Isnin, 27 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jadikan SpongeBob sebagai Maskot BERSIH 2.0

Posted: 26 Jun 2011 11:21 PM PDT



Disarankan penganjur Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 nanti menjadikan watak kartun popular SpongeBob yang berwarna Kuning sebagai Maskot BERSIH. Janganlah pula kartun SpongeBob kena Gam pula semacam mana lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian Tan Sri SM Salim dan M Nasir. Ingat, SpongeBob bukan Bob Lokman.

Jangan pula nanti polis rampas semua patung SpongeBob dari budak-budak atas alasan mengancam keselamatan negara. Oh , Malaysia ku !

*************
SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc.

Kelucuan-kelucuan dalam cerita siri ini bersumber dari perilaku seharian Spongebob yang polos, optimis, selalu ceria, dan memiliki prasangka baik terhadap siapapun.

Terkadang perilaku ini membawa bencana, dimanfaatkan, atau terjadi salah faham tatkala dipadu dengan sifat-sifat makhluk lain.

Tarikan meluas SpongeBob ialah salah satu daripada banyak siri kartun yang direka untuk menarik penonton dewasa dan kanak-kanak. ini mungkin banyak berkaitan dengan gambaran kehidupan dan keadaan dalam air yang aneh, dan penggunaan situasi, sentuhan dan istilah yang sukar difahami penonton yang lebih muda. Terdapat juga senario ironis rumit yang memerlukan perhatian teliti.

http://ms.wikipedia.org/wiki/SpongeBob_SquarePants

Pengerusi SPR tahu tak fungsi Biometrik, PANDAI?

Posted: 26 Jun 2011 09:37 PM PDT



Pengerusi SPR yang bijaksana kata nak guna sistem biometrik dalam pilihanraya. Kegunaan sistem biometrik ini untuk mengelakkan orang lain menggunakan Mykad orang lain. Hello Pengerusi SPR yang bijaksana, kalau Mykad tak ada, Lesen Memandu, Resit JPN.KP9 boleh guna tak sistem ni? Kalau Mykad rosak pula macamana? Berapa juta ringgit diperlukan untuk letak mesin pengimbas biometrik di setiap tempat mengundi? Kalau elektrik terputus macamana , nak bekalkan generator ke semua tempat mengundi?

Kalau dulu Dakwat Kekal dah beli, dibazirkan , tak jadi pakai semasa pilihanraya. Kali ini mungkin Mesin Pengimbas dan Generator pula akan dibazirkan.

BIJAK, BIJAK, MEMANG BIJAK PENGERUSI SPR KITA !

SPR cadang guna sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang
Berita Harian 20 Jun 2011

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

Abdul Aziz berkata, melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli.

"Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/SPRcadanggunasistembiometrikpadapilihanrayaumumakandatang/Article/

Q: Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?

A: Dokumen yang diperlukan ialah sama ada kad pengenalan My Kad, KPT dan Kad Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri ialah :
• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor dan gambar pemegangnya.

http://ears.kpkk.gov.my/mengundi.php

Tentera guna kimia 10 kali kuat untuk cegah rusuhan

Posted: 26 Jun 2011 08:29 PM PDT



Pihak tentera dikatakan mempunyai sejenis bahan kimia yang 10 kali ganda lebih kuat dari gas CS untuk mencegah rusuhan semasa untuk menyuraikan perhimpunan. Adakah ATM mempunyai bahan kimia tersebut dan akan digunakan pada Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011? Apa pula bahan kimia yang digunakan oleh FRU dalam Water Canon dan Gas Pemedih Mata mereka?

Adakah Perhimpunan BERSIH nanti akan menjadi medan bahan uji oleh saintis-saintis yang mencipta bahan kimia ini? PENYERANG ASID YANG MENYERANG ORANG AWAM DI KUALA LUMPUR DAH DAPAT TANGKAP?

Jahat sangat ke peserta Perhimpunan BERSIH ni macam Perasuah, Kaki Judi, Kaki Betina, Perompak, Pengedar Dadah, Perogol, Pembunuh Bersiri, Penyerang Asid?

BERSIH: ATM SEDIA BANTU POLIS

KUALA LUMPUR 17 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggerakkan anggotanya di sekitar ibu kota bagi mengawal ketenteraman awam pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

ARMY STOCKPILES ANTI-RIOT CHEMICALS

BRITISH army chiefs are stockpiling a chemical 10 times more potent than CS gas to use in riots, The Independent has discovered.

The revelation that CR might be used fired from a water cannon to disperse crowds in the UK has disturbed civil rights campaigners.

The chemical is more volatile than CS and it causes sore eyes and breathing difficulties. Although its effects are not thought to be lasting, it causes extreme discomfort.

Officials disclosed that they had CR in their stocks as part of Britain's declaration under the Chemical Weapons Convention, which has not been published despite an earlier pledge to do so.

They would not say, though, how long they had held the chemical, where it was kept or in what circumstances it would be used. Nor would they say whether the government also had stores of water cannon from which to fire it into crowds.

The police have said they do not keep CR, so it seems it would only be used in circumstances where the army was called in to support them against rioters.

CR, the full name of which is Dibenz-1:4-Oxazepine, has not been used in the British Isles before although scientists at the Porton Down defence research centre in Wiltshire are known to have experimented with it about 20 years ago.

Harry Cohen, the Labour MP for Leyton and Wanstead, plans to table a series of parliamentary questions to find out more about the stockpile.

"Why is it that the Ministry of Defence has a greater variety of riot control agents than the civil police? I shall be demanding some answers," he said.

The civil rights group Liberty is also angered by the disclosure. It already campaigns against CS, saying there has been no consultation or parliamentary scrutiny of its use.

Guidelines laid down by the Association of Chief Police Officers suggest CS should only be used by individual officers under attack, the group says.

John Wadham, Liberty's director, said neither CS nor CR should be used to control crowds. "We see it as part of a move towards policing by coercion rather than by consent," he said.

It does not seem that the stocks are destined for Northern Ireland. The Royal Ulster Constabulary, under whose umbrella the army acts in the province, said yesterday that it preferred plastic bullets.

"They are a much preferred means of riot control in any circumstances. Water cannons and CS gas are indiscriminate while plastic baton rounds can be directed at a particular rioter," a spokesman said.

Officials from the Department of Trade and Industry and Ministry of Defence would not say how much CS was held, where it was held or what plans there were for using it.

Although the Conservatives promised to publish the Government's submission under the Chemical Weapons Convention, which includes riot control agents, it has only released the parts relating to old stocks and ongoing defensive research.

http://www.independent.co.uk/news/army-stockpiles-antiriot-chemicals-1145283.html

Baju BERSIH tak boleh masuk masjid, pakai Baju JUDI

Posted: 26 Jun 2011 07:36 PM PDT



Nampaknya semakin kelam kabut Islam di Malaysia ini. Pakai Baju BERSIH tak boleh solat di masjid. Pakailah Baju Iklan ARAK ke, Baju Ikan JUDI ke. Bukan ke banyak Baju Iklan ARAK dan JUDI yang secara sedar atau tak sedar orang bawa solat di Masjid. Bawa sekali Utusan Malaysia boleh tengok keputusan JUDI dalam MASJID !

***********
Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu.

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4011-dihalau-keluar-masjid-kerana-pakai-baju-bersih

Tiada ulasan:

Pengikut