Selasa, 28 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 28 Jun 2011 11:40 PM PDT

Peghelih La...


Lagi demam kunin....

Posted: 28 Jun 2011 01:47 AM PDT



Salam Perjuangan

Posted: 28 Jun 2011 11:34 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIH 2.0 - WUJUDKAN ZON PENAMPAN, ELAK PERTEMBUNGAN

Posted: 28 Jun 2011 07:30 AM PDT

PAS PAHANG SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MUFTI PAHANG

Posted: 28 Jun 2011 06:32 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 28 Jun 2011 09:37 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


UCAPAN ADUN MAHARANI DALAM PERBAHASAN TITAH DYMM SULTAN IBRAHIM JOHOR DI DEWAN NEGERI JOHOR 2011

Posted: 28 Jun 2011 09:51 AM PDT

UCAPAN PERBAHASAN
TITAH DYMM SULTAN IBRAHIM
DALAM MESYUARAT  PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN 
KE EMPAT DEWAN NEGERI JOHOR
 OLEH:
 Y.B. DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI

DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA 28 JUN 2011


Assalamualaikum wbkth dan Selamat Sejahtera.
Bismillahir Rohmanir Rohim…

YB Dato' Speaker,

Maharani mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt dan
terima kasih kepada YB Dato Speaker kerana diberi
peluang membahaskan titah DYMM Sultan Ibrahim ibni
almarhum Sultan Iskandar,  Sultan dan Yang Dipertuan
Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim..

YB Dato Speaker,

Johor Negeri Makmur

.Maharani menjunjung kasih di atas  titah DYMM Tuanku
bahawa " kemakmuran negeri bukan bergantung kepada
pembangunan ekonomi semata-mata"
Allah kurniakan negeri kita dengan hasil mahsul yang
mewah, negeri yang luas. Alhamdulillah Johor ada
air,balak ,sawit, getah, batu batan, pasir, silika– yang boleh memangkin Johor kearah Negeri Maju untuk kemakmuran 
rakyat jelata

Sebagai pemerintah  kebajikan rakyat hendaklah
diutamakan dan bukan membebankan rakyat. Negara
Berkebajikan bukan Welfare State. barat seperti yang
difahami oleh ahli YB semalam di mana semuanya
dikatakan percuma dan rakyat menjadi malas bekerja.
Negara Berkebajikan bukan sahaja diukur dengan
kemudahan fizikal tetapi  diisi dengan ilmu kerohanian
untuk menyelamatkan rakyat di dunia dan di akhirat.
Sebagai contoh mengutamakan kebajikan rakyat ialah
dengan tidak membebankan rakyat dengan menaikkan tarif
air :

Johor diiktiraf sebagai negeri yang termahal menjual air
kepada rakyatnya walaupun ia mampu menjual lebihan air
mentahnya ke negeri dan Negara luar.

Sejak 1 November 2010 Tarif Air Domestik Johor ialah
 60 sen  setiap m padu bagi penggunaan 0-20m padu  ( RM12.00)
RM1.65  "     "     "        "        "               20 – 35m padu (RM24.75)
RM2.96  "       "    "        "        "                lebih 35m padu
 Kerajaan    RM2.13  naik ke RM2.80  (Kerajaan pun kena bayar lebih !)

Bandingkan di Melaka Kerajaan bayar hanya RM1.30 dan
                                      Rumah ibadat 55 sen sahaja !


PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA:

Perjanjian yang dimaksudkan ialah Perjajnian 'Tebrau and Scudai Rivers Water Agreement'yang ditandatangani pada 1 September 1961 City Counci Of Singapore (sekarang PUB) dan Kerajaan Johor
 Perjanjian ini memberi hak kepada Singapura untuk mendapat bekalan air dalam kawasan yang dipersetujui di Gunung Pulai,Sungai Tebrau dan  Sungai Skudai untuk selama  50 tahun sehingga September  2011  Singapura membayar sewa tahunan $5 se ekar tanah tersebut dan  3 sen  untuk setiap 1,000 gelen air mentah.Singapura pula menjual air bersih  kepada Malaysia dengan harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Perjanjian ini membenarkan penyemakan semula harga air selepas 25 tahun  iaitu pada tahun 1986.Malangnya Kerajaan Johor tidak  mengambil sebarang  tindakan.  Dewan ini telah dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Johor bahawa  Kerajaan Johor akan mengambil alih aset air yang diselanggarakan oleh  PUB Singapura.  Maharani ingin tahu apakah perkembangannya sehingga  kini dan rakyat ingin tahu bagaimana  proses  mengambilalih ini akan  dilakukan supaya ia benar-benar menguntungkan Johor.

 Ingat, ada satu lagi perjanjian air 1962 ; 'The Johor Water Agreement'  ditandatangani pada 29 September 1962 , sah selama 99 tahun sehingga  tahun 2061..Ini melibatkan Sungai Johor.Perjanjian ini juga tidak disemak  semula pada tahun 1987.Mengapa?  Ini khazanah yang akan kita tinggalkan
 kepada anak cucu kita !

 YB Dato Speaker,

 Maharani menjunjung kasih di atas keperhatinan DYMM Tuanku tentang Instisusi pendidikan agama Kerajaan johor, pengajian al quran dan terjemahan di sekolag agama, program membudayaka al quran dan institiusi masjid Maharani juga capkan tahniah kepada YB Parit Yaani yang begitu perihatin dengan elaun imam surau dibandingkan dengan elaun imam masjid.
Memang benar elaun RM750 sebulan untuk Imam Masjid yang bekerja sepenuh masa ini pun hampir di bawah paras kemiskinan atau mudah miskin.

Pada persidangan yang lalu juga seorang YB bertanya tidakkah isu kenaikan elaun imam ini akan menyebabkan pecah belah.
Sekarang Maharani ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan
Peranan Pegawai masjid (Imam dan Pembantu imam) Masjid-masjid Kariah negeri Johor menurut pekeliling Jabatan Agama Johor Ruj.
JAJ/PMS/190/136/10 bertarikh 20 April 2011. menurut pekeliling ini
imam-imam yang mempunyai jawatan hakiki selain daripada jawatan sebagai imam masjid (contohnya guru, ketua kampong)  dikehendaki memilih salah satu jawatan –jawatan tersebut. ALASANNYA kerana kenaikan bayaran imbuhan bulanan kepada Pegawai Masjid dan supaya menumpukan sepenuhnya kepada tugas sebagai imam.

YB Dato speaker,

Kesannya ia menghalang mereka yang layak dan imam muda untuk
mengerakkan masjid dan masyarakat  dan memberi khidmat kepada
masyarakat dan untuk Allah. Ia juga menghadkan kariah memilih imam untuk menggantikan mereka yang telah uzur dan lanjut usia dan kurang kemampuan. Maharani dimaklumkan ada masjid yang menghadapi masalah memilih calon imam baru kerana di kariah tersebut tiada mereka yang benar-benar layak. Pekeliling ini patut diteliti semula kerana kesannya ia menimbulkan masalah kepada kariah. Mungkin ada mereka yang berjawatan lain merebut
menjadi imam kerana elaunnya tetapi yakinlah kebanyakan mereka ikhlas. Imam di Masjid kariah Maharani seorang yang hebat dengan ilmu agamanya , ilmu al Qurannya mendapat elaun pesara sebagai pensyarah yang nilainya jauh lebih besar daripada elaun imam tidak mengejar jawatan kerana elaun tetapi kerana keikhlasannya !

Untuk makluman Dewan Yang mulia ini pemilihan AJK Masjid dan Surau di Negeri Johor ini termasuk imam sebenarnya wajib diendorse oleh Ketua bahagian parti pemerintah !
  
YB Dato Speaker,

Bajet Johor 2011 memperuntukkan ganjaran RM1,000 sebulan untuk para tahfiz yang berjaya menghafaz lengkap 30 juzuk al Quran. Adakah ini telah terlaksana  apakah syarat-syaratnya dan berapa orang hafiz yang telah berdaftar di negeri Johor ini.

Begitu juga dengan pembinaan 121 lagi sekolah agama dalam tempoh 3 tahun ini bagaimanakah perkembangannya. Mohon diperincikan dan maklumkan kepada wakil rakyat yang berkenaan.

YB Dato Speaker,

Dalam isu keselamatan Maharani mengucapkan tahniah kepada PDRM yang dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri Johor. Namun begitu penglibatan rakyat jelata penting. Maharani ingin tahu berapakah bilangan rakyat yang terlibat dengan Rukun Tetangga  dan Skim Rondaan Sukarila (SRS). SRS merupakan satu skim yang melibatkan penduduk setempat yang meronda kawasan tertentu untuk memastikan keselamatan persekitaran mereka. Di antara cara manggalakkan rakyat yang bekerja kerajaan atau swasta menyertai skim ini ialah dengan memberi cuti pelepasan kerja selepas mereka bertugas semalaman. Adakah cuti ini masih diberikan dan jika tidak, mengapa ?

YB Dato Speaker,

Guru KAFA

Baru-baru ini Guru KAFA telah dilantik semula sebagai Guru Sementara dan diperlukan membuat Pemeriksaan Kesihatan. Menurut syarat perkhidmatan mereka ialah mereka layak mendapat cuti sakit selama 15 hari. Tidak disebut tentang cuti tahunnya ada atau tidak. Sejak kenaikan elaun RM800 + RM 412 nampaknya tugas mereka sudah berubah daripada guru KAFA kepada Guru Agama Kerajaan Johor sedangkan gaji dan kemudahan guru agama jauh berbeza. Apakah  kerajaan bercadang untuk menyerap mereka menjadi Guru Agama Kerajaan ?


Akan dikemaskini ............


PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Jun 2011 09:27 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini

Posted: 28 Jun 2011 06:30 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 malam
Tempat : Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Pengerusi SAMM

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Semua dijemput hadir

Klinik Kesihatan N.Sembilan KOTOR tak BERSIH

Posted: 28 Jun 2011 06:12 PM PDT



Utusan Malaysia 29 Jun 2011. KECEWA MUTU PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN MANTIN. SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan mutu perkhidmatan di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan.

Sudah beberapa kali saya melihat kelemahan terutama dari segi pentadbiran dan kebersihan. Kelemahan ini jelas kelihatan memandangkan saya kerap menemani ibu yang merupakan seorang pesakit hipertensi yang berkunjung ke sana bagi temujanji doktor.

Pada minggu lepas, seawal pukul 7.40 pagi, saya sudah berada di klinik bagi mengambil nombor pendaftaran. Sesudah mengambil nombor pendaftaran, saya menuju ke tempat pemeriksaan doktor.

Pada masa itu terdapat beberapa kakitangan sedang merakam kad kehadiran mereka. Namun saya perhatikan terdapat seorang kakitangan sedang merakam beberapa kad kakitangan yang lain. Persoalan saya, adakah ini budaya kerja kakitangan di sini untuk merakam kad orang lain?

Saya juga mendapati beberapa kakitangan yang lain juga datang lambat. Mungkin mereka berasa tidak kisah untuk datang ke pejabat memandangkan kad mereka sudah dirakam oleh kakitangan yang lain.

Apabila saya berada di bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan selanjutnya ternyata mutu kebersihan amat menyedihkan. Sampah seperti kertas dibiar bertaburan dan singki berkeladak. Beberapa gelas diletakkan berhampiran singki yang kotor. Di dalam hati saya berkata, adakah sudah tiada kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan bilik rawatan ini?

Apa yang saya amati ialah ramai kakitangan (tidak tahu sama ada datang lewat atau tidak) pergi minum di sebuah gerai yang berhampiran walaupun setelah pukul 8 pagi tanpa menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu.

Ternyata ini amat menyedihkan. Mutu perkhidmatan di sini tidak sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap pihak yang berkenaan sila beri penjelasan

PESAKIT KESAl,
Mantin, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

20 TAHUN RAKYAT DI MANTIN, N.SEMBILAN HIDU SAMPAH

Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 28 Jun 2011 09:09 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar

Posted: 28 Jun 2011 12:31 AM PDT

Sumber : Malaysiakini


Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah "memperdayakan" rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakap pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.


"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan," kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan."

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat," katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

P/S :aku dah kata kita ni diperintah lebih 50 tahun oleh kerajaan yang 'BODOH' sebab dipilih oleh majoriti rakyat M'sia yang tolol. orang tok 'mau dengar nasihat' memang aset tetap BN..sebab tu dia tak mau kita jadi CERDIK. Mok Cik Pok Cik sudah-sudah jangan lagi kene tipu ..tumbangkan BN PRU13 nanti! ingat tu

Rembau Hari Ini

Posted: 28 Jun 2011 07:27 PM PDT

Rembau Hari Ini


Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini

Posted: 28 Jun 2011 06:35 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 malam
Tempat : Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Pengerusi SAMM

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Semua dijemput hadir

Ceramah Isra Miraj 30 Jun 2011 Seremban

Posted: 27 Jun 2011 08:38 PM PDT



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Tarikh : 30 Jun 2011, Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya (Fasa 1), Senawang
Penceramah : Ustaz Norazman bin Mohamad
Semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Jun 2011 07:17 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Miri: Kerajaan Diharap Lebih Serius Dalam Isu Wanita Berkerjaya

Posted: 28 Jun 2011 08:45 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan kenaikan 30% kuota penjawatan jawatan tertinggi dalam sektor korporat. Perkembangan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada wanita berkerjaya dan diharap agar pihak kerajaan dapat membuat penyelarasan sebaiknya bila mana ia dilaksanakan.


Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri ingin mengingatkan bahawa polisi-polisi yang memberi perlindungan dan kemudahan kepada wanita ini telah lama dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan serta Selangor. Di mana Kelantan dan Selangor adalah negeri pertama yang mengimplimentasikan cuti 90 hari kepada penjawat awam wanita yang bersalin dan kemudian diikuti oleh kerajaan pusat. Di Kelantan telah lama memperkenalkan kaunter pembayaran khas bagi pengunjung wanita di pasaraya-pasaraya sebelum diikuti oleh KTM dengan memperkenalkan gerabak khas untuk wanita.


Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri juga ingin menggesa pihak kerajaan perlu lebih perihatin dan peka dengan keperluan wanita berkerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Perhatian ibu terhadap anak-anak diawal usia mereka amatlah perlu bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Anak-anak adalah pelapis masa depan negera dan penumpuan pihak kerajaan dalam hanya meningkatkan kuota 30% tersebut tidak benar-benar melihat keperluan sebenarnya wanita yang berkerjaya.

Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri mencadangkan agar diwujudkan pusat jagaan anak-anak pejabat-pejabat atau digubal satu polisi yang membolehkan ibu-ibu yang berkerjaya untuk melakukan tugasan pejabat mereka dari rumah. Ini akan memberi kemudahan yang lebih kepada ibu-ibu yang berkerjaya untuk memberi perhatian terhadap anak-anak mereka demi untuk memberi perhatian kepada pembinaan awal anak-anak.


Ummi Zaima,

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri

http://pas-miri.blogspot.com

Peniaga Bumiputera Tertinggal Dalam Arus Pembangunan Di Bandaraya Miri ???

Posted: 27 Jun 2011 11:23 PM PDT

KESUKARAN Peniaga Bumiputera Berniaga di Kiosk Perhentian Bas di Miri

Kami PAS Miri ada menerima aduan dari para perniaga kecil bumiputera di Miri yang menyatakan terlalu sukar bagi mereka hendak mendapat lot atau tempat perniagaan seperti kiosk di perhentian bas yang sudah banyak dibina disepanjang jalan utama ke pusat bandaraya Miri.

Mereka juga menuntut agar pihak yang berkenaan berlaku adil terhadap perniaga bumiputera kecil agar mereka juga diberi kesempatan atau ruang berniaga di kiosk di perhentian bas tersebut. Persatuan Perniagaan Bumiputera Miri (PPBM) seharusnya perihatin tentang masalah perniagaan bumiputera yang tersisih ini dari arus pembangunan di bandaraya Miri.

Janganlah disebabkan harga sewa yang terlalu mahal menyebabkan alasan pihak yang berkenaan menolak pemohonan dari perniaga kecil bumiputera. Kalau boleh biarlah sewa di tempat tersebut berpatutan dengan lokasi atau tumpuan orang ramai. Jangan hanya dibolot oleh satu golongan saja sehingga menyisih golongan yang kurang berkemampuan.

Ramai perniaga kecil kecewa kerana kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.

Kita PAS sedia membantu peniaga-peniaga kecil ini setakat kemampuan kita dengan menyuarakan masalah mereka ke media-media untuk diberi perhatian kepada mereka yang berkenaan.

Pihak yang berwajib seharusnya bertindak adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing demi kebaikan dan kebajikan untuk semua.

Difficulty of indigenous businesses trading at the bus stop kiosks in Miri
We PAS Miri have received complaints from the indigenous small businesses in Miri City that is too difficult for them to get a lot or place of business such as kiosks at bus stops that were already built along the main road to Miri center.

They urged the relevant authorities do justice to the small indigenous businesses so that they are given the opportunity or the space for business at the kiosk at the bus stop. Bumiputera Business Association Miri (PPBM) should be concerned about the isolation of indigenous business problems from the current development in Miri city.

Just of because the reason of the cost of the rent is too expensive as a result the application of the small indigenous businesses rejected by the relevant authorities.

If possible, let the rental place according to the location or center of attention of the public. Do not just monopolize by one group alone to isolate the less fortunate.

Many small businesses get frustrated due to lack of attention from the parties concerned.

We PAS are ready to assist the small businesses to the extent of our ability to express their problems to the media for the attention of those concerned.
The authorities should act fairly to all regardless of race, religion and political beliefs for the betterment of their welfare for all.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 28 Jun 2011 03:40 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SALAKAN SEMALAM DIPERTAHANKAN PEMUDA UMporNO WP.

Posted: 28 Jun 2011 05:53 AM PDT


Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'menyalak' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.

"Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata

Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube.
Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'.

Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.

"Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR.

"Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau.

..... tue tahan serious depa....  takut giler aku!!!...wakakakaka

Sure kena belasah dgn Ayahanda Artis lepas ni!

Posted: 28 Jun 2011 01:24 AM PDT

Wardina pulak Akan Ikut Jejak Langkah Bob Lokman

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat. Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia. Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.

Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit. Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR. Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti. Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.
Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu. Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti. Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.

Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia. Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya. Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik. Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat

Manakala gambar di atas ini pula, Wardina bersantai untuk duduk minum minum dengan pimpinan PKR, Azmin Ali dan Nik Nazmi. Malah yang duduk bertentangan dengan Wardina dengan jelas mengenakan pakaian T Shirt BERSIH

Teks ucapan A. Samad Said pada malam pelancaran BERSIH 2.0

Posted: 28 Jun 2011 01:19 AM PDT

A Samad Said

"Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela? Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani. Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams, "It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people's minds."

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!"

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

*Teks ucapan penuh pada Malam Pelancaran Bersih -19 Jun, 2011, dipetik dari blog A Samad Said (gambar kiri).

**Nota dari A Samad Said: Kerana dibataskan masa hanya seminit seorang, maka saya yang mewakili GMP, hanya sempat membacakan dua perenggan terakhir teks ucapan ini.

***A Samad Said disoal-siasat di Balai Polis Dang Wangi, hari ini, di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011.


Cari kerja lain yg lebih Berfaedah sikit boleh ke Wartawan Utusan?

Posted: 28 Jun 2011 01:18 AM PDT

Bodoh Punya Utusan .Fitnah,,Fitnah...Fitnah


Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan "Hentam Kristian" berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian.

Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini.

"Saya gerun kerana tidak ada apa yang dilakukan bagi menghentikan akhbar ini daripada mengeluarkan perkara mengarut seperti ini.

"Ini menunjukkan pihak berkuasa lebih berminat menangkap dan memantau orang ramai yang mahu meluahkan perasaan mereka secara sah daripada menghentikan tindakan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap beberapa individu dan kumpulan di negara ini," katanya hari ini.

Dalam lidah pengarang akhbar itu semalam, Utusan mendakwa jutaan ringgit disalurkan daripada 11 pertubuhan asing Kristian bagi membiayai dana perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 9 Julai ini.

Sebelum ini, akhbar yang sama yang memetik dua blog pro-Umno pernah melaporkan sekumpulan paderi Kristian berhasrat menegakkan agama mereka sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang pemimpin Kristian sebagai perdana menteri.

Kain rentang sokong BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor

Posted: 28 Jun 2011 01:12 AM PDT

Chen Shaua Fui

Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" telah digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan dan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai 2011.

Kain rentang tersebut telah digantung di dinding bangunan tersebut, menghadap tempat letak kereta di perkarangan bangunan, pada jam kira-kira 9.10 pagi, hari ini. Setiausaha Agung KL-SCAH Stanley Yong ketika dihubungiMerdekaReview, menjelaskan bahawa bendera dan kain rentang digantung pada hari ini untuk menunjukkan semangat patriotik badan dan pertubuhan masyarakat sivil, di samping sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0.

Stanley menganggap kerajaan harus mendengar suara rakyat, dan harus respon kepada rakyat secara serius apabila rakyat mengetengahkan pandangan atau kritikan.

"Di Malaysia, sering kali kerajaan mendakwa bahawa rakyat diberi saluran untuk meluahkan pandangan. Namun demikian, kita kekurangan saluran secara 'terus-terang dan tulus ikhlas'. Meskipun terdapat liputan media yang melaporkan ketidakpuasan rakyat, namun kebanyakan masanya kerajaan kelihatan tidak mengendahkan kritikan tersebut, atau mendakwa sedang diuruskan. Kemudian, ia berakhir begitu sahaja," kata Stanley Yong.

Stanley (gambar kanan) mempercayai bahawa keputusan BERSIH 2.0 untuk turun ke jalanraya adalah kerana desakan daripada realiti, kerana BERSIH 2.0 telah cuba sedaya upaya untuk menyatakan masalah penyelewengan pilihan raya, dan membangkitkan tindak-tanduk sesetengah "little napoleon", namun kerajaan tidak memperbetulkan keadaan dengan sikap bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, rakyat secara umumnya berharap agar kerajaan respon dengan tindakan setelah kritikan diketengahkan. Dalam keadaan di mana kerajaan tidak respon dengan tepat persoalan daripada rakyat, maka satu-satunya jalan rakyat adalah jalan raya - sebagai manifestasi ketidakpuasan dan tindakan protes secara kolektif.

300 PEMUDA UMPORNO MENYALAK DEPAN PEJABAT PKR

Posted: 27 Jun 2011 05:57 PM PDT

Semalam, sekitar 300 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal sambil membawa bendera UMporNO mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi. Mereka kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umporno.


Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 300 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar "mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal."

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

.... pejabat dah tutup berani le menyalak....

20K NAK SEKAT BERSIH... TAKUT ADE YANG MATI TERPIJAT JE...

Posted: 27 Jun 2011 05:50 PM PDT

...... habis semua dok pakat menyalak nak sekat Bersih... dengan PERKASAM la... UMporNO lah... Silat Gayung Mandi lah.... makin meriah le pulak.... best..best....


Seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO, MIC, MCA dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai Perhimpunan Aman Patriot pada 9 Julai ini bagi menghalang himpunan 300,000 Bersih 2.0.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara 'The Silent Majority' yang menentang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tarikh sama.

"Tindakan kami bukan menentang PDRM (Polis Diraja Malaysia) tetapi berniat membantu PDRM kerana kita takut pada hari tersebut 'puak' itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja.

"Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat (PR) yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat zalim, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini, kelmarin.

..... takut ada yang mati terpijak je nanti.....

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 28 Jun 2011 03:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TANGKAPAN AWAM OLEH PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Posted: 28 Jun 2011 04:24 AM PDT

KEPADA :

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Salam Sejahtera..

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) dengan ini tampil ingin menegaskan, mengecam, menentang serta membantah sekeras-kerasnya tangkapan awam kepada rakyat biasa yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta melulu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang ini telah menimbulkan kecaman hebat daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah NGO-NGO, parti-parti politik, badan-badan swasta dan para cendekiawan.
Langkah ini adalah susulan daripada cadangan Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang dirancangkan pada 9.7.2011 di Kuala Lumpur. Tangkapan awam yang dilakukan ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang negara serta bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagan Persekutuan yang secara nyata menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan secara sama rata untuk berhimpun secara aman, bersuara dan berpersatuan. Pihak polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan & ketenteraman negara dengan moto "Tepat, Cepat & Betul" telah menyalahgunakan kuasa dengan membuli rakyat bawahan secara membabi buta.

Hanya kerana memakai baju kuning Bersih 2.0 dan mengadakan mesyuarat berkenaan sukan rakyat di Dewan JKKK, pihak polis telah menceroboh & menangkap seorang pemuda di Padang Jawa Shah Alam, 5 orang awam di Klang Parade, Timbalan AMK Pusat Sdr Khairul Anuar (Jonah) di Seksyen 24, seorang pemuda di Bangi serta 8 orang pemuda di Ampang tanpa alasan yang kukuh. Akibat daripada tangkapan secara salah ini, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melalui Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pusat dan Selangor bercadang untuk mangambil tindakan saman undang-undang terhadap pihak polis atas tangkapan secara salah ini.
DPPNS dengan ini memohon satu tindakan segera, semakan, siasatan, serta pemantauan daripada PIHAK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) atas tindakan TIDAK DEMOKRATIK, MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA, PENCABULAN UNDANG-UNDANG NEGARA SERTA TIDAK BERETIKA LAGI TIDAK BERTAMADUN INI.
DPPNS menyeru pihak SUHAKAM untuk terus bertindak secara sewajarnya bagi menjamin hak-hak kebebasan warganegara Malaysia dan Selangor daripada terus dicabul oleh pihak polis secara tidak bertamadun serta melanggar undang-undang Negara ini daripada terus berlanjutan.


Sekian, terima kasih. Wassalam.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

28 hb JUN, 2011 (SELASA) / 26 REJAB, 1432 HIJRAH

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Jun 2011 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KARAM SINGH KARAM

Posted: 28 Jun 2011 05:26 AM PDT

Biasanya kita lihat wartawan TV3 Karam Singh Walia adalah pejuang penjagaan Alam Sekitar namun dalam kes Lynas tiba-tiba beliau buat pusingan 69 atau boleh dikatakan buat pusingan U beria-ia berusaha agar penduduk Kuantan dan rakyat yang sebagai penonton agar menerima projek wang-terjun itu sebagai projek yang tidak merbahaya.oleh mendatangkan bahaya. Karam Singh pun tahu , banyak projek besar di Malaysia tidak berkualiti walau bajetnya hingga berbilion boleh runtuh sebaik siap contohnya Stadium Terengganu , pembaikian Bangunan PArlimen, Bangunan Mahkamah , jambatan di Lebuhraya Timur Barat dan banyak lagi. Kalau projek yang tidak melibatkan radioaktif boleh kantoi inikan pula projek Lynas yang jika dibanding dengan negara maju seperti Jepun pun gagal mengawalnya.
Kita ada pengalaman bagaimana berlaku di Bukit Merah di Perak.

Karam Singh sepatutnya membuat bantahan awal agar projek itu tidak diteruskan ataupun beliau patut berdiam diri sementara projek Lynas siap bagi menunggu kesan buruk Lynas nanti barulah beliau buat liputan.
Rakyat musykil kerana :
a) Kenapa projek dah dimulakan baru kajian Alam Sekitar baru nak dibuat?
b) Kajian dibuat pun berlaku bila Pakatan Rakyat membuat bantahan.



KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan tindakan kerajaan menggunakan wartawan terkenal TV3, Karam Singh Walia untuk memaksa mereka menerima hakikat tentang kewujudan kilang memproses rare earth yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini adalah selamat. Difahamkan promo tersebut telah disiarkan oleh pihak terbabit sejak beberapa hari lalu. Malah, ia dijangka akan disiarkan kepada umum ketika siaran Buletin Utama TV3 mulai hari ini 28 hingga 30 Jun 2011 ini. Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang TV3 mahu menjadi juara untuk memperjuangkan isu Lynas?. Sedangkan selama ini media terbabit dilihat terus membisu dan menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat. Langkah menggunakan Karam Singh yang cukup terkenal dengan rancangan "Aduan Rakyat" terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar itu adalah satu strategi terakhir kerajaan bagi memesongkan minda rakyat supaya menerima kenyataan tentang projek berkenaan. Jangkaan mereka, selepas TV3 menyiarkannya maka barulah pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang kononnya mengkaji tahap keselamatan kilang terbabit akan mengeluarkan kenyataan bahawa tahap radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas adalah selamat. Inilah skrip "tersembunyi" yang boleh dibaca rakyat Kuantan itu sebenarnya.

ASYIK JAGA DEMO, BUKIT AMAN DALAM BAHAYA

Posted: 28 Jun 2011 02:45 AM PDT

Sebelum nie Pakatan Rakyat dah cemoh bekas Ketua Polis Negara agar beri penjelasan dan tindakan Bukit Aman menggaji yahudi dalam Sistem IT mereka. Mereka hanya berkata "kami akan siasat dan siasat" itu saja.
Alasannya Pihak Polis Siasat Syarikat Yahudi
Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

"Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut," katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.
Macam mana projek yang melibat kepentingan strategik negara boleh terlepas kepada tangan musuh, ini perkara yang harus di siasat sedalam-dalamnya oleh bukit aman. ok ceritanya macam ni, bukit aman ada open tender untuk projek IT iaitu perkhidmatan penyelenggaraan secara preventif dan correctif kepada perkakasan,perisian dan aplikasi sistem stor material spesifik (SMS) fasa 5 untuk pdrm. (gambar bawah)

Rakyat bukan kisah apa projek yang Bukit Aman nak buat, tapi yang aku kesahkan sudah ada bau-bau yang mengatakan segala sistem dalam yang di tanderkan oleh bukit aman tu dalam keadaan bahaya, apa maksud bahaya tu? ia terdedah kepada ancaman luar. aku paham, bukit aman nak tolong orang melayu, sebap itu lah di awardkan kepada syarikat bernama nz gemilang sdn bhd, tapi adakah pihak pengurusan bukit aman menyiasat siapa yang berada di belakang syarikat tu? pada hemat aku, syarikat tu cukup bahaya kepada negara, kenapa aku kata macam tu?

Aku difahamkan syarikat NZ Gemilang ni hanyalah sebuah syarikat ali baba je, taukei sebenarnya adalah seorang cina yang dikenali sebagai lim, ok aku akan ceritakan pasal lim dan apa kaitannya dia dengan negara jiran kita, kemudian. tapi apa yang peliknya, macam mana syarikat yang bermodal 50 ribu boleh mendapat tander yang bernilai jutaan ringgit? betul ke syarikat nz gemilang ni mempunyai kelayakan untuk projek IT itu? dah berapa banyak syarikat nz gemilang dapat projek IT sebelum ni? jawapanya ialah, syarikat nz gemilang langsung tak pernah dapat apa-apa projek, buktinya korang boleh tengok gambar di bawah.

Jadi kenapa pihak pengurusan bukit aman lantik syarikat yang tak mempunyai apa-apa kelayakan untuk handle projek yang membabitkan strtegik negara? dan dengar cerita ada pegawai-pegawai di bukit aman yang menjadi tukang lobi kepada kepada kementerian dalam negeri untuk syarikat ali baba ni? mereka berpangkat DSP, SUPT dan ACP... harap bukit aman boleh siasat mereka bertiga ni.

Pendedahan nanti siapa di belakang syarikat nz gemilang dan peranan pegawai-pegawai yang berpangkat itu nanti... ini memang lagi panas beb...

PAKATAN RAKYAT TERUS CANGGIH URUS SELANGOR

Posted: 28 Jun 2011 02:35 AM PDT

Selangor cadang internet TV bagi penduduk luar bandar
Jun 28, 11 11:17am
Kerajaan negeri Selangor semalam membincangkan kemungkinan membekalkan teknologi televisyen protokol internet (IPTV) kepada penduduk luar bandar dalam usaha menyebarkan maklumat kerajaan negeri ke kawasan pedalaman.

NONEKetika mengemukakan idea berkenaan pada Dialog Bajet Selangor 2012, exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata dengan memperuntukan RM35 juta mulai perbelanjaan tahun depan, kerajaan boleh bersiaran di internet melalui TV Selangor yang dimilik negeri itu kepada penduduk luar bandar.

"Kita miliki TV Selangor, tetapi kebanyakan penontonnya adalah dari luar negara. Kenapa kita tidak pasang enkoder (IPTV) supaya ia (TV Selangor) dapat dikongsi oleh masyarkat menerusi televisyen?

"Angka RM35 juta ditimbulkan oleh speaker (Selangor Datuk Teng Chang Khim) dan kita cadangkan ia dibayar secara berperingkat," kata Rodziah.

TV Selangor adalah milik kerajaan negeri dan menyiarkan berita tempatan dan nasional serta rakaman langsung sidang dewan undangan negeri Selangor.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas pembentangan sesi tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Subang Jaya, Rodziah berkata buat masa ini 60 peratus penonton TV Selangor adalah penduduk luar negara, manakala bakinya adalah penduduk bandar di negeri itu.

"RM35 juta itu adalah bagi membekalkan enkoder bagi kawasan luar bandar, tetpai bagi yang mampu, mereka digalakkan bagi membelinya sendiri," katanya.

SPR MESTI ADIL, JUJUR, AMANAH DAN BERSIH !

Posted: 28 Jun 2011 01:13 AM PDT

SPR dan Gabungan BERSIH boleh bincang cari penyelesaian terbaik untuk semua

Merujuk kepada kenyataan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini.

Kita mengalu-alukan permintaan SPR untuk berjumpa dengan BERSIH walaubagaimanapun Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janganlah mengenakan syarat terlebih dulu sebelum berjumpa dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Sepatutnya beliau sedia berjumpa dan berbincang serta cari penyelesaian yang terbaik dulu sebelum memberi kata putus samaada perlu atau tidak demostrasi BERSIH diteruskan atau tidak.

Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini juga cadangan yang baik kalau ianya benar-benar membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengundi dari mengundi 2 kali tetapi pastikan tidak ada berlaku penyelewengan semasa proses mengundi nanti disebabkan sistem biometric boleh terjejas disebabkan oleh masalah terputusnya bekalan elektrik atau "server down". Adakah SPR bersedia menggunakan sistem biometric ini ke kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak dimana alat penghubungan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.

Adakah alat atau sistem ini boleh berfungsi dengan baik dimana bekalan elektrik sukar didapati dalam kawasan yang jauh di pendalaman kalau dibanding dengan menggunakan dawat yang boleh dibawa atau digunakan pada bila-bila masa tanpa had.

Walaubagaimana pun sistem biometric ini sesuai dalam kawasan Bandar dan juga boleh digunakan oleh pengundi POS dimana mereka akan dapat dikesan dengan baik melalui senarai nama yang ada dalam pendaftaran penggundi POS yang layak menggundi agar mereka tidak dapat mengundi berulang kali di kawasan lain.

Kalau sistem biometric ini diguna dan dikawal dengan sebaik mungkin, kita yakin masalah penyelewengan semasa proses mengundi dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya disebabkan yang mengenalinya adalah manusia yang sudah pasti ada kelemahan terkecuali mereka yang mengurus dan menjaga alat ini benar-benar amanah dan jujur. Apa yang penting mereka yang diamanahkan untuk menjaga dan mengurus alat ini mestilah mereka yang jujur dan amanah tanpa mengira fahaman politik.

Kalau SPR yakin boleh mengenalinya dengan baik dan dipersetujui oleh semua pihak tanpa sebarang keraguan maka perkara ini boleh dibincang semasa pertemuan dengan pihak yang berwajib dan dengan pihak yang berkenaan

Kita mahu SPR menjalankan sistem pilihanraya dalam Malaysia ini dijalankan dengan adil, jujur, amanah dan bersih agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan pilihan raya umum nanti dengan hati yang terbuka tanpa sebarang keraguan. Diharap perkara ini boleh dibincang dengan terperinci lagi dikalangan mereka yang diamanah untuk mengenalinya.

BELAKANG T YANG MENAKUTKAN BN BERBANDING DATUK T

Posted: 27 Jun 2011 09:15 PM PDT

BOLEH BINA 1000 BUAH RUMAH UNTUK MENTEN 2 BIJI BANGLO UMNO

Posted: 27 Jun 2011 06:21 PM PDT

Kalau dibina rumah kos rendah berharga RM50,000 dengan wang sebanyak RM48,789,115.03 rasanya kita boleh bina sejumlah 1,000 buah rumah kos rendah. Tapi sebaliknay pembaziaran amat ketara bila kos senggaraan termasuk sewa 2 buah banglo/istana ini terlampau dan melampau tinggi dan membazirkan wang rakyat. dah lah tu , rumah(ustana/banglo) disewa jer,

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

TAAT DAN WALA' DALAM PERSPEKTIF HARAKAH ISLAMIYAH

Posted: 27 Jun 2011 05:49 PM PDT

TAAT DAN WALA' DALAM PERSPEKTIF HARAKAH ISLAMIYAH

Persoalan taat dan wala' sering kali diperbahaskan oleh para pendokong
harakah Islamiah. Namun, seiring itu juga kita dapat memerhatikan gerak
kerja dan sikap para anggota harakah bersalahan dengan kefahaman taat dan
wala'. Tulisan ringkas ini bertujuan menjelaskan pengertian taat dan wala'
kepada setiap individu yang bergabung dengan gerakan Islam dalam negara ini.
Ketaatan kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri adalah suatu kewajipan yang
diperintahkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran.
Firman-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan
Rasul dan Ulil-Amri (pemimpin di kalangan kamu)". [ Surah An Nisa':59 ]
Taat kepada Allah dan Rasul


Imam Ibnu Jarir At Tabari R.H dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini
bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah pada segala
perintah dan larangan-Nya. Taatilah kamu kepada Rasulullah kerana ketaatan
kamu kepada Rasul merupakan ketaatan kepada Allah. Kerana ketaatan kamu
kepada Rasul itu adalah perintah dari-Nya".

Kata Imam At Tabari lagi dalam meriwayatkan pendapat para ulama mufassirin
yang lain,"Ayat ini adalah perintah Allah supaya mentaati Rasulullah S.A.W
sewaktu baginda hidup pada segala suruhan dan larangannya serta mengikut
sunnahnya setelah kewafatannya".

Taat kepada Ulil Amri

Para ulama mufassirin berbeza berkenaan maksud Ulil Amri di antaranya :
1. Para pemimpin.
2. Para ulama, fuqaha' dan agamawan.
3. Para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W.
4. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.


Pendapat yang rajih (kuat) di sisi Imam At Tabari maksud Ulil Amri
berdasarkan hadis-hadis yang sahih daripada Nabi S.A.W, Rasulullah
memerintah agar taat kepada pemimpin selagi mana pemimpin itu taat kepada
Allah dan menjaga kemaslahatan umat Islam.
Dalam menjelaskan perkara ini al-Hafiz al-Imam Ibnu Katsir meriwayatkan
dalam tafsirnya sebuah peristiwa yang berlaku ketika mana Nabi S.A.W
menghantar sekumpulan tentera yang diketuai seorang lelaki dan memerintahkan
para sahabat supaya taat kepadanya. Sampai di suatu kawasan, lelaki tersebut
mengarahkan agar dikumpulkan kayu api dan dinyalakan. Lalu dia memerintahkan
semua tentera agar terjun ke dalam api tersebut.

Kemudian ada seorang tentera membantah lalu diadukan hal itu kepada
Rasulullah S.A.W apabila mereka kembali kepada Baginda. Lalu Rasulullah
S.A.W bersabda :
"Sekiranya kamu memasuki api itu, kamu tidak akan keluar darinya
selama-lamanya. Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara yang makruf
(baik)".

Dalam hadis yang lain, Abdullah Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda :
"(Kewajipan) mendengar dan mentaati seseorang pemimpin Islam itu adalah pada
perkara yang disenangi atau tidak senangi, selagi mana tidak disuruh
melakukan maksiat. Jika disuruh melakukan maksiat, maka tiada lagi
(kewajipan) mendengar dan mentaati".

Rasulullah menuntut Para Sahabat dari kalangan Ansar agar berjanji untuk
memberi ketaatan dalam peristiwa Bai'at Al Aqabah Kedua sebelum Baginda
S.A.W bersetuju untuk melakukan hijrah ke Madinah. Di dalam perjanjian itu
Rasulullah bersabda :

"Berbai'ahlah kepadaku supaya memberi ketaatan ketika rajin dan malas,
sanggup berinfak (harta) di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan
menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menegakkan agama
Allah tanpa menghirau celaan orang, sanggup menolong aku apabila aku tiba ke
tempat kamu (Madinah) dan sanggup mempertahankan nyawa aku sebagaimana kamu
mempertahankan nyawa kamu, isteri-isteri kamu, anak-anak kamu dan bagi kamu
syurga".

Jelaslah berdasarkan nas-nas Al Quran dan Hadis bahawa ketaatan kepada Allah
dan Rasul-Nya adalah bersifat wajib dan mutlak. Manakala ketaatan kepada
Ulil Amri (para pemimpin) tidak bersifat mutlak. Ia bergantung kepada sejauh
mana pemimpin Muslim taat kepada Allah dan Rasulullah. Ketaatan itu hanya
pada perkara yang makruf dan bukan dalam perkara maksiat.

Pengertian Wala'
Menurut Muhammad Said Al Qahtani dalam kitabnya Al Wala' wal-Barra' fil
Islam, pengertian wala' dari segi istilah syarak ialah :
"Memberi pertolongan, kecintaan, kemuliaan dan penghormatan. Ini dilakukan
kepada mereka yang diberikan wala' itu secara zahir dan batin".
Di dalam Al Quran, Allah menjelaskan wala' itu hanya diberikan kepada Allah,
RasulNYA dan orang-orang yang beriman. Hanya kepada mereka diberikan
pertolongan dan kasih sayang berdasarkan aqidah dan keimanan. Firman Allah
Taala :

"Hanya sesungguhnya wali (pelindung dan penolong) kamu ialah Allah,
Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, menunaikan
zakat dan mereka itu sentiasa tunduk dan patuh (kepada Allah).." [ Surah Al
Maidah:55 ]

Imam At Tabari menafsirkan ayat ini dengan katanya,"Tiadalah bagi kamu
sebarang wali (pelindung) dan penolong melainkan Allah dan Rasul-Nya dan
orang-orang yang beriman yang disebutkan dalam ayat ini sifat-sifat mereka".
Mereka mestilah orang-orang yan mendirikan solat dan menunaikan zakat. Iaitu
menunaikan hak Allah dan hak sesama manusia serta tunduk dan patuh kepada
segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Ketaatan Yang Dituntut Dalam Harakah Islamiah
Dalam gerakan Islam, ketaatan itu mestilah diberikan oleh para anggota
harakah kepada pemimpin. Ketaatan itu lahir daripada sikap saling
mempercayai di antara pemimpin dan para pengikut. Para pengikut pula
mentaati pemimpin atas dasar ketaatan pemimpin itu kepada Allah dan
Rasul-Nya serta berjuang menegakkan agama Allah.
Ini hanya berlaku apabila pemimpin berkenaan mempunyai keikhlasan dan
menunjukkan contoh pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada
perjuangan yang didokong secara jama'ie oleh semua anggota harakah Islamiah.
Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, ketika rajin dan malas, di waktu
senang dan susah, di masa lapang dan sibuk dan dilaksanakan dalam perkara
yang tidak maksiat. Justeru itu, kegagalan anggota gerakan Islam mengikut
arahan kepimpinan dari masa ke semasa akan mencacatkan perjalanan gerak
kerja jamaah dan menyebabkan berlaku kepincangan dalam parti.

Pengajaran daripada peperangan Uhud sudah cukup memberi iktibar kepada kita
tentang sekumpulan tentera pemanah yang melanggar arahan Nabi S.A.W apabila
mereka meninggalkan bukit untuk mengaut harta ghanimah. Akhirnya tentera
Islam mengalami kekalahan.

Dalam konteks Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul
Hadi Awang menyebut berkenaan ketaatan dan wala' yang dituntut dalam gerakan
Islam di negara ini :
A) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan
dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut
yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang
mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh
membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.


B) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh
anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak
boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera
masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu
sama lain.

C) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di
dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang
yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.
Wala' dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)
Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala' itu kepada beberapa aspek yang perlu
diberikan penekanan.

a) Wala' terhadap aqidah perjuangan
Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala' dalam aspek ini
berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya,
wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan
segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada Rasul yang
wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.
Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala' kepada Allah dan rasul secara
mutlak kepada Al Quran dan Al Hadis yang menjadi rukun dan hukum tertinggi
bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti
Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala' kepada Jamaah
Menurut rukun dan hukum, adalah haram seseorang ahli yang telah memberi
bai'ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala' kepada kumpulan lain samada
yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah
dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan
jenteranya.

Adapun wala' kepada jamaah itu bergantung kepada wala' jamaah terhadap
aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli
mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala' kepada pemimpin
Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang
penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian, wala'
kepada pemimpin dalam pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh
tanggungjawab. Wala' ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga
bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Adakah kita benar-benar memberi wala' kepada pemimpin Harakah Islamiah
(PAS)?
Jika kita memerhatikan sikap dan ragam mereka yang mengaku bergabung dengan
Harakah Islamiah (PAS) akhir-akhir ini, ternyata mereka tidak mempunyai
ketaatan dan tidak bersikap wala' kepada pimpinan jamaah.
Seperti mana yang telah kita ketahui bahawa wala' itu ialah memberi
pertolongan, perasaan kasih sayang, kemuliaan dan penghormatan. Ini
dilakukan kepada pimpinan yang diberikan wala' itu secara zahir dan batin.
Wajib anggota harakah menunjukkan sikap wala' iaitu menghormati, mengasihi,
mentaati dan membantu pimpinan sama ada secara peribadi yang zahir mahu pun
naluri yang tercetus dalam hati. Menunjukkan sifat bermuka-muka secara
berhadapan dan menyembunyikan sifat hasad dan kebencian dalam hati hanyalah
menyerupai perangai yang dilakukan oleh orang-orang munafik kepada
Rasulullah S.A.W.

Sikap memburuk-burukkan pimpinan yang dilakukan oleh sesetengah individu
secara terang-terangan, melalui laman web, laman sosial dan sebagainya atas
nama kebebasan bersuara tidak mencerminkan sifat mereka yang berakhlak dan
memahami dengan sebenar-benarnya konsep taat dan wala' dalam perspektif
Harakah Islamiah.

Sesungguhnya kemenangan itu hanya akan datang apabila kesemua ini dapat
direalisasikan bersama oleh para pejuang Islam dalam akhlak berjamaah.
Perhatikan firman Allah Taala ini :
"Dan sesiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi
penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti
mendapat kemenangan. Iaitu: orang-orang yang menjadikan Allah, RasulNya dan
orang-orang yang beriman sebagai penolongnya". [ Surah Al Maidah:56 ]

Oleh: Imran al-Malizi
( imran_almalizi@yahoo.com)

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 28 Jun 2011 01:34 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Iringi Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum

Posted: 27 Jun 2011 09:02 PM PDT

images/stories/Jun2011/sungaibatumerbok 046.jpg
Merbok - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.


Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar,  Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).

"Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya," katanya.

Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.

Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.

"Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa," ujarnya.

Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato' Dr. Hamdan Mohamed Khalib. 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 28 Jun 2011 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kenapa kerajaan takut sangat pada BERSIH ?

Posted: 27 Jun 2011 11:39 PM PDT


Credit to Blogger Legendz

Saya terfikir apakah sebenarnya yang di takutkan oleh Kerajaan BN hari ini rentetan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan di adakan pada 9 Julai nanti. Saya beranggapan bahawa tekanan demi tekanan terhadapa perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini adalah yang paling kuat di kenakan oleh Kerajaan. Hal ini di sebabkan beberapa factor:

1) Kemerosotan pengaruh rakyat kepada BN semakin merundum. Pasca beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak menjadi petunjuk. Atas sebab itu hari ini tarikh pilihanraya hanya Najib sahaja yang tahu. Beliau masih berteka-teki untuk mencari masa yang tepat di saat rakyat Melayu kekal setia dan bukan Melayu kembali yakin kepada BN untuk mengumumkan tarikh walaupun kononnya diwar-warkan sebelum ini pada 11.11.11.

2) Penentangan kepada SPR sama ertinya penentangan kepada kerajaan BN. Ini kerana SPR selaku badan pengatur piliharaya adalah talian hayat BN walaupun ada suara yang mengatakan SPR sememangnya sudah telus, masakan tidak pakatan rakyat mampu menang 5 buah negeri. Ya, ada juga yang menjawab andai SPR telus bukan sekadar 5 buah negeri, bahkan 10 buah negeri pun mampu di menangi Pakatan Rakyat. Tidakkan kita sedar usaha kea rah kemenagan untuk 5 buah negeri dan kawasan lain ketika PRK itu pun sudah melalui jalan yang sukar berhadapan ketidak telusan SPR. Buktinya BERSIH 1.0 juga di laksanakan bagi menuntut hak.

3) 8 tuntutan dalam BERSIH kepada SPR tidak meguntungkan dan merugikan mana-mana pihak. Secara logiknya, tuntutan tersebut hanya menuntut hak, bukan menuntut suatu material seperti wang atau peruntukan lain, ia tidak bersifat bias, dan ada di antara tuntutan tesebut telah pun di akui oleh SPR sebelum seperti penggunaan dakwat kekal bahkan telah di laksanakan di Negara-negara lain seperti di India. Namun di kaca mata pemimpin BN, 8 tuntutan ini sememangnya sangat merugikan mereka.

4) Dari sudut isu, BN sebenarnya telah kalah, banyak isu yang di cetuskan oleh BN telah di jawab maka peluang BN adalah dari sudut teknikal. Oleh itu tidak hairan hari ini BN memperalatkan SPR dan beberapa jentera Kerajaan dan Bebas untuk kepentingan mereka seperti contoh di Sabah telah di kesan SPR mendaftarkan pengundi bagi pendatang asing, begitu juga di Selangor seperti yang telah di dedahkan Ahli PArlimen Ampang, YB Zuraidah. Lihat pula bagaimana Polis di pergunakan, menangkap sesuka hati walau sekadar memakai baju, undang-undang dan perlembagaan tolak ketepi. Hari ini ugutan oleh Pemuda UMNO dan PERKASA untuk membakar pejabat PKR juga tidak di endahkan polis walaupun mereka ada ketika itu. Jelas Polis di peralatkan BN-UMNO.

5) Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang ingin kan perubahan kepada system politik Negara. Anggaran 500ribu rakyat yang akan turun ke BERSIH 2.0 nanti adalah lambang ketakutan kepada BN yang sebelum ini juga pernah membuat pelbagai cara menarik sokongan rakyat khususnya kaum muda dengan perhimpunan 1 juta Belia walaupun tidak sampai 1 juta. Program Juara Rakyat seluruh ceruk kawasan hanya menarik sokongan orang-orang kampong yang kebanyakkan telah berumur di mana saluran ini sudah kekal menyokong mereka dan tidak memberi kesan besar untuk menambah undi mereka. PRN Sarawak menjadi contoh.

6) Menganggap kononnya akan berlaku rusuhan dan huru-hara seperti di Mesir, Algeria, Tunisia dan lain-lain. Sedangkan situasi Malaysia sangat berbeza dengan Negara-negara tersebut atas beberapa sebab,

i) ini bukan pertama kali perhimpunan bersar-besaran yang di lakukan, sebelum ini himpunan BERSIH 1.0, PPSMI, GMI, PROTES juga pernah di lakukan. Tiada dalam sejarah perhimpunan jalanan ada kereta terbakar, kedai dan rumah di pecah masuk,

ii) pihak penganjur sendiri telah beri jaminan untuk perhimpunan yang aman, tanpa senjata dan bebas provokasi. Soalnya sekarang pihak polis sendiri tidak pernah memberi jaminan untuk keselamatan rakyat dan Negara.?

7) Menganggap perhimpunan tersebut merugikan ekonomi Negara. Jawapan kepada persoalan ini banyak telah di jawab. Persoalannya andai di katakana rugi sekalipun pada 9 Julai nanti, adakah rakyat tidak sedar bahawa kerugian bertahun-tahun yang di lakukan BN dalam memerintah Negara? Hari ini sahaja hutang Negara mencecah lebih RM400bilion.

Kesimpulan, kerajaan BN tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai alasan dan tekanan. Hari ini rakyat menilai melalui ruang maklumat dan media baru yang ada. Tekanan demi tekanan tidak akan membuatkan rakyat terdesak bahkan ianya akan mendesak lagi kerajaan untuk membenarkan rakyat berhimpun, walaupun kerajaan sendiri membelakangkan undang-undang dan perlembagaan yang di buat sendiri. Cukuplah menyekat hak dan kebebasan rakyat sebelum BN di hukum pada PRU13 nanti.

DUN Lembah Jaya

Posted: 28 Jun 2011 11:12 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Pertemuan Dengan Wakil Penduduk Kaum Cina: Pelbagai Persoalan Terjawab

Posted: 27 Jun 2011 06:32 PM PDT


25 Jun 2011, Taman Dagang Jaya - Mesra menyambut kedatangan wakil penduduk kaum Cina Taman Seri Ampang/Seri Watan jam 10:00 pagi ini, YB Khasim, Saudara Zainal Abidin Ghafar selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Kawasan Ampang serta Ketua PAS Cawangan Taman Seri Ampang Tuan Haji Fooad Yaakob menjawab dan berkongsi pelbagai permasalahan yang diajukan oleh mereka. Turut hadir Ketua Kampung Tasek Permai Encik Che Yusof Che Mat dan Pegawai Pejabat DUN Saudara Azhar Sabirin.

Antara permasalahan yang diajukan ialah masalah penduduk yang mengidap penyakit buah pinggang, pendaftaran ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan sebagainya. Kehadiran dan kerjasama mereka pada hari ini sebenarnya memantapkan lagi persepakatan Pakatan Rakyat di negeri Selangor khususnya di DUN Lembah Jaya. Majlis berakhir jam 12 tengah hari.



Berfikir.. Hj Fooad (kiri) dan Azhar

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 28 Jun 2011 11:06 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Presiden PAS Menyeru Semua Ahli Dan Penyokong PAS Menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0

Posted: 27 Jun 2011 11:28 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Jun 2011 10:00 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kes jenayah semakin membimbangkan di Seremban

Posted: 27 Jun 2011 09:16 PM PDT



Bimbang penjenayah berkeliaran di kawasan rumah
Sinar Harian 28 Jun 2011

SEREMBAN – Penduduk Taman Dusun Setia, di sini menggesa pihak berkuasa terutama polis melakukan rondaan lebih kerap bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan taman tersebut.

Seorang peniaga di taman berkenaan, T.Veerasamy, berkata, kedai runcitnya sudah dua kali dimasuki pencuri sejak kebelakangan ini.

"Pada 20 Mei, kedai saya dimasuki pencuri dan mencederakan saya sekeluarga. Kejadian menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000.

"Akibat kejadian itu, saya sekeluarga tidak tinggal di rumah kedai ini sebaliknya menyewa di tempat lain kerana masih trauma dengan kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di taman perumahan berkenaan.

Veerasamy berkata, bukan sahaja kedainya dirompak, malah kebanyakan rumah penduduk taman tersebut juga turut mengalami nasib sama.

"Penduduk amat bimbang akan keselamatan harta benda dan diri apabila banyak kejadian rompakan berlaku di kawasan ini.

"Keselamatan penduduk ibarat hujung tanduk kerana tiadanya pihak berkuasa mahupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengawal kawasan taman ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang membuat lawatan ke taman tersebut berkata, pihaknya sudah memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa, namun masih tiada tindakan sehingga kini.

"Bukan sahaja kejadian rompakan, malah jenayah seperti ragut juga kerap berlaku di kawasan ini, sekali gus membuatkan penduduk berasa takut hendak keluar rumah sendirian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9230536.asp

Litar lumba mini, satu lagi Projek Gajah Putih N.Sembilan

Posted: 27 Jun 2011 09:15 PM PDT



Adakah Litar Lumba Mini di Seremban ini merupakan salah satu lagi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan antara beberapa koleksi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan ? Beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini yang dilaporkan pada pautan berikut http://gajahputihn9.blogspot.com/

Litar lumba mini terbiar sepi
Sinar Harian 28 Jun 2011

SEREMBAN – Tujuannnya untuk memberi peluang kepada orang ramai menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Bagaimanapun, pembinaan litar lumba mini di Seremban 2, di sini seolah-olah satu pembaziran.

Ini kerana, litar yang popular dengan aktiviti kereta kawalan jauh sejak kira-kira dua tahun lalu itu kini terbiar tanpa sebarang aktiviti, berbanding sebelum ini sebanyak enam kali setahun pertandingan dianjurkan di situ.

Bagaimanapun, disebabkan litar tidak sekata dan tiada kemudahan asas untuk orang ramai, ramai pengemudi kereta mini lari dan bertanding di negeri lain.

Pengerusi Kelab Speed Sideway RC Car Club (SSRCCC) Negeri Sembilan, Mohd Nizar Abd Jabbar berkata, setiap kali pertandingan kereta kawalan jauh dianjurkan di Seremban, peserta sering berdepan situasi kenderaan mereka aterjejas akibat litar kasar dan tidak sekata.

"Kita bukannya nak perhatian lebih, tetapi litar yang ada ini amat teruk dan tidak sesuai lagi dengan kereta kawalan jauh.

"Peserta akan berhadapan dengan masalah tayar dan kondisi kereta yang tidak baik selepas bertanding di litar ini. Selain itu, kemudahan untuk peserta dan pengunjung yang menyaksikan perlumbaan ini juga tiada di sini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Nizar berkata, disebabkan masalah itu, tiada lagi pertandingan diadakan di situ berbanding awal pembinaannya pada 2009.

"Saya juga pernah menyusulkan surat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk mereka membaik pulih kawasan litar ini agar lebih ramai yang turun beraksi, namun sehingga kini belum ada jawapan," katanya.

Mohd Nizar berkata, aktiviti kereta kawalan jauh itu mempunyai pengikut ramai terutama dari seluruh negara, sekali gus mewujudkan aktiviti sihat kepada golongan muda.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9234362.asp

Hutan simpan N.Sembilan diceroboh tanpa tindakan?

Posted: 27 Jun 2011 09:14 PM PDT



Ketenteraman penduduk terganggu!
Sinar Harian 28 Jun 2011

KAMPUNG SUNGAI RAYA – Ketenteraman dan keselesaan penduduk semalam hampir 40 tahun hidup dalam suasana kampung di Kampung Sungai Raya kini terganggu!

Penduduk mendakwa semuanya itu gara-gara projek penanaman pokok gaharu dan ternakan burung walit yang dijalankan di atas tanah seluas 20 hektar yang merupakan hutan simpan dan timbul persoalan mengapa projek ini boleh diluluskan sehingga mengakibatkan hutan digondolkan.

Seorang penduduk, S Siva Kumar, 35, berkata, akibat penggondolan hutan itu penduduk di sini terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

"Hutan ini mula digondolkan kira-kira 10 tahun lalu, di mana kayu balak mula ditebang dan dibawa keluar dari hutan berkenaan melalui jalan-jalan di kampung ini secara 'senyap' tanpa diketahui penduduk. Namun, aktiviti itu terhenti seketika dan sekitar setahun lalu, projek ini bermula semula.

"Akibatnya, penduduk yang terpaksa menanggung kesan buruk daripada aktiviti itu yang dilihat lebih memberi keuntungan kepada sebelah pihak," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Siva Kumar berkata, penduduk berhampiran terpaksa berkongsi jalan kampung dengan pelbagai jenis kenderaan berat seperti jentolak yang digunakan untuk projek terbabit sehingga mengakibatkan jalan rosak.

Lebih membebankan, katanya, rumah penduduk dilanda banjir lumpur kira-kira dua minggu lalu dan ia adalah kejadian paling buruk pernah berlaku.

"Seminggu kemudian kejadian sama berlaku tetapi tidak terlalu teruk. Namun semua air dari tempat projek itu yang terletak di bukit mengalir bersama tanah lumpur hingga membanjiri kawasan kebun dan rumah tidak sampai satu jam.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa banjir mendapat bantuan polis untuk membersihkan banjir lumpur yang masuk ke rumah dan mengalami kerugian besar," katanya.

Semua pihak berwajib telah turun padang, termasuk pengurus projek berkenaan dan mereka berjanji akan membina parit besar bersempadan dengan lereng bukit projek dijalankan dan rumah penduduk dalam tempoh secepat mungkin.

Siva Kumar berkata, parit itu belum digali sehingga kini dan mereka hanya membina empangan tanah di lereng bukit kononnya untuk menyekat aliran lumpur, tetapi tidak berkesan kerana limpahan air yang banyak memusnahkan empangan.

Malah, menurutnya, jalan kampung yang rosak hanya diturap dengan batu manakala jambatan yang hampir roboh dibiarkan begitu sahaja.

"Akibatnya, sekali lagi penduduk di sini dilanda banjir lumpur pada Sabtu lalu.

"Oleh itu, sebuah longkang sementara kemudian dibina di hadapan rumah penduduk selepas diarahkan secara keras oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rohana Nasir, 57, berkata, jika benar kerajaan meluluskan projek di atas tanah rezab hutan simpan ini, semua pihak berkaitan perlu memantau projek itu secara telus.

"Saya sendiri hairan bagaimana projek ini boleh dibangunkan di hutan simpan ini dan sekarang ternyata memberi beban besar kepada rakyat.

"Saya juga amat berharap agar semua pihak berkaitan mengkaji semula secara terperinci dari semua aspek bagaimana projek ini diluluskan. Kami bimbang sekiranya terdapat unsur 'kotor' atau memang diluluskan kerajaan," katanya.

Menurutnya, penduduk di sini juga sangat mengharapkan agar ada pembelaan segera yang diterima, termasuk langkah pencegahan dilanda banjir lumpur sekali lagi, memandangkan sekarang ini musim hujan.

"Hujan yang tidak sampai satu jam boleh mengakibatkan banjir lumpur yang teruk seperti mana yang kami alami dua minggu lalu, akibatnya banyak harta benda yang musnah," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9237206.asp

Pemuda Guchil

Posted: 28 Jun 2011 09:55 AM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 28 Jun 2011 07:49 AM PDT

i n t a n h i j a u


KUNING ITU BERSIH..BERSIH ITU KUNING...

Posted: 28 Jun 2011 07:47 AM PDT

SEWA RUMAH PM, TPM RM18 RIBU SEHARI...

Posted: 28 Jun 2011 04:13 AM PDT


KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat
Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.
"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.
"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.(harakahdaily)

Pemuda PAS Merbok

Posted: 28 Jun 2011 07:28 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


HIKMAH PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

Posted: 28 Jun 2011 01:04 AM PDT

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Q.S. Al-Israa': 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi "Sidratul-Muntaha"; yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." (Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Q.S. Hud: 114).

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai 'Amulhuzn' (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui."

Landskap Siasah

Posted: 28 Jun 2011 07:05 AM PDT

Landskap Siasah


Isu negara komunis lapuk dah...

Posted: 27 Jun 2011 09:23 AM PDT

35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Duabaru-baru ini.

SUARAM antara penggerak BERSIH dan banyak mendidik masyarakat berkenaan peraturan dan undang-undang dalam BERSIH dan perhimpunan aman.

Kesian SUARAM, sudahlah berjuang untuk menuntut pilihanraya yang adil, telus..kena pula tuduh ingin bangunkan negara komunis....

Kerajaan tiada idea terpaksa buka kamus lama perang saraf tahun 50-60an ala ago go.

Yang percaya adalah pembaca setia UTUSAN...

Golongan muda......tak jalan dah kempen ni

Sambutan 100 tahun Masjid Jamek Lama Gopeng...berjaya diimarahkan..

Posted: 27 Jun 2011 08:50 AM PDT

Kelmarin, 26 Jun 2011(Ahad), saya dan isteri menghadiri sambutan 100 tahun Masjid Jamek Lama Gopeng yang terletak di tengah pekan lama Gopeng. Jarak masjid dekat sahaja dengan rumah warisan Cina Gopeng dan Muzium Gopeng.

Saya dan isteri mengedar risalah 'Jom Imarahkan Masjid Jamek Lama Gopeng' yang kami susun isinya atas permintaan Saudara Abu Bakar (Pemuda Masjid Jamek Gopeng). Memang buat risalah dan edar risalah telah menjadi darah daging saya, ia tidak menjadi masalah.

Bahagian pameran turut disertai pihak Hospital Slim River, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan beberapa agensi termasuk Jabatan Mufti. Yang menariknya, Jabatan Mufti mengedar beberapa bahan bacaan secara percuma.

Pelbagai pertandingan dan permainan disediakan. Aktiviti dan pameran yang diadakan turut menarik perhatian pengunjung termasuk golongan Cina Gopeng sendiri! Pemandangan yang sukar di dapati di kawasan lain.

Masjid menjadi terbuka dan mesra apabila setiap permainan dan acara seperti urutan tradisional dan kuiz explorace diadakan di dalam dan di persekitaran masjid.

Saya dan isteri menyertai pertandingan Explorace dan kami menjadi johan pertandingan!

Menariknya bukan pada hadiah, tetapi isi pertandingan. Bayangkan anda akan melihat golongan remaja, anak muda dan kanak-kanak berkejaran, berpusu-pusu masuk ke masjid untuk mengira batang tiang hijau dalam masjid, menyalin senarai nama penceramah kuliah bulanan, berusaha mengira bilangan kipas serta mengenali Imam, Siak dan Bilal kerana ingin memenuhi kehendak soalan kuiz. Masjid menjadi mesra kepada anak muda dan remaja.

Acara yang berlangsung bertambah meriah dengan pertandingan Paintball yang dikenakan bayaran RM 3 sahaja. Bagi saya, permainan kontemporari sebegini jika dieratkan dengan masjid cukup dijiwai oleh para anak muda.

Ramai juga anak muda dan pelawat yang menderma darah. Isteri saya juga turut menderma darah buat kali pertama dalam hidupnya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., masjid pernah dijadikan medan untuk pelbagai acara rakyat dan komunikasi kebudayaan. Kini di Gopeng, saya juga berpeluang menyaksikannya. Tujuan permainan hanya satu...memecah blok dan jarak antara anak muda dan remaja dengan masjid. Walaupun mungkin beberapa minit sahaja berkejaran dalam masjid, tapak masjid telah berjaya menjadi kawasan mereka melakukan aktiviti dan pasti ia akan menggamit hati mereka dengan izinNya.

Beberapa remaja kelihatan bangga apabila mereka diminta membantu ramai peserta kuiz yang perlu menyenaraikan nama remaja yang mewakili masjid dalam perlawanan bola sepak. Penghargaan masjid kepada remaja ini amat tinggi.

Remaja ini bukan sekadar diikat dan dibangunkan atas nama belia, hiburan atau atas tujuan biasa yang mensia-siakan umur mereka, sebaliknya remaja ini akan diasuh dan dijadikan sahabat masjid yang setia dan berjasa untuk agama. Bakat mereka dalam bidang tahlil, azan dan sebagainya akan digilap untuk masa depan ummah bukan seperti sesetengah masjid yang tidak pernah mengizinkan remaja melaungkan azan atau berperanan dalam masjid atas sikap ego dan pesimis terhadap remaja.

Sambutan 100 tahun ini dirasmikan oleh YB Dr Lee Boon Chai AP Gopeng, ADUN Teja dan Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Gopeng) dengan mepeaskan belon hijau putih beserta banting ke udara.....

Tahniah ahli jawatankuasa Masjid Jamek Lama Gopeng....saya begitu gembira sehingga membeli sehelai T Shirt berlogo Masjid Jamek Lama Gopeng untuk kenangan keluarga kami.....


Muhammad Nuruddin Bashah dan Isteri


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Jun 2011 01:10 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Lawatan Rasmi : Najib Dan Rosmah Belanja RM 17 Juta Sejak 2008

Posted: 28 Jun 2011 01:00 AM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja

"Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya," kata Tian ketika ditemui Keadilandaily.

Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara.

"Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik?

"Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah.

"Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan," soal Tian Chua.

Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Keadilandaily

SALAHGUNA KUASA: SPRM DIMINTA SIASAT HAMIDAH

Posted: 28 Jun 2011 12:45 AM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini.

Kami melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara 'pilih kasih'.

Kami melihat Datuk Hamidah Osman jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah.

Kami meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama 'diletakkan di bawah karpet sahaja'

SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Masa untuk PAS Pulau Pinang bina kekuatan

Posted: 28 Jun 2011 12:33 AM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 28 Jun: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man menyeru semua anggota perhubungan negeri dan ahli bekerjasama untuk membina kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Justeru, beliau berkata, perlantikan jawatankuasa PAS negeri sesi 2011-2013 berdasarkan pengalaman dan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan sama ada ketika PAS berada di bawah ataupun atas.

Walaupun sedar pemilihan mereka tidak dapat memenuhi inspirasi semua ahli namun beliau berharap mereka dapat membantu bagi mengeratkan kesepakatan antara parti gabungan Pakatan Rakyat serta membina kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

Jawatankuasa itu, katanya bukan datang daripada dirinya sendiri malahan hasil perbincangan dengan ahli yang prihatin untuk melihat PAS Pulau Pinang meningkatkan prestasinya.

"Teka teki siapa yang akan dilantik dah pun terjawab. Kini masanya semua ahli bekerjasama untuk membina kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak.

"Marilah bersama membantu memperkukuhkan PAS agar ianya mencapai kecemerlangan di Pulau Pinang," ujarnya selepas mesyuarat pembentukan PAS negeri sesi 2011-2013 bertempat di bilik mesyuarat Tuan Husain Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.

Timbalan Pesuruhjaya 1 diamanahkan kepada Ustaz Khalid Man, Timbalan Pesuruhjaya 2, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya 3 pula Ustaz Fauzi Yusuf.

Setiausaha Perhubungan pula dijawat oleh bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Noor Harun.

Sementara itu tiga orang penolong setiausaha dimandatkan kepada Alzarizal Ahmad, Izuree Ibrahim dan Jamil Abdul Rahman.

Bekas setiausaha, Fadhil Kemi diberikan tanggungjawab sebagai Bendahari. Ketua Penerangan bertukar kepada Bukhori Ghazali dan Rosidi Husein dipertangungjawabkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN)

Antara Jawatankuasa tambahan yang turut dilantik ialah Fahmi Abdul Wahab, Jamaludin Said, Marziah Khamis, Mohd Helmi Harun, Ustaz Rizaludin Yahya dan Ustaz Mahadi Abdullah.

Mohd Sabri Said

Air kencing ada bahan radioaktif

Posted: 28 Jun 2011 12:25 AM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Pencemaran radiasi ditemui di kalangan penduduk Fukushima

TOKYO: Seramai 15 penduduk Fukushima daripada kawasan luar dan bandar Kawamata didapati mempunyai lebih 3 milisievert radiasi dalam air kencing 15 penduduk yang mengesahkan pendedahan radiasi dalaman, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin.

Kedua-dua kawasan terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari loji kuasa nuklear Fukushima No.1 yang melepaskan bahan radioaktif ke udara sejak kejadian 11 Mac lalu apabila gempa bumi disusuli tsunami menyebabkan teras utama kemudahan berkenaan lebur.

"Ini bukan menjadi masalah jika mereka tidak memakan sayur atau produk lain yang tercemar. Tetapi, ini menandakan mereka semakin bermasalah jika meneruskan kehidupan di kawasan ini," kata Nanao Kamada, profesor madya biologi radiasi di Universiti Hiroshima.

Kamada bersama sepasukan doktor termasuk Osamu Saito dari Hospital Watari di bandaraya Fukushima menjalankan dua pusingan ujian terhadap setiap penduduk pada awal dan akhir Mei, menggunakan sampel air kencing daripada 15 penduduk berusia antara 4 dan 77 tahun.

Kesan radioaktif ditemui pada kedua-dua ujian yang dijalankan kepada setiap penduduk. Iodin radioaktif setinggi 3.2 milisiervert dalam enam penduduk wujud dalam kajian pertama tetapi tiada dalam ujian kedua.

Data itu menunjukkan pendedahan dalaman terkumpul adalah antara 4.9 hingga 13.5 milisieverts, menjadikan jumlah besar adalah antara 4.9 hingga 14.2 milisievert sepanjang dua bulan terbabit, kata mereka. – Agensi

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR

Posted: 27 Jun 2011 11:30 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu," katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.
Rozan (kiri) membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya," katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

malaysiakini/-

Bersih 2.0: Polis siasat Anwar petang ini

Posted: 27 Jun 2011 11:25 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Kenyataan dikeluarkan ibu pejabat PKR malam tadi menyebut Anwar akan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Polis meneruskan siasatan berhubung tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini dengan yang terbaru memanggil Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan dikeluarkan ibu pejabat PKR malam tadi menyebut Anwar akan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields (awal bulan ini).

"Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan mengenai perhimpunan Bersih," kata kenyataan itu lagi,

Kenyataan itu menambah, Notis 111 yang dikeluarkan polis menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok (hari ini), pukul 5 petang," katanya lagi.

Semalam, pihak polis telah mengambil keterangan daripada pengerusi Bersih, presiden Perkasa dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai ini manakala Perkasa dan Pemuda Umno dengan sokongan beberapa komponen Barisan Nasional mahu mengadakan perhimpunan balas.

Selain tiga wakil itu polis juga menyoal siasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said semalam.

malaysian insider/-

Libya tolak waran ICC tangkap Gaddafi

Posted: 27 Jun 2011 10:00 PM PDT

TRIPOLI, 28 Jun — Libya menolak waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atas Kol Muammar Gaddafi sambil menegaskan, tribunal itu tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Semalam, ICC mendakwa pemimpin Libya itu (gambar) melakukan jenayah kemanusiaan.

Mahkamah itu berkata ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Muammar ada mengeluarkan arahan agar mengadakan tindakan ketenteraan ke atas orang awam ketika kebangkitan rakyat selama empat bulan.

ICC, yang berpejabat di The Hague, juga mengeluarkan waran tangkap ke atas dua pembantu kanannya iaitu anaknya Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Sanussi.

Beribu-ribu orang dipercayai terbunuh dalam konflik itu. — Agensi

Pencuri bakar kereta Ferrari

Posted: 27 Jun 2011 09:31 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

SYDNEY - Sebuah kereta Ferrari California bernilai A$500,000 (RM1.6 juta) dicuri dari rumah salah seorang individu terkaya di Australia sebelum kenderaan mewah itu ditemui terbakar di dalam semak, semalam.

Usahawan perlombongan, Nathan Tinkler dilaporkan sedang tidur semasa pencuri memecah masuk rumah rehatnya di Sydney, Sabtu lalu.

Selain mengambil beberapa jam tangan, komputer bimbit dan sebuah kamera digital, pencuri yang masih belum dikesan itu juga membawa lari kereta Ferrari California milik Tinkler, iaitu salah sebuah daripada hanya beberapa unit di Australia.

Polis kemudian mengesahkan kereta milik jutawan berumur 35 tahun itu ditemui rentung, semalam.

sinarharian/-

Qariah cilik negara ke peringkat akhir

Posted: 27 Jun 2011 09:00 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

NURUSSYAHAMAH TAQIAH tekun mentelaah sebagai persiapan ke Doha, Qatar akhir Julai.
Majlis tilawah berlangsung di Doha, Ramadan ini

JERTIH: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini.

Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak dari seluruh dunia.

Beliau berkata, Nurussyahamah Taqiah akan ke Doha lagi Ramadan nanti bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana.

Nurussyahamah Taqiah adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, di sini ditemani bapanya, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut, untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera.

Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu kejayaan selepas dia lulus dua ujian saringan yang diadakan kerajaan Qatar sebelum ini membabitkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia, 49 daripadanya dari Malaysia.

Beliau menjalani sekali lagi ujian pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.

Sebagai persediaan ke peringkat akhir nanti, Nurunnajmi dan isterinya, Sauzan Ibrahim, tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Alor Keladi, membawa anaknya berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud dari Bachok, Kelantan.

Nurussyahamah Taqiah pernah menjadi johan membaca al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib johan. – BERNAMA

Telur ayam berbentuk kapsul dijumpai di Melaka

Posted: 27 Jun 2011 08:45 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

Seorang penduduk terkejut apabila mendapati sebiji daripada beberapa telur ayam kampung dikutip dari reban ayam belakang rumahnya di Kampung Solok Biak, Tanjung Kling, Melaka berbentuk seperti kapsul.

Penduduk terbabit, Kamaludeen Mohamed Haneefa, 48, berkata, penemuan itu menyebabkan berasa kehairanan berikutan tidak pernah menemui telur seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, telur berkenaan dikutip dari reban ayam di belakang rumahnya sekitar petang kelmarin.

Beliau yang bertugas di sebuah institusi kewangan di bandar ini, berkata, kira-kira tiga bulan lalu dia pernah menemui beberapa biji telur ayam yang berbeza sedikit bentuknya iaitu ada bonjolon pada bahagian bucu atas serta satu atau dua bentuk berlainan.

Bagaimanapun, katanya, telur yang berbentuk seakan kapsul ditemuinya adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini berikutan saiznya yang kecil.

"Telur ayam kampung berkenaan tidak berapa besar dan saya percaya isinya hanya mengandungi putih telur sahaja memandangkan ukuran dan saiznya tidak sebesar telor biasa.

"Meskipun bentuknya kelihatan pelik namun saya tidak dapat memastikan apakah punca ia terbentuk sedemikian rupa dan berkemungkinan ia disebabkan oleh sesuatu faktor tertentu," katanya.

Kamaludeen berkata, beliau bagaimanapun akan menyimpan telur terbabit sebagai koleksi sahaja selama mana yang boleh.

Katanya, keseluruhannya, dia menternak kira-kira 100 ekor ayam kampung dan kerja berkenaan dilakukannya sebagai mengisi waktu terluang.

"Sejak sekian lama menternak ayam kampung penemuan seperti ini adalah sesuatu yang anggap agak luar biasa," katanya.

malaysiakini/-

Diperlakukan bagai burung tekukur

Posted: 27 Jun 2011 08:30 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

"Perwakilan orang asli diperlakukan macam burung tekukur..."

Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen, berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam.

Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar kiri) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti.

Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain?

Diperlakukan bagai burung tekukur

Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?"

"Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli".

Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!"

MerdekaReview

Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis

Posted: 27 Jun 2011 08:15 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

"Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

"Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

"Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?" soal beliau.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.

Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

"Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?" soal beliau.

Beliau turut menyarankan polis untuk mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan.

"Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat," kata beliau.

harakahdaily/-

3 pokok tertua di dunia

Posted: 27 Jun 2011 08:00 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Bristlecone Pine 4200 tahun

Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup tinggi.

Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili.

Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.

Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.

Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine


Jomon Sugi 2000-7000 tahun

Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.


Spruce Ione Norway 9550 tahun

Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden, diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini.

Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna, Sweden. Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal.

"Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri," ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea, Sweden.
Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.

Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun membesar hingga 150 meter.

Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.

Kullman menyatakan pokok yang usianya lebih tua dari 9.550 tahun boleh dikatakan mustahil. Sebab, seluruh wilayah Sweden berkemungkinan masih diliputi ais pada masa itu./tulahan

Posted by ahmadi

Bersih: Polis panggil Anwar beri keterangan esok

Posted: 27 Jun 2011 07:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan esok dipercayai berhubung seruan kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfield.

Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi.

"Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan",kenyataan itu dipetik.

Dalam perkembangan sama, turut dipanggil untuk disiasat esok adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan anggota Lawyers for Liberty, Latheefa Koya dan Ahli parlimen PKR Subang, R Sivarasa Rasiah.

Petang tadi, polis turut merekod keterangan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipercayai berhubung puisi 'hasutan' di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya dalam majlis berkenaan.

Selain A Samad, turut disiasat adalah pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan.

Pemuda Umno serang Ibu Pejabat PKR

Sementara itu, hampir 100 pemuda Umno berhimpun di hadapan Ibu Pejabat PKR di Toropicana kira-kira jam 11 malam tadi.

Konvoi bermotor dan kereta itu difahamkan diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Adam.

Mereka turut membuat ucapan mengugut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan agar membatalkan hasrat mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mereka juga turut mengugut untuk memusnahkan ibu pejabat parti itu jika himpunan mahu diteruskan.

Menulis di twitter, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution menyifatkan tindakan tersebut satu provokasi dan mempersoal kenapa tiada sebarang halangan dari pihak polis.

"Tindakan provokasi samseng pemuda Umno dikepalai Lokman Adam serang HQ PKR ...PM Najib apa khabar?

"Ucapan samseng Umno ugut DSAI dan Ambiga ...konvoi motorsikal dan kereta, ada permit?

"Samseng Umno ugut musnahkn HQ PKR jika teruskan himpunan Bersih 9 Julai ...apa khabar PM Najib, siapa ganas?" soalnya yang turut bergegas ke tempat kejadian selepas itu.

Menurutnya juga, lebih separuh remaja bawah umur dalam kumpulan itu memakai tshirt merah "patriot" dan membawa bendera Umno.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tropicana.

Sidang media berhubung perkara itu dimaklumkan akan dibuat di lobi parlimen esok.

Harakahdaily/-

Harga ikan naik sekali ganda

Posted: 27 Jun 2011 07:00 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

HASIL tangkapan ikan di Kuala Kedah berkurangan sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Cuaca tak menentu termasuk ombak besar halang nelayan ke laut

KUALA KEDAH: Faktor cuaca tidak menentu termasuk ribut dan ombak besar sejak seminggu lalu menyebabkan harga ikan kembung dan hasil tangkapan laut di negeri ini meningkat hampir sekali ganda berbanding harga biasa.

Difahamkan, harga borong ikan kembung naik daripada RM2 hingga RM3 sekilogram sebelum ini kepada RM4 hingga RM5, manakala harga pasaran mencecah sehingga RM7 hingga RM8 sekilogram.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohd Noor Had berkata, masalah kekurangan hasil tangkapan yang berlaku ketika ini menyebabkan harga ikan meningkat sejak seminggu lalu.

"Harga pasaran ikan di pasar besar dan pasar di sekitar negeri ini meningkat berikutan nelayan sukar memperoleh hasil tangkapan yang banyak seperti biasa," katanya sambil menjangkakan harga ikan akan stabil dan pulih seperti sedia kala apabila keadaan cuaca beransur baik.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, hanya bot pesisir pantai di kawasan itu tidak turun ke laut, manakala bot laut dalam seperti Zon B dan C serta C2 turun seperti biasa.

Katanya, walaupun bot besar turun ke laut menangkap ikan, hasil tangkapan tetap berkurangan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan ikan di kawasan itu.

"Jika keadaan cuaca baik sekalipun, kita percaya hasil tangkapan tetap kurang daripada biasa kerana musim ini ialah musim ikan kurang dan berharap keadaan kembali pulih dalam waktu terdekat ini," katanya.

Tinjauan Berita Harian di pelantar ikan Seberang Kota dan Tandop Kubang Rotan di sini mendapati, kawasan itu yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti nelayan mengasingkan hasil ikan yang baru ditangkap, kini lengang sejak seminggu lalu, malah banyak bot pesisir pantai tersadai di tepi kuala.

Nelayan, Che Omar Osman, 54, berkata, faktor cuaca dan ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan nelayan terpaksa berpatah balik dengan membawa hasil pulang yang tidak sampai 10kg sejak seminggu lalu.

"Walaupun terpaksa membeli petrol sendiri kerana tidak memiliki lesen sah dari Jabatan Perikanan, kami bersama beberapa rakan yang lain tetap turun ke laut untuk menyara keluarga dengan hasil pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari," katanya.

Peniaga ikan, Salmiah Ramli, berkata sebelum ini mereka menjual antara 300 hingga 400kg ikan tetapi sekarang hanya kira-kira 10kg sehari.

"Kami tidak boleh menurunkan harga lebih rendah berbanding biasa untuk mengelak rugi kerana kebanyakan nelayan pantai di sini tidak dapat membeli minyak subsidi dan terpaksa menggunakan wang sendiri," katanya.

beritaharian/-

Tangisan bayi di celah semak

Posted: 27 Jun 2011 06:30 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

BACHOK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak dalam kejadian di Kampung Pertama Machang di sini semalam.


Bayi lelaki itu ditemui pada pukul 11.30 pagi ketika Mohd. Satar Mohd. Ali, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membaiki motosikal di pekan Jelawat dekat sini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi bayi itu dijumpai.
Menurut Mohd. Satar, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, dia terkejut melihat seorang bayi lelaki berada di dalam sebuah beg kertas di semak berkenaan.

"Sebaik membuka beg itu, saya nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya. Saya terus berlari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup.

"Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak mengalami sebarang kecederaan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Bas jatuh gaung; 28 terbunuh, 10 cedera

Posted: 27 Jun 2011 06:00 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Gambar hiasan

LA PAZ 28 Jun – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 10 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke gaung setinggi 100 meter di selatan Bolivia, semalam.

Bas itu dilaporkan membawa 70 penumpang, melebihi had yang ditetapkan dan sedang dalam perjalanan dari pekan Villazon ke bandar Tarijan.

Menurut seorang penyiasat, penemuan awal mendapati punca
 nahas akibat bas dipandu laju dan penglihatan yang terhad.

AFP

Tuntutan RM400 juta Bekas Isteri Anak Ketua Menteri Sarawak Disebut 9 Ogos

Posted: 27 Jun 2011 05:45 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin, menetapkan 9 Ogos depan sebagai sebutan semula permohonan tuntutan mutaah dan harta sepencarian bernilai RM400 juta yang difailkan oleh bekas isteri kepada anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib.

Tuntutan itu difailkan oleh Datin Seri Shahnaz A. Majid, yang sah bercerai dengan talak satu daripada Mahmud Abu Bekir Taib pada 12 Mei lalu.

Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Abdullah menetapkan tarikh itu pada Isnin, selepas timbul isu penyerahan dan penerimaan dokumen oleh peguam-peguam syarie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif dengan Mahmud Abu Bekir Taib yang dinamakan sebagai defendan.

Pertikaian itu bermula apabila peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie membangkitkan notis permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan)bertarikh 23 Jun lalu oleh pihak Mahmud Abu Bekir Taib sebagai percubaan untuk memancing keterangan daripada pihaknya.

Mohd Rafie seterusnya merujuk kepada perintah mahkamah yang diterimanya secara ex-parte (sebelah pihak) pada 9 Mei lalu yang mengarahkan Mahmud Abu Bekir Taib untuk menzahirkan semua dokumen berhubung harta yang dimilikinya sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Perintah itu juga meliputi nombor akaun, penyata akaun kewangan bulanan atau tahunan, penyata akaun simpanan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), dan penyata cukai tahunan.

Bagaimanapun, peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu bahawa, pihaknya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perintah tersebut dan kali pertama mendengar mengenainya pada prosiding hari ini.

Zainul Rijal: Anak guam saya tidak pernah menerima sebarang perintah seperti yang dinyatakan oleh rakan peguam saya.

Mohd Rafie: Perintah telah disampaikan kepada orang gaji defendan pada 22 Jun lalu kerana seperti dalam kes-kes sebelum ini, defendan enggan menerima dan hanya arahkan orang gajinya untuk terima.

Zainul Rijal: Menurut anak guam saya, beliau ada di rumah pada tarikh tersebut dan tiada sesiapa pun yang memanggil beliau untuk terima serahan seperti yang didakwa.

Zainul Rijal seterusnya menyifatkan serahan itu tidak sempurna kerana dibuat menerusi pihak ketiga, apatah lagi dalam kes ini melibatkan seorang pembantu rumah.

Beliau juga menolak dakwaan Mohd Rafie bahawa permohonan interlokutari dibuat kerana mahu memancing keterangan, sebaliknya berkata, ia bagi memohon agar Shahnaz memperincikan butiran tuntutan untuk beliau menyediakan pembelaan anak guamnya.

"Jika dilihat pada permohonan tuntutan, dikatakan tanah beribu-ribu ekar di Sarawak, rumah di merata-rata tempat. Bagaimana kami mahu sediakan pembelaan?," ujar Zainul Rijal.

Setelah mendengar penjelasan peguam-peguam itu, Ketua Hakim Syarie memerintahkan supaya kedua-dua pihak menyerahkan semua dokumen yang berkaitan kes kepada satu sama lain pada petang ini.

Mahmud Abu Bekir Taib, 48, dan Shahnaz berkahwin pada 9 Januari 1992 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun enam bulan.

Shahnaz, 48, yang juga kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid pada awalnya memfailkan permohonan untuk berpisah secara fasakh tetapi menarik semula permohonannya apabila Mahmud Abu Bekir Taib bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik.

Lafaz cerai dilafazkan di mahkamah pada 12 Mei lalu, dan pasangan itu tidak dapat mencapai persetujuan dalam permohonan tuntutan mutaah dan harta sepencarian yang timbul ekoran perceraian itu.

Shahnaz menuntut RM100 juta sebagai mutaah yang dipercayai suatu jumlah yang munasabah dengan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun, selain ia berpadanan dengan pendapatan bekas suaminya.

Jumlah itu juga didakwa sebagai keadilan untuk beliau memulakan hidup baru sesuai dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.

Shahnaz juga menuntut agar RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian yang meliputi harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Oleh SALWA SHA'ARI

Guru nyaris maut dilibas parang

Posted: 27 Jun 2011 05:30 PM PDT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

KETIKA mahu melarikan diri, penjenayah mengacukan parang ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan.

KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.

kosmo/-

Usul tergempar bincang MP Sg Siput direman

Posted: 27 Jun 2011 08:24 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 27 Jun: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat, Khamis ini bagi membincangkan mengenai tindakan polis menahan ahli Parlimen Sungai Siput, aDr. Jeyakumar Devaraj dan 30 ahli PSM yang lain.
Mereka yang ditahan di Tol Sungai Dua, Pulau Pinang ditahan reman selama seminggu untuk disoal siasat kerana didakwa mempunyai agenda untuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).
Kesemua mereka menaiki bas dari Selatan menuju ke Utara bagi meneruskan kempen Udahlah...Bersaralah, satu kempen nasional PSM.
Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) akan mengemukakan usul tersebut bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan perkara 18(1).
"Kita ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berdiri di belakang rakan kita ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
"Dr Jeyakumar bukan calang-calang, beliau mengalahkan Samy Vellu dan beliau memperjuangkan hak rakyat bukan sahaja di Sungai Siput tapi si seluruh negara.
"Kita tidak mahu ahli Parlimen kita ditahan hanya kerana memperjuangkan hak rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berharap usul itu akan diterima untuk dibahaskan kerana ia melibatkan hak seorang ahli Parlimen dan kepentingan rakyat.
"Kita bawa usul ini untuk menuntut Dr. Jeyakumar dan anggota PSM yang lain dibebaskan segera kerana ini membabitkan kepentingan rakyat terbanyak," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

RM49 juta biaya rumah PM, TPM

Posted: 27 Jun 2011 08:00 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Aneka Contoh Profil Syarikat

Posted: 27 Jun 2011 02:00 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

Pengenalan

Kita biasa mendengar profil syarikat dalam sesebuah syarikat. Profil syarikat begitu sinonim dan perkara yang perlu ada dan menjadi keperluan dalam mencapai hala tuju syarikat. Tahukah anda, apakah yang dikatakan dengan profil syarikat? Untuk siapakah sesebuah sasaran profil syarikat itu dibangunkan? Secara am, profil syarikat boleh diibaratkan sebagai sebuah platform dan medium dalam memperkenalkan kewujudan dan kekuatan sesebuah syarikat.

Namun begitu, tidak banyak syarikat pada hari ini yang menyediakan profil syarikat malah menganggap perkara ini sebagai suatu bebanan. Oleh hal yang demikian, buku ini ditulis bagi menyediakan panduan dalam menyediakan sesebuah profil syarikat dan kepentingannya.

Justeru, buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang menerangkan kepentingan profil syarikat sebagai panduan kepada para usahawan dan anda di luar sana dalam menyedia-kan profil syarikat. Buku ini terbahagi kepada lima bahagian seperti yang tertera di bawah:

Bahagian 1 - Apakah profil syarikat?

Bahagian 2 - Untuk siapakah profil syarikat ditulis?

Bahagian 3 - Kepentingan profil syarikat

Bahagian 4 - Format profil syarikat

Bahagian 5 - Aneka contoh profil syarikat

Dalam Bahagian 1, penerangan akan diberi mengenai maksud profil syarikat. Dalam bahagian ini, pembaca akan dapat mengetahui maksud profil syarikat. Hal ini termasuklah cara dan kaedah sesuatu isi penulisan itu dibentangkan. Dalam Bahagian 2 pula, diterangkan sasaran profil syarikat tersebut dan kepada pihak mana yang perlu diberikannya. Hal ini adalah perlu bagi mengetahui prioriti penulisan itu dilaksanakan.

Manakala dalam Bahagian 3 pula, diterangkan kepentingan profil syarikat tersebut dan sebab diperlukan segera. Segala bentuk format penulisan yang dijelaskan dalam Bahagian 4 akan memberikan idea kepada penulis sama ada perlu mengikut format yang tertentu atau tidak.

Akhir sekali, buku ini menyediakan 10 contoh profil syarikat agar dapat memberikan panduan kepada anda dalam usaha membangunkan profil syarikat anda sendiri.

Oleh itu, dengan adanya panduan yang bersertakan contoh-contoh yang saya sediakan dalam buku ini, diharapkan dapat membawa manfaat kepada syarikat anda demi menjana pendapatan yang lebih positif hendak-Nya.

Selamat membaca!

1.0: Apakah profil syarikat?

Profil syarikat merupakan keterangan terperinci berserta butiran perihal syarikat yang memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi atau syarikat. Dalam erti kata lain, profil syarikat merupakan suatu medium atau platform untuk memperlihatkan kekuatan syarikat anda.

Sesebuah profil syarikat harus mengandungi beberapa aspek penting untuk dipaparkan kepada pihak yang membacanya. Aspek ini termasuklah:

i. Maklumat syarikat

ii. Carta organisasi

iii. Sejarah syarikat

iv. Butiran perniagaan yang dijalankan

v. Matlamat syarikat

vi. Kewangan syarikat

vii. Carta aliran proses perniagaan yang diusahakan

viii. Kerja-kerja yang pernah dijalankan

ix. Kerja-kerja yang sedang dijalankan

x. Pengiktirafan yang diterima (sekiranya ada)

xi. Lampiran sijil-sijil/lesen

xii. Dokumen lain sekiranya perlu

Segala aspek yang ditulis di sebelah haruslah lengkap dan mampu menarik perhatian pembaca. Sekiranya terdapat informasi yang tidak betul, hal ini mampu merosakkan profil syarikat dan seterusnya kredibiliti syarikat anda. Sudah tentunya suatu yang merugikan, bukan? Oleh hal yang demikian, disarankan agar anda memasukkan data-data yang betul dan tidak ditokok tambah keasliannya.

Secara am, profil syarikat merupakan suatu medium terbaik untuk anda memaklumkan kekuatan syarikat. Hal ini merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan supaya syarikat anda berjaya mendapat perhatian daripada mana-mana organisasi yang menilainya bagi mendapatkan sesuatu projek ataupun jaringan perniagaan.

Pelbagai idea kreatif dapat dilihat pada hari ini dalam membangunkan profil syarikat. Ada yang membuat cetakan warna berserta imej-imej yang menarik perhatian, persembahan interaktif melalui cakera padat (CD) atau melalui cetakan berbentuk buku dokumentasi.

Oleh hal yang demikian, perlu bagi sesuatu syarikat mengetahui bahawa pentingnya sesebuah profil syarikat dan sentiasa perlu mengemaskinikannya dari semasa ke semasa. Bagi seseorang Pengarah Urusan syarikat,

beliau perlu menitikberatkan isi kandungan profil syarikat ini supaya tidak mengandungi unsur-unsur yang memesongkan hala tuju syarikat. Justeru, profil syarikat perlu dikemaskini dari semasa ke semasa demi meningkatkan isi kandungannya mengikut aspek yang telah dinyatakan di sebelah.

studioperintis@perintis.com.my

Stadium Tereangganu Runtuh Belum Dibaiki, MB Kecewa

Posted: 27 Jun 2011 01:55 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU 27 JUN : Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewanya kerana kajian terhadap punca keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak lebih dua tahun lepas masih belum siap.

Ahmad Said sebelum ini dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa kajian insiden itu akan siap sepenuhnya Jun ini, namun beliau kecewa apabila JKR memaklumkan hasil kajian itu hanya akan siap September depan.

"Tetapi apabila mesyuarat minggu lepas, saya dimaklumkan kerja-kerja kajian diserahkan kepada konsultan hanya pada bulan lepas (Mei) dan ia dijangka siap pada September depan.

"Saya merasa agak dukacita di atas kelewatan yang berlaku. Jadi saya tidak dapat komen apa-apa mengenai perkara ini, tanyalah JKR sendiri. Saya kecewalah sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort di sini sempena program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (Serikandi) selama lima hari mulai 5 Julai ini.

Kerja pembersihan runtuhan di stadium itu telah selesai sejak beberapa bulan lepas setelah bumbung utama stadium itu runtuh pada 2 Jun 2009 selepas digunakan semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia pada 2008.

Namun stadium itu masih terbengkalai apabila kerja baikpulih belum dapat dijalankan sehingga sekarang kerana kajian oleh konsultan belum selesai.

tv selangor/-

Bersih 2.0, siapa sebenar pengkhianat

Posted: 27 Jun 2011 01:30 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

Ketua Penerangan Pas Pusat Idris Ahmad dalam blognya menyatakan tuduhan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa penganjur Bersih 2.0 sebagai pengkhianat perjuangan rakyat adalah tidak tepat.

"Persoalannya, siapakah pengkhianat sebenar? Kenapa Bersih 2.0 yang didokong oleh NGO dan parti-parti politik bertegas mahu berhimpun pada 9 Julai ini, katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan Muhyiddin yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka yang bodoh dan hanya menurut kata oleh mana-mana pihak. Jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda UMNO yang sentiasa mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah.

"Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos. Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan. Jika
kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianat rakyat.

"Oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi maka mereka sanggup turun ke perhimpunan Bersih. Sepatutnya beliau tidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.

Menurutnya lagi, kerajaan sepatutnya lebih matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya dan usaha penambahbaikan perjalanan pilihanraya. Apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 lalu yang dihadiri lebih 100 ribu orang.

sinarharian/-

PAS TAMBUN

Posted: 28 Jun 2011 01:09 AM PDT

PAS TAMBUN


PUSH BERSIH: CERAMAH KELOMPOK

Posted: 27 Jun 2011 07:22 PM PDT

AF Ust Lokman turut hadir di Majlis Hi Tea di rumah AF Ust Ribaie Batu Bara di Tmn Kledang Raya

AF Imam Zul bersama Tn Hj Asmuni Awi menikmati jamuan petang hari tersebut.

Perak ni dah tak ada apa dah semasa kita memerintah dulu, dan selama 11 bulan kita sempat berbuat apa-apa, semua dah diserahkan kepada taukei.. Pakatan Rakyat baru-baru ini cuma sempat mencuba untuk mengambil balik hak rakyat tetapi tidak kesampaian.. ujar Hj Asmuni


KP : Tahniah Ust Ribaie kerana membenarkan perkarangan rumah sebagai tapak penerangan , terima kasih

Peghelih La...

Posted: 27 Jun 2011 11:52 PM PDT

Peghelih La...


Perhimpunan aman: Suhakam perbetul kenyataan

Posted: 27 Jun 2011 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Merujuk kepada kenyataan yang telah diemel pada jam 3.30 petang semalam (27 Jun 2011 - Isnin), terdapat sedikit ralat dalam kenyataan tersebut.

Suhakam dalam satu kenyataan hari ini menyatakan ralat tersebut adalah merujuk kepada perenggan pertama dan terakhir (versi Bahasa Melayu) dan perenggan terakhir (versi Bahasa Inggeris) iaitu:

Bahasa Melayu

Perenggan pertama: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Pembetulan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Perenggan terakhir: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

Pembetulan: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan aman dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

SPR tak pernah jawab pun....

Posted: 27 Jun 2011 07:28 AM PDT


Benarkan perhimpunan Bersih - Suhakam

Posted: 27 Jun 2011 07:02 AM PDT

Harakahdaily melaporkan, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.

Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.

Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.

Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.

Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam.


"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

"Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. "

Perlantikan Ketua Jabatan dan Pengerusi Lajnah PAS Perlis

Posted: 27 Jun 2011 03:42 AM PDT

KANGAR - PAS Perlis selesai membuat perlantikan Ketua Jabatan dan Pengerusi Lajnah bagi melengkapkan kabinet yang dibentuk minggu lalu.

Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin selepas mempengerusikan mesyuarat Harian Perhubungan PAS Perlis kali pertama di Kompleks PAS Perlis, 25 Jun lalu.

Ustaz Hashim sendiri akan akan mengetuai Lajnah Poltik dan Pilihanraya. Timbalan Pesuruhjaya 1, Mohd Anuar Tahir pula akan mengetuai Badan Pemikir PAS Perlis yang merangkumi "Think Tank" serta Penyelidikan.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 2,Hairy Hashim akan mengetuai Lajnah Pemerkasaan Parti, Hubungan Antara Kaum, Pakatan Rakyat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Timbalan Pesuruhjaya 3, Rus'sele Eizan pula akan mengetuai Lajnah Perhubungan Awam dan Pendidikan, selain mengisi portfolio hubungan kerajaan dan istana serta Badan Bukan Kerajaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Perhubungan PAS Perlis dan mengetuai Jabatan Setiausaha.

Bendahari PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab pula akan mengetuai Jabatan Bendahari selain menjadi Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Lain-lain lantikan yang dibuat ialah Hisharuddin Hassan (Jabatan Pilihanraya), Mohammed Syukri (Penerangan dan Dakwah), Bashir Ishak (ICT / Media Baru), Ustaz Idris Yaacob (Tarbiah dan Kepimpinan), Mohd Razi Mustaffa ( Pertanian, Nelayan, Penternak, Peneroka dan Alam Sekitar), Zulmi Sabri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) dan Haji Jaafar Daud (Pembangunan Kompleks PAS Perlis).

Provokasi Bersih 2.0: Pemuda Pakatan Rakyat Perlis buat laporan polis

Posted: 27 Jun 2011 02:47 AM PDT

KANGAR - Ekoran perbuatan vandalisme berbaur provokasi terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar bandar Kangar pada 24 Jun lalu, Pemuda Pakatan Rakyat tampil membuat laporan polis.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan, Tengku Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin (foto, berbaju Bersih) di Ibupejabat Polis Daerah Kangar pada jam 2.30 petang 26 Jun lalu.

Dalam laporannya, beliau memnita pihak polis menyiasat dan menangkap pihak yang terlibat kerana perbuatan tersebut merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada orang yang tidak bersalah selain melibatkan kepentingan awam.

"Kami (Pemuda Pakatan) mengutuk keras tindakan pihak berkenaan yang menganngap ianya suatu usaha memburuk-burukkan imej penganjur Bersih 2.0 selain usaha untuk mensabotaj perhimpunan tersebut.

"Kami menegaskan di sini bahawa Bersih 2.0 adalah himpunan aman untuk menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Hadir sama mengiringi Tengku Putra, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Ab Raman bersama Exco Pemuda PAS serta jawatankuasa KeADILan cabang Kangar.

Demam kuning

Posted: 26 Jun 2011 11:26 PM PDT

Kartun Zunar Ihsan Malaysiakini

Salam Perjuangan

Posted: 27 Jun 2011 11:46 PM PDT

Salam Perjuangan


KENYATAAN ZAHID HAMIDI DISANGGAH

Posted: 27 Jun 2011 09:15 AM PDT

KENYATAAN RASMI SUHAKAM - BENARKAN HIMPUNAN BERSIH 2.0

Posted: 27 Jun 2011 06:43 AM PDT

MTD N24 Bemban

Posted: 27 Jun 2011 09:46 PM PDT

MTD N24 Bemban


BERSIH,BERSIH ..BERSIHKAN DEMOKRASI

Posted: 27 Jun 2011 01:06 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 27 Jun 2011 09:33 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Hutan simpan N.Sembilan diceroboh tanpa tindakan?

Posted: 27 Jun 2011 09:14 PM PDT



Ketenteraman penduduk terganggu!
Sinar Harian 28 Jun 2011

KAMPUNG SUNGAI RAYA – Ketenteraman dan keselesaan penduduk semalam hampir 40 tahun hidup dalam suasana kampung di Kampung Sungai Raya kini terganggu!

Penduduk mendakwa semuanya itu gara-gara projek penanaman pokok gaharu dan ternakan burung walit yang dijalankan di atas tanah seluas 20 hektar yang merupakan hutan simpan dan timbul persoalan mengapa projek ini boleh diluluskan sehingga mengakibatkan hutan digondolkan.

Seorang penduduk, S Siva Kumar, 35, berkata, akibat penggondolan hutan itu penduduk di sini terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

"Hutan ini mula digondolkan kira-kira 10 tahun lalu, di mana kayu balak mula ditebang dan dibawa keluar dari hutan berkenaan melalui jalan-jalan di kampung ini secara 'senyap' tanpa diketahui penduduk. Namun, aktiviti itu terhenti seketika dan sekitar setahun lalu, projek ini bermula semula.

"Akibatnya, penduduk yang terpaksa menanggung kesan buruk daripada aktiviti itu yang dilihat lebih memberi keuntungan kepada sebelah pihak," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Siva Kumar berkata, penduduk berhampiran terpaksa berkongsi jalan kampung dengan pelbagai jenis kenderaan berat seperti jentolak yang digunakan untuk projek terbabit sehingga mengakibatkan jalan rosak.

Lebih membebankan, katanya, rumah penduduk dilanda banjir lumpur kira-kira dua minggu lalu dan ia adalah kejadian paling buruk pernah berlaku.

"Seminggu kemudian kejadian sama berlaku tetapi tidak terlalu teruk. Namun semua air dari tempat projek itu yang terletak di bukit mengalir bersama tanah lumpur hingga membanjiri kawasan kebun dan rumah tidak sampai satu jam.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa banjir mendapat bantuan polis untuk membersihkan banjir lumpur yang masuk ke rumah dan mengalami kerugian besar," katanya.

Semua pihak berwajib telah turun padang, termasuk pengurus projek berkenaan dan mereka berjanji akan membina parit besar bersempadan dengan lereng bukit projek dijalankan dan rumah penduduk dalam tempoh secepat mungkin.

Siva Kumar berkata, parit itu belum digali sehingga kini dan mereka hanya membina empangan tanah di lereng bukit kononnya untuk menyekat aliran lumpur, tetapi tidak berkesan kerana limpahan air yang banyak memusnahkan empangan.

Malah, menurutnya, jalan kampung yang rosak hanya diturap dengan batu manakala jambatan yang hampir roboh dibiarkan begitu sahaja.

"Akibatnya, sekali lagi penduduk di sini dilanda banjir lumpur pada Sabtu lalu.

"Oleh itu, sebuah longkang sementara kemudian dibina di hadapan rumah penduduk selepas diarahkan secara keras oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rohana Nasir, 57, berkata, jika benar kerajaan meluluskan projek di atas tanah rezab hutan simpan ini, semua pihak berkaitan perlu memantau projek itu secara telus.

"Saya sendiri hairan bagaimana projek ini boleh dibangunkan di hutan simpan ini dan sekarang ternyata memberi beban besar kepada rakyat.

"Saya juga amat berharap agar semua pihak berkaitan mengkaji semula secara terperinci dari semua aspek bagaimana projek ini diluluskan. Kami bimbang sekiranya terdapat unsur 'kotor' atau memang diluluskan kerajaan," katanya.

Menurutnya, penduduk di sini juga sangat mengharapkan agar ada pembelaan segera yang diterima, termasuk langkah pencegahan dilanda banjir lumpur sekali lagi, memandangkan sekarang ini musim hujan.

"Hujan yang tidak sampai satu jam boleh mengakibatkan banjir lumpur yang teruk seperti mana yang kami alami dua minggu lalu, akibatnya banyak harta benda yang musnah," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9237206.asp

Kes jenayah semakin membimbangkan di Seremban

Posted: 27 Jun 2011 09:13 PM PDT



Bimbang penjenayah berkeliaran di kawasan rumah
Sinar Harian 28 Jun 2011

SEREMBAN – Penduduk Taman Dusun Setia, di sini menggesa pihak berkuasa terutama polis melakukan rondaan lebih kerap bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan taman tersebut.

Seorang peniaga di taman berkenaan, T.Veerasamy, berkata, kedai runcitnya sudah dua kali dimasuki pencuri sejak kebelakangan ini.

"Pada 20 Mei, kedai saya dimasuki pencuri dan mencederakan saya sekeluarga. Kejadian menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000.

"Akibat kejadian itu, saya sekeluarga tidak tinggal di rumah kedai ini sebaliknya menyewa di tempat lain kerana masih trauma dengan kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di taman perumahan berkenaan.

Veerasamy berkata, bukan sahaja kedainya dirompak, malah kebanyakan rumah penduduk taman tersebut juga turut mengalami nasib sama.

"Penduduk amat bimbang akan keselamatan harta benda dan diri apabila banyak kejadian rompakan berlaku di kawasan ini.

"Keselamatan penduduk ibarat hujung tanduk kerana tiadanya pihak berkuasa mahupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengawal kawasan taman ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang membuat lawatan ke taman tersebut berkata, pihaknya sudah memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa, namun masih tiada tindakan sehingga kini.

"Bukan sahaja kejadian rompakan, malah jenayah seperti ragut juga kerap berlaku di kawasan ini, sekali gus membuatkan penduduk berasa takut hendak keluar rumah sendirian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9230536.asp

Litar lumba mini, satu lagi Projek Gajah Putih N.Sembilan

Posted: 27 Jun 2011 09:13 PM PDT



Adakah Litar Lumba Mini di Seremban ini merupakan salah satu lagi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan antara beberapa koleksi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan ? Beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini yang dilaporkan pada pautan berikut http://gajahputihn9.blogspot.com/

Litar lumba mini terbiar sepi
Sinar Harian 28 Jun 2011

SEREMBAN – Tujuannnya untuk memberi peluang kepada orang ramai menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Bagaimanapun, pembinaan litar lumba mini di Seremban 2, di sini seolah-olah satu pembaziran.

Ini kerana, litar yang popular dengan aktiviti kereta kawalan jauh sejak kira-kira dua tahun lalu itu kini terbiar tanpa sebarang aktiviti, berbanding sebelum ini sebanyak enam kali setahun pertandingan dianjurkan di situ.

Bagaimanapun, disebabkan litar tidak sekata dan tiada kemudahan asas untuk orang ramai, ramai pengemudi kereta mini lari dan bertanding di negeri lain.

Pengerusi Kelab Speed Sideway RC Car Club (SSRCCC) Negeri Sembilan, Mohd Nizar Abd Jabbar berkata, setiap kali pertandingan kereta kawalan jauh dianjurkan di Seremban, peserta sering berdepan situasi kenderaan mereka aterjejas akibat litar kasar dan tidak sekata.

"Kita bukannya nak perhatian lebih, tetapi litar yang ada ini amat teruk dan tidak sesuai lagi dengan kereta kawalan jauh.

"Peserta akan berhadapan dengan masalah tayar dan kondisi kereta yang tidak baik selepas bertanding di litar ini. Selain itu, kemudahan untuk peserta dan pengunjung yang menyaksikan perlumbaan ini juga tiada di sini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Nizar berkata, disebabkan masalah itu, tiada lagi pertandingan diadakan di situ berbanding awal pembinaannya pada 2009.

"Saya juga pernah menyusulkan surat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk mereka membaik pulih kawasan litar ini agar lebih ramai yang turun beraksi, namun sehingga kini belum ada jawapan," katanya.

Mohd Nizar berkata, aktiviti kereta kawalan jauh itu mempunyai pengikut ramai terutama dari seluruh negara, sekali gus mewujudkan aktiviti sihat kepada golongan muda.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9234362.asp

Lima kuarters guru terbiar

Posted: 27 Jun 2011 09:12 PM PDT



Lima kuarters guru terbiar
Sinar Harian 28 Jun 2011

FELDA PASIR BESAR – Keadaan persekitaran lima unit kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Besar, dekat sini, yang dipenuhi semak samun dan uzur nyata menggusarkan penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan kediaman itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pokok renek dan semak samun mula memanjat kelima-lima rumah di kuarters itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Felda Pasir Besar, Mohd Yusof Kudin berkata, setakat ini tiada aduan binatang berbisa ditemui di lokasi berkenaan, namun penduduk kerap menyuarakan kebimbangan mereka.

Menurutnya, pihaknya juga sudah banyak kali mengutarakan cadangan bagi membaik pulih kawasan itu dan disewakan kepada orang luar di mana kewangan yang diperoleh boleh disalurkan kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK pasir Besar.

"Bagaimanapun, cadangan berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan kediaman hak milik kerajaan tidak boleh disewakan kepada orang awam," katanya.

Untuk rekod, sebuah unit kuarters berkenaan masih lagi didiami oleh guru sehingga awal tahun ini, manakala selebihnya sudah lama tidak didiami sejak bertahun-tahun dahulu.

Katanya, beliau berharap persekitaran kuarters itu dapat dibersihkan oleh pihak berkenaan bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan binatang berbisa.

"Mujurlah kuarters ini berdekatan dengan rumah peneroka, jika tidak pasti lokasi berkenaan akan menjadi tempat lepak golongan tidak bertanggungjawab," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9236805.asp

Ceramah Isra Miraj 30 Jun 2011 Seremban

Posted: 27 Jun 2011 08:36 PM PDT



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Tarikh : 30 Jun 2011, Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya (Fasa 1), Senawang
Penceramah : Ustaz Norazman bin Mohamad
Semua dijemput hadir

Police report on RM6 billion EPF loan to Felda

Posted: 26 Jun 2011 11:33 PM PDT



Free Malaysia Today, June 27, 2011

The police report by the National Felda Settler Children's Association (Anak) is to find where and how the RM 6 billion loan was spent.

SEREMBAN: The National Felda Settler Children's Association (Anak) has lodged a police report questioning the RM6 billion EFP loan to Felda.

Those named in the police report which was lodged on Sunday afternoon, were Prime Minister Najib Tun Razak; Deputy Minister in Prime Minister Department (Felda Affairs) Ahmad Maslan; Felda chairman Mohd Isa Abdul Samad and Felda director general Dzulkifli Abdul Wahab.

The report was lodged at Seremban district police headquarters by Anak president Mazlan Aliman and about 25 supporters who are either Felda settlers or Employee Provident Fund (EPF) contributors.

"Recently Mohd Isa the Felda chairman admitted that Felda borrowed RM6 billions from EPF and that it shows how much trust EPF has on Felda by willing to give RM6 billion as loan," said Mazlan.

In his police report Mazlan wants to know where and how the RM6 billion was spent. He also wants to know who directed Felda to borrow RM6 billion from EPF.

" We want to know why the borrowing was not tabled in Parliament and would the loan have any implications on Felda settlers.

Mazlan urged Najib and EPF to explain this to the people, especially to Felda settlers and EPF contributors.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/27/police-report-on-rm6-billion-epf-loan-to-felda/

Tiada ulasan:

Pengikut