Rabu, 6 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 05 Jul 2011 11:10 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kelakar ... Najib ...Kelakar.

Posted: 05 Jul 2011 07:56 AM PDT

Kelakar, kelakar sungguh. Tiba-tiba Najib mengesyorkan supaya Himpunan BERSIH dibuat didalam Stadium. Inilah kelakar kelas pertama, boleh dapat award the best joke of the year. Kalau 4 tahun lalu, penganjur-penganjur BERSIH memohon supaya HIMPUNAN Bersih dibuat didalam stadium.

UMNO kata tak boleh, BN kata tak boleh. Najib kata tak boleh. Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Tiba-tiba bila mahu berhadapan dengan BERSIH 2.0 yang memungkinkan lebih dari satu juta manusia akan turun ke jalanraya, Najib yang anjurkan supaya HIMPUNAN besar itu diadakan di Stadium.

Tapi boleh percaya ke HIMPUNAN BERSIH 2.0 ini akan berlangsung didalam stadium tanpa gangguan?

Polis dengan senyum membenarkan peserta-peserta memasukki stadium. Polis tidak buat apa-apa sekatan. Polis tidak akan buat apa-apa halangan. Polis tidak akan buat ugutan. Polis tidak akan buat kerenah. Polis akan biarkan HIMPUNAN didalam stadium ini dengan hati terbuka.

Tidak ada lagi Polis terkejar kesana kesini di Kota Bharu, di Kuantan, di Seremban, di Melaka, di Johor Bahru, di Shah Alam, di Ipoh, di George Town, di Alor Star dan di Kangar. Tidak akan berlaku sekatan keatas sebarang kenderaan. Dari Kota Bharu peserta-peserta akan boleh dengan tenangnya pergi ke Kuala Lumpur. Dari Johor Bahru mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur tanpa gangguan. Dari Kangar mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur dengan aman tanpa gangguan Polis.

Baju kuning baik yang ada cop BERSIH, mahupun yang tiada cop BERSIH akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Tidak ada lagi tangkapan, tidak ada lagi rampasan baju, dan tidak ada lagi sekatan-sekatan dijalan raya.

Bolehkah perkara sebegini berlaku?

Seperkara yang perlu diingat, motif BERSIH adalah untuk pembersihan sistem Pilihanraya. Bolehkah UMNO/BN tidak lagi mencengkam SPR supaya SPR boleh menjadi Badan yang benar-benar BEBAS yang menjadikan tugas utamanya menganjurkan Pilihanraya yang bersih tanpa sebarang penipuan?

Ataukah SPR bukan saja tidak boleh menjadi badan BEBAS bahkan mengeluarkan kukunya dengan tajam menjalankan manipulasi dan penipuan yang terbuka dan tersorok.

Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini menyaksikan Pilihanraya paling kotor, tetapi oleh kerana Pembangkang sudah menjadi begitu kuat, ia berjaya memenangi 15 kerusi, dan jika berlaku Pilihanraya yang bersih, berkemungkinannya Kerajaan BN Sarawak yang begitu korup dan zalim sudah pun ditumbangkan oleh rakyat Sarawak.

Tidak ada gunanya HIMPUNAN itu boleh dilaksanakan didalam Stadium, jika sistem Pilihanraya tetap didalam keadaan KOTOR dan SPR berlagak sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional.

SPR tidak lagi nampak menjaga kebersihan DEMOKRASI tetapi menjadi alat untuk kemudahan Barisan Nasional menjalankan penipuan dan rasuah politik.

So, Najib janganlah berkelakar. BERSIHKAN sistem pilihanraya di Negara ini. Usah tiru Mubarak yang boleh menang 90% dari undi walaupun sebenarnya rakyat Mesir sudah meluat kepada kehadirannya. Turun panggung hasil perjalanan demokrasi adalah dihormati, tetapi hilang kuasa kerana diyakini menipu dan digulingkan secara tidak melalui proses demokrasi amatlah pedih dan hinanya.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 05 Jul 2011 11:02 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Bersih: MB tawar Stadium Shah Alam

Posted: 05 Jul 2011 01:45 AM PDT

SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor menawarkan kemudahan stadium di negeri ini untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kerana usaha untuk memupuk pilihan raya yang adil dan telus akan memanfaatkan rakyat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu.

"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid.

Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan.

"Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih.

"Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau.

Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perarakan aman pada 9 Julai dibatalkan dan sebaliknya perhimpunan itu di adakan di stadium.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus.

Lebih 150 orang ditangkap hanya kerana memakai baju dengan logo Bersih. Kerajaan dan polis juga dikecam kerana menahan enam orang di bawah Ordinan Darurat yang menentapkan penahanan tanpa perbicaraan.


Sumber: TVSNEWS

PAS dakwa 10,000 Pengundi Didaftar Secara Bertindih di Selangor

Posted: 05 Jul 2011 01:40 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 JULAI : Dewan Pemuda Pas Pusat mengesan hampir 10,000 nama pengundi didaftar secara bertindih di Selangor, yang membolehkan mereka mengundi dua kali di tempat yang berbeza pada pilihanraya umum akan dating.

Pendedahan itu adalah yang terbaru untuk menzahirkan dakwaan bahawa daftar pengundi Suruhanjaya Pilihanraya jauh daripada bersih dan boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Pengarah Jabatan Pilihanraya sayap itu, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya turut mengesan ratusan malah ribuan kes individu berlainan kaum berkongsi satu alamat untuk didaftarkan sebagai pengundi.

"Di satu rumah orang Melayu Islam, ada senarai 10 nama orang Cina yang didaftarkan di rumah atau kawasan tersebut. Bila kita pergi semak melalui petugas-petugas kita, tuan rumah itu sendiripun tidak mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di alamat rumah atau kawasan tersebut." kata beliau.

"Kita baru mengesan hampir 10,000 nama- nama yang boleh mengundi dua kali khususnya di negeri Selangor ni," tambah beliau.

Menurut Mohd Sany, jumlah pengundi bertindih menempelak dakwaan- dakwaan SPR kononnya tidak ada pengundi hantu atau pun kes pengundi mengundi dua kali kerana kelemahan-kelemahan daftar pengundi.

Menurut Sany pendedahan pihaknya memperlihatkan keperluan SPR memperkenalkan dakwat kekal bagi memastikan tidak ada pihak yang mengundi dua kali pada pilihanraya umum akan datang.

SPR membuat keputusan mengejut di ambang pilihanraya umum 2008 apabila membatalkan penggunaan dakwat kekal di atas alasan kononnya ia tidak berkesan mengekang isu pengundi bertindih.

Dewan Pemuda Pas akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mendesak dua badan berkenaan segera menangani isu itu.
Sementara itu wakil Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zainal Said mendakwa SPR Selangor mendaftarkan anggota Palapes sebagai pengundi pos.

Pelapes adalah pasukan pegawai latihan simpanan institusi pengajian tinggi awam.

"Jadi kita mahu satu jawapan yang munasabah daripada SPR negeri Selangor bagaimakah Palapes ini boleh diterima pada awalnya sebagai orang yang layak menjadi pengundi selaku pengundi pos."


Sumber: TVSNEWS

SMS Liar : 2 Exco Pulau Pinang Jadi Mangsa

Posted: 05 Jul 2011 01:35 AM PDT


PULAU PINANG 5 JULAI : Dua exco Kerajaan Pulau Pinang menjadi mangsa provokasi pihak tertentu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) secara liar, lapor Penangdaily.com.

Mereka, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato' Mansor Othman dan Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kasim.

