Selasa, 28 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri UMNO Kota Marudu

Posted: 27 Jun 2011 07:46 PM PDT

Puteri UMNO Kota Marudu


Puteri Kota Marudu Kutip Tandatangan Bantah "BERSIH"

Posted: 26 Jun 2011 09:31 PM PDT




PUTERI KM KUTIP TANDATANGAN BANTAH "BERSIH"
SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2011
PERINGKAT KAMPUNG DAMAI, KOTA MARUDU
26 JUN 2011
DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. SENATOR DATUK MAIJOL MAHAP

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 27 Jun 2011 03:32 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TAHNIAH DATUK...

Posted: 26 Jun 2011 09:07 PM PDT


pix_gal0

NEGERI MAJU : PERLUKAN PEMIMPIN SIHAT MINDA DAN FIZIKAL...

Posted: 26 Jun 2011 07:11 PM PDT

Put your here
2,500 hadiri pelancaran kelab basikal

MELAKA 26 Jun - Kira-kira 2,500 peserta mewakili 28 kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) di sini akan menyertai pelancaran penubuhan Kelab Basikal DUN pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kumpulan tersebut juga akan berbasikal secara serentak sebagai simbolik pelancaran penubuhan Kelab Basikal DUN.

Menurutnya, program yang akan berlangsung di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Kawasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Baru bakal disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

''Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan menghantar sekurang-kurangnya 100 peserta mewakili DUN mereka," katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, penubuhan Kelab Basikal DUN bertujuan mewujudkan kesedaran dan menyemai minat dalam kalangan masyarakat khususnya belia terhadap penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal.

TAZKIRAH AHAD : WAJAR DIAMALKAN DOA PAGI DAN PETANG...

Posted: 18 Jun 2011 06:52 PM PDT


Alhamdulillah wassolatuwassalam 'ala rasulillah waba'd.

Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas'alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut: "Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.

Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.

Lalu orang pun bertanya mengapakah di negara maju berlaku ramai yang menghidap gangguan jiwa? Bukankah yang sepatutnya kena adalah masyarakat di negara yang sedang berkembang atau negara yang mundur?

Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda.

Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakannya.

Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa.

Nabi SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a iaitu:

"Allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan. Wa'a'uzubika minal 'ajzi wal kasal wa'a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa 'a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal

(yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang)."

Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: "Wahai umat manusia!
Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman." Demikianlah, wallahua'lam

umno bahagian cheras

Posted: 27 Jun 2011 01:10 PM PDT

umno bahagian cheras


KOMUNIS, SIKAP ‘ DOUBLE-STANDARD ’ DAN KEBODOHAN HAJI HADI

Posted: 26 Jun 2011 08:39 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SAYA sedikit pun tidak terkejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilaporkan berpegang kepada kaedah atau hukum Islam sahaja yang dapat memutuskan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbabit dalam kes meliwat dan dikaitkan pula dengan rakaman video seks dengan pelacur China.

Bagaimanapun kenyataan Haji Hadi itu nampaknya lebih menjuruskan kepada kepentingan agenda politik pembangkang yang sedang berusaha memulihkan maruah mereka yang sudah teruk tercemar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Saya beranggapan bahawa Haji Hadi tidak ikhlas membicarakan kaedah Islam kerana dalam masa yang sama beliau 'menghalalkan' perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini walaupun perarakan tersebut jelas menyalahi undang-undang.

Islam tidak pernah mengajar umatnya bertindak diluar batas peraturan dan pertimbangan sehingga boleh menimbulkan kekacauan atau kebimbangan dalam masyarakat.

Tetapi Haji Hadi dan suku-sakat PAS kerana ingin menunjukkan sikap tolenrasi secara membabi-buta dan mahu menjaga hati DAP dan PKR, boleh pula menghalalkan perbuatan tersebut walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak yang cintakan kedamaian.

Ajaran Islam itu damai dan cintakan kepada keamanan tanpa mengira kaum, tetapi saya hairan kenapa Haji Hadi pula yang tergamak merosakkan kedamaian itu dengan terus bersubahat dengan sekumpulan mereka yang menggerakan perhimpunan haram itu.

Apakah begitu cara Islam yang dibawa dan pelopori oleh Haji Hadi sehingga menolak pintu rundingan dan perdamaian dengan mengetepikan kepentingan keamanman negara dan kesejahteraan rakyat.

Islam dipelopori Haji Hadi tolak perdamaian

Walhal Islam menuntut apa jua masalah yang berbangkit atau ketidakpuashatian yang timbul, maka cara terbaik ialah dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dari hati ke hati untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Pemimpin PAS seringkali melaung-laungkan slogan 'Islam', tetapi dalam menghadapi isu Bersih ini nampaknya benar Haji Hadi sengaja membelakangkan ajaran Islam yang menganjur perdamaian dan keharmonian.

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sentiasa mengajar umat Islam supaya bermusyawarah sebagai jalan mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit dengan mengambilkira kepentingan umum.

Mengapa Haji Hadi, dalam isu Anwar beliau mahu kaedah Islam diguna pakai tetapi sewaktu berdepan dengan 'kegilaan' Bersih yang keras kepala untuk mengadakan perhimpunan haram, Haji Hadi tidak pula menasihati mereka supaya kembali kepada ajaran Islam.

Nampak sangat Haji Hadi bermain politik walaupun tindak-tanduknya ditertawakan orang dan ada yang menyifatkan bahawa beliau tergamak merendahkan imej 'Tok Guru' hanya semata-mata kerana tunduk kepada desakan politik bukan Islam.

Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan Haji Hadi supaya lebih baik mengambil sikap berdiam diri jika beliau tidak faham akan sesuatu isu sepertimana tidak fahamnya beliau terhadap istilah kemera hitam putih atau 'wide-angle', jangan nanti kebodohannya ditertawakan orang.

Sementara itu, saya terkejut apabila polis berjaya mengesan gerakan terancang pihak tertentu yang cuba menghidupkan semula fahaman komunis bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi perhimpun haram Bersih 9 Julai ini.

Cabar PAS buktikan mereka tidak sokong gerakan komunis

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahim Jaafar, maklumat itu diperolehi hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Siuput, Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalan.

Sehubungan itu, saya mencabar Haji Hadi supaya menasihati penyokong-penyokongnya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Saya percaya ahli-ahli PAS juga tidak menerima fahaman komunis yang antara pegangan mereka ialah 'tidak percaya kepada Tuhan' dan jika benar Haji Hadi seorang pemimpin agama, buktikanlah keikhlasannya sekarang.

Jangan pula UMNO yang dituduh sengaja mencipta isu tersebut kerana tangkapan itu adalah hasil risikan dan tanggungjawab profesional polis dalam memulihara keamanan negara.

Haji Hadi selaku Presiden PAS perlu membuktikan bahawa Islam, yang dibawanya tidak pernah menyokong gerakan komunis dan tidak akan bersubahat dengan mereka yang melakukan perkara mungkar sepertimana dilakukan Anwar.

Sanggup kah Haji Hadi berbuat demikian ? Kita tunggu dan lihat gelagat beliau selepas ini !

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 27 Jun 2011 09:59 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Bersih 2.0 Mahu Mencipta Anarki dan Ketidakstabilan Politik?

Posted: 27 Jun 2011 02:00 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 27 Jun 2011 07:13 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


57 tahun PAS kencing rakyat…

Posted: 26 Jun 2011 11:02 PM PDT

Bila Spy ingat-ingat balik, dah hampir 57 tahun PAS perjuangkan sebuah negara Islam dan nak tegakkan undang-undang Islam 100% di negara ni. Dari zaman Hadi Awang dan Nik Aziz muda, sampailah dorang dah beranak cucu sekarang ni barulah perjuangan negara Islam dorang "terbatal".

Dulu bukan main sakan puak-puak khawarrij tu kata UMNO tak Islam pasal tak memperjuangkan negara Islam. Siap ada keluar amanat kafirkan orang-orang UMNO dan juga kata perjuangan menentang UMNO adalah SYAHID. Maklumlah.., UMNO dari dulu lagi tumpukan kemajuan ummah dan juga kebajikan rakyat.

Walaupun UMNO tak sembang besar pasal nak perjuangkan Islam dan wujudkan undang-undang Islam dalam Malaysia, Spy rasa UMNO dah buat lebih dari apa yang puak-puak sewel PAS dok berkokok selama 57 tahun ni..

UMNO buat polisi negara berkebajikan demi kepentingan rakyat, dan UMNO juga pastikan undang-undang Islam diserapkan dalam sistem perundangan negara.. Jangan bohong kalau kata UMNO tak buat semua ni baii.. Munafik lah sapa yang kata UMNO langsung tak menyumbangkan kebajikan rakyat dan juga menegakkan Islam.

Tapi PAS…, kesian beb bila nak bercerita pasal puak-puak PAS hari ni.. Korang cubalah bayangkan.., selama 57 tahun pengikut dan penyokong PAS kena kencing baii.. Ada yang "mati syahid" buta saja pasal ingatkan PAS betul-betul istiqamah nak perjuangkan negara Islam..

Selama 57 tahun penyokong-penyokong PAS sanggup buat apa saja demi perjuangan parti. Dorang sanggup junjung slogan-slogan "Membangun Bersama Islam".., "Pemerintahan Ulama".., "Hentikan Perjuangan Sekular" dan "Tegakkan Hukum Islam".. Tup-tup.. Hadi kata negara Islam tak ada dalam agama.. Meroyan baiii..

Spy ingat lagi masa Harun Din lancarkan buku Negara Islam yang kemudiannya jadi rujukan oleh semua "pejuang-pejuang" PAS masa tu.. Bukan main eksyen lagi kawan-kawan Spy pasal PAS ada buku perundangan dorang sendiri katanya.. UMNO jugak yang sekular pasal tak pernah ada buku pasal negara Islam..

Tapi hari ni.., mana pi buku Negara Islam karya Harun Din? Takkan puak-puak PAS dah bakul sampahkan atau flush dalam jamban? Mungkin jugak dorang kumpul banyak-banyak lepas tu bakar macam mana dorang buat demo bakar paper Utusan. Ya lah.., mana nak pakai dah buku negara Islam bila dah buat NEGARA BERKEBAJIKAN..

Itu kalau kita cerita pasal negara Islam.., macam mana pulak dengan "Kepimpinan Ulamak" PAS? Mat Sabu bukannya Ulamak.. Husam pun bukan ulamak walaupun dia ada janggut sejemput.. Salahuddin Ayub lagi lah jauh kalau nak panggil ulamak.. Setakat Ustad Puduraya tu boleh lah kot? Dan Mahfuz…, lagilah tak boleh pakai.. Kalau ikut akal sewel dia.., bukan kata ulamak.., ular dalam semak pun dia tak layak…

Jadi mana slogan "Kepimpinan Ulamak" dalam PAS? Yang ada dalam PAS dari dulu sampailah sekarang tu bukannya ulamak.., tapi p*#@mak.. Semuanya kerja menyelewengkan akidah rakyat untuk cari undi pilihanraya.. Semuanya cari makan dengan jual agama.. Macam tu pun ada hati nak jadi ulamak?
Puiiiii…

Dulu selalu jugak Spy dengar dari puak-puak PAS pasal Hudud.., pemerintahan ikut Islam dan UMNO kuat makan rasuah.. Tapi sekarang ni dorang dah tak berani nak cakap semua tu baii… Hudud apa kebendanya kalau Presiden PAS pun sanggup kencing pasal hukum Islam tu.. Pemerintahan ikut Islam apa kejadahnya kalau la ni PAS dah ikut bontot DAP.. Dan UMNO rasuah apa kalau PAS pun buat perkara yang sama dalam tiap-tiap Muktamar..

Munafik baiii puak-puak PAS yang ada hari ni… Dasar dorang dah berubah 360 darjah.. Perjuangan dorang dah tunggang langgang.. Pemimpin dorang sekarang ni dah tak tau apa yang sebenarnya dorang nak.. Mampus lah beb kalau bawak Bas Persiaran tapi tak tau arah tuju.. Ke parit lah kalau nak jadi drebar tapi tak pandai nak elak lubang..

Jadi sekarang ni PAS memang dah betul-betul karam.. Tuhan dah bagi bala pada PAS pasal dorang selalu permainkan agama.. Korang tengok sekarang ni macam mana PAS ikut telunjuk kafir.. Punyalah teruk bala yang Tuhan turunkan pada PAS sampaikan PAS dah tak tau nak bezakan Aktivis Murtad dan juga Kaki Liwat..

Semua tu bala lah baii… Jangan salahkan UMNO pulak bila bala kena pada puak-puak PAS… Orang-orang UMNO ni memang bagus sebab tak pernah doakan keburukan kepada saudara semuslim dorang.. Percaya tak apa yang Spy kata ni?

Korang tengok.., orang UMNO mana pernah buat sembahyang hajat suruh Tuhan turunkan bala terhadap PAS? Pemimpin UMNO mana pernah mintak pemimpin PAS pecah perut? Itulah tandanya orang UMNO ni semua baik-baik belaka..

Sebab tu lah Tuhan still sayangkan pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong UMNO.. Kalau Tuhan tak sayang.., takkan Tuhan amanahkan negara ni pada pemimpin Islam UMNO? Betul tak?

Tiada ulasan:

Pengikut