satu-satu masa," katanya ketika ditemui di tapak festival hari ini.
Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual kepada orang ramai yang disediakan peserta dari dalam dan luar negara termasuk China, Turki, Palestin, Indonesia, Thailand dan Kemboja.
Selain itu kerajaan Pulau Pinang dan Kedah juga menyediakan juadah istimewa di tapak festival terbabit.
Abdullah berkata, menu yang disediakan bersesuaian dengan tema 'makanan' sempena festival termasuk nasi kerabu, pulut pauh, kebab, roti nan, nasi arab, beriani dan nasi ayam hainan.
Sehubungan itu beliau berharap orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mengunjungi KelCheff yang akan berakhir 24 Julai ini.
Di tapak KelCheff juga diadakan demontrasi masakan oleh dua cheff terkemuka iaitu Chef Sabri dan Chef Ismail.
Pada sebelah malam pula diadakan persembahan kebudayaan termasuk dikir barat dan nasyid. Festival itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Malam ini juga akan diadakan ceramah isu semasa di Padang Perdana bersebelahan tapak Kelcheff.

Blogger kesan IC sama tapi 2 nama pemilih

Posted: 19 Jul 2011 05:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Blogger Mutaligat dalam blognya mutaligat.blogspot.com hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan.
Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.
"Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau.
Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri.
Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.
Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.
Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'.
"Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya.
Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai.


 

Tiada ulasan:

Pengikut