SMS liar itu berbunyi, JOM KITA AMIK DUIT BELANJA RM200 SEORG & T SHIRT 'BERSIH' UTK DIPAKAI DALAM 'PERHIMPUNAN BERSIH' DI KL. DAPATKN DARI YB MALIK KASIM DI NO 3 JALAN JELITI, SUNWAY TUNAS, JLN PMTG DAMAR LAUT, BYN LEPAS, DAN YB MANSOR OTHMAN, 66. TKT NIBONG KECIL 12, TMN SRI NIBONG, SG NIBONG, MULAI 6 PTG INI. DTG CEPAT SEBELUM HABIS. HEBAHKAN KPD SDRA2 KITA. Dapt msg dri seorg

Mohamad Fauzi Noordin, 50, memberitahu Penangdaily bahawa, beliau menerima mesej liar itu kira-kira 4.00 petang lalu.

Mansor setakat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

Bagaimanapun, Abdul Malik khabarnya dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Negeri untuk membuat laporan polis.

Aksi provokasi tersebut dipercaya ada kaitan dengan beberapa aksi Umno dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa yang merancang untuk untuk bertembung dengan perarakan aman rakyat.

Bagaimanapun, Presiden Bersih 2.0, Dr S Ambiga sebentar tadi memberitahu bahawa perhimpunan akan diteruskan di Stadium demi menjunjung titah Seri Paduka.


Sumber: TVSNEWS

Undi Pos Hanya Relevan Ke Atas Petugas Di Luar Negara - MAFREL

Posted: 05 Jul 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 5 JULAI : Undi pos hanya wajib dipakai oleh anggota pasukan keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di luar negara sahaja dan bukannya untuk semua peringkat tentera dan keluarga mereka, kata seorang aktivis masyarakat.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mencari alternatif lain untuk memastikan anggota keselamatan boleh membuang undi tanpa terikat kepada saluran undi pos.

"Mereka sepatutnya boleh mendaftar dan mengundi secara biasa. Undi pos ini hanya untuk mereka yang memenuhi krateria untuk undi pos, masalahnya sekarang ini SPR pukul rata, sama ada yang tidak berada di sempadan mahupun ahli keluarga mereka di kem pun dikategorikan sebagai undi pos," katanya.

Sistem undi pos digunapakai kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos.

SPR hari ini mendakwa sekiranya mereka ini tidak diberikan peluang mengundi secara pos, maka mereka akan dinafikan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof itu mudah dipatahkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini, memerincikan kenapa sistem pilihan raya di Turki, telus dan adil.

Antaranya adalah tiada istilah undi pos di negara itu.

Anggota keselamatan dikehendaki mengundi ditempat mengundi dan rakyat yang berada diluar negara diberi tempoh sebulan untuk pulang mengundi.

Untuk tujuan itu, tempoh kempen pilihan raya akan diadakan selama dua bulan bagi memberi masa dan ruang kepada rakyatnya pulang melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berbanding di negara ini, kempen pilihan raya hanya diberikan sembilan hari walaupun untuk pilihan raya sebesar pilihan raya umum.

Di Turki juga, setiap rakyat akan diberikan slip mengundi setelah membuang undi yang mustahil dapat dilaksanakan SPR ekoran daftar pengundi dicemari dengan senarai pengundi hantu dalam jumlah yang melampau.

Dalam pada itu Syed Ibrahim mengesa institusi bebas di negara ini, termasuk SPR memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan tanpa memihak kepada mana- mana parti politik.

Ia penting bagi mengelakkan imej SPR daripada terus tercalar dan tidak lagi dipercayai rakyat.

"Ianya ada kena- megena dengan tanggapan yang diberikan sendiri oleh institusi ini, pegawai-pegawainya itu perlu hadir dari kalangan yang dipercayai oleh masyarakat dan rakyat supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan amanah dalam keadaan tidak ada kepentigan lain selain memnuhi objektif ia ditubuhkan.

"Tanggapan ini sentiasa akan ada, orang akan kata mereka berpihak kepda kerajaan, sekirannya mereka melawan kerajaan, orang akan kata mereka berpihak kepada pembangkang," katanya lagi.


Sumber: TVSNEWS

BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

Posted: 05 Jul 2011 01:25 AM PDT

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

NONEBagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (kanan), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

NONEMenurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Pertemuan cukup baik

Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

NONESebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.



Sumber: Malaysiakini

4 Sasterawan Negara gesa tahanan BERSIH dibebaskan

Posted: 05 Jul 2011 01:20 AM PDT

Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

NONEMereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

johor dap arrested by police bersih 030711 06Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlokkarya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.


Sumber: Malaysiakini

ADUN: Polis mohon maaf selepas geledah pejabat

Posted: 05 Jul 2011 01:15 AM PDT

Hambatan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berterusan hari ini dengan giliran pusat khidmat ADUN Kajang pula digeledah pagi ini.

Namun kali ini, polis terpaksa memohon maaf kerana tidak ada apa-apa barang larangan seperti baju T kuning BERSIH yang berjaya dirampas.

pibm computer class pc 011107 lee kim sinADUN Kajang Lee Kim Sin dari PKR berkata kira-kira 15 anggota polis dari ibu pejabat polis Kajang menyerbu pejabatnya pada jam 10.15 pagi tanpa waran selepas mendapat maklumat beliau menyimpan barangan BERSIH 2.0.

"Saya tiba apabila mereka hampir berlepas dan berkata kepada seorang pegawai polis ASP Pang, ini satu bentuk tekanan dan menyebabkan ketidak-selesaan kepada pengundi yang datang meminta khidmat saya dan beliau akhirnya meminta maaf.

"Mereka beritahu saya mereka menerima laporan yang saya menyimpan bekalan kain lilit kepala BERSIH dan sebagainya tetapi ini nyata tiada asas," kata Lee ketika dihubungi.

Menurut kakitangan pusat khidmatnya yang tidak mahu identitinya didedahkan, polis memasuki premis itu tanpa waran dan enggan membenarkan mereka menelefon Lee yang tiada di lokasi semasa serbuan.

"Mereka paksa kami buka kotak yang memuatkan kompang dan bendera yang kami beli untuk satu program di sebuah kampung," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Bekas mufti cadang 'minggu kuning'

Posted: 05 Jul 2011 01:10 AM PDT

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat memakai petanda kuning.

NONEKatanya, petanda kuning itu tidak semestinya ditulis dengan perkataan BERSIH.

Gabungan 60 NGO itu juga dicadangkan mengibarkan bendera Malaysia pada minggu tersebut.

"Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihan raya yang adil'. Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.

"Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya.

Dalam satu kenyataannya, Dr Mohd Asri menyifatkan sebagai 'kekalahan tujuan' sekiranya BERSIH mengadakan perhimpunan tersebut sedangkan polis melarang dan jumlah yang diharapkan mungkin tidak diperolehi.

Cadang di stadium

Sedangkan mesej yang BERSIH ingin sampai sudah pun meluaskan kepada rakyat sekalipun tanpa perhimpunan pada 9 Julai ini, tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan BERSIH menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perhimpunan itu diadakan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong menerima surat bantahan.

azlan"Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut.

"Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula berkata titah khas Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan BERSIH wajib dipatuhi bagi orang Islam kerana ia perintah untuk kebaikan.

Manakala bagi bukan Islam, katanya, titah tersebut hendaklah diikuti sebagai bukti kesetiaan kepada negara.

"SPB (Seri Paduka Baginda) Yang di-Pertuan Agong adalah mercu tanda dan puncak kuasa di Malaysia. Baginda adalah di atas daripada segala kepentingan kepuakan dan kepolitikan.

"Segala titah dan pandangan baginda adalah amat penting dan serius untuk diikuti dan dipatuhi. Sebarang penafsiran melencong daripada titah baginda adalah suatu penderhakaan terhadap negara," katanya dalam satu kenyataan.

Juanda: Utamakan kepentingan semua

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya mengutamakan maslahat dan kepentingan semua pihak kerana mereka berhak mendapatkan keamanan dan menyuarakan pandangan mereka.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan negara ini sentiasa aman makmur.

"Oleh itu semua pihak mesti akur kepada kehendak undang-undang yang telah disepakati semua selama ini dan tidak memaksakan pandangannya untuk diikuti oleh pihak lain," katanya.

Dr Juanda (kiri) juga menasihatkan pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang supaya memberikan hak sama rata dan adil kepada semua pihak dengan menegaskan "tiada siapa yang boleh dibenarkan untuk melanggar undang-undang dan menafikan hak pihak lain".

"Sebarang tindakan yang menggugat keharmonian dan kedamaian dalam negara hendaklah dikenakan tindakan paling tegas jika terbukti mereka mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan awam.

"Dalam pada itu hendaklah dijauhi sebarang bentuk penganiayaan kepada mana-mana pihak kerana mereka semua adalah penduduk negara ini," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Hina mahkamah: Hakim bebaskan peguam S'gor

Posted: 05 Jul 2011 01:05 AM PDT

Peguam kerajaan Selangor Fahda Nur Ahmad Kamar dibebaskan daripada dakwaan menghina mahkamah dalam prosiding sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan bahawa kenyataan Fahda dalam program ceramah untuk guru-guru agama, yang dilaporkan organ PAS Harakah, tidak menghina mahkamah.

NONE"Langganan Harakah hanya terhadap kepada anggota PAS dan oleh itu tidak mungkin dapat mempengaruhi penghakiman perbicaraan yang merupakan hakim profesional, dalam mendengar saman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)," katanya.

Hakim Mohd Arif mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Fahda dan jumlah sama kepada Harakah.

SYABAS memfailkan tindakan mahkamah terhadap kerajaan Selangor tahun lalu kerana tidak menaikkan tarif air.

Syarikat itu kemudiannnya memfailkan prosiding menghina mahkamah kepada Fahda yang mewakili kerajaan Selangor.

Artikel dalam Harakah bertarikh 7 Disember 2010 itu bertajuk "SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air".



Sumber: Malaysiakini

Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib

Posted: 05 Jul 2011 01:00 AM PDT

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.

NONEDalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

NONE"Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".

Tersasar hayati ucapan

Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.

Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.

NONESayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.

Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH.
Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.

NONEApabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH.

Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.

Mencetuskan ketegangan

PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan.

NONEMasjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0.

Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 01Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Rakyat terima padah

Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH.

NONESiapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?

Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?

Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.

Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0.

rustam ali silat group bersih 2Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan "patriot-patriot" lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.

Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.

Aktivis tersohor

Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0?

NONEHarus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.

Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.

Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.

NONESayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.

Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.

Tawaran jengkel

Namun beliau memilih jalan mudah untuk "melepaskan" segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.

Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.

azlan"Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara," itu antara teras titah Tuanku Mizan.

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah"

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.


Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Jul 2011 07:52 PM PDT

Anwar Ibrahim


Hanya Sistem Pilihanraya Yang Adil Akan Melahirkan Kerajaan Yang Adil

Posted: 05 Jul 2011 06:38 PM PDT

Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Merujuk kepada kesediaan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memindahkan perhimpunan 9 Julai ini tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam, Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana mencemar duli untuk campur tangan.

"Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

"Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," katanya dalam surat yang dihantar kepada Seri Paduka dan dimuatkan di Facebook.

Semalam BERSIH 2.0 yang diwakili oleh pengerusinya Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan di Istana Negara.

“Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

“Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu),” kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sejak seminggu lalu hambatan ke atas BERSIH 2.0 menjadi-jadi dengan tidak kurang 100 orang menjadi mangsa termasuk wakil rakyat Pakatan yang memakai sertai memiliki baju kuning pertubuhan itu ditangkap polis.

Berikut surat penuh Nik Aziz itu:

Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku di atas kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Walaupun Di Stadium Bersih 2.0 Akan Dapat Sokongan- Nik Aziz

Posted: 05 Jul 2011 05:54 PM PDT

The Malaysian Insider

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium.

Menteri Besar Kelantan berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan "politik jahat" Umno-Barisan Nasional (BN).

"Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN.

"Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat," kata Nik Aziz dalam laman Facebook.

Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi "mempunyai kuasa" untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik.

"Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka.

"Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya," katanya.

Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium.

Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan  Himpunan Bersih 2.0 di stadium.

Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 05 Jul 2011 04:54 PM PDT

Demi Rakyat

7 Julai 2011 (Khamis)

Program 1

9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi – Kampong Nerang, Jerangau Sungai – Dungun

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Saifuddin Nasution

3. YB Wan Hassan Ramli

4. YBhg Abd Rahman Yusof

—-

Program 2

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Gempur Perdana

Lokasi – Hujung Jambatan Kuala Berang – Hulu Terengganu

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang

3. YB Azan Ismail

4. YB Wahid Endut

4 Sasterawan Negara Gesa Tahanan BERSIH Dibebaskan

Posted: 05 Jul 2011 05:25 AM PDT

Malaysiakini

Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

“Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan,” kata mereka.

NONEMereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya “Unggun-Bersih” yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

“Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

“Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini,” katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

“Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang,” kata mereka.

johor dap arrested by police bersih 030711 06Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlokkarya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.

Press Release: Halt Assault On Rule Of Law And Democratic Rights

Posted: 05 Jul 2011 05:22 AM PDT

The Malaysian Bar respects the decision of BERSIH 2.0 to exercise its constitutional right to assemble by doing so in a stadium. The Yang Di-Pertuan Agong's special statement, and willingness to meet the top leaders of BERSIH 2.0, are timely and most welcomed.

The Malaysian Bar expresses its shock at the over-reaction of the Government, and condemns the obvious and deliberate escalation in the Government's brazen abuse of power and persecution of dissenting voices over the past few days. This has been evident in, among others, the threat of declaration of a state of emergency, use of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 ("EO") to re-arrest six individuals, arrests of many other individuals, charges against the 24 activists arrested in Penang, declaration of BERSIH 2.0 as an "unlawful society", and investigation of the BERSIH 2.0 Chairperson's personal bank account. The denial of access to legal counsel and family visits for the six individuals is also deplorable.

The Malaysian Bar reiterates its resolute stand that the EO, along with the Internal Security Act 1960 and other preventive detention legislation, are archaic and repressive laws whose continued use is repugnant to civil society. These laws are devoid of any proper regard and safeguards for human rights, and their use is antithetical to the due process of the law, as no evidence need be produced in a court of law to support the allegations underlying their use.

By resorting to the EO, the Government has displayed a high-handed and undemocratic attitude, as the use of this oppressive legislation is highly disproportionate to any perceived wrongs committed by the six individuals. The authorities should charge the six individuals in open court and disclose the evidence against them so that they may receive a full and fair hearing, or release them without delay.

The Malaysian Bar urges all parties to consider the advice of the Yang di-Pertuan Agong, and calls on the Government to now replace the sledgehammer in its hand with an olive branch instead.

Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

5 July 2011

Pakatan Rakyat Terbuka Dengan Tawaran Menyertai Perhimpunan Aman BERSIH2.0 Di Stadium

Posted: 05 Jul 2011 12:02 AM PDT

Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak pada 4 Julai 2011 yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman BERSIH2.0 di stadium.

Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihanraya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut. Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH2.0.

Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini. Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.

