Jumaat, 20 Mei 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW) NO. 25-62-2011

Posted: 19 May 2011 09:41 PM PDT



19 Mei 2011

KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW) NO. 25-62-2011

Pada 13.05.2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Ahmad Zaki bin Husin, telah mendengar permohonan untuk Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Tutuan KL Larut Sdn Bhd berkaitan dengan penolakan pembaharuan pajakan lombong 3/2000 dan 4/2000 di Mukim Berjuntai, Daerah Kuala Selangor. Mahkamah memutuskan untuk MENOLAK permohonan semakan penghakiman untuk relif-relif berikut iaitu perenggan (b) dan (d) seperti yang dipetik di bawah.

(b) Bahawa Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam mengusul suatu Perintah Certiorari untuk          membatal dan mengenepikan keputusan "Stanco Tanah" bertarikh 24/9/2010 yang memberi kebenaran kepada Responden ke-3 untuk mengeluarkan timbunan pasir (stockpile) dari sebahagian daripada tanah yang dipegang di bawah "Pajakan Melombong tersebut";

(d) suatu Perintah menahan Responden ke-3 secara sendiri ataupun melalui agen atau pekerja-    pekerjanya dari masuk, mengeluar pasir dan/atau apa juga mineral daripada tanah yang              dipegang di bawah pajakan melombong tersebut sehingga perintah selanjutnya oleh Perintah Mahkamah ini.  
Responden ke-3  dalam permohonan ini ialah Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Maka dengan keputusan ini, adalah jelas bahawa kebenaran mengeluarkan timbunan pasir di tanah tersebut yang dibuat oleh Stanco Tanah bertarikh 24/9/2010 terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sah. Oleh yang demikian, segala percubaan untuk menghalang Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau agennya atau pekerjanya di dalam menjalankan kerja yang termaktub di dalam kebenaran tersebut adalah salah di sisi undang-undang.


Dikeluarkan oleh:
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

Tiada ulasan:

Pengikut