Rabu, 20 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Ipoh Timor

Posted: 19 Jul 2011 09:46 PM PDT

Puteri Ipoh Timor


PROGRAM PUTERI JIWA RAKYAT

Posted: 18 Jul 2011 10:09 PM PDT




Program Pu3 Jiwa Rakyat @ Kg Kota Lama Kanan @ 17/7/2011.

Pengisian Program :
- Gotong Royong Bersihkan Masjid dan Surau
- Dekorasi Bersama Puteri
- Pelancaran Jentera Pilihanraya Pu3 Perak
- Pelancaran Gerakerja Transformasi Pu3 (GTP)
- Slot Bersama BTN dan Kem Kesihatan M'sia
- Slot Cegah Jenayah Bersama Kamal Afendi
- Pertandingan Aspek Wanita
- Pertandingan Puzzle Kanak-kanak
- Pelancaran Setulus Bakti Pu3 / Felcra Bersama Masyarakat
- Pympaian Sumbangan Barangan Keperluan Makanan oleh FELCRA kpd fakir miskin

MAJLIS PENERANGAN PERDANA

Posted: 11 Jul 2011 09:54 PM PDT



Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak di Majlis Penerangan Perdana, pada 10 Julai 2011 Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 19 Jul 2011 09:32 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


4 lagi gelanggang futsal akan dibina di Pontian

Posted: 19 Jul 2011 08:09 AM PDT

umno bahagian cheras

Posted: 19 Jul 2011 01:29 PM PDT

umno bahagian cheras


Polis ada asas terus tahan ahli PSM di bawah Ordinan Darurat

Posted: 19 Jul 2011 12:35 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan polis mempunyai asas yang kukuh untuk terus menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Oleh itu katanya, pembangkang tidak seharusnya mempolitikkan isu penahanan tersebut kerana ianya dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Langkah penahanan enam ahli PSM itu kemungkinan bagi polis sebagai sesuatu yang wajar demi keselamatan negara," tegasnya.

Menurut beliau, mereka di tahan sebelum perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0 pada 9 Jualai lalu dan dipercayai kegiatan mereka ada kaitan dengan unsur-unsur komunis.

Dalam hal ini, Syed Ali berkata wajar bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz mempertahankan tindakan polis menahan mereka yang terbabit.

Oleh itu katanya, tidak ada asas untuk pembangkang mempertikaikan tindakan tersebut kerana polis dipercayai mempunyai bukti yang kukuh.

Syed Ali menyifatkan tindakan pembangkang terus mempertikaikann tindakan tersebut bertujuan untuk menarik simpati rakyat.

Katanya, mereka mempolitikkan isu tersebut untuk menyalahkan pihak kerajaan kerana bertindak tegas menangani keganasan.

Syed Ali juga turut menyokong ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram pada masa depan.

Katanya, jika pembangkang masih tidak berpuashati kepada kerajaan ianya boleh ditentukan menerusi proses Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Apa niat sebenar mereka untuk berdemontrasi secara haram ?, sudah tentu mereka cuba menghancurkan keamanan negara dan perpaduan rakyat bagi memenuhi cita-cita politik mereka," tegasnya.

Katanya, perbuatan seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya mendorong kepada kekacauan dalam negara.

Beliau kesal kerana pembangkang cuba memperalatkan rakyat dengan dakyah dan propaganda jahat dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan BN.

Tiada ulasan:

Pengikut