YBHG TUAN MOHAMAD SABU
Timbalan Presiden PAS

YB PUAN NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN

YB PUAN TERESA KOK SUH SIM
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

4 Sasterawan Negara Tuntut Kebebasan Berkata, Berkarya

Posted: 04 Jul 2011 10:31 PM PDT

KeadilanDaily

Empat Sasterawan Negara hari ini menggesa  kerajaan memberikan kebebasan kepada masyarakat, pengarang dan seniman dalam menyuarakan pandangan dan menghasilkan karya mereka.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Mereka mengatakan terpanggil selepas  Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said disiasat polis  berhubung puisi 'Unggun Bersih' yang dibaca semasa pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi. Pada pandangan kami SN Datuk (Dr) A. Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini.

"Sebagai sebuah karya sastera, "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik," tegas mereka.

Menurutnya lagi, penulis berperanan memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai.

"Kami berharap ahli masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya, kerana ucapan setiap warga negara dan karya sastera dan seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Justeru itu mereka menggesa kerajaan membebaskan semua aktivis Bersih yang ditahan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dengan segera dan berharap semua pihak dapat membuka pintu rundingan.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," ujarnya.

Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib

Posted: 04 Jul 2011 08:16 PM PDT

Malaysiakini

Oleh Wira Arjuna

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.

NONEDalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

NONE"Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".

Tersasar hayati ucapan

Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.

Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.

NONESayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.

Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH.
Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.

NONEApabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH.

Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.

Mencetuskan ketegangan

PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan.

NONEMasjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0.

Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 01Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Rakyat terima padah

Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH.

NONESiapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?

Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?

Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.

Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0.

rustam ali silat group bersih 2Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan "patriot-patriot" lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.

Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.

Aktivis tersohor

Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0?

NONEHarus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.

Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.

Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.

NONESayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.

Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.

Tawaran jengkel

Namun beliau memilih jalan mudah untuk "melepaskan" segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.

Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.

azlan"Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara," itu antara teras titah Tuanku Mizan.

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat… buatlah, tidak menjadi masalah"

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.

BULETIN RAKYAT

Posted: 05 Jul 2011 12:11 PM PDT

BULETIN RAKYAT


Jumpa BERSIH 2.0 pada 9 Julai Sabtu ini!!!

Posted: 05 Jul 2011 02:08 AM PDT

Pakatan Rakyat mmengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH 2.0 di stadium seperti ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak semalam.Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 05 Jul 2011 11:05 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Himpunan BERSIH di 1Stadium setiap negeri 1Malaysia

Posted: 05 Jul 2011 01:03 AM PDT



Adakah perlu Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di setiap stadium utama di setiap negeri? Kalau di Negeri Sembilan apa kata kita buat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban sekiranya tanggal 9 Julai 2011 nanti diisytiharkan perintah berkurung di Kuala Lumpur. Kepada penyokong Perhimpunan BERSIH , nantikan perkembangan terkini dari dari laman web alternatif seperti Harakahdaily, Malaysiakini dan lain-lain.

Kuarters Guru, Projek Gajah Putih kebanggaan UMNO

Posted: 04 Jul 2011 07:59 PM PDT



Nampaknya kuarters guru 1Malaysia ini semacam projek Gajah Putih kebanggaan Muhyiddin dan kerajaan Umno/Barisan Nasional. Yang penting ada projek buat kuartes guru. Samada kuarters tersebut terbiar, tidak berpenghuni apa mereka kisah. Begitu banyak projek perumahan terbengkalai 1Malaysia, kini 8,812 kuarters guru tidak berpenghuni. Tak apa, lalaikan rakyat dengan ancaman BERSIH.

Blog projek Gajah Putih di http://gajahputihn9.blogspot.com

Blog Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com


Baca DERITA DUA GURU WANITA BUJANG MENDIAMI KUARTERS GURU DI FELDA PALONG , NEGERI SEMBILAN. Klik pada keratan akhbar di atas.





