Rabu, 22 Jun 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


UMNO SAYANGKAN ULAMAK DAN NEGARA ISLAM?

Posted: 21 Jun 2011 11:37 PM PDT

KEYATAAN MEDIA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat serangan terbaru Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus terhadap saf kepimpinan PAS Selangor yang baru di lantik sebagai telah diresapi oleh pengaruh puak-puak Erdogan dan meminggirkan ulama ' serta meninggalkan perjuangan menegakkan Negara Islam adalah kenyataan yang dangkal daripada orang yang sempit pemikiran terhadap situasi politik semasa. Ini menunjukkan bahawa UMNO sememangnya sekarang ini semakin tertekan dan celaru kerana kecemburuan dan kedengkian mereka terhadap saf kepimpinan PAS Negeri Selangor yang baru yang terdiri daripada kalangan ulamak dan profesional dalam banyak bidang kepakaran, korporat dan aktivis masyarakat. Tidak berlaku sebarang peminggiran terhadap individu atau golongan tertentu seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan bahawa UMNO/BN Selangor kini sudah semakin lelah dan "hilang upaya" untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan setiap aksi pemimpin-pemimpin yang memualkan seperti melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat, politik lucah dan adu domba untuk memecahbelahkan pimpinan Pakatan Rakyat, skandal seks, rasuah, kronisme, nepotisme dan pelbagai salah laku yang lain. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor ini tidak lebih sebagai satu sandiwara orang yang telah nyanyuk dan uzur. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertahankan penegasan yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB. Dr. Abdul Rani Osman bahawa saf Kepimpinan PAS Selangor yang baru di lantik adalah hasil permesyuaratan seluruh kepimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan di peringkat Negeri, bukannya hasil daripada usaha lobi-melobi jawatan sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN. Dalam PAS perebutan untuk menjadi pemimpin parti tidak pernah berlaku bahkan ada yang telah terpilih pun memohon untuk tidak di lantik sebagai pimpinan parti kerana jawatan parti adalah amanah yang cukup berat yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. 

Di dalam PAS, orang-orang yang melobi untuk sesuatu jawatan pastinya akan berasa kecewa dan  akhirnya akan terpinggir daripada perjuangan parti. Begitu juga tidak timbul soal PAS menggadai dan meninggalkan dasar perjuangan apabila menggerakkan agenda "Membangun Negara Berkebajikan" kerana Perlembagaan PAS Fasal 3, jelas menyebut dasar PAS ialah Islam dan Fasal 5, tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah di samping mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Agenda Negara Berkebajikan adalah termasuk di dalam pernyataan Fasal 5 tersebut dan inilah yang tidak difahami oleh pemimpin UMNO/BN.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN           
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

22 Jun 2011

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Posted: 21 Jun 2011 07:52 PM PDT

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Tiada ulasan:

Pengikut