Pakatan Rakyat |
Posted: 20 May 2011 03:04 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja. Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu. Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan. Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib. Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu. Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri. Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan. "Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu. The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib. Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini. Turut disenaraikan ialah: • Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar; • Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd; • Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA); • Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura; • Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof; • Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh; • Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng; • Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib; • Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan; • Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai; • Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew; • Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor; • Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan • Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin. Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 20 May 2011 01:47 PM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan ini bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' dan melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah serta boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang agama dan kaum di negara kita. Akhbar Utusan Malaysia yang kini menjadi lidah resmi UMNO, telah melaporkan dakwaan bahawa pemimpin Kristian sedang berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara. Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan bahawa telah ada agenda tersembunyi untuk menlantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama Kristian. Laporan ini jelas cukup bahaya dan boleh memporak-perandakan keamanan yang sedia ada dalam negara. Ya, ramai di kalangan pengkaji politik beranggapan bahawa bagi memahami kedudukan sebenar politik Malaysia adalah amat mustahak mereka mendalami 'komposisi kaum' yang ada. Kaum-kaum yang ada pula mempunyai perkaitan rapat dengan agama yang mereka anuti. Bangsa Melayu dihubungkaitkan secara langsung dengan agama Islam, Cina dengan Buddha dan Kristian dan India pula dengan agama Hindu. Memang benar faktur 'kaum' dan 'agama' amat sensitif di kalangan penduduk berbilang bangsa di negara ini. Malahan mengkritik polisi-polisi tertentu terutamanya mengenai hak istimewa bumiputera Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama resmi negara serta kedudukan raja-raja Melayu adalah dianggap sebagai 'seditious' dan boleh diseret ke mahkamah. Isu 'kaum' dan 'agama' ini jugalah yang telah berpuluh-puluh tahun menjadi senjata ampuh Umno-BN terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya diadakan di negara ini. Rakyat cuba diberikan keyakinan bahawa hanya gabungan Umno-BN sahajalah yang 'viable' (berkemampuan) dan dapat menjamin kemajuan dan kemakmuran masa depan rakyat berbilang kaum di negara ini. Parti-parti pembangkang digambarkan sebagai 'tidak toleransi dan terlalu ekstrimis'. Malahan mereka juga digembar-gemburkankan akan membawa kepada kehancuran dan perpecahan kaum di negara ini. Sejak sekian lama di kalangan rakyat Malaysia telah diletakkan gambaran bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mungkin akan berjaya bersatu membentuk satu gabungan yang kuat bagi menghadapi kerajaan Umno-BN. Dalam hal ini, Pas dan DAP sentiasa menjadi sasaran 'perang saraf perkauman dan agama'. Media massa arus perdana pula akan sentiasa memberi gambaran bahawa kedua-dua parti ini tidak mungkin akan berjaya bergabung dan kalau ada gabungan pun ia tidak akan kekal lama kerana ia adalah lebih berbentuk 'perkahwinan sementara'. Gambaran umum yang memisahkan kedua-dua parti tersebut di bentuk sebegitu rupa sejak berpuluh-puluh tahun sehinggakan ianya mewujudkan 'fear' (ketakutan) di kalangan rakyat. Kedua-dua parti ini dipisahkan dalam dua 'diametric' yang terpenting iaitu; a. Pas digambarkan di kalangan masyarakat Cina sebagai sebuah parti ekstrimis yang memperjuangakan konsep 'Negara Islam' yang akan membawa kepada perlaksanaan undang-undang 'Hudud' yang kejam dan zalim. Di bawah pemerintahan Pas, rakyat berbangsa Cina akan didiskriminasi serta ditindas. Hak serta budaya kaum Cina akan dihapuskan oleh pemerintahan Pas. b. DAP pula di gambarkan di kalangan masyarakat Melayu sebagai sebuah parti 'chauvinistic Cina' yang begitu tebal memperjuangkan hak serta kepentingan orang-orang Cina sehingga ia boleh menggugat kepentingan bangsa Melayu. Hak serta kepentingan politik orang-orang Melayu juga akan di hapuskan oleh parti tersebut sekiranya mereka memerintah. Namun tembok 'kaum dan agama' ini telah berjaya di pecahkan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Masyarakat Cina kini tidak lagi 'takut' dengan Pas walaupun cuba diapi-apikan oleh komponen BN, Gerakan dan MCA. Namun sesetengah kalangan masyarakat Melayu, DAP masih di lihat sebagai parti Cina yang cukup berbahaya. Dan sentiimen inilah yang sedang diapi-apikan oleh Umno kepada masyarakat Melayu sehingga pelbagai isu kaum dan agama terus dihidangkan kepada mereka. Apa yang sedang di lakukan pleh media Umno ini adalah permainan politik orang yang terdesak dan dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira implikasi buruk kepada negara. Ini di tambah pula apabila Pas dan DAP kini berada dalam gabungan 'Pakatan rakyat'. Inilah yang amat menggerunkan Umno bagi menghadapi Pilihan raya ke-13 kelak. Bagi saya, pemberitaan dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang sempit ini bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang Melayu beragama Islam. Negara boleh hancur dengan permainan politik yang amat merbahaya ini terutamanya dengan corak pemberitaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab oleh media dokongan Umno-BN!. Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan