Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
Posted: 26 Jun 2011 05:52 PM PDT Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat. BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini. Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu. Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya. Takut apa kalah pilihanraya kalau kita di pihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Itulah sikap anak jantan. Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini. Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu. Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat. Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih. Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang. Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut. |
Posted: 26 Jun 2011 05:52 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Jun: Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat. "Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini. Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah. "Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?" "Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan," tanya beliau. Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat. Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih. Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara. "Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang," katanya. Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi. "Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN," ujarnya. |
Umno macam musang jaga reban ayam Posted: 26 Jun 2011 05:51 PM PDT POKOK SENA, 26 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan sikap Umno BN seperti musang yang disuruh menjaga reban ayam. Beliau berkata, jika rakyat terus memberikan kuasa kepada Umno BN, samalah seperti rakyat merelakan mereka terus ditipu dan ditindas. "Bagi (kuasa) kat Umno ni serupa bagi jebon (musang) jaga reban ayam. "Jebon ni kalau kita lepas ayam dari reban, bukan setakat ayam dia makan dengan reban-reban sekali hilang," kata beliau mencuit hati hadirin dengan loghat Kedah di majlis ceramah dan pelancaran Bersih 2.0 di dataran pejabat PAS kawasan Pokok Sena, Pekan Langgar malam tadi. Mahfuz memberi contoh tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyerahkan projek pengagihan beras ST 15 kepada kroni mereka. Beras ST 15 merupakan beras hancur yang diberikan subsidi untuk dijual kepada golongan miskin. Namun apa yang berlaku kata Mahfuz, beras itu sangat sedikit berada di pasaran kerana syarikat kroni Umno yang membeli beras itu dengan harga yang murah dari syarikat Beras Nasional Berhad (Bernas) membahagikannya kepada tiga gred. Syarikat berkenaan membahagikan beras tersebut kepada beras hancur, lima peratus hancur dan sepuluh peratus hancur. Beras lima peratus dan sepuluh peratus hancur lebih banyak di pasaran dan dijual dengan harga yang tinggi kerana ia bukan barang kawalan. "Kerajaan peruntukkan RM46 juta sebulan untuk beras ST 15 iaitu beras subsidi nak bagi orang miskin makan. "Caranya dia lantik beberapa kroni untuk dapat kuota ni. Dapat kuota, beli dengan dengan Bernas dapat harga murah kemudian jual dengan harga lain. "Syarikat kroni dapat untung, orang miskin beli beras dengan harga mahal sebab dah dijadikan tiga gred," katanya di hadapan hampir 5,000 hadirin. Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, perkara itu diakui oleh menteri, Datuk Noh Omar di Dewan Rakyat minggu lalu. "Ini diakui oleh menteri. Saya berdebat dengan dia minggu lepas. Menteri kata mereka dah ambil tindakan ke atas syarikat itu tapi saya kata bohong. Saya tunjuk senarai nama projek beras ST 15 ini. "Senarai syarikat yang dapat kuota pada 2008 sama dengan syarikat yang dapat kuota pada tahun ini," katanya. Di Dewan Rakyat minggu lalu, Mahfuz menggesa projek itu dihentikan segera kerana tidak memberi manfaat kepada golongan miskin. "Mereka buat kekayaan di atas duit yang kononnya untuk peruntukan orang miskin. "Sebab itu kita tak boleh lagi nak beri peluang kepada Umno BN," katanya. Turut berceramah di pentas sama ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim dan ketua pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Ahmad Izzat Shauki yang juga Adun Bukit Lada. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan