Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
Konvensyen PAS Sabah: PRU-13 dijangka lebih sengit Posted: 02 May 2011 07:39 AM PDT Sandakan: Pilihanraya Umum ke -13 menjanjikan satu saingan yang sengit merujuk kepada perubahan trend pengundi melayu yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan barisan nasional, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasarudin Mat Isa. Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PAS Sabah yang dihadiri oleh seramai 400 orang ahli. Ustaz Nasarudin berucap dihadapan peserta Konvensyen Nasarudin berkata, tujuan Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak mempelawa PAS masuk Umno hanyalah satu bentuk strategi untuk membaca perubahan demografi politik menjelang PRU-13 nanti. Ustaz Nasarudin bersama Pimpinan PAS Sabah Sebelum ini kata Nasharudin, Umno juga telah mempelawa DAP untuk bersama-sama dengan mereka dalam barisan nasional. Ini bermakna, Umno tidak lagi dapat bergantung kepada MCA untuk meraih pengundi-pengundi cina untuk sesi pilihanraya yang akan datang. "Apa yang merisaukan BN iaitu perubahan pengundi cina sebagaimana yang ditunjukkan ketika Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini turut berjangkit kepada pengundi-pengundi melayu" Nasarudin juga mengingatkan kepada semua petugas PAS agar menjadi agen kepada negeri-negeri Pakatan rakyat dengan menyalurkan maklumat yang betul disamping mendedahkan kezaliman kerajaan Umno-BN. Beliau menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menuntut keadilan yang sewajarnya untuk semua kaum dan agama di negara ini. Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat adalah perlaksanaan Ijtihad Tahaluf Siyasi dengan pihak bukan Islam hasil daripada persidangan gerakan-gerakan Islam sedunia sebelum ini. Atas alasan itu, beliau berasa yakin sebagaimana PAS dan rakan-rakan PR boleh memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, PAS juga boleh memerintah di Sabah pada pilihanraya yang akan datang. Pada Konvensyen itu juga, Nasarudin menerima borang keahlian PAS baru seterusnya merasmikan pembukaan cawangan Bukit Nenas, PAS Batu Sapi. Konvensyen yang diadakan sehari suntuk tersebut meresolusikan 7 perkara iaitu: 1. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam; 2. Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga; 3. PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah; 4. PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak; 5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah; 6. PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya 'access' kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa; 7. PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan