Selasa, 7 Jun 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Sekalung Tahniah

Posted: 07 Jun 2011 02:10 AM PDT

Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah pun melabuhkan tirainya.... pelbagai spekulasi mengenai kemelut siapakah yang akan mencorak kepimpinan PAS di era 2011-2013 telah pun terjawab...
Agenda ini adalah sebahagian yang dibenarkan oleh pelrlembagaan PAS sejak dari awal penubuhannya.

Namun demikian ada pendapat mengatakan kepimpinan golongan profesional dan ulamak. sering mengambil tempat dalam sesi pemilihan PAS mutakhir ini... Hanya orang yang buta sejarah sahaja yang mengatakan demikian. PAS lahir dari batang tubuh nya sendiri melalui onak, dan pelbagai ranjau dengan hanya satu matlamat iaitu untuk memenangkan Islam.

Walauapapun Dewan Pemuda PAS Kawasan kota Raja mengucapkan tahniah kepada Saf kepimpinan Baru DPP Pusat yang diterajui Ust Nasarudin Hasan, Ust Nik Abduh, dan Dr Raja Ahmad Al His.

Sirru Ala barakatillah...
Semoga kepimpinan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah bagi mencapai kemenangan Membangunkan Negara Malaysia dengan prinsip Islam dan berkebajikan...

Tahniah dari Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Raja.

Tiada ulasan:

Pengikut