8,812 UNIT KUARTERS GURU MASIH KOSONG
Sinar Harian 5 Julai 2011

KUALA LUMPUR - Sejumlah 8,812 unit kuarters guru masih kosong dan tidak diduduki berikutan pelbagai faktor, termasuk kekangan peruntukan untuk menaik taraf kuarters berkenaan, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, antara faktor lain ialah lokasi kurang sesuai, bayaran elaun Imbuhan Tetap Perumahan (IPT) serta elaun Sara Hidup (COLA), pemotongan keseluruhan ITP dan 50 peratus COLA bagi yang menduduki kuarters serta keadaan fizikal yang tidak diselenggara.

"Terdapat juga berlaku pengurangan pelajar di satu-satu sekolah, menyebabkan bilangan guru-guru di sekolah terbabit berkurangan, akibatnya berlaku kekosongan unit kuarters guru," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

"Setakat ini kekosongan kuarters guru berjumlah 8,812 dan bukannya 3,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Sekiranya peruntukan dapat diberikan oleh Kementerian Kewangan, sebahagian besar pusat latihan akan diubah suai untuk kegunaan pendidikan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9260846.asp

Lima kuarters guru terbiar di Gemas, kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2011/06/lima-kuarters-guru-terbiar.html

MASALAH Kuarters Institusi Pendidikan (KIP)
Berita Harian 12/05/2011

MASALAH Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) usang dan tidak diselenggara seperti dilaporkan akhbar ini sejak tiga hari lalu sebenarnya bukan isu baru.

Pemilihan lokasi strategik perlu diambil kira sebelum Kementerian Pelajaran membina KIP kerana hasil tinjauan Berita Harian di lima negeri membuktikan kuarters yang tidak dihuni itu jauh daripada kemudahan asas seperti kedai dan Pusat Kesihatan. Penulis yang membuat tinjauan ke tiga lokasi KIP, termasuk di FELDA Palong, Gemas, Negeri Sembilan boleh memahami mengapa kuarters yang dilihat menyeramkan itu enggan dihuni warga pendidik.

Pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyelenggara KIP juga perlu prihatin dengan setiap masalah dan kekurangan di kawasan dipertanggungjawabkan supaya guru tidak berasa dianaktirikan, selain terpaksa mengeluarkan kos baik pulih sendiri.

Keadaan sekitar yang sangat menyeramkan dan menyakitkan mata memandang kerana tidak menggambarkan langsung kawasan penempatan warga pendidik dengan semak-samun menjalar, tiada papan tanda serta tahap keselamatan mendukacitakan.
kerajaan kerana terpaksa kerugian jutaan ringgit apabila kuarters disediakan terpaksa dibiarkan kosong.
http://www.bharian.com.my/articles/Analisis_KIPkawasanbandar_strategiksentiasajadirebutan/Article/

Sila BERSIHkan polis yang zalim di N.Sembilan

Posted: 04 Jul 2011 04:41 PM PDT



Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka kata rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH mengancam keselamatan negara, rupanya ada polis yang tak BERSIH bertindak zalim sesama saudara.

PATAH KAKI
Harian Metro, 5 Julai 2011

SEREMBAN: Seorang wanita berusia 50 tahun patah kaki kiri akibat diterajang abang iparnya yang juga seorang anggota polis dalam satu kejadian di Ulu Beranang, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Rozinor Hussein berkata, dia sedang bekerja di sebuah resort di kawasan itu sebelum didatangi anggota polis itu yang tiba-tiba naik angin.

"Lelaki itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Rakyat Ulu Beranang, di sini, semalam.

Ibu kepada enam orang anak itu mendakwa sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka disebabkan perangai lelaki terbabit yang suka 'membawa mulut' kepada penduduk kampung.

"Namun, saya tidak sangka dia (anggota polis) sanggup bertindak menampar pipi dan menendang kaki saya hingga patah.

"Saya turut diherdik dengan perkataan kasar. Pelbagai perkataan hina dilemparkan, malah saya dipanggil 'si miskin' dan banyak lagi," katanya.

Katanya, selepas memukulnya, anggota polis itu beredar dari tempat kejadian sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Broga dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahkaki/Article/index_html

Tiada ulasan:

Pengikut