Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.
Kata Nik Aziz, kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.
"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu "kewarasannya sudah tidak stabil."
"Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).
"Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.
"Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.
"Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.
Dalam ceramah di Lenggong semalam DS Nizar menyebutkan 6 perkara yang umno-bn tidak relevan sama sekali kepada rakyat. dan rakyat wajib menjatuhkan umno-bn.
Harga Makanan dan Minuman di Airport Miri terlalu mahal Pihak kami ada menerima aduan dari pengguna yang mengatakan bahwa caj atau harga makanan dan minuman dalam airport café di Miri terlalu mahal. Harga makanan di cafe ini memang jauh lebih mahal dan caj yang dikenakan juga melebihi hampir 300% kalau dibandingkan dgn makanan di 'food courts' di luar. Bayaran tidak sesuai dengan nilai yang didapati. Mereka yang datang makan dan minum di café airport kerana terpaksa semata-mata untuk mengalas perut yang lapar jadi jangan pihak café mengambil kesempatan keatas kesusahan orang ramai yang memerlukan makanan ketika lapar.
Dalam pada itu pengadu juga ada mengatakan bahwa pihak Malaysia Airports Berhad (MAB) sepatutnya memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pihak pengurusan MAB sepatutnya jangan membebankan masalah mereka keatas pengguna disebabkan kos pembinaan dan juga penyelenggaraan lapangan terbang yang tinggi. Disamping itu bangunan lapangan terbang Miri perlu dibaiki kerana terdapat kesan kerosakan dalam bangunan tersebut.
Kalau pun hendak dapat untung jangan sampai harga makanan seperti nasi lemak ayam mencecah harga sampai RM15.20 yang kalau diluar harganya sekitar dalam RM4 – 5 ringgit saja. Kalau boleh biarlah harga yang berpatutan dengan nilai makanan dan minuman tersebut. Kalau harganya berpatutan sudah pasti orang ramai suka berkunjung ke café airport dan para perniaga juga akan dapat hasilnya.
Kemungkinan harga tersebut mahal disebabkan harga sewa di airport mahal maka perniaga juga terpaksa menaikkan harga sedemikian rupa, jadi adalah disarankan agar pihak pengurusan lapangan terbang dan café tersebut mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk kebaikan semua.
English Version Food and drink prices at the Miri Airport are too expensive We have received a complaint from customer saying that the charges or the price of food and drink in the airport café in Miri are too expensive. A price of food at this cafe is far more expensive and also the charges are more than almost 300% in comparison with the food price in food courts outside. Charges did not fit the purpose. Those who come to eat and drink in the café airport because it is required merely to fulfill the stomach because they are so hungry so do not take advantage to the people who really need food when hungry by raising the price.
In the meantime the complainant also said that the Malaysia Airports Berhad (MAB) should be focused on the operations, management and maintenance of airports. The management of the MAB should not burden their problems on consumers due to the high cost of construction and maintenance of the airport. In addition to the Miri airport building in need of repair because of the damage spotted in the building.
If they want to get the profits do not raise the prices of food such as chicken rice until the price which reaches beyond the cost of RM15.20, approximately the price outside cost between RM4 - 5 ringgit only. If possible, let give a reasonable price with the value of food and drink. If the price is certainly reasonable people would like to visit the café airport and the businesses will also be profited.
The possibility of the price expensive at the airport is cause of the expensive rental that they had to raise the price of business in such a way, so it is recommended that the management of the airport and the café to find out the best way to solve the problem for the benefit of all.
Sebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai 'warm up' (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.
Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.
Rasional seruan saya ini adalah sebagai 'warm up' (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, 2 Julai 2011 sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan ini.
Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.
KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain, pengurusan dan penyokong atas kejayaan Skuad Bolasepak Harimau Malaysia Pra Olimpik Negara yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Lubnan 2-1 malam tadi.
"Ia satu hadiah besar bagi seluruh peminat sukan bolasepak tanahair," kata naib ketuanya, Raja Ahmad Al-Hiss.
"Kami mengharapkan kecermelangan ini akan terus dipertahankan bagi peringkat seterusnya dan dengan harapan besar Skuad Harimau ini akan mencipta satu sejarah Sukan Olimpik yang menjadi harapan besar buat rakyat Malaysia terutamanya sukan bolasepak.
"Kami yakin sokongan peminat dan penyokong setia negara akan terus diberikan bagi meniupkan semangat pemain muda negara bagi terus berjaya meraih kemenangan kelak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Malaysia mengalahkan Lubnan 2-1 dalam pertandingan pusingan kedua malam tadi selepas seri 0-0 di Lubnan.
Pasukan Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama namun untuk separuh masa kedua Malaysia hanya mampu bertahan selepas Lubnan mula bersemangat apabila Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas seorang pemainnya dikenakan kad merah.
"Kami doakan kejayaan seterusnya buat Skuad Harimau ini dan terus mengharapkan sokongan semua pihak agar memberikan sokongan kepada semua pemain-pemain negara yang beraksi di tengah padang dengan kehadiran seramai mungkin memenuhi ruang stadium nanti.
"Syabas buat semua, kami akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada pemain dan pihak pengurusan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar terus komitet menempuh kajayaan buat sukan bolasepak negara," kata Raja Ahmad dalam kenyataannya itu.
Dalam perbicaraan berhubung Datuk Trio T yang didakwa menayangkan video seks dimana prosiding yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, mahkamah turut menayangkan semula video seks berdurasi 21 minit itu.
Majistret Aizatul bagaimanapun meminta agar video seks itu dipercepatkan di bahagian hubungan seks dilakukan.
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Abdul Rahim, Suhaimi Salleh merupakan peguam Shuib dan Mohd Zamani Ibrahim bertindak sebagai peguam Shazryl.
Sementara pendakwaan dibawa oleh ketua pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwa raya kanan Kamaludin Md Said.
Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.
Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.
Ketika Majistret Aizatul bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Shazryl berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.
"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.
Muhammad Shafee, dalam hujahnya juga berkata lelaki dalam video seks itu adalah Anwar ekoran keputusan kajian yang dibuat pakar dari Amerika Syarikat.
"Anwar sepatutnya didakwa kerana membuat laporan palsu," katanya.
Mohamad Zamani pula berkata beliau bersetuju dengan hujah rakannya itu sambil menambah, anak guamnya juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan tidak menipu.
"Sehingga hari ini Anwar tidak memberikan apa-apa respons. Apa yang beliau (Shazryl) lakukan adalah untuk kebaikan masyarakat," katanya.
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T yang mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu, yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikenakan denda total RM5,500.
Keputusan itu dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.
Ketiga-tiga tertuduh - ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.
Kesemua mereka perlu membayar denda itu hari ini dan sekiranya tidak melakukan mereka boleh dipenjara.
Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Sementara Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.
Pendakwaan terhadap Shazryl dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama berhubung tindakan bersubahat.
Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.
Bagaimanapun selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.
Kesemua mereka tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini kira-kira pukul 9.17 pagi.
Kehadiran mereka disambut dengan sokongan daripada penyokong-penyokong Perkasa yang telah berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi sejak awal pagi.
Selain melaungkan sokongan kepada Datuk T, kira-kira 150 penyokong Perkasa turut membawa poster yang tertulis "Bebaskan Datuk T", "Tindakan Datuk T Wajar", "Kita Tengok Siapa Yang Benar", "Kami Sokong Datuk T", "Hidup Datuk T" dan "Kami Sayang Datuk T."
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T yang didakwa terlibat dalam penayangan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bersalah terhadap tuduhan berhubung kesalahan menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.
Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.
Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.
Selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.
Lebih 300 pemeriksa kenderaan di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) mengadakan piket kelmarin kerana tidak berpuas hati dengan isu kebajikan.
Presiden NUCW, Mustapa Kasim berkata, melalui piket itu, mereka cuba menyuarakan berhubung pertikaian perjanjian bersama antara NUCW dan Puspakom dalam isu kebajikan pekerja.
Menurutnya, sejak Mac tahun lalu, proses rundingan perjanjian bersama dibuat sebanyak tujuh kali, namun syarikat tetap enggan melakukan perubahan daripada cadangan asal (syarikat) yang boleh diterima kesatuan.
"Kita (NUCW) beri beberapa cadangan berkaitan faedah persaraan dan perubatan, kos elaun saraan hidup, bonus, pelarasan gaji serta struktur gaji (kenaikan tahunan) tetapi ditolak syarikat.
"Syarikat sebaliknya beri pelarasan gaji lima peratus yang tidak langsung mengambil kira kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya kelmarin.
Mustapa berkata, kakitangan juga tidak berpuas hati dengan perubahan jam waktu operasi (bekerja) daripada 48 jam seminggu kepada 60 jam seminggu yang dilaksanakan sejak Selasa lalu.
Menurutnya, mereka juga tidak berpuas hati berhubung pemberian gaji kerana pekerja baru menerima gaji lebih tinggi daripada pekerja lama.
Sementara itu, Jabatan Komunikasi Puspakom dalam kenyataan balas menyifatkan beberapa dakwaan NUCW, termasuk syarikat mengabaikan kebajikan pekerja, sebagai tidak benar.
Menurutnya, tuduhan syarikat menolak beberapa cadangan NUCW adalah tidak benar, sebaliknya ia masih dalam proses rundingan.
"Syarikat bersetuju dengan beberapa cadangan NUCW, namun bagi cadangan yang masih dalam proses rundingan, mereka enggan meneruskannya.
"Dakwaan syarikat mengurangkan umur persaraan daripada 60 kepada 56 tahun adalah tidak benar kerana kedua-dua belah pihak bersetuju bagi pekerja-pekerja baru, umur persaraannya adalah 56 tahun dan syarikat juga tidak berhasrat mengurangkan umur persaraan bagi pekerja sedia ada seperti ditawarkan iaitu 60 tahun," katanya kenyataan media itu semalam.
Mengenai klasifikasi baru kakitangan pemeriksaan kenderaan daripada bukan eksekutif kepada eksekutif, Puspakom mempunyai dua skim perjawatan.
Menurut kenyataan itu, Puspakom memastikan bahawa jumlah waktu bekerja setiap pemeriksa kenderaan tidak melebihi had ditetapkan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.
Pada Teman dan rakyat apatah lagi Pakatan Rakyat reformasi politik Malaysia perlu diubah malah dengan kadar yang paling segera bukan macam mi segera.
KUALA LUMPUR 23 Jun - Malaysia tidak memerlukan transformasi dalam sistem politik meskipun sedang melakukan perubahan ekonominya untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana sistem politik sedia ada tidak begitu teruk dan boleh diperbaiki.
''Sistem politik negara ini tidak boleh mengalami transformasi (hanya) kerana negara-negara lain melakukan perubahan. Transformasi sistem (politik) hanya boleh dilakukan apabila ada keperluan dan ia perlu mendatangkan kebaikan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Politik Malaysia: Perlukah ia berubah selari dengan transformasi ekonomi? anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, sistem politik Malaysia bukan mudah untuk ditransformasi kerana negara ini begitu unik dengan mempunyai pelbagai kaum, budaya, agama, bahasa dan 30 etnik.
''Falsafah asas penubuhan negara mengambil kira bahawa semua rakyat mesti bersedia untuk menerima dalam memastikan kestabilan.
''Sebab itu kalau kita tengok, orang Melayu atau Cina menerima apa sahaja kelebihan dan kekurangan masing-masing selama separuh abad ini, sejak merdeka,'' katanya.
KUALA LUMPUR: Trio Datuk T mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.
Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini. Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Selepas pengakuan tertuduh direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md Said mengemukakan bahan bukti termasuk satu peranti USB yang mengandungi rakaman video tersebut.Mstar Posted by TINTA HIJAU
Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam,Padang,Sumatera Barat Petang Semalam.Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.
Kedutaan Besar Malaysia mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.Konsul General Malaysia di Medan,Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.
Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi,pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi.Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.
BERNAMA melaporkan di KUALA LUMPUR,seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat penerbangan Berjaya Air.
Allahyarham berasal dari bandar Country Homes,Rawang dan telah menyertai Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM,Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Zakaria adalah juga kapten Kelab Penerbangan Diraja Selangor dan juga, Ketua Jurulatih Penerbangan kelab itu. Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di Padang,Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.
Malaysia merupakan negara yang paling ramai mempunyai mufti. Syukur atas kelebihan tersebut. Tugas mufti adalah beruasah menyelesaikan masalah semasa negara dan rakyat yang berkaitan dengan agama Islam samada secara langsung atau sebaliknya.
Namun dewasa ini kita amat merasa dukacita dengan golongan yang digelar sebagai mufti. Gaji dan jawatan yang diberikan entah apa tugas yang dijadikan galang gantinya. Masyarakat Malaysia cukup bingung dengan isu yang ligat bersilih ganti. Malangnya ia ditinggalkan terbengkalai dengan polimik yang tidak berkesudahan.
Yang terbaru isu karikatur Utusan Malaysia, ke mana suara mufti? Sekurang-kurangnya bagilah komen ringkas ataupun isyarat yang positif tanda sensitif. Mufti-mufti senyap seribu bahasa iblis, pada masa yang sama tidak rasa bersalah membiarkan umat Islam Malaysia terus dalam kejahilan. Saya cuba bersangka baik dengan mengganggap mereka sedang mengkaji, tapi hingga sekarang tiada jawapan.
Ketika PAS mengumumkan Negara Berkebajikan, respon pula. Bila Utusan menceroboh had aqidah, senyap! Bila Perkasa mengeluarkan ugutan yang mencabul sentimen agama, senyap!
Ingat, Islam bersifat rahmat untuk seluruh alam. Begitu juga mufti yang bercakap atas nama Islam, perlu mengeluarkan umat Islam dari kegelapan kepada cahaya.
Para mufti, anda berhadapan dengan dakwaan kami di akhirat kelak! "
Percumanya 2 bulan, kena bayar berbulan-bulan dengan tempoh yang panjang. Kita bersyukur pada Allah kerana diberikan nikmat lebuhraya tapi kerajaan BN tidak wajar berbangga kerana kemudahan yang diberikan bukan rakyat dapat percuma atau free tapi rakyat kena bayar dengan harga yang mahal sehingga ke anak cucu mereka kena tanggung. Penyokong UMNO jangan berlagak dengan jasa BN/UMNO , keluarga kamu da kamu pun kena bayor. Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya tengah malam ini sehingga 31 Ogos.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 33km itu dengan kos RM958 juta dibiayai sepenuhnya oleh KLSEB menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Perasmian lebuhraya tersebut dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dekat Plaza Tol Rimba Templer di Kuala Lumpur hari ini.
Lebuh raya yang mula dibina sejak Oktober 2008 itu mempunyai tiga plaza tol iaitu Plaza Tol Assam Jawa, Plaza Tol Kuang Timur/Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer.
KLSEB memegang konsesi lebuh raya berkenaan selama 40 tahun.
Shaziman berkata dengan pembukaan lebuh raya berkena, masa perjalanan dapat dikurangkan dengan memberikan contoh perjalanan dari pekan Ijok ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 30 minit sahaja berbanding sejam setengah sebelum ini.
Beliau berkata, kadar tol yang ditetapkan bagi lebuh raya berkenaan dari 2011-2015 ialah bagi kelas satu iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas ialah RM2, kelas dua iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar lima roda atau enam roda kecuali bas ialah RM4.
Bagi kelas tiga iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas dikenakan caj RM6, kelas empat iaitu teksi (RM1) dan kelas lima iaitu bas (RM4), katanya.
Shaziman berkata kerajaan turut mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta untuk pengambilalihan tanah untuk projek lebuhraya berkenaan.
Katanya lebuh raya berkenaan merupakan satu daripada projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) iaitu jaringan lebuh raya yang menghubungkan lebuhraya-lebuhraya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kejayaan penyempurnaan Lebuhraya Latar ini juga akan meletakkan status projek KLORR pada peringkat akhir penyiapan," katanya.
Antara rangkaian KLORR yang telah siap adalah Lebuhraya Corridor Guthrie (CGE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang dan sebahagian Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), katanya.
Katanya, Lebuhraya Latar turut dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Barat sepanjang 286km.
"Apabila Lebuhraya Pantai Barat siap sepenuhnya, pengguna akan dapat meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan melalui kawasan pantai barat negeri Perak.
"Laluan ini akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang semakin sesak pada hari ini," katanya.
Dah lama tak menulis dalam blog ni, asyik dok main fb saja, pasai respon syok tengok. Dalam masa perbahasan dewan rakyat la ni, berbagai benda yang ana dok tengok dalam bajet tambahan ni. Kerajaan minta 13 billion pula, bila kita teliti nampak macam ada benda-benda yang rakyat boleh persoal dan kekeliaruan macam depa nak susup sesuatu . Ana dok teliti tang kerajaan minta 150 juta nak beri kepada rakyat konon bil;a bil letrik 20 ringgit tu diberikan percuma kat rakyat, katanya nak beri kepada TNB. Kalau kita bayangkanlah 159 juta ni, katakan satu rumah dibayar 20 ringgit maksima oleh kerajaan kepada TNB, agak-agak hampa berapa rumah yang dapat, bahagi tengok, maknanya 7.5 juta rumah yang dapat letrik percuma, agak-agak kita lah adakah dalam Malaysia ni 7.5 juta rumah yang dapat letrik free ni, atau nak salur kemana. Yang kedua aku dok tengok bila YB Senator jaga Kebajiikan minta 489 juta untuk beri kepada rakyat miskin sebagai bantuan one off, maknanya sekali beri saja, agaknya berapa orang yang miskin ada dalam negara kita kalau ikut kaedah depa kira la, maknanya bahagi punya bahagi, congak punya congak, maka akan timbul 2.4 juta yang dapat 200 seorang, ooi dahsyat tu, bila mai tang nak kata menhapus kemiskinan, bukan main lagi war-war kata kita nak kaya, nak pendapatan tinggi dan kita dah maju, tapi mai nak minta bantuan, nak minta bajet, ooi mak ramai lagi yang pokai rupanya rakyat yang 50 tahun merdeka dah ni, kesian kat kita, sampai 2,4 juta, itupun beri serang 200 saja, sekali beri, pasai permohonan tu one off. Bila cari pula tang Kem Kesihatan, jumpa pula minta 1 billion nak beri kepada petugas di KKM termasuklah kawan aku Doktor bel;ah, doktor bayi, doktor jaga beranak dan macam macam lagi, kelmarin masa bahas aku dan wakil Selayang dok tanya juga pasai pa minta tambah banyak sangat, kalau kita denga petugas osrang boleh dapat 8 ribu oooooo, tapi menteri jawab dia minta pasai dulu minta 67 billion, beri 6 billion saja, jadi tak cukup nak bayar emolumen ( gali la tu ). Jadi sebelum Dr semua buat demo macam kami dulu, maka minta lagi.aknanya dalam bajet hari tu, minta tujuh beri 6 billion pasai saja nak kata depa pandai buat nak kurangkan defisit dalam belanjawan negara 2011, dah tu belum habis bulan jun, minta lagi bajet tambahan. Cuma yang kita nampak satu aja. nak buat belanja pilihanraya ke, atau nak umpan pilihanraya, tu saja la maknanya.
rasanya ramai yang dah tahu bahawa kedai 1 malaysia ni diuruskan oleh mydin holdings. ala mamak mydin anak beranak tu la siapa lagi. senang cerita memang banyak barang mydin la ye dak? cuma label je ditukar kepada lambang 1 malaysia bagi nampak konon kononnya rakyat didahulukan. dengarnya seluar dalam 1 malaysia pun ada dijual! peh..
berikut antara komen pengunjung dan pekerja, dipetik dari malaysiakini
"Harga boleh tahanlah rendah cuma produk terhad. Dari segi bungkusan memang menarik, tapi kualiti tidak tahulah" - Zafirul
"Mesti mahu cuba dahulu. Harga bolehlah (murah). Mesti tengok kualiti dia (barangan) baru boleh cakap. Mesti mahu cuba kualiti dahulu baru boleh tahu boleh datang lagi ke tidak" - Alice
"Kedai 1 Malaysia terpaksa 'meminjam' kakitangan daripada syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mengendalikan kedai berkenaan" - Nuriah, pekerja kedai
"Harga barangan yang tidak berjenama 1Malaysia tetap dijual dengan harga samaseperti di kedai lain" - Angeline
* * * * * * *
rata rata, ramai yang masih ragu ragu dengan tahap kualiti barang murah berjenama 1malaysia tersebut. ye la, kalau melibatkan makanan mesti la kualiti diutamakan. tapi pada gua, kalau dah namanya mydin, memang gua tak berapa percaya la kualiti dia. terus terang cakap punya. lagipun bukan pengalaman seminggu dua, ini pengalaman peribadi yang dah masuk berbelas tahun! kalau google mydin punya tahap kualiti memang silap silap terus geleng kepala taknak pergi mydin. kah kah kah!
berikut antara komen forumer terhadap kualiti barangan mydin, dipetik dari forum cari.com.my
jgn beli barang elektrik atau part-part elektrik yang kecik-kecik tu....hampeh semacam....ader ke beli starter lampu ...dibungkus 3 dan berharga RM 2.00....setiap satu tahan seminggu ajer...heheheheh....3 starter cuma tahan 3 minggu ajer....padan ngan muka aku - forumer A
jgn sesekali beli Jam kat Mydin...bukan setakat hampeh...tapi taraf hancus.... - forumer B
Ari tu, ingat nk beli Olay Total Effect kt Mydin sbb murah. Hubby beria2 tak bagi! Kata dia, nk beli menda lain tak per but klau menda2 kosmetik, brg elektrik, menda2 makan (jamu, ect), Mydin is not the place! - forumer C
* * * * * * *
ah, asalnya gua nak tumpu pada isu kedai 1 malaysia ni tapi dah disebabkan kedai tu mydin yang handle, jadi gua kongsi semua benda benda 'taik' yang datangnya dari mydin ni. kah kah kah.! nah amik ko!
gambar bawah ni diambil di mydin melaka central pada 2008 (sebelum pru), gua pinjam dari blog tokasid. cilakak baru hari ni gua jumpa cerita ni, geng geng dia pun dah lama boikot mydin. nak tau cerita lanjut? pegi la lawat blog tokasid. gua cuma kongsi gambor je
t-shirt jijik untuk dijual
kedai ke markas barisan?
pemandangan jijik
merata tempat diletaknya
payung yang melambangkan rendahnya IQ si pemakai
bodoh bangang
barisan nasional sahaja
mydin = barisan nasional
hah amacam? best kan bisnes mamak mydin ni. bisnes jenis jilat. kira sekarang ni tahap jilat dia dah masuk level paling tinggi la ni. tu yang dapat projek handle kedai 1 malaysia. untung beb. tak payah susah susah buat iklan promosi. siap masuk sari berita penting di semua siaran tv malaysia. akhbar akhbar promote dekat muka depan. radio pun siang malam heboh pasal kedai 1malaysia. kesimpulannya, lu jilat, lu dapat!
gua ni bukanla nak mengajak orang ramai boikot mydin dan kedai 1 malaysia ni. itu hak kebebasan beli belah masing masing. tapi masalahnya gua memang anti habis dengan lahanat mydin ni. gua boikot habis habisan sejak wife gua bertekak dengan customer service mydin usj1 itu hari lagi. memang servis macam bangsat!
notasemut : ini semua dendam, ya dendam. sekali lu (mydin) dah buat taik dengan pelanggan, lu bukakla kedai baru nama 1 malaysia ke, 1 kimma ke, 1 dua tiga go ke, memang gua tetap boikot! pergi jahanam sama lu mydin!
Lebih 200 orang berhimpun di perkarangan Masjid Negeri Ipoh selepas solat Jumaat mendesak Utusan memohon maaf atas karikatur yang disiarkan dalam Utusan yang menghina Islam. Demonstrasi itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan Dewan Ulama' Ustaz Norazli Musa dan beberapa badan bukan kerajaan seperti ABIM sera Dewan Himpunan Penyokong PAS..
Demonstrasi itu diganggu oleh pihak Polis. Namun berjalan dengan lancar. Sebelum bersurai, Pesuruhjaya PAS Perak bersama-sama yang lain membakar akhbar Utusan Malaysia tanda kekesalan terhadap Utusan yang menghina Islam.
Ketua Mobilasi Pas Perak, Sdr Rahim
Ajk Dewan Ulama' Ustaz Ismie
Ketua Penerangan Dewan Ulama' Ustaz Norazli Musa bersemangat menyampaikan ucapan
Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.
Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka.
"Adakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan?
"Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih.
"Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan 'Bersih 2.0', kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan 'suci' yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara.
"Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya," katanya.
Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini.
Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
"Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan 'suci' untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka 'Bersih' ini," ujarnya. -MediaUMNO.
9 Julai semakin dekat, kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa akan turun berdemo secara aman menuntut sebuah pilihanraya yang BERSIH.
Jangan takut dan jangan bimbang, kita mesti BERANI. Berani menuntut perubahan. Bukan berani buat maksiat dan penyelewengan tetapi berani kerana yang hak dan benar. Demo BERSIH 2.0 adalah sesuatu yang hak dan benar.
Ayuh kita turun beramai-ramai ke kota raya Kuala Lumpur pada hari Sabtu 9 Julai 2011.
Orang ahli masjid, kaki surau lagilah kena berani.........
Maksudnya, "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." At-Taubah : 18.
KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.
"Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka," ujar beliau.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.
Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.
"Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka," kata beliau lagi.
Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.
"Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini," kata beliau.
KUALA NERUS - PAS mengambil tanggungjawab sebagai satu parti yang melaksanakan dakwah, tarbiah dan politik memberi amaran kepada Umno supaya tidak menghina Islam atas nama Melayu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kewangan, media dan kuasa mereka untuk menyesatkan umat Islam.
[Gambar - Haji Wahid membakar naskah Utusan Malaysia sebagai simbolik kebencian umat Islam terhadap akhbar milik Umno itu]
"Hari ini orang Islam (Umno) sendiri menghina Islam atas nama Melayu, bukan semua Melayu Islam, ada Melayu Kristian dan ada Melayu tidak ada ugama,
"mereka mempergunakan media mereka, menggunakan kewangan mereka, menggunakan kuasa mereka untuk menyesatkan umat Islam,"tegasnya ketika berucap pada Bantahan Aman terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan karikatur yang menyimpang dan boleh menyesatkan umat Islam
Katanya, kalau dilihat kepada 'kartun karikatur' tersebut, adalah tidak mungkin seorang wanita merelakan dirinya dirogol, malah merakam video, dirinya sedang dirogol.
Menurutnya, ia adalah bukti yang jelas, Utusan menipu rakyat dan sengaja menyiarkan karikatur tersebut untuk menyesatkan rakyat.
Katanya, dengan tindak balas yang dilakukan oleh PAS dan kerajaan Kelantan, beliau meramalkan Utusan akan berkubur pada satu hari nanti.
Oleh itu, beliau menegaskan dan memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional, agar jangan sekali-sekali Umno cuba memperkotak-katikkan akhlak dan aqidah umat Islam.
"Kita (PAS) menyatakan sikap kita dengan tegas jangan sekali-kali dengan menggunakan media, kuasa dan kewangan mereka (Umno/BN) boleh merosakkan aqidah umat Islam dan memperkotak-katikkan akhlak umat Islam,
"kita akan bangun (dan) bangkit menentang mereka!,"tegasnya pada Bantahan tersebut yang diadakan di Pekan Batu Enam, disini, selepas solat Jumaat, 24 Jun.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan juga berbohong kepada Yang DiPertuan Agong dalam isu Ketua Pegarah Jabatan Kerja Raya (JKR).
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) perlu dipecat kerana menyebabkan huru hara dalam perkhidmatan awam.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Sidek juga berbohong kepada Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam isu Ketua Pegarah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Katanya, Sidek seolah-olah memberitahu Agong bahawa Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim telah setuju berpindah ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedangkan beliau tidak bersetuju.
"Ternyata Sidek berbohong kepada Agong. Sepatutnya setelah kes ini selesai, barulah dipersembahkan kepada Seri Paduka. Tindakan KSN itu seolah-olah Judin bersetuju dengan pertukaran tersebut," kata Naib Presiden PAS dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Sidek baru-baru ini mengeluarkan arahan agar Judin berpindah ke CIDB tetapi beliau enggan dengan alasan jawatan baru itu tidak setaraf dengan jawatan Ketua Pengarah JKR.
JKR kini mempunyai dua ketua pengarah berikutan pelantikan Datuk Mohamad Nor Yaakub.
Pada masa sama Mahfuz mengecam Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kerana gagal memainkan peranan sebagai menteri.
"Shaziman perlu digantikan dengan orang lain kerana kementeriannya kini menjadi kucar kacir. (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kena buat rombakan kabinet bagi menggantikan Shaziman," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen PKR-Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ini bukan kali pertama Sidek mencetuskan kontroversi.
Sebelum ini menurutnya, berlaku kontroversi dalam isu pelantikan Muhammad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor.
"Sidek sudah sampai ke penghujung……. sudah tidak ada idea lagi.Beliau bermain politik untuk mencari sokongan supaya terus berada di situ sejak sekian lama.
"Kalau hebat sangat letak jawatan…….(supaya boleh) dilantik jadi senator dan seterusnya menteri," katanya.
Program bertujuan mengajak para belia berbakti kepada masyarakat dan mendekatkan diri kepada masjid. ADUN Lembah Jaya menyeru kepada semua belia menyertai KONVOI ini bagi sama-sama menyemarakkan kempen kebajikan ini.
Lebih 200 orang berhimpun di perkarangan Masjid Negeri Ipoh selepas solat Jumaat mendesak Utusan memohon maaf atas karikatur yang disiarkan dalam Utusan yang menghina Islam. Demonstrasi itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan Dewan Ulama' Ustaz Norazli Musa dan beberapa badan bukan kerajaan seperti ABIM sera Dewan Himpunan Penyokong PAS..
Demonstrasi itu diganggu oleh pihak Polis. Namun berjalan dengan lancar. Sebelum bersurai, Pesuruhjaya PAS Perak bersama-sama yang lain membakar akhbar Utusan Malaysia tanda kekesalan terhadap Utusan yang menghina Islam.
Ketua Mobilasi Pas Perak, Sdr Rahim
Ajk Dewan Ulama' Ustaz Ismie
Ketua Penerangan Dewan Ulama' Ustaz Norazli Musa bersemangat menyampaikan ucapan
Ustaz Hafez Sabri
Ketua Penerangan DPPN Perak, Ustaz Akmal
sidang Akhbar PJ Perak
kite bako!!!
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Utama Berita Kolum Surat Video Mobilekini Buku SMS Hartanah Pekerjaan Pelancongan Juadah Saham Pendidikan Kereta Peta Jual baju BERSIH: Penyokong ditahan polis Aidila Razak Jun 23, 11 12:32pm Kongsi 413 Seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.
Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.
NONEKatanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.
Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?
"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"," kata Shamsul kepada TV Selangor.
NONESementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.
"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.
"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning," katanya.
NONEShuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.
"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini," katanya.
Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.
"Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut," petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu. malaysiakini.
Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia.Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan.
Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus.Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini.Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.
Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata.Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri.apabila selesai perhimpunan,mereka bolehguna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. "Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut.Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.
Tujuan kita jelas, dan sikitpun tidak bertentangan dengan syariat Islam bahkan cara kita juga jelas tidak bertentangan dengan Islam, kita akan berhimpun secara aman sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan. Kalau tak aman ia bukannya datang dari pihak BERSIH tetapi ia datang dari pihak lain, mungkin pemuda UMNO, PERKASA atau pihak POLIS yang mungkin sengaja menimbulkan provokasi. Ulama UMNO mengatakan himpunan BERSIH haram kerana ia akan menimbulkan mudarat kepada orang awam?! Saya nak tanya ulama UMNO, manakah mudarat yang lebih besar? Antara himpunan BERSIH yang diadakan lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja sehingga menyebabkan jalan sesak dan menjejaskan rezeki pemandu teksi dan peniaga, kononnya, berbanding penipuan yang dilakukan oleh SPR sehingga menyebabkan pemerintah zalim dan tidak berlandaskan syariat Islam terus kekal memerintah negara? Islam meletakkan kaedah: Apabila bertembung dua mudarat maka pilih lah mudarat yang lebih ringan kesannya. Maka dalam kes di atas sudah pastilah mengekalkan pemerintah yang zalim mudarat dan bahayanya lebih besar berbanding himpunan BERSIH. Maka sebab itulah DR. Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir wajib keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan sekiranya mereka mati dalam perhimpunan itu, adalah mati syahid kerana mereka berjuang untuk menumbangkan kerajaan zalim Husni Mubarak. Oleh itu DPPNP menyokong penuh himpunan BERSIH 2.0 dan insyaAllah akan menghantar 14,000 pemuda untuk menyertai himpunan tersebut.
Saya pernah membaca sebanyak dua kali buku Fiqh al-Khilafah hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri yang pastinya merupakan tokoh yang begitu dikenali dalam dunia undang-undang. Buku yang merupakan tesis beliau di University Of Lyondi Perancis ini seingat saya telah ditulis pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki.
Buku karangan beliau yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis adalah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:
1.Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.
2.Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.
3.Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.
4.Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.
5.Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.
6.Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).
Saya secara peribadi (Us Hairul Nizam) semasa di Mesir telah bertemu dengan al-Marhum Dr. Tawfiq Shawi yang merupakan menantu kepada Rd. Abdul Razzaq al-Sanhuri (Dr. Tawfiq Shawi dan isterinya Dr. Nadiah al-Sanhuri adalah orang yang bertanggungjawab menterjemahkan buku Fiqh al-Khilafah ke dalam bahasa Arab). Saya bertanya kepada beliau: "Adakah Malaysia sebuah negara Islam?" dan beliau dengan pantas menjawab "Tidak". Saya dapat mengesan sebabnya iaitu Syarak tidak dijadikan pemutus paling tinggi dalam dasar negara sebaliknya tugas ini dirampas oleh dua pertiga ahli Parlimen.
Saya membuat satu kesimpulan:
Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.
Rasanya Kerajaan BN hari ini sangat-sangat layak untuk diruntuhkan oleh rakyat yang cintakan Islam dan cintakan kesejahteraan sejagat.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.
Masalah banjir kilat yang selama ini menghantui penduduk di beberapa kawasan di bandar Melaka akan dapat diatasi berikutan selesainya Projek Tebatan Banjir Fasa Pertama.
Projek yang menelan belanja RM50 juta itu dimulakan sejak tiga tahun lalu, selepas menerima aduan penduduk berikutan masalah banjir kilat yang berlaku sebahagian besar kawasan bandar di negeri ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembesaran parit dan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPSNM).
"Kita telah menyediakan sistem perparitan yang lebih besar bagi membantu air mengalir terus hingga ke sungai berhampiran untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku," katanya selepas melawat sistem perparitan di Kampung Pengkalan Rama dan rumah pam berhampiran Kampung Morten.
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Zainal Abu.
Menurut Mohd Ali, kawasan terlibat adalah Kampung Chetti, Tangga Batu, Sungai Udang ,Taman Merak Mas, Bukit Katil, Lorong Pandan, Limbongan, Taman Melawis, Taman Sentosa, Bukit Beruang, Taman Peringgit Jaya dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) di Durian Daun.
"Hasil tinjauan yang dilakukan saya mendapati kebanyakan penduduk merasa lega kerana masalah banjir kilat yang berlaku dapat diatasi.
"Saya harap ia dapat memberi keselesaan sepenuhnya kepada mereka, bagaimanapun saya ingin memastikan rumah pam air yang dibina dapat berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air hujan terutama dari Durian Daun dan Pengkalan Rama terus ke Sungai Melaka," katanya.
Jelasnya, pihaknya sudah menyiapkan tender dan dokumen lengkap bagi Projek Tebatan Banjir Fasa Kedua yang kini hanya menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
"Kita berharap peruntukan bagi projek fasa kedua yang menelan kos sebanyak RM78 juta dapat diperolehi dengan segera bagi mengatasi masalah banjir dan membaiki sistem perparitan di beberapa buah tempat lagi di bandar ini.
"Kawasan yang dikenalpasti terlibat dalam projek tebatan banjir fasa dua ini adalah Kampung Enam dan Kampung Tujuh, Jalan Bachang, Sekolah Menengah Tun Tuah, Kampung Lapan, Parit Besar di Bukit Katil, kawasan di belakang pusat membeli belah Fajar, Bachang dan berhampiran Aeon Bandaraya Melaka, Peringgit Jaya," katanya.
KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas pihak Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, didakwa menghina Islam.
DMMP juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.
"Kami harap tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera kerana tindakan Utusan Malaysia jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam serta mempermain-mainkan hukum yang telah tersabit dalam Islam," kata beliau.
Memorandum tersebut diterima penolong pegawai tadbir bahagian khidmat pengurusan Jawi, Nasaruddin Mohd Zainal.
Karikatur yang dihasilkan pelukis yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.
Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.
Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.
Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.
Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.
Siti Zailah turut mendakwa tindakan Utusan Malaysia itu meletakkan akhbar milik Umno itu setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu DMPP mahu editor Utusan Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukum Qazaf yang jelas termaktub dalam al Quran dan sunnah serta hukum jenayah Islam.
"Tindakan ini berlandaskan peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.
Tanggungjawab Jawi
Sementara itu, Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud menegaskan, mereka menunggu tindakan segera daripada pihak Jawi berhubung aduan dan memorandum yang diserahkan.
"Jawi bertanggungjawab menyiasat sebab kita dah buat aduan.
"Saya sebagai pengadu utama menunggu pihak Jawi memanggil saya untuk diambil keterangan.
"Kalau tak panggil saya untuk beri keterangan, saya mesti tahu kenapa (tak panggil)," katanya.
Tambahnya, tindakan Utusan Malaysia jelas mengelirukan fikiran rakyat khususnya orang Islam.
"Utusan Malaysia kata mereka pemangkin fikiran rakyat. Tapi kalau siarkan karikatur hina Islam ini,fikiran bagaimana yang mereka nak sebarkan?"katanya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
Dalam pada itu, DMPP kata Zailah menyokong penuh kempen boikot Utusan Malaysia (UM-NO) yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.
"Dewan Muslimat menyeru setiap ahli DMPP memboikot akhbar Utusan Malaysia secara total," katanya.
SHAH ALAM 24 JUN : Kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak kini dilihat seolah-olah mahu melarikan diri daripada terus menjelaskan kepada rakyat berhubung ketelusan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang.
Hal ini terbukti apabila Putrajaya mengumumkan untuk merombak dasarnya apabila hanya akan menganugerahkan biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian ijazah dan bukannya kepada calon cemerlang SPM bermula tahun hadapan.
Malah Najib sendiri mengakui ia bagi mengelak masalah rungutan dan kritikan yang kedengaran mutakhir ini.
Namun menurut Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abbas Awang, tindakan tergesa-gesa kerajaan itu bakal mengundang masalah keciciran kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM yang menjadi aset negara pada masa hadapan.
"Keputusan SPM menggambarkan keputusan yang penting, pelajar-pelajar yang cemerlang dan terpilih itu sepatutnya diberi keutamaan mereka untuk memilih jurusan-jurusan tertentu dan sepatutnya mereka ini diberikan biasiswa,"katanya kepada Tv Selangor.
Abbas juga tidak dapat menerima alasan yang dikemukakan oleh Najib yang mengatakan bahawa pemberian biasiswa di peringkat SPM bukan satu idea yang baik, sekaligus menimbulkan pertikaian sama ada kerajaan telus selama ini membantu pelajar-pelajar lepasan SPM.
"Saya fikir itu alasan yang tidak logik semata-mata kerana dana biasiswa itu tadi telah disalahgunakan untuk perkara lain.
"Itu hanyalah alasan kerajaan. Berdasarkan pemerhatian mereka ini daripada SPM melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi dan lain-lain, terbukti mereka telah berjaya dalam jurusan yang mereka pilih. Cuba tengok rekod-rekod daripada JPA sendiri, hanya segelintir kecil sahaja yang gagal sebaliknya 90% mereka telah berjaya,"ujar Abbas.
Najib sebelum ini mendakwa, dasar sedia ada patut disemak semula kerana kerajaan juga mengambil kira bahawa pemberian biasiswa di peringkat SPM bukan idea yang bagus kerana ia setaraf dengan O-level.
"Memberikan biasiswa di peringkat SPM bukan idea yang bagus. Malahan jika pelajar cemerlang dalam O-level mereka, ini tidak bermakna mereka akan cemerlang dalam A-level mereka.
"Jadi akan diadakan semakan menyeluruh terhadap dasar kami tahun depan," kata Najib semasa menjawab soalan seorang pemanggil semasa ditemu bual di konti Radio One FM di Sri Pentas.
Semalam misalnya Parti Hak Asasi Manusia (HRP) sekali lagi tampil menuntut keadilan di atas penafian kerajaan Malaysia terhadap pelajar India dalam pemberian biasiswa JPA,pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga penempatan mereka di matrikulasi dan universiti.
Menurut Ketua Penerangan HRP, S Jayathas,seramai 2,237 pelajar India yang cemerlang dinafikan daripada mendapat biasiswa dan pinjaman serta tidak mendapat tempat yang selayaknya di peringkat universiti.
Masalah agihan biasiswa JPA 2011 sebelum ini penuh kontroversi hingga menyebabkan ramai pelajar cemerlang SPM 2010 yang layak tidak menerima biasiswa itu dan menimbulkan pelbagai tanda tanya.
SANAA 23 Jun – Isteri ketiga Osama bin Laden, Amal Abdulfattah akan dibenarkan pulang ke Yemen dari Pakistan dalam tempoh beberapa hari lagi, kata abangnya semalam.
Menurut Zakariya Abdulfattah, keluarga Amal telah dimaklumkan oleh Kementerian Luar Yemen dan Pakistan mengenai rancangan untuk menghantar wanita itu dan lima anaknya pulang ke Yemen beberapa hari lagi.
"Terdapat pertemuan diplomatik antara kerajaan Yemen dan Pakistan untuk memastikan dia pulang dengan selamat ke negaranya dan berjanji untuk melaksanakan langkah itu secepat mungkin," katanya.
Keluarga wanita itu pada bulan lepas telah menuntut supaya Amal dan anaknya dihantar pulang selepas ditahan di Pakistan.
Zakariya berkata, Kedutaan Yemen di Islamabad turut memberi jaminan Amal berada dalam keadaan baik, walaupun mengalami kecederaan di kaki akibat ditembak ketika komando Amerika Syarikat (AS) menyerang sebuah rumah di Abbotabad dalam operasi membunuh Osama.
Pihak perisikan AS dilaporkan telah menyoal siasat ketiga-tiga isteri Osama yang ditahan dalam serbuan komando AS di utara Islamabad itu sehingga membawa kepada ketua militan al-Qaeda itu dibunuh.
Menurutnya, Amal, 29, mengahwini Osama pada 1999 dan mengikut suaminya mengembara ke Afghanistan.
Osama sebelum itu mengahwini dua wanita lain dan isteri pertamanya merupakan sepupunya sendiri, Najwa al-Ghanem dari Syria. – AFP
SEBAHAGIAN barang kemas milik Eva Peron yang ditemui semula dipamerkan polis di Milan, Itali kelmarin.
MILAN – Sejumlah barang kemas bernilai lebih £5 juta (RM24.1 juta) yang pernah dimiliki Wanita Pertama Argentina, Eva Peron ditemui semula oleh polis Itali.
Pendedahan itu dibuat polis dalam satu sidang akhbar kelmarin di sini.
Semua barang kemas itu, termasuk sebuah tiara bernilai £3.5 juta (RM16.9 juta) yang dihadiahkan kepada Eva oleh keluarga diraja Belanda, dua bentuk cincin dan sepasang anting-anting ditemui di sebuah hotel di sini dalam satu serbuan pihak berkuasa.
Barang kemas itu dicuri sekumpulan penjenayah Serbia daripada sebuah butik di bandar Valencia, Sepanyol pada Disember 2009.
Pada tahun lalu, polis Sepanyol menangkap enam anggota geng penjenayah berkenaan tetapi gagal menemui barang kemas berkenaan.
Namun, hasil soal siasat terhadap tahanan-tahanan tersebut, polis Sepanyol memberikan maklumat mengenai seorang konconya kepada polis di sini, Itali.
Selepas membuat intipan selama beberapa bulan, penjenayah berkenaan ditangkap di sebuah hotel di sini dengan polis turut menemui semula barang kemas tersebut.
Eva yang merupakan isteri bekas Presiden Argentina Juan Peron lebih dikenali dengan gelaran Evita.
Wanita itu menjalani kehidupan penuh mewah dan glamor yang kemudian diadaptasikan ke layar perak menerusi filem berjudul, Evita dengan wataknya dilakonkan oleh Madonna.
Peron memerintah Argentina pada awal 1950-an sebelum hidup dalam buangan pada 1955, tiga tahun selepas Eva meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kanser. – Agensi
KUALA LUMPUR 24 JUN : Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu.
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video lucah secara terbuka di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu.
Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi perbuatan persubahatan.
Rahim juga mengaku bersalah di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani.
Oleh yang demikian Eskay dikenakan hukuman denda RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim dikenakan denda RM1,000.
Eskay diwakili peguam Zamani Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Abdul Rahim diwakili Datuk Shafee Abdullah.
Fakta kes yang dibacakan antara lain menyebut kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di mana seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita warganegara China.
Turut dinyatakan polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kelibat individu yang didakwa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Eskay dan masuk ke pangsapuri.
Selepas fakta kes dibacakan kepada tertuduh, Eskay kemudian menyatakan kepada mahkamah bahawa terdapat pembetulan pada perenggan terakhir.
"Bukan menyerupai, tapi ianya memang Anwar Ibrahim," ujar beliau dari dalam kandang tertuduh.
Mahkamah kemudian dipertontonkan rakaman video seks berkenaan melalui dua buah televisyen di dalam galeri mahkamah.
Walau bagaimanapun, hakim Aizatul mengarahkan rakaman video tersebut dipercepatkan dan hanya untuk mengesahkan terdapat kejadian seks oleh dua individu seperti yang didakwa.
Peguam Shafee yang mengemukakan rayuan di hadapan hakim berkata, Eskay dan Shuib terpaksa melakukan kesalahan kecil untuk mendedahkan kesalahan moral yang lebih besar oleh Anwar kepada umum.
Oleh yang demikian katanya, kedua-dua individu itu mengambil keputusan untuk menayangkan rakaman video seks tersebut bertujuan menghalang Anwar daripada terus mengejar cita-cita menjadi pemimpin negara Islam yang tidak bermoral.
Katanya tindakan mereka adalah demi kepentingan awam selain menyelamatkan persepsi rakyat daripada terus ditipu oleh perbuatan hipokrit Anwar.
"Saya rasa terkejut sebab saya ingat ini perkara yang baik untuk dilakukan," katanya.
Antara lain Shafee menyebut perbuatan yang dilakukan tidak melibatkan kepentingan wang selain mereka telah memilih penonton secara berhati-hati.
Malah Shafee bertegas rakaman video itu telah diteliti oleh pakar dari Amerika Syarikat yang menyatakan 99.9 peratus adalah Anwar.
Beliau sebaliknya menuduh Anwar membuat laporan palsu kepada polis pada 22 Mac sehari selepas kejadian.
"Ketiga-tiga mereka ini tidak sepatutnya berada di sini.. tapi Anwar Ibrahim kerana beliau telah buat laporan palsu," ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada tertuduh berikutan faktor umur dan keluarga.
KUALA LUMPUR, 24 Julai: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah pelik dan macam mana seorang ahli akademik seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang-undang.
"Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram," katanya.
Sebagai ahli akademik, tambah belau sepatutnya sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan.
"Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan.
"Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang," ujarnya.
Sehubungan tu, belau mempersoalkan kenapa Zainal tidak mengkaji himpunan Bersih pada 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.
Baginya, janganlah kerana Zanal menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikirannya selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara.
"Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu," katanya lagi.
Beliau tidak menafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji.
Katanya, Zainal memang terkenal sebagai penyokong tegar Umno, sewaktu di universiti Malaya lagi.
Idris menambah, fikrah Zainal sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak.
"Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang memalukan, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mereka yang berada di menara gading.
"Kalau hendak mengampu biarlah kena caranya, bukan memberi pandangan yang emosi dan tidak berisi," katanya.
KUALA LUMPUR 24 JUN : Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu.
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan secara terbuka menayangkan rakaman video lucah di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu.
Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan juga mengaku telah berbuat demikian di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani.
Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.
Selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melahirkan keyakinannya bahawa proses perundangan yang dikenakan ke atas Datuk T hanya akan melibatkan hukuman seminima mungkin.
Terdahulu seawal jam lapan pagi tadi, kira-kira 50 penyokong Datuk T hadir untuk memberi sokongan.
Trio Datuk T terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas benhari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab menayangkan video lucah secara terbuka kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Ketiga-tiga mereka kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video 21 minit itu dan telah membuat laporan polis.
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitu ungkapan sesuai bagi menggambarkan kepayahan yang harus ditanggung sebahagian wanita yang membesarkan anak-anak tanpa sokongan suami selepas bergelar ibu tunggal.
Pelbagai usaha dan cara yang cuba dilakukan mereka apatah lagi mereka ditinggalkan tanpa sebarang nafkah perbelanjaan bagi menyara anak-anak.
Menerusi bengkel memperkasakan wanita anjuran Proton baru-baru ini, seramai 50 ibu tunggal berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti dalam usaha memberi sokongan motivasi dan bimbingan selepas ditinggalkan suami.
Ikuti luahan pengalaman beberapa peserta bengkel seperti diceritakan kepada wartawan, Hajahfarhana Tarmudi (wanitametro@hmetro.com.my) mengenai kepayahan mereka selepas bergelar ibu tunggal serta bimbingan pakar kewangan bagi memantapkan ekonomi keluarga.
LIN, 28, berasal dari Sungai Petani, Kedah kini masih tidak mendapatkan status atau bukti yang menyatakan dia sudah bercerai dengan suaminya.
Keputusan berkahwin di Siam dulu menyusahkannya kini untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan kerana tidak memiliki dokumen yang mengesahkan dirinya sebagai ibu tunggal.
"Saya tidak mengambil dokumen perkahwinan ketika bernikah di Siam dan ini menyebabkan saya kini sukar mendapatkan bantuan untuk anak-anak yang semakin membesar selepas bercerai dengan suami.
"Saya pernah merujuk perkara ini di Jabatan Agama Islam Kedah untuk mengetahui cara bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, kami diminta membayar RM1,000 sebagai denda bagi menjalankan proses mendapatkan sijil perceraian.
"Saya tiada duit sebanyak itu sebab saya juga harus membayar sewa rumah yang sudah lama tidak dijelaskan pembayarannya, malah bekalan elektrik dan air pun dipotong.
"Lantas, saya terpaksa berfikir dengan bijak cara untuk mencari rezeki demi kasih kepada anak-anak dengan belajar cara membaiki kereta, mengecat dan mempelajari selok-belok mengenai enjin untuk diterima bekerja di bengkel.
"Minat saya memang ke arah pekerjaan itu jadi saya tekadkan diri untuk meneruskannya bagi membayar sewa rumah dan perbelanjaan anak-anak," katanya yang mempunyai empat anak berusia antara empat hingga 11 tahun.
Menceritakan kembali detik ketika bersama bekas suami, dia sering ditinggalkan sehingga lima hingga enam bulan kerana suami bekerja di bidang perkapalan.
"Suami berikan kami wang apabila pulang dan saya yang menguruskan segala perbelanjaan. Namun, suami pastikan segala pembelian dicatat dengan alasan mahu berjimat.
"Suami juga gemar menjauhkan diri daripada keluarga, rakan dan saudara-mara kerana dia tidak suka diganggu. Adakalanya apabila pulang ke rumah kami juga tidak dihiraukannya.
"Dia juga kurang memberi layanan baik kepada anak ketiga kami kerana menganggap itu bukan darah dagingnya. Hati mana yang tidak sedih?
"Tetapi kini saya boleh melakukan kerja yang saya minati dan memperoleh pendapatan bagi membesarkan anak-anak supaya mereka mendapat pendidikan yang baik.
"Sebagai ibu tunggal, mungkin kita berfikir kepayahan hidup kita, tetapi sebenarnya ada insan lain yang lebih sukar daripada kita," katanya yang ditemui pada bengkel memperkasakan ibu tunggal anjuran Proton berkenaan.
Lin juga berharap supaya masalah berhubung status perceraiannya dapat diselesaikan dengan segera.
Wanita berketurunan Punjabi yang menjadi ibu tunggal sejak tiga bulan lalu, Noor, 37, mula memeluk Islam pada Januari 2001.
Dia berkahwin dengan suaminya yang diharap dapat membimbing dirinya menjadi isteri yang baik namun suaminya mula menunjuk belang dengan memukulnya hanya selepas sehari berkahwin.
"Bekas suami seorang guru silat dan selalu memukul saya. Kemuncaknya apabila bekas suami menendang perut ketika saya mengandung menyebabkan anak dalam kandungan meninggal dunia.
"Disebabkan itu, saya meminta cerai kerana apa dilakukannya ke atas diri saya.
"Namun, dia pula meminta duit sebanyak RM40,000 daripada keluarga saya sebagai membayar tuntutan perceraian," katanya yang akhirnya berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Selepas bercerai pada 2003, dia memulakan hidup baru dan berkahwin kali kedua dengan seorang warga Pakistan.
"Perkahwinan pada 2009 �dengan suami kedua diharap dapat membuka sinar baru. Namun, kisah lalu berulang kembali kerana sekali lagi saya menjadi mangsa dera suami.
"Kisah bermula apabila mengandung kerana suami tidak bersetuju untuk mempunyai anak ketika itu.
"Suami mula memukul saya di atas sejadah ketika kandungan mencecah usia dua bulan. Apabila saya enggan menggugurkan kandungan, dia memukul saya berterusan," katanya.
Noor tetap dengan pendiriannya untuk melahirkan anak walaupun suami tidak menyukainya lantas si suami mula mengabaikan dirinya selepas dia melahirkan anak.
"Apabila diselidik, dia mempunyai perempuan lain. Jika ditanya, saya dimarahi dan dia mengugut untuk meninggalkan saya.
"Akhirnya, saya diceraikan dengan talak tiga oleh bekas suami hanya kerana dia tidak suka dengan anak perempuan kami," katanya yang mempunyai anak berusia lapan tahun dan setahun ini.
Nasibnya baik, dia mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana bekerja sebagai setiausaha di pejabat kedutaan. Kini dia tinggal bersama keluarga yang banyak membantunya menghadapi cabaran bergelar ibu tunggal.
Perunding Latihan dan Motivasi Profesional, Ahmad Fadzli Yusof, beranggapan ibu tunggal harus memantapkan diri dengan mendalami pelbagai aspek ilmu keibubapaan dan pengurusan kewangan bagi menghadapi pelbagai situasi sukar.
"Mereka perlu menambah pengetahuan selain harus sentiasa fokus dengan peranan dan tanggungjawab terutama kepada ahli keluarga.
"Ibu tunggal mempunyai tanggungjawab berganda yang harus dipikul, mereka bukan hanya menjadi ibu malah berperanan sebagai ayah.
"Jadi, mereka harus menjadi lebih kuat daripada pelbagai aspek dan harus menyiapkan mental dan emosi terutama untuk masa depan keluarga," katanya.
Memetik kisah dalam buku yang dihasilkan Fadzli dan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah bertajuk Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, ia menggunakan prinsip itik berenang yang bermaksud kelihatan tenang, tetapi mungkin kita tidak tahu keadaan sebenar di bawah permukaan air - kaki itik sedang bekerja keras bagi memastikan badannya bergerak ke hadapan.
"Tetapi kita tidak nampak kerana ia berada di bawah permukaan air dan itik bekerja keras bagi memastikan dirinya tidak dibawa arus deras sungai.
"Adakah ia merasakannya sebagai bebanan? Itik tidak menganggap itu sebagai satu bebanan kerana haiwan itu memang suka berenang.
"Begitu juga dengan mereka yang berjaya. Nampak tenang, tetapi minda dan fikiran mereka sebenarnya sentiasa bekerja bagi memastikan hidup terus maju ke hadapan.
"Mereka selalu berfikir dan merancang hidup supaya tidak membiarkan diri dibawa arus kehidupan yang mencabar malah sering menganalisa serta merancang kehidupan," katanya.
Sekiranya ingin berjaya, kita juga harus sentiasa menggunakan perkataan positif dalam menetapkan matlamat hidup apatah lagi ketika menghadapi kesukaran hidup.
"Kata-kata negatif seperti hidup susah dan sedih akan membuatkan diri mereka tidak dapat lari daripada masalah sebaliknya akan sentiasa menghadapi perasaan kecewa berpanjangan.
"Selain itu, matlamat juga harus spesifik kerana ia akan membuatkan kita menjalankan usaha lebih tegas dalam mencapai kejayaan yang ditetapkan oleh diri sendiri," katanya.
KUALA LUMPUR: Empat anggota polis termasuk seorang wanita yang sebelum ini ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kes peras ugut, Khamis lepas, telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu dibebaskan atas arahan Timbalan Pendakwa Raya. "Mereka kini akan bertugas di bahagian yang tidak berurusan dengan orang awam untuk tempoh tertentu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Sebelum itu, beliau menerima replika kunci 60 kereta jenis Chevrolet Captiva dari Ketua Pegawai Operasi Naza Quest Sdn Bhd, Datuk Maruan Mohd Said, untuk kegunaan rasmi polis pada Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis (GPEC) Asia 2011 bermula 27 hingga 29 Jun ini.
Ku berkata kertas siasatan mengenai kes jenayah ugut itu akan disiapkan tidak lama lagi sebelum diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk semakan dan tindakan lanjut.
Dalam kejadian itu, empat anggota polis terbabit berumur antara 28 hingga 34 tahun ditahan sehari selepas kejadian ugut berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki tempatan.
Kejadian berlaku di sekitar daerah Sentul apabila seorang lelaki yang sedang memandu keretanya ditahan empat anggota polis terbabit.
Keempat-empat mereka mendakwa lelaki berkenaan membawa dadah di dalam keretanya dan mengugut supaya memberikan RM5,000 sebagai balasan kes itu tidak menjadi kes polis.
Terdahulu di majlis itu, Maruan berkata kereta tersebut akan digunakan untuk membawa tetamu bagi memastikan kelancaran sepanjang pameran berlangsung.
GPEC akan diadakan secara besar-besaran dan melibatkan penyertaan menteri dari negara-negara anggota Asean dan beberapa negara lain.
GPEC merangkumi pameran, demonstrasi produk serta persidangan yang akan melibatkan kertas kerja oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia. - BERNAMA
BESUT - Tiga remaja lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda.
Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail,15, dan Mohd Zailani Keria, 23, yang semuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung kira-kira 6.15 petang.
Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital dilaporkan stabil.
Menurut rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, yang turut berteduh di wakaf itu berkata, ketika kejadian secara tiba-tiba kilat dan petir memanah ke arah sebatang pokok berhampiran wakaf tersebut menyebabkan mereka bertiga rebah dan tidak sedarkan diri.
Selepas melihat keadaan ketiga-tiga mereka terjatuh manakala yang lain melarikan diri kerana panik, katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital di sini, hari ini.
"Sebaik hujan reda penduduk yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian datang menyelamatkan mangsa dengan menghantar mereka ke hospital," katanya.
Katanya lagi ketika kejadian, ada di antara mereka yang menggunakan telefon bimbit untuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).- Bernama
Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.
Kehadiran mereka bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.
Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.
Datuk T hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu. Kesemua mereka mengaku bersalah.
Ketiga-tiga mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.
Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', kumpulan itu juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.
Bercakap kepada wartawan, seorang lelaki memberitahu, mereka terdiri daripada "pelbagai NGO dari seluruh negara".
"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.
"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T," kata lelaki yang tidak mahu mendedahkan identitinya.
Lelaki itu kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih) yang juga seorang pembantu kepada Rahim.
Sementara, Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismail berkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.
"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang," katanya.
Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.
JAKARTA - Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat petang semalam.
Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.
Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.
Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata, pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.
CARACAS: Empat lagi mayat dikelurkan dari Penjara El Rodeo, lapor stesen televisyen negara itu yang menyaksikan angka korban meningkat kepada 29 orang selepas askar dikerah memasuki bangunan penjara itu bagi mengawal keadaan.
Keganasan meletus pada 12 Jun lalu apabila sekumpulan banduan merusuh menggunakan senjata sehingga 22 orang dilaporkan maut.
Pihak berkuasa menyifatkan rusuhan itu sebagai terburuk di Venezuela sejak 1999.
Empat hari selepas rusuhan tercetus, pihak berkuasa mengerahkan 4,000 askar dan anggota payung terjun untuk memasuki bangunan penjara sehingga dua askar dan seorang banduan terbunuh.
Stesen televisyen VTV hari ini melaporkan, ketika angka korban bertambah kepada empat orang, ribuan banduan tetap berada dalam penjara dan enggan menyerah diri.
Pihak berkuasa setakat ini sudah memindahkan kira-kira 2,500 daripada 4,700 banduan di penjara itu ke bangunan sementara. - AFP
BAGHDAD 24 Jun - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 107 orang lain cedera apabila bom yang diletakkan dalam tiga kereta sorong meletup di sebuah pasar di Baghdad, semalam.
Sumber Kementerian Dalam Negeri pula berkata, kejadian di pasar Shurt al-Raba itu berlaku kira-kira pukul 6.45 petang (11.45 malam waktu Malaysia).
Sumber itu memberitahu, kejadian berlaku ketika pasar itu penuh dengan pelanggan yang membeli keperluan harian.
KUALA LUMPUR - Tiga produk perubatan tradisional iaitu Mistura Zhike, Chi Kat Pills dan Herbaios-Zuekertec Capsule didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan.
Kementerian itu telah membatalkan pendaftaran ke atas ketiga-tiga produk itu yang dipegang oleh Metro Signature Sdn Bhd, Nature Park Enterprise dan Sinar Aman Pharmaceutical (M) Sdn Bhd sejak 26 Mei lepas setelah mengesan bahan racun berjadual itu.
Produk Mistura Zhuike didapati mengandungi ephedrine dan pseudoephedrine, Chi Kat Pills mengandungi ephedrine dan Herbaios-Zuekertec Capsule mengandungi glibenclamide dan metformin, menurut kenyataan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementerian itu di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan pengunaannya serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan jika memerlukan maklumat lanjut.
Sementara penjual dan pengedar ubat-ubatan itu dinasihatkan menghentikan penjualan dan pengedaran kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, menurut kenyataan itu.
Penggunaan ephedrine dan pseudoephedrine tidak dibenarkan dalam produk tradisional kerana ia boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa pengawasan iaitu tekanan darah tinggi, halusinasi, schizophrenia dan delusi.
Sementara itu penggunaan glibenclamide dan metformin tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kesan yang serius seperti hypoglycemia (penurunan mendadak paras gula dalam darah) yang membawa simptom seperti pening menggigil, berpeluh, keliru dan lesu, menurut kenyataan itu.
Hypoglycemia yang teruk boleh menyebabkan sawan, tidak sedarkan diri atau koma dan ia juga berisiko kepada pesakit diabetes, menurutnya.- Bernama
TRIPOLI - Pemimpin Libya Muammar Gaddafi (gambar) kelmarin menyampaikan ucapan audio menyatakan beliau tidak takut untuk mati walaupun keadaannya kini ibarat telur di hujung tanduk.
Pemimpin veteran berusia 69 tahun itu turut menegaskan bahawa perang terhadap 'tentera salib' Barat akan berterusan.
"Kami akan memberikan tentangan dan perang akan berterusan sehingga ke akhirnya sehingga anda semua dihapuskan (Barat). Namun kami tidak akan tewas," kata Gaddafi dalam mesej yang disiarkan stesen televisyen Libya bagi memperingati seorang rakannya, Khuwildi Hemidi yang kehilangan beberapa anggota keluarga selepas kediamannya di bom jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin lalu.
"Tiada lagi sebarang persetujuan selepas anda membunuh anak cucu kami, keadaan kami kini getir ibarat telur di hujung tanduk. Anda (Barat) pulang ke tempat anda," tambah Gaddafi.
NATO mengakui jet-jet pejuangnya pada Isnin lalu mengebom bandar Sorman di barat Tripoli tetapi menegaskan bahawa serangan tersebut bertujuan untuk memusnahkan sasaran ketenteraan.
Jurucakap pemerintah Libya, Mussa Ibrahim berkata, 15 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu yang dikutuk sebagai "perbuatan bacul pengganas yang tidak mempunyai justifikasi,".
Mussa memberitahu, serangan tersebut disasarkan di kediaman milik Khuwildi yang merupakan sahabat karib Gaddafi.
NATO menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya pada April lalu untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa keganasan tentera Gaddafi.
Rakyat negara Afrika Utara yang kaya dengan hasil minyak itu bangkit menentang Gaddafi pada pertengahan Februari lalu kerana menuntut pembaharuan politik dan ekonomi selain menuntut pemimpin tersebut meletakkan jawatan. - AFP
Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video terlarang itu.
Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.
Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."
Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."
Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani.
Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
Majistret Aizatul Akmal kemudiannya menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertudug merujuk dan berunding dengan peguam mereka.
Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.
KOTA BHARU, 23 Jun: Setelah berkhidmat selama 33 tahun Dato' Mohd Aiseri Alias hari ini menamatkan tugasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Beliau yang akan bersara wajib 26 Jun ini mulai menjawat jawatan tersebut pada 10 Ogos 2004 menggantikan Dato' Tengku Shah Buddin Tengku Mohd Maasum.
Tempatnya diganti Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Dr Zainuddin Ibrahim.
Mohd Aiseri sebelum berada di kedudukan paling tinggi sebagai pentadbir kerajaan negeri memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Jajahan Tanah Merah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Dr Zainuddin yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan mula memikul tanggungjawab baru pada 27 Jun ini sebagai SUK ke-17.
Majlis serah tugas diadakan hari ini di Dewan Teratai Kota Darulnaim dengan disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri serrta Persekutuan.
Berucap pada majlis itu Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas peranan yang diberikan Mohd Aiseri dalam membangunkan kerajaan dan rakyat Kelantan.
"Banyak idea yang disumbangkan olehnya dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. Terima kasih yang tidak terhingga," katanya.
SACRAMENTO - Seorang wanita ditahan, kelmarin selepas pihak berkuasa menemui mayat bayi perempuannya berumur enam minggu di dalam ketuhar gelombang mikro.
Suspek dikenali sebagai Ka Yang, 29, kini ditahan di Penjara Daerah Sacramento dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.
Siasatan polis mendapati bayi malang itu mengalami kesan melecur teruk seperti dibakar dan menjadi punca utama kematian bayi itu.
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.
Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.
Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.
"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.
"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.
Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.
Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.
"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.
Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.
Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.
Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.
Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.
SYDNEY - Polis Australia mempertimbangkan untuk menggunakan cap jari bagi mengenal pasti wanita yang memakai burqa, selepas seorang hakim menyatakan dia tidak dapat memastikan sama ada seorang wanita yang memakai burqa adalah orang yang sama membuat laporan palsu kepada polis.
Menurut hakim Clive Jeffreys, kes terhadap Carnita Matthews, yang pada awalnya didapati membuat aduan palsu kepada polis oleh majistret, tidak dapat dikenakan tindakan kerana beliau tidak dapat memastikan adakah wanita itu yang membuat aduan tersebut.
Laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang memakai burqa di balai polis Sydney tetapi pegawai polis tidak pernah melihat wajah wanita itu.
Akibat daripada keputusan itu, Menteri bagi Perkhidmatan Kecemasan dan Polis New South Wales, Mike Gallacher memberitahu akan meminta polis mempertimbangkan untuk memperbaiki kaedah mengenal pasti mereka yang menggunakan burqa.
"Satu daripada kaedah itu termasuklah dengan menggunakan cap jari jika mereka tidak mahu menanggalkan burqa yang dipakai," katanya kepada televisyen ABC.
Gallacher berkata, adalah tidak mustahil untuk menjadikan cap jari sebagai sebahagian daripada pengisytiharan undang- undang dan beberapa kenyataan lain untuk memastikan kebenaran. - AFP
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.
Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.
Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.
"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.
"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?
"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.
Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.
Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.
Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.
Pernah rugi
Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum.
"(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi.
Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda.
"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.
"Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda.
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menafikan mempunyai sebarang akaun rahsia di Bank Swiss mahupun aset atau pelaburan dalam apa juga bentuk di Switzerland.
Beliau menjelaskan, perkara berkenaan sudah dibawa kepada pengetahuan Presiden Switzerland, bulan lalu melalui surat yang memaklumkan bahawa dakwaan yang dilemparkan terhadapnya tidak berasas sama sekali.
"Di dalam surat berkenaan, saya minta Presiden Switzerland mengesahkan sama ada terdapat arahan daripada Tabung Bruno Manser (BMF) kepada Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) supaya menyiasat saya dengan pelbagai dakwaan.
"Saya sedia memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Switzerland untuk menegakkan kebenaran. Saya juga minta supaya salinan dakwaan itu diserahkan kepada saya supaya tindakan undang-undang sesuai boleh diambil atas hak saya, bagi membuktikan bahawa semua ini adalah tuduhan palsu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bangun untuk membaca kenyataannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pagi semalam.
Abdul Taib berkata, sebagai seorang ketua kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanggungjawab terhadap DUN yang mulia itu, beliau memilih untuk mengeluarkan kenyataan di dewan berkenaan.
"Adalah lebih tepat dan lebih baik untuk saya membuat kenyataan mengenai dakwaan tidak berasas terhadap saya ini di dewan yang mulia ini berdasarkan Peraturan Mesyuarat (S.O) 22.
"Dakwaan dibuat BMF jelas palsu dan terbukti hanya untuk menjejaskan kerjaya politik saya berdasarkan rekod BMF yang kerap menyerang Sarawak sejak dulu lagi," katanya.
Beliau dalam kenyataannya kelmarin, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kesilapan apabila melakukan siasatan ke atasnya.
Sementara itu, SPRM dalam kenyataan berasingan semalam menjelaskan, kenyataan perenggan pertama suruhanjaya itu kelmarin iaitu "Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, tindakan SPRM menyiasat dirinya adalah satu kesilapan" membawa maksud sangat mengelirukan.
Katanya, kenyataan Ketua Menteri itu merujuk kepada SPRM seolah-olah `menyalak pada pokok yang salah' (barking at wrong tree), mungkin silap dan kenyataan media lain pula merujuk perkara itu kepada pihak pembangkang.
"Ini menunjukkan seolah-olah SPRM yang membuat kesilapan, walhal kenyataan ini merujuk kepada pihak pembangkang seperti yang dilaporkan oleh media lain," tambah SPRM.
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.
Tertubuhnya Pas bukan kerana protes kepada mana-mana individu. Bukan juga kerana berebut pangkat dan habuan dunia. Tetapi kerana melaksanakan tuntutan Allah SWT yang di dalam Surah al-Imran 3:104.
"Hendaklah ada di kalangan kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan dan meyuruh membuat yang makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
Oleh itu saya yakin mereka yang menyertai perjuangan Pas ialah kerana dasar, bukan kerana individu. Oleh itu walaupun pemimpin tertinggi Pas meninggalkan Pas namun ahlinya tidak bergerak darida paksi perjuangan. Malahan Pas terus mara ke hadapan member cabaran kepada kuasa Umno di negara ini. Pas pernah kehilangan beberapa tokoh yang berada di saf hadapan seperti Ustaz Haji Ahmad Fuad bekas Yang Dipertua Pas pertama, Ustaz Osman Abdullah bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Asri Haji Muda bekas Yang Di Pertua Pas, Wan Ismail Wan Ibrahim Bekas Timbalan Menteri Besar Pas Kelantan, Ustaz Nakhaei hj Ahmad bekas Naib Presiden Pas dan banyak lagi.
Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam
Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,
"Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma'ruf wa al-Nahyu 'anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia".
Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)
Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.
Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan "syumul", bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.
Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja
Pelik macam mana seorang ahli akademik seperti Dr Zainal Keling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang.
Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram. Sebagai ahli akademik sepatutnya, sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan. Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan. Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang. Kenapa beliau tidak mengkaji himpunan Bersih 10 november 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.
Jangan kerana beliau menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikiran beliau selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara. Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu. Saya tidak nafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji. Beliau memang terkenal sebagai penyokong tegar Umno, sewaktu di universiti Malaya lagi. Fikrah beliau sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak. Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang memalukan, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mereka yang berada di menara gading. Kalau hendak mengampu biarlah kena caranya, bukan memberi pandangan yang emosi dan tidak berisi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan