Jumaat, 24 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kembar Presiden Obama di Malaysia?

Posted: 24 Jun 2011 02:37 AM PDT



Presiden Amerika Syarikat , Barack Obama ada kembar seiras di Malaysia? Wah boleh bikin video …. Ya , namanya Ilham Anas, warga Indonesia. Kelibat Ilham Anas mula di sedari di Lapangan Terbang KLIA. Kenapa tak percaya? Ini bukan fitnah, tapi laporan ada di laman web BBC. Adakah Ilham Anas dapat Rolls Royce?

Rising fame for Obama 'lookalike'

A "shy" photographer in Indonesia is in great demand because of his resemblance to the new US President, Barack Obama.

Ilham Anas, 34, is already a celebrity in Jakarta, where Mr Obama once lived, but his fame is spreading.

He has appeared on Indonesia's premier TV talk show, done an advertisement as Mr Obama, and received other marketing offers from companies in the region.

The real Barack Obama went to school in Jakarta in the late 1960s, when his classmates knew him as Barry.

Mr Anas told Reuters news agency: "I was in the airport in Malaysia in transit and a man approached me and asked: 'Are you Obama?'. I was very surprised when he asked to take a picture together and bought me a meal."

Mr Anas's increasing popularity arose after his colleagues, at a local teenage magazine, asked him to pose with a suit, tie and American flag, following Mr Obama's election victory in November.

I see my resemblance to Obama as a blessing - I used to look at the mirror and I had a negative perception of myself

Ilham Anas

Soon, they were taking photos and sending them to friends. "The pictures spread very quickly on the internet. It was phenomenal. Then TV stations and an advertising agency got in touch with me," he said.

Mr Anas was born and raised in Bandung, West Java. He says he is happy to cash in but there are limits.

"I will take all the opportunities that come my way, as long as they don't violate ethical codes and my personal values," he told AFP news agency.

And he admits that all the attention has given him something of a boost. "I'm actually a shy person. I don't like being put in the spotlight.

"I see my resemblance to Obama as a blessing. I used to look at the mirror and I had a negative perception of myself."

Many Indonesians have a keen interest in Mr Obama, who lived in Jakarta for four years after his American mother, Ann Dunham, married Indonesian Lolo Soetoro following the end of her marriage to Mr Obama's Kenyan father.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/7842347.stm

Hospital Serdang ugut pesakit jantung sebelum bedah?

Posted: 23 Jun 2011 05:02 PM PDT



PESAKIT JANTUNG DIUGUT? Utusan Malaysia 24 Jun 2011. BULAN lepas sewaktu saya sedang menjalani rawatan angiogram (rawatan memeriksa saluran jantung) di Hospital Serdang, doktor yang bertugas menyatakan salah satu saluran jantung saya tersumbat.

Walaupun ia boleh menggunakan belon, namun atas nasihat pakar, beliau mengesyorkan penggunaan alat stent buatan Perancis lebih praktikal, dengan kos RM5,500.

Persoalannya, kenapa sewaktu dalam operasi begini, ketika seorang pesakit sedang memperjuangkan nyawa, soal jawab yang membabitkan wang diajukan oleh doktor tersebut kepada saya, sedangkan sebarang kemungkinan akan berlaku pada saya yang menyebabkan komplikasi.

Hampir satu jam di bilik pembedahan, dalam situasi cemas dan gelisah, akhirnya operasi memasukkan tiub di saluran jantung selamat dijalankan melalui paha kanan tanpa pembedahan, kemudian katil saya diasingkan di satu sudut.

Tidak sampai lima minit, tiba-tiba saja datang seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ejen pembekal stent (tiub), lantas menyuruh saya menandatangani satu borang.

Sedangkan bilik pembedahan kardiologi ini tidak membenarkan sesiapa pun masuk, walau keluarga terdekat sekalipun.

Tertanya di fikiran saya, kenapa beliau bebas memasuki bilik pembedahan ini? Dan kenapa cepat sekali ejen tersebut boleh sampai kepada saya?

Dalam keadaan separuh kewarasan, keletihan akibat kekurangan darah dan berpuasa hampir 24 jam, sebagai warga tua (53 tahun) saya masih sempat membaca dokumen tersebut. Sistem pembayarannya adalah berperingkat sehingga akhir tahun ini, tanpa syarat-syarat lain. Akhirnya, saya menyetujui prasyarat tersebut.

Tetapi, selepas tiga hari saya keluar dengan kesihatan jantung semakin pulih, rupanya tidak berpanjangan, kini jantung saya 'kembali sesak', ejen tersebut sudah mula memanggil saya bertanyakan pembayaran. Walaupun alasan saya untuk membayarnya dalam masa sebulan lagi (selepas saya benar-benar sihat) namun ugutan diberikan amat memeranjatkan.

Menurutnya, beliau akan mengenakan 10 peratus cas tambahan bagi setiap bulan atas kelewatan (semua kenyataan ugutan SMSnya dalam simpanan saya).

Seminggu kemudian, ejen tersebut menghubungi saya lagi, kali ini jika saya tidak membuat sebarang bayaran dalam seminggu, nama saya akan disenaraihitamkan oleh Hospital Serdang. Kini fikiran saya benar-benar terganggu akibat kejadian ini.

Untuk pengetahuan pihak Kementerian Kesihatan, sahabat yang satu wad dengan saya ketika di hospital, terpaksa menjual kereta Kancil dengan harga RM16,500, untuk membeli tiga stent, demi tiga saluran jantungnya yang tersumbat.

Walaupun kereta itu terlalu penting untuk beliau berniaga. Ini disebabkan pihak ejen bertali arus memanggil beliau untuk membuat bayaran.

Sebagai warga tua yang telah berjasa kepada pembangunan Malaysia, melalui penulisan dan produksi dokumentari, saya rasa kejadian ini amat mendukacitakan.

Sebahagian dari umur ini masih lagi berkhidmat dalam dunia kewartawanan demi menyokong cita-cita kerajaan, tapi terasa satu penghinaan oleh pihak hospital kerajaan juga.

Walaupun isteri saya seorang kakitangan kerajaan (guru), namun saya tidak memerlukan surat sokongan untuk mengurangkan ataupun melupuskan bayaran ini.

Sebagai seorang individu yang boleh bekerja lagi, bayaran ini akan saya lunaskan daripada titik peluh saya, masih banyak pesakit lain yang memerlukan peruntukan kewangan sebanyak itu (RM5,500).

Di sini saya ingin penjelasan dari pihak pengurusan Hospital Serdang, khasnya Menteri Kesihatan, di manakah slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Di manakah hak hospital sehinggakan pihak ejen tersebut berhak 'menyenarai hitam' pesakit? Apakah pihak Kementerian Kesihatan peka tentang kejadian ini, sehingga ada pihak luar mendominasikan situasi ini?

Harapan saya, kelemahan ini dapat diperbaiki demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat mautnya di mana-mana hospital kerajaan.

WARGA TUA
Puchong

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

PKR MAHU TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP HOSPITAL SERDANG

June 23, 2011

Ini ekoran kegagalan hospital itu menjalankan bedah siasat ke atas mayat Paikiam Subramaniam yang dibunuh di Sungai Petani pada 12 Mac lalu.

KUALA LUMPUR: PKR mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan Hospital Serdang, dekat sini kerana gagaln menjalankan bedah siasat ke atas mayat Paikiam Subramaniam yang dibunuh di Sungai Petani pada 12 Mac lalu.

Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa pihak pengurusan hospital berkenaan memberi alasan yang tidak munasabah iaitu ketiadaan alat pengimbas menyebabkan bedah siasat tidak dapat dilakukan.

"Mahkamah telah mengarahkan bedah siasat bebas dibuat tetapi sehingga ini……setelah 147 hari mayat masih disimpan di Hospital

Serdang. Saya percaya ia cuba dihalang oleh pihak hospital dan polis," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Paikiam, 24 tahun dan baru lima bulan berkahwin disyaki dibunuh oleh suaminya James Balan 31 tahun. Keluarga mangsa menemui mayat mangsa ketika dibawa ke Hospital Kulim.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu perbuatan yang kejam dan mendakwa tidak ada pihak yang datang membantu keluarga yang malang itu.

Sehubungan ini, Ketua Wanita PKR itu menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantah kejadian itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/23/pkr-mahu-tindakan-diambil-terhadap-hospital-serdang/

Tiada ulasan:

Pengikut